NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
Isu
Pembuangan
bayi
Pn. Lezawati binti Seron
KUMPULAN 5
MYRISTICA MAWAS ANAK ANTHONY
20DAT21F1013
GEOGINA ANAK JOHN
20DAT21F1027
VERONICA LEMUI ANAK REMANG
20DAT21F1025
SUHANA ANAK MARIH
20DAT21F1047
PRAKATA
Syukur dan setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan kepada Tuhan
kerana dengan izin kurnianya dapat kami
menyempurnakan
tugasan bagi kod subjek Nilai Masyarakat
Malaysia (MPU 23042)
ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya
amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih
kepada Puan Lezawati Binti Seron ,
selaku Pensyarah Nilai Masyarakat
Malaysia kerana telah meletakkan
sepenuh kepercayaan beliau kepada kami
untuk melunaskan tugasan
yang diberikan.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua
pihak yang telah terlibat
dalam menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau
tidak langsung . Segala bantuan yang
telah mereka hulurkan amatlah
kami hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat
diselesaikan.
Dalam menyiapkan tugasan ini banyak
yang telah saya pelajari
sepanjang sehingga proses penyiapan
kerja kursus ini dijayakan.
Ianya memberi saya seribu satu
pengalaman yang amat bermakna.
objektif
• Membincangkan faktor, kesan dan cara mengatasi kes pembuangan bayi.
• Mengurangkan kadar kes pembuangan bayi di seluruh negara Malaysia.
·Menyedarkan semua pihak untuk bersama-sama membanteras
jenayah pembuangan bayi.
Pengenalan
Isu Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling
menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah dibakar. Menurut
pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan
proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan untuk manusia) yang mengakibatkan
kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa
pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat dan
teruk. Selain itu, definisi dari saudari Anitayahya turut memaparkan kesan negatif kepada ibu
sekiranya proses kelahiran dalam melahirkan anak tidak mengikut kaedah yang betul.
Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud mencampakkan,
melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang
baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan
mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa
ada sifat berperikemanusiaan. Definisi yang ditakrifkan d
alam kamus Dewan ini menjurus ke arah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas.
Maksud yang diberikan ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui
lebih mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini.
Akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanak-kanak 2001
(Child Act) Bab 3 Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan Dan Kebajikan Kanak – Kanak.
Seksyen 31 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak- kanak. Di
Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi. Dianggarkan bagi tempoh
2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan di Malaysia, manakala 60
kes direkodkan sejak awal tahun 2010 hingga 12/8/2010. Malah masalah ini dari hari ke hari
semakin bertambah di negara tersebut. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes
pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan
perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati,
manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman
penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut
Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau
penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
FAKTOR KES PEMBUANGAN BAYI
1. Kekurangan didikan agama
• Antara punca kepada masalah pembuangan bayi yang kian berleluasa ini adalah
kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja. Kekurangan didikan agama yang
merupakan panduan dan pedoman hidup telah menyebabkan mereka hilang arah
dalam kehidupan dan terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas.
Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas akan terdorong untuk
menjalinkan hubungan bertentangan dengan hukum agama. Kesannya, remaja
perempuan akan mengandung tanpa ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut,
remaja yang lemah pegangan agama tidak akan teragak-agak untuk membuang
atau membunuh zuriat yang dilahirkan kerana malu dan tidak mahu
bertanggungjawab atas zuriat tersebut. Hal ini menunjukkan peranan agama dalam
kehidupan adalah amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang teguh dan
bukannya menurut hawa nafsu semata-mata.
2. Kepincangan institusi keluarga
• Selain itu,kepincangan institusi kekeluargaan juga menjadi punca dalam masalah ini. Sikap
ibu bapa yang terlalu materalistik sehingga mengabaikan anak-anak telah menyebabkan
anak-anak mereka berasa kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka.Ibu
bapa tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
dalam mengejar kemewahan harta malah mereka perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak.
Mereka harus meluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak
agar mereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu.Selain itu,ruang kebebasan yang
diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh dengan
pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jadi, ibu bapa memainkan peranan penting dalam
mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anak-anak sendiri.
3. PENGARUH RAKAN SEBAYA
• Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes
pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Rakan-rakan yang
negatif tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-
perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke
tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus
dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan
hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila
mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak,
mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri
dan keluarga tercemar.
4. SIKAP MASYARAKAT
• Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut
menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja
perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina
dan memandang serong padanya. Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga
pastinya dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Remaja perempuan berasa
tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada
pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut
mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik dan
hina oleh masyarakat. Jalan mudah yang diambil mereka membuktikan bahawa mereka
memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakat untuk menyelesaikan
masalah yang mereka alami.
5. SIKAP INGIN TAHU REMAJA
• Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau
sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja.
Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang,
itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih
matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi
seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut
berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap
remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan
buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagi remaja yang matang,
mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya
tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya”.
KESAN KES PEMBUANGAN BAYI
1. KESAN TERHADAP BAYI YANG DILAHIRKAN
• Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan
di hina oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan
dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan
berasa sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang
membuangnya dan tidak menjaganya.
• Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih sayang daripada ibu bapa
kandungnya yang telah membuangnya. Bertuah sesiapa ibu bapa yang masih
dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu namun jika sebalik maka
ia akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.
2. KESAN TERHADAP IBU YANG MELAHIRKAN
• Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah
membuang bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah
pasti dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup
dan dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya.
Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana
anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah
dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi
tersebut akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi
anaknya itu akan memaafkan ibunya.
3. KESAN TERHADAP KELUARGA PEREMPUAN
• Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri dan keluarganya akan
musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat
memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu,
keluarga perempuan juga akan di pandang hina sehingga turun temurunnya
walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun
banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu
pula mereka perkatakan sampai bila-bila.
4. KESAN TERHADAP MASYARAKAT
• Semua pihak terutamanya masyarakat itu sendiri harus berganding bahu
untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kerana
masyarakat akan dipandang serong oleh masyarakat lain. Masyarakat di
negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-
padu, Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat.
Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati wujudnya pergaduhan
dalam masyarakat pasti akan berlaku jika isu-isu perkauman akan wujud
seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua.
5. KESAN KEPADA NEGARA
• Kerancakkan ekonomi dan pembangunan negara akan terjejas dan
terbantut disebabkan masalah sosial yang dialami oleh sesuatu negara.
Hilangnya seorang pemimpin negara pada masa depan disebabkan
keruntuhan akhlak anak-anak muda sekarang, yang tidak pandai untuk
memikul tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kerana jatuh dan
bangunnya sesebuah negara bergantung kepada akhlak remaja dan generasi
pada waktu sekarang. Negara juga akan kehilangan generasi masa hadapan
dan akan mengalami kerugian yang sangat besar kerana generasi pada
masa kini tidak mempunyai akhlak baik dan yang diinginkan dan hal ini
menyebabkan negara akan kehilangan pemimpin-pemimpin yang berwibawa
untuk mentadbir negara. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat
membimbangkan.Budaya kuning dan pengaruh budaya barat mudah
meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Sekiranya hal ini
tidak dibendung oleh pihak-pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak
kerajaan dan juga pihak-pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada
masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak
remaja-remaja islam terutamanya akan rosak dan binasa. Perbelanjaan
kerajaan juga akan turut meningkat akibat peningkatan kadar jenayah.
Kerajaan terpaksa menggunakan belanja yang lebih besar dalam
menguruskan remaja-remaja dan bagi mengatasi remaja yang bermasalah
ini.
CARA MENGATASI KES
PEMBUANGAN BAYI
1. PERANAN IBU BAPA
• Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya
memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak
mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Manusia perlu memenuhi keperluan
peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul
keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Seterusnya, keperluan
kasih sayang dan diikuti pada peringkat berikutnya, keperluan peringkat kendiri.
Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih sayang
diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan
dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja.
Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka
anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.
Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk
sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti
seks rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.
2. PERANAN MEDIA MASSA
Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan
pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-
program motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh
pihak media amat berguna dan bermakna. Misalnya, pendedahan berbentuk
grafik dan kisah benar tentang seseorang yang pernah membuang bayi lalu ini
akan membangkitkan kesedaran para remaja
• Program motivasi dan kempen kesedaran seperti ‘Dosa Besar’ dan ‘Adab Bergaul’
mampu memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja dalam melakukan
dosa. Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan
melampaui yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi
adegan 18sx.
3. MASYARAKAT PERLULAH MEMBERI BANTUAN KEPADA IBU HAMIL
• Seterusnya, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalani
pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi
yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah. Hal ini penting bagi
menjamin kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi
dibuat, gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya.
Semua pihak digesa agar turut serta dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum
lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan
terhadap wanita.
4. PERANAN PIHAK BERKUASA DAN BADAN NGO
• Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan pembuangan
bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan
lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Selain itu, pihak
polis juga perlu tegas mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah
itu di penjara seumur hidup.Oleh itu, mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan
mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama.
• Badan-badan NGO pula hendaklah mengadakan program peringkat awal pendidikan agama
dan sosial dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Penekanan pendidikan amat penting bagi
menyedarkan masyarakat terutama remaja dengan maklumat yang tepat agar mereka
tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah pembuangan bayi ini.
5. PERANAN SEMUA PIHAK
• semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan dan
bahaya pembuangan bayi.
• Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat
dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiap
individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai
peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada
gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan
bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan
pergaulan bebas di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan
kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat
kepada diri, keluarga dan masyarakat.
CONTOH ISU KES
PEMBUANGAN BAYI
1. KES PEMBUANGAN BAYI KE DALAM TONG SAMPAH.
• Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru
dilahirkan ditemukan dalam keadaan menyayat hati di dalam
sebuah tong sampah di sini, semalam. Ia ditemui berhampiran
tempat letak kenderaan bertingkat Flat Bandar Tun Razak,
Cheras, menurut Ketua Polis Daerah Cheras .
