ANALISIS KEROSAKAN PILLBOX: KUBU KUALA GEL
ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN METODOLOGI PENEMUAN DAN ANALISIS CADANGAN DAN SYOR KESIMPULAN RUJUKAN 1 2-3 4-10 11-13 14 15-16 KANDUNGAN MUKA SURAT SENARAI JADUAL NO. MUKA SURAT 1. PERALATAN YANG DIGUNAKAN SEMASA KAJIAN LAPANGAN 2. JENIS KEROSAKAN YANG DAPAT DIKENAL PASTI DI KUBU GER 3 4-5 SENARAI RAJAH NO. MUKA SURAT 1. Kubu Kuala Ger 2.Proses Pengukuran Kubu 3.Rujukan Sekunder 4.Pandangan Kubu Dari Sisi 1 2 2 6
NO. MUKA SURAT 5. Kerosakan Pada Bumbung kubu 6. Proses Mengukur Kubu Ger 7. Pengkaratan Pada Tetulang Besi 8. D1 9. D2 10. D3 11. D4 12. D5 13. D6 14. D7 15. D8 16. D9 17. Pandangan Kubu Dari Atas 18. Persekitaran Kubu Ger 19. Proses Merekod Kelebaran Kubu 20. Papan Tanda Dataran Kubu Kuala Ger SENARAI RAJAH 7 7 8 8 8 9 9 9 9 10 10 10 12 12 13 14
NO. MUKA SURAT 5. D2 6. D3 7. D4 8. D5 9. D6 10. D7 11. D8 12. D9 8 9 9 9 9 10 10 10 SENARAI RAJAH
Tujuan laporan buku bergambar ini adalah untuk menganalisis masalah kerosakan artifak dan objek warisan non-organik iaitu memilih satu pillbox yang terdapat di negeri Kelantan. Oleh itu, kami memilih Kubu Kuala Gel yang terletak di pantai Melawi. Seperti yang sedia maklum negeri Kelantan mempunyai lebih 30 kubu di sekitarnya yang dibina semasa Perang Dunia Kedua. Namun pun begitu, keadaan pillbox di negeri Kelantan ini telah mengalami kemerosotan akibat dari hakisan pantai. Selain itu, pillbox ini juga kurang mendapat rawatan dan pelihara serta dipulihara daripada kerajaan negeri walaupun iainya mempunyai nilai warisan yang sangat tinggi dan juga boleh dijadikan tarikan pelancong. Pillbox ini telah menjadi tapak warisan setelah diwartakan. Ianya juga turut dikenali sebagai Kubu Kuala Gel. Kubu Kuala Gel merupakan salah satu alat pertahanan yang telah dibina oleh tentera British sekitar tahun 1940 untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun. Kubu-kubu yang dibina termasuk Kubu Gel disepanjang pantai Bachok ke Tumpat adalah menghala Laut China Selatan. Pembinaan kubu yang statik juga merupakan salah satu startegi pertahanan yang strategik untuk menumpaskan serangan musuh pada masa itu. PENGENALAN 1 Rajah 1: Kubu Kuala Ger
METODOLOGI Bagi melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa teknik yang telah digunakan untuk mendapatkan data yang betul dan sahih. Antara teknik yang digunakan ialah: PEMERHATIAN Pemerhatian ini membolehkan penyelidikan meneliti situasi secara terperinci, menurut Hancock (1998) dan Noraini (2010) Kaedah ini boleh menyebabkan pengkaji dapat mengenal pasti jenis kerosakan dan juga punca kerosakan itu berlaku. KEPUSTAKAAN Menurut Mohd Shaffie (1991), kajian bibliografi ialah kaedah yang digunakan oleh penyelidik untuk mencari dokumen dan rekod sedia ada bagi mencari data dan bukti. Melalui kajian ini, pengkaji dapat mencari bukti serta rekod yang sahih untuk menyokong data. Sebagai contoh, mencari jenis kerosakan dan punca kerosakan dalam jurnal atau laporan sahih. Rajah 2: Proses pengukuran kubu Rajah 3: Rujukan sekunder 2
