30 Matapelajaran/ subjek : Matematik Isnin Kelas : 1 Siddiq dan 1 Tabligh Bidang : Sukatan dan Geometri Tajuk : Panjang, jisim dan isipadu cecair Tarikh : 20 September 2021 Masa 11:30 pagi hingga 12:30 tengah hari Kehadiran 1 Siddiq : ________ / 21 orang 1 Tabligh : ________ / 18 orang Standard Kandungan 6.1 Unit relatif untuk mengukur panjang, jisim dan isi padu cecair. Standard Pembelajaran 6.1.1 Mengggunakan dan mempelbagaikan perbendahaaan kata ukuran panjang, jisim dan isi padu cecair dalam konteks. 6.1.2 Membuat pengukuran panjang, jisim dan menyukat objek menggunakan unit bukan piawai. 6.1.3 Membanding dua atau lebih ukuran panjang , jisim dan isi padu cecair objek menggunakan unit bukan piawai. Hasil pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr), murid- murid akan dapat : 1) Menyatakan sekurang-kurangnya 4 daripada 6 istilah panjang dengan betul. 2) Mengukur panjang objek menggunakan sekurang-kurangnya 2 unit bukan piawai dengan teknik yang betul. 3) Membanding sekurang-kurangnya 2 ukuran panjang objek menggunakan unit bukan piawai dengan betul. Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah melihat objek-objek unit bukan piawai Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Menjana idea, menghubung kait, mengenal pasti , menggambarkan , banding beza. Penerapan nilai : Kebersihan, keberanian, Keyakinan, kejujuran, , ketelitian, fokus, mendengar arahan, kesabaran Bahan bantu mengajar / BBM : Buku Teks (Jilid 2), Buku Aktiviti (Jilid 2), Laptop, Slaid Powerpoint, Alat tulis, duit syiling 5 sen, sumber rujukan gambar daripada Google dan lain-lain
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Langkah/ masa Isi pelajaran Aktiviti pdp Catatan Persediaan mengajar Sebelum memulakan pdpr, guru mengambil kehadiran murid dan meminta dan mengingatkan murid untuk bersedia bersama rujukan dan bahan seperti buku teks, buku aktiviti, alat tulis dan duit syiling 5 sen serta memberi kata –kata semangat dan adab sepanjang kelas pdpr berlangsung. Nilai : Fokus Mendengar arahan Persediaan Set induksi (±5 minit ) Pemerhatian dan analisis 1. Apakah yang kamu perhatikan pada gambar ini? 2. Nyatakan pemerhatian berkenaan bangku, pokok, jarak kedai dan sebagainya ? 1) Aktiviti dimulakan dengan murid diminta membuat pemerhatian tentang gambar yang ditunjukkan pada Powerpoint. 2) Wakil murid diminta berkongsi pemerhatian yang dapat dilihat. 3) Sesi soal jawab dijalankan berkenaan gambar yang ditunjukkan. 4) Murid dibimbing mengaitkan gambar dengan tajuk yang akan dipelajari hari ini dengan menyusun perkataan menjadi Nilai : Keyakinan Keberanian Fokus Sabar KBKK: Menilai Menghubungkait Strategi/teknik: Soal jawab BBM : Slaid Powerpoint Komputer/laptop Rujukan gambar daripada Google Langkah 1 Imaginasi Penjanaan idea ( ±20 minit) Kenali istilah panjang iaitu : panjang pendek tinggi rendah jauh dekat 1) Pendekatan diteruskan dengan berpusatkan guru. 2) Murid diperkenalkan dengan istilah panjang iaitu panjang, pendek, tinggi, rendah, jauh dan dekat. 3) Murid dibimbing menyebut istilah panjang yang bersesuaian dengan gambar yang ditunjukkan pada Powerpoint. Nilai : Ketelitian Keyakinan KBKK: Menjana idea Menghubungkait Banding beza
1. Sebutkan contoh objek yang lain di sekitar anda. 2. Mengukur panjang objek menggunakan unit bukan piawai. 3. Membanding panjang dua objek. Contoh : 4) Murid dibimbing beberapa contoh yang lain dengan merujuk buku teks muka surat 46 dan 47. 5) Wakil murid diminta berkongsi objek yang lain bersesuaian dengan istilah panjang di sekitar tempat duduk. 6) Seterusnya, murid di bimbing pula mengukur panjang objek menggunakan unit bukan piawai dan perkenalkan juga pengukuran menggunakan unit piawai sebagai ilmu tambahan yang akan dipelajari semasa tahun 2. Nota (perbezaan pengukuran ) 7) Kemudian, murid diperkenalkan dengan unit bukan piawai menggunakan objek dan anggota badan : Contoh : 8) Murid merujuk beberapa contoh dalam buku teks muka surat 48 hingga 50. Strategi/teknik: Soal jawab BBM : Slaid Powerpoint Komputer/laptop Rujukan gambar daripada Google Buku teks (Jilid 2) muka surat 46 hingga 50 Alat tulis
