MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KELAB STAF
KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK
KALI KE – 10
2020 / 2021
TARIKH : 28 APRIL 2021 (RABU)
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : PERPUSTAKAAN ARAS ATAS,
KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK
MELAKA
1
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB STAF
KPM AYER MOLEK KALI KE – 10
2020/2021
TARIKH : 28 APRIL 2021 (RABU)
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : PERPUSTAKAAN ARAS ATAS, KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER
MOLEK, MELAKA
ATURCARA MAJLIS
1.30 – 2.00 petang : Ketibaan pensyarah dan staf (Pendaftaran)
2.00 – 3.00 petang : Tazkirah Ramadan oleh JK Pembangunan &
Profesionalisme Staf
3.00 – 3.45 petang : Bacaan doa
: Ucapan Aluan oleh YDP Kelab Staf Sesi 2020/2021
[Pn. Farakhshima binti Dahalan]
: Ucapan Aluan oleh Pengarah
[Pn. Samsiah binti Kandar]
: Ucapan & Penyerahan hadiah cenderahati sempena Majlis Perpisahan
[En. Sukifli bin Seman] [Pn. Badariah binti Johari]
3.45 – 4.00 petang : Majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Video
Dokumentari Pendek (Tayangan video tempat pertama)
: Penyerahan sumbangan Khairat Kematian
: Penyerahan sumbangan Perkahwinan
4.00 – 5.00 petang : Mesyuarat Agung bermula
: Perarakan masuk JK Kelab Staf
: Montaj Aktiviti tahun 2020
: Pembentangan Aktiviti
[Pn. Siti Mariah binti Ab Wahab]
: Pembentangan Kewangan
[Pn. Norhashimah binti Omar]
: Hal-hal lain
: Usul
: Majlis bersurai
2
JAWATANKUASA KELAB STAF
KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK, MELAKA
SESI 2020 / 2021
PENAUNG : PUAN SAMSIAH BINTI KANDAR
PENASIHAT : ENCIK IMRAN RAMZI BIN CHE IBRAHIM
: PUAN NOORMILA BINTI PAHAMI
: ENCIK SHAHRULAZLI BIN JAAFAR@ISMAIL
AHLI JAWATANKUASA
YANG DI PERTUA : PN. FARAKHSHIMA BINTI DAHALAN
NAIB YANG DI PERTUA : PN. ROSDIANAH BINTI RAMLY
SETIAUSAHA : PN. SYAMILA HUDA BINTI HALIMI
PENOLONG SETIAUSAHA : PN. SITI MARIAH BINTI AB WAHAB
BENDAHARI : PN. NOORHASHIMAH BINTI OMAR
PENOLONG BENDAHARI : PN. NABIHAH BINTI ADNAN
AJK : EN. SUKIFLI BIN SEMAN
EN. ROSLI BIN BERAHIM
EN. AZHAR BIN HASSAN
EN. MOHD RAMDAN BIN IBRAHIM
PN. ROHAIZAH BINTI BAHARI
PN. ZURAIDAH BINTI NORDIN
CIK FATIMAH MUNIRAH BINTI ABU BAKAR
3
AGENDA MESYUARAT
1. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung kali ke 10 Tahun 2020/2021
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke 10 Tahun 2020/2021
3. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahun 2020/2021
4. Pengesahan Pembentangan Aktiviti Tahun 20202021
5. Pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2020/2021 oleh Bendahari
6. Pengesahan Pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2020/2021
7. Pelantikan AJK Tambahan Kelab Staf Sesi 2021/2022
• Ahli Jawatankuasa [ 1 orang ]
8. Perbincangan Usul dan Cadangan
9. Ucapan Penangguhan Mesyuarat
4
LAMPIRAN A
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KELAB STAF KPM AYER MOLEK
KALI KE 9 TAHUN 2019/2020
DIBENTANGKAN OLEH:
PN FARAKHSHIMA BINTI DAHALAN
