The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bpm.mpic, 2022-04-23 19:29:25

Laporan Tahunan MPI

Laporan Tahunan MPI

Keywords: Laporan Tahunan 2018,MPIC.,MPI

LAPORAN
TAHUNAN

2018

© Kementerian Industri Utama (MPI)

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan
mengeluar ulang mana-mana isi kandungan
penerbitan ini dalam apa jua bentuk dan
dengan apa cara pun sama ada secara
elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain
sebelum mendapat izin daripada Kementerian
Industri Utama (MPI).
Buku ini merupakan hasil kajian yang diterbitkan
secara tahunan.
Cetakan pertama 2018
ISSN XXXX-XXXX

RASIONAL MUKA HADAPAN SIDANG REDAKSI

Cabaran bagi merealisasikan impian melestarikan sektor Penaung
komoditi negara ditempuh dengan kesatuan usaha Datuk Zurinah binti Pawanteh
pelbagai pihak seperti Kementerian, industri, pekebun
kecil mahupun masyarakat secara keseluruhan. Dalam Penasihat
usaha pembangunan sektor komoditi ini, aspek alam Toisin Gantor
sekitar masih menjadi keutamaan.
Ketua Editor
Justeru, tema “Kelestarian Hari Ini Demi Kesejahteraan En. Ahmad Fazlan Shah bin Abd. Rahman
Hari Esok" mengangkat impian untuk menjadikan sektor
agrikomoditi negara berkembang dan cemerlang sejajar Editor
dengan usaha kemampanan yang turut mementingkan Aziz bin Abdul Rahman
pemeliharaan alam sekitar serta kecemerlangan di Kartina binti Hamzah
persada antarabangsa.
Penulis
Kesejahteraan Hari Esok merangkumi aspek kestabilan Hafsah binti Abdul Aziz
harga komoditi yang memberi kesan kepada industri, Mohd Faisal bin Wahid
pekebun kecil dan pendapatan eksport negara. Hafifi Hafiz bin Zulkifli
Noraini binti Mohammed
Kamarul Izam bin Jalani
Dewi Ratna binti Din
Lim Siew May
Fouziah binti Baba
Khairol Nizam bin Asri
M Yazid bin Yahya
Muhammad bin Mohd Arish
Hariati binti Abu Kher
Mohammad Mortadza bin Ahmad
Muhammad Syafiq bin Muhamad
Mohd Hilmi bin Haji Ali
Siti Hajar bin Zulkefle
Azizi Binti Elias

Jurugambar
Nurazlina binti Abdul Mutalib

Percetakan
Gigawise Network Sdn Bhd

Terbitan
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Industri Utama

ISI KANDUNGAN

PERUTUSAN YBM 6

8 PERUTUSAN KSU
10
CARTA ORGANISASI

12 PENGURUSAN MPI
13
VISI, MISI DAN OBJEKTIF

PROGRAM TURUN PADANG 14 PIAGAM PELANGGAN
17 PENCAPAIAN
SEKTOR KOMODITI
23
KOMODITI SAWIT DAN SAGO 24

38 BIOBAHAN API
48
KOMODITI GETAH DAN JATROPA

INDUSTRI PERKAYUAN MALAYSIA 78

88 INDUSTRI KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA
92
INDUSTRI LADA DAN KOKO

106 PERANCANGAN DASAR
118 DAN ANTARABANGSA

PENGURUSAN KEWANGAN
DAN PENTADBIRAN

124 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
140
INOVASI, TRANSFORMASI
DAN MODAL INSAN INDUSTRI

149 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN ICT

KOMUNIKASI KORPORAT 155

166 PENGAUDITAN DAN INTEGRITI

PERAKAUANAN 176
181
DIREKTORI AGENSI
DAN MAJLIS

MENTPerEutuRsaIn “

“ Semua empat fokus utama
yang saya telah nyatakan
memperlihatkan usaha gigih
pentadbir kerajaan baharu selari

dengan manifesto kerajaan
“Membina Negara, Memenuhi
Harapan” ke arah pembangunan
masyarakat dan negara yang

inklusif.

