The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fitryoonarmy, 2022-10-21 10:12:06

EFOLIO PERPADUAN DALAM MALAYSIA (1)

EFOLIO PERPADUAN DALAM MALAYSIA (1)

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK : PERPADUAN DI MALAYSIA

(36DUP22F1011) FITRI SYAFIRAH BINTI ABD RAHIM
(36DUP22F1016) SYAHIRAH BINTI SUKARNO
(36DUP22F1018) ALIZA BINTI ARSHAD

ENCIK MUHAMMAD SAYUTI BIN SABDAN

ISI KANDUNGAN 2
1.0 PENGHARGAAN 3
2.0 PENGENALAN 4
3.0 KEPENTINGAN PERPADUAN 5&6
3.1 CABARAN UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN 7, 8 & 9
3.2 FAKTOR PERPADUAN 10
3.3 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN 11
4.0 KESIMPULAN 12
5.0 RUJUKAN

1

1.0 PENGHARGAAN

SYUKUR ALHAMDULILLAH, DENGAN INI KAMI INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA

KASIH KEPADA PIHAK YANG TELAH MENOLONG DAN MEMBERI KERJASAMA YANG TIDAK TERNILAI UNTUK KAMI

MENYIAPKAN E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN INI.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA

PENSYARAH YANG MENGAJAR KAMI SUBJEK PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN IAITU USTAZ SAYUTI BIN MUHAMMAD

SABDAN.

MALAH, JUTAAN TERIMA KASIH JUGA KAMI UCAPKAN KEPADA RAKAN SEPERJUANGAN YANG TELAH BANYAK
MEMBERIKAN BANTUAN SEPANJANG KAMI MENYIAPKAN E-FOLIO INI.

2 DISEDIAKAN OLEH : FITRI

2.0 PENGENALAN
PERPADUAN DI MALAYSIA IALAH SATU DOKUMEN STRATEGI JANGKA PANJANG DAN USAHA BERTERUSAN YANG DI
RANGKA UNTUK MENETAPKAN HALA TUJU PERPADUAN NEGARA DALAM MEMUPUK , MENGUKUH SERTA MEMELIHARA
PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA . PERISTIWA 13 MEI 1969 MERUPAKAN PENCETUS KEPADAN
BEBERAPA USAHA SERTA KOMITMEN KERAJAAN DALAM MENANGANI ISU PERPADUAN SEHINGGA RUKUN NEGARA
DIISYHTIHARKAN PADA 31 OGOS . LANGKAH YANG TELAH DI AMBIL TINDAKAN SEGERA BERTUJUAN UNTUK
MENGEKALKAN KESTABILAN NEGARA , KESELAMATAN DAN KEHARMONIAN NEGARA.PELBAGAI LANGKAH YANG DI BUAT
UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN RAKYAT ANTARA MENGGALAKKAN INTERAKSI SOSIAL YANG LEBIH TERTUMPU PADA
PERNYATAAN MASYARAKAT BERBILANG ETNIK DALAM MAJLIS DAN PERAYAAN YANG DI ANJURKAN.

3 DISEDIAKAN OLEH : ALIZA

3.0 KEPENTINGAN PERPADUAN

PERANAN PENTING DEMI MENCAPAI STATUS NEGARA.

- PERPADUAN ANTARA RAKYAT MALAYSIA MERUPAKAN SATU KEISTIMEWAAN YANG MEMAINKAN PERANAN PENTING
DEMI MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU MENJELANG TAHUN 2020. BANYAK NEGARA DI DUNIA MENCONTOHI MALAYSIA
SEBAGAI NEGARA YANG BERBILANG BANGSA, AGAMA DAN BUDAYA KERANA KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN ANTARA
KAUM SERTA BUDAYA MENJADI PEGANGAN KEPADA PANDANGAN POSITIF RAKYAT ANTARABANGSA TERHADAP
MALAYSIA.

