The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabreelbalang150603, 2021-12-23 21:20:12

TUGASAN 2 E-PORTFOLIO

TUGASAN 2 E-PORTFOLIO

BMMB 1074: SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU

PENGENALAN DIRI

NAMA PELAJAR NABREEL BALANG ANAK WELSON

UMUR 18 TAHUN

N0. KAD PENGENALAN 030615-13-0889

KUMPULAN PPRBMM1-4

ANGKA GILIRAN 2021022310095

NAMA KURSUS GKEB 1072

NAMA PENSYARAH CHUA SIM HUAT

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu 4-16
Perkembangan Bahasa Melayu Zaman Pramerdeka 17-21
Perkembangan Bahasa Melayu Pasca Merdeka 22-25
Cabaran Dan Masa Depan Bahasa Melayu 26-34
Rumusan Dan Pandangan 35
Rujukan Dan Pandangan 36

PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU

TULISAN TULISAN KAWI TULISAN JAWI
PALLAWA ATAU AKSARA

JAWA KUNO

TULISAN
PALLAWA

Pada awalnya tulisan Suatu sistem tulisan abjad suku Penggunaan askara ini
pallawa ini berasal kata (abugida) yang berasal Hanya terbatas pada batu
dari selatan India daripada Tulisan Brahmi dari bersurat yang merupakan
pada abad ke-7 iaitu tugu yang melambangkan
Indo-Aryan Lembah Indus-Kush
askara batu bersurat . dan tulisan Pllawa ini dikenali dan merakamkan
sebagai tulisan bulat. kebesaran raja.

Aksara Kadiri Kwadrat pada Prasasti Pohsarang

Sistem tulisan ini adalah turunan Sistem penulisan ini bertahan
aksara Brahmi Pallava dan sehingga abad ke-15 dengan
pernah digunakan di wilayah semakin lemah kuasa
lautan Asia Tenggara dan Majapahit yang lama-
Kepulauan Melayu (abad ke-8 kelamaan ditawan Kesultanan
ke abad ke-16.) Demak yang membawa aksara
Jawa
Tulisan ini merupakan yang
terawal di Nusantara. Kegunaan Tulisan Kawi atau
aksara ini ialah untuk menulis Aksara Jawa Kuno
bahasa Sanskrit serta bentuk-
bentuk kuno bahasa-bahasa Aksara ini tercatat pada
Jawa, Sunda dan Melayu. prasasti-prasasti di Jawa, Bali,
dan Sumatera di Indonesia,
malah ada juga ditemukan
pula prasasti lempeng
tembaga bertuliskan aksara ini
sejauh Filipina pada tahun
2010

Prasasti Singhasari yang bertulisan Kawi pada abad ke-14.

PENGENALAN SEJARAH
PERKEMBANGAN

SISTEM TULISAN ZAMAN AWAL
TULISAN JAWI TULISAN JAWI
TAHAP 2

PERKEMBANGAN PERKEMBANGAN
EJAAN JAWI HURUF JAWI

PENGENALAN

Tulisan atau aksara Jawi ialah tulisan Arab yang digunakan untuk bahasa
Melayu. Menurut Hashim Hj Musa. (1999), perkataan Jawi adalah
diadaptasikan oleh Bahasa Melayu daripada tulisan Arab.Istilah ini lebih
kerap digunakan di negara Malaysia, Brunei, Singapura dan Thai Selatan.
Tulisan Arab untuk Bahasa Jawa pula dikenali sebagai tulisan“pegon”
sedangkan ayat tulisan Arab untuk bahasa Bugis disebut sebagai tulisan
“serang”. Perkataan Jawi berasal daripada bahasa Arab. Perkataan ini
adalah adjektif bagi kata nama Arab “jawah”. Dengan itu nama jawah atau
jawi tidak hanya merujuk kepada pulau Jawa dan orang Jawa sahaja malah
merujuk /kepada seluruh daerah Asia Tenggara.

