The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OKTOBER 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Amanah Rakyat, 2022-11-14 21:38:22

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OKTOBER 2022

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OKTOBER 2022

e-KOMPILASIEDISI SEPTEMBER 2022

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MEDIA SOSIAL & ADVERTORIAL

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 1

e-KOMPILASI
MAJLIS AMANAH RAKYAT Edisi Oktober 2022

PENERBIT : BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT MARA

PENERBIT EKSEKUTIF Sidang Editor e-KOMPILASI berhak meminda
Adham Hatta Ab. Samad mengubah dan menggarap manuskrip yang
Pengarah dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan
PENERBIT yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya.
Abdul Fareas Noew Hanzah Semua manuskrip ini boleh digunapakai oleh
Timbalan Pengarah pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa
EKSEKUTIF EDITOR akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang
Haryati Husin cadangan atau komentar, surat-menyurat,
Muhd Fadhly Hamzah rencana dan ulasan ke meja sidang Redaksi atau
EDITOR email ke: [email protected]
Muhammad Akmal Mohamad Azlan Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan
Azilawati Mat Amin kepada:
Zahemi Azul Islami Pengarah
Syamimi Kamarul Zaman Bahagian Komunikasi Korporat
Raja Elyna Zurin Raja Azli Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA
KREATIF 21, Jalan MARA
Ernie Yusnida Mohamed Yunus 50609 Kuala Lumpur
Muhd Fadhly Hamzah Tel: 03-2613 4600
JURUFOTO Faks: 03-2692 7386
Norsuhaimie Musa Emel: [email protected]
Che Ahmad Tarmizi Che Awang Hak cipta terpelihara.
Muhammad Akmal Syafiq Ahmad Tarmizi
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif
TEKNIKAL & HEBAHAN
Azrina Abdul Aziz
Natrah On
Puteri Khairul Anieza Che Kamarudin
TENAGA SOKONGAN
Warga Kerja BKOM

2 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MARA
KE ATAS KONSULAT JENERAL MALAYSIA,
MELBOURNE

MELBOURNE, 30 September 2022 – latihan (internship) dan pengalaman ini akan
Pengerusi MARA, YB Datuk Seri Panglima menjadi nilai tambah (added value) apabila
Hajah Azizah Haji Mohd Dun pada 24 mereka bekerja kelak.
September 2022 melakukan kunjungan Manakala dalam bidang keusahawanan,
hormat ke atas Konsulat Jeneral Malaysia, Konsulat Jeneral Malaysia Melbourne
Melbourne, Australia, Puan Mazita Marzuki. melalui Matrade akan membantu usahawan
Pertemuan yang berlangsung di The dibawah MARA untuk menerokai peluang
Langham Hotel, Melbourne, Australia itu perniagaan, memasuki pasaran tempatan
adalah untuk memperluaskan hubungan terutamanya dalam pertukaran teknologi
dua hala antara MARA dan Konsulat agar dapat dimanfaatkan secara bersama.
Malaysia Melbourne dalam pelbagai aspek Turut mengiringi Pengerusi MARA dalam
terutamanya dalam bidang pendidikan dan kunjungan hormat tersebut, Pengarah
keusahawanan. MARA Australia, Encik Mohamad Faizal
Jalinan kerjasama ini penting bagi membantu Mohamad Zin dan Penolong Pengarah
menghubungkan pelajar tajaan MARA MARA Australia, Encik Muhammad Sufian
bersama pemain industri (syarikat-syarikat Sayudin.
di Australia) bagi urusan penempatan

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 3

MARA TUMPU KESIHATAN EMOSI
PELAJAR IPMA

BANGI, 3 Oktober 2022 –MARA memberi masalah kewangan, hilang pekerjaan,
tumpuan penuh terhadap kesihatan emosi konflik hubungan (perpisahan, penceraian),
komuniti MARA terutamanya pelajar isu kemiskinan, penyakit fizikal, serta
Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dengan mempunyai sejarah bunuh diri dalam
memberi pendedahan dan langkah terbaik keluarga.”
mengatasi masalah yang dihadapi menerusi Beliau hadir bagi merasmikan Majlis Penutup
Konvensyen Kesedaran Kesihatan Mental. Konvensyen Kesedaran Kesihatan Mental:
Menurut En Mohd Diah Abas, Pengarah ‘We Love We Care’ & Pelancaran Sambutan
Kanan (Pelaburan) MARA, “Penjagaan Bulan Kaunseling Peringkat MARA 2022.
kesihatan mental di Malaysia merupakan Penganjuran konvensyen adalah platform
sebuah isu yang tidak asing lagi. Lebih-lebih Terbaik kepada masyarakat khususnya
lagi apabila pandemik melanda seluruh warga kerja MARA dan pelajar IPMA tentang
dunia sejak awal tahun 2020, isu kesihatan kepentingan penjagaan kesihatan mental di
mental ini menjadi semakin serius.” tahap yang baik.

“Terdapat pelbagai faktor kompleks MARA sangat menyokong segala usaha
yang saling berkait dalam permasalahan untuk membangunkan dasar dan kegiatan
kesihatan mental. Sebagai contoh yang menjurus kepada kesejahteraan
kemurungan, penyalahgunaan dadah psikologi. Setiap tahun, MARA akan meraikan
dan substans, tragedi kehidupan seperti Sambutan Bulan Kaunseling MARA 2022

4 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

yang akan dilaksanakan serentak dengan meningkatkan kesedaran kesihatan mental
sambutan Bulan Kesihatan Mental Sedunia dalam kalangan pelajar agar mereka lebih
oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) fokus kepada pembelajaran.
pada bulan Oktober setiap tahun. Seramai 340 orang pelajar terdiri daripada
Berdasarkan statistik kajian oleh Pertubuhan Kolej MARA (KM), Kolej Profesional MARA
Kesihatan Sedunia (WHO), ‘Preventing (KPM), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), dan
Suicide, A Global Imperative’, yang mana Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)
dianggarkan lebih daripada 800 ribu orang telah menjadi peserta.
di seluruh dunia membunuh diri setiap tahun Antara pendedahan yang diberikan ialah
iaitu lebih kurang satu kematian dalam ceramah kesihatan mental, kit pengurusan
setiap 40 saat. emosi, ‘art therapy’, bengkel asas kemahiran
Dianggarkan juga terdapat lebih daripada menolong, resiliency, coping skills, stress go
20 kes cubaan bunuh diri bagi setiap away : 10k langkah, pertandingan poster
kejadian dengan nisbah (20:1) di peringkat digital dan pelabagai lagi.
global. Ia juga adalah antara 10 penyebab Konvensyen Kesedaran Kesihatan Mental
utama kematian di dunia malahan menjadi ‘We Love We Care’ Program Siri 1 telah
penyebab kedua kematian bagi mereka berlangsung sejak bulan Mei hingga
yang berumur 15 hingga 29 tahun. Oktober 2022 manakala Program Siri 2 pula
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi diadakan pada 1 hingga 2 Oktober 2022
Kebangsaan (NHMS) Malaysia pada 2019 disempurnakan dengan majlis penutupan di
mendapati 2.3 peratus orang dewasa atau Bangi Avenue Convention Centre.
hampir setengah juta manakala 9 peratus
kanak-kanak berusia 10-15 tahun mengalami
masalah kesihatan mental. Prevalen
tertinggi adalah di negeri berikut; Wilayah
Persekutuan Putrajaya (5.4%), Negeri
Sembilan (5.0%), Perlis (4.3%), Sabah (4.0%)
dan Melaka (3.8%).

