The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akimfirdaus1, 2021-11-09 22:49:23

kerja kursus geografi (11)

kerja kursus geografi (11)

MUHAMMAD AKIM FIRDAUS BIN ZULAZRI
3 AL-FARGHANI

ISI KANDUNGAN HALAMAN

Penghargaan 3
Pendahuluan 4
Jadual kerja 5
Objektif kajian 6
Kaedah kajian 7
Kawasan kajian 8
Dapatan kajian 9 & 10
11 & 12
Punca 13 & 14
Kesan 15 & 16
Cara 17
Jadual 18
Rumusan 19 & 20
Borang soal selidik 21
Rujukan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah
S.W.T kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk
menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

Melalui peluang keemasan ini, saya Muhamad Akim Firdaus Bin
Zulazri ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada guru bimbingan saya juga merangkap guru
geografi iaitu Cikgu Mohd Khairul Anuar Bin Awang kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga tersiapnya folio
geografi ini.

Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada ahli
keluarga saya yang banyak membantu dari segi tenaga dan dorongan
untuk menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan juga rakan-rakan yang
banyak membantu dan tidak jemu memberikan tunjuk ajar.

Folio ini juga telah menjadi salah satu daripada proses mengulangkaji
bagi saya, dan saya berharap pencapaian saya dalam mata pelajaran
ini akan bertambah baik. Semoga kerja kursus seperti ini akan terus
dijalankan untuk masa akan datang bagi memantapkan dan
meningkatkan lagi pengetahuan geografi pelajar-pelajar.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menghasilkan folio ini. Saya juga menyusun sepuluh jari memohon
kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak
disengajakan di dalam folio ini. Sekian, terima kasih.

Nama saya Muhamad Akim Firdaus Bin Zulazri dari kelas 3 Al-
Farghani, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda, sebagai
memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, kami diwajibkan
membuat satu kerja kursus iaitu Kerja Kursus Geografi (KKG). Saya
telah memilih tajuk ‘Pencemaran di Bayan Lepas’.

HARI TARIKH AKTIVITI CATATAN
-Secara
JUMAAT 20/8/2021 -Menerima soalan dan panduan atas talian

rubric pelaksanaan kajian -Secara
atas talian
-Tajuk:Pencemaran di Bayan Lepas

-Berbinang dengan guru bentuk

pelaksanaan yang perlu dilakukan

JUMAAT 20/8/2021 -Mendengar taklimat tentang kajian

-Membuat catatan hasil daripada

penerangan guru

SABTU 21/8/2021 -Mula mengumpul maklumat dalam

Internet

-Berbincang dengan guru hasil

maklumat yang diperoleh

ISNIN 23/8/2021 -Menyediakan borong temubual

dengan bimbingan guru

KHAMIS 26/8/2021 -Pada waktu petang, mula membuat

temubual dengan ibu bapa dan

saudara mara

JUMAAT 27/8/2021 -Memulakan soal selidik dengan ibu

bapa dan saudara mara mengenai

tajuk kajian

AHAD 29/8/2021 -Membuat analisis daripada 2 orang

responden yang telah diperoleh

-Menghasilkan bahan grafik yang

bersesuaian dengan tajuk

SELASA 31/8/2021 -Menulis laporan daripada hasil

kajian

RABU 1/9/2021 -Menyemak laporan kajian dan

bahan grafik

KHAMIS 2/9/2021 -Membuat penambahbaikan

-Menghantar laporan kajian kepada

guru

-Guru membuat pentaksiran

1.Memahami konsep serta definasi pencemaran di kawasan kajian
2.Menyata dan menghuraikan jenis pencemaran di kawasan kajian.
3.Mengenalpasti punca pencemaran di kawasan kajian.
4.Mengenalpasti kesan pencemaran di Bayan Lepas.
5.Mengenalpasti cara untuk mengatasi pencemaran di Bayan Lepas.
5.Membuat graf kapasiti pencemaran di Bayan Lepas.