Bagi melaksanakan kajian ini, penggunaan alatan telah digunakan untuk mendapat data yang tepat pada Kubu Gel tersebut. JENIS PERALATAN HURAIAN i. Digital Rebound Hammer ii. Pita Pengukur iii. GPS Penggunaan Rebound Hammer telah digunakan untuk mengukur kekuatan tekanan mampatan pada pembinaan konkrit dengan menembak sebanyak 16 kali untuk mendapat bacaan yang tepat. Melalui kajian ini, didapati bacaan pada setiap dinding kubu adalah berbeza termasuk pada bahagian bumbung kubu. Penggunaannya ini adalah untuk mengukur setiap panjang, tinggi serta kelebaran dinding kubu tersebut. Telah didapati setiap dinding kubu tersebut adalah berbeza saiznya. Sistem dan peralatan navigasi yang dipanggil GPS (Global Positioning System) menggunakan satelit untuk menentukan lokasi pengguna di permukaan bumi. Penentuan kedudukan di permukaan bumi adalah berdasarkan bacaan garis lintang dan garis bujur. METODOLOGI Jadual1: Peralatan yang digunakan semasa kajian lapangan 3
PENEMUAN & ANALISIS Dari segi pemerhatian yang telah dibuat, pillbox atau dikenali sebgai Kubu Ger berada dalam keadaan yang sederhana baik. Hal ini dikatakan demikian kerana, struktur kubu masih utuh di tempat asal walaubagaimanapun, ianya mempunyai sedikit kerosakan pada bahagian dinding seperti telah mengalami hakisan, keretakan, vandalisme dan pertumbuhan lumut yang mana disebabkan oleh beberapa faktor seperti cahaya, kelembapan serta sifat manusia yang tidak bertanggungjawab. JENIS KEROSAKAN PUNCA KEROSAKAN i. Lumut ii. Anai-anai iii. Keretakan serius Pertumbuhan lumut yang serius pada bahagian dinding kubu berpunca daripada kelembapan yang tidak terkawal. Terdapatnya sarang anai-anai yang giat membiak pada dinding bahagian dalam kubu yang mana akan memberi kesan seperti rekahan. Terdapat bahagian yang mengalami keretakan yang serius iaitu pada tiang penyokong yang terdapat di dalam Kubu Ger disebabkan oleh faktor usia pembinaan dan tidak diberi pemeliharaan. Jadual 2: Jenis kerosakan yang dapat dikenalpasti di Kubu Ger 4
JENIS KEROSAKAN PUNCA KEROSAKAN vi. Pengkaratan v. Keretakan dinding Terdapat kesan retakan pada dinding bahagian dalam kubu disebabkan oleh faktor pengeringan yang berlebihan menyebabkan rekahan berlaku. Berlaku pengkaratan pada kawat besi disebabkan terdedah pada percahayaan dan kelembapan menyebabkan kekukuhan dinding semakin berkurang sekiranya tiada pemuliharaan dibuat. iv. Keretakan Bumbung Berlaku keretakan yang serius pada bumbung kubu peperangan yang mana menyebabkan sebahagian struktur terpisah. PENEMUAN & ANALISIS 5
Berdasarkan Jadual 2, hasil analisis menemukan beberapa kerosakan yang telah berlaku ke atas Kubu Ger. Antara kerosakan kubu adalah berlaku pertumbuhan lumut pada setiap dinding, jika pemeliharaan tidak dilakukan ianya memberi kesan kepada struktur dinding. Seterusnya, pertumbuhan lumut yang serius pada bahagian dinding kubu berpunca daripada kelembapan yang tidak terkawal. Menurut Leliek Agung Haldoko et al. (2014), pertumbuhan lumut adalah disebabkan kehadiran air yang mana membuatkan batuan menjadi lembab justeru itu, tidak hairanlah sekiranya Kubu Ger ditumbuhi lumut. Hal ini dikatakan demikian kerana, kubu peperangan ini dibangunkan berhadapan dengan persisiran pantai. Hal ini menyebabkan, peratus kehadiran lumut pada dinding kubu sangat tinggi. Selain itu, kehadiran lumut juga adalah disebabkan beberapa faktor lain seperti cahaya, udara dan suhu sekitar (Nur Athmar Hashim et. al 2021). Sekiranya pemeliharaan tidak dibuat, dinding kubu berisiko tinggi untuk mengalami kereputan yang yang serius. PENEMUAN & ANALISIS Seterusnya, kerosakan yang ke-2 adalah pembiakan sarang anai-anai. