The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Saidatul Mazni Binti Mohd Adnan, 2024-06-22 11:26:19

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DAN APLIKASINYA

Pembentangkan Kumpulan 8 Subjek PGA 101

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISme DAN APLIKASI PGA 101


NAMA AHLI KUMPULAN 8 HARSHINI A/P MAHENDRAN (157169) NUR ALIA NAZIHAH BINTI ROHASYIMI (157737) SAIDATUL MAZNI BINTI MOHD ADNAN (158952) NAMA PENSYARAH PROF.MADYA DR.NIK ROSILA BINTI NIK YAACOB


SUB TAJUK MUKA SURAT Pengenalan Teori Konstruktivisme 5-10 Tokoh Pelopor Teori Konstruktivisme 11 Teori Konstruktivisme Kognitif Jean Piaget 12-19 Teori Konstruktivisme Sosial Lev Vygotsky 20-27 Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme 28-30 Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme 31-34 Peranan Murid dalam Pembelajaran Konstrutivisme 35-38 ISI KANDUNGAN


Cabaran dalam Teori Konstruktivisme 39-40 Aplikasi Teori Konstruktivisme 41 Model Konstrutivisme Lima Fasa Needham 42-47 Model Pembelajaran 5E 47-49 Kesimpulan 50 Rujukan 51-52 ISI KANDUNGAN SUB TAJUK MUKA SURAT


PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME


TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme merupakan suatu teori yang bersifat membangun iaitu membangun dari segi proses pembelajaran,pemahaman dan kemampuan.Selain itu konstruktivisme juga bermaksud proses mengasimilasi dan mengaitkan pengalaman dan pengajaran yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada murid.Teori konstruktivisme boleh didefinisikan sebagai suatu pembelajaran yang bersifat generatif di mana murid mencipta makna berdasarkan perkara yang dipelajari. Konstruktivisme juga merupakan suatu kefahaman di mana murid membina pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.Menurut teori ini,guru bukan sahaja memberikan pengetahuan malah berperanan secara aktif untuk membangunkan pengetahuan dalam memori murid.Melalui cara ini,murid diberi peluang untuk mengemukakan idea masing-masing seterusnya dapat memberikan kefahaman tentang sesuatu pembelajaran dengan catatan dan bahasa mereka sendiri.


Murid membina sendiri pengetahuan dengan menguji idea-idea serta pendekatan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada,mengaplikasi pada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baharu yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia ada. Brinner.M(1999) Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.Berdasarkan penyelidikan didapati individu bukan menerima pengetahuan daripada orang lain tetapi membina pengetahuan.McBrien dan Brandt (1997) Terdapat beberapa definsi teori konstruktivisme yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh individu.Antara maksud dan definisi tersebut ialah:


Seorang ahli pendidikan Deway mejelaskan proses pembelajaran berorientasikan pelajar bagi memastikan pelajar dapat menganalisis pengalaman mereka dan menggalakkan pelajar menjadi lebih bertanggungjawab terhadap diri dan lebih terarah. Withall,1991 Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dan mensintesiskan pengalaman baharu berdasarkan kefahaman sedia ada dan membentuk peraturan melalui refleksi berdasarkan interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan menginterpretasi apa yang dilihat agar sepadan dengan peraturan yang dibentuk agar dapat menerangkan maklumat baharu dengan lebih baik. (Brooks & Brooks, 1993)


Secara kesimpulannya,dalam proses pembelajaran ini,murid menimba pengetahuan melalui penglibatan diri secara aktif dan membandingkan maklumat baharu dangan maklumat yang sedia ada untuk mencapai kefahaman tentang maklumat baharu serta dapat menyelesaikan masalah.


Gambaran pengertian konstruktivisme Simbol A menunjukkan pengetahuan yang sedia ada oleh murid. Simbol B menunjukkan maklumat atau idea baharu yang diperoleh melalui pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Simbol C menunjukkan murid mengintegrasikan pengetahuan baharu dengan pengetahuan yang sedia ada untuk mencapai kefahaman tentang maklumat baharu.


