The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI DISEMBER 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Amanah Rakyat, 2023-01-11 23:00:51

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI DISEMBER 2022

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI DISEMBER 2022

e-KOMPILASIEDISI DISEMBER 2022

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MEDIA SOSIAL & ADVERTORIAL

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 1


e-KOMPILASI
MAJLIS AMANAH RAKYAT Edisi Disember 2022

PENERBIT : BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT MARA

PENERBIT EKSEKUTIF Sidang Editor e-KOMPILASI berhak meminda
Adham Hatta Ab. Samad mengubah dan menggarap manuskrip yang
Pengarah dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan
PENERBIT yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya.
Abdul Fareas Noew Hanzah Semua manuskrip ini boleh digunapakai oleh
Timbalan Pengarah pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa
EKSEKUTIF EDITOR akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang
Haryati Husin cadangan atau komentar, surat-menyurat,
Muhd Fadhly Hamzah rencana dan ulasan ke meja sidang Redaksi atau
EDITOR email ke: [email protected]
Muhammad Akmal Mohamad Azlan Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan
Azilawati Mat Amin kepada:
Zahemi Azul Islami Pengarah
Syamimi Kamarul Zaman Bahagian Komunikasi Korporat
Raja Elyna Zurin Raja Azli Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA
KREATIF 21, Jalan MARA
Ernie Yusnida Mohamed Yunus 50609 Kuala Lumpur
Muhd Fadhly Hamzah Tel: 03-2613 4600
JURUFOTO Faks: 03-2692 7386
Norsuhaimie Musa Emel: [email protected]
Che Ahmad Tarmizi Che Awang Hak cipta terpelihara.
Muhammad Akmal Syafiq Ahmad Tarmizi
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif
TEKNIKAL & HEBAHAN
Azrina Abdul Aziz
Natrah On
Puteri Khairul Anieza Che Kamarudin
TENAGA SOKONGAN
Warga Kerja BKOM

2 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


INOVASI PELAJAR MRSM
BENTONG LAKAR KEMENANGAN
DALAM MALAYSIA TECHLYMPICS
KEBANGSAAN 2022

KUALA LUMPUR, 1 Disember 2022 - MRSM Angkasa (VR) dan kategori Quiz-A-Thon
Bentong berjaya bergelar johan dan meraih Tingkatan 5.
tempat ketiga dalam beberapa kategori Pelajar MRSM Bentong yang memenangi
pertandingan Malaysia Techlympics johan kategori Membina Aplikasi Peranti
Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan Mudah Alih itu telah membangunkan sebuah
di Axiata Arena, Bukit Jalil. MRSM Bentong aplikasi ‘SlipStack’ untuk menyelesaikan
telah menghantar 36 orang pelajar dan 8 isu penyimpanan resit bagi kegunaan
orang guru penasihat dalam pertandingan LHDN dalam kalangan pembayar cukai.
tersebut. Pendekatan tersebut ialah cara baharu
MRSM Bentong telah dinobatkan johan bagi untuk menyimpan resit-resit dalam media
kategori Cabaran Membina Aplikasi Peranti digital.
Mudah Alih dan Cabaran Pertanian Pintar. Kategori cabaran Pertanian Pintar yang
Bagi tempat ketiga pula, MRSM Bentong turut diungguli oleh MRSM Bentong itu
memenangi kategori Cabaran Markas

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 3


telah mencipta ‘EZ FARM’ yang merupakan Markas tersebut mestilah mempunyai dua
sebuah sistem pengairan untuk membantu babak beserta animasi jalan cerita. Animasi
petani memantau kadar kelembapan tanah yang mereka cipta ialah sebuah angkasawan
dan suhu persekitaran tanaman. yang menuju ke bulan untuk mencari
Pendekatan yang menggunakan teknologi batu bulan. Penciptaan ini melibatkan
Internet of Things (IoT) ini memudahkan para penggunaan objek 3D seperti ‘base’ markas
petani memantau tanaman mereka melalui angkasa dan solar panel yang memerlukan
peranti telefon pintar. Ia juga berfungsi Inventor serta Blender kerana objek 3D
sebagai penentu masa agar pengguna yang disediakan amat terhad.
dapat mengawal pam air serta menetapkan Dalam pertandingan itu juga, MRSM
siraman tanaman secara berkala.Selain Bentong juga meraih tempat ketiga
itu, MRSM Bentong turut melakarkan dalam Kategori Quiz-A-Thon Tingkatan
kemenangan apabila meraih tempat ketiga 5. Pertandingan Malaysia Techlympics
Kategori Cabaran Markas Angkasa (VR). Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian
Pelajar dikehendaki untuk membina markas Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) telah
angkasa menggunakan website ‘Cospaces’. berlangsung pada 26 hingga 27 November
2022 yang disertai oleh 1.03 juta pelajar

4 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


dan belia bermula peringkat umur 7 hingga
30 tahun sepanjang tempoh 9 bulan
penganjurannya.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada
MRSM Bentong atas kejayaan yang
membanggakan. Semoga kejayaan ini
menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar
MARA untuk melakarkan kecemerlangan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 5


PUSPANITA MARA SANTUNI PELAJAR
DAN USAHAWAN WANITA KEDAH

KUALA MUDA, 2 Disember 2022 – Kunjungan PUSPANITA MARA ke premis
PUSPANITA MARA telah mengadakan usahawan untuk mengenali mereka
program ‘Tautan Kasih Perkasa Ilmu dengan lebih dekat yang berjaya di bawah
PUSPANITA MARA’ anjuran bersama bimbingan keusahawanan MARA.
Bahagian Penganjuran Pelajaran Usaha murni yang dilaksanakan oleh delegasi
(BPP) MARA di bawah MARA Student itu juga menjadi satu pengalaman serta
Enhancement Programme (MESP) serta memberi pendedahan kepada kakitangan
berkunjung ke premis perniagaan usahawan MARA untuk terus mempertingkatkan
wanita di daerah Kuala Muda. khidmat dan hubungan kepada masyarakat
luar bandar.
Program yang berlangsung pada 30 Turut hadir ialah YBhg. Puan Rohayah
November hingga 2 Disember 2022 itu turut Binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah
menyaksikan delegasi PUSPANITA MARA Khidmat Pengurusan MARA (merangkap
yang dipengerusikan YBhg. Datin Zuriati Timbalan Pengerusi II PUSPANITA MARA),
Binti Yusoff hadir ke MRSM Merbok, SMK YBhg. Datin Saiful Munirah Binti Md Ali,
Agama Daris dan beberapa buah premis Timbalan Pengerusi I PUSPANITA MARA,
perniagaan usahawan wanita MARA. Puan Siti Aminah Binti Abd Kadir, Pengarah
BPP (merangkap Setiausaha PUSPANITA),
Delegasi ini telah menyantuni 157 pelajar En. Razak Bin Aziz, Pengarah MARA
MRSM Merbok dan 118 pelajar Sekolah Negeri Kedah, dan En.Rusidi Bin Mustapha,
Agama Daris yang merupakan pelajar Pengetua MRSM Merbok dan diiringi
dalam kalangan B40 serta kawasan sekolah beberapa ahli PUSPANITA MARA serta
yang terletak di luar bandar. Siri kali ini juga warga kerja MARA Negeri Kedah.
melibatkan sumbangan penyerahan peranti
oleh YPM dan wang saku oleh Kolej Poly-
Tech MARA (KPTM) kepada pelajar-pelajar
B40.