KEPELBAGAIAN AGAMA DI MALAYSIA

- KEPELBAGAIAN AGAMA DI MALAYSIA JUGA PERLU DIBERI KEUTAMAAN DEMI MENGEKALKAN KUKUHAN PERPADUAN
ANTARA KAUM DENGAN MENGAMALKAN SEMANGAT PERKONGSIAN, SALING MENGHORMATI DAN MENANAM SIKAP
TOLERANSI SESAMA RAKYAT MALAYSIA. DENGAN ITU, MASYARAKAT AKAN LEBIH TERBUKA UNTUK MENGENALI DAN
MEMAHAMI KEPELBAGAIAN AGAMA DI NEGARA INI.

MENGENALI BUDAYA DAN ADAT RESAM SESAMA MASYARAKAT

- SAMBUTAN PELBAGAI HARI PERAYAAN SEPERTI HARI RAYA AIDILFITRI, TAHUN BARU CINA, DEEPAVALI, KRISMAS, HARI
GAWAI DAN KAAMATAN BOLEH DIJADIKAN PLATFORM UNTUK MENGENALI BUDAYA DAN ADAT RESAM SESAMA
MASYARAKAT SAMBIL MEMPERBAHARUI IKATAN PERSAHABATAN. KEHARMONIAN DEMI KESATUAN INI JUGA MERUPAKAN
KEUNIKAN YANG BUKAN SAHAJA MEMPERTEGUHKAN LAGI PERPADUAN ANTARA KAUM, MALAH MENJADI PENANDA ARAS
BAGI MALAYSIA DALAM MENCAPAI MATLAMAT SEBAGAI NEGARA YANG AMAN DAN HARMONI. MISALNYA, RUMAH
TERBUKA BAGI SETIAP SATU PERAYAAN DIADAKAN UNTUK MERAIKAN PERPADUAN KAUM YANG MEMUPUK AMALAN
ZIARAH-MENZIARAHI, SALING MENOLONG DAN SEMANGAT KEJIRANAN.

4 DISEDIAKAN OLEH : ALIZA

3.1 CABARAN UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN

CABARAN UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN DI MALAYSIA TERBAHAGI KEPADA BEBERAPA ASPEK IAITU :

• POLITIK NEGARA

DARI SEGI POLITIK, TERDAPAT PERBEZAAN PARTI POLITIK DI MALAYSIA YANG BERASAKAN PERPADUAN KAUM ATAU
AGAMA. DUNIA POLITIK SEMEMANGNYA PENUH DENGAN KONTROVERSI DIMANA TERDAPAT PELBAGAI INDIVIDU YANG
MEMPUNYAI TUJUAN DAN KEPENTINGAN MASING-MASING. HASILNYA, TERDAPAT PEMIMPIAN YANG KURANG BIJAK DENGAN
MENGHARAPKAN SENTIMEN PERPADUAN DAPAT MEMANCING PERHATIAN RAKYAT TETAPI SEBALIKNYA HANYA INGIN
MELINDUNGI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. OLEH ITU, BAGI MENGGERAKKAN NEGARA, KE ARAH KEMAJUAN YANG BERDIRI
SAMA TINGGI DUDUK SAMA RENDAH, AHLI POLITIK JUGA HARUSLAH MEMAINKAN PERANAN DENGAN BERSIKAP TERBUKA
DAN BIJAK , MALAH PERLU MEMBELA MASYARAKAT BUKANNYA HANYA MEMENTINGANKAN KEPERLUAN DIRI SENDIRI. HAL
INI JUGA MERUPAKAN SATU CABARAN UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN DI MALAYSIA. SEKIRANYA RAKYAT DAN PARA
PEMIMPIN NEGARA DAPAT MENGATASI CABARAN INI, PERPADUAN DALAM NEGARA PASTI AKAN LEBIH ERAT DAN HARMONI.