6 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Komoditiku, Menerusi enam Inisiatif Pencapaian Petunjuk Prestasi
Utama (KPI), saya turut memberi suntikan positif
Syabas dan tahniah kepada semua kerana telah kepada sektor agrikomoditi khususnya pekebun-
berjaya menerbitkan Buku Laporan Tahunan pekebun kecil di Malaysia iaitu peralihan dasar
Kementerian Industri Utama (MPI) bagi tahun 2018. mengimbangi pembangunan komoditi dengan alam
sekitar, mempertahankan minyak sawit negara,
Semenjak saya dilantik sebagai Menteri Industri meningkat penggunaan biodiesel sawit, memastikan
Utama pada 2 Julai 2018 yang lalu, saya telah pembangunan industri getah, mengembalikan aktiviti
menggalas amanah dan tanggungjawab bagi R&D sebagai fokus utama demi meningkat urus tadbir
menerajui Kementerian agar keseluruhan rantaian dan fokus kepada Industri Hiliran.
nilai dari peringkat huluan hingga hiliran agrikomoditi
negara kekal sebagai sektor penyumbang utama Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa dengan
kepada pendapatan eksport negara. adanya semangat kerjasama berpasukan dalam
kalangan pegawai dan anggota Kementerian,
Bagi merealisasikan cabaran ini, saya telah kejayaan dapat kita teruskan demi memartabatkan
mencadangkan empat fokus utama pada awal sektor agrikomoditi negara.
pelantikan saya sebagai Menteri iaitu Meningkatkan
Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan (terutama Semua kejayaan dan pencapaian Kementerian telah
pendekatan Mesra Pelabur Dan Mesra Perniagaan); direkodkan dalam Buku Laporan Tahunan 2018 dan
Memelihara Kebajikan Rakyat (pekebun kecil, saya percaya laporan tersebut akan menjadi sumber
pengusaha ladang, pengilang dan pekerja industri rujukan penting pemegang taruh dan pelanggan luar
komoditi); Mengukuhkan Pasaran Komoditi; dan kementerian.
Memantapkan Industri Hiliran.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan terima kasih
Semua empat fokus utama yang saya telah kepada semua yang telah memberi komitmen yang jitu
nyatakan memperlihatkan usaha gigih pentadbir dalam menjayakan kempen dan program kementerian
kerajaan baharu selari dengan manifesto kerajaan sepanjang tahun 2018.
“Membina Negara, Memenuhi Harapan” ke Arah
Pembangunan Masyarakat dan Negara Yang Sekian, Salam Hormat,
Inklusif.
PUAN TERESA KOK
MENTERI INDUSTRI UTAMA

