The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahmijafri, 2022-05-24 06:36:18

pibg (Repaired)

pibg (Repaired)

KALI KE-27

SEKOLAH KEBANGSAAN PAGAR MUSEH
KARANGAN KEDAH DARUL AMAN.

PERASMIAN OLEH;
PUAN NOOR HASLIZA BINTI HASHIM

GURU BESAR
SK PAGAR MUSEH, KARANGAN, KEDAH.

29/5/2022 2.00 PETANG DEWAN IBNU
SINA SKPM

1

ISI KANDUNGAN

BIL AGENDA/AKTIVITI M/S

1 TENTATIF PROGRAM 3

2 JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG 4

3 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG 5

4 JAWATANKUASA PIBG 2021/2022 6

5 UCAPAN ALUAN YDP PIBG 7

6 UCAPAN ALUAN PENASIHAT PIBG 8

7 JAWATANKUASA KERJA PIBG 2022 9 - 10

8 KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG 11

9 AKTIVITI/ SUMBANGAN PIBG 12

10 MINIT M.AGUNG PIBG KALI KE- 26 13 – 17

11 PENYATA KEWANGAN PIBG 18 – 19

12 PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2022/2023 20

13 USUL- USUL PIBG 21

14 SEKALUNG PENGHARGAAN 22

2

TENTATIF PROGRAM

2.00 petang - Pendaftaran
- Jemputan Mengambil Tempat
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Ucapan YDP PIBG

2.30 petang -Ucapan Penasihat PIBG / Perasmian

5.00 petang - Penyampaian Cenderahati
- Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 27
- Perlantikan AJK PIBG Sesi 2022/2023
- Cabutan Bertuah

- Majlis Bersurai....

3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG),

SEKOLAH KEBANGSAAN PAGAR MUSEH,

09700 KARANGAN, KEDAH, DARUL AMAN. 011-65735388

___________________________________________________________________________

11.5.2022

Tuan/ Puan/ Waris,

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG

Adalah perkara tersebut di atas dirujuk:

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SK Pagar Museh akan mengadakan Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke- 27, menurut ketetapan berikut.

Tarikh : 29 Mei 2022 (Ahad)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan Ibnu Sina SK Pagar Museh

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput tuan/ puan, untuk menghadiri ke majlis
tersebut . Kesudian tuan/ puan untuk menyertainya, pihak kami ucapkan berbanyak- banyak
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

(AHMAD JAFRI BIN UMAT)
Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
SK Pagar Museh, Karangan, Kedah.

BORANG USUL PIBG
Adalah dengan ini saya ………………………………………………………………………. Ibu/ bapa,
waris/penjaga kepada ……………………………………………………………… dari Kelas
……………………………… ingin mengemukakan usul yang berkenaan dengan :-
……………………………………………………………………………………………………………

4

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 27 TAHUN 2022

AGENDA:
1. Ucapan YDP PIBG
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke- 26
3. Perkara- perkara berbangkit daripada minit
4. Membentang dan menerima Laporan Penyata Kewangan
5. Perbahasan Usul- usul
6. Hal- hal Lain
7. Ucapan Penangguhan

5

JAWATAN KUASA PIBG SESI 2021/2022
SEKOLAH KEBANGSAAN PAGAR MUSEH

PENASIHAT AHLI JAWATAN KUASA PIBG
NOOR HASLIZA BINTI HASHIM AZHA BIN AHMAD
YANG DIPERTUA PIBG RIDUAN BIN HALIT
ASRI BIN ABDUL RAHMAN MOHD K. ANWAR B. MD YUSOB
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SITI AMINAH BT. ABDULLAH
AHMAD KAMAL BIN ZULKIFLI ROSDIANA BT. M. KAMARUDDIN
SETIAUSAHA ZARINA BINTI MD ROOZI
AHMAD JAFRI BIN UMAT UMMUL HAPSAH BT. MOHAMMAD
BENDAHARI ROFIZA BINTI MD ISA
NUUR ISSLA BINTI JAMALUDDIN MOHD ZAHARI BIN KARIM
JURU AUDIT DALAMAN ABDAH BIN BAHAROM
NAFIZAH BINTI OSMAN SALSIAH BINTI CHE MAT
JURU AUDIT LUARAN
LATIFAH BINTI OMAR

6

KATA- KATA ALUAN YDP PIBG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan izin dan rahmat Allah s.w.t, kita sekali lagi dapat mengadakan

