The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OGOS 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Amanah Rakyat, 2022-09-08 05:06:15

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OGOS 2022

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OGOS 2022

MRSM Mukah, MRSM Kuching, MRSM
Betong, IKM Kuching dan IKM Bintulu di Majlis
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
yang diadakan bagi menghargai anggota
kerja yang telah memberi perkhidmatan
cemerlang pada tahun 2021.
“Sekalung tahniah saya ucapkan kepada
semua yang dipilih. Semoga dengan
pengiktirafan ini akan terus menyuntik
semangat serta mencetus inspirasi kepada
anggota kerja MARA yang Iain.”
“Saya menyeru agar semua anggota kerja
MARA sentiasa melengkapkan diri dengan
ilmu pengetahuan dan peka terhadap
perkembangan teknologi dalam era digital
kini.
Penguasaan teknologi digital ini merupakan
kunci untuk sesebuah organisasi mengatasi
batasan produktiviti sekaligus meningkatkan
pencapaian prestasi,” katanya.
Datuk Haji Hasbi turut menyatakan hasratnya
agar seluruh warga kerja MARA terus
memberi komitmen dan mempersiapkan diri
dengan kemahiran-kemahiran baharu demi
mengangkat perkhidmatan organisasi ke
peringkat antarabangsa.

e-KOMPILASI OGOS 51

MARA JALIN KERJASAMA BANGUNKAN
PROJEK MOTOSIKAL JENAMA TEMPATAN

SHAH ALAM, 23 Ogos 2022 – Satu lagi Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian
jenama motosikal keluaran tempatan bakal Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk
memasuki pasaran pada suku ketiga tahun Ramlan Harun, Ketua Pengarah MARA,
depan. Datuk Azhar Abdul Manaf, Pengerusi MARA
Ia hasil projek usahasama antara Majlis Corporation, Senator Datuk Othman Aziz
Amanah Rakyat (MARA) dan syarikat AFY dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan AFY
Mobility Industries Sdn. Bhd (A.M.I) yang Mobility Industries Sdn Bhd, Mohd Faez Tan
diberi nama Projek AM-2. Sri Yahaya.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Tambah Datuk Seri Mahdzir, kerjasama itu
Seri Mahdzir Khalid berkata, kerjasama itu juga bakal membuka peluang penempatan
membawa MARA selangkah lagi ke hadapan latihan industri kepada pelajar-pelajar TVET
khususnya dalam teknologi dan industri MARA. Ia menerusi latihan praktikal yang
permotoran nasional. dikendali secara langsung oleh tenaga pakar
A.M.I dengan konsep “Teaching Factory”.

“Kita sedar masa hadapan industri motosikal “Kerjasama dari aspek penyelidikan telah pun
sedang meningkat naik seiring dengan bermula dengan membangunkan Product
perkembangan ekonomi gig. Development Centre untuk tujuan Research
Saya yakin Projek AM-2 ini bakal memberi And Development (R&D). Kerjasama ini
impak positif kepada industri dan juga adalah gabungan kepakaran dari pasukan
MARA selaras dengan visi dan aspirasi R&D A.M.I dan German-Malaysian Institute
kementerian dalam memperkasakan (GMI).”
ekonomi Keluarga Malaysia.” Beliau berkata Kerjasama itu juga akan membantu
demikian pada sidang media selepas Majlis mempercepatkan lagi proses pembangunan
Pelancaran Projek Pembangunan Motosikal vendor dan tenaga kerja mahir serta
Jenama Tempatan AM-2 di sini hari ini. penyelidikan dan pembangunan (R&D di
peringkat MARA. Selain itu, kerjasama

52 e-KOMPILASI OGOS

turut merangkumi pelaburan strategik “Saya berharap dengan sokongan padu
bagi membangunkan jenama dan hub daripada pihak kementerian dan MARA
pengeluaran motosikal Malaysia untuk dalam Projek Pembangunan Motosikal ini
pasaran rantau Asia Pasifik dan domestik. dapat merealisasikan objektif syarikat kami
Turut diberi tumpuan, pembangunan vendor untuk mengangkat nama Malaysia dalam
dan usahawan Bumiputera yang secara industri dua roda,” katanya.
tidak langsung akan membuka peluang
pekerjaan kepada rakyat tempatan. “Sejak
tahun 2017, seramai 60 pelatih GIATMARA
telah menjalani latihan industri di A.M.I dan
masih berterusan hingga ke hari ini.