YANG DIPERTUA
5
6
6
7 7
8
8
9
9
10
10
11
11
12
12
LAMPIRAN B
LAPORAN AKTIVITI
KELAB STAF KPM AYER MOLEK
KALI KE 10
TAHUN 2020/2021
DIBENTANGKAN OLEH:
PN SITI MARIAH BINTI AB WAHAB
SETIAUSAHA
13
LAPORAN MESYUARAT & AKTIVITI
Bil Aktiviti Catatan Tarikh
A KHAIRAT KEMATIAN KELAB
1 Pn. Syirin Hanim binti Jalis Kematian Ayah 22 Oktober 2020
2 En. Helmi bin Mohamad Kematian Ayah 30 November 2020
3 En. Razali bin Abdul Rahman Kematian Anak 12 Januari 2021
4 Pn. Rabiyathul Basirah Kematian Ibu 1 Februari 2021
5 Pn. Zarinah binti Yatim Kematian Ayah 2 Februari 2021
B SUMBANGAN DERMA KILAT
1 Pn. Asnida binti Fuad Kematian Adik 22 Julai 2020
2 Pn. Syirin Hanim binti Jalis Kematian Ayah 22 Oktober 2020
3 En. Helmi bin Mohamad Kematian Ayah 30 November 2020
6 Pn. Syahidatul Kamilah Hajaraih Suami 21 September 2020
kemalangan
7 Pn. Norhashimah binti Omar Suami sakit 24 November 2020
8 En. Mohd Kamal bin Puasa Serangan strok 6 Disember 2020
9 Pn. Munirah binti Othman Kematian Ayah 6 Mac 2021
Mentua
C PROGRAM ZIARAH
1 Pn. Asnida binti Fuad Kematian adik 17 Julai 2020
2 En. Helmi bin Mohamad Kematian Ayah 30 November 2020
3 En. Mohd Kamal bin Puasa Serangan strok 22 Disember 2020
4 En. Razali bin Abdul Rahman Kematian Anak 12 Januari 2021
D SUMBANGAN PERKAHWINAN
1 En. Sa'id Bin Mohd Khalid 14 Oktober 2020
2 En. Muhammad Safwan Bin 4 Januari 2021
Mohamad Yusof
E SUMBANGAN ANAK PERTAMA
1 Pn. Nabihah binti Adnan 2 Mac 2020
2 Pn. Sharifah Noor Fatanah binti 13 Mac 2020
Syed Najmuddin
F MAJLIS PERPISAHAN
1 En. Sukifli bin Seman 1 Mac 2021
2 Pn. Badariah binti Johari 6 Januari 2022
14
G AKTIVITI
1 Kutipan Dana Infaq Bilik Rehat Staf 4 Ogos 2020
2 Mesyuarat Agung Khas 2 September 2020
3 Ukhuwwah Lunch 2020 28 Oktober 2020
4 Pertandingan Video Pendek Sempena 2 April 2021
Hari MARA ke-55
5 Kutu korban 22 Julai 2021
H MESYUARAT
2020
1 Mesyuarat Jawatankuasa Bil 1/2020 23 Julai 2020
2 Mesyuarat Jawatankuasa Bil 2/2020 27 Ogos 2020
3 Mesyuarat Jawatankuasa Bil 3/2020 2 Oktober 2020
2021
1 Mesyuarat Jawatankuasa Bil 1/2021 11 Mac 2021
2 Mesyuarat AGM 2020/2021 28 April 2021
15
LAMPIRAN C
LAPORAN PENYATA KEWANGAN
KELAB STAF KPM AYER MOLEK
KALI KE 10
TAHUN 2020/2021
DIBENTANGKAN OLEH:
PN NORHASHIMAH BINTI OMAR
BENDAHARI
16
LaporanJuruaudit Dalaman
Kelab Staf Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka
Kepada,
Pendaftar Pertubuhan
Anggota-anggota Kelab Staf Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka
Kami telah mengaudit penyata kewangan Kelab Staf Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka, yang mengandungi
Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 dan lain-lain nota keterangan pada
Lampiran C.
Tanggungjawab Pegawai terhadap Penyata Kewangan
Pegawai adalah bertanggungjawab ke atas penyediaan penyata kewangan yang benar dan saksama menurut
Undang-Undang Pertubuhan dan kawalan dalaman yang bersesuaian dalam penyediaan penyata kewangan yang
bebas daripada salah nyata yang ketara, samada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan.