Oleh itu, MARA menerusi Bahagian
Pendidikan Tinggi (BPT) dengan kerjasama
Persatuan Kaunseling dan Psikologi MARA
(PEKAMARA), Bahagian Penganjuran
Pelajaran (BPP), Bahagian Sumber Manusia
(BSM), dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan
Awam (AKRAB) telah menjayakan sebuah
konvensyen yang begitu bermanfaat untuk

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 5

6 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

PEKAMARA TERIMA SIJIL PENGIKTIRAFAN
NEGARA

PUTRAJAYA, 4 Oktober 2022 - Majlis sokongan psikologi kepada masyarakat
Pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan yang memerlukan bagi meneruskan
Tahun 2022 yang bertemakan “Emosi kelangsungan hidup selain menyesuaikan
Sejahtera Hidup Bahagia” telah berlangsung diri dengan perubahan.
di The Everly Hotel, Putrajaya. Pengiktirafan
ini sebagai lambang keprihatinan kerajaan
terhadap sumbangan dan peranan kaunselor
MARA yang membantu meningkatkan
kesejahteraan individu dan juga masyarakat.

Pada Majlis tersebut, Persatuan Kaunseling
dan Psikologi MARA (PEKAMARA) telah
menerima Sijil Pengiktirafan Negara oleh
YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat.

Penghargaan ini juga diberikan kepada
persatuan dan pertubuhan kaunseling
Malaysia yang aktif memberikan
perkhidmatan kaunseling dan memberikan

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 7

ANUGERAH INTELLIGENT DESIGNER
2022 MILIK CIKGU RAZAK GIATMARA
PENAMPANG

PENAMPANG, 4 Oktober 2022 – Cikgu
Abdul Razak Ibrahim dari GIATMARA
Penampang terima Anugerah Intelligent
Designer 2022 dalam pertandingan Sabah
Next Top Designer yang diadakan di Palm
Square Centre Point, Kota Kinabalu Sabah
baru-baru ini.
Cikgu Razak memulakan kerjaya di
GIATMARA Penampang sebagai tenaga
pengajar Kursus Fashion dan Dressmaking
yang kini dikenali Kursus Pembuat Pakaian
Lelaki.
Berbekalkan pengalaman selama 19
tahun, Razak berjaya menewaskan 16
orang pereka fesyen dari Negeri Sabah
dengan mempertaruhkan rekaan ‘Ethnic
Modern Rungus Contemporary’ dengan
mengenengahkan motif ‘Mitotorungak’.

8 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

Pembentukan motif ini merupakan idea
dan aplikasi daripada nilai kemasyarakatan
kaum ‘rungus’. Ia merupakan simbol
solidariti dan melambangkan keindahan
serta keharmonian masyarakat tersebut.
Selain itu, motif itu turut melambangkan
perpaduan bangsa di negara Malaysia.
Tambah beliau, rekaan masa kini bukan
sahaja perlu menerokai pemahaman emosi
manusia dan nilai komersial tetapi juga
memelihara alam semula jadi.
Anugerah ini diadakan untuk mengiktiraf
usaha dan pencapaian pereka tempatan
serta menjadi platform untuk meningkatkan
profil dan jenama rekaan peserta.
Untuk makluman, GIATMARA Penampang
menawarkan dua kursus iaitu Pembuat
Pakaian Lelaki (PPL) dan Kursus Teknologi
Sistem Komputer (TSK) dengan jumlah
pelatih seramai 30 orang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada
Cikgu Razak.

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 9

KERJASAMA STRATEGIK YPM DAN
CELCOM, PERKASA PROGRAM TUISYEN
PINTAR

JASIN, 6 Oktober 2022 - Yayasan
Pelajaran MARA (YPM) mengambil inisiatif
memperkukuh hubungan dua hala bersama
rakan strategiknya Celcom Malaysia Berhad
yang merupakan penaja bersama bagi
Program Tuisyen Pintar YPM@KPLB.
Pada pertemuan kali ini, YPM turut membuat
pemantauan pelaksanaan Program
Tuisyen Pintar ini di MRSM Tun Ghafar
Baba Jasin pada 2 Oktober 2022. MRSM
TGB merupakan institusi yang dipilih bagi
menyediakan kemudahan kelas dan tenaga
pengajar bagi program tersebut.
Lawatan pemantauan ini telah disertai oleh
rakan strategik YPM, Celcom (Malaysia)
Berhad meliputi lawatan ke kelas, taklimat
serta bual bicara secara langsung bersama
100 orang peserta tuisyen YPM.

10 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

Peserta program ini terdiri daripada pelajar
B40 di sekolah sekitar daerah Jasin.
Pemantauan ini dilaksana untuk
mendapatkan maklum balas mengenai
keberkesanan dan penambahbaikan
program tuisyen itu.
Turut hadir dalam sesi pemantauan
ini, Encik Zainal Rashid Zakaria, Ketua
Bahagian Pembangunan Dana YPM, Ustaz
Muhd Syahidan Musa, Timbalan Pengetua
Pembangunan Pelajar MRSM TGB, Mohd
Alfouzii Nasir, Pegawai PPD Jasin dan Encik
Areehan Abdullah, Ketua Perhubungan
Kerajaan Celcom Malaysia.
Semoga dengan sesi pemantauan ini dapat
memberi gambaran penuh yang jelas
kepada semua pihak terutamanya pihak
penaja yang terlibat akan keberkesanan
program ini kepada para pelajar.
Semoga para pelajar yang terlibat dalam
program ini lebih berjaya dan cemerlang
dalam kehidupan mereka.

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 11

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2022
DISAMBUT MERIAH WARGA KERJA MARA

KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2022 –
Kelab Sukan dan Rekreasi MARA (KSRM)
menganjurkan sambutan Hari Sukan
Negara (HSN) 2022 peringkat Ibu Pejabat,
Majlis Amanah Rakyat (MARA) melibatkan
lebih 200 warga kerjanya pada 7 Oktober
(Jumaat).
Sambutan HSN, MARA disambut meriah
dengan pengisian program antaranya,
permainan tradisional congkak, dam haji,
dart dan tanggaton iaitu acara menaiki
tangga bermula dari Busana @ MARA
hingga ke tingkat 24 bangunan MARA.
Setiap bahagian diwakili oleh 8 peserta
dalam acara tanggaton yang menyaksikan
juara dimenangi oleh Bahagian Kemahiran
dan Teknikal, naib juara Bahagian
Pendidikan Tinggi, manakala tempat ketiga
milik Bahagian Infrastruktur Komersial.