Saya berharap program penempatan
latihan industri ini dapat diteruskan bagi
menyokong peningkatan kebolehpasaran
graduan TVET MARA”, kata Datuk Seri
Mahdzir.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif
Kumpulan A.M.I, Ahmad Faez berkata,
usahasama A.M.I dan MARA itu bakal
mencipta satu dimensi baharu dalam industri
pembuatan motosikal di negara ini yang
melibatkan kepakaran pelajar TVET MARA
dan pembangunan vendor Bumiputera.

e-KOMPILASI OGOS 53

PENGLIBATAN KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2022 -
PELATIH Penglibatan GIATMARA dalam dunia
GIATMARA permotoran sudah tidak asing lagi.
DALAM SUKAN Kepakaran mereka untuk terlibat dalam
PERMOTORAN bidang teknikal perlumbaan telah diiktiraf
NEGARA dan diterima sejak tahun 2015 lagi.
DIIKTIRAF GIATMARA berjaya menghasilkan lepasan
pelatih yang berjaya menyertai pasukan
54 e-KOMPILASI OGOS lumba motosikal Moto 3 di peringkat dunia.
Saudara Muhammad Firdaus bin Mokhadzir
lepasan GIATMARA Subang telah menjadi
sebahagian pasukan mekanik yang
berpengkalan di Eropah. Setelah 2 tahun
berkelana di bumi Sepanyol, Firdaus kini
tidak kekok dengan tugasan yang diberikan.
Tidak kira perlumbaan kereta mahupun
motosikal, GIATMARA sentiasa memberi
sokongan dan membuka peluang kepada
pelatih-pelatih untuk melaksanakan tugasan
sebenar di samping mempraktikkan apa
yang telah dipelajari di dalam kelas.
Kini, sekali lagi kepakaran GIATMARA
ditagih untuk menyertai pasukan
teknikal PETRONAS Malaysian Cub Prix
Championship 2022. Seramai dua orang
pelatih dan seorang tenaga pengajar dari
GIATMARA Batu telah dipilih sebagai krew
teknikal pada pusingan ini yang berlangsung
di Litar Antarabangsa Sepang.

Abdul Aziz bin Nazarudin dan Muhammad yang mendapat lima tempat teratas akan
Fatra Haziq bin Mohammad Kamal, pelatih diperiksa dari aspek teknikal agar mematuhi
Kursus Teknologi Motosikal & Teknologi peraturan perlumbaan.
Motosikal Kuasa Tinggi berasa bertuah Sekiranya terdapat modifikasi yang
kerana diberi peluang dengan tugasan yang melanggar peraturan, pelaporan lengkap
mencabar ini. akan dibuat dan penyertaan jentera
Segala ilmu yang dipelajari di GIATMARA boleh dibatalkan. Penglibatan GIATMARA
diaplikasikan sebaik mungkin. Dengan dalam PETRONAS Malaysian Cub Prix
pemantauan oleh tenaga pengajar mereka Championship memberi impak yang sangat
Encik Ahmadun Ahad bin Ismail, semua positif kepada pelatih dan tenaga pengajar.
tugasan teknikal dapat dilaksanakan Tugasan yang dibuat selari dengan modul
mengikut panduan dan standard yang ketat pembelajaran di dalam kelas.
oleh penganjur. Di samping kemahiran teknikal, pelatih
Mereka bertugas selama tiga hari bermula dapat mengasah skil berkomunikasi apabila
5 hingga 7 Ogos 2022 sebagai pembantu berinteraksi dengan pelumba dan rakan
teknikal dan diberi kepercayaan untuk krew yang lain.
membuat pemeriksaan dan pengesahan
keselamatan jentera.

Jentera perlumbaan akan diperiksa agar
mematuhi tahap keselamatan yang layak
untuk dipertandingkan. Sekiranya jentera
perlumbaan tidak memenuhi piawaian,
akan dikira ‘disqualified’. Pelaporan lengkap
dibuat oleh mereka dan disahkan oleh
penganjur.