6 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


e-KOMPILASI DISEMBER 2022 7


MUAFAKAT MARA MALAYSIA PASTIKAN
PELAJAR MRSM TERUS CEMERLANG

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2022 MARA turut berterima kasih kepada pihak
- Mesyuarat Agung Tahunan Badan Muafakat yang telah banyak menyumbang
Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit,
( Muafakat MARA Malaysia ) kali ke-20 malahan turut memberi sokongan moral ke
telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Azhar arah kecemerlangan pelajar-pelajar MRSM.
Bin Manaf, Ketua Pengarah MARA pada Turut hadir, Tuan Hj Razlan Bin Hj Samsuri,
hari ini 3 Disember 2022 jam 9.30 pagi di Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan)
Auditorium Universiti Kuala Lumpur. MARA, Dato’ Sayed Alfeizal Bin Sayed
Antara topik yang dibincangkan dalam Ahmad, Presiden Muafakat MARA Malaysia
mesyuarat tersebut adalah YBhg. Dato’ serta ahli-ahli Jawatankuasa Muafakat
Azhar memohon agar pihak Muafakat MARA Malaysia.
meneruskan usaha untuk membantu MRSM
terutamanya lima (5) buah MRSM yang
baharu beroperasi.

8 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


FIESTA SUKAN
GIATMARA
MERIAH

BANGI, 5 Disember 2022 – Fiesta Sukan
GIATMARA telah diadakan pada 3 Disember
2022 di Pusat Latihan Agrobank di sambut
meriah oleh beberapa pasukan yang turut
serta.
Acara sukan yang bermula seawal jam 7.30
pagi itu disertai oleh pasukan daripada
GIATMARA, Kelab Sukan dan Reakreasi
MARA (KSRM), Kementerian Luar Bandar
(KPLB), Jabatan Audit Negara (JAN) dan
Media.
Antara sukan yg dipertandingkan iaitu Bola
Sepak (campuran veteran dan terbuka),
Bola Tampar (campuran lelaki dan wanita)
dan Bola Jaring.
Kontingen KSRM seramai 50 orang telah
turut serta di dalam Fiesta Sukan ini dan telah
berjaya merangkul gelaran johan bagi acara
Bola Jaring dan Bola Tampar. Manakala,
pasukan bola sepak Kelab tersebut telah
meraih gelaran Naib Johan.

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 9


SINERGI ANTARA MARA DAN STIDC
TINGKAT INDUSTRI PERKAYUAN DAN
PERABOT NEGARA

KUCHING, 3 Disember 2022 – Pengarah Zee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif F.I.T.
Kanan Pelaburan MARA, Encik Mohd Center Sdn Bhd (FITEC), Encik Kamarudin
Diah Abas mengadakan lawatan kerja ke Kalib serta beberapa pegawai dari MARA
Sarawak Timber Industry Development Ibu Pejabat dan MARA Negeri Sarawak.
Corporation (STIDC) pada 2 Disember 2022 Dalam lawatan berkenaan, pasukan daripada
bagi meneroka sinergi antara MARA dan MARA telah dibawa ke kilang dan galeri
Perbadanan tersebut. pembuatan perabot. Sejurus selepas itu,
Lawatan beliau disambut oleh YBhg Datu kedua-du pihak mengadakan perbincangan
Haji Hashim Haji Bojet, Pengurus Besar berkenaan perancangan dan halatuju
STIDC bersama beberapa pegawai kanan kerjasama tersebut. Melalui perbincangan
STIDC. Manakala, Encik Mohd Diah diiringi tersebut, MARA mencadangkan anak
Pengarah MARA Negeri Sarawak, Dr. Azmi syarikatnya seperti FITEC dan DDEC
Amat Murjan, Ketua Pegawai Eksekutif menjalinkan kerjasama dengan STIDC
MARA Liner Sdn Bhd, Encik Zachary Ismail dalam pembangunan industri perabot dan

10 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


kraftangan berasaskan kayu termasuk dari
sudut penyelidikan, pembangunan jenama
dan promosi.
Selain itu, MARA Liner dan MARA Aerotech
akan menjalinkan kerjasama menerusi bidang
kepakaran masing-masing serta Pejabat
MARA Negeri Sarawak turut meningkatkan
kerjasama dalam pembangunan usahawan
dalam industri berkaitan di negeri tersebut.
Cadangan ini disambut baik oleh pihak STIDC,
malahan, pihak tersebut turut menawarkan
Kerjasama dalam pembangunan dan
penyelidikan bagi industri ‘bamboo’ selaras
dengan inisiatif STIDC iaitu ‘Go Green’. STIDC
turut menawarkan pelaburan melalui anak
syarikatnya dalam program yang dijangka
memberi manfaat Bersama.
Untuk rekod, STIDC memainkan peranan
dalam membuat dasar dan polisi industri
perkayuan di Sarawak dan merupakan
badan pengeluar lesen pembalakan dan
penanaman semula kayu balak bagi
memastikan penggunaan kayu secara
optimum di Sarawak.
MARA dan STIDC akan merangka pelan
tindakan mengikut fasa dan tanggungjawab
bagi memastikan peringkat kemajuan projek
dlaksana mengikut jadual yang ditetapkan.

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 11


PROGRAM PEACE OF MIND 4.0

Telah berlangsung sesi walkabout Ketua Dato’ Azhar juga turut menyempurnakan
Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Azhar bin gimik pelancaran Peace Of Mind 4.0 dan
Abdul Manaf ke Program Peace Of Mind 4.0 Kempen Bayar & Menang 2.0 bersama
bersama Ahli Pengurusan dan Subsidiari MARAeps.
MARA di Lobi Ibu Pejabat MARA, Kuala
Lumpur.

12 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


Petikan ucapan sempena Townhall bersama
Ketua Pengarah MARA,

YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf pada
6 Disember 2022, bertempat di Anjung
Korporat, Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA,

Kuala Lumpur.