12 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

Sesi pelepasan (flag off) tanggaton dan negara yang mempunyai rakyat yang
penyampaian hadiah bagi kesemua acara sentiasa bersukan serta menjadikan sukan
disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, sebagai satu budaya.
Dato’ Azhar Abdul Manaf dan diiringi oleh Untuk rekod, MARA turut melaksanakan
Presiden KSRM, Encik Zairul Amri Adam. HSN setiap tahun bukan sahaja di peringkat
HSN merupakan acara tahunan bagi Ibu Pejabat, malahan turut dilaksana di
merealisasikan hasrat dan aspirasi kerajaan peringkat Negeri.
untuk menggalak dan menjadikan Malaysia

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 13

PRESIDEN TNB
LAWAT TAPAK
PEMBINAAN
PENGECASAN
KENDERAAN
ELEKTRIK (EV)

LANGKAWI, 13 Oktober 2022 – Presiden / sosial dan tadbir urus Environmental, Social
Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional and Governance (ESG) melalui peralihan
Berhad (TNB), YBhg. Dato’ Indera Ir. tenaga melibatkan adaptasi teknologi
Baharin bin Din mengadakan lawatan Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy).
kerja ke Langkawi pada 8 Oktober 2022 Penggunaan stesen pengecasan ini juga
bagi meninjau kemajuan kerja di tapak bakal dibuka kepada orang awam yang
pembinaan stesen pengecasan kenderaan memerlukan perkhidmatan EV ‘DC fast
elektrik (EV). chargers’ memandangkan ini merupakan
Pembinaan stesen pengecasan EV ini yang pertama dibangunkan di Langkawi.
merupakan projek usahasama antara TNB Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh Pengarah
dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang Kanan Pelaburan, Encik Mohd Diah bin
mencetuskan pembangunan infrastruktur Abas, PMO EV, TNB, Ir. Mohd Junaizee
EV ke tempat-tempat strategik yang bin Mohd Noor, Pengarah MARA Negeri
berpontensi. Projek ini adalah sebagai Kedah, Encik Razak bin Aziz, Pengarah
sokongan kepada peningkatan permintaan Industri Pengangkutan, Encik Rizal Effendi
daripada penggunaan EV yang menjadi bin Razali, pengurusan kanan anak syarikat
trend ketika ini terutama untuk kegunaan TNB, Tenaga Switchgear Sdn Bhd (TSG)
persendirian dan pengangkutan awam. serta pegawai-pegawai MARA.
Usahasama ini juga bukti sokongan MARA
dan TNB bagi menyahut agenda negara
ke arah matlamat kelestarian alam sekitar,

14 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

Bajet 2023 : Mengukuhkan kedudukan masyarakat bumiputera yang lebih
dinamik dan mampan untuk berdepan dengan cabaran ketidaktentuan
ekonomi akan datang.

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 15

SYABAS DAN TAHNIAH

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berada di kedudukan ke-14 dalam senarai
universiti Malaysia (kedudukan dunia 1201-1500) berdasarkan Times Higher
Education (THE) World University Rankings 2023 yang diterbitkan pada 12
Oktober 2022.
UniKL merupakan salah satu daripada 20 kumpulan elit universiti Malaysia
yang tersenarai dalam THE dan QS World University Rankings.

16 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

KAUNSELOR MARA MENANG ANUGERAH
PERAK SEMPENA SIMPOSIUM
KAUNSELING KEBANGSAAN 2022

SARAWAK, 17 Oktober 2022 - Majlis terhad kepada warga UNIMAS sahaja tetapi
Pelancaran Simposium Kebangsaan ianya juga terbuka kepada warga kerja
Kesejahteraan Psikologi yang bertemakan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan
“Ke Arah Keluarga Malaysia Bahagia” yang lain seperti Kementerian Pengajian
telah berlangsung pada 11 dan 12 Oktober Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan
2022 di Arena Gemilang, DeTAR Putra Malaysia (KKM), Kerajaan Negeri Sarawak
UNIMAS. Majlis telah disempurnakan oleh dan pelbagai agensi lain termasuk MARA.
YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah Menteri Program ini merupakan platform dalam
Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan mengetengahkan aspek kepentingan
Kesejahteraan Komuniti, Sarawak. penjagaan kesejahteraan psikologi diri
Sempena simposium tersebut, kaunselor dalam mendepani cabaran kesihatan mental
Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuching, khususnya semasa fasa endemik COVID-19
saudara Mohd. Shahrul bin Kamaruddin ini.
telah mendapat Anugerah Perak dalam Penganjuran symposium tersebut turut
Pertandingan Inovasi Kaunseling yang memperkasakan fungsi dan peranan
bertajuk Digital Literacy Innovation through profesion kaunseling serta psikologi
E-Book for Counsellor. dalam usaha membantu warga sesebuah
Pada tahun ini, penganjuran Simposium organisasi menjadi golongan yang celik ilmu
Kaunseling Kebangsaan 2022 telah berjaya khususnya dalam isu berkenaan kesihatan
menghimpunkan sebanyak 300 penyertaan mental
daripada pelbagai agensi bukan hanya

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 17

HALAL PARK TAMBUN DILENGKAPI
FASILITI PIAWAIAN GOOD
MANUFACTURING PRACTICES (GMP)

PERAK, 18 Oktober 2022 - YBhg. Datuk
Syed Azmi Ahmad, Ahli Majlis MARA telah
meluangkan masa mengadakan lawatan
kerja ke beberapa premis perniagaan
usahawan MARA di negeri Perak pada 17
Oktober 2022.
Dalam lawatan sehari tersebut, YBhg. Datuk
Syed melawat beberapa lot kilang sekitar
Halal Park Tambun yang telah dinaik taraf
dengan infrastruktur mengikut piawaian
Good Manufacturing Practices (GMP).
Beliau turut berbesar hati menyerahkan
Surat Tawaran Penyewaan Lot GMP, Geran
Best - Smart Factory kepada SBI Food (M)
Sdn Bhd dan Geran Digital Biz kepada Laksa
Nurin.

18 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

Pada sebelah petang, YBhg. Datuk Syed
berkesempatan merasmikan outlet Mikayla
yang terletak di Arked MARA Kuala Kangsar.
Mikayla merupakan jenama yang tidak asing
bagi penggemar Kopi dan Biskut (Coffee
and Cookies).
YBhg. Datuk turut meluangkan masa ke
kilang Afiat di Kuala Kangsar. Dalam lawatan
tersebut, beliau telah diberikan taklimat oleh
pengarah syarikat Afiat serta berbesar hati
melancarkan Countdown 100 Tahun Afiat.

Menariknya melalui lawatan sehari ini, YBhg.
Datuk dapat meninjau sendiri operasi
perniagaan di premis usahawan MARA
malah turut mencuba beberapa teknik
pemprosesan yang dijalankan.