Peringkat seterusnya ialah membuat
pemeriksaan jentera selepas perlumbaan
kelayakan dan perlumbaan sebenar. Jentera

e-KOMPILASI OGOS 55

BANGGA KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2022
MENJADI - Perjuangan yang diakhiri dengan
WARGA KERJA kemenangan pastinya memberi kepuasan.
MARA Itulah yang dirasai oleh 21 orang warga kerja
MARA apabila menerima ijazah masing-
56 e-KOMPILASI OGOS masing sempena Majlis Konvoksyen UniKL
ke 17 dan 18 Ogos 2022.

Mereka daripada lulusan Bachelor of
Engineering Technology (Hons) in
Automotive Maintenance terdiri daripada
Penolong Pegawai Latihan Vokasional
yang sedang berkhidmat di Bahagian
Kemahiran Teknikal (BKT), Bahagian Industri
Pengangkutan (BIP), Kolej Kemahiran Tinggi
MARA (KKTM) dan Institut Kemahiran MARA
(IKM).

Warga kerja ini merupakan kumpulan
pertama daripada lima (5) program
Flexilearn UNIKL melalui MARA Talent
Development Programme, satu program
yang menyokong rasionalisasi Pendidikan
Teknikal dan Vokasional sejajar dengan
Pelan Strategik MARA melalui peningkatan
akademik pegawai MARA dalam bidang
pengkhususan Bachelor of Mechanical
Engineering Technology (Machine
Manufacturing), Bachelor in Engineering Air-
Conditioning and Industrial Refrigeration,
Bachelor of Electronic Engineering

Technology dan Bachelor of Computer katanya lagi sambil ditemani isteri dan anak-
Engineering Technology (Computer anak.
System). Program pengajian separuh masa bagi
Pelbagai cabaran dihadapi oleh mereka meningkatkan kemahiran dan ilmu antara
sepanjang bergelar pelajar separuh warga kerja MARA amatlah penting bagi
masa, terutama dalam pembahagian dan memastikan peningkatan hasil kerja bagi
pengurusan masa antara keluarga, kerjaya mencapai sasaran dan menepati jangkaan
dan pengajian. pelanggan. MARA turut mengambil inisiatif
Kesukaran ini turut dikongsi oleh Encik dengan memperuntukkan RM3.5 juta
Ahmad Jasni bin Ismail dari BKT yang pada 2022 bagi latihan dan pembangunan
pernah mengalami penyakit angin ahmar pegawai merangkumi 450 kursus berbentuk
ringan ketika menjalankan tugas dan pada generik dan fungsian bagi memastikan
ketika itu juga masih bertungkus lumus anggota kerjanya dilengkapi dengan ilmu
dalam pengajian beliau. pengetahuan dan kemahiran yang terkini.

“Saya amat bersyukur atas sokongan
ahli keluarga terutama isteri, anak-anak
dan rakan kerja yang banyak memberi
semangat dan membantu saya ketika dalam
proses penyembuhan dari angin ahmar dan
membantu memahami semula kuliah dan
pengajian yang tertinggal sejak saya jatuh
sakit” ujar Jasni dalam nada sebak.

“Hari ini saya sudah boleh menarik nafas
bangga kerana tidak menjangka akhirnya
saya berjaya berjalan di atas pentas untuk
menerima ijazah. Ini akan menguatkan lagi
semangat saya untuk terus menyumbang
dan melakukan yang Terbaik untuk MARA”

e-KOMPILASI OGOS 57

PROGRAM POWER BANTU USAHAWAN
OKU KE ARAH PENDIGITALAN
PERNIAGAAN

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2022 - Majlis pembiayaan serta penyewaan premis
Amanah Rakyat (MARA) hari ini melancarkan perniagaan.
Program Pemerkasaan Usahawan Orang “Untuk fasa awal ini, MARA akan lengkapi
Kurang Upaya (POWER) bagi membantu mereka dengan ilmu pendigitalan
usahawan OKU mendalami pendigitalan perniagaan kerana kita sedar sejak negara
perniagaan melalui kursus E Commerce dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lepas,
Marketing. trend perniagaan berubah secara dalam
Pengerusi MARA, YB Datuk Seri Panglima talian.
Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima
Haji Mohd Dun berkata, program yang
turut mendapat kerjasama daripada
Jabatan Pembangunan Orang Kurang
Upaya (JPOKU) ini fokus dalam memberi
lebih banyak ruang dan peluang untuk
memastikan OKU terlibat di dalam agenda
pembangunan negara.