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapatnya sarang anai-anai yang giat membiak pada dinding bahagian dalam kubu yang mana akan memberi kesan seperti rekahan. Menurut Nurthiera (2018) punca kenaikan anai-anai adalah disebabkan tanah berdekatan dengan sumber air, tempat yang kurang cahaya matahari dan suasana yang sedikit sejuk. Sepertimana yang telah diberitahu kubu ini berdekatan dengan pantai justeru itu, tanah di sekitar kubu mengalami kelembapan dan hal ini terbukti disebabkan kerana, bahagian di dalam kubu kurang mendapat cahaya matahari disebabkan kerana terhalang daripada bumbung dan dinding yang tebal serta tanah yang sedikit lembab. 6 Rajah 4: Pandangan kubu dari sisi
PENEMUAN & ANALISIS Kubu ini juga mengalami kerosakan dari segi pengkaratan pada tetulang besi yang diguna pakai untuk mengukuhkan struktur kubu. Hakisan yang serius pada permukaan tiang penyokong kubu mengakibatkan pernampakkan tetulang besi. Menurut Burhanuddin Hilmi Mohamad (2005), pengkaratan yang berlaku keatas tetulang besi merupakan faktor ke atas kelemahan struktur bangunan dan berlaku keretakan yang serius (Jadual 2) (iii dan vi). Pengkaratan juga boleh berlaku disebabkan dipengaruhi oleh kawasan sekeliling. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengkaratan juga boleh terjadi sebabkan dipengaruhi oleh kelembapan dan udara. Menurut Nur Athmar Hashim et al. (2021) pendedahan tetulang besi terhadap air masin dan udara menyebabkan proses pengkarat berlaku dengan lebih cepat justeru itu, jika masalah ini tidak diatasi dengan, struktur kubu semakin terjejas dan akan memberi kesan kepada objek warisan ini. Selain itu, terdapat tiga jenis keretakan yang telah ditemui pada bahagian luar dan dalam kubu iaitu keretakan yang besar dan kecil. Keretakan kecil yang diberitahu adalah pada permukaan dinding di bahagian dalam manakala, keretakan serius adalah pada bahagian bumbung dan tiang penyokong (Jadual 2). Menurut Justin Lai Woon Fatt, 2020), terdapat beberapa faktor berlakunya kerekahan pada bangunan konkrit. Antara faktor kerekahan adalah disebabkan berlaku pengembangan, tumbuh-tumbuhan, pemendapan tapak dan proses pengeringan yang tidak sempurna. Seterusnya, dari segi pemerhatian yang telah dibuat, faktor berlaku keretakan kecil pada permukaan dinding kubu peperangan ini adalah berlakunya proses pengecutan dan pengembangan disebabkan cuaca persekitaran kubu yang tidak menentu. Keretakan yang berlaku pada dinding ini adalah secara menegak sepertimana yang ditunjukkan pada jadual 2 (v). Selain itu, jika pemeliharaan dan pemuliharaan tidak dibuat ianya menyebabkan berakunya kerekahan yang serius sepertimana ditunjukkan di jadual 2 iaitu pada tiang penyokong dan bumbung kubu. 7 Rajah 5: Kerosakan pada bumbung Rajah 6: Proses mengukur Kubu Ger