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 7

LKapoEraTn UA SETIAUSAHA

Tahun 2018 merupakan tahun yang amat mencabar Sektor komoditi getah masih menyumbang kepada
dan dipenuhi dengan belbagai peristiwa penting, KDNK negara walaupun terdapat penyusutan di
termasuk cabaran-cabaran baru bagi industri sektor huluan getah 17.6 peratus berbanding 2017. Di
agrikomoditi dan landskap politik negara. sektor hiliran pula, berlaku peningkatan 5.4 peratus
berbanding 2017. Secara keseluruhannya, komoditi
Pendapatan hasil agrikomoditi merupakan salah satu getah telah menyumbang 1.2 peratus daripada
tonggak utama ekonomi negara dan kementerian keseluruhan 7.3 peratus sumbangan sektor pertanian
sentiasa memberi fokus kepada usaha-usaha terhadap KDNK negara. Harga pasaran getah asli di
mempertingkatkan daya saing industri tersebut. peringkat antarabangsa pada 2018 menunjukkan
penurunan berbanding yang dicatatkan pada 2017
Selaras dengan visi Kementerian menjadikan hasil daripada kejatuhan Ringgit berbanding Dollar
Malaysia sebagai peneraju pasaran global bagi Amerika. Ketegangan hubungan perdagangan
industri utama melalui kemajuan industri secara antarabangsa antara China dan USA juga turut
mampan untuk kesejahteraan negara. Oleh itu, mempengaruhi pasaran getah dunia. Lambakan
penumpuan utama Kementerian adalah memastikan stok di gudang Chingdao, China menambah lagi
industri agrikomoditi melonjak ke tahap yang lebih faktor kejatuhan harga getah. Kejatuhan harga
tinggi, berdaya saing, mampan dan seimbang. Ini getah menjadi faktor penurunan pengeluaran getah
adalah sangat penting bagi memastikan produk- Malaysia sehingga menunjukkan perbezaan 18.48
produk berasaskan komoditi keluaran negara terus peratus atau 136, 850 tan.
menjadi salah satu penyumbang utama kepada
pembangunan ekonomi negara. Sektor Lada Malaysia mengeluarkan 31,073 tan
lada pada 2018 dengan pengeluaran lada hitam
Secara keseluruhannya, pendapatan eksport produk- dianggarkan sebanyak 23,954 tan, lada putih 7,091
produk agrikomoditi pada 2018 adalah RM127.8 tan dan selebihnya lada hijau 33 tan. Keadaan ini
bilion atau 12.8 peratus daripada keseluruhan telah mencatatkan peningkatan sebanyak 2.1
pendapatan eksport negara. Nilai ini menurun 8.8 peratus daripada 30,433 tan yang dicapai pada 2017.
peratus berbanding RM140.1 bilion pada tahun lalu Peningkatan ini sebahagiannya telah disumbangkan
berikutan kejatuhan harga-harga komoditi seperti oleh pengembangan tanaman lada di seluruh
harga purata minyak sawit mentah (CPO) dan getah negara.
asli (SMR20).
Bagi sektor koko, jumlah pengeluaran biji koko
Sektor komoditi yang meliputi aktiviti di peringkat Malaysia pada 2018 mencatatkan penurunan 19.6
huluan (upstream) dan hiliran (downstream) peratus kepada 814 tan metrik berbanding 1,012
telah merekodkan jumlah KDNK RM89.3 billion, tan metrik pada 2017. Penurunan ini disebabkan
penurunan 1.5 peratus berbanding 2017. Sektor oleh faktor-faktor seperti keadaan cuaca lembab
agrikomoditi menyumbang 7.3 peratus kepada berikutan hujan sepanjang tahun, penurunan harga
jumlah keseluruhan KDNK negara.

8 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

biji koko, kekurangan tenaga kerja serta serangan serangga dan makhluk perosak. Semenanjung

Malaysia merupakan penyumbang utama pengeluaran biji koko Malaysia pada 2018 iaitu

366 tan metrik atau 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran, diikuti oleh Sabah

dan Sarawak, masing-masing 298 tan metrik (37 peratus) dan 150 tan metrik (18 peratus).

Manakala, jumlah pengisaran biji koko tempatan pada 2018 meningkat 14.4 peratus kepada

249,661 tan metrik berbanding 218,258 tan metrik pada 2017. Peningkatan ini

adalah disebabkan permintaan pasaran baru khususnya di rantau Asia

dan harga biji koko yang rendah yang menggalakkan aktiviti pengisaran.

Sementara bagi sektor Komoditi Kayu pula, nilai eksport produk kayu-
kayan Malaysia pada 2018 mencatatkan penurunan 3.8 peratus iaitu
berjumlah RM22.29 bilion berbanding RM23.22 bilion pada 2017.
Kebanyakan produk kayu-kayan telah mencatatkan penurunan
daripada segi nilai eksport, kecuali produk seperti papan gentian,
kayu kumai, kayu serpai dan lain-lain produk mencatatkan sedikit
kenaikan. Tiga jenis produk utama yang menyumbang kepada nilai
eksport ialah perabot kayu, papan lapis dan kayu bergergaji dengan
nilai eksport masing-masing berjumlah RM7.79 bilion, RM4.58
bilion dan RM3.66 bilion. Pertumbuhan nilai eksport
terbesar direkodkan adalah lain-lain produk kayu
iaitu 15.07 peratus kepada RM1.43 bilion, diikuti
oleh produk kayu serpai 10.37 peratus kepada
RM 0.48 bilion, produk kayu kumai 3.09 peratus
kepada RM 0.87 bilion, dan produk papan gentian
2.54 peratus kepada RM1.19 bilion.

