KESANTUNAN
BERBAHASA
DI MEDIA SOSIAL
KOD KURSUS: BMMB1144
NAMA PENSYARAH: DATIN DR. HJH. WAN ROSLINA
BINTI WAN ISMAIL
01
BIODATA
NAMA: NUR SYAFIQAH BINTI HASNAN
KELAS: F2H
NOMBOR KAD PENGENALAN: 030412-08-0412
ANGKA GILIRAN: 2021252310154
PROGRAM: PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA
MUDA PERGURUAN / BAHASA MELAYU
AMBILAN: JUN2021
PENDAHULUAN-KESANTUNAN BERBAHASA
Kesantunan berbahasa merujuk kepada nilai sopan yang melibatkan pertuturan yang
elok, halus dan indah serta sikap yang memancarkan budi pekerti mulia.
Kesantunan bahasa seseorang ini juga turut dilihat dari segi tingkah laku dan
penggunaan bahasanya. Hal ini kerana bahasa yang digunakan bukan sekadar
menentukan corak budaya malah ianya juga menentukan cara dan pola fikir penuturnya
(Sapir-Whorf, 1921).
Kesantunan bahsa ini juga turut diklasifikasikan sebagai etika sosial iaitu satu asas
yang diperlukan bagi mewujudkan keramahan dan penghormatan kepada seseorang
tetamu dalam sesebuah masyarakat.
ISU KESANTUNAN
BAHASA DI MEDIA
SOSIAL
Pernyataan Masalah
Seorang bekas pelakon dan juga pelawak
Malaysia iaitu Zul Yahya menyatakan
perasaan kecewa dan marahnya kepada
Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin
dengan menggunakan bahasa yang kurang
santun.
Link:
https://www.youtube.com/watch?v=szDieWz5U
Wg
JUSTIFIKASI
Contoh video yang diberikan ini menunjukkan penggunaan bahasa yang kurang
sopan ataupun kurang santun yang dilontarkan daripada seorang rakyat kepada
orang yang mempunyai pangkat. Misalnya, di dalam video tersebut Zul yahya telah
melontarkan bahasa yang kesat seperti “ Hey Khairy Jamaluddin bodoh la kau.” Hal ini
berlaku kerana kurangnya sikap santun dan juga hormat kepada pemimpin serta
perasaan tidak puas hatinya terhadap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
atasan. Perkara ini bukan sahaja menunjukkan sikap kurang santun dalam media sosial
malah ianya juga menunjukkan contoh yang negatif kepada orang ramai dan sikap
tidak bertamadun. Sebaliknya jika seseorang itu tidak puas hati mengenai sesuatu
perkara maka dia perlulah berjumpa ataupun berbincang dengan pihak yang terbabit
dalam keadaan yang baik bagi menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati tersebut.
Jika perkara ini dilakukan ianya bertepatan dengan takrifan daripada Leech (1984)
yang amat menitikberatkan konsep kesantunan melalui enam maksim iaitu santun,
kedermawan, sokongan, kerendahan hati, persetujuan dan juga simpati antara satu
sama lain.
ISU KESANTUNAN
BAHASA DI MEDIA
SOSIAL
PERNYATAAN MASALAH
Seorang pengguna media sosial
twitter melontarkan perkataan
yang kesat dan kurang sopan
kepada seorang influencer.
JUSTIFIKASI
Isu kesantunan di media sosial yang kedua ialah seorang individu yang bernama
Amran Fans telah melabelkan seorang influencer dengan perkataan yang kurang
sopan. Sebagai contoh, Amran telah melabel influencer tersebut dengan gelaran
seperti “si bingai”, “beruk” dan juga “bangang”. Hal ini mungkin dianggap sebagai
satu gurauan ataupun perkara yang remeh namun sebenarnya ianya merupakan
satu perkara yang memalukan kerana ianya memperlihatkan seseorang itu tidak
mempunyai adab dan kesantunan apabila berbahasa dengan orang lain.
Walaupun pada era yang globalisasi ini anak-anak muda terdedah dengan
persekitaran yang negatif seperti penggunaan bahasa yang kurang sopan dan
caci makian namun ada juga sesetengah masyarakat Melayu yang kurang selesa
dengan penggunaan bahasa begitu. Hal ini demikian kerana kesantunan
mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa yang tidak menimbulkan
kegusaran, kemarahan oleh pendengar (Asmah Hj. Omar, 2005).
ISU KESANTUNAN BAHASA S PERNYATAAN MASALAH
DI MEDIA SOSIAL A
Pelajar UiTM meluahkan
N rasa ketidakpuasan hati
mereka terhadap sistem
T pengurusan UiTM di
media sosial iaitu twitter.