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 19

UniKL MSI JUARA KESELURUHAN USSC
2022

SEPANG, 18 Oktober 2022 - Kontinjen
Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish
Institute (UniKL MSI) menutup tirai Karnival
Sukan Siswa UniKL Ke-16 2022 yang
berlangsung di UniKL MIAT, Sepang dengan
merangkul juara keseluruhan temasya itu
semalam.
Kejayaan meraih 8 pingat emas, 3 perak dan
7 gangsa membolehkan UniKL MSI bergelar
juara edisi USSC 2022 menewaskan 11
kampus cawangan UniKL seluruh Malaysia.
Kejayaan ini sekaligus melayakkan institusi
tersebut menerima peruntukan sebanyak
RM50,000.00 bagi tujuan pembangunan
infrastruktur sukan di kampus itu.
Acara Table Tennis, Chess dan Tennis
menjadi penyumbang terbesar pingat
UniKL MSI dengan jumlah 6 pingat emas
keseluruhan daripada 28 pingat emas yang
dipertandingkan dalam acara tersebut.

20 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

UniKL RCMP pula menamatkan temasya kali Beliau turut mengumumkan para atlet UniKL
ini di kedudukan kedua dengan mengumpul yang meraih pingat di Sukan IPT 2022 bakal
4 emas, 2 perak dan 2 gangsa. menerima insentif daripada UniKL.

Sementara UniKL Business School (UBIS) “Ucapan tahniah kepada Adib Rusyidi dari
mencuri tumpuan apabila menduduki UniKL MIIT, pemenang Pingat Gangsa bagi
tangga ketiga keseluruhan dengan meraih 3 acara Pencak Silat manakala Muzaffar Ikrami
pingat emas, 4 perak dan 3 gangsa. dari UniKL BMI, Muhammad Haziq dari UniKL
MICET dan Akmal Hakim dari UniKL MIMET
Sementara itu, Ketua Pengarah MARA, yang telah merangkul pingat perak dalam
Dato’ Azhar Abdul Manaf yang hadir bagi acara Petangque trio.
merasmikan Majlis Penutup Karnival Sukan “Atlet yang berjaya menggondol pingat di
tersebut mengakui berbangga dengan dalam Sukan IPT akan menerima insentif
pencapaian yang diraih para atlet universiti daripada UniKL sebagai menghargai
yang bertanding. keringat dan pencapaian cemerlang mereka
dalam bidang sukan,” ujarnya.
“Saya turut gembira dan bangga kerana Turut hadir ke majlis ini, Timbalan Ketua
terdapat ramai atlet UniKL yang telah Pengarah Pendidikan MARA, Encik Razlan
berjaya menempa nama di arena sukan Haji Samsuri, Pengarah Kanan Pelaburan
tempatan dan antarabangsa. MARA, Encik Mohd Diah Abas, Pengurus
Besar Perkhidmatan Korporat Kumpulan
“Pada bulan Ogos yang lalu, dua mahasiswa MARA Corporation Sdn. Bhd, Encik Bani
UniKL merupakan antara kontinjen Malaysia Zainal Azmian, Presiden UniKL, Datuk Dr.
yang terpilih bertanding di dalam Sukan Roziah Omar dan barisan pengurusan
Universiti ASEAN 2022 di Thailand bagi MARA, MARA Corporation Sdn. Bhd dan
acara bola sepak dan lawan pedang. UniKL.

“Lebih membanggakan, Hydeer
Natakusuma Akson dari UniKL MESTECH
telah berjaya merangkul pingat perak buat
Malaysia dalam acara pedang,” katanya.

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 21

5,694 MAHASISWA INSTITUSI
PENDIDIKAN MARA (IPMA) TERIMA
PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2022 -
Sejumlah 5,694 mahasiswa dari kumpulan
B40 Institusi Pendidikan MARA (IPMA)
mula menerima peranti di bawah
Program Perantisiswa Keluarga Malaysia,
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (K-KOMM).
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar,
Datuk Seri Mahdzir Khalid, kementeriannya
menerima hampir 10 ribu permohonan
daripada 5 institusi IPMA.
“Peranti ini diberikan kepada mahasiswa
yang layak di bawah Fasa 1 bermula pada
3 September lalu, manakala pengagihan
peranti di bawah Fasa 2 pula telah mula
diagihkan pada bulan Oktober selepas
permohonan Fasa 2 dilanjutkan hingga
30 September lalu”, katanya dalam satu
kenyataan kepada media hari ini.

22 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

Jelas Mahdzir, peranti tersebut diberikan Pada majlis itu, seramai 200 mahasiswa dari
secara hak milik kepada mahasiswa tanpa 5 buah IPMA dari zon tengah melibatkan
perlu memulangkannya semula kepada UniKL MIIT, UniKL Business School, KUPTM
kerajaan. KL, KPTM Bangi dan GMI menerima peranti
Di peringkat IPT KPLB, mahasiswa yang berkenaan.
menerima peranti tersebut adalah dari Turut hadir, Pengerusi MARA Corporation
Universiti Kuala Lumpur (UniKL), University Sdn.Bhd, Senator Dato’ Wira Othman Aziz,
College Agroscience Malaysia (UCAM), Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB,
Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM), Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Ketua
Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan German- Pengarah MARA, Dato’ Azhar Abdul Manaf.
Malaysian Institute (GMI).

“Kepada mereka yang belum menerima
peranti ini, saya akan mengesyorkan kepada
Perdana Menteri agar inisiatif perantisiswa
ini diteruskan kepada lebih banyak institusi
pendidikan di bawah KPLB yang lain.

Antaranya seperti Kolej Profesional MARA
(KPM), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej
Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan lain-
lain IPT KPLB bagi memastikan mahasiswa
menerima manfaat daripada inisiatif
tersebut”.

Terdahulu Mahdzir merasmikan Majlis
Penyampaian Perantisiswa Keluarga
Malaysia peringkat KPLB di UniKL Kampus
Kota, Jalan Sultan Ismail hari ini.