SEJARAH Tulisan atau skrip Jawi berasal dari
PERKEMBANGAN skrip Arab yang sampai ke kepulauan
Melayu bersama-sama dengan
kedatangan agama Islam.

kerajaan Pasai dikatakan kerajaan
pertama di kepulauan Melayu
yang menjadikan Islam sebagai
agama rasminya (abad ke 7 H)

Islam dikatakan bertapak di Kelantan
lebih awal kerana sekeping wang emas
iaitu al -Julus Kelantan dengan tertulis
satu mukanya bertarikh 577 H dan tulisan
Arab yang bermaksd ‘menduduki
Kelantan’.

ZAMAN AWAL TULISAN JAWI

Kira–kira setelah lebih tiga ratus tahun kemudian daripada waktu pertama bermulanya
tulisan Arab barulah timbul prasasti berbahasa Melayu yang mengunakan tulisan Jawi iaitu
Prasasti Terengganu bertarikh 4 Rejab 702 Hijrah dan hari Jumaat bersamaan 22 Februari
1303 Masihi.

Terdapat batu bersurat Pahang Darul Makmur yang bertarikh pada 15 Syawal, 900 Hijrah
bersamaan 7 Julai 1495 Masihi yang juga menggunakan tulisan Jawi.

Dari segi manuskrip,tulisan Jawi yang tertua bertarikh 998 Hijrah bersamaan 1590 Masihi
iaitu naskah bagi KitabAqaid al-Nasafi.

Kemudian barulah buku -buku yang lain seperti manuskrip Tuti Namah (1600 Masihi), Surat
Izin Berniaga daripada Sultan Alauddin Syah, Sultan Acheh kepada Sir HarryMiddleton
bertarikh 1602 Masihi, manuskrip Hikayat Seri Rama dan lain-lain.

Manuskrip Melayu yang tertua ialah Kitab Umdat al-Ansab bertarikh 1090 Hijrah.

Kesemua huruf-huruf Klasik PERKEMBANGAN Huruf-huruf baru
Arab telah diserap masuk ke HURUF JAWI dibentuk untuk
dalam huruf-huruf Jawi iaitu memantapkan tulisan
huruf-huruf ini diterima masuk Jawi, iaitu (c), (ng), (g),
bukan sahaja untuk menampung
ejaan kata-kata Melayu tetapi (p) dan (ny).
juga kata-kata bahasa Arab
yang dipinjam terutama sekali Orang Melayu telah
kata-kata istilah agama Islam. meminjam huruf-huruf
Farsi-Hindi yang asalnya
Terdapat fonem-fonem dipinjam daripada bahasa
dalam bahasa Melayu Arab tetapi telah dilakukan
yang tidak ada pengubahsuaian
lambangnya dalam
huruf Arab.

PERKEMBANGAN EJAAN JAWI

● Ejaan jawi yang asal adalah mengikut ejaan Arab iaitu dengan
menggunakan baris atau didiakritik.

● Pada zaman awal tulisan Jawi, tanda-tanda baris digunakan untuk semua
ejaan perkataan tidak kira sama ada susah atau mudah sesuatu sebutan
perkataan itu.

SISTEM TULISAN TAHAP 2

CIRI-CIRI:

-Sangat sukar Untuk membunyikan sebutan sesuatu kata dengan tepat
dan jitu.
-Banyak menimbulkan kata yang homograf.
-Timbul ketaksamaan makna yang banyak Kerana wujudnya homograf.