Mesyuarat Agung PIBG SK Pagar Museh Kali Ke- 27. Semoga mesyuarat pada
kali ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua guru, ibu bapa, pekerja sekolah dan pihak- pihak lain yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG), merupakan suatu tempat di mana,
perbincangan dapat diadakan di antara guru- guru dan ibu bapa. Ini bertujuan untuk
saling bertukar- tukar fikiran dan pendapat bagi meningkatkan pencapaian murid-
murid di sekolah ini. Ini khasnya di bidang kurikulum dan kokurikulum.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga akan merancang dan melaksanakan
program- program tertentu bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid di
sekolah ini. Ini termasuk juga program- program amal ke arah membantu pihak
sekolah keseluruhannya.

Hubungan yang erat di antara PIBG dan pihak sekolah, maka ianya akan
memudahkan lagi perlaksanaan pelbagai aktiviti dijalankan.

Harapan saya agar, para waris dapat bersatu tenaga untuk menyumbang idea
dan pendapat ke arah kejayaan murid- murid di sekolah ini.

Akhir sekali, saya ingin memohon kemaafan sekiranya ucapan saya ini ada
terkasar bahasa dan tersalah bicara.
Sekian, terima kasih.

7

KATA- KATA ALUAN PENASIHAT PIBG

Assalamualaikum… dan salam sejahtera,
Dengan izin dan rahmat Allah s.w.t. sekali lagi, kita dapat mengadakan

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 27, tahun 2022. Semoga mesyuarat pada kali ini,
dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua guru, ibu bapa, pekerja sekolah, waris dan semua pihak yang
terlibat bagi menjayakan majlis ini.

Semoga dengan kehadiran tuan- tuan dan puan- puan, majlis ini akan
bertambah seri dan meriah lagi. Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) merupakan
antara komponen penting dalam organisasi sesebuah sekolah. Ia dapat memainkan
peranan yang positif ke arah membantu pihak sekolah dalam mencapai Visi dan
Misi sekolah.

Harapan saya, agar PIBG dapat sama- sama berganding bahu dan tenaga
untuk menentukan kejayaan sekolah ini.

Akhir sekali, saya ingin memohon kemaafan sekiranya ucapan saya ini boleh
menyinggung perasaan mana- mana pihak dan yang baik itu datangnya daripada
Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri.
Selamat maju jaya dan selamat bersidang.
Sekian, terima kasih.

8

SEKOLAH KEBANGSAAN PAGAR MUSEH,

KARANGAN, KEDAH, DARUL AMAN.

Mesyuarat Agung PIBG 2022

Tarikh : 29 Mei 2022 (Ahad) / 27 Syawwal 1443 Hijrah

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan SK Pagar Museh

JAWATAN KUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG - 2022

PENASIHAT PIBG BACAAN DOA
* Noor Hasliza binti Hashim * Mohd Ridzuan bin Mohamad Zulkipli
YDP PIBG AJK HADIAH/ CABUTAN BERTUAH
* Asri bin Abdul Rahman * Azmahani binti Mokhtar
NYDP PIBG * Rofiza binti Md Isa
* Ahmad Kamal bin Zulkifli * Nafizah binti Osman
SETIAUSAHA PIBG DOKUMENTASI
* Ahmad Jafri bin Umat * Sarojah a/p Krishnan
* Mashitoh binti Ramli
BENDAHARI PIBG AJK PENDAFTRAN
* Nuur Issla binti Jamaluddin * Nurul Hidayah binti Harun
* Norshuhada binti Yusof
AJK SAMBUTAN AJK JAMUAN
* Noor Hasliza binti Hashim * Nadia binti Yahya
* Asri bin Abdul Rahman * Roziyahtol Haliyah binti Ismail
* Yamin bin Nawi * Nur Liyana binti M. Arshad
* Nora Azura binti Yahia * Zarina binti Md Roozi
* Azim bin Azmi

9

BUKU PROGRAM AJK PERSIAPAN TEMPAT
* Ahmad Jafri bin Umat * Mohd Hairi bin Shamsudin
* Mohd Nizar bin Abu Bakar
PENCATAT MINIT * Ahmad Anuar bin Kamaruddin
* Zaihanifife binti Abu Bakar * Mohd Khairui Anwar bin Md. Yusob
* Atikah binti Ismail * Pekerja Sekolah

