The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuely2003, 2023-02-15 22:03:36

PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN

PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN

DEFINISI PERBEZAAN INDIVIDU ● Dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi dalam kalangan kalangan individu (Yusri, 2007) ● Manusia berbeza dari segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenaga personaliti dan emosi. Faktor persekitaran pula seperti gaya hidup keluarga, sosioekonomi keluarga, sekitar sekolah dan di rumah, komuniti masyarakat (Papalia, 2001) ● Mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat (Slavin, 1997)


KONSEP KECERDASAN ● Kebolehan memperolehi pengetahuan, keupayaan untuk berfikir di dalam situasi yang kompleks dan kebolehupayaan untuk menyelesaikan masalah. ● Istilah “kecerdasan”mula diperkenalkan oleh Sir Farancis Galton. Galton meyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Walaupun beliau gagal membina sebuah ujian kecerdasan tetapi beliaulah yang memperkenalkan konsep “kecerdasan”. ● Menurut Kamus Dewan 1991:264 (dalam Sidek Mohd Noah, 1998) kecerdasan bermaksud kesempurnaan untuk berfikir, mengerti dan lain-lain seperti kepandaina, kepintaran dan kecerdikan.


DEFINISI KECERDASAN BERDASARKAN TEORI ● David Wechsler (1975), kecerdasan adalah kebolehan seseorang individu memahami alan persekitarannya, dirinya dan kepakaran yang ada padanya yang boleh menolong dia menghadapi cabaran hidup. Kebolehan ini adalah bersifat sejagat ataupun universal. ● Binet (1905), memberikan erti kecerdasan sebagai kesanggupan yang membolehkan seseorang itu menyesuaikan diri dan kebolehan dalam memberikan pertimbangan yang kritikal terhadap sendiri. Faktor utama kecerdasan ialah kebolehan dan keupayaan untuk membuat pentaakulan, pemahaman dan pemilaian terhadap sesuatu situasi dan keadaan yang dihadapi. ● Galton (1869), Catell (1890) dan Hall (1884-1924), bersetuju bahawa kecerdasan adalah diwarisi. Perkembangan darjah kecerdasan (IQ) manusia pada dasarnya ditentukan dan tidak boleh berubah. Orang yang bijak datangnya daripada keluarga dan keturunan yang bijak juga.


Kecerdasan Analitik (Componential Intelligence) ❏ Melibatkan tindakan menganalisis, membanding serta menilai. ❏ Contoh: Pelajar membuat aktiviti matematik Kecerdasan Pengalaman (Experiental Intelligence) ❏ Merupakan kebolehan mereka cipta, membuat penerokaan dan sebagainya. ❏ Contoh: Menghasilkan puisi dan lukisan. Kecerdasan Praktikal (Contextual Intelligence) ❏ Menggunakan atau pun mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam konteks dunia yang sebenar. ❏ Contoh: Ali belajar bahasa Inggeris di dalam kelas. Apabila Ali pergi melancong ke luar negara, dia menggunakan bahasa Inggeris untuk berinteraksi dengan orang di tempat berkenaan.


TEORI KECERDASAN PELBAGAI (Howard Gardner) ❏ Telah diasaskan oleh ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner pada tahun 1983 melalui bukunya Gardner, Frames of Mind. ❏ Kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. ❏ Setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian.


Kecerdasan Kinestetik ● Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. ● Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah mereka yang berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. ● Contoh aktiviti: aktiviti tarian dan lakonan ● Contoh kerjaya: pelakon, buruh binaan, atlet, penari dan guru tarian


Kecerdasan Interpersonal ● Berkait rapat dengan emosi. ● Berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. ● Membantu kita bersosial dengan orang lain. ● Contoh aktiviti: Seseorang yang mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak menyampaikan idea dan pendapat. ● Contoh kerjaya: guru, pakar terapi, ahli politik dan pemimpin organisasi


Kecerdasan Intrapersonal ● Kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplin diri dan jati diri. ● Individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. ● Contoh aktiviti: menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita, berkhayal dan mengarang cerita. ● Contoh kerjaya: pakar kaunseling, ahli falsafah, pengarang, penyajak dan ahli psikologi.


Kecerdasan Logik-Matematik ● Berkait dengan angka. ● Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik, boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. ● Mempunyai ingatan yang tinggi dan sering dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat. ● Contoh aktiviti: bermain puzzle, penyelesaian masalah, catur, teka-teki dan pencarian formula baru. ● Contoh kerjaya: ahli fizik, jurutera, akauntan, saintis dan ahli matematik.


Kecerdasan Verbal-Linguistik ● Keupayaan dan kebolehan yang berkait dengan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks. ● Seseorang yang mampu memberi makna, mentafsir, mendalami sesuatu perkara yang tersirat di dalam bahasa. ● Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, penulisan kreatif, diari, puisi, jenaka dan bercerita. ● Contoh kerjaya: peguam, penulis, penyajak, penceramah dan pensyarah bidang sastera.


Kecerdasan Visual-Ruang ● Individu yang memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. ● Individu yang memiliki kecerdasan ini peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang yang terdapat disekeliling mereka. ● Contoh aktiviti: melukis peta minda, graf, bentuk grafik dan mengecat. ● Contoh kerjaya: arkitek, pereka landskap, pelukis


Kecerdasan Naturalis ● Individu yang mempunyai kelebihan dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut urutan, membina klasifikasi atau kelas, menjelaskan dan menggabungkan konsep alam. ● Individu yang sangat prihatin terhadap alam, mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup. ● Contoh aktiviti: berkebun, memelihara binatang, memelihara tanaman dan aktiviti mendaki gunung. ● Contoh kerjaya: ahli geologi, pendaki gunung, petani, ahli botani dan ahli biologi.


Kecerdasan Muzik ● Melibatkan kepakaran dalam prestasi, komposisi dan asperiasi terhadap pola-pola muzik. ● Individu yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila mendengar bunyi-bunyi alam. ● Contoh aktiviti: persembahan muzik, bunyi vokal, nyanyian dan bunyi instrumen. ● Contoh kerjaya: komposer, penyanyi, pemain muzik dan penggubah lagu


RUJUKAN Ahnizah, (2014). Implikasi Teori Pembelajaran Ke Atas Proses Pengajaran Dan Pmbelajaran Kepada Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. T.t. Amalina, (2019). Implikasi Perbezaan Individu Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran. T.t. Axup, T., & Gersch, I. (2008). The impact of challenging student behavior upon teachers’ lives in a secondary school: teachers’ perceptions. British Journal of Special Education , 35 (3), 144-151 . Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia. Norasmah Othman & Siti Rashidah Othman. (2004). Gaya pembelajaran Kolb dalam mata pelajaran Biologi. Jurnal Teknologi, 40 (E), 45-58. Eva Cheong, S.C. Chong, H.N. Ling (2012). Hubungan Gaya Pembelajaran. Dimuat turun pada 6 November 2022, daripada http://dpliprasekolahsunshine.blogspot.my/2012/09/by-eva-cheong-s.html Emeliana Elias, Hussin Sarju, Mohd Izyan Zuhaili Zainudin, Shamsul Kamarudin & Azizi Yahaya. (2012). Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Journal of Educational Psychology & Counseling, 5(1), 58-70 Hasnah Mohamed, Zaidatun Tasir & Baharuddin Aris. (2014). Pengaruh gaya kognitif terhadap pencapaian pelajar. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik, 1(1), 58-71.


Click to View FlipBook Version