TOKOH PELOPOR TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME JEAN PIAGET 1896-1980 LEV VYGOTSKY (1896-1934) JEROME BRUNER (1915-1980) JOHN DEWEY 1929


TEORI KONSTRUKTIVISME KOGNITIF JEAN PIAGET


BIODATA TOKOH JEAN PIAGET Dilahirkan di Neuchatel,Switzerland pada 9 Ogos 1896.Beliau merupakan ketua Experimental Psikologi Switzerland.Beliau juga telah menulis lebih 60 buah buku dan ratusan artikel pada akhir kerjayanya.Beliau merupakan ahli psikologi yang paling terkemuka.Penyelidikan Piaget tertumpu kepada cara manusia memperoleh ilmu pegetahuan.Beliau telah mencadangkan empat prinsip konsep iaitu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman dalam sistem mental.Antara contonya adalah skema,adaptasi,asimilasi dan akomodasi.


TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME KOGNITIF JEAN PIAGET Menurut Piaget manusia mempunyai struktur pengetahuan dalam otak mereka.Pembinaan pengatahuan atau lebih dikenali sebagai teori pembelajaran ialah proses di mana murid dianggap sebagai pembina pengetahuan.Murid membina pengetahuan berdasarkan topik yang dipelajar dengan menghubungkan pengetahuan baharu dan pengetahuan sedia ada.Setiap pengalaman yang ada akan dimaknai dan setiap pengalaman itu berbeza antara individu.Apabila memperoleh pengalaman yang baharu ia akan dihubung kait dengan pengalaman yang sedia ada dalam otak murid tersebut.Keadah pembelajaran konstruktivisme kognitif ini bertujuan membantu pelajar untuk mengasimilasikan maklumat baharu kepada pengetahuan sedia ada mereka.


KONSEP ASAS TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME KOGNITIF PIAGET (1970) SKEMA (KEBOLEHAN DAN PENGALAMAN INDIVIDU ADAPTASI PROSES PENYESUAI ADAPTASI (PROSES PENYESUAIAN) ASIMILASI (MAKLUMAT BAHARU MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN MAKLUMAT SEDIA ADA) AKOMODASI (MAKLUMAT BAHARU TIDAK SAMA DENGAN MAKLUMAT SEDIA ADA) EQUILIBRASI DISEQUILIBRASI


SKEMA Menurut Piaget skema merupakan suatu struktur kognitif yang terbentuk melalui pengalaman.Skema juga merupakan suatu blok asas tingkah laku pintar.Blok asas tingkah laku pintar merupakan cara untuk mengatur pengetahuan.Skema juga boleh dikenali sebagai satu unit pengetahuan yang berkaitan aspek seperti objek,tindakan dan konsep abstrak seperti teori.Menurut Wadsworth(2004) skema memberitahu individu cara bergerak balas terhadap suatu ransangan.Skema seseorang boleh berubah berkembang seiring peningkatan umur. Contoh skema: Seseorang mempunya skema membeli makanan di restoran.Di sini,skema ialah corak tingkah laku individu tersebut seperti memilih menu makanan,memesan makanan dan membayar bil.Oleh itu,setiap kali individu tersebut berada di restoran dia akan mendapat semula skema melalui ingatannya dan mengaplikasikan pada situasi.


PROSES PENYESUAIAN ASIMILASI Proses menyesuaikan maklumat baharu dalam skema,persepsi dan pemahaman sedia ada.Setiap pemahaman yang sedia ada tidak berubah walaupun terdapat maklumat baharu.Hal ini bermakna apabila mendapat maklumat baharu seseorang tersebut akan merujuk kepada maklumat sedia ada iaitu maklumat yang dipelajai sebelum ini dan cuba menyesuaikan kedua-duanya. Contoh Asimilasi: Kanak-kanak berumur 2 tahun melihat seorang lelaki botak di atas kepalanya dan mempunyai ramput keriting panjang di sisi.Melalui skema kanak=kanak tersebut dia mengetahui bentuk rupa sebegitu merupakan rupa badut.Oleh itu,kanak-kanak tersebut menjerit 'badut' 'badut' kepada bapanya.