• EKONOMI

CABARAN DARI SEGI EKONOMI TELAH MUNCUL SEJAK PENJAJAHAN BRITISH DIMANA KAUM MELAYU DIJADIKAN PETANI DAN
NELAYAN, KAUM INDIA DILETAKKAN DI LADANG GETAH DAN KAUM CINA BEKERJA SEBAGAI PEDAGANG DAN MELAKUKAN
KERJA PERLOMBONGAN. SETELAH KEMERDEKAAN DICAPAI, BERLAKU PERUBAHAN IAITU SETIAP KAUM MENDAPAT PELUANG
PENDIDIKAN DAN MAMPU BERJAYA. RENTETAN SENARIO INI TELAH MENCIPTA INTERAKSI DIATARA MEREKA TERBATAS.
KESANNYA, PERASAAN PRASANGKA DAN PERKUMAN AKAN MENJADI SEMAKIN KUAT DIANTARA SESAMA KAUM DAN
MENYUKARKAN PROSES PERPADUAN.

• SOSIAL

SISTEM PENDIDIKAN YANG DIASINGKAN MENGIKUT KAUM TELAH WUJUD DAN MENINGGALKAN KESAN YANG KURANG BAIK.
PENGENALAN SISTEM SEKOLAH VERNAKULAR YANG MENGIKUT KAUM TELAH MENJADIKAN HUBUNGAN MASYARAKAT
MENJADI SEMAKIN RENGGANG. MUTHAKIR INI, MASIH RAMAI MASYARAKAT MALAYSIA YANG TIDAK FASIH BERBAHASA
MELAYU. JIKA MASYARAKAT MAKJMUK MENGLIBATKAN DIRI DALAM PELBAGAI KEGIATAN

5 DISEDIAKAN OLEH : SYAHIRAH

SOSIAL TERUTAMANYA PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI DENGAN BAIK, MAKA AKAN TIMBUL SIFAT KETERBUKAAN,
PERSEFAHAMAN DAN TOLERANSI ANTARA SATU SAMA LAIN. PADA HEMAT KAMI, MEWUJUDKAN SATU SAHAJA ALIRAN
DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA SERTA PENEKANAN PENGGUNAAN TERHADAP BAHASA MELAYU DAPAT
MENYELESAIKAN MASALAH PERPADUAN YANG SEMAKIN MEMBELENGGU MASYARAKAT HARI INI.

6 DISEDIAKAN OLEH : SYAHIRAH

3.2 FAKTOR PERPADUAN
ANTARA FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PERPADUAN DAN KEMASYARAKATAN DI MALAYSIA IALAH:
MELALUI PERISTIWA 13 MEI 1969 DIJADIKAN TELADAN
PADA TANGGAL 13 MEI 1969, KEHARMONIAN NEGARA TELAH DIKEJUTKAN DENGAN PERISTIWA YANG HAMPIR MERAGUT DAN
MENGHANCURKAN KEUTUHAN NEGARA. LEBIH-LEBIH LAGI BARU ENAM TAHUN USIA PEMBENTUKAN MALAYSIA. TRAGEDI
INI BERLAKU EKORAN DARIPADA PELBAGAI ISU-ISU SENSETIF TELAH DISENTUH BAGI MENCAPAI KEMENANGAN DAN UNTUK
KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.
BAGI MENGATASI KERAJAAN TELAH MEWUJUDKAN PELBAGAI DASAR KE ARAH PEMBENTUKAN INTEGRASI NASIONAL.
ANTARA DASAR–DASAR DAN PELAN TINDAKAN KHAS KERAJAAN IALAH DASAR EKONOMI BARU (DEB) 1971 – 1990 DAN DASAR
PEMBANGUNAN NEGARA (DPN) 1991 – 2000, DASAR WAWASAN NEGARA DAN JUGA PROGRAM 1 MALAYSIA.
RAJAH 3.2.1 DASAR EKONOMI BARU

DASAR EKONOMI BARU (DEB) 1971-1990 MERUPAKAN DASAR YANG DIPERKENALKAN OLEH TUN ABDUL RAZAK SEMASA
BERLAKUNYA RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969. ANTARA FAKTOR BERLAKUNYA PERISTIWA ITU IALAH KERANA KEADAN
EKONOMI TANAH MELAYU PADA KETIKA ITU SECARA KESELURUHANNYA BOLEH DIKATAKAN DIKUASAI OLEH MASYARAKAT
DARI KAUM CINA. MASYARAKAT CINA TURUT MENGUASAI PERNIAGAAN DAN BANK DI KAWASAN BANDAR DAN JUGA
KAWASAN-KAWASAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH. KEADAAN EKONOMI YANG DIKUASAI OLEH SEKOLOMPOK