Tambah beliau, golongan ini akan
dibantu melalui ekosistem keusahawanan
MARA yang lengkap dan menyeluruh
meliputi latihan keusahawan, kemudahan

58 e-KOMPILASI OGOS

“Saya dimaklumkan, seramai 22 orang “Secara kumulatifnya sejak tahun 2013,
peserta OKU yang telah dipilih oleh MARA MARA telah menyalurkan peruntukan
dengan kerjasama pihak Jabatan Kebajikan sebanyak RM7.16 juta yang memberi
Masyarakat (JKM) telah melaksanakan manfaat kepada seramai 424 usahawan
Kursus E-commerce Marketing bermula OKU meliputi latihan keusahawanan dan
pada 22 hingga 23 Ogos 2022,”katanya. kemudahan pembiayaan,”katanya.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah ditemui Komitmen berterusan MARA dalam
selepas melancarkan Program POWER memastikan penglibatan golongan OKU
yang turut dihadiri oleh 70 orang peserta dalam bidang keusahawanan sejajar dengan
OKU di Swiss Garden Hotel semalam. pengagihan ekonomi yang adil, saksama
Pada masa yang sama, Datuk Seri Panglima dan insklusif untuk masyarakat termasuk
Hajah Azizah turut mengumumkan golongan tersebut.
peruntukan tambahan berjumlah RM1.5
juta lagi pada tahun ini untuk Program
Pembangunan Usahawan OKU yang
merangkumi latihan keusahawanan dan
kemudahan pembiayaan perniagaan.

e-KOMPILASI OGOS 59

DIRECTORS DEVELOPMENT PROGRAMME
KEPADA AHLI LEMBAGA PENGARAH
SYARIKAT SUBSIDIARI DAN PERBADANAN
MARA

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2022 – MARA Pembangunan & Perkhidmatan
telah menganjurkan Directors Development Perundangan, Suruhanjaya Syarikat
Programme di Ibu Pejabat MARA, Kuala Malaysia (SSM) dan Puan Ng Seh Fern,
Lumpur yang telah dihadiri seramai 77 Penolong Pesuruhjaya, Suruhanjaya
peserta di kalangan Pengerusi, Ahli Lembaga Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Manakala kemuncak program ialah
Syarikat Subsidiari dan Perbadanan MARA Leadership Development Talk oleh YBhg.
serta pegawai-pegawai MARA. Tan Sri Abdul Wahid bin Omar, Pengerusi
Program ini merupakan salah satu Bursa Malaysia Berhad.
inisiatif pembangunan kepimpinan bagi
memperkukuhkan kompetensi Ahli Lembaga YBhg. Tan Sri Abdul Wahid bin Omar
Pengarah, memberi pendedahan mengenai berkongsi mengenai pengalaman
kewajipan dan tanggungjawab fidusiari kepimpinan beliau dalam dunia korporat,
Pengarah Syarikat termasuk Pengarah kelestarian organisasi dan komitmen
Nomini berdasarkan Akta Syarikat 2016, global terhadap Environmental, Social and
memahami peruntukan Seksyen 17A Akta Governance (ESG). Beliau turut menekankan
SPRM 2009 dan meningkatkan kesedaran mengenai keperluan memilih pemimpin
mengenai amalan tadbir urus korporat yang tepat untuk menerajui organisasi,
yang baik yang perlu dilaksanakan serta kepentingan mewujudkan leadership
dibudayakan di peringkat subsidiari dan succession and talent development plan
perbadanan MARA. serta mengambil kira elemen kepelbagaian
Penceramah jemputan adalah Puan yang merupakan kekuatan kepada
Ravinderjit Kaur, Pengurus Bahagian sesebuah organisasi.

60 e-KOMPILASI OGOS

e-KOMPILASI OGOS 61

KEDAI EMAS NUR JANNAH BERJAYA
KEKAL PERNIAGAAN DALAM TEMPOH
PANDEMIK

KUALA PILAH, 26 Ogos 2022 – Encik Mohd Mohd Fairuz berkata, pada awal
Fairuz Kurcheri @ Huzairi mampu menarik penubuhannya, perniagaan ini beroperasi di
nafas lega setelah berjaya mempertahankan kedai yang disewa dan mempunyai hanya 4
perniagaannya dengan prestasi perniagaan kilogram (kg) stok emas untuk dijual serta
yang baik dalam tempoh negara dilanda beroperasi dengan kekuatan anggota kerja
pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu. seramai 6 orang.