PENGACARA MAJLIS AJK PERHIASAN PENTAS
* Nur Fatimah binti Azizi * Rashedah binti Md Darisah
* Azidah binti Abdul Aziz * Hidayah binti Mohd Zohir @ Suhaimi
* Nurul Izzatul Aisyah binti Suhaidi

JURU GAMBAR
* Zarina binti Harun

10

KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG TARIKH
22 MEI 2022
BIL NAMA AHLI JAWATANKUASA
/
1 ASRI BIN ABDUL RAHMAN /
2 AHMAD KAMAL BIN ZULKIFLI /
3 AHMAD JAFRI BIN UMAT /
4 NUUR ISSLA BINTI JAMALUDDIN /
5 AZHA BIN AHMAD X
6 RIDUAN BIN HALIT /
7 KHAIRUL ANWAR BIN MOHD YUSOB X
8 MOHD ZAHARI BIN KARIM X
9 ABDAH BIN BAHAROM /
10 ROFIZA BINTI MD ISA /
11 ZARINA BINTI MD ROOZI /
12 SALSIAH BINTI CHE MAT /
13 SITI AMINAH BINTI ABDULLAH X
14 ROSDIANA BINTI KAMARUDDIN X
15 UMUL HAPSAH BINTI MOHAMAD

11

AKTIVITI/ SUMBANGAN PIBG SESI 2021/2022.

BIL AKTIVITI/ SUMBANGAN CATATAN

1 Membakar sarang tebuan di kawasan sekolah RM 100

2 Pembelian Buku Resit PIBG RM 15.00

3 Sumbangan Hari Anugerah Cemerlang RM 300.00

4 Sumbangan bayaran bas (pembelian pakaian raya murid RM 200.00
asnaf)

5 Sumbangan jamuan sambutan Hari Raya dan Hari Guru RM 300.00

6 Program Bubur Lambuk Berjaya dilaksanakan

12

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN PAGAR MUSEH
09700 KARANGAN KEDAH DARUL AMAN

Minit Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Ke – 26 Tahun 2021

Tarikh : 10 Oktober 2021 (Ahad)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Kediaman/ rumah

AGENDA I : ALUAN PENGERUSI

1. Encik Asri bin Abdul Rahman – Beliau memanjatkan kesyukuran dan mengalu- alukan
penyertaan semua waris dan guru- guru pada Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 26, Tahun
2021.

2. Banyak aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan berikutan penularan
wabak dan pandemik Covid- 19.

3. Murid- murid terpaksa belajar (PdPr) secara dalam talian dan tidak secara bersemuka.
Pelbagai kesulitan dan kekangan terpaksa dihadapi oleh guru dan murid dalam situasi
ini.

4. Walau bagaimanapun, diharapkan agar wabak/ pandemik ini segera berakhir dan sesi
persekolahan dapat dibuka semula.

5. Insentif akan diberikan kepada murid- murid yang aktif dalam PdPr. Cenderahati juga
akan diberikan kepada waris- waris yang menyertai mesyuarat pada kali ini.

6. Masalah capaian internet telah membatasi proses pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPr).

AGENDA II : UCAPAN PENASIHAT PIBG

7. Puan Noor Hasliza binti Hashim (GB) – Norma Baharu Tahun 2020 dan 2021. Namun,
guru dan murid harus dapat menyesuaikan diri dan menghadapinya dengan tabah.

8. Terdapat 3 bidang/komponen utama iaitu Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.
Kurikulum;

Pentaksiran Berasaskan Sekolah – Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), bertujuan mentafsir bidang akademik dan bukan akademik secara formatif dan
sumatif.

13

9. Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPr) menggunakan modul secara of- line dan
on- line. Sokongan para waris amat diperlukan bagi membantu anak- anak supaya
mereka dapat menguasai kemahiran pembelajaran.

10. Masalah anak/ murid yang tidak menyiapkan dan menghantar kerja rumah yang
diberikan oleh guru. Mohon ibu bapa memantau anak- anak supaya dapat menyiapkan
kerja sekolah yang diberikan.

11. Pentaksiran Akhir Tahun 2021 – Tahun 6 bermula 10 Oktober 2021, bagi subjek Bahasa
Melayu (Pemahaman & Penulisan ) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Masa 2 minggu diberikan bagi menyiapkan kerja sekolah tersebut.