Tanggungjawab Juruaudit
Tanggungjawab kami ialah menyatakan pendapat tentang penyata kewangan berdasarkan pengauditan kami.
Sesuatu audit melibatkan pelaksanaan prosedur untuk memperolehi bukti audit mengenai amaun dan pendedahan
dalam penyata kewangan. Prosedur yang dipilih bergantung kepada pertimbangan kami.
Tanpa menjejaskan pendapat kami, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
1. Tunai di tangan sebanyak RM2004.51 adalah melebihi amaun yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam
undang-undang pertubuhan kelab, bahagian kewangan fasal 10(2) dan perlu dimasukkan ke dalam bank akaun.
2. Terdapat pembelian yang dilakukan tanpa pembuktian resit pada perbelanjaan melebihi RM1000.00.
3. Perbelanjaan-perbelanjaan yang berjumlah RM5000.00 dan ke atas pada satu-satu masa tidak boleh diputuskan
oleh Mesyuarat Jawatankuasa. Ia perlu diluluskan dalam Mesyuarat Agong terlebih dahulu. (Fasal 10 perkara 4).
Kami percaya bahawa audit kami telah memberikan asas yang munasabah untuk menyatakan pendapat kami.
Pendapat
Pada pendapat kami, penyata kewangan tersebut telah disediakan dengan wajar mengikut Undang-undang
Pertubuhan, untuk memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kelab Kolej
Profesional MARA Ayer Molek pada 31 Disember 2019 dan prestasi kewangannya serta aliran tunai bagi tahun
berakhir pada tarikh tersebut.
Laporan Mengenai Keperluan Perundangan
Kami juga melaporkan pada pandangan kami:
(a) rekod-rekod perakaunan dan lain-lain rekod disimpan dengan wajar.
(b) penerimaan dan perbelanjaan kelab staf sepanjang tahun berakhir 31 Disember 2017 di rekod dengan
baik.
…………………………………….
Rozaida Binti Abu Shari
Pemeriksa Kira-Kira
Tarikh: 10 Julai 2020
Ayer Molek Melaka
17
LAPORAN
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR
31 DISEMBER 2020
18
KELAB STAF KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR
31 DISEMBER 2020
PENDAPATAN RM RM
Baki dibawa kehadapan (2019) Tunai di tangan 2,004.51
Baki dibawa kehadapan (2019) Tunai di bank 1,856.80
Yuran ahli (sedia ada dan baru) tahun 2020 11,970.00
Yuran ahli tahun 2019 175.00
16,006.31
Sumbangan - Buku resit Kelab staf 130.00
Sumbangan- Belangsungkawa dan Derma 4,304.00
Sumbangan - Jualan Pn Zarina Yatim 77.55
Sumbangan - Ukhwah Lunch 2020 (Belanjawan HQ MARA) 5,498.50
Sumbangan - Koperasi bagi Ukhwah Lunch 2020 500.00
10,510.05
Jualan Runcit Ukhwah Lounge 1,471.74
Jualan Baju Kelab Staf 3,764.00
Jualan kerusi Ukhwah Lounge Cik Zaniza 60.00
5,295.74
Kutipan Kutu Qurban Puan Nora Sebah 320.00
Kutipan Kutu Qurban En Azhar 320.00
640.00
Lebihan tunai 10.00
Komisyen Surat Khabar 4.20
14.20
JUMLAH PENDAPATAN 32,466.30
PERBELANJAAN
Belian susu Fram Fresh 260.00
Belian Barangan runcit 109.10
Bayaran pembekal baju kelab staf 3,212.00
Bayaran lebihan bayaran baju kelab staf 32.00
Bayaran pembekal serunding 40.00
Belian kerepek 480.00
4,133.10
Belian buku resit dan baucar 330.00
Hiasan bilik rehat kelab staf 67.50
Caj bank 8.20
Caj Buku cek 7.50
Hadiah harijadi staf 216.30
Bayaran pulangan duit jualan meja Ukhwah Lunch 60.00
Belian sticker untuk bilik Ukhwah Lounge 50.00