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 13


SEKTOR PELABURAN MARA TEMPA
KEJAYAAN DALAM PELBAGAI
INDUSTRI STRATEGIK

Kuala Lumpur, 6 Disember 2022 - YBhg. dengan status wakaf yang diangkat sebagai
Dato’ Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah instrumen ekonomi baharu di peringkat
MARA hari ini menyempurnakan Majlis nasional yang akan ditadbir urus oleh
Townhall Bersama Warga Kerja MARA Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
di Ibu Pejabat MARA hari ini. Majlis yang Antara pencapaian lain yang turut
dihadiri oleh lebih 160 warga kerja MARA mendapat kerjasama daripada agensi dan
itu berkongsi pencapaian Sektor Pelaburan pemain industri adalah penambahbaikan
serta amanat beliau kepada semua yang perkhidmatan bas henti-henti yang
hadir. menambah laluan di Negeri Sembilan, projek
Melalui ucapannya, beliau menzahirkan rintis kenderaan bas berkuasa elektrik
rasa bangga di atas pencapaian sektor (EV), serta menerokai bidang pembuatan
tersebut yang berjaya meneroka beberapa motosikal jenama tempatan.
peluang pelaburan berpotensi dalam Dalam majlis yang sama, Dato’ Azhar turut
industri strategik di samping berjaya menyampaikan Surat Tawaran Program
memperkukuhkan inisiatif asset bukan Profesional Chartered Members of Logistics
kewangan dalam memantapkan kelestarian and Trasportation (CILT), Sijil tamat kursus
sosioekonomi bumiputera. kemahiran pengendalian kenderaan pacuan
MARA juga memperkenalkan skim Wakaf empat roda, Surat Lantikan Program MARA
Amanah Rakyat (WARak) yang merupakan Go Challenge (MGC), Surat Pelantikan
satu dana yang bersifat lestari selaras Agensi Kutipan Hutang RCB dan Penyerahan

14 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


Perjanjian Pelantikan AAT Sebagai Pembekal dan menggembleng tenaga dalam
Inventory Management System kepada merealisasikan segala perancangan yang
MLSB, Beliau juga turut melancarkan Pelan telah dibuat bagi memastikan organisasi ini
Anti Rasuah Organisasi (OACP) dan Wakaf berada di atas landasan yang tepat dalam
Amanah Rakyat (WARak). melaksanakan aspirasi pembangunan
Dato’ Azhar juga turut menyeru masyarakat bumiputera.
kepada semua warga MARA supaya
mengeratkan kerjasama, persefahaman

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 15


Tahniah kepada YBhg. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul
Manaf, Ketua Pengarah MARA atas Penganugerahan
Pingat Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah
Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran Dato’ Sri.
Pingat ini dianugerahkan sempena Memuliakan
Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-63 Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 8 Disember
2022 bersamaan 13 Jamadilawal 1444 Hijrah.

16 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


Tahniah kepada YBhg. Dato’ Sri Ramlan Bin Harun,
Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa Dan
Wilayah atas Penganugerahan Pingat Peringkat
Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.)
yang membawa gelaran Dato’ Sri.
Pingat ini dianugerahkan sempena Memuliakan
Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-63 Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 8 Disember
2022 bersamaan 13 Jamadilawal 1444 Hijrah.

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 17


SEMANGAT TIDAK PUTUS ASA
MENJADIKAN HAZLAN MATANG
DALAM PERNIAGAAN

KUALA NERUS, 9 Disember 2022 – “Makanan halal memang menjadi masalah
Kegagalan membuka dua buah kedai makan utama di negara itu. Pilihan yang ada
sebelum ini bukanlah penghalang buat hanyalah masyarakat cina Xinjiang yang
Hazlan Bin Ali, 38 untuk terus mencuba nasib menjual sate kambing menggunakan basikal
menjalankan perniagaan yang diminati. di sekitar kaki lima hotel saya menginap.
Anak jati Terengganu ini telah berjaya Oleh itu sate kambing tersebut menjadi
membuka empat cawangan Kedai Makan makanan harian saya sewaktu di sana,” kata
Kambing Bakar Guangzhou (KBGZ) dan Hazlan.
satu foodtruck sejak tahun 2017. “Apabila saya pulang ke Malaysia, saya cuba
“Bermulanya perniagaan KBGZ ini bertitik untuk mengolah resipi sendiri seakan-akan
tolak di Guangzhou pada tahun 2008. Saya perapan sate kambing Xinjiang sehingga
kerap ulang alik ke Guangzhou selama ia menjadi perapan kambing kegemaran
10 hingga 14 hari pada waktu itu untuk seluruh keluarga saya.
mencari barang yang boleh menjadi punca
pendapatan di Malaysia.

18 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


perapan yang diolah sendiri, tidak disangka
ianya mendapat sambutan yang luar biasa
daripada masyarakat tempatan.

“Saya amat berterima kasih kepada
Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana
memberi sokongan penuh bukan sahaja
dari segi pembiayaan malah kursus-kursus
keusahawanan serta konsultasi perniagaan
yang disediakan merupakan asas utama
untuk memperkukuhkan operasi KBGZ,”
tambah Hazlan.

KBGZ juga sentiasa mementingkan kualiti
dan kepuasan pelanggan mereka. Komen-
komen dari pelanggan amat dititik beratkan
bagi menaik taraf produk dan perkhidmatan
yang ada serta menjadi sebuah syarikat
Bumiputera yang progresif dalam
penghasilan produk makanan yang terbaik.

Maklumat lanjut mengenai produk dan
perniagaan boleh hubungi 016-9803217
atau terus ke alamat 9525C, Batu 10
Setengah, Jalan Gong Badak, 21300 Kuala
Terengganu, Terengganu.

Pada tahun 2017, Hazlan ingin membuat
kelainan dalam perniagaan di mana beliau
cuba menjual kambing bakar menggunakan

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 19


MAHASISWA UniKL PRAKTIK ILMU
KEUSAHAWANAN MENERUSI PROGRAM
TECHNOFEST 2022

KUALA LUMPUR, 9 Disember 2022 – gig dengan multimedia melalui kaedah
Program Technofest Universiti Kuala Augemented Reality (AR) dan Virtual Reality
Lumpur, Malaysian Institute of Information (VR).
Technology (UniKL MIIT) 2022 memberi Penganjuran Pogram Technofest ini
pendedahan kepada 300 orang mahasiswa juga terbukti berkesan apabila UniKL
Tahun 2 untuk mempraktikkan ilmu MIIT menunjukkan peningkatan bilangan
keusahawanan yang dipelajari melalui alumnipreneur seramai 30% pada 2021.
subjek wajib ‘Technoprenuership’ . Selain itu, 62 orang peserta Inkubator CRIB
Program tahunan ini menyaksikan hampir yang bergraduat antara tahun 2018 hingga
5,000 pelajar hadir bagi memeriahkan aktiviti 2021 turut berjaya mendapatkan projek-
keusahawanan yang dianjurkan selama tiga projek mega industri.
hari bermula 6 hingga 8 Disember 2022 di Majlis Penutup Program Technofest UniKL
Lobi UniKL Kampus Kota. MIIT 2022 telah disempurnakan oleh YBhg.
Antara objektif program adalah untuk Dato’ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua
memberikan pendedahan mengenai Pengarah (Keusahawanan) MARA serta
kepentingan ekonomi gig dan teknologi turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Julainie Bin
multimedia kepada mahasiswa. UniKL MIIT Mohd Salleh, CEO MARA Corporation, dan
telah berjaya menghasilkan banyak produk YBhg. Datuk Dr. Roziah Binti Omar, CEO
komersial yang menggabungkan ekonomi UniKL.

20 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


Seluruh warga kerja MARA mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada YB Datuk Hajah

Rubiah binti Haji Wang di atas pelantikan
sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan

Wilayah.
Selamat menjalankan tugas. Semoga
tanggungjawab ini dapat memacu agenda
pemerkasaan masyarakat bumiputera.