PENEMUAN & ANALISIS Sepanjang analisis dilakukan ke atas kubu peperangan (Kubu Ger) mendapati keadaannya agak kurang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana, sebahagian besar struktur kubu ini mengalami kerosakan seperti yang diperkatakan iaitu hakisan, pengkaratan, vandalisme, pertumbuhan lumut, keretakan dan pembiakan serangga (anai-anai dan angkut-angkut). Seterusnya, jika tindakan awal tidak dibuat warisan non-organik ini akan terjejas yang mana mengakibatkan keunikan dan keaslian kubu ini akan hilang. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap objek warisan ketara mempunyai ciri-ciri warisan yang perlu dijaga supaya keaslian pillbox tidak terganggu. Oleh itu, pihak berwajib perlu mengambil inisiatif supaya setiap proses pemeliharaan dan pemuliharaan dilakukan agar objek warisan ini tidak sirna ditelan zaman. Ukuran Pillbox Kubu Ger (Lukisan Digital) Reka bentuk pillbox ini adalah berbentuk oktagon yang mana mempunyai 9 sisi dan berbentuk tapak kuda dan setiap dinding telahpun dinamakan iaitu D1-D9. Hail analisis mendapati setiap ukuran dinding berbeza adalah disebabkan faktor pemendapan tanah. Rajah 8: D1 Rajah 9: D2 8 Rajah 7: Pengkaratan tetulang besi
Ukuran Pillbox Kubu Ger (Lukisan Digital) Rajah 10: D3 Rajah 11: D4 Rajah 12: D5 Rajah 13: D6 9
Ukuran Pillbox Kubu Ger (Lukisan Digital) Rajah 14: D7 Rajah 15: D8 Rajah 16: D9 10
Pihak Kerajaan perlu menambahkan warisan mengenai piillbox ke dalam mata pelajaran sejarah supaya pelajar dapat belajar dan memahami kisah yang terkandung di dalamnya. Melalui kisah tersebut pelajar akan lebih menghargai dan memelihara warisan daripada berlaku sebarang kerosakan atau musnah. Selain itu, mata pelajaran ini juga banyak memberi manfaat dan pengetahuan mengenai sejarah terdahulu kepada pelajar untuk terus diingati setiap pengorbanan mereka dalam mempertahankan tanah air daripada dijajah. Pihak Kerajaan perlu bergading bahu dan bekerjasama dalam usaha mengekalkan peninggalan nenek moyang untuk generasi akan datang. Setiap sejarah yang terkandung akan memberi manfaat dan pengajaran kepada mereka. Antara manfaatnya ialah masyarakat dapat mengenal asal usul negara dan mengetahui kepentingan-kepentingan sejarah terutamanya monumen kubu ger. CADANGAN DAN SYOR Cadangan Pemuliharaan dan Pemeliharaan yang Disyorkan untuk Kubu Ger Cadangan Pencegahan Kerosakan Lanjut Membaik pulih struktur serta fungsi-fungsi kubu yang telah rosak kepada keadaan yang lebih baik tanpa mengubah keadaan asal kubu ger tersebut. Keadaan ini akan memastikan kubu ger tidak akan musnah ditelan zaman tetapi tetap dipelihara dan dijaga dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab. Selain itu. keadaan ini juga dapat mengekalkan kualiti struktur dan nilai-nilai seni binaan yang masih terdapat pada kubu ger tersebut. Seterusnya, membuat dataran di sekeliling kubu ger supaya ombak laut tidak dapat memasuki kubu tersebut sehingga meninggalkan pembiakan lumut. 11
Selain itu, mencipta satu website mengenai kubu ger di dalam media sosial supaya masyarakat mudah mendapat maklumat mengenai kubu tersebut. Cadangan ini dilakukan kerana, dunia sekarang semakin maju dalam pengunaan teknologi dan menyebabkan masyarakat kurang keluar rumah untuk melihat warisan. Oleh itu, kami mencipta website bagi menarik perhatian masyarakat untuk mengenali sejarah dan menggunakannya dengan baik. Cadangan untuk Mempromosikan Kubu Ger sebagai Warisan Sejarah dan Tempat Pelancongan CADANGAN DAN SYOR Antara cadangannya ialah mengadakan satu kempen berkenaan warisan yang terdapat di negeri Kelantan. Melalui kempen tersebut kami akan menyediakan beberapa poster dan maklumat yang akan disampaikan kepada pengunjung yang datang. Perkara ini dapat memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai warisan monumen kubu ini. Keadaan ini akan menyebabkan ramai pengunjung akan tertarik dengan warisan tersebut dan mengambil kesempatan untuk melawat pembinaan kubu itu. Hal ini lamakelamaan akan menyebabkan kubu tersebut akan menjadi tempat pelancongan kerana ingin mengetahui kisah sejarah yang terkandung di dalamnya. 12 Rajah 17: Pandangan kubu dari atas Rajah 18: Persekitaran Kubu Ger