:Bagi menjalankan kajian ini, saya telah melaksanakan beberapa
beberapa kaedah kajian:
1)PEMERHATIAN

-Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian bagi
mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk kajian iaitu
pencemaran di Bayan Lepas

2)SOAL SELIDIK
-Saya telah membuat soal selidik di kawasan kajian iaitu Bayan

Lepas, dan telah menyoal selidik 2 orang responden bagi
mendapatkan maklumat

3)INTERNET
-Saya melayari beberapa laman web bagi mengumpul maklumat

tentang sistem pencemaran di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Setelah mengkaji pencemaran di Bayan Lepas, saya mendapati
terdapat tiga pencemaran yang sangat penting untuk dititikberatkan
oleh semua pihak iaitu pencemaran air, bunyi dan udara. Setelah
memahami dasar-dasar tentang pencemaran, ianya boleh membantu
setiap individu agar mementingkan alam sekitar untuk mengurangkan
sumbangan mereka kepada pencemaran yang menyebabkan pelbagai
masalah kehidupan dan kesihatan. Namun pencemaran bukan hanya
sesuatu yang berkaitan dengan alam atau terlihat secara visual malah
sikap dan tabiat manusia melakukan perkara yang tidak baik itu
sendiri pun boleh dikategorikan sebagai pencemaran. Kesan-kesan
pencemaran bukan hanya mengakibatkan kesan negatif keatas alam
semula jadi tetapi juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan,
populasi dan keamanan manusia dan segala hidupan lain di muka
bumi ini.

Pencemaran air berlaku apabila
badan air tercemar.
Pencemaran itu mungkin
disebabkan oleh serpihan
fizikal seperti botol air plastik
atau tayar getah, atau bahan
kimia seperti limpasan yang masuk ke jalan air dari kilang, ladang,
bandar, kereta, kemudahan rawatan kumbahan, dan pencemaran
udara. Pencemaran air berlaku setiap kali pencemaran dibuang ke
ekosistem akuatik yang tidak mempunyai kemampuan untuk
menyerap atau membuangnya.

Pencemaran udara merupakan satu
keadaan yang melibatkan pengenalan
sebarang bahan kimia, jirim zarahan
atau bahan biologi yang boleh
menyebabkan kemudaratan ,
ketidakselesaan kepada manusia atau
organisma hidup lain serta
merosakkan alam sekitar apabila ia
dibebaskan ke atmosfera. Contoh
pencemaran udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida,
kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga
dan sisa radioaktif. Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan
asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang,
kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,pembakaran terbuka dan
letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah
penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid ,dan pemanasan bumi.
Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan,
keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda

Pencemaran bunyi merupakan
penghasilan bunyi yang kuat dan bising
daripada mesin, haiwan atau manusia
yang mengganggu aktiviti atau
keseimbangan kehidupan lain.
Kebanyakan sumber pencemaran ini berlaku di luar rumah seperti
sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang,
dan bunyi kereta api. Perancangan bandar yang tidak tersusun telah
menimbulkan pencemaran bunyi kerana bangunan kilang dan
kawasan perumahan yang bersebelahan boleh menyebabkan
pencemaran bunyi dalam kawasan perumahan. Punca yang lain bagi
pencemaran bunyi di dalam dan di luar rumah adalah penggera kereta,
siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin
pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyenggaraan laman,
salakan anjing, alatan elektrik, perkakasan bermotor, dengungan
lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan suara yang bising.

Antara punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari
kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut.
Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara
tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya
membawa kepada pencemaran.

Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak
bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut
juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap
mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul
apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat
dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian
menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa
radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.

Antara punca pencemaran udara ialah pembakaran terbuka yang
sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di
kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun
serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang
boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan.
Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat.

Selain itu, kenderaan moto merupakan penyumbang pencemaran
utama di dunia. Malaysia moden amat bergantung kepada
pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan
sebagainya. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak
untuk bergerak dan ini perlu melalaui proses pembakaran bahan api
fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monksida, nitrun
oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk terhasil.