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 21


DYTM RAJA MUDA PERLIS BERKENAN
MENYAKSIKAN SESI PENYERAHAN
ZAKAT PERNIAGAAN DARIPADA RCB
KEPADA MAIPS

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2022 - Duli Majlis ini diadakan bertujuan untuk
Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin menyempurnakan kewajipan menunaikan
Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, zakat perniagaan yang wajib dikeluarkan
Raja Muda Perlis berkenan menyaksikan hasil daripada harta perniagaan sama
sesi penyerahan zakat perniagaan daripada ada yang melibatkan barangan atau
Rural Capital Berhad (RCB) kepada Majlis perkhidmatan setelah memenuhi syarat-
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu syarat seperti yang telah ditetapkan.
Perlis (MAIPs) bernilai RM945,934.00 di JW Tuan Haji Hiruddin bin Hashim berkata,
Marriott, Kuala Lumpur hari ini. syarikat mengharapkan hasil daripada
Serahan tersebut disempurnakan oleh Tuan pembayaran zakat perniagaan ini akan dapat
Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai membina hubungan serta kepercayaan
Eksekutif RCB disampaikan kepada Tuan pelanggan untuk terus setia bersama MARA
Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua dan RCB.
Pegawai Eksekutif MAIPs.

22 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


“Syarikat korporat bukan sahaja perlu Pada tahun ini RCB telah menjalankan
bersaing menyediakan perkhidmatan pelbagai inisiatif CSR di seluruh negara
yang cekap dan kualiti produk yang baik yang mensasarkan golongan asnaf dengan
tetapi juga perlu bersama menonjolkan jumlah sumbangan yang telah dikeluarkan
sikap kepedulian terhadap mereka sebanyak RM291,000.00.
yang memerlukan melalui pengagihan Program-program CSR akan dilaksana secara
keuntungan syarikat,” katanya. berterusan melalui beberapa program yang
Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah telah dirancang bersama pihak Kementerian
YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW),
Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat MARA dan MAIPs antaranya program untuk
(MARA), YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, menempatkan anak-anak asnaf ke dalam
Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) program pembelajaran di GiatMARA dan
MARA, YBhg. Dato’ Wira Othman bin Institut Kemahiran MARA (IKM), Program
Aziz, Pengerusi MARA Corporation, Pusat Tuisyen Pintar, Program Skim Anak
YBhg. Datuk Seri Hj. Yahaya Mat Ghani @ Angkat RCB dan Program “Back to School”
Abbas, Pengerusi Rural Capital Berhad yang mensasarkan pelajar sekolah harian
dan YBhg. Dato’ Julainie bin Mohd Salleh, serta Program Selangkah ke Universiti
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA khusus untuk pelajar SPM dan Program
Corporation. Celik Al-Quran bagi membantu pelajar
Untuk rekod, jumlah zakat perniagaan yang mempelajari bacaan dengan kaedah yang
telah dikeluarkan oleh RCB dari tahun 2016 betul.
sehingga 2020 adalah sebanyak RM4.371 Selain itu, pihak RCB juga berhasrat
juta yang telah membuka jalan kepada RCB untuk mewujudkan satu skim sumbangan
untuk melaksanakan program-program modal permulaan perniagaan kepada
CSR dengan menggunapakai peruntukan golongan asnaf yang mempunyai keinginan
Wakalah. memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 23


KUNJUNG HORMAT PEGAWAI-PEGAWAI
KANAN MATRADE KE MARA

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2022 - Ketua membangunkan usahawan bumiputera ke
Pegawai Eksekutif MATRADE, YBhg. Datuk satu aras yang lebih baik.
Mohd Mustafa Abdul Aziz dan delegasi hari
ini telah hadir ke Ibu Pejabat MARA, Kuala Turut serta dalam sesi tersebut, Timbalan
Lumpur untuk kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah (Keusahawanan)
YBhg. Dato Sri Azhar bin Abdul Manaf, MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri Bin Osman,
Ketua Pengarah MARA. Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan
MATRADE semasa perbincangan tersebut Pengeksport) MATRADE, Encik Abu Bakar
telah mempelawa usahawan- usahawan di Yusof serta delegasi dan Ahli Pengurusan
bawah kawal selia MARA yang mempunyai MARA.
produk yang bertaraf ‘export ready’ untuk
menyertai ekspo antarabangsa seperti
Gulf Food Ekspo di Dubai, MIHAS dan Misi
Perdagangan pada tahun 2023.

MARA menyambut baik pelawaan tersebut
dan bersedia untuk mencalonkan usahawan
bumiputera yang berpotensi serta
memenuhi kriteria yang ditetapkan melalui
program Gate to Global ( GTG MARA ).

MATRADE dan MARA berharap hubungan
erat kedua-dua agensi ini mampu
mewujudkan satu sinergi yang berupaya

24 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


PROGRAM YOUTH EXCELLENCE
SUMMIT KEKAL KECEMERLANGAN
PELAJAR B40

KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER 2022 : ini melibatkan 96 orang pelajar penerima
Penerima Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI) BUDI tingkatan 4 daripada 38 buah MRSM
dalam kalangan pelajar Maktab Rendah seluruh Malaysia.
Sains MARA (MRSM) terus diberi galakan Setiap pelajar -pelajar yang terpilih
untuk mengekalkan kecemerlangan mengikuti program ini berdasarkan
akademik menerusi Program Youth beberapa komponen antaranya latihan
Excellence Summit. dalam kumpulan, lawatan dan perkongsian
Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri yang akan dikendalikan oleh konsultan yang
Azhar bin Abdul Manaf berkata, program ini dilantik.
memupuk keyakinan yang tinggi dalam diri Antara slot yang dilaksanakan bagi mencapai
pelajar untuk terus bersaing dalam pelajaran objektif program ialah Your Image, Your
sekaligus mempersiapkan diri untuk menjadi Brand, Polish Your Words, Transformation to
pelajar yang berjaya dalam akademik. Success dan Self-Management. Pelajar juga
Dato’ Sri Azhar yang hadir menyampaikan turut didedahkan dengan Metodologi secara
ucapannya turut berkongsi pengalaman komunikasi dan task-based learning bagi
semasa beliau dibangku sekolah serta menggalakkan mereka membina keyakinan
memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar untuk berkomunikasi dan menanamkan sifat
yang hadir pada program tersebut. kepimpinan dalam diri masing-masing.

Program yang telah bermula pada 9 Turut hadir, Pengarah Bahagian Penganjuran
Disember 2022 dan berakhir hari ini di Pelajaran, Siti Aminah Binti Abdul Kadir,
Hotel IDEAS itu merupakan kerjasama Presiden Muafakat Malaysia, Dato’ Sayed
antara Bahagian Penganjuran Pelajaran dan Alfeizal Bin Sayed Ahmad serta Ahli-Ahli
Bahagian Pendidikan Menengah. Program Pengurusan MARA.

