UNIT PENDIDIKAN LUAR KAMPUS
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN
(PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SBLM1023
PENGANTAR PENULISAN
TUGASAN 3 (KUMPULAN)
E-MAJALAH
DISEDIAKAN UNTUK
PROF DR MOHD TARMIZI HASRAH
DISEDIAKAN OLEH
MUHAMAD AZIZI BIN ZAINAL ABIDIN
243485
RAJA MUHAMAD FARIS BIN RAJA NOOR AZNAM
249358
MOHD YUSUP MOHD ARIFF
249124
MUHAMMAD SAQIF BIN AHMAD FAUDZI
249708
KHAIRUL HISHAM BIN ABU SHARI
248997
THIRU CHELVAN A/L KUMARR
249454
PENGHARGAAN .....
Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan
limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami,
dapat juga kami menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan
ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
saya, Prof Dr. Mohd Tarmizi Hamzah kerana
tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
telah membuka ruang untuk kami
menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada ibubapa dan rakan-rakan yang
memberi pemudahcara untuk menyiapkan
kerja kursus ini.
Akhir kata, kami mengucapkan terima kasih
kepada mereka yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam pembikinan kerja
kursus ini.
TERIMA KASIH .....
MALAYSIA
SEMULA
EDISI JANUARI 2021
SEMESTER OKT 2021/2021 JANUARI 2021
Malaysia
SEMULA
dalam e-majalah ini...
Tanggungjawab
pegawai kerajaan
dalam Perlembagaan
Negara
Isu kes salah laku Menurut
dalam pegawai Perkara 132(2) dalam
kerajaan Perlembagaan Persekutuan
Peranan dasar & Kejayaan sesebuah organisasi dan negara ditentukan oleh
undang - undang
kakitangan, staf atau penjawat awam yang berkualiti tinggi. Isu
Sajak & Pantun
kes salah laku dalam kalangan pegawai kerajaan kita adalah
Penutup kata
antara isu hangat yang sering dilaporkan oleh saluran berita
02
dan akhbar tempatan. Pegawai kerajaan yang diibaratkan
sebagai ‘tulang belakang’ negara kita, mempunyai tanggung
jawab yang sangat tinggi dan penting kerana segala urusan
sistem pentadbiran, pendidikan, pengangkutan, ekonomi dan
sebagainya dijalankan oleh anggota pengawai kerajaan.
Anggota kerajaan boleh dikategorikan kepada pelbagai aliran
pekerjaan. Antaranya adalah guru, polis, doktor, jururawat,
kakitangan di pejabat pengangkutan jalan raya ( JPJ ) dan lain-
lain.
d'sambung
muka surat 4
Berdasarkan Perkara 132(2) dalam
Perlembagaan Persekutuan .....
Setiap penjawat awam memegang jawatan di bawah syarat
ini tertakluk pada Yang Dipertuan Agong tetapi di dalam
pelaksanaan sebenar, kecuali sesiapa yang memegang
jawatan politik atau kontrak, penjawat awam menikmati
peluang seperti jawatan tetap yang dijamin serta pendapatan
yang stabil dan dijamin. Untuk melindungi mereka daripada
kuasa arbitrari yang mungkin timbul, Perlembagaan telah
memberikan kepada mereka tiga perlindungan. Peruntukan
ini hanya untuk melindungi pegawai-pegawai daripada
kuasa arbitrari kerajaan. Tetapi jika pegawai-pegawai sendiri
telah menunjukkan sikap atau kelakuan tidak bertanggung
jawab yang akan merosakkan perkhidmatan awam, maka
tidak boleh disalahkan jika tindakan tatatertib dikenakan ke
atas mereka.
Antara tugas utama perkhidmatan
awam adalah jentera pentadbiran yang
di tugas melaksana kan dasar kerajaan
dan juga untuk memberi nasihat dan
pandangan tentang dasar tersebut.
Penyata Mesyuarat Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu yang diadakan di London pada
bulan Januari dan Februari 1957 telah
membincangkan kepentingan penjawat awam
tidak masuk campur dalam politik supaya fokus
perkhidmatan awam tidak terjejas.
Yang demikian amatlah
mustahak bagi perkhidmatan
awam itu bertugas dengan
yakin, bebas, adil dan saksama.