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 23

6,000 PELAJAR DI KELANTAN TERIMA
MANFAAT PROGRAM JELAJAH
PENDIDIKAN LUAR BANDAR MARA

KOTA BHARU, 21 Oktober 2022- Seramai MARA Negeri Kelantan dengan kerjasama
6,000 pelajar terima manfaat Program Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu dan
Jelajah Pendidikan Luar Bandar (JPLB) Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas,
MARA yang diadakan bermula 28 September Ketereh telah menganjurkan program JPLB
hingga 20 Oktober 2022 melibatkan seluruh Peringkat Daerah Kota Bharu yang dihadiri
daerah di Negeri Kelantan. seramai 400 orang pelajar dan guru serta
JPLB anjuran MARA Negeri Kelantan ini kaunselor dari 11 buah sekolah menengah di
merupakan program rentas luar bandar Kota Bharu.
dalam menyampaikan perkhidmatan Program ini merupakan siri jelajah yang
pendidikan yang disediakan MARA secara terakhir diadakan dan mendapat sokongan
terus kepada masyarakat. serta kerjasama daripada Pejabat
Matlamat utama program ini adalah untuk Pendidikan Negeri Kelantan. Jelajah kali ini
memastikan pelajar di luar bandar tidak memberi fokus kepada pelajar yang bakal
ketinggalan atau tercicir dari menyambung menduduki peperiksaan SPM dan STPM
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada Mac 2023 nanti bagi mendapat akses
sekaligus memberi maklumat dan peluang pendidikan terbaik untuk menyambung
laluan pendidikan ke peringkat pengajian pengajian sehingga peringkat tertinggi.
tinggi bersama MARA. YB. Datuk Seri Sr. Haji Md Alwi bin

24 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

Che Ahmad, Ahli Majlis MARA, telah (KPM), Kolej MARA, MARA-Japan Industrial
menyempurnakan Majlis Penutupan Siri Institute (MJII), German-Malaysian Institute
Jelajah Pendidikan Luar Bandar tahun 2022 (GMI), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Kolej
MARA Negeri Kelantan yang bertempat di Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) dan
SMK Kok Lanas. Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Turut hadir Encik Fazli Rizal bin Ismail, “Taklimat dan penerangan berkenaan Skim
Pengarah MARA Negeri Kelantan, wakil Pinjaman Pelajaran MARA turut diberikan
dari Jabatan Pendidikan Negeri dan kepada semua pelajar terlibat.”
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu
serta Pengawal Pusat Pentadbiran MARA YB Datuk Seri Sr. Haji Md Alwi turut
Kelantan. menyerahkan 10 buah komputer sumbangan
Menurut YB Datuk Seri, “Program Jelajah YPM kepada 10 buah sekolah yang telah
Pendidikan Luar Bandar MARA Negeri terpilih menjadi lokasi penganjuran Siri
Kelantan pada tahun ini telah memberi Jelajah JPLB MARA Negeri Kelantan tahun
manfaat kepada hampir 6,000 orang pelajar ini.
dan 200 orang guru termasuk Kaunselor
melibatkan 100 buah sekolah di seluruh Seterusnya, penyerahan lima cek Pinjaman
negeri Kelantan. Pendahuluan Pendidikan MARA kepada lima
“Para guru turut didedahkan dengan pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian
kemudahan pendidikan di Institusi ke Institusi Pendidikan MARA di peringkat
Pendidikan MARA (IPMA) untuk di bawa Diploma dan Ijazah.
pulang dan dikongsikan bersama para
pelajar mereka. Untuk rekod setakat 20 Oktober 2022,
“Program yang berlangsung selama satu MARA Negeri Kelantan telah meluluskan
bulan ini menyaksikan pihak MARA telah Pinjaman Pendahuluan Pendidikan
membawa satu pasukan lengkap dalam satu sebanyak RM225,500.00 yang memberi
ekosistem pendidikannya yang mantap. manfaat kepada 129 orang pelajar.
“Antaranya, GIATMARA, Institut Kemahiran
MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA sentiasa komited membantu
MARA (KKTM), Kolej Profesional MARA golongan Bumiputera untuk mendapatkan
akses pendidikan yang berkualiti dengan
memberi peluang terutamanya kepada
pelajar luar bandar untuk mengikuti
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 25

26 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

USHERRIE SUKI BUKTI KECEMERLANGAN
ORANG ASLI DI UNITED KINGDOM

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2022 - Pelajar Inggeris, Bahasa Cina-Mandarin dan Bahasa
Tajaan MARA, Susherri Suki tampil melakar Melayu. Susherrie yang aktif dalam aktiviti
sejarah di bumi Eropah apabila berjaya di peringkat universiti juga merupakan Ahli
menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dalam Pertubuhan Perancangan Bandar
Muda Kelas Pertama dari Barlett School Of Royal (Royal Town Planning Institute - RTPI),
Planning di University College London (UCL) Barlett Urban Planning Society (Ketua Biro
United Kingdom dalam bidang Perancangan Publisiti), UCL Malaysia Society (Ketua Biro
Bandar dan Hartanah. Perhubungan & Koprorat), Ahli Persatuan
Anak kelahiran Orang Asli Perak itu Orang Asli Perak (POAP), dan Ahli Persatuan
melanjutkan pengajian di sebuah universiti Mahasiswa Orang Asli Malaysia (PMOA).
yang menduduki tangga ke-8 dunia (QS Kini, Susherrie telah menerima tawaran
World University Ranking 2023) melanjutkan pengajiannya ke peringkat
Ibu bapanya merupakan Orang Asli suku Ijazah Sarjana dalam bidang Reka Bentuk
kaum Semai yang berasal dari Kampung Bandar & Perancangan Bandar di universiti
Orang Asli Chinggung, Behrang Ulu, Tanjung yang sama.
Malim, Perak dan Kampung Orang Asli Ulu Kita harapkan agar lebih ramai anak
Geruntum, Gopeng, Perak. Orang Asli di Malaysia dapat menjejak
Selain dinobatkan sebagai pelajar langkah seperti Susherrie Suki untuk terus
cemerlang, beliau begitu fasih dalam melakarkan kecemerlangan di peringkat
berbahasa Orang Asli Semai, Bahasa antarabangsa.

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 27

10,506 PELAJAR B40 NEGERI KEDAH
TERIMA MANFAAT BANTUAN
PENDIDIKAN YPM

PADANG TERAP, 24 Oktober 2022 –
Sejumlah 10,506 pelajar B40 di negeri Kedah
menerima manfaat bantuan pendidikan
di bawah program Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR) Yayasan Pelajaran MARA
(YPM).
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk
Seri Mahdzir Khalid berkata, bantuan itu
melibatkan peruntukan lebih RM1.8 juta
sepanjang tahun ini.
“Syabas dan tahniah kepada YPM atas
pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan
dalam membantu golongan yang
memerlukan ini.
“Usaha ini perlu dilaksanakan bagi
memastikan anak-anak luar bandar

28 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

terutamanya dari golongan B40 tidak Antaranya Skim Bantuan Persekolahan,
keciciran dalam pelajaran selain meringankan Dana Ehsan Pendidikan, Program Tuisyen
tanggungan ibu bapa”. Pintar, Program Kecemerlangan Modal
Beliau berkata demikian pada sidang Insan, Skim Anak Angkat dan Pembiayaan
media selepas majlis pelancaran Program Pendidikan Tertiari.
Pendidikan YPM Daerah Padang Terap di Program CSR YPM turut melibatkan
Pusat Komuniti Padang Kerasak, di sini, hari UNIMARA dan Rural Capital Berhad (RCB)
ini. sebagai penyumbang disamping kerjasama
Turut hadir, Pengerusi YPM, Datuk daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Mohd Razman Yaacob, Pengerusi MARA Padang Terap.
Corporation Sdn Bhd, Senator Datuk Wira “Bagi pihak YPM saya mengucapkan terima
Othman Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif kasih kepada semua badan-badan korporat
YPM, Mohd Amran Mat Ariffin dan Ahli Majlis yang telah menyumbang dana bagi
MARA, Datuk Ibrahim Saad. pelaksanaan program-program pendidikan
Jelas Mahdzir, bantuan itu disalurkan melalui pelajar di luar bandar.
pelbagai program pendidikan YPM yang “Saya menyeru agar lebih banyak badan-
dilaksanakan sepanjang tahun. badan korporat atau invididu tampil untuk
menyalurkan sumbangan kepada YPM bagi
merancakkan lagi pelbagai program CSR
YPM yang lain”.