739.50
19
Pembelian plak Hari Inovasi 1,378.50
Bayaran deposit Hotel Holiday Inn 1,150.00
Bayaran belian barang Hari Inovasi 290.00
Belian Termos bagi Ukhwah Lunch 2,269.00
Belian Barangan hadiah Bonanza 2,975.00
Belian Baucar MYDIN 1,545.00
Belian Barangan hadiah Bonanza 3,465.00
13,072.50
Elaun kehadiran AGM 375.00
Cenderamata AGM 635.00
Sticker Doorgift AGM 66.00
Makanan VVIP AGM 184.00
Goodies Bag AGM 721.00
1,981.00
Kasaf 2020 500.00
Sumbangan derma & belangsungkawa 4,304.00
4,804.00
JUMLAH PERBELANJAAN 24,730.10
20
KELAB STAF KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
Baki Awal Januari 2020 : RM RM
Baki dibawa kehadapan (2019) Tunai di tangan 2,004.51
Baki dibawa kehadapan (2019) Tunai di bank 1,856.80
Yuran ahli (sediaada dan baru) tahun 2020 11,970.00
Yuran ahli tahun 2019 175.00
16,006.31
Pendapatan :
Sumbangan 10,510.05
Hasil Jualan 5,295.74
Kutu Qurban 640.00
Pendapatan lain-lain 14.20
16,459.99
Perbelanjaan :
Belain Barang Jualan 4,133.10
Belanja pentadbiran 739.50
Belanja Hari Inovasi dan Ukhwah Lunch 13,072.50
Belanja mesyuarat agung 2019/2020 1,981.00
Sumbangan Kelab 4,804.00
24,730.10
Baki akhir 31 Disember 2020 7,736.20
Tunai di tangan 1,335.20
Tunai di bank 6,401.00
Jumlah 7,736.20
21
KELAB STAF KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR
31 DISEMBER 2020
1. Asas Penyediaan Perakaunan
Penyata kewangan telah disediakan mengikut kelaziman kos sejarah dan konsisten dengan
piawaian perakaunan yang diluluskan dan kehendak Akta Pertubuhan 1966.
2. Dasar-dasar Perakaunan
(a) Pengiktirafan Pendapatan dan Perbelanjaan
Pendapatan dan perbelanjaan kelab diiktiraf atas dasar akruan.
(b) Tunai dan Kesetaraan Tunai
Tunai dan kesetaraan tunai terdiri daripada baki tunai di tangan dan di bank.
3. Yuran Tahunan Belum Terima
840.00
840.00
4. Tunai dan Keserataan Tunai
Tunai di Tangan 1335.20
Tunai di bank 6401.00
7736.20
5. Hari Inovasi dan Ukhuwwah Lunch
Pembelian plak Hari Inovasi 1,378.50
Bayaran deposit Hotel Holiday Inn 1,150.00
Bayaran belian barang Hari Inovasi 290.00
Belian Termos bagi Ukhwah Lunch 2,269.00
Belian Barangan hadiah Bonanza 2,975.00
Belian Baucar MYDIN 1,545.00
Belian Barangan hadiah Bonanza 3,465.00
13,072.50
22
LAMPIRAN D
USUL
23
UNDANG-UNDANG
PERTUBUHAN KELAB STAF
KPM AYER MOLEK
24
PERLEMBAGAAN BAGI
KELAB STAF KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK MELAKA
(PPM-014-04-17012012)
FASAL 1 NAMA
1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama
KELAB STAF KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK MELAKA
Selepas ini disebut pertubuhan.
2. Takrif Nama :
3. Bertaraf : Negeri
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK MELAKA, KM 16 JALAN TIANG
DUA
75460 AYER
MOLEK MELAKA
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK MELAKA, KM 16 JALAN TIANG
DUA
75460 AYER
MOLEK MELAKA
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke
semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah
tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
25
FASAL 3 MATLAMAT
1. Menjaga kebajikan ahli-ahli dan memberi bantuan kepada mereka yang
menghadapi masalah/kesusahan.