Antara punca pencemaran bunyi ialah daripada kegiatan
perindustrian. Kebanyakkan bunyi yang dikeluarkan daripada kerja
kilang seperti jentera, mesin kilang serta pemprosesan dan pe,buatan
material boleh menggangu ketenteraman masyarakat setempat yang
tinggal berhampiran dengan kilang tersebut.

Seterusnya, deruman enjin kenderaan di jalan raya serta bunyi hon
yang tiada henti boleh memekakkan pendengaran dan mengakibatkan
tekanan terutamanya di jalan raya yang sesak. Hal ini bertambah teruk
dengan kewujudan kereta dan motosikal yang enjinnya telah
diubahsuai supaya menjadi lebih bising dan menganggu
ketenteraman. Selain kenderaan di jalan raya, kenderaan seperti jet
juga dapat menyebabkan pencemaran bunyi. Jet memerlukan enjin
yang berkuasa tinggi untuk terbang di udara yang secara tidak
langsung menghasilkan bunyi yang kuat.

Antara kesan pencemaran air termasuklah kesihatan manusia.
Manusia boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk
jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu,
sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga
menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah
kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Seterusnya, pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir
yang berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap
berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya
mengalirkan air ke laut mahupun sungai. Apabila sampah sarap
menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan
menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku.
Kesan langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan
rantai makanan, dan mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti
makanan dan kos meningkat.

Antara kesan pencemaran udara ialah haiwan akan terancam atau
mati. Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru
haiwan.

Selain itu, pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya
pemanasan global akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang
melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan
secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit.
Disamping itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan
berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini,
ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.

Antara kesan pencemaran bunyi ialah kesihatan manusia. Apabila
organ telinga menerima kesan daripada bunyi yang kuat,
kemungkinan besar pendengar akan mengalami masalah pendengaran
terutamanya kanak-kanak yang mempunyai organ yang masih nipis
dan lembut.

Selain daripada itu, pencemaran bunyi dapat mengakibatkan
seseorang itu menjadi rimas dan mengalami isu tekanan, gangguan
tidur dan hipertensi. Akibatnya, pendengar mudah merasa letih dan
kesihatan tubuh badan merudum apabila berhadapan dengan masalah
pencemaran bunyi yang agak lama.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi pencemaran air di
Bayan Lepas ialah pihak kerajaan juga perlu bertanggungjawab dalam
menguatkuasakan undang-undang. Manakala, Undang-undang sedia
ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang
setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang
melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit
kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM
100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun
atau kedua-duanya sekali.

Di samping itu, penubuhan sebuah yayasan atau kelab pencinta
perlu dimulakan. Mengambil kira ramai pakar dan perunding dalam
alam sekitar yang berminat memberi sumbangan secara suka rela.
Tidak banyak usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk
mengembleng tenaga dan sumber yang ada untuk tujuk berkenaan.
Memberi pengetahuan yang mendalam kepada masyarakat tentang
pemuliharaan dan pemulihan sungai.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi pencemaran udara
di Bayan Lepas ialah menghijaukan kawasan. Penanaman pokok
seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat
mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan
karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan
kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

Seterusnya, dengan penggunaan petrol tanpa plumbum dapat
mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.
Langkat ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku
di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti
batuk dan selsema daripada berlarutan.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi pencemaran bunyi
di Bayan Lepas ialah kawalan oleh manusia. Pengurangan
pencemaran bunyi dapat diusahakan oleh setiap individu kerana 80%
daripada punca pencemaran ini datangnya daripada manusia sendiri.
Sebagai contoh, pengeluar kenderaan perlulah mengambil inisiatif
untuk menghasilkan kenderaan yang mempunyai enjin yang lebih
senyap dan mesra alam.

Selain itu, masyarakat juga perlulah memainkan peranan dengan
cara mengawal bunyi atau suara terutama jika berada di kawasan yang
dihuni oleh ramai orang supaya tidak menggangu orang lain.