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 25


MARA MENANG 4 ANUGERAH
SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI
INOVASI KEMAJUAN DESA DAN
WILAYAH TAHUN 2022

PUTRAJAYA, 15 Disember 2022 – Majlis Antara anugerah yang dimenangi oleh
Amanah Rakyat (MARA) telah meraih 4 MARA adalah Tempat Pertama bagi
anugerah dalam pelbagai kategori sempena Kategori Kualiti Pengurusan Perpustakaan
Sambutan Hari Inovasi Kementerian Terbaik dari Bahagian Inovasi & Teknologi
Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang Kreatif (BITK) dan Tempat Kedua bagi
diadakan di KKDW pada hari ini. Kategori Anugerah Inovasi Perkhidmatan
Sambutan Hari Inovasi KKDW ini telah Awam (Teknikal) yang dimenangi oleh
dirasmikan oleh Ketua Setiausaha, YBhg. MRSM Terendak melalui produknya LADSA
Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun. Turut (Lightning Alarm Dangerous Strike Alert
hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Sistem).
Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Selain itu bagi Kategori Kajian Penilaian
Abdul Manaf, Setiausaha Bahagian (Kanan) Outcome (KPO), Bahagian Infrastruktur
Khidmat Pengurusan, YBrs. Encik Mohd Komersial (BIK) MARA telah memenangi
Kamal bin Husin dan Pengurusan Tertinggi Tempat Kedua melalui kajian bertajuk
KKDW dan Agensi di bawahnya. Program Pembangunan Usahawan
Profesional (ProSPEC). Manakala Bahagian

26 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


Kemahiran & Teknikal (BKT) MARA telah
memenangi Tempat Ketiga melalui kajian
bertajuk Industrial Boot Camp.
Pencapaian MARA melalui Anugerah Kualiti
dan Inovasi KKDW tahun ini adalah lebih baik
berbanding tahun sebelumnya. Semoga
kemenangan ini dapat menyuntik semangat
kepada pasukan inovasi MARA agar
terus memberi perkhidmatan terbaik dan
menghasilkan produk / program yang lebih
kompetitif dan mampu bersaing diperingkat
tempatan seterusnya antarabangsa serta
memberi manfaat kepada para pelanggan.
Terdahulu dalam program ini turut diadakan
sesi percambahan ilmu melalui slot Ceramah
Inovasi yang telah disampaikan oleh Encik
Hasnan bin Harun dari MARA dan Encik
Shairazi bin Supian dari RISDA.

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 27


KONSERT ASPIRASI MUZIKAL
KETENGAH BAKAT PELAJAR MRSM

SHAH ALAM, 12 Disember 2022 – Konsert pelajar-pelajar mampu cemerlang dalam
Aspirasi Muzikal yang dianjurkan Majlis bidang-bidang ko-kurikulum lain yang turut
Amanah Rakyat (MARA) selama 2 hari pada diberikan penumpuan.
10 dan 11 Disember 2022 ketengah bakat Penganjuran kali ini bertemakan Ekspo
pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains MARA Muzikal 80’an X Tribute to Mamat Khalid itu,
(MRSM). Konsert yang telah memasuki edisi melibatkan 120 pelajar dari 9 buah MRSM
keempat itu menumpukan penglibatan antaranya MRSM Felda, MRSM Mukah,
pelajar MRSM yang aktif dalam bidang MRSM Kuala Klawang, MRSM Taping, MRSM
pembangunan bakat terutamanyaa seni Lenggong, MRSM Langkawi, MRSM Balik
muzik, seni tari dan seni suara. Pulau, MRSM Tun Dr Ismail dan MRSM Tun
MARA bukan sahaja melahirkan pelajar Muhammad Fuad Stephen.
yang cemerlang akademik tetapi juga Pemilihan tema ini ditetapkan supaya ianya
pelajar yang seimbang dan holistik di mana

28 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


mampu mencabar kreativiti pelajar dan Konsert Aspirasi Muzikal ini turut mendapat
dapat menghasilkan satu persembahan kerjasama daripada Badan Permuafakatan
yang lebih kreatif menggunakan alatan Pendidikan MARA Malaysia, Enjit-Enjit
muzik caklempong, sape dan wind orchestra. Semut Motion Pictures, Sarang Art Hub,
Kesungguhan Allahyarham Mamat Khalid Management Science University (MSU) dan
mengangkat semula zaman muzik rock Ansara Malaysia. Selain itu, konsert ini turut
mengikut arahan dan acuan yang tersendiri mendapat tajaan daripada Yakult Malaysia
dalam bidang perfileman wajar dihargai. dan Aqua ANSARA.
Beberapa adegan dalam filem-filem rock
tersebut dilakonkan semula oleh pelajar-
pelajar MRSM yang terpilih.

Hadir ke Konsert Aspirasi Muzikal, Tuan Haji
Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua
Pengarah (Pendidikan) MARA, Encik Abd
Manab bin Abdul Majid, Pengarah Bahagian
Pendidikan Menengah MARA, Dato’ Sayed
Alfeizal Sayed Ahmad, Presiden MUAFAKAT
MARA dan Encik Muhammad Farid bin Ab
Ghani, wakil daripada Management and
Science University.

Sebilangan artis-artis tanahair dan keluarga
Allahyarham turut hadir tanda sokongan ke
atas penganjuran konsert ini.

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 29


MARA BANTU Hadir bersama ke sesi penyampaian
KILANG HAS tersebut, Dr Zulkifli Mukhtar, Pengarah
PIZZA TERIMA Institute of Small and Medium Enterprise
SIJIL HALAL (ISME) UMK, En. Mohd Firman bin Mohd
Fakri, Pegawai MARA Daerah Bachok dan
KOTA BHARU, 14 Disember 2022 - juga Pn. Aspiyati Jusoh (DESB Training &
Kilang HAS Pizza di Kg. Nelayan Kandis, Coaching PLT) selaku perunding dilantik.
Bachok baru-baru ini telah menerima Kilang HAS Pizza merupakan syarikat
pengiktirafan sijil HALAL daripada badan di bawah bimbingan MARA yang telah
pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam beroperasi sejak tahun 2021 dan kini
Malaysia (JAKIM). Sijil ini diperolehi dengan sedang dalam proses meningkatkan kualiti
bantuan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di produk bagi pengembangan perniagaan ke
bawah kemudahan ‘Business Enrichment, peringkat yang seterusnya. Syarikat yang
Standardization and Transformation’ memiliki seramai 5 orang pekerja ini telah
(BEST). menerima beberapa kemudahan daripada
Penyampaian sijil HALAL tersebut telah MARA antaranya pembiayaan DanaNITA,
disempurnakan oleh Pengarah MARA Negeri geran Program Sokongan Pengukuhan
Kelantan, Encik Fazli Rizal bin Ismail pada Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB)
4 Disember 2022. Beliau hadir ke premis dan merupakan usahawanita yang aktif
perniagaan tersebut bersama pegawai menyertai Kursus-kursus anjuran MARA
PUSMA, Encik Mohd Rizalman Zakaria dan Negeri Kelantan.
disambut oleh pemilik syarikat HAS Pizza, Pejabat MARA Negeri Kelantan komited
Puan Halimaton Shaadiah. dalam membantu usahawan bumiputera
tempatan untuk meningkatkan kualiti produk
dan perkhidmatan bagi memastikan lebih
ramai usahawan di negeri tersebut mampu
meluaskan pasaran serta mempunyai daya
saing dalam perniagaan.