7 DISEDIAKAN OLEH : FITRI

MASYARAKAT SAHAJA MEMBAWA KEPADA BERLAKUNYA KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI SERTA MENIMBULKAN
PERASAAN IRI HATI DAN BENCI DALAM KALANGAN PENDUDUK DI MALAYSIA.
RAJAH 3.2.2 PERISTIWA 13 MEI

DALAM WAKTU YANG MEMBIMBANGKAN INI, PUNCA TERCETUSNYA PERUSUHAN ITU DIKESAN DAN LANGKAH
MENGATASINYA TELAH DIAMBIL. PENGGUBALAN DASAR INI BERTUJUAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN NEGARA DENGAN
MEMPERBETULKAN KETIDAKSEIMBANGAN SOSIO – EKONOMI ANTARA KAUM DAN WILAYAH. IA JUGA DIWUJUDKAN UNTUK
MEMPERTINGKATKAN PENGLIBATAN KAUM BUMIPUTERA DALAM BIDANG PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN SEBAGAI USAHA
UNTUK MEMBASMI PERASAAN TIDAK PUAS HATI DALAM MASYARAKAT.
BAGI MENGUKUHKAN PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT, USAHA DITERUSKAN LAGI DENGAN PELANCARAN DASAR
PEMBANGUNAN NASIONAL PADA 17 JUN 1991. DASAR TERSEBUT MENERUSKAN PENCAPAIAN DEB DALAM PEMBASMIAN
KEMISKINAN DAN PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT.
OBJEKTIFNYA IALAH UNTUK MEMBINA SEBUAH NEGARA YANG BERSATU PADU DAN MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT
YANG LEBIH ADIL, MAJU, AMAN DAN MAKMUR BERASASKAN PRINSIP-PRINSIP PERLEMBAGAAN DAN RUKUN NEGARA.
DASAR WAWASAN NEGARA (2001-2010) ATAU DIKENALI SEBAGAI WAWASAN 2020 MERUPAKAN USAHA KERAJAAN UNTUK
MENGEMBANGKAN EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK PADA PERINGKAT NASIONAL DAN ANTARABANGSA SERTA

8 DISEDIAKAN OLEH : FITRI

MENITIKBERATKAN PEMBANGUNAN MENYELURUH DAN MELIPUTI ASPEK-ASPEK POLITIK, EKONOMI, SOSIAL, KEROHANIAN,
KEJIWAAN DAN KEBUDAYAAN.
MENJELANG TAHUN 2020, MALAYSIA DIHARAPKAN MAMPU MENJADI SEBUAH NEGARA YANG BERSATU PADU DI MANA
MASYARAKAT MALAYSIA MEMPUNYAI NILAI MORAL DAN ETIKA YANG UTUH, PENYAYANG, ADIL DAN SAKSAMA,
BERKEYAKINAN SERTA MAMPU BERSAING.

