The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabreelbalang150603, 2022-03-21 10:12:48

Tugasan 1 (Nabreel Balang Anak Welson) PPRBMM2-4

Tugasan 1

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SK]

KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK

NAMA PELAJAR : NABREEL BALANG ANAK WELSON

ANGKA GILIRAN : 2021022310095

NO. KAD PENGENALAN : 030615-13-0889

KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-4

KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
NAMA PENSYARAH
: SELINA HJ AHMAD
TARIKH HANTAR
PENGAKUAN PELAJAR : 21 MAC 2022
MENERIMA MAKLUM BALAS
PENSYARAH :

2

Kandungan Muka Surat
Perkara 3
4
1.0 Pengenalan Diri 5
2.0 Soalan Tugasan 6
3.0 Objektif Kerja Kursus 7
4.0 Pengenalan 8-9
5.0 Konsep Kesusasteraan Melayu Dalam Kehidupan Masyarakat
6.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu 10-12
7.0 Manifestasi Akal Budi 13
8.0 Kesimpulan 14
Rujukan

3

1.0 Pengenalan Diri

Nama Nabreel Balang Anak Welson
Umur 19 Tahun
No Kad Pengenalan 030615-13-0889
Kumpulan PPRBMM2-4
Angka Giliran 2021022310095
Ambilan JUN 2021
Kursus Bahasa Melayu Sekolah Rendah

4

2.0 Soalan Tugasan
TUGASAN 1 (Individu): Penghasilan Produk- (30%)
Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan
manifestasi pemikiran berkaitan dengan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta
sarat dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun
kerohanian. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan konsep dan fungsi
kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya
bincangkan manifestasi akal budi pantun-pantun Melayu berikut:
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk e-Book.

5

3.0 Objektif Kerja Kursus
Pelajar akan dapat:
1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi
dalam pantun tradisional.

6

4.0 Pengenalan

Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui penggunaan
bahasa. Dalam erti kata lain, kesusasteraan boleh digambarkan sebagai pengucapan
yang indah serta puitis sama ada dalam bentuk tulisan ataupun tidak. Menurut Ali Ahmad
(1994), sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra yang
bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara
umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera
menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan
indah. Kesusasteraan ini boleh wujud melalui dua bentuk iaitu dalam bentuk lisan dan
juga bukan lisan. Bidang ini mempunyai keunikan dan kelainan berbanding bidang yang
lain dan juga mampu membawa keindahan pengalaman kepada sesebuah masyarakat.
Kesusasteraan dianggap sebagai bidang yang tidak pernah hilang dan pupus ditelan
zaman kerana sastera sentiasa mekar di hati masyarakat terutamanya golongan yang
berbangsa Melayu. Hal ini sedemikian kerana, dalam kehidupan seharian kedua-dua
bentuk kesusasteraan tersebut sukar untuk dipisahkan daripada aktiviti harian
masyarakat. Kesusasteraan Melayu tradisional adalah karya-karya pada zaman dahulu
yang diwarisi secara turun temurun dan disebarkan melalui lisan. Tuntasnya,
Kesusateraan Melayu merupakan sebuah karya yang unik dan istimewa kerana
mempunyai nilai estetika bahasa yang tersendiri. Misalnya menurut Ali Ahmad (1988),
keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil
kesusasteraan.