AKOMODASI Proses menyemak persepsi dan pemahaman sedia ada supaya maklumat baharu boleh digabungkan.Akomodasi berlaku apabila skema sedia ada perlu diubah untuk memahami situasi baharu.Akomodasi yang terjadi juga akan membentuk skema baharu yang sesuai dengan ransangan baharu atau mengubah skema sedia ada sehingga sesuai dengan ransangan yang baharu itu. Contoh akomodasi: Dalam kejadian badut tadi,bapa kanak-kanak tersebut menjelaskan kepada anaknya lelaki yang dilihat tersebut bukan badut walaupun rambut lelaki itu dilihat seperti badut tetapi dia tidak memakai kostum lucu dan tidak membuat orang ramai ketawa.Oleh itu,kanak-kanak tersebut mendapat pengetahuan baharu,maka skema telah berubah menjadikannya lebih sesuai dengan idea atau konsep baharu.


KESEIMBANGAN Keseimbangan berlaku apabila skema boleh menerima kebanyakan maklumat baharu melalui proses asimilasi.Keseimbangan merupakan suatu daya yang mendorong proses pembelajaran.Namun begitu,proses ketidakseimbangan boleh berlaku apabila maklumat baharu yan diterima tidak dapat dimuatkan dalam sedia ada ketika proses asimilasi.Setiap individu akan berusaha untuk memulihkan keseimbangan dengan cara menguasai cabaran baharu iaitu akomodasi.


TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL LEV VYGOTSKY


BIODATA TOKOH LEV VYGOTSKY Beliau dilahirkan di Orsha pada 17November 1896.Vygotsky telah menulis buku tentang Pemikiran dan Bahasa serta Fikiran Masyarakat.Beliau juga telah memperkenalkan teori konstruktivisme sosial dan memperkenalkan idea Zon Perkembangan Proksimal.Seterusnya,beliau juga telah memperkenalkan konsep perancah'scaffolding' yang berkait rapat dengan ZPD.


TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME sosial LEV VYGOTSKY Menurut Vygotsky terdapat dua peringkat perkembangan kognitif iaitu peringkat sosial di mana pemerolehan maklumat berdasarkan interaksi antara dua individu manakala peringkat yang kedua ialah peringkat individu di mana maklumat diperoleh individu tersebut mempunyai kemahiran menukarkan maklumat maklumat dan pengetahuan berdasarkan kefahaman daripada interaksi sosial.Seterusnya,murid-murid membina pengetahuan secara individu serta sosial.Oleh itu,murid perlu diberi peluang untuk berinteraksi dengan maklumat yang disampaikan supaya dapat membuat interpretasi masing-masing.Setiap murid mempunyai latar belakang,budaya,kebolehan dan minat yang berbeza menyebabkan mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang berbeza.


zon perkembangan proksimal(zpd) Zon Perkembangan Proksimal menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh murid-murid dijayakan dengan bantuan orang yang lebih dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.Menurut Vygotsky apabila murid berada pada zon ini dengan memberikan bantuan yang sesuai akan memberikan rangsangan yang cukup bagi seseorang murid melengkapkan tugasan.ZPD juga merupakan jurang di antara apa yang murid boleh lakukan tanpa bantuan dengan apa yang boleh murid lakukan dengan bantuan.Terdapat tiga komponen yang penting dalam proses ini iaitu: Kehadiran mereka yang mempunyai pengetauan dan kemahiran melebihi murid lain. Interaksi sosial murid dengan tutor yang membolehkan murid mengikuti bimbingan daripada mereka yang lebih berpengetahuan sepert guru. Aktiviti sokongan 'Scaffolding'yang disediakan sebagai soongan kepada murid.