12. Murid- murid harus dapat menguasai ilmu/ pembelajaran, sekurang- kurangnya Tahap
Pencapaian (TP) 3.
Tahap Pencapaian (TP) 1 & 2

Tahap 1

Bahasa Melayu Tahun 1 (5 orang)

Tahun 2 (4 orang)

Tahun 3 (4 orang)

Bahasa Inggeris Tahun 1 (5 orang)

Tahun 2 (12 orang)

Tahun 3 (4 orang)

Tahap 2

Bahasa Melayu Tahun 4 (1 0rang)

Tahun 5 (3 orang)

Bahasa Inggeris Tahun 5 (4 orang)

Sains Tahun 5 ( 4 orang)

13. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan mulai Tahun 2021. PAJSK – para
waris perlu menggalakkan anak- anak supaya menyertai aktiviti PAJSK. Penglibatan
murid- murid Tahap 2 (4,5,6) membolehkan mereka mendapat markah sekurang-
kurangnya “ B” dalam PAJSK.

14. Psikometrik dilaksanakan di peringkat sekolah. Pentaksiran ini tidak berasaskan
kurikulum.

15. Sesi persekolahan Tahun 2021 – Negeri Kedah (Fasa II)- sekolah belum dibuka. Fasa III-
Prasekolah dibuka dan semua murid Prasekolah perlu hadir. Fasa IV- Prasekolah dan

14

Tahap I hadir secara bersemuka. Tahap I secara penggiliran. Selebihnya, PdPr di rumah.
Tahap II (4,5,6) – secara penggiliran.
Hal Ehwal Murid;

16. Kehadiran murid dalam PdPr secara of- line dan on-line. Of- line (56.44%). Terdapat di
kalangan murid yang tidak menghantar tugasan yang diberikan oleh guru. Ini
menimbulkan kesukaran kepada guru untuk memberikan Tahap Pencapaian (TP) kepada
murid yang terlibat.
Kokurikulum;

17. Aktiviti Kokurikulum sentiasa dijalankan mengikut SOP. Ada kejayaan yang ditempa oleh
kalangan murid di sekolah ini di peringkat MSSD dan juga Negeri. Mohon kepada waris
untuk memberi tumpuan kepada penglibatan anak- anak dalam pertandingan yang
dibuat secara maya, untuk memenuhi markah PAJSK.

18. Tuan Guru Besar- Ucapan terima kasih kepada barisan AJK PIBG para waris dan semua
guru kerana sentiasa memberi sokongan dan dokongan yang padu khasnya semasa
wabak/ pandemik ini.

19. Terdapat dua orang guru baharu yang berkhidmat di sekolah ini, iaitu Encik Yamin bin
Nawi (PK Pentadbiran) dan Ustaz Mohamad Hairi. Sekian, terima kasih.

AGENDA III : MEMBENTANG MINIT MESYUARAT

20. Encik Ahmad Jafri bin Umat - Membentang

Puan Fariza - Mencadang

Encik Mahyidin bin Mat Jaya - Menyokong

AGENDA IV : PERKARA BERBANGKIT

21. Perkara no. 14 – Yuran PIBG 2021. Sesi persekolahan Tahun 2021 hampir tamat. Maka
dicadangkan supaya yuran tersebut tidak dipungut. Sumbangan/ dana yang ada akan
digunakan untuk diberikan kepada kalangan murid yang aktif dalam PdPr.

AGENDA V : PENYATA KEWANGAN

22. Puan Nuur Issla binti Jamaluddin – Membentang Penyata Kewangan PIBG yang berakhir
31 December 2020
Puan Zarina binti Mohd. Roozi – Mencadang
Puan Rofiza binti Md. Isa _ Menyokong

AGENDA VI : USUL- USUL PIBG

23. Encik Rokidin bin Mat – Pemulangan wang pembelian pakaian sukan.

15

24. Guru Besar – Sumbangan PIBG digunakan untuk pengurusan modul murid Tahun 2021.
25. Encik Mohd Azim bin Azmi (PK Koko) – Semua pakaian sukan telah ditempah. Berlaku