7

5.0 Konsep Kesusasteraan Melayu dalam kehidupan Masyarakat.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, kesusateraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan
ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Dalam kehidupan
masyarakat Melayu tradisional, sastera akan sentiasa diguna pakai dalam kehidupan
seharian mereka. Contohnya, seorang ibu yang sedang menidurkan bayinya akan
menyanyikan lagu genre balada yang mempunyai irama merdu. Menurut pandangan
Hashim Awang (1984), Kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui
bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera
yang bermaksud huruf atau buku indah. Menurut Kamus Dewan (2010), kesusasteraan
membawa maksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistemewaan tertentu. Seni kesusasteraan pula ialah seni karang-
mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk puisi dan prosa. Puisi tradisional
Melayu terbahagi kepada empat iaitu pantun, syair, gurindam dan seloka. Seni
kesusasteraan yang kedua adalah prosa tradisional melayu. Prosa ini terbahagi kepada
dua iaitu naratif dan bukan naratif. Di dalam sastera, terdapat beberapa unsur yang saling
berhubung. Antaranya, ialah isi kandungan. Isi kandungan sastera berupa fikiran,
perasaan, pengalaman, idea, semangat, keyakinan, kepercayaan dan lain-lain. Selain itu
adalah bentuk. Bentuk pengungkapan sastera ada bermacam-macam ragam, misalnya
ada ungkapan dalam bentuk suara yang disertai bunyi-bunyian. Seterusnya adalah
bahasa. Bahasa ialah bahan utama untuk mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu
bentuk sastera yang indah. Di samping itu adalah ekspresi. Eksperesi ialah keupayaan
mengeluarkan sesuatu dari dalam diri manusia. Secara umumnya, sastera dapat
dianggap sebagai ungkapan peribadi manusia yang berupa pengalaman, pemikiran,
perasaan, idea,semangat dan keyakinan yang dapat digambarkan melalui bahasa.

8

6.0 Fungsi kesusasteraan melayu

i. Hiburan

Kesusasteraan Melayu berfungsi bagi memberi hiburan terutamanya kepada
masyarakat melayu tradisional. Pada zaman dahulu, peralatan yang serba canggih dan
juga teknologi yang menarik belum wujud misalnya telefon pintar, tablet, komputer riba
dan banyak lagi. Oleh itu, masyarakat pada zaman dahulu mengisi masa lapang mereka
dengan berpantun, bersyair, berseloka dan bergurindam bagi menghilangkan rasa bosan
dan penat. Cerita-cerita rakyat akan diceritakan pada waktu-waktu lapang bagi
menghilangkan kebosanan dan anggota masyarakat dapat berkumpul pada malam hari
setelah sibuk mencari nafkah pada siangnya. Pada waktu malam itulah, mereka
berkumpul untuk berhibur sambil belajar melalui cerita rakyat.

ii. Alat Pendidikan

Pengalaman yang dimiliki oleh pengarang akan diterjemahkan melalui kisah-kisah
yang ditulis oleh mereka. Kisah-kisah ini akan mengandungi pelbagai bidang seperti
ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi
dan dicampur dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang mana
akan dapat dikutip oleh golongan masyarakat. Hal ini menyebabkan pendidikan secara
tidak langsung terjadi. Peranan sastera terutamanya sastera Melayu adalah agar dapat
membina insaniah dalam kehidupan masyarakat tradisional pada zaman dahulu.

9

iii. Dakwah
Menurut Zahir bin Ahmad (2005), peranan kesusasteraan adalah dalam bentuk akhlak

pada diri masyarakat Melayu yang disampaikan secara lisan. Oleh itu, masyarakat
Melayu tradisional pada zaman dahulu lebih sering menyampaikan dakwah melalui puisi
tradisional seperti syair misalnya syair agama. Syair ini bertujuan untuk menyampaikan
ajakan serta nasihat kepada masyarakat tradisional agar menuruti ajaran agama. Syair
ini juga berperanan untuk memberi peringatan agar tidak melakukan perbuatan buruk
seperti perbuatan yang dilarang oleh agama misalnya mencuri, berzina, membunuh dan
sebagainya.

iv. Kritikan Sosial
Pada zaman sekarang, kritikan sosial lebih kerap dilaksanakan melalui media sosial

seperi Facebook, Twitter, You Tube dan banyak lagi. Akan tetapi, pada zaman dahulu
masyarakat Melayu tradisional menyampaikan kritikan sosial melalui puisi tradisional
seperti gurindam. Contoh gurindam yang sering kali kita dengar adalah Gurindam Dua
Belas. Gurindam ini memberikan nasihat kepada pelajar supaya sentiasa memelihara
anggota diri dan berbudi pekerti dalam kehidupan seharian. Dalam gurindam ini, penyair
menyeru agar pelajar memelihara diri dan mengamalkan amalan berbudi pekerti
sepanjang masa.