30 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


PELABURAN HARTANAH MARA :
TERAP KONSEP PEMBANGUNAN
BAHARU KOMERSIAL-INDUSTRI

KOTA DAMANSARA, 16 Disember 2022 Projek EM Hub yang dibangunkan
– Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui oleh Alcom Group Berhad (AGB) telah
Bahagian Pelaburan dan Pembangunan dilancarkan pada akhir tahun 2019 yang
Subsidiari (BPPS) bersama MARA menghubungkan perkhidmatan logistik,
Incorporated Sdn. Bhd. (MARA Inc.) telah operasi dan kemudahan perniagaan serta
mengadakan lawatan kerja ke projek EM fasiliti yang berkonsep ‘Instant Logistic’.
Hub di Kota Damansara pada 14 Disember Semasa lawatan tersebut, pihak AGB telah
2022. menerangkan konsep dan kelebihan EM Hub
Lawatan yang diketuai oleh Encik Mohd yang mana telah mendapat sambutan yang
Halmishahril bin Ahmad Jamir, Pengarah amat menggalakkan daripada pembeli.
Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Di akhir pertemuan, kedua-dua pihak
Subsidiari MARA adalah bagi meneroka berhasrat untuk meneroka kerjasama
peluang pelaburan hartanah yang strategik dalam pembangunan hartanah
berkonsepkan industri komersial baharu. yang dapat memberi impak tinggi serta
Turut hadir dalam lawatan tersebut melaksanakan aktiviti penzahiran nilai
adalah Encik Faizul Idzhar bin Ahmad Yazi, sebenar (unlocking value) ke atas aset-aset
menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif MARA.
MARA Inc. bersama pegawai-pegawai
BPPS.

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 31


PROGRAM YOUNG APPRENTICE
LEADERSHIP BENTUK KEPIMPINAN
PELAJAR MRSM

Kuala Lumpur, 15 Disember 2022 – Bak berkomunikasi, kemahiran kepimpinan
benar kata bidalan Permata lagi digilap lagi berkarisma dan kemahiran penyediaan
bersinarlah kilauannya, 30 orang pelajar kertas kerja dan laporan program yang
MRSM hari ini bagai menepati bidalan berkesan.
tersebut apabila terpilih dari 267 pelajar di Pelajar juga didedahkan bagaimana
kalangan Badan Kepimpinan Pelajar MRSM membina satu bentuk resolusi kepada
se-Malaysia untuk menghadiri bengkel 17 Matlamat Pembangunan Mampan
Pembentangan Resolusi “Sustainable (Sustainable Development Goals) oleh
Development Goals in MRSM” di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam
program Young Apprentice Leadership menjadikan Malaysia sebuah negara
(Y.A.L.E III), 2022. Majlis penutupan program yang membangun, makmur, dan berdaya
disempurnakan oleh YBhg. Encik Razlan tahan seterusnya memberi impak kepada
Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah kestabilan ekonomi dan perkembangan
(Pendidikan) MARA semalam. persekitaran sosial negara.
Siri bengkel program Y.A.L.E yang Umpama ‘melentur buluh biarlah dari
mensasarkan pemantapan daya kepimpinan rebungnya’, program selama seminggu
di kalangan pelajar ini dilaksanakan di di PUSKEP dikendalikan oleh pensyarah
PUSKEP, Lenggong, Perak melalui modul dari Universiti Malaya dan jurulatih pakar
aktiviti khas memperlengkapkan kemahiran dalam Neuro-Linguistic Programme
sedia ada pelajar terutama dalam kemahiran

32 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


(NLP) telah memperkenalkan teknik maju ke hadapan dan menpraktikkan semua
memahami siapakah yang boleh digelar pengetahun yang telah dipelajari sepanjang
pemimpin, bagaimana membina jati diri dan penglibatan dalam program Y.A.L.E ini.
berketrampilan sebagai seorang pemimpin Beliau turut menasihati pelajar agar
dan kemahiran komunikasi dan pengucapan menjadikan Rasullah S.A.W sebagai sumber
awam. rujukan dan idola dalam melangkah jauh
Pelajar cemerlang MRSM ini turut didedahkan dalam karier masing-masing kelak kerana
dengan konsep dan percambahan idea sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah
berkaitan seorang Pemimpin Pelajar dalam diutuskan Allah S.W.T untuk membawa
menerokai pelaksanaan pembelalajaran di rahmat ke seluruh alam.
abad ke-21 di peringkat global.

En.Razlan yang sempat beramah mesra
dengan pelajar-pelajar tersebut turut
bangga dengan komitmen dan prestasi
yang ditonjolkan oleh bakal pemimpin dari
MARA ini terutama pelajar termuda program
Y.A.L.E yang berusia 14 tahun namun telah
menanam hasrat dan iltizam untuk menjadi
Perdana Menteri Malaysia ke 24.

Bagai seorang bapa menasihati anak-
anaknya, En. Razlan menitipkan nasihat
agar tidak menoleh ke belakang lagi usai
tamatnya program ini, teruskan melangkah

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 33


PUSPANITA MARA JAYAKAN PROGRAM
JALINAN SIHAT

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2022 - mental dan emosi serta memupuk semangat
Seramai 40 orang ahli PUSPANITA MARA kerjasama dalam kalangan peserta warga
bersama-sama menjayakan Program Jalinan kerja wanita MARA.
Sihat yang diadakan di Taman Tugu pada 16 Menjadi sebahagian peranan PUSPANITA
Disember 2022. MARA untuk melaksanakan program
Program menerokai alam semulajadi kestabilan kesihatan mental dan fizikal warga
diselangi dengan penerangan ringkas info kerja wanita agensi itu. Justeru, pelaksanaan
kesihatan ini mengambil masa lebih kurang pelbagai program termasuk program
dua jam dan turut dimeriahkan dengan motivasi serta aktiviti luar turut menjadi
kehadiran Pengerusi PUSPANITA MARA, sebahagian agenda dan pelaksanaan
YBhg. Datin Sri Zuriati binti Yusoff yang program hari ini juga adalah kesinambungan
turut serta dalam acara tersebut. daripada program PUSPANITA MARA
Penganjuran Program Jalinan Sihat ini FIT4LIFE yang mana warga kerja wanita
mampu melahirkan rasa ceria di samping turut diberi ruang untuk beriadah bagi
meningkatkan kesedaran terhadap mengurus serta mengurangkan tekanan
kepentingan mengutamakan gaya hidup kerja harian di pejabat mahupun di rumah.
sihat. Malahan program anjuran PUSPANITA
MARA itu berupaya memperkukuh kekuatan

34 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


MARA
PAHANG
HARGAI JASA
WARGA
KERJA
BERKHIDMAT
SELAMA 25 &
40 TAHUN

KUANTAN, 17 Disember 2022 - MARA
Negeri Pahang telah mengadakan Majlis
Penghargaan Perkhidmatan MARA 25 &
40 tahun bagi tahun 2021 & 2022 pada
16 Disember 2022 bertempat di Dewan
PUSMA, Pejabat MARA Negeri Pahang.
Seramai 24 penerima bagi anugerah
perkhidmatan kategori 25 tahun dan 2
penerima kategori 40 tahun daripada pusat-
pusat MARA di Negeri Pahang.
Majlis disempurnakan oleh Pengarah MARA
Negeri Pahang dan turut dihadiri oleh
pengawal-pengawal pusat pentadbiran
MARA Pahang.
Syabas & Tahniah kepada semua penerima!