Tahap zon perkembangan proksimal Penyelesaian masalah oleh kanak-kanak tanpa sebarang bantuan Penyelesaian masalah oleh kanak-kanak dengan bantuan dan bimbingan daripada orang dewasa TAHAP PERKEMBANGAN SEBENAR TAHAP PERKEMBANGAN BERPOTENSI


model zpd Lingkaran berwarna ungu menunjukkan murid memerlukan bantuan dan bimbingan daripada guru dan rakan sebaya yang mahir untuk menyelesaikan masalah dan melaksanakan tugasan. Lingkaran biru menunjukkan murid memerlukan bimbingan dan bantuan secara total daripada guru dan rakan sebaya yang mahir. Lingkaran hijau menunjukkan murid mempunyai sedikit pengetahuan tetapi memerlukam sedikit bimbingan daripada guru dan rakan sebaya yang mahir untuk pembelajaran dan menyelesaikan masalah.


KONSEP scaffolding/perancah Konsep perancah merupakan teknik yang digunakan oleh seseorang yang memiliki kemahiran untuk membantu seseorang yang kurang pengetahuan.Sebagai contoh,guru dan rakan sebaya yang mahir memberi bantuan kepada murid yang lemah dan memerlukan bantuan sahaja. Menurut Hartman(2002) tujuan guru mengajar berpandukan scaffolding adalah untuk menjadikan pelajar sebagai penyelesai masalah dan individu pembelajar yang bebas. Melalui pendekatan scaffolding dapat menjadikan murid berminat dalam melaksanakan tugasan dengan efektif sehingga berjaya dan dapat mengembambang potensi dan zon perkembangan proksimal pelajar.


JENIS CONTOH MODELLING Guru seni lukis telah mendemonstrasikan cara melukis sebelum mengarahkan pelajar untuk cuba melukis secara bersendirian SOALAN JAWAB Guru bertanyakan soalan selepas memberi penerangan kepada murid. PROMPTING (DORONGAN) Guru memberi sokongan an dorongan kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah dan melaksanakan tugasan JENIS SCAFFOLDING DAN APLIKASI DALAM BILIK DARJAH


CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.


CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen


CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Menyokong pembelajaran secara koperatif Menggalakkan dan menerimaa daya usaha dan autonomi murid Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar


KELEBIHAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Lebih berfikir Lebih seronok Lebih yakin Lebih ingat Lebih faham Lebih berkemahiran sosial


Berfikir Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. Faham Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.


Ingat setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. yakin Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.


Kemahiran sosial Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. kemhiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru-guru dalam membina pengetahuan mereka. Seronok Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.


Peranan murid dalam pembelajaran konstruktivisme Mengemukakan soalan dan isu, membuat analisis dan menjawab soalan itu Berbincang dengan guru yang akan membantu mengukuhkan idea mereka Mencabar hipotesis untuk membuat ramalan serta menguji hipotesis mereka melalui perbincangan Menggunakan data dan bahan fizikal, manipulatif untuk menolong menjana idea


- Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. - Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid - Membantu murid menyedari kerevelenan kurikulum kepada kehidupan mereka -Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis Peranan guru dalam pembelajaran konstruktivisme


Peranan guru dalam pembelajaran konstruktivisme - Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian,menganalisis,meramal,meneroka dan membuat hipotesis - Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka -Menggalakan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid lain


Peranan guru dalam pembelajaran konstruktivisme - Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan dikemukakan - Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea yang telah dijanakan - Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu - Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat


Guru harus memiliki kreativiti yang tinggi dalam menyampaikan pengetahuan pembelajaran. Dalam teori konstruktivisme, guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan kreatif dalam membimbing pelajar untuk membina pengetahuan mereka sendiri. Guru juga memainkan peranan penting untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan bepengetahuan luas. Guru merasa mereka tidak mengajar Penerangan yang guru terangkan semasa pengajaran dan pembelajaran tidak difahami sepenuhnya oleh pelajar. Pembelajaran konstruktivis berasaskan pembelajaran berpusatkan murid di mana murid aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah berpusatkan murid merujuk murid bertindak aktif dalam pembelajaran dan guru hanya membimbing sahaja. CABARAN DALAM TEORI KONSTUKTIVISME