10

7.0 Manifestasi Akal Budi

Menurut Norazimah Zakaria dan Azlina Abdullah (2017), akal budi mencerminkan
perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang individu yang mendokong kebijaksanaan
kehalusan jiwa serta keindahan. Perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang ini
diterjemahkan dalam pelbagai bentuk tetapi bentuk yang paling lazim digunakan adalah
melalui penghasilan karya seni khususnya seni sastera. Nilai jati dalam kalangan
masyarakat boleh diterapkan melalui nilai pengajaran dan faedah yang terdapat di dalam
sastera Melayu tradisi. Di antara berbagai kekayaan seni sastera Melayu tradisi ialah
pantun dan penggunaannya sangat menonjol dalam kalangan masyarakat Melayu
dahulu dan kini. Justeru, tunjuk ajar dalam pantun Melayu mengandungi pelbagai nasihat
serta pengajaran di samping penggunaan kata serta kalimatnya yang berima.

11

7.1 Pantun-Pantun Melayu

.

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

12

7.2 Manifestasi Akal Budi Pantun-Pantun Melayu

Rangkap 1

Maksud yang disampaikan dalam rangkap pertama pantun tersebut adalah apabila
kita semakin berilmu atau semakin tinggi darjat, kita perlu semakin merendahkan diri dan
tidak sombong terhadap orang lain. Misalnya, apabila kita mempunyai pangkat yang
tinggi, kita tidak boleh merendahkan orang biasa dan tetap menghormati mereka.

Rangkap 2

Maksud yang disampaikan dalam rangkap kedua pantun tersebut adalah orang yang
baik budi bahasanya akan dipandang mulia oleh orang lain manakala martabat sesebuah
bangsa itu akan dinilai dari segi kesantunan bahasa serta kesopanan tutur kata.

Rangkap 3

Maksud yang disampaikan dalam rangkap ketiga pantun tersebut adalah jika kita
menuntut ilmu secara ala kadar ataupun tidak bersungguh-sungguh, maka pengetahuan
dan kemahiran yang kita akan perolehi juga amat terhad dan tidak mencukupi. Misalnya,
jika kita belajar secara sambil lewa, hasil yang kita perolehi kelak tidak memuaskan.

13

8.0 Kesimpulan
Natijahnya, benarlah bahawa kesusasteraan dapat dirujuk sebagai hasil karya yang

mengandungi mesej dan pemikiran tertentu. Sastera bukan sekadar bahan bacaan, tetapi
lebih daripada itu. Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dato’ Dr Shahnon Ahmad
(1991) menegaskan bahawa sastera sebagai seismograf kehidupan, sastera bukan
sahaja mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia dan masyarakat. Melalui
sastera, banyak yang dapat dipelajari. Sesebuah hasil sastera yang dihasilkan adalah
pancaran daripada kehidupan masyarakat lalu digubah menjadi satu bentuk karya untuk
dijadikan pedoman kepada semua orang. Mesej yang disampaikan oleh setiap karya
sastera berfungsi untuk mendidik dan membina keperibadian masyarakat. Justifikasinya,
masyarakat Melayu disarankan agar terus menjaga dan memelihara warisan
kebudayaan dan kesusasteraan Melayu agar warisan Melayu “tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas”.

(1121 Patah Perkataan)

14
Rujukan
Ali Ahmad, “Mencari Definisi Kesusasateraan”, dlm Hamzah Hamdani (ed), Konsep dan

Pendekatan Kesusasteraan, (1988), Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali Ahmad (1994), Pengantar Kesusasteraan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU

Hashim Awang (1984) Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan dan Sejarah. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 2010.

Norazimah Zakaria & Azlina Abdullah (2017). Akal budi dan cerminan jati diri
Melayu dalam pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah.4(2), 89-97.

Shahnon Ahmad, 199, Ciri-ciri Penting Melahirkan Kesusasteraan Islam dalam
Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zahir bin Ahmad. (2005). Peranan sastera dalam pembentukan akhlak penduduk alam
Melayu. Jurnal Pengajian Melayu. 15(1), 254-265.


Click to View FlipBook Version