Cadangan Strategi Konservasi CADANGAN DAN SYOR Melakukan pemuliharaan melalui kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaharuan. Sebagai contohnya, membaiki struktur dinding yang retak akibat cuaca yang tinggi dengan memasang satu atap di bahagian atas kubu tersebut. Selain itu, selalu membuat pemerhatian supaya sebarang pembiakan lumut tidak berlaku. Manakala bahagian kerosakan seperti berlaku pengaratan pula ialah melakukan rawatan konservasi seperti meletakkan simen di bahagian pengaratan supaya terlindung daripada faktor perubahan persekitaran. Tindakan ini akan mengurangkan kerosakan yang berlebihan akan berlaku. 13 Rajah 19: Proses merekod kelebaran kubu
Sehingga kini, kita dapat melihat struktur pillbox yang masih kukuh walaupun ada setengah sudah dihakis ombak dan mempunyai retakan. Pillbox ini juga kurang mendapat rawatan dan pelihara serta dipulihara daripada kerajaan negeri walaupun iainya mempunyai nilai warisan yang sangat tinggi dan juga boleh dijadikan tarikan pelancong. Hal ini mengukuhkan lagi bahawa pentingnya menjaga warisan non-organik ini. Kubu ini seharusnya dilindungi daripada terkena proses degrasi. Hal ini bertujuan supaya warisan yang tinggal di negara kita ini dapat terus memberi ilmu kepada generasi yang akan datang. Usaha melindungi dan memelihara sejarah negara perlu diteruskan kerana ia akan dapat menggambarkan betapa nilai sejarah disanjung dan dihayati oleh orang ramai terutama generasi akan datang. Jelasnya, pendidikan amat penting dalam meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan dan perlindungan terhadap warisan non organik. KESIMPULAN 14 Rajah 20: Papan tanda Dataran Kubu Kuala Ger
Fatt, J. L. W. (2020). Jenis Rekahan Pada Bangunan. Ipm. https://ipm.my/jenis-rekahan-pada-bangunan/ Hashim, N. A., Muhammad, S. A., Tengku Anuar, T. F., & Saidin, M. M. (2021). Analisis Kerosakan Kubu Peperangan Tinggalan British Pada Zaman Peperangan Dunia Ke II Di Kampung Ger, Bachok, Kelantan. International Journal of HeritageArt and Multimedia, 4 (14), 01-12. http://dx.doi.org/10.35631/IJHAM.414001 Haldoko, L. A., Muhammad, R., Purwoko, A. W. (2014). Karakteristik Batu Penyusun Candi Borobudur. Jurnal Konservasi Cagar Budaya Borobudur, 8(1), 38-47. https://doi.org/10.33374/jurnalkonservasicagarbudaya.v8i1.123 Mohamad, S. B. H. S., (2005). Corrosion Assessment On Reinforced Concreate And Its Service Life Prediction. [Master of Science Universiti Putra Malaysia]. Institutional Repository Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3265 Nurhiera. (2018). Sebab utama anai anai memilih kediaman anda. My pest News. http://www.mypestnews.com/2018/09/sebab-utama-anaianai-memilih-kediaman.html RUJUKAN 15
NAMA PENULIS NURIN ZARIFF ATHIRAH BINTI MOHD ARIFF KANGAR, PERLIS NURFASIHAH AFIQAH BINTI MOHAMED FAUZAN TANJONG KARANG, SELANGOR NURHAFIZAH BINTI MASHARI AJIL, TERENGGANU NUR SYAHILA BINTI ABDUL AZIZ PASIR MAS, KELANTAN 16
LAMPIRAN 17