Pembelajaran jangka masa panjang Pembelajaran konstruktivisme mengambil masa yang agak lama. Hal ini kerana pelajar perlu memerlukan masa untuk menyelesaikan tugasan yang diberi kepada mereka di mana mereka perlu membuat analisis dan pemerhatian sendiri. Kawalan kelas agak merosot. Guru sukar mengawal murid-murid dalam kelas sehingga menyebabkan murid bertindak agresif. Hal ini disebabkan kerana murid sangat aktif dalam membina pengetahuan mereka sendiri. Guru berasa sukar untuk mengawal kelakuan murid yang agresif dan guru perlu bijak dan mahir mengawal pembelajaran berasaskan konstruktivisme. CABARAN dalam teori KONSTUKTIVISME Terdapat beberapa kesulitan dan cabaran dalam pelaksanaan dan pembelajaran konstruktivisme, namun guru perlu beruasa mengatasi cabaran-cabaran tersebut untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermanfaat kepada pelajar.


APLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME


Model ini dicadangkan oleh Needham dalam 'Children ' s Learning in Science Project' di Universiti Leeds, United Kingdom pada tahun 1987. 5 fasa ini menekankan kepada peranan murid dalam pembelajaran dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kelebihan pendekatan ini: 1.Murid berpeluang membina pengetahuan secara aktif. Untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep serta menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktid dalam kelas. 2. 3.Pembelajaran tradisional dikaitkan dengan pembelajaran moden. 4.Perkaitannya dibina sendiri oleh murid, bukan guru. Konsep yang dibina pada struktur kognitif pelajar akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pengalaman baru. 5. MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM (1987)


PENCETUSAN IDEA PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA APLIKASI IDEA LIMA FASA NEEDHAM ORIENTASI REFLEKSI


Satu model instruksional yang berasaskan kepada pendekatan konstruktivisme untuk pembelajaran. Kaedah ini menyatakan bahawa pelajar membina idea baharu berdasarkan kepada idea lama mereka. Pendekatan ini membantu menghasilkan satu pembelajaran berkesan dalam menjana pemikiran aras tinggi pelajar. 5E ini merupakan fasa pembelajaran yang membolehkan pelajar dan guru untuk membuat aktiviti yang biasa dengan menggunakan pengetahuan asas untuk meningkatkan kefahaman kepada konsep dengan berterusan. MODEL PEMBELAJARAN 5E


1. Engage (Penglibatan) Dalam peringkat ini, penglibatan murid secara aktif diberi lebih penekanan dalam pembelajaran. Guru akan memperkenalkan konteks pembelajaran yang ingin diajar dan menyediakan situasi bagi episod pembelajaran. Dalam penglibatan ini murid berupaya membina pemahaman asas terhadap aktiviti yang dijalankan. Guru boleh menarik minat dan fokus pelajar dengan aktiviti menarik dan rangsangan minda seperti kuiz, video, gambar lagu dan sebagainya. 2. Explore (Penerokaan) Dalam kelima-lima prinsip ini, prinsip Explore merupakan komponen yang paling penting kerana murid dapat membina pemahaman konsep berasaskan first hand experience dan murid didedahkan dengan pelbagai cara yang baharu untuk meneroka sesuatu. Beberapa soalan akan diutarakan kepada pelajar untuk menjawab agar dapat meningkatkan pemahaman mereka. Dalam penerokaan ini, guru akan membimbing dan memberi maklumat tambahan kepada murid agar memudahkan pembelajaran dalam kelas. 3. Explain (Penerangan) Pada peringkat ini , input dari guru amat diperlukan setelah murid membina pemahaman konsep di mana ia melibatkan pemantapan dari segi terminologi, definisi, model dan analogi. Murid akan menerangkan sesuatu konsep atau membuat aplikasi secara praktikal. Guru juga menggalakkan murid untuk menghasilkan pembentangan dalam pelbagai bentuk untuk menyampaikan idea dan pemahaman mereka. Prinsip 5E