9 DISEDIAKAN OLEH : FITRI

3.3 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN
SEJARAH NEGARA KITA AMAT MEMBANGGAKAN KERANA KITA MEMPEROLEH KEMERDEKAAN TANPA PERTEMPURAN ATAU
PERTUMPAHAN DARAH. SETIAP INDIVIDU DALAM MASYARAKAT HARUSLAH SENTIASA BERSIFAT SETIA DAN SAYANG AKAN
NEGARANYA. KITA HARUS MENJAGA DAN MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN BANGSA NEGARA DENGAN BERSEDIA
BERKORBAN DEMI APA SAHAJA UNTUK MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN KEMERDEKAAN NEGARA. MALAYSIA MERUPAKAN
SEBUAH NEGARA YANG AMAN DAN HARMONI. OLEH ITU, KITA HARUSLAH BERSYUKUR SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA.
SEBAGAI RAKYAT YANG MENCINTAI AKAN PERPADUAN DALAM NEGARA, KITA HARUSLAH SENTIASA MENGAMALKAN
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM NEGARA.
SEMANGAT KEKITAAN MERUPAKAN LANGKAH YANG AMAT PENTING DALAM MENGEKALKAN PERPADUAN DISESEBUAH
NEGARA. SEMANGAT KEKITAAN DAPAT DIAMALKAN DENGAN MEMUPUK AMALAN BERTOLAK ANSUR DAN BERTOLERANSI
ANTARA MASYARAKAT. KITA HARUSLAH BERTOLAK ANSUR, SABAR, DAN MENGAWAL DIRI DEMI MENGELAKKAN
PERTELINGKAHAN DAN PERSELISIHAN FAHAM DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP BERMASYARAKAT. SIFAT BERSATU-PADU
ANTARA MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM AMAT PENTING UNTUK MEWUJUDKAN KEHARMONIAN DAN SEMANGAT
BERJUANG BUKAN SAHAJA UNTUK BANGSA ATAU KAUM SENDIRI, TETAPI JUGA UNTUK NEGARA.
SETERUSNYA , SIFAT BERDISIPLIN JUGA AMAT PENTING DALAM MEMUPUK PERPADUAN. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN HARUSLAH DIPATUHI UNTUK KESENANGAN SEMUA PIHAK. RAKYAT YANG PERAMAH
DAN BERAKHLAK SUDAH TENTU DAPAT MENINGKATKAN REPUTASI NEGARA. KITA HARUSLAH BERKELAKUAN SOPAN
SUPAYA TIDAK DILABELKAN SEBAGAI RAKYAT YANG BIADAP ATAU KURANG AJAR.
AKHIR SEKALI , SIFAT SALING HORMAT-MENGHORMATI SESAMA KAUM. KITA HENDAKLAH MENGHORMATI KAUM LAIN
SEPERTI DARI SEGI ADAT, BAHASA, PAKAIAN MAHUPUN ACARA KERANA MASING-MASING MEMPUNYAI ADAT YANG
BERBEZA. SIFAT MENGHORMATI KAUM YANG LAIN DAPAT MEMBINA MASYARAKAT YANG HIDUP AMAN HARMONI
WALAUPUN TERDIRI DARIPADA PELBAGAI JENIS KAUM YANG BERLAINAN.

10 DISEDIAKAN OLEH : SYAHIRAH

4.0 KESIMPULAN
SEBAGAI RUMUSAN, HUBUNGAN ANTARA KAUM PERLU DIPELIHARA DAN DIAMBIL PERHATIAN SERIUS OLEH SEMUA PIHAK
TANPA MENGIRA ETNIK DAN BUDAYA BAGI MENGEKALKAN PERPADUAN. DENGAN ITU, DAPAT MENGELAKKAN DIRI DARI
MEMBINCANGKAN ISU-ISU YANG BOLEH MEMBANGKITKAN SENSIVITI AGAMA DAN BUDAYA ETNIK DI MALAYSIA. BUDAYA
KENAL MENGENAL, ZIARAH MENZIARAH, HORMAT MENGHORMATI, BERTOLAK ANSUR DAN BEKERJASAMA ADALAH
MERUPAKAN APLIKASI HUBUNGAN ETNIK. HUBUNGAN ANTARA ETNIK HARUS DIJAGA SUPAYA KEAMANAN NEGARA TERUS
TERPELIHARA.

11 DISEDIAKAN OLEH : FITRI

5.0 RUJUKAN
http://mekanikaldtp2.blogspot.com/2014/08/faktor-yang-membawa-kepada-perpaduan_18.html?m=1
https://www.scribd.com/document/233291977/Langkah-Langkah-Mengekalkan-Perpaduan-Di-Negara
https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia/
https://online.anyflip.com/emika/grgs/mobile/

12 DISEDIAKAN OLEH : ALIZA


Click to View FlipBook Version