The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI JANUARI 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Amanah Rakyat, 2023-02-12 19:35:01

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI JANUARI 2023

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI JANUARI 2023

1 e-KOMPILASI JANUARI 2023 MAJLIS AMANAH RAKYAT EDISI JANUARI 2023 MEDIA SOSIAL & ADVERTORIAL e-KOMPILASI


2 e-KOMPILASI JANUARI 2023 PENERBIT EKSEKUTIF Adham Hatta Ab. Samad Pengarah PENERBIT Abdul Fareas Noew Hanzah Timbalan Pengarah EKSEKUTIF EDITOR Haryati Husin Muhd Fadhly Hamzah EDITOR Muhammad Akmal Mohamad Azlan Azilawati Mat Amin Zahemi Azul Islami Syamimi Kamarul Zaman Raja Elyna Zurin Raja Azli KREATIF Ernie Yusnida Mohamed Yunus Muhd Fadhly Hamzah JURUFOTO Norsuhaimie Musa Che Ahmad Tarmizi Che Awang Muhammad Akmal Syafiq Ahmad Tarmizi Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif TEKNIKAL & HEBAHAN Azrina Abdul Aziz Natrah On Puteri Khairul Anieza Che Kamarudin TENAGA SOKONGAN Warga Kerja BKOM Sidang Editor e-KOMPILASI berhak meminda mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip ini boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat-menyurat, rencana dan ulasan ke meja sidang Redaksi atau email ke: [email protected] Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Tel: 03-2613 4600 Faks: 03-2692 7386 Emel: [email protected] Hak cipta terpelihara. PENERBIT : BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT MARA MAJLIS AMANAH RAKYAT Edisi Januari 2023 e-KOMPILASI


e-KOMPILASI JANUARI 2023 3 KUALA LUMPUR, 6 Januari 2023 – YBhg. Dato’ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA telah mengadakan walkabout ke Program Business Growth-The World of Capital pada 5 Januari 2023 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Program ini direka khas bagi membantu usahawan untuk mengembangkan perniagaan dalam masa satu hingga lima tahun akan datang dan mengenal pasti hala tuju dalam perniagaan. Seramai 60 orang peserta dari kalangan usahawan bimbingan MARA telah menghadiri program tersebut bagi PROGRAM BUSINESS GROWTH BANTU USAHAWAN KEMBANG PERNIAGAAN mempelajari cara untuk menarik pelabur yang boleh memberikan pulangan balik kepada perniagaan. Melalui program ini, MARA berharap agar usahawan di bawah bimbingannya dapat mempelajari konsep ‘Initial Public Offering’ (IPO) bersama pakar industri yang berpengalaman serta dapat meningkatkan penyertaan bilangan bumiputera dalam pasaran modal. Turut hadir Encik Yahaya Bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan Encik A Razu Bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA.


4 e-KOMPILASI JANUARI 2023


e-KOMPILASI JANUARI 2023 5 GOPENG, 7 Januari 2022 - Hasrat usahawan muda, Encik Mohd Nor Arif Mohd Azmi untuk mendapatkan pensijilan MS 2610:2015 Muslim Friendly Hospitality Services For Accommodation (Glamour Camping Tents) Food and Beverages, Recreational and Adventure Activities menjadi realiti apabila pusat perkhemahan yang dibuka itu menerima sijil pengiktirafan tersebut barubaru ini. Gopeng Glamping Park yang terletak di Gopeng, Perak ini merupakan camping site yg ketiga di dunia dalam kategori Glamour Camping Tents yang telah mendapat pensijilan ini sekaligus meletakkan pusat perkhemahan ini sebagai camping site yang mempunyai kelasnya tersendiri dan sudah pasti akan memberikan nilai tambah kepada syarikat ini untuk terus berkembang. Selain daripada komitmen yang tinggi syarikat, inisiatif MARA melalui kemudahan GOPENG GLAMPING PARK TERIMA PENSIJILAN MS 2610:2015 MUSLIM FRIENDLY HOSPITALITY SERVICES geran bagi Program Pensijilan Usahawan - Business Enrichment, Standardization and Transformation (BEST) juga membantu usaha syarikat untuk mendapatkan pensijilan tersebut. Pada 6 Januari 2022, YBhg. Dato’ Zulfikri Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, telah meluangkan masa ke Gopeng Glamping Park bagi menyampaikan sendiri sijil penghargaan daripada MARA di atas kejayaan syarikat menerima pengiktirafan tersebut. Turut mengiringi beliau, Puan Lailatul Asmah bt Mohd Tahir, Pengarah MARA Negeri Perak, Encik Mohd Norhisyam bin Mahayudin, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA serta pegawai-pegawai MARA Negeri Perak.