Kedai Emas Nur Jannah menjual emas “Alhamdulillah, kini jumlah stok emas di kedai
916 yang berkualiti serta menawarkan telah mencecah hampir 40 kg bersamaan
perkhidmatan mencuci, membaiki serta dengan nilai RM10.4 juta dan beroperasi
menempah emas. Selain jualan di kedai, dengan 25 orang pekerja yang terdiri
syarikat ini juga menggunakan platform daripada akauntan, juruaudit, pengurusan
perniagaan secara dalam talian seperti operasi, jurujual dan tukang emas. Syarikat
Facebook, Instagram dan Telegram bagi juga telah berjaya membeli lot kedai yang
meluaskan lagi pasaran produk ke luar. dirasmikan semalam,” katanya.

Perniagaan yang diusahakan sejak tahun Kejayaan yang dikecapi oleh Mohd Fairuz
2015 itu semakin mendapat tempat di hari ini bukanlah hasil titik peluhnya sendiri,
hati peminat barangan perhiasan emas malahan mendapat sokongan yang padu
terutamanya di kalangan wanita, apatah daripada ahli keluarga, sahabat perniagaan
lagi kini kedai tersebut tampil dengan imej serta pelbagai agensi kerajaan termasuk
yang lebih moden dan eksklusif. Majlis Amanah Rakyat (MARA).

62 e-KOMPILASI OGOS

“Terima kasih MARA kerana banyak tempatan ditawarkan bekerja di syarikat
membantu saya mengembangkan tersebut.
perniagaan. Syarikat saya bukan hanya Majlis perasmian Kedai Emas Nur Jannah
menerima kemudahan pembiayaan, malahan telah disempurnakan oleh Pengerusi MARA,
turut menerima geran peningkatan dan YB Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti
pendigitalan selain khidmat nasihat daripada Datuk Panglima Haji Mohd Dun pada 25
Pegawai MARA Daerah berhampiran. Ogos 2022.
Selain diberikan taklimat oleh pemilik
“Jika sebelum menerima kemudahan MARA, kedai, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah
syarikat ini hanya mencapai nilai jualan turut dibawa melawat sekitar kedai serta
tahunan sebanyak RM9.5 juta, tetapi pada melihat sendiri proses rekaan emas yang
tahun lepas syarikat telah melonjakkan nilai dikendalikan oleh salah seorang pekerja
jualan ke RM60 juta setahun,” katanya lagi. yang berkemahiran.
“Kedai Emas Nur Jannah merupakan salah
Kedai Emas Nur Jannah yang telah sebuah syarikat milik Bumiputera di bawah
beroperasi di Kuala Pilah dan Sandakan bimbingan MARA yang telah berjaya
Sabah akan membuka dua cawangan kedai mengembangkan perniagaan dalam bidang
di Senawang dan Kuantan sebelum hujung gaya hidup. Saya mahu MARA melahirkan
tahun ini. lebih banyak usahawan berjaya di masa
akan datang dan menjadikan kedai emas Nur
Perniagaan yang dibina ini turut membuka Jannah sebagai inspirasi untuk usahawan
peluang pekerjaan kepada penduduk lain menceburi bidang ini,” kata beliau.
tempatan. Buktinya, seramai 10 orang anak

e-KOMPILASI OGOS 63

MARA PASANG PANEL SISTEM
SOLAR PHOTOVOLTAIK DI INSTITUSI
PENDIDIKANNYA DENGAN KERJASAMA
TNB

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2022 - Majlis “Saya yakin berdasarkan pengalaman dan
Amanah Rakyat (MARA) mengambil langkah kekuatan yang ada pada kedua-dua agensi
pro-aktif dalam melestarikan alam sekitar ini, skop kerjasama yang telah dipersetujui
dengan memasang panel sistem solar dapat dilaksanakan sebaik mungkin.”
photovoltaik bagi menjana tenaga elektrik Beliau berkata demikian pada sidang
bersih di institusi pendidikannya. media selepas Majlis Menandatangani
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Memorandum Persefahaman (MoU)
Datuk Seri Mahdzir Khalid, kerjasama dengan kerjasama MARA dan TNB di ibu negara hari
Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu juga ini.
merangkumi pembangunan infrastruktur Perjanjian kerjasama itu ditandatangani oleh
pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) bagi Ketua Pengarah MARA, YBhg. Datuk Azhar
pengendalian dan pengurusan bas MARA bin Abdul Manaf dan Presiden merangkap
Liner. Ketua Pegawai Eksekutif TNB, YBhg. Datuk
“Kerjasama ini diharapkan dapat menyokong Ir. Baharin bin Din. Turut hadir, Pengerusi
dan memperkukuhkan lagi usaha ke arah MARA, YB Datuk Seri Panglima Hajah Azizah
kelestarian alam sekitar yang holistik untuk binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
menyumbang dalam pertumbuhan industri dan Pengerusi TNB, YBhg. Datuk Sri Hasan
dan ekonomi negara. bin Arifin.

