Kisah Dania &Nenek Hani Kisah Dania &Nenek Hani Makan makanan berkhasiat Karya Atiqah
Cerita ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang ceria bernama Dania. Namun, Dania sering berasa letih dan tidak bersemangat seperti biasa. Pada suatu hari, Dania ternampak Nenek Hani yang sedang berkebun. Nenek Hani kelihatan sungguh bertenga walaupun sudah berusia. Nenek Hani mengatakan bahawa dia sihat kerana dia selalu makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buahberbuahan yang ditanamnya sendiri. Dania kagum dengan diet pemakanan Nenek Hani dan cuba untuk melaksanakan nasihat Nenek Hani dalam kehidupan hariannya. Adakah dia berjaya atasi masalahnya?
Di sebuah taman, tinggal seorang budak perempuan bernama Dania. Dania seorang budak yang suka bermain di luar rumah bersama rakan-rakannya. Namun, kebelakangan ini, Dania sering berasa letih dan tidak bersemangat seperti biasa.
Pada suatu hari, ketika berjalan pulang ke rumah, Dania terjumpa dengan seorang nenek yang sedang menanam pokok bunga di kebunnya. Nenek itu bernama Nenek Hani.
Dania berasa ingin tahu dan bertanya kepada Nenek Hani, “Nenek, kenapa nenek kelihatan sangat sihat dan cergas walaupun sudah berusia?”
Nenek Hani tersenyum dan mengangguk, “Mestilah Daniel! Mulakan dengan makan makanan yang sihat dan berkhasiat, seperti sayur-sayuran dan buah buahan. Hal ini akan memberikan tenaga dan nutrisi yang baik untuk tubuh anda.”
Daniel memandang kagum melihat kebun Nenek Hani yang penuh dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Dia kemudian bertanya, “Bolehkah saya juga sihat seperti nenek jika saya makan makanan yang sihat?”
Nenek Hani tersenyum ramah dan menjawab, “Dania, rahsia kesihatan nenek ialah semulajadi. Nenek sentiasa makan sayur dan buah segar setiap hari dari kebun nenek sendiri, malah nenek juga akan makan makanan yang berkhasiat”
“Kamu juga perlu makan makanan yang berprotein seperti ikan, ayam dan kacang untuk membina otot dan tisu, menjaga tulang dan membakar lebih banyak kalori”.
“Seterusnya, tidak lupa juga makanan jenis karbohidrat bagi membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti harian seperti berjalan dan berlari” Kata Nenek Hani.
Sejak hari itu, Dania mula melaksanakan nasihat Nenek Hani. Dia rajin makan sayur-sayuran dan buah buahan setiap hari dan berkongsi cerita tentang kebaikan makan makanan yang sihat dengan rakanrakannya. Dania semakin aktif dan mempunyai badan yang cergas dan bertenaga.
Tamat Karya Atiqah Membaca jambatan ilmu
JOM JAWAB KUIZ!! https://www.educaplay.com/learningresources/18427061-makanan_berkhasiat.html
Contoh: 1. letih 1.cergas 2.berkhasiat 3.memberi tenaga 4.sayur-sayuran 5.buah-buahan 6.kesihatan 7.protein 8.menjaga tulang 9.karhidrat 10.membekalkan tenaga Aina berasa letih kerana tidak cukup tidur. Bina dan tulis ayat berdasarkan perkataan yang diberikan. Aktiviti bina ayat:
Karya Atiqah