Sementara itu, seramai 693 pelajar dan
75 keluarga B40 di daerah Padang Terap
menerima sumbangan berbentuk bantuan
persekolahan wang tunai dan komputer
riba.

Manakala 3 buah sekolah turut menerima
sumbangan tunai berjumlah RM5,000 bagi
setiap sekolah.

Pada majlis yang sama, Mahdzir turut
menyaksikan tiga penyerahan replika cek
sumbangan bantuan persekolahan YPM
bernilai RM95 ribu, bantuan keluarga pelajar
asnaf UNIMARA sebanyak RM18,700 dan
sumbangan keluarga asnaf RCB berjumlah
RM17,500.

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 29

MRSM MUSIC FESTIVAL SATUKAN ANAK
MARA

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2022 –
Alumni Anak Sains MARA (ANSARA) dan
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
bergabung buat julung kalinya anjur MRSM
Music Festival (MMF) yang berskala mega
pada 29 Oktober 2022.
MRSM Music Festival berjaya menghimpun
dan menyatukan anak MARA dengan
kehadiran lebih 7,000 pengunjung di Axiata
Arena, Bukit Jalil.
MMF bukan lah program hiburan semata-
mata kerana ia padat dengan pelbagai
aktiviti yang berlangsung sejak awal pagi
hingga ke malam.

30 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

Seawal jam 7 pagi, acara larian santai telah persembahan caklempong diikuti dengan
berlangsung di sekitar Stadium Bukit Jalil tempat kedua The Meds Trio dari Kolej
dan Axiata Arena. MARA Kulim dan tempat ketiga Mohd Nor
Aktiviti larian santai ini terbuka kepada Fahmie dari KPM Beranang.
semua dan tidak terhad kepada alumni Manakala Muhammad Syakir Aiman
serta pelajar MRSM sahaja. Azzemey dari MRSM Lenggong menjuarai
Pada masa sama, lebih 300 peniaga yang kategori MRSM dengan persembahan
terdiri daripada alumni MRSM terlibat nyanyian dan gitar akustik.
menjayakan ekspo jualan yang menjual Hadiah disampaikan oleh Encik Razlan
makanan, minuman, pakaian dan barangan Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah
lain serta pameran seni kreatif oleh pelajar (Pendidikan) MARA. Turut hadir, Encik Abd
MRSM. Manab Abdul Majid, Pengarah Bahagian
Sementara itu, Badan Permuafakatan Pendidikan Menengah MARA, YBhg. Dato’
Pendidikan MARA Malaysia turut Sayed AlFeizal Sayed Ahmad, Presiden
menyokong MMF dengan menganjurkan Muafakat MARA Malaysia, Encik Mohd
MRSM Got Talent (MGT). Fadzli bin Yusof, Presiden Ansara dan Encik
Mohamad Fadzil Shari, Penerbit MMF.

MGT program yang berbentuk hiburan MMF diteruskan dengan acara kemuncak
terkawal bagi mencungkil bakat pelajar- Grand Konsert pada jam 8 malam.
pelajar daripada 55 buah Maktab Rendah ANSARA menampilkan barisan alumni
Sains MARA, 4 buah Kolej MARA dan 6 buah MRSM yang telah memainkan lebih 30 buah
Kolej Profesional MARA di seluruh negara. lagu dan istimewanya beberapa alumni
Program ini bertujuan untuk membina yang bergelar Ketua Pegawai Eksekutif
keyakinan dan ketrampilan pelajar-pelajar (CEO) daripada syarikat-syarikat gergasi
MARA khasnya di samping melahirkan telah bersetuju untuk turut membuat
generasi yang serba boleh dan kreatif. persembahan.

Keputusan akhir menyaksikan Kolej MARA MMF dijangka akan menjadi acara tahunan
Seremban (Indera Mestika) dinobatkan mereka.
sebagai juara kategori kolej dengan

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 31

“SEMAI KASIH RAIKAN CINTA” SEDIA
PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2022
- Program Semai Kasih Raikan Cinta
merupakan Festival Pengantin dan
Usahawan yang dianjurkan oleh Pejabat
MARA Negeri Wilayah Persekutuan sedang
berlangsung di Medan MARA, Kuala Lumpur
bermula 28 hingga 30 Oktober 2022.
Program yang disempurnakan oleh YB
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti
Datuk Panglima Haji Mohd Dun itu berjaya
menghimpunkan seramai 36 vendor yang
menyediakan pakej perkahwinan lengkap
dan menarik.
Program yang diadakan di Medan MARA
ini juga bagi mempromosikan pusat
perniagaan yang sememangnya terkenal
dalam bidang jahitan selain menghimpun,

32 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

Turut hadir YBhg. Datuk Syed Azmi Ahmad
Bin Syed Nazir Ahmad, Ahli Majlis MARA
serta Ahli Pengurusan MARA.
Penganjuran Program seumpama ini
sekaligus merancakkan industri gaya hidup
yang menjadi salah satu bidang fokus utama
MARA.
Jom datang beramai-ramai memeriahkan
Festival Pengantin dan Usahawan 2022
“Semaikan Kasih Raikan Cinta” bertempat
di Medan MARA, Kuala Lumpur bermula 28
hingga 30 Oktober 2022.
memperkenal dan mempromosikan
pengusaha luar termasuk penyewa premis
perniagaan MARA khususnya dalam bidang
jahitan, produk perkahwinan di bawah satu
bumbung.
Pelbagai aktiviti dan tawaran menarik
diadakan sepanjang program ini
berlangsung seperti pertandingan gubahan
hantaran perkahwinan dan bunga tangan,
seminar perkahwinan, pakej perkahwinan
seperti katerer, cenderahati, pereka fesyen,
fotografi dan videografi serta banyak lagi.

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 33

KAMI DENGAR, KAMI BANTU -
KAUNSELOR MARA TERUS KOMITED
MEMUPUK KESEJAH TERAAN EMOSI
WARGA KERJA MARA

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2022 - Isu
kesihatan mental di kalangan masyarakat
semakin meruncing dan perlu ditangani
bersama terutama dari golongan khidmat
nasihat profesional serta melalui sokongan
psikososial yang betul. Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) melalui portal
rasminya, kesan buruk dari kesihatan mental
yang di luar kawalan dan tahap stress yang
melampau kini menduduki tangga ke dua
sebagai penyakit berisiko membawa maut
selepas penyakit jantung. Keprihatinan
dan cakna dalam mengenali simptom awal
kemurungan yang menyumbang kepada
tindakan dan tingkah laku membahayakan
diri perlu dikenal pasti dengan lebih awal.