64 e-KOMPILASI OGOS

Kerjasama itu jelas Menteri , sejajar negara di samping memperkukuh kelestarian
dengan Polisi Tenaga Boleh Baharu alam sekitar,” kata Menteri lagi. Sementara
Kebangsaan 2025 di bawah Pihak Berkuasa itu Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan
Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Arifin berkata, pihaknya menyambut baik
Malaysia. kerjasama yang dijalin serta menghargai
Bagi projek pembangunan infrastruktur komitmen MARA dan KPLB dalam agenda
pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) bagi Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan kelestarian
pengendalian dan pengurusan bas MARA alam sekitar.
Liner, satu projek rintis akan dilaksanakan di
Pulau Langkawi menggunakan 4 buah bas
elektrik bagi 4 laluan perkhidmatan untuk
manfaat lebih 68 ribu penduduk.

MOU tersebut turut membabitkan
penyediaan perkhidmatan telekomunikasi
dan akses internet di premis-premis institusi
pendidikan MARA oleh anak syarikat
TNB, Alloy Technology Sdn Bhd. Juga
pembangunan modal insan dengan sasaran
lebih 30 ribu pelajar serta pelatih dalam
bidang TVET yang akan diperkasa di bawah
ekosistem MARA dan TNB.

Selain itu, skop kerjasama itu juga
membabitkan program keusahawanan
sebagai salah satu pencapaian utamanya.

“Saya berharap akan ada lebih ramai lagi
pemain-pemain industri yang akan turut
bekerjasama dengan agensi-agensi di
bawah KPLB dalam usaha kita menyumbang
kepada pertumbuhan industri dan ekonomi

e-KOMPILASI OGOS 65

USIA TIDAK mengikuti pengajiannya. Menurutnya
HALANG KAMI lagi, beliau bersyukur kerana semua
BERJAYA tenaga pengajar memahami keadaannya
dan sentiasa memberi semangat untuk
menghabiskan pembelajarannya.

SEBERANG PERAI, 29 Ogos 2022 - Faktor
usia tidak pernah menghalang dua wanita
untuk menggapai impian dan berjaya dalam
bidang yang diminati meskipun terpaksa
berdepan dengan pelajar lain yang jauh
lebih muda.
Hawati Hassan, 59, yang merupakan warga
emas berstatus orang kelainan upaya
(OKU), berjaya menamatkan pengajian
dalam kursus jahitan pakaian dan fesyen
di GIATMARA Batu Kawan, Pulau Pinang.
Beliau yang mempunyai penyakit arthritis
terpaksa menggunakan tongkat untuk ke
kelas sepanjang pengajian memandangkan
masalah lututnya semakin teruk.
Namun, demi mengejar sebuah cita-cita
untuk memiliki perniagaan sendiri, Hawati
berjaya mendepani rintangan sepanjang

66 e-KOMPILASI OGOS

Hawati yang ditemui di Majlis Graduasi Noraza seronok belajar di GIATMARA
GIATMARA 2022, peringkat negeri Pulau Tanjung di George Town dan turut
Pinang, berazam untuk menceburi bisnes berpeluang bertemu kawan-kawan semasa
pakaian yang akan diusahakan bersama menghadiri kelas jahitan. Siapa sangka di
anaknya kelak. usia 68 tahun, Noraza masih mampu untuk
Hawati antara 686 graduan yang menerima fokus dan menimba ilmu serta dalam masa
sijil pada majlis graduasi yang disempurnakan yang sama dapat memenuhi masa emasnya
oleh Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, dengan membuat perkara yang selari
Dato’ Jabar Azman Jaafar. dengan minatnya.
Sementara itu, bagi Noraza Nayan, Noraza memasang cita-cita untuk
kehidupan selepas bersara perlu dipenuhi memasarkan tudung jahitan sendiri yang
dengan perkara yang bermanfaat dan lebih selesa dengan harga mampu milik.
menggembirakan. Keputusan beliau untuk
mengikuti pengajian dalam kursus yang
sama adalah tepat.