Bagi Sektor Kenaf pula, nilai jualan kenaf
meningkat 161 peratus kepada RM4.8 juta
pada 2018 berbanding RM1.84 juta pada 2017.
Peningkatan ini disokong oleh pengeksportan
fiber dan produk berasaskan kenaf ke China,
Thailand dan Korea Selatan selain permintaan
pasaran tempatan.

Pencapaian Sektor Agrikomoditi yang dilaporkan di
atas ,saya penuh yakin dan percaya bahawa sektor
ini akan terus berkembang dan menjadi nadi kepada
pertumbuhan ekonomi negara di masa akan datang.
Kementerian akan terus komited bagi meletakkan
sektor agrikomoditi sebagai sumber pendapatan
negara yang utama.

YBHG. DATUK ZURINAH BINTI PAWANTEH
Ketua Setiausaha
Kementerian Industri Utama

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 9

CARTA ORGANISASI

KEMENTERIAN PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA
(PERLADANGAN DAN KOMODITI)

(PTD GRED UTAMA A/B)
YBrs. Encik Ravi Muthayah

UNIT AUDIT DALAM UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Ketua Audit (W48) Ketua Komunikasi Korporat
En. Donysos Anak Jeros (Gred 54 Terbuka)
En. Cheah Chee Fong

BAHAGIAN KEMAJUAN INDUSTRI BAHAGIAN KEMAJUAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN
SAWIT DAN SAGO INDUSTRI KAYU-KAYAN, INDUSTRI GETAH & JATHROPA

Setiausaha Bahagian TEMBAKAU & KENAF Setiausaha Bahagian
(PTD Gred Utama C) Setiausaha Bahagian (PTD Gred M54)
YBrs. Dr. Sugumari (PTD Gred Utama C)
En. Mad Zaidi Mohd Karli En. Wan Ahmad Asmady
a/p Shanmugam Wan Md Din

BAHAGIAN PEMBANGUNAN BAHAGIAN BIOBAHAN API
INDUSTRI KOKO DAN LADA Setiausaha Bahagian
(PTD Gred M52)
Setiausaha Bahagian
(PTD Gred M54) En. Ahmad Farid Mohammed

Pn. Kanagadevi a/p Pachaiappan

LEMBAGA MINYAK LEMBAGA GETAH MALAYSIA LEMBAGA PERINDUSTRIAN
SAWIT MALAYSIA Ketua Pengarah KAYU MALAYSIA
Ketua Pengarah Ketua Pengarah
(Gred Utama A/Turus III) (Pegawai Penyelidik
Gred Utama Turus III) (Pegawai Ehwal Ekonomi
(Terbuka) YBrs. Dr. Zairossani Mohd Nor Gred Utama B)
YBhg. Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din
YBhg. Dato’ Dr. Jalaluddin Harun

MALAYSIAN PALM OIL MALAYSIAN PALM OIL COUNCIL MALAYSIAN RUBBER EXPORT
CERTIFICATION COUNCIL Ketua Pegawai Eksekutif PROMOTION COUNCIL
Pemangku
Pemangku YBhg. Datuk Dr. Kalyana Sundram Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif En. Brandon Chan