6 e-KOMPILASI JANUARI 2023


e-KOMPILASI JANUARI 2023 7 SEPANG, 10 Januari 2023 – Cikgu Nazrul Muhamin Bin Abdul Aziz, MRSM Betong Sarawak terima Anugerah Ikon Belia OKU 2022 yang disampaikan oleh YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini. Nazrul Muhamin yang merupakan guru subjek Bahasa Melayu di MRSM Betong itu dinobatkan sebagai Ikon Belia OKU 2022 atas sumbangan beliau dalam pendidikan, pembangunan sosial dan aktiviti kemasyarakatan. Antara sumbangan besar beliau dalam pendidikan ialah membantu kecemerlangan akademik dan pendidikan pelajar di kawasan luar bandar khususnya di Betong, Sarawak. Nazrul Muhamin juga merupakan jurulatih perkembangan bakat pelajar dalam membimbing pasukan debat, pantun, forum dan tarian kebudayaan. Sumbangan beliau dalam pembangunan sosial pula ialah menjayakan program Mentor-Mentee bagi pembangunan kerjaya dan pendidikan khusus buat golongan Belia OKU Malaysia. Selain itu, beliau juga menawarkan perkhidmatannya sebagai mentor terbuka bagi pelaksanaan kerja sosial dan pembangunan sahsiah golongan OKU Malaysia. Selain itu, Nazrul Muhamin turut menjalankan aktiviti kemasyarakatan dengan menjadi sukarelawan program perkhidmatan sumbangan barangan asas dan keperluan makanan kepada rumah kebajikan anak yatim dan asnaf. Tahniah dan syabas atas penganugerahan yang diberikan kepada Cikgu Nazrul Muhamin. Sumbangan beliau secara langsung telah memberikan imej yang baik buat MRSM dan MARA. Anugerah Ikon Belia OKU 2022 telah disampaikan kepada Nazrul Muhamin pada 17 Disember 2022 yang bertempat di SamaSama Hotel, KLIA Sepang. Beliau telah menerima sijil anugerah, trofi, dan wang tunai berjumlah RM10,000. CIKGU NAZRUL MUHAMIN DINOBATKAN IKON BELIA OKU 2022


8 e-KOMPILASI JANUARI 2023


e-KOMPILASI JANUARI 2023 9 Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan walkabout sekaligus merasmikan Pavilion KKDW di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini. Sebanyak 15 pempamer daripada pelbagai agensi di bawah KKDW termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut serta dalam pameran tersebut. Pempamer di bawah MARA terdiri daripada Asia AeroTechnic Sdn. Bhd. (AAT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), MARA Incorporated - Premiera Hotel, MARA Liner, Pelaburan MARA Berhad SOROTAN WALKABOUT YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI & MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (PMB), GIAT MARA, Rural Capital Berhad (RCB) dan usahawan di bawah Program Khas Mara In Fashion (MiF) dan Hit Barber. Turut sama dalam sesi walkabout, Dato’ Sri Ramlan Dato’Harun, Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA Datuk Che Murad Sayang Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Encik Mas Rizal Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW, Ahli Pengurusan KKDW, MARA dan Subsidiari MARA.