34 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

Unit Kaunseling di Bahagaian Sumber Bulan Kaunseling MARA 2022 menghargai
Manusia (BSM), bertanggungjawab dan meraikan sumbangan dan dedikasi oleh
mengawal selia jentera kekuatan 160 orang kaunselor MARA dari pelbagai kategori
kaunselor berdaftar di seluruh pusat MARA dan bidang dengan IKM Kuching, Sarawak
bagi memupuk kesedaran dan kesimbangan mengungguli Pusat Kaunseling Terbaik
emosi warga kerja MARA pada tahap sihat dan IKM Johor Bahru, Johor sebagai Unit
psikologi optimum. Bimbingan & Kaunseling Terbaik. Manakala
Persatuan Kaunseling dan Psikologi kaunselor terbaik dianugerahkan kepada
MARA Malaysia (PEKAMARA) dan Ahli Puan Nor Shadira Jamaluddin dari Kolej
Pembimbing Rakan Sekerja AKRAB Profesional (KPM) Bandar Penawar, Johor.
(Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Anugerah Rakan Pembimbing Perkhidmatan
Bestari) telah memainkan peranan penting Awam melalui inisiatif ARKAB, MARA
sebagai jambatan muhibbah kepada turut mengiktiraf mereka yang bukan dari
mereka yang memerlukan khidmat nasihat golongan kaunselor berdaftar mahupun
dan bantuan kaunseling. Pelbagai inisiatif bertugas sebagai kaunselor namun dilihat
telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022 berpotensi dalam menyumbang khidmat
dengan 12 inisiatif psiko pendidikan dan 260 nasihat kepada rakan sekerja.
sesi bimbingan kausneling melalui lebih dari Slogan Bulan Kaunseling MARA 2022, “Emosi
50 aktiviti kesedaran kaunseling di seluruh Sejahtera, Hidup Bahagia - Kami Dengar,
negara. Kami Bantu” ini menyaksikan seramai 130
Sumbangan tanpa penat lelah oleh kaunselor orang kaunselor dari seluruh pusat MARA
MARA dalam memastikan ekosistem hari ini terus meletakkan iltizam dengan
psikologi agar terus seimbang diiktiraf dan penuh kesungguhan dan komitmen padu
diberikan penghargaan dalam sebuah majlis dalam memastikan keharmonian kesihatan
Sambutan Bulan Kaunseling MARA Tahun mental dan kesejahteraan psikososial
2022, hari ini oleh Ketua Pengarah MARA, seluruh warga MARA terus terpelihara dan
YBhg. Dato’ Azhar Abdul Manaf. seterusnya mampu mengekalkan keazaman
mereka dalam melaksanakan amanah dan
matlamat MARA.

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 35

LAIN DARIPADA diperlukan oleh pemain-pemain industri negara masa
YANG LAIN kini dan juga akan datang.”
TETAPI HEBAT Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis
Podium Perdana Siswa Kolej Profesional MARA (KPM
dan Kolej MARA (KM) 2022 yang berlangsung di Seri
Chendana Ballroom & Cafe Ayer Keroh.
Majlis anugerah ini adalah satu pengiktirafan daripada
Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA yang diberikan
kepada 64 pelajar daripada 16 kategori dan 7 anugerah
yang telah dipertandingkan bagi mereka yang telah
mencapai prestasi cemerlang dalam bidang kokurikulum
di peringkat kolej, kebangsaan dan juga antarabangsa.

AYER KEROH, 29 Oktober 2022 – Timbalan
Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Encik
Razlan Samsuri mahukan pelajar Institusi
Pendidikan MARA (IPMA) memberi saingan
yang hebat kepada graduan di luar sana
bukan sahaja dari aspek intelektual tapi
dalam apa jua kemahiran insaniah.
“MARA sentiasa optimis dalam memastikan
graduan IPMA untuk menjadi aset kepada
pembangunan negara.
Bagi memastikan keunggulan kejayaan
graduan IPMA, amat penting bagi MARA
untuk memastikan pendidikan yang
disediakan sentiasa seiring dengan
pembangunan karakter berkaliber yang

36 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

Antara kejayaan dan penyertaan yang
diperolehi adalah program Debat IPMA 2022,
Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT)
s 2022, Karnival Sukan MARA (KASUKMA)
M 2022, Konvensyen Persatuan Siswa Niaga
(KONSISMA) 2022 dan Pertandingan “We
Love We are 2022”.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada
n semua penerima-penerima anugerah.
Semoga kejayaan anda pada hari ini menjadi
pendorong kepada rakan-rakan yang lain
m pada masa akan datang.

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 37

MARA SANTUNI
KOMUNITI
ORANG ASLI

KUALA PILAH, 30 Oktober 2022 - Komuniti
Kampung Guntur dan Kampung Chergun
menjadi lokasi pilihan MARA Negeri Sembilan
bagi menjayakan program ‘Melestarikan
Pendidikan Komuniti Orang Asli bersama
MARA.’
Program kolaborasi antara Pejabat MARA
Negeri Sembilan bersama Jabatan Kemajuan
Orang Asli (JAKOA) ini turut melibatkan

38 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

Kolej Poly-Tech (KPTM) , Maktab Rendah penglibatan komuniti orang asli dalam
Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang, Rural keusahawanan. Mereka mengeluarkan
Capital Berhad (RCB), PUSPANITA MARA produk yang menarik dan berpotensi bagi
dan U.N.I Klinik di negeri tersebut. meningkatkan ekonomi dan pendapatan
Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya mereka.
malam kesenian dan kebudayaan yang Turut hadir YBhg. Datin Zuriati binti Yusoff,
mempersembahkan pertukaran budaya Pengerusi PUSPANITA MARA,YBhg. Datin
orang asli dan masyarakat luar telah Munirah binti Md Ali, Timbalan Pengerusi
menarik minat mereka untuk turut serta PUSPANITA MARA serta Puan Rohayah
dalam aktiviti itu. binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah
Selain itu, taklimat pendidikan berkaitan (Khidmat Pengurusan) MARA.
Institusi Pendidikan MARA (IPMA) turut di
adakan bagi berkongsi informasi kepada
pelajar tingkatan 4 dan 5 dalam komuniti
orang asli. U.N.I Klinik juga menyediakan
perkhidmatan rawatan kesihatan percuma
dari rumah ke rumah di kedua-dua
perkampungan orang asli tersebut.

Sumbangan berbentuk wang tunai serta
barangan keperluan asas kepada 100 pelajar
dan 136 keluarga bernilai keseluruhan
sebanyak RM16,800.00 turut disampaikan
oleh pihak Yayasan Pelajaran MARA (YPM),
RCB dan PUSPANITA.