Dr. Sanath Kumaran

10 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

TIMALAN MENTERI MENTERI TIMBALAN MENTERI
YB Datuk Seri Shamsul Iskandar YB Puan Teresa Kok Kosong
KETUA SETIAUSAHA
Mohd Akin YBhg. Datuk Zurinah Pawanteh TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA
(PERANCANGAN STRATEGIK DAN
UNIT INTEGRITI
Ketua Unit (PTD Gred M52) PENGURUSAN)
(PTD GRED UTAMA B)
En. Mohd Hamzah YBrs. En. Toisin Gantor
Murghayah Abdullah
UNIT UNDANG-UNDANG
Pegawai Undang-Undang (L52)

Pn. Nurashikin Ismail

BAHAGIAN PERANCANGAN BAHAGIAN PENGURUSAN BAHAGIAN PENGURUSAN
STRATEGIK DAN ANTARABANGSA SUMBER MANUSIA MAKLUMAT
Setiausaha Bahagian
Setiausaha Bahagian (PTD Gred M54) Setiausaha Bahagian
(PTD Gred Utama C) Pn. Hanim Abdollah (PTM F52)
En. Sutekno Ahmad Belon
Pn. Nik Zarna Nik Mat

BAHAGIAN PENGURUSAN BAHAGAN PENGGALAKAN BAHAGIAN AKAUN
PEMBANGUNAN & KEWANGAN INOVASI DAN MODAL NSAN Akauntan
(WA54)
Setiausaha Bahagian Setiausaha Bahagian
(PTD Gred M54) (PTD Gred 54 ) Pn. Normah Abdul Rahman

En. Wan Saiful Ikhmal En. Mohamad Mahll Ahmad
Wan Abdul Rahman

LEMBAGA KOKO MALAYSIA LEMBAGA KENAF DAN LEMBAGA LADA MALAYSIA
Ketua Pengarah TEMBAKAU NEGARA Ketua Pengarah

(Pegawai Penyelidik Ketua Pengarah (Pegawai Ehwal Ekonomi
Gred Utama B) (Pegawai Ehwal Ekonomi Gred Utama C)

YBhg. Datin Norhaini Udin Gred E54) YBrs. Dr. Harry Anak Entebang
YBrs. En.Samsuddin Hj. Noor

MALAYSIAN TIMBER COUNCIL MALAYSIAN TIMBER
Ketua Pegawai Eksekutif CERTIFICATION COUNCIL
En. Richard Yu Ketua Pegawai Eksekutif

En.Yong Teng Koon

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 11

12 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

VISI UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN
BAGI SEKTOR KOMODITI DAN SEBAGAI PENGELUAR UTAMA NILAI
TAMBAH YANG LEBIH TINGGI BERASASKAN KOMODITI DALAM
PASARAN GLOBAL.

UNTUK MEMASTIKAN DAYA SAING MALAYSIA DI PERINGKAT MISI
ANTARABANGSA DALAM INDUSTRI BERASASKAN KOMODITI DAN

SUMBANGAN MEREKA KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA.

OBJEKTIF

UNTUK MEMAKSIMUMKAN SUMBANGAN INDUSTRI BERASASKAN KOMODITI KEPADA
PENDAPATAN NEGARA TERMASUK KDNK DAN PENDAPATAN TUKARAN ASING.

UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN R&D, TEKNOLOGI
DAN PERKHIDMATAN DALAM INDUSTRI BERASASKAN KOMODITI.

BAGI MENINGKATKAN KECEKAPAN, PRODUKTIVITI, KUALITI DAN KEMAMPANAN
INDUSTRI UTAMA BERDASARKAN K-EKONOMI.
UNTUK MENINGKATKAN KEUPAYAAN PEMASARAN DI SAMPING MENINGKATKAN
BAHAGIAN PASARAN TERUTAMANYA DALAM PASARAN NICHE.

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 13

1. PENGGUBALAN DASAR

Menggubal dasar dan strategi yang

jelas mengenai industri komoditi

perladangan berlandaskan kepada

perkembangan dan keperluan semasa dalam

tempoh masa seperti berikut:

• 18 bulan bagi penggubalan dasar dan

strategi baru; dan

• Enam (6) bulan bagi meminda dasar dan

strategi sedia ada.