KONKLUSI

Tuntasnya, kita hendaklah memartabatkan serta mengekalkan
tulisan bahasa Melayu ini sebagai seorang rakyat yang
mempunyai semangat cinta akan negara. Kita perlulah
menghargai setiap perkara yang mempunyai kaitan dengan
negara kita tidak kiralah sekecil ataupun sebesar mana pun
perkara tersebut misalnya seperti bahasa, budaya mahupun
tulisan. Menurut Nik Safiah Karim (2008), bahasa Melayu kini
berpotensi tinggi, mengalami perubahan dan menjadi alat
perhubungan dan alat menyampaikan buah fikiran dan
perasaan.Oleh itu, kita haruslah memupuk semangat seperti ini
di dalam diri kita dan diri generasi pada masa akan datang.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
ZAMAN PRAMERDEKA

Bahasa Melayu Pramerdeka ini sering digunakan sebelum
zaman kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Era pramerdeka
ini memperjuangkan taraf dan status Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Pada zaman ini, Bahasa
Melayu sering digunakan sebagai bahasa pengantar
untuk urusan rasmi. Selain itu, Bahasa Melayu ini juga
menjadi medium utama dalam usaha meningkatkan
bidang penulisan negara serta penyebaran maklumat
untuk setiap masyarakat.

SUMBANGAN PERTUBUHAN DAN INSTITUSI

ASAS 50 PEJABAT KARANG PAKATAN BELAJAR
Pertubuhan ini bermatlamat MENGARANG MENGAJAR

untuk meningkatkan lagi Pejabat ini berperanan untuk Pakatan ini menyumbang
martabat kesusasteraan menerbitkan buku-buku atau dalam mengeluarkan majalah
bahan bacaan untuk sekolah- Peredar dan beberapa buah
Melayu,menghasilkan
pembaharuan dalam sastera sekolah serta masyarakat buku . Pakatan ini juga
dan melindungi hak-hak para Melayu. Pejabat ini juga berperanan dalam
pengarang sastera Melayu. menyumbangkan jurnal
Kejayaan yang telah dikecapi bergambar dan perpustakaan melengkapkan, memelihara
bergerak. Pada peringkat awal, dan memodenkan bahasa
oleh pertubuhan ini ialah
menganjurkan kongres bahasa pejabat ini menolong Melayu.
dan persuratan bahasa Melayu. penterjemah baharu untuk
menulis, menterjemah dan
menyunting buku ilmiah.

LAPORAN, ORDINAN DAN PENYATA YANG MEMBANTU
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Laporan Laporan Fenn – Ordinan Penyata Razak
Barnes 1951 Wu 1951 Pelajaran 1956

1952 Cadangan:

Tujuan: Tujuan: Tujuan: Mengkaji Sukatan pelajaran semua
sekolah di tanah Melayu
Mengkaji dan Mengkaji potensi Laporan Barnes adalah sama.
memperbaiki sekolah Cina di (1950) dan Fenn-Wu
pendidikan bagi Tanah Melayu (1951). Bahasa Melayu sebagai bahasa
orang Melayu kebangsaan dan bahasa
Cadangan: pengantar utama
Cadangan:
1.Matlamat pendidikan

Menghapuskan sekolah beridentitikan Cadangan:
vernakular yang kebangsaan.
menggunakan bahasa Menetapkan sekolah kebangsaan
2.Mempertahan identiti sebagai corak sistem persekolahan.

ibunda sebagai bahasa dan kewujudan sekolah

pengantar di sekolah. Cina Mengembangkan sekolah vokasional.

Zainal Abdullah R.O. Oman
Abidin Munsyi Winstedt Theodore

Bin Dussek
Ahmad
TOKOH TOKOH-TOKOH TOKOH
Raja Ali TEMPATAN YANG ASING
Haji
MENYUMBANG
KEPADA

PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU

Mejar Dato R.J. William
Haji Wilkinson Marsden

Mohammad
Said

KONKLUSI

Tuntasnya, banyak sumbangan yang telah diperjuangkan oleh tokoh-
tokoh pada zaman dahulu demi mengekalkan serta
memperkembangkan lagi sistem tulisan bahasa Melayu
ini agar tidak pupus begitu sahaja. Kita sebagai rakyat yang berjiwa
patriotik haruslah sentiasa mengingat perjuangan tokoh-tokoh ini
serta menghargai setiap usaha tersebut kerana jika bukan kerana
mereka, kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi terhadap
nasib bahasa Melayu pada hari ini.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PASCA
MERDEKA

Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa rasmi serta bahasa
kebangsaan di bawah perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Pada zaman ini, banyak akta-akta yang menyentuh hal kedudukan
bahasa Melayu telah digubal. Rozita Che Hodi & Hashim Musa.
(2014) menyatakan bahawa penubuhan akta-akta ini merupakan
satu usaha yang jitu oleh para idealis dalam memastikan bahasa
Melayu mencapai matlamatnya selepas kemerdekaan. Terdapat
juga beberapa institusi telah ditubuhkan dengan tujuan untuk
mengembangkan lagi bahasa kebangsaan.

PERKARA 152 PERLEMBAGAAN AKTA AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963
PERSEKUTUAN
-Bahasa Melayu hendaklah digunakan
- Bahasa Melayu telah ditetapkan bagi maksud-maksud rasmi.
sebagai bahasa kebangsaan.
-Semua perbincangan yang dibincangkan
- Boleh ditulis dalam apa-apa tulisan di mahkamah perlu menggunakan
seperti yang diperuntukkan dengan bahasa Melayu atau bahaa Inggeris.
undang-undang. Syaratnya ialah
semua orang tidak dilarang atau -Kedudukan bahasa melayu sebagai
dihalang daripada menggunakan bahasa rasmi diwartakan dalam akta
bahasa Melayu bahasa kebangsaan 1967 secara khusus.

- Konsep bahasa kebangsaan dan -Akta ini menunjukkan perlunya kita untuk
bahasa rasmi adalah tidak sama. menggunakan bahasa kebangsaan dalam
semua urusan rasmi kerajaan sama ada
- Kita perlu mengambil kira bahawa secara lisan atau tulisan.
makna rasmi itu sebagai sesuatu
yang luas, iaitu mengenai sesuatu
secara keseluruhannya.

AKTA DEWAN BAHASA DAN AKTA AKTA PENDIDIKAN 1996
PUSTAKA 1959 (PINDAAN 1995)
- Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi
- Telah diluluskan oleh parlimen pada tahun bahasa pengantar utama di semua
1959. institusi pendidikan dalam sistem
pendidikan kebangsaan
- Bagi memantapkan usaha untuk
mengalakkan perkembangan bahaa dan - Jika bahasa pengantar utama di sesuatu
kesusasteraan Melayu di negara ini, institusi pendidikan adalah selain daripada
lembaga pengelola dewan bahasa telah bahasa kebangsaan, maka bahasa
ditubuhkan. melayu hendaklah diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib di institusi pendidikan itu
- Dewan bahasa dan pustaka telah dinaik taraf
sebagai sebuah badan berkanun yang
mempunyai autonomi untuk menggubal
dasarnya yang khusus, menyusun pelbagai
rancangan pembinaan, dan pengembangan
bahasa dan sastera, serta menjalankan
kegiatan penerbitan dan perniagaan buku
seperti sektor swasta

- Tujuan lembaga pengelola dewan bahasa
dan pustaka ditubuhkan ialah untuk
memperkembangkan dan memperkaya
bahasa kebangsaan, memperkembangkan
bakat sastera khususnya dalam bahasa
kebangsaan dan mengkaji semula ejaan dan
sebutan

KONKLUSI

Semua akta yang digubal tersebut menunjukkan kepada kita
bahawa bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu semakin pesat
berkembang dalam negara kita selepas zaman merdeka. Dengan
wujudnya akta-akta yang telah digubal ini, kita dapat memelihara
dan memperkenalkan lagi bahasa Melayu ini ke serata dunia.
Perkara ini menyebabkan kedudukan bahasa Melayu menjadi
semakin kukuh kerana pengaruh bahasa-bahasa dari luar
terutama dari negara barat seperti Inggeris dan Belanda yang
mula meresap ke dalam bahasa Melayu pada abad ke-21.