kelewatan adalah disebabkan penularan wabak Covid -19. Wang telahpun dibayar
kepada syarikat. InsyaAllah, perkara ini akan diselesaikan dan semua murid akan
diberikan pakaian tersebut apabila sesi persekolah dibuka nanti.
26. Encik Syarizal – Penyerahan pakaian sukan ini dilakukan dengan kadar segera,
memandangkan isu ini telah berlanjutan agak lama.
27. Encik Asri bin Abdul Rahman – Pihak sekolah akan berusaha dan melakukan yang terbaik
bagi menyelesaikan permasalahan ini secepat mungkin.
28. Dana PIBG – Modul PdPr – Encik Asri bin Abdul Rahman mencadangkan agar peruntukan
diberikan kepada pihak sekolah bagi penyediaan modul untuk kegunaan murid- murid.
29. Guru Besar – Mencadangkan agar yuran PIBG Tahun 2021 dipungut juga
memandangkan kesemua murid menggunakan modul.
30. Encik Asri bin Abdul Rahman – Mohon sokongan para waris sama ada bersetuju / tidak,
yuran PIBG Tahun 2021 dikutip.
31. Majoriti bersetuju supaya yuran PIBG Tahun 2021 dikutip. RM 20.00 sahaja. Setiausaha
PIBG akan mengedarkan surat makluman berkaitan kutipan yuran PIBG selepas
mesyuarat agung ini diadakan.

AGENDA VII : HAL- HAL LAIN

32. Encik Sharizan – Bertanyakan tentang pelan pembukaan sekolah pada tahun ini dan
seterusnya.

33. Guru Besar – Sesi persekolahan akan dibuka mengikut Fasa. Jika Kedah berada dalam
Fasa IV, maka sekolah akan dibuka dan semua murid akan hadir secara bersemuka.

34. Suntikan vaksin – 99% murid Tahun 6, telah disuntik vaksin. Selebihnya akan disuntik
kemudian.

35. Puan Farizah binti Saharani – Group Telegram PIBG. Ia diwujudkan bertujuan untuk
memudahkan penyaluran info/ maklumat berkaitan PIBG dan sekolah kepada pihak
waris.

36. Encik Asri bin Abdul Rahman – Mesyuarat AJK PIBG pada 26 September 2021 telah
memutuskan bahawa, murid- murid yang aktif dalam PdPr, akan diberikan cenderahati.
Ia turut diberikan kepada para waris yang menyertai mesyuarat agung PIBG 2021 ini.
Cara pemberiannya akan dimaklumkan kemudian.

37. Ucapan Penangguhan – Encik Sharizan – Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada semua guru di atas usaha dengan menjalankan PdPr sepanjang musim pandemik
ini. Mohon Kerjasama para waris untuk mengambil modul- modul yang disediakan dan
elakkan pembaziran. Hargailah pengorbanan para guru, demi mendidik anak bangsa
tercinta.

38. Encik Asri bin Abdul Rahman – Peruntukan RM 500.00 diluluskan untuk pembelian
hadiah/ cenderahati kepada murid- murid yang aktif PdPr 2021. Sekian, terima kasih.

16

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
17

18

19

Perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG Sesi 2022/2023

Yang Dipertua PIBG : ……………………………………….

Naib Yang Dipertua PIBG : ………………………………………..

Setiausaha PIBG : ………………………………………..

Bendahari PIBG : ………………………………………..

AJK (Waris) : ……………………………………….
: ……………………………………….
: ……………………………………….
: ……………………………………….
: ……………………………………….
: ……………………………………….
: ……………………………………….
: ……………………………………….

AJK (Guru) : ……………………………………….
: ……………………………………….
: ……………………………………….

Juru Audit Dalaman : ………………………………………
Juru Audit Luaran : ………………………………………

20

BORANG USUL PIBG

Adalah dengan ini saya Elyas bin Ibrahim waris kepada Zarqa Awadah binti Elyas dari kelas 1
Al-Biruni ingin mengemukakan usul berkenaan dengan :-

1. Pembukaan pintu pagar belakang sekolah untuk mengambil anak pulang sekolah.
2. Ruang parkir untuk mengambil anak yang sempit.
3. Baik pulih tandas murid.

21

PENGHARGAAN

YDP PIBG, GURU BESAR, AJK PIBG DAN SELURUH WARGA SEKOLAH
KEBANGSAAN PAGAR MUSEH, MENGUCAPKAN SETINGGI- TINGGI
PENGHARGAAN DAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA;

IBU BAPA, WARIS
&

SEMUA JEMPUTAN

SERTA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK
LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN

MESYUARAT AGUNG PIBG SK PAGAR MUSEH KALI KE- 27 TAHUN
2022

SEMOGA SUMBANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIHULURKAN AKAN
DIBERKATI TUHAN

22


Click to View FlipBook Version