2. Mengadakan aktiviti-aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim
dikalangan anggota kpmam dan juga dengan anggota mara yang lain.
3. Menjalankan aktivit-aktiviti sukan, rekreasi, kebajikan dan lain-lain yang
dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahli kelab
4. Menjalankan aktiviti yang halal untuk menambah sumber kewangan kelab
yang tidak bertentangan dengan undang-undang negara
5. Tiada
6. Tiada
FASAL 4 KEAHLIAN
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Melaka
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada
B. Ahli Bersekutu
Tiada
C. Ahli Kehormat
Tiada
D. Ahli Seumur Hidup
Tiada
E. Ahli Remaja
Tiada
26
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli
dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa
memberi sebab.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di
atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang
ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai
ahli
FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi
kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan
segala hutangnya.
2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak
dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau
digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh
Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli
tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau
penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk
memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu
hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan
keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
1. Bayaran masuk :
RM 5 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja)
2. Yuran :
RM 120 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Dua Puluh Sahaja)
a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam
tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan
b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli )
RM Tidak Berkenaan
c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun
akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil
Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga
hutangnya telah dijelaskan.
27
d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga
( 3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan
Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil
terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima
kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi
sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan
hutang..Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang
tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.
Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam
tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti
hutang yuran tahun.
3. Sumbangan
Tiada
4. Kegiatan Ekonomi
Tiada
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-
kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua
kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam
mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum
untuk mesyuarat.
2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh
(tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum
tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir
menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan
pertubuhan.
3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh
dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada
tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat
Agung Tahunan adalah:
a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan
yang lalu;
b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah
diaudit;
c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
28
4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari
sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk
salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira- kira
Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga
hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
b. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu
perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan
dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Pertubuhan.
6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu
tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh
Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang
telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan
Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan
syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah
ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat
tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat
Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh
diadakan.
9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat
Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya
mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan
hendaklah dipilih setiap tahun di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan
Pengerusi Seorang
Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
1 orang Penolong Bendahari
1 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara
Malaysia.
29
3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong
dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula setiap tahun.
4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan
dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan
mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung.
Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan
dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung.
Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam
tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun.
Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari
terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang
ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat
Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada
bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan
mencukupkan korum mesyuarat
6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan
mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat
pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan
sebelum keputusan Jawatankuasa:
a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan
c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang
didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada
mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.
7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan.
8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang
kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil
untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau
menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain
memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
30
9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain
untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang
difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang
pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap,
engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang
difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan
memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan
seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-
surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah,
senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi
semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan
hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.
2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut
perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan
jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan
menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan
dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang
mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan
tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat
rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan
membuat catatan mesyuarat.
4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya
dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan.
Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan
pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci
kira-kira.
6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan
tugas yang diarahkan olehnya.
31
FASAL 10 KEWANGAN
1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang
Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran
gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta
upah juruaudit.
2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 500 (Ringgit
Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu
mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama
Pertubuhan.
Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah
ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai
pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa
ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
3. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja)
bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia
Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat
kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 500 (Ringgit Malaysia
Lima Ratus Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
4. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa
oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa
segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu
hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan
oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah
dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
5. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari
1 Januari .
32
FASAL 11 JURUAUDIT
1. Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan
selama satu tahun boleh dilantik semula.
2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi setiap
tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata
kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga
dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan
Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat
laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 12 PENTADBIR HARTA
1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan
segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan
berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar
dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan
pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil
perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri
Pertubuhan.
2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik
tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
1. Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan
tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh
memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.
2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang
telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli
adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG
1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi
Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu
menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
33
FASAL 15 LARANGAN
1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka,
1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.
2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga
mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di
dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli
atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau
ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.
4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,
tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari
penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada
pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk
membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan.
Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau
perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana- mana ahli atau pekerja
Pertubuhan.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.
Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang
meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh
pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu
mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut
cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan
dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
34
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1. Bendera
-
Keterangan
-
2. Lambang
-
Keterangan
-
3. Lencana
-
Keterangan
35
TERIMA KASIH
36