4. Elaborate (Penghuraian) Murid boleh menjelaskan konsep mereka dengan membuat pembentangan di hadapan kelas. Hal ini membantu mengukuhkan, mendalami dan mengembangkan pemahaman konsep melalui mengaplikasikan konsep tersebut. Dalam peringkat ini murid berupaya melatih diri mereka untuk menjelaskan dan menghuraikan pembentangan mereka kepada rakan-rakan. Murid akan mengaitkan aktiviti mereka dengan keadaan situasi masa kini supaya mereka tahu bagaimana idea itu dipraktikkan. 5. Evaluate (Penilaian) Di peringkat ini, pentaksiran dilaksanakan melalui pelbagai kaedah dan tugasan oleh guru. Penilaian perlu dilakukan di akhir setiap prinsip E untuk menyemak perkembangan pemahaman murid iaitu pentaksiran formatif. Guru boleh membantu dalam peringkat ini untuk memberikan penilaian dan peneguhan positif kepada murid agar murid berasa semangat untuk meneruskan pembelajaran berasaskan konstruktivisme. Prinsip 5E


KESIMPULAN Teori konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu yang telah digunakan secara meluas. Teori ini menyatakan bahawa pengetahuan dibina sendiri secara aktif oleh individu yang berfikir. Pelajar berkeupayaan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam minda mereka. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing kepada pelajar dalam proses pembinaan idea menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme. Kebolehan murid-murid untuk berfikir dan kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah mereka dengan orang lain boleh dilihat dalam pengaplikasian teori konstruktivisme. Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia dapat dilihat sebagai perubahan paradigma dari pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan teori kognitif. Oleh itu, teori konstruktivisme amat penting dalam pembelajaran abad ke-21 yang menekankan aspek perkembangan murid dari segi berfikiran kreatif dan kritis seta komunikasi dalam pembelajaran.


RUJUKAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PEMBELAJARAN. (n.d.). Diperoleh dari. https://core.ac.uk/download/pdf/229205555.pdf Hanna Lily. (2019, Disember 29). Teori Konstruktivisme. Diperoleh dari. https://hannailly.blogspot.com/2019/12/teorikonstruktivisme.html Ciri-ciri Teori Belajar Konstruktivisme dan Tokoh-tokohnya. (2020, Ogos 26). Diperoleh dari. https://www.amongguru.com/ciri-ciri-teori-belajar-konstruktivisme-dan-tokoh-tokohnya/ Teori Konstruktivisme Kognitif. (2010, Julai 26). Diperoleh dari. http://pismpf2010.blogspot.com/2010/07/teorikonstruktivis.html Zon Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development) dalam konteks pembangunan kompetensi guru dan pembelajaran murid. (2018, Julai 5). Diperoleh dari. https://azmanss.blogspot.com/2018/07/zon-perkembangan-proximalzone-of.html Scaffolding. (2012, Mei 27). Diperoleh dari. http://untaian-bahasa.blogspot.com/2012/05/scaffolding.html Teori Belajar Konstruktivisme. (2012, Jun 9). Diperoleh dari. https://riantinas.blogspot.com/2012/06/teori-belajarkonstruktivisme.html Dr. Saul McLeod. (2020, Disember 7). Piaget's Stages of Cognitive Development. Diperoleh dari https://www.simplypsychology.org/piaget.html


RUJUKAN Teori konstruktivisme. (2012, Oktober 29). Aplikasi Konstruktivisme dalam Pendidikan di Malaysia. Retrieved from http://islamicplayer.blogspot.com/2012/10/aplikasi-konstuktivisme-dalam.html?m=1 Cikgu Hailmi. (2015, Mei 01). Pembelajaran Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham. Retrieved from https://www.cikguhailmi.com/2015/05/pembelajaran-model-konstruktivisme-lima-fasa-needham.html?m=1 Cikgu Hailmi. (2017, Februari 04). Model Pembelajaran 5E. Retrieved from https://www.cikguhailmi.com/2017/02/kitar-pembelajaran-5e.html?m=1 https://www.slideshare.net/zabidah/konstruktivisme


Click to View FlipBook Version