e-KOMPILASI OGOS 67

SENI SILAT BANTU TINGKATKAN IQ DAN
MEMBENTUK SAHSIAH PELAJAR MRSM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2022 – Warisan “Kekangan masa dan kepadatan program
seni silat sejak turun-temurun menjadi akademik maktab tidak menghalang pelajar-
sebuah nilai budaya penting orang Melayu pelajar ini berjaya dalam kokurikulum. Mereka
di nusantara khususnya Malaysia. Berlatih bijak mengurus masa dlm mengimbangi
dan mengamalkan seni persilatan ini amat penglibatan kurikulum dan kokurikulum.
penting untuk memelihara kesihatan rohani Pelajar MRSM juga mampu menunjukkan
dan fizikal. Pelajar-pelajar MRSM didedahkan prestasi silat yang baik walaupun hanya
dengan dunia persilatan untuk membentuk berlatih di saat akhir sebelum pertandingan
sahsiah dan memiliki gaya hidup yang berlangsung.” tambah Cikgu Norrafizan.
sihat agar menjadi seorang insan dalam Cikgu Norrafizan yang pernah menjuarai
masyarakat. pingat perak Acara Ganda Puteri dalam
Srikandi MARA dan bekas juara silat iaitu Asean University Games Surabaya 2004,
Puan Norrafizan Mohklas, guru Pendidikan juara Jurus Wajib Regu dalam Kejohanan
Jasmani dan Pendidikan kesihatan MRSM Silat UUM Sintok, dan kerap memenangi
Alor Gajah menyatakan anak-anak MRSM Acara Tempur (Ganda Puteri) dalam
sememangnya memiliki IQ (intelligence kejohanan lain peringkat Institusi Pengajian
quotient) yang tinggi. Seni silat yang Tinggi (IPT) pada tahun 2002-2005.
didedahkan kepada para pelajar dapat Srikandi ini mula berkecimpung dalam dunia
membantu untuk menjadikan minda lebih silat sejak berusia 14 tahun dengan menyertai
cerdas, proaktif, serta membentuk sahsiah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di
dan jati diri. gelanggang Cikgu Lamsah, Tanjung Karang,

68 e-KOMPILASI OGOS

Selangor. Beliau berlatih melalui beberapa
acara silat bermula dari acara masal, silat
olahraga, solo kreatif, jurus wajib (regu),
ganda dan jurus tunggal.

Berkhidmat sebagai guru MARA di MRSM
Gemencheh dan seterusnya di MRSM
Alor Gajah membuka ruang dan peluang
untuk guru ini meneruskan minat dalam
menyebarkan ilmu silat kepada anak-anak
muda khususnya pelajar MRSM.

Bergelar sebagai seorang guru di MRSM Beliau sangat bersyukur dengan sokongan
memberikan kelebihan untuk mengajar dan dan perhatian dari suami untuk terus
mendidik pelajar dengan ilmu persilatan. mengembangkan bakat. Suaminya, Mohd
Dengan pengalaman menyertai pelbagai Amir Mohd Saliman merupakan pelajar
kategori pertandingan silat menjadikan MARA dari IKM Lumut dan IKM Kuala Lumpur
srikandi ini lebih yakin untuk menceburi bagi tahun 2000-2004 kini bertugas
bidang kejurulatihan dan pengadilan. sebagai juruteknik Chargeman B4 di Scatec
Pengalaman bertugas sebagai wasit juri Solar Jasin. Srikandi MARA ini berharap
MARA, Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia agar dapat terus memberikan sumbangan
Kebangsaan (PSSGMK), PESAKA Melaka mengajar dan mewariskan ilmu persilatan
membawa kepada kejayaan lulus kenaikan kepada anak-anak MARA untuk memelihara
Wasit Juri Kelas 3 Antarabangsa baru-baru agama, bangsa dan negara.
ini. Beliau mengatakan, “Mengaplikasikan
gaya hidup sihat dengan latihan silat
sebagai senaman harian bukan sahaja
dapat mengekalkan tahap kesihatan yang
baik malah berbangga dapat meneruskan
warisan bangsa kita.” ujar Cikgu Norrafizan.