10 e-KOMPILASI JANUARI 2023 PULAU PINANG, 13 Januari 2023 - YBhg. Dato’ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA melahirkan rasa gembira kerana dapat bersama-sama meluangkan masa meraikan seramai 140 orang pesara MARA dalam Majlis Apresiasi Perkhidmatan MARA Zon Utara Tahun 2021 dan 2022 yang diadakan pada 12 Januari 2023 di Hotel Bayview, Pulau Pinang. Majlis ini diadakan bagi meraikan para pesara MARA serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan mereka. MAJLIS APRESIASI PERKHIDMATAN MARA ZON UTARA TAHUN 2021 DAN 2022 RAI 140 ORANG PESARA MARA Tahniah diucapkan kepada para pesara kerana telah berjaya menggalas tanggungjawab dan amanah dengan cemerlang bagi memastikan MARA menjadi organisasi yang unggul. Semoga majlis ini akan menjadi memori terindah buat semua. Turut hadir Puan Rohayah Binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, Encik Mohd Salleh Bin Abdullah, Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA, Encik Norsidin Bin Ahmad, Pengarah MARA Negeri Pulau Pinang serta Ahli Pengurusan MARA. SESI LIBAT URUS TIMBALAN MENTERI KKDW BERSAMA WARGA KERJA MARA SARAWAK


11 e-KOMPILASI JANUARI 2023 KUCHING, 14 Januari 2023 - YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah hadir ke Sesi Libat Urus Bersama Warga Kerja MARA pada 12 Januari 2023 di Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuching. Sesi libat urus dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan Program Keusahawanan dan Pendidikan yang disampaikan oleh Pengarah MARA Negeri Sarawak, Dr. Azmi bin Amat Murjan dan Pengarah Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuching, Puan Nur Azlina binti Abdul Mutalib. Pada majlis yang sama, YB Datuk Hajah Rubiah memberikan amanat dan saranan kepada seluruh warga MARA Negeri agar memberi perkhidmatan Terbaik kepada rakyat. SESI LIBAT URUS TIMBALAN MENTERI KKDW BERSAMA WARGA KERJA MARA SARAWAK Beliau turut menyampaikan beberapa anugerah dan penghargaan kepada warga kerja MARA dan para pelajar antaranya, penyampaian Sijil Penghargaan Perkhidmatan 25 Tahun MARA, Sijil Anugerah Inovasi Gold Medal, Anugerah Kaunselor Terbaik MARA dan Sijil Anugerah Usahawan Berjaya Lepasan IKM. Selain itu, turut disampaikan Bantuan Beg Sekolah Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Sumbangan Wang Tunai kepada pelajar MRSM Kuching serta penyampaian Sijil Penghargaan daripada MRSM Kuching kepada Persatuan Orkid Sarawak (SARORSO).


12 e-KOMPILASI JANUARI 2023


e-KOMPILASI JANUARI 2023 13 YBhg. Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA meluangkan masa menyertai Program Kayuh-Kayuh Santai bersekali dengan KL Car Free Morning pagi ini. Turut sama dalam aktiviti ini, Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi MARA (KSRM), Zairul Amri Adam, Ahli Pengurusan dan Subsidiari MARA serta 30 warga kerja MARA. Program anjuran KSRM bersama MARA Cycling Club (MCC) dan MARA KL Foldies ini, merupakan program kayuhan berkala pertama bagi tahun 2023. SOROTAN PROGRAM KAYUH-KAYUH SANTAI


14 e-KOMPILASI JANUARI 2023 KUALA TERENGGANU, 16 Januari 2023 - Lokasi yang strategik dan kadar harga sewa berpatutan di Arked MARA Sri Pantai menjadi asas pemilihan lokasi Laura Coffee untuk mengembangkan perniagaan. Pemilik Laura Coffee, Puan Nurjiddah Mohd Fauzi berkata, sejak beroperasi pada 9 Januari 2023, sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan dan hasil jualan saya juga meningkat. “Saya berterima kasih kepada pihak MARA yang memberi peluang kepada saya untuk menyewa di premis ini. Saya akan menggunakan peluang ini bagi meningkatkan prestasi perniagaan saya” ujar Nurjiddah. Laura Coffee mengetengahkan konsep restoran moden terkini yang menawarkan sajian enak dari barat, asia serta aneka pastri yang pasti membuka selera para pelanggan. Majlis perasmian pembukaan Laura Coffee telah disempurnakan oleh Pengarah MARA Negeri Terengganu, Encik Abdul Wahab Mustaffa pada 12 Januari 2023. “MARA tawar Lokasi strategik dan harga sewa berpatutan,” - Laura Coffee