PUSPANITA MARA yang turut serta dalam
program ini amat berbangga melihat

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 39

SOROTAN MAJLIS PERASMIAN
PENUTUPAN PROGRAM MINI KUD @
PADANG TERAP, KEDAH

KUALA NERANG, 30 Oktober 2022 -
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
(KPLB) telah melaksanakan Mini Karnival
Usahawan Desa (KUD) @ Padang Terap
selama tiga hari iaitu bermula 27 hingga
29 Oktober 2022. Pelbagai acara telah
dijalankan termasuk gerai jualan usahawan
dan pameran daripada agensi kerajaan.
Majlis Perasmian Penutupan Program Mini
KUD telah berlangsung pada 29 Oktober
2022 dan disempurnakan oleh Menteri
Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Seri
Mahdzir Bin Khalid.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah MARA,
Dato’ Azhar bin Abdul Manaf serta
Pengurusan KPLB dan agensi bawahnya.

40 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 41

KOSPEN WOW
PASTIKAN
WARGA
KERJA SIHAT
DAN KEKAL
PRODUKTIF

SEREMBAN, 29 Oktober 2022 - Program
Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN)
yang dianjurkan Pejabat MARA Negeri
Sembilan pada 28 Oktober 2022 merupakan
satu inisiatif bagi memastikan kesihatan
menjadi keutamaan dalam melahirkan
pekerja yang sihat dan produktif.

KOSPEN WOW, (wellness of workers)
merupakan progam kerjasama dengan
PUSPANITA MARA dijadual akan dilaksana
secara berkala dengan menawarkan
pemeriksaan kesihatan seperti tekanan
darah, bacaan gula, indeks pengiraan BMI
dan lain-lain bagi membantu warga kerja
khususnya di Pejabat MARA Negeri untuk
mengekalkan kesihatan pada tahap terbaik.

YBhg. Datin Zuriati binti Yusoff, Pengerusi COVID 19 disamping mengadakan promosi
PUSPANITA MARA, meluangkan masa hadir produk di kalangan ahli PUSPANITA yang
ke Program KOSPEN WOW diiringi oleh lain.
YBhg. Datin Munirah binti Md Ali, Timbalan Antara premis yang dikunjungi di Seremban
Pengerusi PUSPANITA MARA serta Puan Plaza, Bella Fashion Solution dan Lunatree
Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua yang menjalankan perniagaan di bawah
Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA. kluster gaya hidup (Lifestyle). Usahawan
Dalam masa yang sama, ahli-ahli PUSPANITA Wanita ini merupakan dua (2) daripada
MARA turut membuat kunjungan ke premis enam (6) buah premis yang menjalankan
perniagaan usahawan Wanita di Seremban perniagaan di bawah cluster tersebut.
Plaza, Negeri Sembilan bagi meninjau
operasi perniagaan selepas pandemik

42 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

Ahli-ahli PUSPANITA seterusnya Emas Nur Jannah yang telah beroperasi
mengadakan lawatan ke Kedai Emas Nur di Kuala Pilah dan Sandakan, Sabah akan
Jannah di Kuala Pilah yang diusahakan membuka dua lagi cawangan di Senawang
oleh Encik Mohd Fairuz Kurcheri@Huzairi dan Kuantan yang dijangka beroperasi
yang merupakan salah seorang penerima sebelum hujung tahun ini.
kemudahan pembiayaan MARA. Kedai

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 43

MARA LAHIRKAN 645 USAHAWAN
KATEGORI PLATINUM DENGAN NILAI
JUALAN TAHUNAN RM3.5 BILION

PUTRAJAYA, 31 Oktober 2022 - Majlis usaha melahirkan lebih ramai usahawan
Amanah Rakyat (MARA) berjaya melahirkan yang kompeten dan berdaya saing.”
645 usahawan yang dikategorikan Beliau berkata demikian dalam ucapan
Usahawan Platinum dengan nilai jualan sempena Majlis Anugerah Usahawan MARA
tahunan mereka mencecah RM3.5 bilion. (AURA) 2021-2022 di sini hari ini.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Jelas Mahdzir, sejak Covid-19 melanda
Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, usahawan negara, MARA telah melaksanakan pelbagai
tersebut juga berjaya menyediakan 21,457 program bagi membantu usahawan untuk
peluang pekerjaan. memastikan kelangsungan perniagaan
“MARA juga bertindak sebagai penggerak usahawan di bawahnya.
utama memimpin usahawan Bumiputera Antara inisiatifnya termasuk pengecualian
daripada hanya menjadi Regional Champion bayaran sewa dan kadar bayaran sewaan
kepada Global Champion. premis MARA hanya 30 peratus yang
MARA sentiasa mencari peluang dan melibatkan 5,971 penyewa.
kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, “Tahun lalu, impak Covid-19 hanya
kementerian, pihak swasta, pemain industri melibatkan 3 peratus sahaja usahawan
dan juga badan bukan kerajaan (NGO) dalam

44 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 45

46 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

yang menutup operasi perniagaan. Proses Tambah Mahdzir, program keusahawanan
kebangkitan semula usahawan ini turut MARA turut dilengkapi ekosisten sewaan
disokong dengan penyaluran peruntukan lot-lot perniagaan kepada usahawan.
tahun 2022 berjumlah RM398.5 juta. Setakat ini sejumlah 6,680 daripada
Sehingga bulan lalu, seramai 12,812 keseluruhan 7,317 lot perniagaan MARA
usahawan telah menerima manfaat diisi oleh usahawan dengan janaan sewaan
kemudahan yang disediakan dengan jumlah tahunan lebih RM1 bilion.
kelulusan permohonan sebanyak RM464
juta.”

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 47

48 e-KOMPILASI OKTOBER 2022

Sementara itu, 19 usahawan bimbingan melancarkan e-buku ‘Usahawan Platinum
MARA menerima pengiktirafan dan MARA’ yang mengandungi senarai kompilasi
penghargaan pada Majlis AURA 2021/2022 usahawan jutawan MARA.
menerusi 19 kategori melibatkan 247 Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk
pencalonan. Ramlan Harun, Pengerusi MARA, Datuk
Antara kategorinya, Anugerah Kekal Seri Azizah Mohd Dun dan Ketua Pengarah
Cabaran, Ikon Usahawan Global, Anugerah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.
Khas Keusahawanan Sosial, Jenama Terbaik
dan Tokoh Usahawan.

“Skop penganugerahan kali ini lebih luas
berbanding penganjuran lepas yang
membolehkan kita menerima lebih banyak
penyertaan daripada kategori berbeza.

Anugerah ini merupakan satu platform untuk
mereka terus menyerlahkan jenama ke
tahap yang lebih baik dan bersaing dengan
pemain industri yang lain,” kata Mahdzir.

Pada majlis yang sama, Mahdzir turut

e-KOMPILASI OKTOBER 2022 49

www.fb.com/majlisamanahrakyat
www.instagram.com/majlisamanahrakyat
www.twitter.com/maragov
www.youtube.com/c/mupdates
t.me/majlisamanahrakyat
www.tiktok.com/@majlisamanahrakyat

50 e-KOMPILASI OKTOBER 2022


Click to View FlipBook Version