e-KOMPILASI OGOS 69

KEMUDAHAN KEUSAHAWANAN MARA
SOKONG PENINGKATAN JUALAN ZMB (M)
SDN. BHD

SEREMBAN, 29 Ogos 2022 - ZMB (M) Sdn. mengembangkan perniagaan sehingga
Bhd melakar kejayaan dengan peningkatan berjaya ke tahap ini,” ucap Zulkifly.
jualan tahunan sebanyak RM1.6 juta setelah Tambah beliau, rahsia kejayaan syarikat
menerima kemudahan keusahawanan yang boleh dikongsi bersama umum adalah
seperti pembiayaan perniagaan, geran dengan memberikan perkhidmatan terbaik,
peningkatan dan pensijilan serta khidmat terjamin dan berkualiti kepada pelanggan
nasihat daripada Majlis Amanah Rakyat dengan menggunakan alat ganti tulen untuk
(MARA) bahkan turut membuka peluang memastikan kondisi kereta yang di servis
pekerjaan kepada 19 orang penduduk sentiasa berada dalam keadaan baik.
tempatan.

ZMB (M) Sdn. Bhd yang dimiliki oleh “Selain itu, saya juga bangga mempunyai
Encik Zulkifly Mohamed dan Encik Mahfis pekerja yang kompeten dan memiliki sijil
Muhammad menyediakan perkhidmatan kemahiran dan ini memudahkan syarikat
membaik pulih kenderaan dari pelbagai memastikan perkhidmatan yang diberikan
model dan variasi kereta continental adalah Terbaik dan menepati kehendak
dan kenderaan buatan Malaysia ini telah pelanggan.
memulakan operasi perniagaan sejak tahun “Kemahiran pekerja sentiasa dipertingkat
2015. dengan menghantar ke kursus yang
“Saya berterima kasih kepada MARA yang berkaitan,”katanya. Sejak ditubuhkan, ZMB
banyak membantu saya meningkat dan (M) Sdn. Bhd telah mencipta beberapa

70 e-KOMPILASI OGOS

kejayaan antaranya, penarafan tiga (3) Pada hari yang sama, Zulfikri turut
bintang M-Score oleh SME Corp Malaysia, meluangkan masa untuk bersama-sama
menjadi pengedar kepada produk jenama komuniti MARA yang terdiri daripada warga
WURTH keluaran negara German dan kerja MARA Negeri Sembilan serta beberapa
mengamalkan sepenuhnya 5S dalam orang usahawan bagi menyempurnakan
pengurusan bengkel. Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar
Pada 25 Ogos 2022, Timbalan Ketua Jalur Gemilang Peringkat Negeri tersebut di
Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Pejabat MARA Negeri Sembilan.
Zulfikri Osman telah mengadakan lawatan Dalam majlis itu, Zulfikri turut menyampaikan
kerja ke syarikat ini bagi meninjau sendiri sumbangan daripada Rural Capital Berhad
operasi perniagaan syarikat tersebut. bernilai RM5,000.00 kepada 20 keluarga
Zulfikri turut menyatakan rasa bangga asnaf dari sekitar Seremban.
di atas kejayaan syarikat Bumiputera
dalam bidang automotif yang mendapat
kemudahan daripada MARA. Ia membuktikan
kemudahan yang disalurkan MARA memberi
nilai tambah kepada syarikat ini untuk terus
maju.

e-KOMPILASI OGOS 71

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 & 4 2023
MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri
yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti
kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains
MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan
kurikulum kebangsaan dan antarabangsa. Pelajar, ibu bapa, dan penjaga
boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 1 September
2022 hingga 4 November 2022. Pautan permohonan mula dibuka pada
jam 10.00 pagi.

Sila layari Portal Rasmi MARA:
http://www.mara.gov.my

72 e-KOMPILASI OGOS

e-KOMPILASI OGOS 73

ADVERTORIAL

OGOS 2022

74 e-KOMPILASI OGOS

Rabu, 31 Ogos 2022 21

e-KOMPILASI OGOS 75

www.fb.com/majlisamanahrakyat
www.instagram.com/majlisamanahrakyat
www.twitter.com/maragov
www.youtube.com/c/mupdates
t.me/majlisamanahrakyat
www.tiktok.com/@majlisamanahrakyat

76 e-KOMPILASI OGOS


Click to View FlipBook Version