03
KERATAN AKHBAR
KES SALAHLAKU
DALAM
KALANGAN PENJAWAT AWAM
Niat merupakan satu kemahuan diri sendiri tanpa
.ada paksaan Walaupun diberikan jawatan tetap
yang dijamin serta pendapatan stabil namun
semua ini masih tidak mencukupi untuk
menghalang segala niat melakukan kesalahan dan
perlakuan tidak beretika semasa menjalankan
.tugas sebagai pegawai kerajaan Berdasarkan
2016,statistik yang diperoleh sehingga tahun
kelihatan bilangan kes salah laku sangat tinggi
.dan merosot Antara kejadian kes yang kerap
,berlaku adalah kes pecah amanah kes rasuah
serta kes penyelewengan dan penyalahgunaan
. ,kuasa Persoalannya adakah masalah ini masih
berlaku dan akan berisiko tinggi kalau hal ini
berlanjutan dan merosot dalam kalangan
.pegawai awam
04
KES PECAH AMANAH - MALAYSIA
Segelintir sanggup melanggar peraturan dan arahan ............
yang ditetapkan di samping suka membangga diri melambangkan
serta merendahkan kebolehan orang lain. Biasanya teras kepada
mereka juga sukar menerima pandangan dan kualiti kerja dan
pendapat orang lain. Ciri-ciri penjawat awam yang profesionalisme
beretika dan tidak beretika di atas bukan sekadar dalam sektor
menggambarkan nilai mereka tetapi juga nilai yang awam di
melambangkan teras kepada kualiti kerja dan Malaysia.............!
profesionalisme dalam sektor awam di Malaysia.
Kesemua ini terus menyumbang kepada masalah kes
salahlaku seperti rasuah, penyelewengan wang , pecah
amanah dan penyalahgunaan kuasa yang menjadi
fokus kajian ini.
05
CONTOH SIFAT
PENJAWAT YANG
TIDAK BERETIKA
Ciri-ciri penjawat awam yang tidak beretika atau tidak
mengamalkan nilai dan profesionalisme pula antaranya
memiliki sifat-sifat
Melakukan penyalahgunaan kuasa serta kedudukan
yang ada
Melakukan kerja-kerja persendirian pada waktu
pejabat atau berselindung di sebalik kerja-kerja
rasmi
Memilih kerja berdasarkan tempat, masa dan orang
yang memberi arahan
Menunjukkan ketekunan dalam melaksanakan tugas
hanya di hadapan ketua
Sikap tidak bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan tugas, manakala hasil kerja tidak
menepati tempoh masa atau standard yang
ditetapkan oleh organisasi
Tidak berusaha memperbaiki mutu kerja
sebagaimana yang dikehendaki oleh pelanggan dan
organisasi
06
07
JANUARI 2021
CADANGAN MENGATASI
Setiap masalah pasti ada cara penyelesaiannya termasuklah isu
salahlaku antara pengawai kerajaan. Penubuhan Unit Integriti
adalah antara usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia selaras dengan keputusan Kerajaan sebagai
focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di
semua agensi awam seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP6/2013) ‘Penubuhan Unit
Integriti di Semua Agensi Awam’ yang mula berkuat kuasa pada 1
Ogos 2013. Peranan utama unit ini adalah memastikan tadbir urus
yang terbaik dilaksanakan di Jabatan Perkhidmatan Awam serta
memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan
integriti di Jabatan Perkhidmatan Awam
08
Unit ini berfungsi bagi mengesan dan mengesahkan aduan salah laku
serta pelanggaran tatakelakuan dan etika di Jabatan Perkhidmatan
Awam serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
Unit ini juga bertugas menerima dan mengambil tindakan ke atas
semua aduan/maklumat mengenai salahlaku serta pelanggaran
tatakelakuan di Jabatan Perkhidmatan Awam. Tambahan pula, mereka
turut memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan
yang berkuatkuasa dan melaksanakan fungsi urus setia Lembaga
Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional
No. 2 dan Kumpulan Sokongan No. 1 dan No. 2 di Jabatan Perkhidmatan
Awam.