CABARAN DAN MASA
DEPAN BAHASA MELAYU

Slanga Aspek Ekonomi
Pendidikan
Percampuran Pentadbiran
Kod CABARAN DAN Kerajaan
MASA DEPAN

BAHASA
MELAYU

Kerancuan
Bahasa

Aspek Pendidikan

Cabaran bahasa Melayu dalam pendidikan ialah pengaruh bahasa Inggeris. Bahasa
Inggeris ini selalu menjadi pengacau semasa kita sedang bertutur misalnya kita akan
terbiasa bertutur menggunakan bahasa melayu dan campuran bahasa Inggeris lalu
menyebabkan terjadilah bahasa rojak.

Kekurangan guru opsyen bahasa melayu juga menjadi salah satu cabaran. Hal ini
menyebabkan guru yang bukan opsyen bahasa melayu terpaksa untuk mengisi
kekosongan tersebut. Perkara seperti ini menjadi punca yang menyebabkan pelajar
semakin lemah tentang bahasa kebangsaan sendiri.

penubuhan sekolah vernakular juga menjadi salah satu puncanya. Perdana menteri
memberi kelonggaran kepada sekolah Vernakular dengan mengecualikan penggunaan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah. Murid hanya didedahkan
dengan bahasa ibunda mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
menyebabkan murid tidak fasih dalam menggunakan bahasa Melayu.

EKONOMI

Cabaran bahasa Melayu dalam bidang ekonomi ialah Bahasa Inggeris merupakan bahasa
utama dalam bidang ekonomi. Hal ini boleh berlaku kerana bahasa melayu kekurangan
istilah yang tepat untuk mengungkapkan maksud dalam bidang ekonomi.

Aspek yang berkaitan:
i. Yang pertama ialah bidang pekerjaan. Misalnya Syarat memohon pekerjaan bagi lepasan
graduan memerlukan mereka untuk menguasai bahasa Inggeris di samping bahasa Melayu.

ii. Kedua, kemasukkan buruh asing. Contohnya, buruh asing lebih memilih untuk
menggunakan bahasa ibunda mereka kerana masih tidak fasih berbahasa Melayu.

iii. Yang Ketiga ialah berkaitan dengan bidang perniagaan. Mereka perlu memahami bahasa
tempat yang hendak dilawati untuk memahami budaya bangsa tersebut.

PENTADBIRAN KERAJAAN

Pada masa kini,masih banyak urusan rasmi tidak mengutamakan
bahasa Melayu. Oleh itu,tiada penegasan dan penyelarasan
penguatkuasaan penggunaan bahasa dalam sektor tertentu seperti
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tempat
awam dan penyiaran. Misalnya, penggunaan bahasa rojak sering
berlaku dalam penyiaran iklan di televisyen atau radio serta mana-
mana media massa.

Seterusnya, pihak british juga sering bercampur tangan dalam hal ini
misalnya, British sentiasa hendak mengekalkan kuasa mereka ke
atas Tanah Melayu.

KERANCUAN BAHASA

Asmah Haji Omar (2008) menyatakan bahawa kerancuan
membawa maksud keadaan rancu iaitu tidak teratur, bercampur
aduk dan kacau dalam penggunaan bahasa serta kekeliruan dalam
cara penggunaannya. kerancuan bahasa yang seringkali digunakan
ialah penggunaan bahasa rojak, penggunaan bahasa dialek,
penggunaan ejaan yang salah, penggunaan bahasa singkatan dan
sebagainya. Kesan kerancuan bahasa ini ialah menghakis kekuatan
bahasa Melayu. Masyarakat juga akan memandang remeh
terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul. Pendidikan
masyarakat terhadap penggunaan ayat bahasa Melayu yang betul
juga akan terjejas.