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 35


BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL
UNGGULI KARNIVAL BOLA JARING
PERINGKAT IBU PEJABAT MARA

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2022 - oleh Bahagian Sumber Manusia, sementara
Kontinjen Bahagian Kemahiran dan Teknikal Bahagian Komunikasi Korporat berjaya
mengungguli Karnival Bola Jaring Peringkat menduduki tempat keempat.
Ibu Pejabat MARA apabila dinobatkan Untuk rekod, karnival yang diadakan
sebagai juara keseluruhan pertandingan itu. sehari di Sportizza, Setapak itu melibatkan
Ini selepas pasukan tersebut berjaya penyertaan 12 bahagian di Ibu Pejabat
mengutip mata yang paling banyak MARA termasuk Pejabat MARA Negeri
sekaligus menewaskan 11 pencabar lain Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan
yang turut mengambil bahagian. 135 warga kerja mengambil bahagian.

Tempat kedua menjadi milik Bahagian
Pendidikan Tinggi, tempat ketiga dimenangi

36 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


e-KOMPILASI DISEMBER 2022 37


MAJLIS KONVOKESYEN GMI KALI KE-
28 RAI 1,146 GRADUAN

KAJANG, 20 Disember 2022 – Seramai YBhg. Tuan Haji Razlan bin Haji Samsuri,
1,146 graduan diraikan pada Majlis Timbalan ketua Pengarah (Pendidikan)
Konvokesyen kali ke 28 yang bertempat di MARA, hadir menyempurnakan
Pusat Konvensyen Bangi Avenue pada hari pengisytiharan majlis konvokesyen tersebut
ini. Daripada jumlah tersebut, 230 graduan dan seterusnya menganugerahkan Diploma
adalah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, kepada para graduan.
904 graduan dari Jabatan Kejuruteraan
Elektrikal dan 12 graduan dari program Melalui ucapannya beliau berkata, GMI masih
German Dual Vocational Training (GDVT). kekal relevan dan berdiri megah selama
Konvokesyen ini sudah pastinya melakarkan 30 tahun (1992-2022) sebagai pelopor
detik bersejarah kepada para graduan institusi pendidikan TVET di Malaysia
yang telah menamatkan pengajian dengan yang juga merupakan penyumbang utama
jayanya, dan apa yang lebih membanggakan, dalam melahirkan pembangunan modal
kumpulan graduan kali ini merupakan antara insan yang bukan sahaja berpengetahuan
yang terkesan pembelajaran disebabkan dan berkemahiran tinggi, malah berdaya
pandemik COVID 19. saing untuk terus menyumbang kepada
pembangunan negara.

38 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


Tambahnya lagi, kadar kebolehpasaran Muhamad Aizat bin Wan Ali, graduan dari
sehingga 97% membuktikan graduan GMI Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah
menjadi pilihan industri selain mendapat berjaya menerima Anugerah Pencapaian
akses mudah untuk melanjutkan pengajian Paling Cemerlang atau dikenali sebagai GMI
ke peringkat ijazah di mana-mana universiti Ehrenpreis für Exzellenz 2022 Award yang
di dalam dan luar negara. membawa pulang RM3,000.00 tunai, plak
Majlis Konvokesyen yang berlangsung anugerah dan sijil penghargaan. Untuk
melibatkan 2 sidang ini turut menyaksikan rekod, sehingga kini, GMI telah berjaya
pengurniaan Anugerah Khas bagi Projek melahirkan seramai 12,556 graduan dalam
Tahun Akhir Terbaik dan Pelajar Terbaik bidang kejuruteraan dan teknologi.
Keseluruhan kepada Saudara Wan

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 39


TIMBALAN KETUA PENGARAH
KEUSAHAWANAN MARA
KONGSI MAKLUMAT EKOSISTEM
KEUSAHAWANAN MARA

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2022 – Perkongsian ilmu ini berperanan penting
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business untuk memupuk jaringan dan komunikasi
School dalam forum ‘MARA-Outlining the dua hala antara pelajar bersama industri
Entrepreneurship Development’ yang yang pakar dalam bidang keusahawanan.
disampaikan oleh YBhg. Dato’ Zulfikri Seramai 100 orang pelajar UniKL turut
Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah berpeluang berkomunikasi bersama
(Keusahawanan) MARA dan selaku Profesor Dato’ Zulfikri bagi mendapatkan input
Adjung UniKL Business School telah memberi mengembangkan perniagaan menerusi
manfaat ilmu pengetahuan serta informasi ekosistem keusahawanan MARA.
mengenai ekosistem keusahawanan MARA Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Roziah Binti
kepada para pelajar. Omar Presiden/Ketua Pengarah Eksekutif
Dato’ Zulfikri dalam program itu telah Universiti Kuala Lumpur, YBhg. Encik Yahaya
mengetengahkan empat (4) perkara Bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan
penting mengenai keusahawanan MARA Usahawan MARA, YBhg. Assoc. Prof. Dr.
secara keseluruhan iaitu Sejarah MARA, Sheikh Muhamad Hizam Bin Haji Sheikh
Eksosistem Keusahawanan MARA, Program Khairuddin, Dekan Unikl Business School,
Pembangunan Usahawan dan Kepentingan dan YBrs. Encik Mohd Hazry Bin Osman,
MARA di alaf yang baharu. Timbalan Pengarah Bahagian Pembiayaan
Perniagaan.

40 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


e-KOMPILASI DISEMBER 2022 41


RESTU AYAH IBU IRINGI KEJAYAAN
AIZAT MERAIH PELAJAR TERBAIK GMI
2020

BANGI, 22 Disember 2022 - “Kasihnya ibu peringkat diploma di GMI dalam bidang
membawa ke syurga, kasihnya ayah tika Kejuruteraan Teknologi Mekanikal (Sistem
masa berada”, benarlah bagai bait-bait Pembuatan) tahu apa yang beliau mahukan
nasihat pujangga, kasih sayang ibu ayah dalam kerjayanya dan sentiasa yakin
tidak ternilai tingginya. Wan Muhammad perlunya untuk mempertingkat kemampuan
Aizat Wan Ali, yang pernah melalui fasa dan mengenal pasti kelebihan diri dalam
kemurungan dan keresahan dalam diri mengejar cita-cita.
ketika waktu pengajiannya memegang Beliau yang juga penerima anugerah khas
teguh nilai kasih sayang kedua ibu bapanya Lembaga Pengarah GMI bagi kategori
buat semangat untuk beliau bangun semula pelajar terbaik Kejuruteraan Teknologi
di samping percaya akan kebolehan Mekanikal menerima hadiah wang tunai
dan kemampuan diri sehingga akhirnya RM2 ribu bagi kategori pelajar terbaik
beliau dinobatkan sebagai pelajar terbaik mekanikal sementara RM3 ribu lagi sebagai
keseluruhan di Majlis Konvokasyen ke-28 pelajar terbaik keseluruhan. Hadiah telah
German-Malaysian Institute (GMI) yang ditaja dan disumbangkan oleh TWI Services
berlangsung pada 20 Disember di Bangi dan (Advance retro Solution ) ARS Sdn Bhd
Avenue Convention Centre (BACC), Bangi, masing-masing.
Selangor.