4. Anggarkan panjang pensel/ buku teks dll menggunakan unit bukan piawai sama ada menggunakan objek atau anggota badan. 9) Guru menegaskan bahawa ukuran unit bukan piawai haruslah dilakukan dari hujung objek ke hujung objek yang satu lagi dan perlu disusun secara rapat dalam satu garis lurus bagi memberikan jawapan unit bukan piawai yang tepat. 10) Murid diminta menganggar panjang objek sekeliling seperti panjang pensel / buku teks dan lain-lain menggunakan unit bukan piawai sama ada objek atau anggota badan. 11) Murid diuji dengan beberapa soalan bagi menguji tahap kefahaman murid sebelum meneruskan aktviti pengukuhan : Contoh : Langkah 2 Penstrukturan idea ( ±15 minit) Aktiviti Individu 1. Ukur panjang objek menggunakan duit syiling 5 sen. 2. Membanding panjang objek yang diukur. 1) Aktiviti diteruskan dengan berpusatkan murid dan bahan. 2) Murid diminta menyediakan Buku Aktviti (Jilid 2) dan duit syiling 5 sen. 3) Murid diminta membuat latihan pengukuhan dalam buku aktviti muka surat 51. 4) Murid dibimbing mengukur panjang setiap objek menggunakan duit syiling 5 sen dan melengkapkan jadual. (Rujuk lampiran 1) 5) Guru mengingatkan bahawa ukuran menggunakan duit syiling 5 sen haruslah dilakukan dari hujung gambar ke hujung gambar yang satu lagi dan perlu disusun secara rapat bagi memberikan jawapan unit bukan piawai yang tepat. 6) Murid diberikan masa untuk mengukur panjang setiap objek dan melengkapkan jadual yang disediakan. Nilai : Kejujuran Ketelitian Fokus KBKK: Menjana idea Banding beza BBM : Buku Aktiviti (Jilid 2) muka surat 51 Duit syiling 5 sen Slaid Powerpoint
7) Hasil kerja murid dibincangkan bersama dengan murid menyemak jawapan dan merujuk slaid powerpoint yang disediakan. Langkah 3 Aplikasi idea ( ±15 Minit) Kuiz cabar minda 1. Kenali istilah panjang 2. Ukuran panjang objek menggunakan unit bukan piawai. 1) Seterusnya aktiviti diteruskan dengan murid dikehendaki menjawab soalan pengukuhan dengan menjawab Cabar Minda melalui aplikasi Quizizz. 2) Setiap murid diminta menekan pautan link pada ruangan Chat. 3) Bagi murid yang menghadapi masalah untuk menekan pautan link, murid tersebut boleh menjawab kuiz cabar minda yang akan dimuat naik pada Google Classroom kelas masing-masing. 4) Kemudian murid memasukkan nama dan bersabar menunggu rakan yang lain. 5) Kuiz akan dimulakan sebaik sahaja guru menekan pautan start. 6) Murid diberikan masa untuk menjawab setiap soalan dan di ingatkan untuk sentiasa berhati-hati semasa menjawab serta percaya dan jujur pada diri sendiri. 7) Guru memaparkan papan markah sebaik sahaja setiap soalan habis dijawab dan jawapan dibincangkan bersama serta mengenal pasti kesalahan murid menjawab (jika ada). 8) Kuiz cabar minda akan tamat dijawab setelah guru menekan pautan end. 9) Ucapan pujian syabas dan tahniah bagi murid yang berjaya menduduki kedudukan 3 terbaik dan memberi kata semangat dan tidak berputus asa bagi mereka yang kurang bernasib baik. Nilai : Ketelitian Keyakinan Kesabaran Kejujuran BBM : Aplikasi Quizizz
Penutup ( ± 5 Minit) Rumusan 1) Murid dibimbing merumuskan keseluruhan pdp hari ini. 2) Berdasarkan slaid powerpoint, wakil murid diminta menyenaraikan objek mengikut kategori panjang, pendek, tinggi dan rendah yang bersesuaian dengan merujuk gambar yang disediakan dan ukuran unit piawai yang telah dipelajari sementara murid yang lain berkongsi jawapan pada ruangan chat . 3) Murid sentiasa diingatkan untuk sentiasa duduk di rumah dan tidak keluar rumah jika tidak berkeperluan. 4) Muri juga diingatkan untuk kerap menjaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan atau menggunakan sanitasi tangan dan memakai pelitup muka jika berada di luar rumah serta sentiasa menjaga kesihatan diri mental dan fizikal. 5) Guru memberi ucapan dan pujian diatas kesudian mengikuti kelas pdpr, keberanian dan kerjasama dan mengucapkan terima kasih dan sentiasa bersemangat untuk mengikuti kelas matematik yang seterusnya pada Rabu (22 September 2021) pukul 8:30 pagi hingga 9:30 pagi. Nilai : Keyakinan Fokus Ketelitian KBKK: Menjana idea Membuat rumusan Strategi/teknik: Soal jawab BBM : Slaid Powerpoint Sumber rujukan gambar daripada google
Refleksi : 1 Siddiq : Seramai ______ daripada 21 orang murid dapat mengikuti kelas secara pdpr dan selebihnya seramai ______ orang murid perlu di beri bimbingan lanjut daripada guru atau ibu bapa. 1 Tabligh : Seramai ______ daripada 18 orang murid dapat mengikuti kelas secara pdpr dan selebihnya seramai ______ orang murid perlu di beri bimbingan lanjut daripada guru atau ibu bapa. Ulasan Pemantau :
Lampiran 1 3 5 3 1 6