Jenis Pencemaran Jumlah
Air 9
7
Udara 7
Bunyi

Pencemaran

4.5

4

3.5

3

2.5

2

1.5

1

0.5

0

Air Udara Bunyi

Hasil daripada kajian ini, saya dapat merumuskan bahawa semua
pihak perlu berganding bahu dan memainkan peranan penting dalam
menangani ketiga-tiga kajian kes saya iaitu pencemaran air, udara dan
bunyi.

Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti
pemanasan global, pencemaran sungai, pembalakan dan sebagainya
tidak akan dapat diatasi. Oleh itu, kesedaran masyarakat untuk
mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan
kehidupan kita adalah amat penting.

Menghargai, memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan
tanggungjawab kita bersama. Kita semua hidup dalam satu bumi dan
langit yang sama, kita hendaklah bersama-sama berusaha untuk
membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar
dan cantik dengan bermula untuk menghargai alam sekitar.

Menghargai bumi dan mengubatinya,
Janganlah mencederakannya lagi.
Jangan membuat bumi menangis lagi.

PENCEMARAN AIR
PENCEMARAN UDARA

4 PENCEMARAN BUNYI

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK KAJIAN: PENCEMARAN DI BAYAN LEPAS

Bahagian A

Arahan: Tandakan (/) bagi mengisi maklumat peribadi anda.

NAMA: ZULAZRI BIN NAYAN

UMUR: 20-30( ) 31-40( ) 41-50(/ ) 51-60( )

JANTINA: LELAKI(/ ) PEREMPUAN ( )

KAUM: MELAYU( /) CINA( ) INDIA( ) LAIN-LAIN( )

PEKERJAAN: KAKITANGAN AWAM( /) KAKITANGAN KERAJAAN( )

Bahagian B

Arahan: Sila tanda (/) sekiranya setuju dalam tempat kosong di bawah

1 Tanda (/), apakah jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian ?

AIR(/ ) UDARA( ) BUNYI( /)

2. Punca berlakunya pencemaran di Bayan Lepas adalah disebabkan:

i) Pembakaran terbuka ()

ii) Projek perumahan yang sedang dijalankan (/ )

iii) Peningkatan kenderaan bermotor ()

iv) Pembuangan sisa makanan ke dalam sungai ()

v) Kenderaan yang menggunakan enjin plumbum (/ )

3. Kesan pencemaran di Bayan Lepas :

i) Mengalami masalah pernafasan (/ )

ii) Peningkatan suhu yang mendadak ()

iii) Masalah kesihatan penduduk terjejas ()

iv) Bau Busuk ( /)

v) Jerebu ()

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK KAJIAN: PENCEMARAN DI BAYAN LEPAS

Bahagian A

Arahan: Tandakan (/) bagi mengisi maklumat peribadi anda.

NAMA: ZURAIDAH BINTI MOHAMAD

UMUR : 20-30( ) 31-40( ) 41-50( /) 51-60( )

JANTINA: LELAKI( ) PEREMPUAN(/ )

KAUM: MELAYU(/ ) CINA( ) INDIA( ) LAIN-LAIN( )

PEKERJAAN: KAKITANGAN AWAM(/ ) KAKITANGAN KERAJAAN( )

Bahagian B

Arahan: Sila tanda (/) sekiranya setuju dalam tempat kosong di bawah

1 Tanda (/), apakah jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian ?

AIR(/ ) UDARA(/ ) BUNYI( )

2. Punca berlakunya pencemaran di Bayan Lepas adalah disebabkan:

i) Pembakaran terbuka (/ )

ii) Projek perumahan yang sedang dijalankan (/)

iii) Peningkatan kenderaan bermotor ()

iv) Pembuangan sisa makanan ke dalam sungai (/)

v) Kenderaan yang menggunakan enjin plumbum ( )

3. Kesan pencemaran di Bayan Lepas :

i) Mengalami masalah pernafasan ( /)

ii) Peningkatan suhu yang mendadak ()

iii) Masalah kesihatan penduduk terjejas ( /)

iv) Bau Busuk (/ )

v) Jerebu ()






Click to View FlipBook Version