Aizat seorang lulusan dari sebuah sekolah Kelebihan dan kesungguhan yang
menengah teknik di pantai timur yang ditunjukkan Aizat dalam menimba ilmu dan
kemudiannya melanjutkan pengajian menyelesaikan tugasan projek dengan

42 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


cemerlang menjadikan beliau pilihan
pensyarah sebagai pembimbing dan
mentor jemputan kepada pelajar baharu
GMI sekiranya berkelapangan.
Aizat yang sentiasa memandang tinggi
akan keperibadian kedua ibu bapanya
bagi mendapatkan inspirasi dan aspirasi
sepanjang mengharungi kepayahan
pengajiannya di GMI jelas terpancar ketika
mengangkat tinggi keperibadian mereka
berdua ketika menyusun kata dalam sebak
tangis beliau dalam ucapannya di pentas
sebagai pelajar terbaik keseluruhan.
Kasih sayang beliau terhadap mereka turut
menjadi tumpuan tetamu di dewan apabila
beliau turun dari pentas untuk memeluk
mereka berdua sambil menyampaikan
jambangan bunga tanda terima kasih
kepada kedua ibu bapanya.
Dalam temubual bersama Media MARA
sejurus selesai majlis, Aizat menyatakan
bidang TVET menjadi pilihan beliau kerana
percaya kemahiran dalam bidang teknologi
sentiasa seiring bersama pembangunan
sesebuah negara industri dan nekad terus
mempelajari dan mendalami bidang TVET
bagi memastikan beliau tidak ketinggalan
dalam arus pembangunan negara.

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 43


MARA
TERENGGANU
AGIH
SUMBANGAN
UNTUK
WARGA
KERJA MARA
TERLIBAT
BANJIR

KUALA TERENGGANU, 24 Disember 2022 Antara sumbangan ‘Kit Bantuan Bencana’
- Pejabat MARA Negeri Terengganu mula yang diberikan adalah barangan keperluan
menyalurkan bantuan berupa barangan seperti makanan, minuman, pakaian, kit
keperluan harian kepada warga kerja MARA mandian dan lain-lain. Kit tersebut telah
termasuk MRSM yang terlibat dengan banjir disampaikan di Pejabat Mara Negeri
di daerah Kuala Terengganu, minggu ini. Terengganu dan di rumah mangsa bagi
Berikutan itu, Pengarah MARA Negeri yang tidak dapat hadir ke pejabat.
Terengganu, Encik Abdul Wahab bin Encik Wahab berkata, sumbangan itu
Mustafa telah menyampaikan ‘Kit Bantuan diharap dapat membantu meringankan
Bencana’ kepada mereka yang terlibat beban dihadai mangsa banjir. Usaha ini
di daerah tersebut pada 22 Disember juga merupakan tanda keprihatinan MARA
2022. Terdahulu Encik Abdul Wahab turut terhadap warga kerja yang terjejas serta
meluangkan masa menziarahi rumah mereka menyokong inisiatif ‘MARA Prihatin’.
yang terjejas akibat bencana tersebut.

44 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


CSR MARA PRIHATIN GERAKAN KERJA
PEMBERSIHAN AKIBAT BANJIR DI
KKTM DAN PEJABAT MARA DAERAH
PASIR MAS

PASIR MAS, 28 Disember 2022 – Warga KKTM Pasir Mas, MERT IKM Sik, Kedah,
kerja MARA Kelantan berganding-bahu MRSM Jeli, MRSM Pengkalan Chepa, dan
melakukan gerak kerja pembersihan Pejabat Kolej-Poly Tech MARA (KPTM) Kota Bharu.
MARA Daerah dan Kolej Kemahiran Tinggi Semoga seluruh warga MARA yang dilanda
MARA di Pasir Mas akibat dilanda banjir banjir sentiasa dilindungi dari segala musibah
menerusi CSR MARA Prihatin. bencana alam yang boleh mengakibatkan
Usaha pembersihan ini telah dilakukan kehilangan nyawa dan harta benda.
hampir 80 warga kerja MARA Kelantan
yang terdiri daripada Pejabat MARA Negeri
Kelantan, Pejabat MARA Daerah Pasir Mas,

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 45


Sekitar Terengganu Showcase yang sedang berlangsung di Lobi, Ibu
Pejabat MARA, Kuala Lumpur bermula 27 hingga 30 Disember 2022.
Pelbagai promosi menarik serta demonstrasi produk hasil usahawan
Terengganu akan diadakan.
Apa tunggu lagi, Jom ramai-ramai ke Terengganu Showcase!

46 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


Sedang berlangsung Walkabout Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan)
MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri Bin Osman ke Program Terengganu Showcase 2022
di Lobi Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.
Terengganu Showcase yang bermula 27 sehingga 30 Disember 2022 ini merupakan
salah satu program anjuran MARA Negeri Terengganu dengan kerjasama Yayasan
Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu bagi mempromosikan produk kraf,
tekstil, makanan tradisi dan pelbagai lagi produk usahawan Negeri Terengganu.

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 47


48 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


MARA PRIHATIN : MISI BANTUAN
BANJIR & SOKONGAN PSIKOSOSIAL
KAUNSELOR MARA

HULU BESUT, 27 Disember 2022 - Melalui ucapan semasa taklimat sukarelawan,
PEKAMARA dengan kerjasama MRSM Besut, Kaunselor Mohd Azmi Bin Hassan yang
MRSM Kota Putra dan PMN Terengganu merupakan Penyelaras Program berkata,
telah meneruskan inisiatif MARA Prihatin misi bantuan tersebut bermatlamat
dengan memberikan sumbangan bakul untuk memberikan sokongan emosi dan
makanan kepada 250 keluarga yang terjejas menunjukkan solidariti serta keprihatinan
akibat banjir baru-.baru ini. MARA kepada mangsa yang terjejas.
Program yang mendapat sokongan Sementara itu, Encik Fauzi Bin Long
Yayasan Hasanah ini menyasarkan mangsa selaku Penghulu Kampung Bekok juga
banjir sekitar Hulu Besut, Terengganu iaitu merakamkan rasa syukur dan menghargai
di Kampung Bukit Payong , Kampung Bekok sumbangan yang diberikan. Rata-rata
dan Kampung Batu 13. penerima merakamkan ucapan terima kasih
Seramai 40 orang sukarelawan yang terdiri kepada Yayasan Hasanah, PEKAMARA dan
daripada warga kerja MRSM dan MARA sukarelawan MARA yang terlibat.
Negeri itu bersama-sama menyantuni
mangsa banjir.

e-KOMPILASI DISEMBER 2022 49


Ucapan YBhg. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf,
Ketua Pengarah MARA sempena Tahun Baharu
2023.
50 e-KOMPILASI DISEMBER 2022


Click to View FlipBook Version