e-KOMPILASI JANUARI 2023 15


16 e-KOMPILASI JANUARI 2023 KUALA LUMPUR, 18 Januari 2023 – Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan (TKPU) MARA, Dato’ Zulfikri bin Osman mengadakan lawatan kerja rasmi ke India, dengan beberapa pertemuan diatur bersama pelajar tajaan MARA bagi memenuhi lawatan selama enam hari itu. Selain meninjau sendiri kondisi pelajar dari aspek mental, fizikal serta meninjau fasiliti yang disediakan sepanjang pengajian, delegasi lawatan juga akan meneroka peluang-peluang perniagaan yang boleh diterokai oleh sektor keusahawanan MARA. Lawatan delegasi MARA dimulakan ke KLE Centenary Chartable Hospital, Yallur Road, Belagavi yang merupakan salah sebuah hospital latihan / klinikal bagi para pelajar tajaan MARA. Menyambut ketibaan delegasi MARA, Pengarah Hospital, Dr.S.C. Dharwad yang memberikan penerangan mengenai hospital LAWATAN KERJA RASMI DELEGASI MARA KE INDIA


e-KOMPILASI JANUARI 2023 17 tersebut sebelum membawa delegasi ke sesi lawatan di wad biasa, Intensive Care Unit, Rotary-KLE Dialysis Centre, Psychiatry, ECT Room, Pharmacy, Medical Report Management, Operation Theatre, Lecture Hall dan lain-lain. Semasa sesi lawatan tersebut, Dato’ Zulfikri mencadangkan beberapa inisiatif baharu untuk meningkatkan keberkesanan modul program Young-Talent Development Programme (YTP) melalui kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan KLE Universiti, India. Selain itu, suntikan motivasi turut disampaikan oleh Dr. Zulkifli bin Hussain, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) yang memberi penerangan mengenai psikologi awal dalam mengurangkan tekanan ketika belajar di luar negara. Turut mengiringi TKPU pada lawatan ini termasuk Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamed, Naib Cancelor USM, Pn. Yuhaniz Binti Mohamad Padil, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), dan En. Muhammad Hansah Bin Burhanudin, pegawai Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.


18 e-KOMPILASI JANUARI 2023 KUALA LUMPUR, 17 Januari 2023 – Menyahut seruan amalan gaya hidup sihat yang dilaksanakan MARA di seluruh pusat pentadbiran dalam negara, Pejabat MARA Sydney turut mengambil inisiatif menganjurkan ‘Fun Badminton Tournament’ yang melibatkan pelajar tajaan MARA dan pelajar Malaysia di Australia. Pertandingan yang diadakan di Badminton Worx, Botany ini disertai oleh 10 beregu lelaki dan wanita daripada 3 universiti iaitu University of New South Wales, University of Sydney dan University of Technology Sydney. Fun Badminton Tournament bertujuan memupuk budaya sihat serta membina keyakinan diri di samping membentuk dan mengeratkan jaringan hubungan di kalangan pelajar tajaan MARA khususnya. Dalam pertandingan tersebut, MARA SYDNEY ANJUR ‘FUN BADMINTON TOURNAMENT’ University of New South of Wales mempamerkan keunggulan apabila berjaya menyapu bersih kedua-dua kategori yang dipertandingkan. Pasangan beregu Ahmad Nasiruddin/ Muhammad Ismail Putra berjaya menewaskan Azfa Azim/Wan Muhammad Syafiq sekaligus merangkul tempat pertama manakala bagi kategori wanita pula, tempat pertama berjaya dirangkul pasangan beregu Saidatul Sofea Hawa dan Nur Irdina yang menewaskan Siti Nur Nabilah dan Nur Zahirah. Pasangan Muhammad Amir Muhammad/Haffizul dan Aqilah Khairuddin/ Fatin Zulkifli pula hanya mampu berpuas hati di tempat ketiga. Turut sama memeriahkan pertandingan, Pengarah MARA Australia, Encik Mohamad Faizal Mohamad Zin serta Penolong Pengarah MARA Australia, Encik Muhammad Sufian Sayudin.