2. KES PEMBUNUHAN BAYI BARU LAHIR
• Berita seorang remaja berusia 15 tahun disyaki bertindak
membunuh dengan menikam bayinya sendiri selepas melahirkan
bayi berkenaan sudah tentunya bukan sahaja menggemparkan
tetapi amat mendukacitakan. Menurut laporan media pada 8
Februari lalu, remaja dan bayi lelaki yang dilahirkan cukup sifat
itu mempunyai kesan tikaman di bahagian dada kiri itu, ditemui
di sebuah rumah di daerah Kemaman, Terengganu.
3. KES MENCAMPAK BAYI DARI TINGKAT ATAS
• Menurut laporan akhbar, bayi itu dicampak oleh seorang remaja
perempuan berumur 16 tahun dari tingkap biliknya yang terletak di
tingkat dua pada ketinggian kira-kira sembilan meter.Kes itu hampir
sama dengan insiden seorang pembantu kedai berusia 18 tahun yang
tergamak mencampak bayi perempuannya yang baru dilahirkan dari
tingkat empat rumah flat di Georgetown, Pulau Pinang pada Mei lalu.
4. KES BAYI DIBUANG DALAM BAKUL PAKAIAN
• Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui
ditinggalkan di dalam bakul pakaian berhampiran sebuah restoran di
Taman Mutiara, Batu Berendam di sini pada pagi Jumaat. Dalam
kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, bayi perempuan cukup sifat
berkenaan ditemui oleh seorang wanita yang sedang mengutip tin di
kawasan berhampiran selepas terdengar suara tangisan.
5. MAYAT BAYI DITEMUI TERAPUNG DI DALAM LOJI KUMBAHAN
• Mayat seorang bayi lelaki ditemukan terapung di dalam sebuah loji
kumbahan di Taman College Heights di sini hari ini. Ketua Polis
Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya
menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi cukup sifat itu
daripada orang awam pada 10.38 pagi tadi yang ternampak satu
objek dipercayai seorang bayi terapung di dalam loji berkenaan. "Hasil
siasatan awal mendapati objek itu adalah mayat seorang bayi lelaki
dengan anggaran kematian bayi tersebut lebih dari sehari," katanya
dalam kenyataan hari ini.
KESIMPULAN
Kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sememangnya
amat membimbangkan dan mencemaskan masyarakat. Tindakan
untuk mengawal gejala ini sudah sampai ke tahap yang dianggap
serius. Justeru itu, semua warga masyarakat tidak mengira
kaum dan agama haruslah bersatu padu bagi membantu mencegah
dan membanteras gejala sosial supaya tidak menjadi lebih serius
dandapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya.Pihak atasan
dan badan-badan kebajikan juga perlu lebih peka dan perlu
menganjurkan pelbagai ceramah, program-program dakwah atau
motivasi kepadaremaja supaya mereka mendapat lebih informasi
tentang gejala ini dan sedar tentang kesan serta bahaya daripada
perbuatan tidak bermoral itu. Dengan pelbagai usaha yang
dilakukan secara bersama-sama ini, ia sedikit sebanyak dapat
mengurangkan masalah ini daripada menjadi satu penyakit
berbahaya di negara Malaysia ini.Sebagai remaja yang bermoral,
kita seharusnya menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan
yang kejam dan hina.
Sebaliknya kita akan dihina, dicaci dan dicemuh oleh masyarakat.
Kita perlu berfikir dengan rasional dengan mengambil kira baik dan
buruk sesuatu perkara sebelum melakukan hal tersebut.
LATIHAN PENGUKUHAN
- IMBAS KOD QR UNTUK MENJAWAB SOALAN
SUMBER RUJUKAN
1. Buku Nilai Masyarakat
Malaysia
2. Buku Penghayatan Etika
Dan Peradaban
https://www.sinarharian.c
om.my/article/93539/SUA
3. RA-SINAR/Analisis-
Sinar/Tragedi-bayi-
dibuang-seperti-sampah
https://www.bharian.com.
my/berita/nasional/2022/
4. 02/923248/jenayah-
buang-bayi-masih-
berleluasa
https://www.astroawani.c
om/berita-malaysia/bayi-
5. perempuan-ditinggalkan-
dalam-bakul-pakaian-
345117
https://www.astroawani.c
om/berita-
6. malaysia/mayat-bayi-
ditemui-terapung-dalam-
loji-kumbahan-317211
SINOPSIS RINGKAS
• E-FOLIO INI MENJELASKAN TENTANG ISU
PEMBUANGAN BAYI YANG BERLELUASA DI
MALAYSIA. E-FOLIO INI MEMBINCANGKAN
FAKTOR, KESAN, DAN CARA MENGATASI
MASALAH TERSEBUT. PERBINCANGAN
CABARAN-CABARAN INI TELAH DISESUAIKAN
DENGAN MENGHUBUNGKAITKAN ISU SEMASA
YANG SEMAKIN BERLELUASA DISEBABKAN
FAKTOR MEMPENGARUHINYA DARI PELBAGAI
SUDUT.