PERCAMPURAN KOD

Percampuran kod boleh berlaku dalam bahasa lisan dan penulisan
terutamanya dalam penulisan karya kreatif. Kebanyakan karya kreatif
ditulis mengikut kreativiti dan pegangan penulis untuk
menggambarkan realiti masyarakat tetapi bahasa yang digunakan
bercampur-campur dan menjadi tidak standard.

kesannya, percampuran kod ini akan menimbulkan kekeliruan
terhadap penggunaan tatabahasa dalam kalangan remaja ataupun
pelajar. Selain itu, mutu penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris
akan terus merosot.

SLANGA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, slanga ialah penggunaan bahasa
yang tidak rasmi dan ungkapan-ungkapan yang tidak dianggap standard
dalam dialek atau bahasa.

Ciri-ciri:
i. Pertama, kosa kata tidak standard.
ii. Kedua, gabungan perkataan Melayu dengan bahasa asing.
iii. Ketiga, mempunyai makna yang tersendiri.
iv. Keempat, tidak mudah difahami oleh orang yang bukan ahli kumpulan.

Kesan:
i. Kedudukan Bahasa Melayu akan terjejas
ii. Bahasa Melayu yang gramatis akan lenyap dan keempat pelbagai kota

kata baharu akan muncul.
iii. Asal usul bahasa Melayu akan terhakis.

KONKLUSI

Tuntasnya, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah
memartabatkan bahasa Melayu yang asal dan tidak membuat
tokok tambah terhadap bahasa tersebut sehingga ianya
kedengaran asing. Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati
Mohamad (2020) juga berpendapat bahawa sebagai seorang
rakyat yang cinta akan negara dan bahasa, kita sewajarnya
bersatu padu dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu
ini tidak pupus ditelan zaman. Kita perlu mengingat semula
perjuangan tokoh-tokoh pada masa lalu dan menjadikan sejarah
perjuangan tersebut sebagai pembakar semangat kepada kita
untuk mengekalkan identiti asal bahasa Melayu agar ianya tidak
hilang ditelan arus peredaran zaman.

RUMUSAN DAN PANDANGAN

Dapat kita simpulkan di sini bahawa perkembangan bahasa Melayu ini bukanlah
mudah seperti yang disangka. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu
ditempuhi oleh tokoh-tokoh pada zaman dahulu demi memartabatkan bahasa
Melayu ini sehinggalah bahasa ini dapat menjadi bahasa kebangsaan di negara
Malaysia seperti sekarang. Banyak maanfaat serta kebaikan yang dapat kita
peroleh daripada bahasa ini misalnya bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa
pengantar yang rasmi di Malaysia. Bahasa ini juga digunakan oleh semua orang
di Malaysia untuk berkomunikasi walaupun berbeza kaum dan budaya. Hal ini
sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara pelbagai suku,
kaum dan budaya yang terdapat di Malaysia lalu mewujudkan suasana yang
aman damai. Saya berharap agar setiap lapis masyarakat Malaysia dapat
mengekalkan dan memartabatkan bahasa ini supaya semua perjuangan kita
sebelum ini tidak sia-sia. Kepentingan bahasa ini juga mesti dititikberatkan
kerana ia melambangkan identiti kita bak kata mutiara “bahasa jiwa bangsa”.

(2028 Patah Perkataan)

RUJUKAN

Asmah Haji Omar (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hashim Haji Musa (1999). Sejarah perkembangan tulisan jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad. (2020). Cabaran Pemerkasaan Bahasa
Melayu dalam Usaha Mencaoai Negara Bangsa di Malaysia. Asian People Journal.3(2),
181 – 191.

Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et al 2008. Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Rozita Che Hodi & Hashim Musa. (2014). Bahasa Melayu bahasa negara bangsa Malaysia.
Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu.


Click to View FlipBook Version