e-KOMPILASI JANUARI 2023 19 Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) merupakan usaha MARA dalam melahirkan usahawan berteraskan bidang pembuatan dan teknousahawan melalui penyediaan kilang yang dilengkapi dengan spesifikasi pensijilan dan pengiktirafan berkaitan sebagai persediaan untuk ke pasaran global. Antara usahawan yang menerima kemudahan penyewaan di KIMAR adalah Azaib Holdings Sdn Bhd (coklat), Pawada Food Industries (makanan dalam tin), Arisprop Holdings Sdn Bhd (burger), Jasma Holdings Sdn Bhd (mayonis), Sejuk Confectionery Sdn Bhd (aiskrim wafer) dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mara.gov.my. Alamat : Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR), Km 13, Off Jalan Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur No Telefon : 03-6184 1013 / 03-6184 1016


20 e-KOMPILASI JANUARI 2023 KUALA LUMPUR, 20 Januari 2023 – Delegasi MARA ke India yang diketuai oleh Dato’ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan memberi suntikan semangat kepada pelajar tajaan MARA untuk konsisten cemerlang sepanjang pengajian mereka di negara tersebut. Dato’ Zulfikri dan delegasi berbesar hati bertemu dengan pelajar tahun 1 dan wakil-wakil pelajar tajaan MARA dengan memberi galakkan menyambung pengajian hingga mencapai kepakaran tertinggi di samping memanfaatkan peluang-peluang perniagaan Profesional Perubatan di bawah ekosistem keusahawanan MARA. Selain itu, MARA juga mengadakan Mental Health Awareness Programme yang dikendalikan oleh Dr. Zulkifli Bin Hussain, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah merangkap Kaunselor MARA. PELAJAR TAJAAN MARA PERLU KONSISTEN CEMERLANG SEPANJANG PENGAJIAN DI INDIA


21 e-KOMPILASI JANUARI 2023 Pelajar didedahkan dengan teori, konsep dan komponen dalam Cognitive Behaviour Therapy (CBT) serta menerangkan 10 ‘unhelpful thinking styles’ dalam kehidupan. Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, menerusi pegawainya En. Muhammad Hansah Bin Burhanudin turut memberikan taklimat dan mengadakan sesi soal jawab berkenaan hal ehwal urusan pelajar tajaan MARA dengan penekanan terhadap dasar dan Standard Operating Procedure (SOP) yang perlu dipatuhi para pelajar sepanjang pengajian di luar negara. Di samping itu, rentetan daripada keberadaan delegasi MARA di India, USMKLE telah mengadakan Majlis ‘Aikyam Night Culture’. Para delegasi disajikan dengan pelbagai persembahan oleh pelajarpelajar tajaan MARA seperti tarian tradisi masyarakat India, teater dan joget, koir, ulek mayang, fashion show serta persembahan band. Turut bersama dalam program itu, Puan Yuhaniz Binti Mohamad Padil, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) MARA.


22 e-KOMPILASI JANUARI 2023


e-KOMPILASI JANUARI 2023 23 PUTRAJAYA, 21 Januari 2023 - Puan Rohayah Binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA melahirkan rasa gembira ketika hadir meraikan 73 orang pesara dalam Majlis Apresiasi Perkhidmatan MARA Zon Tengah yang diadakan pada 20 Januari 2023 di Hotel Zenith, Putrajaya. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pesara atas segala sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan bersama MARA. “Tahniah diucapkan kepada para pesara kerana telah berjaya menggalas MAJLIS APRESIASI PERKHIDMATAN MARA RAI 140 ORANG PESARA tanggungjawab dan amanah dengan cemerlang bagi memastikan MARA menjadi organisasi yang unggul. Semoga majlis ini akan menjadi memori terindah buat semua,” jelas beliau. Turut hadir Encik Mohd Salleh Bin Abdullah, Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA, Encik Mohd Azli Bin Sobi, Pengarah Bahagian Kewangan MARA, Tuan Syed Saifuddin Bin Syd Ahmad, Pengarah MARA Negeri Wilayah Persekutuan, YBhg. Datin Seri Datuk Norayini Binti Ali, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pesara MARA Malaysia serta Ahli Pengurusan MARA.