6.1 Menguatkuasakan Peraturan 1993 dengan lebih efektif
6.2 Mengenalkan hukuman lebih berat
6.3 Melaksanakan ganjaran bonus dan meningkatkan gaji setiap bulan
6.4 Mengadakan program Latihan, bengkel, kursus dan ceramah
6.5 Perkhidmatan Kaunselling
6.6 Pernyataan nilai setiap organisasi kerajaan
6.7 Menerajui semangat pandang ke timur
6.8 Amalan pembangunan diri oleh pengawai kerajaan
6.9 Dasar-dasar panduan perkhidmatan
09
Panduan Perkhidmatan Cemerlang
7 TERAS
PERKHIDMATAN
01 Berazam meninggikan mutu perkhidmatan dan membaiki mutu
perkhidmatan melalui latihan-latihan, kajian, perbincangan
dan sebagainya
02 Bekerja dengan penuh tanggungjawab terhadap tugasan yang
diserahkan kepada mereka
03 Berusaha mengikis sikap mementingkan diri atau kelompok
tertentu dengan menggunakan kedudukan yang diperolehi
tetapi menjadi pendorong kepada kemajuan negara
04 Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
khasnya Malaysia yang mempunyai rakyat dari pelbagai
anutan agama, budaya, bangsa dan keturunan
05 Bekerja ke arah memajukan pemikiran
rakyat terutama dalam memberi
kefahaman kepada rakyat tentang
dasar-dasar dan hasrat kerajaan
dalam kemajuan negara yang ingin
dicapai
06 Bekerjasama dalam membenteras kelemahan pentadbiran dan
menghapuskan musuh-musuh negara.
07 Berpegang teguh kepada ajaran agama
10
RASUAH ITU JENAYAH
Mudik sungai pergi ke kota
Pasang surut mengikut masa
Kita hidup biar sederhana
Ramai pula hidup bergaya
Kalau hanya mampu berakit
Jangan bahtera pula dipilih
Kalau biasa cukup berdikit
Jangan pula belanja berlebih
Kalau bernakhoda kesana kemari
Mana bekalan nak mencukupi
Tamak haloba menjadi-jadi
Duit haram tak kisah lagi
Ukur dayung di sampan sendiri
Bukan ukur di lancang gergasi
Kerbau mengamuk boleh dikandang
Manusia tamak pandai merancang
Kayuh sampan berhati-hati
Terumbu karang terlanggar nanti
Fikir dahulu sebelum transaksi
Kalau terjebak tak guna sesali
Kalau bocor sampan dibiar
Cukup masa tenggelam belaka
Kalau dibenar rasuah berakar
Negara tergadai sengsara semua
Susah mendayung di dalam gelap
Sadaikan sampan menunggu pagi
Dulu mencuri di dalam gelap
Sekarang merasuah di siang hari
Sepandai-pandai tupai melompat
Kelak jatuh ke tanah juga
Lapur rasuah ke SPRM cepat
Cukup bukti tertangkap juga
Kalau pandai mengawal tupai
Terhindar rosak buah sepokok
SPRM mesti gigih dan pandai
Jangan tertipu di dalam pujuk
Kayuh sampan jauh ketengah
Kail jerung dan ikan kelah
Semua rasuah kena ditegah
Jangan pilih hanya yang lemah
Sampan bocor segera baiki
Boleh terus tuju destinasi
Kalau semua bersikap rabbani
Wabak rasuah tidak menjadi
Pantas berkayuh tuju destinasi
Muara tenang mudah ditempuhi
Bila rasuah dapat diatasi
Negara maju rezeki melimpahi
dipetik daripada
Kuantum Harapan
PENUTUP KATA
Akhirnya, memenuhi keperluan rakyat dan negara
haruslah objektif utama bagi agensi-agensi awam
ditubuhkan. Bagi mencapai objektif tersebut, sistem
penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti
tinggi adalah diperlukan supaya dasar-dasar kerajaan
dapat dilaksanakan secara berkesan. Kepentingan
integriti kepada perkhidmatan awam adalah untuk
mewujudkan pentadbiran dan perkhidmatan awam
yang cekap dan berdisiplin menerusi penerapan nilai-
nilai murni yang dapat mengatasi masalah dan
kelemahan dalam pelbagai aspek pemerintahan seperti
pengurusan kewangan, pengendalian kes-kes
tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan
penyelewengan yang ditegah oleh peraturan,
perundangan serta agama (Plan Integriti Nasional,
2004).
13