U
N
JUSTIFIKASI
Seterusnya, isu kesantunan bahasa yang ketiga ialah para pelajar tersebut
menggunakan perkataan yang kurang sopan seperti “bangang”. Hal ini demikian
kerana para pelajar tersebut boleh sahaja menggunakan saluran yang betul jika
mempunyai ketidakpuasan hati terhadap pihak atasan Universiti Teknologi Mara
(UiTM) bukan dengan melepaskan geram di aplikasi media sosial seperti twitter
dan menggunakan kata-kata yang kesat untuk menunjukkan rasa ketidakpuasan
hati mereka. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana ianya menunjukkan
sikap kurang santun dan tidak beradab. Di samping itu, komen seperti ini juga
menunjukkan sikap para pelajar yang tidak mempunyai kesantunan berbahasa
kerana melontarkan perkataan yang kurang sopan di khalayak ramai.
CADANGAN
MENANGANI ISU
KESANTUNAN BAHASA
DI MEDIA SOSIAL
1 Cadangan
Cadangan yang pertama bagi mengelakkan masalah kesantunan berbahasa
terus hilang dalam diri masyarakat Melayu sama ada yang tua ataupun
muda ialah ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dengan
menerapkan nilai kesantunan di dalam diri anak mereka dari kecil lagi. Hal
ini kerana kamus peribahasa (2011) ada menyatakan meluntur buluh biarlah
dari rebungnya. Kesannya jika perkara ini diterapkan dari kecil lagi lama
kelamaan apabila mereka sudah menjadi dewasa penggunaan kesantunan
bahasa ini akan menjadi amalan dalam kehidupan seharian mereka.
2 Cadangan
Seterusnya, cadangan saya yang kedua ialah pihak media massa wajarlah
memainkan peranannya. Hal ini kerana media massa ialah sebuah
platform yang menyampaikan semua perkara dengan berkesan.
Misalnya televisyen dan radio. Sebagai contoh, pihak media massa
perlulah menyiarkan rancangan-rancangan yang menggunakan bahasa
yang baik serta sopan. Seterusnya, pihak penerbit juga boleh mengawal
dan memastikan rancangan-rancangan yang disiarkan di kaca televisyen
ataupun media eletrronik tersebut mematuhi syarat-syarat penyiaran
yang telah ditetapkan terutamanya dalam penggunaan bahasa yang
sopan dan teratur. Di samping itu, pihak yang bertanggungjawab juga
boleh menapis komen-komen yang negatif dan tidak beradab dalam
media sosial supaya ianya tidak menjatuhkan nama baik mana-mana
pihak.
3 Cadangan
Akhir sekali, cadangan saya yang ketiga ialah pihak kerajaan
memainkan peranan yang penting bagi menangani fenomena
penggunaan bahasa kurang sopan ini. Sebagai contoh, pihak kerajaan
boleh menubuhkan satu lembaga penapisan. Hal ini bertujuan untuk
menapis bahan-bahan bagi tayangan stesen-stesen radio, komen
negatif di media sosial dan televisyen agar rancangan yang ingin
ditayangkan itu mematuhi nilai budaya dan kesantunan bahasa Melayu.
Contoh yang sedia ada di Malaysia ini ialah FINAS (Lembaga Penapisan
Filem Negara. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menguatkuasakan
undang-undang dengan menggunakan satu akta tentang penggunaan
bahasa yang kurang sopan di khalayak umum dan juga media sosial. Hal
ini bertujuan untuk membanteras penggunaan bahasa kurang sopan
yang semakin berleluasa dan menghormati antara satu sama lain.
KESIMPULAN
Rumusnya, bahasa ialah satu alat untuk manusia berkomunikasi antara satu sama
lain tanpa bahasa manusia adalah bisu dan hanya berinteraksi melalui bahasa
badan ataupun bahasa isyarat. Selain itu, bahasa juga merupakan lambang
identiti masyarakat sesebuah negara dan bahasa Melayu ini merupakan bahasa
kebangsaan negara kita. Namun, kita tidak terlepas dengan rintangan untuk
mengekalkan penggunaan bahasa yang santun. Hal ini kerana antara rintangan
yang harus kita tempuhi ialah penggunaan bahasa yang kurang sopan dan santun
yang menular ibarat wabak penyakit dalam diri remaja ataupun
kanak-kanak.Oleh itu, usaha pelbagai pihak daripada semua peringkat
masyarakat adalah perlu bagi memastikan penggunaan bahasa yang sopan itu
berjaya dicapai.
SUMBER RUJUKAN
Abdullah Yusuf. 2010. HBML3403. Linguistik dan Sosiolinguistik. Selangor Darul
Ehsan:Meteor Doc. Sdn.Bhd.
Asmah Hj. Omare.2002. Setia dan Santun Bahasa. Tanjung Malim: Penerbitan Universiti
Perguruan Sultan Idris.
Awang Sariyan. 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahira. (2021). Kajian kesantunan berbahasa. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/19474966/Kajian_kesantunan_berbahasa
Uzair. (2021.). kesantunan masyarakat. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/34520305/kesantunan_masyarakat
SEKIAN TERIMA
KASIH