24 e-KOMPILASI JANUARI 2023 KUALA LUMPUR, 26 Januari 2023 - Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India pada 20 Januari 2023. Delegasi MARA disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Encik Amizal Fadzli Rajali. Dalam pertemuan ringkas tersebut, Dato’ Zulfikri turut berkongsi maklumat programprogram keusahawanan yang dilaksanakan MARA, di samping meneroka peluang pasaran dan rangkaian perniagaan di negara tersebut terutama di bawah Program Khas Gate To Global (GTG). MARA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI, INDIA Pihak Pesuruhjaya menyambut baik usaha yang dilaksanakan MARA dalam membantu usahawan memasarkan produk ke India yang merupakan negara kedua terpadat di dunia. Usaha tersebut selaras dengan misi yang sedang dilaksana Pejabat Kedutaan itu. Turut serta dalam pertemuan ini, Encik Ahmad Zaidi Mohd Ilias, First Secretary (Economic Affairs) , Puan Nuramira Akmal Mustapa, Counsellor (Political) dan Puan Yuhaniz Mohamad Padil, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA. Program Kesedaran Kesihatan Mental anjuran MARA London untuk pelajar-pelajar tajaan MARA telah diadakan pada 28 Januari 2023 bertempat di Old College Building, The University of Edinburgh.


e-KOMPILASI JANUARI 2023 25 Program Kesedaran Kesihatan Mental anjuran MARA London untuk pelajar-pelajar tajaan MARA telah diadakan pada 28 Januari 2023 bertempat di Old College Building, The University of Edinburgh.


26 e-KOMPILASI JANUARI 2023 MELAKA, 27 Januari 2023 – MARA yang menginjak ke usia 57 tahun sudah banyak mencipta kejayaan dalam membangunkan masyarakat Bumiputera termasuk meningkatkan kesejahteraan hidup melalui pelbagai inisiatif. Warga MARA terus gigih melaksanakan tanggungjawab dalam usaha memastikan komuniti MARA mendapat manfaat jangka panjang, daripada generasi ke generasi seterusnya. Warga kerja yang berkhidmat dengan MARA sejak lebih 25 tahun lalu, menyaksikan jatuh bangun agensi ini sehingga mereka sanggup MAJLIS APRESIASI PERKHIDMATAN MARA RAI 86 ORANG PESARA ZON SELATAN mengorbankan masa demi memastikan entiti ini terus berdiri megah. Pastinya, pengalaman berkhidmat di MARA menjadi nostalgia bagi warga kerja yang sudah bersara. Justeru, bagi menghargai komitmen warga kerjanya, MARA mengadakan Majlis Apresiasi Perkhidmatan (Zon Selatan) bagi menghargai sumbangan pesara yang diraikan di Swiss Garden Hotel, Melaka malam tadi. Majlis kali ini meraikan 86 warga kerja MARA yang bersara pada tahun 2021 dan 2022


e-KOMPILASI JANUARI 2023 27 melibatkan 39 pesara wajib, 36 pesara pilihan, 10 pesara terbitan dan seorang bersara disebabkan kesihatan. Hadir menyempurnakan Majlis Apresiasi Perkhidmatan itu, Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Encik Mohd Diah bin Abas, diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), Puan Rohayah binti Mohd Zain, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Encik Mohd Salleh bin Abdullah dan barisan Pengurusan MARA. Dalam ucapannya, Encik Mohd Diah mewakili keluarga besar MARA berterima kasih kepada pesara yang telah memberi sumbangan sama ada kecil atau besar dan memberi impak mendalam kepada kemajuan agensi itu. “Terima kasih kepada semua pesara yang telah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin sepanjang perkhidmatan bersama MARA. Ilmu yang diperolehi diharap dapat disampaikan kepada rakan-rakan yang masih bekerja dan masyarakat di luar sana,” katanya.


28 e-KOMPILASI JANUARI 2023


e-KOMPILASI JANUARI 2023 29 KUALA LUMPUR, 28 Januari 2023 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) yakin pertumbuhan nilai eksport produk dan perkhidmatan syarikat Bumiputera ke pasaran Batam berpotensi berkembang luas pada masa akan datang. Justeru, satu kerjasama antara MARA dan Batam telah dijalin dengan menganjurkan MARA – Batam International Exhibition 2023 (MbEX23). MbEX23 fokus dalam membantu usahawan Gate To Global (GTG), MARA untuk meluaskan pasaran ke kepulauan tersebut yang merupakan pulau bebas cukai dan destinasi tumpuan pelancong, selain pintu masuk untuk pasaran ke seluruh Indonesia. MbEX23 : CAPAIAN PRODUK BUMIPUTERA DIPERLUAS KE PASARAN BATAM Pameran itu menyaksikan 50 usahawan dari Malaysia yang berpotensi dan mempunyai kapasiti eksport, mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka itu berlangsung dari 26 hingga 29 Januari di Batam Mega Mall, Kepulauan Batam, Indonesia. Sementara itu, usahawan yang berhasrat untuk mengeksport produk di kepulauan tersebut perlu mendapatkan pensijilan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) dan trademark Indonesia terlebih dahulu.


30 e-KOMPILASI JANUARI 2023 Untuk tujuan tersebut MARA telah mengadakan kerjasama dengan PT Sehat Cantik Djelita serta Pejabat Walikota Batam bagi membantu para pengusaha MARA yang menyertai MbEX23 kali ini untuk memohon pensijilan BPOM dan trademark Indonesia. Inisiatif antara MARA dan Batam ini membuka peluang kepada pengusaha tempatan untuk saling bekerjasama memasarkan produk masing-masing ke Malaysia mahupun Indonesia. Majlis Pembukaan telah disempurnakan oleh Bapak H.Mohamad Rudi S.E.M.M, Wali Kota, Batam bersama Dato’ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA. Turut hadir, Wakil Gabenor Kepulauan Riau, Ibu Hj. Marlin Agustina Rudi, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Encik Yahaya Bin Sani serta pembesarpembesar dari kepulauan Batam dan pegawai pengiring daripada MARA.


31 e-KOMPILASI JANUARI 2023 Muhammad Faris Izzuddin bin Mohd Ridza telah mendapat markah 100% bagi subjek Management Information (FIA) dan anugerah ini diberikan oleh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). Semoga kejayaan ini menjadi permulaan yang baik untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.


32 e-KOMPILASI JANUARI 2023


e-KOMPILASI JANUARI 2023 33 KUALA LUMPUR, 30 Januari 2023 - TODAK Academy Sdn. Bhd. yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya kini melebarkan sayap ke Pusat Bandar Kuala Lumpur. Majlis Pelancaran Todak Academy City Centre (TACC) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA hari ini bertempat di MARA Digital. Todak Academy yang telah ditubuhkan pada tahun 2020 merupakan pembekal produk hiburan interaktif inovatif yang dipasarkan di bawah TODAK HOLDINGS. Todak Academy menawarkan pelbagai kursus eksklusif, kursus korporat dan TODAK BUKA AKADEMI LATIHAN BAHARU DI MARA DIGITAL, BUSANA@ MENARA MARA sijil profesional yang selari dengan permintaan industri seperti kursus E-Sukan, Pembangunan Permainan Video, Animasi 3D dan Pemasaran Digital. Selain itu, Todak Academy turut menawarkan program Diploma Profesional Pembangunan Permainan Video dan Animasi 3D yang diiktiraf oleh UTMSpace. Todak Academy berhasrat untuk menjadi satu-satunya akademi latihan yang menawarkan Profesional Diploma Pembangunan Permainan Video dan 3D Animasi yang kebiasaannya hanya ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sahaja.


34 e-KOMPILASI JANUARI 2023 Turut hadir ke majlis tersebut, Dato’ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Encik Mohamad Taufik Rizal Bin Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy Sdn Bhd, barisan pengurusan MARA dan subsidiari serta kakitangan TACC.


e-KOMPILASI JANUARI 2023 35


Click to View FlipBook Version