PIAGAM PELANGGAN 2. PENGGUBALAN PERUNDANGAN 

Menggubal perundangan utama dan

perundangan subsidiari berkaitan

industri perladangan dan komoditi

berlandaskan kepada perkembangan

dan keperluan semasa dalam tempoh

masa seperti berikut:

i. Perundangan Utama:

• Draf Perundangan Utama (kedua-

dua Bahasa Melayu dan Inggeris)

disediakan oleh Bahagian/Agensi yang

kemudiannya dipanjangkan ke Unit

Undang-undang melalui Bahagian di

MPI.

• Dalam masa 20 hari bekerja dari

tarikh penyelesaian isu dasar dan

perundangan. Jika ada isu dasar atau

perundangan berbangkit tempoh 20

hari terhenti sehingga isu dasar atau

perundangan selesai.

• Kualiti: Selaras dengan Perlembagaan

Persekutuan, Akta ibu, Akta lain dan

menepati kehendak pelanggan.

ii. Perundangan Subsidiari:
• Draf Perundangan Subsidiari (kedua-
dua Bahasa Melayu dan Inggeris)
disediakan oleh Bahagian/Agensi yang
kemudiannya dipanjangkan ke Unit
Undang-undang melalui Bahagian di
MPI.
• Dalam masa 14 hari bekerja bagi teks
kurang 50 m/s dan 21 hari bekerja
bagi teks melebihi 50 m/s. Jika ada isu
dasar atau perundangan berbangkit
tempoh itu terhenti sehingga isu dasar
atau perundangan selesai.

14 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

3. PROJEK PEMBANGUNAN / lawatan kerja bagi memperkukuhkan
pasaran sedia ada dan menerokai
Memastikan program pasaran baru sekurang-kurangnya
lima (5) kali setahun serta mengambil
pembangunan sektor tindakan susulan yang sewajarnya.

perladangan dan komoditi 7. PENERBITAN DATA TAHUNAN
KOMODITI
dirancang, dilaksana Memuatnaik data Perangkaan Komoditi
dalam Laman Web MPI dan Portal
dan dipantau sewajarnya Data Terbuka yang diselenggara oleh
MAMPU.
termasuk mengadakan
8. ADUAN PELANGGAN
Mesyuarat Jawatankuasa Memastikan semua aduan pelanggan
diberi:
Tindakan Pembangunan • Akuan penerimaan dalam masa
satu (1) hari;
Kementerian (JTPK) • Maklum balas awal dalam masa
lima (5) hari; dan
diadakan 12 kali setahun. • Diselesaikan dalam tempoh 15 hari
bagi aduan yang tidak melibatkan
4. PEMBAYARAN BIL perkara dasar.
• Memastikan 90%
pembayaran bil yang 9. SESI BERTEMU PELANGGAN
lengkap diselesaikan Mengadakan sesi bertemu pelanggan
dalam tempoh 7 hari; melalui program-program turun padang
dan seperti Program Hello Komoditi
• Sekiranya terdapat sekurang-kurangnya dua (2) kali
mana-mana pihak setahun. 
yang tidak menerima
pembayaran dalam 10. LAMAN WEB
tempoh 14 hari, Memuat naik maklumat program terkini
aduan yang diterima MPI ke laman web dalam tempoh 24
akan diselesaikan dalam jam.
tempoh 72 jam.
11. LESEN BIOBAHAN API
5. SESI KONSULTASI • Mengeluarkan akuan penerimaan
Mengadakan sesi konsultasi
dengan kerajaan-kerajaan bagi permohonan yang lengkap dalam
negeri, pihak industri dan tempoh satu (1) hari;
Pertubuhan Bukan Kerajaan • Mengeluarkan lesen dalam tempoh tiga
(NGO) : (3) hari selepas lesen ditandatangani
i. Peringkat Menteri : oleh Pihak Berkuasa Pelesenan
• Satu (1) dialog sesi Biobahan Api; dan
konsultasi setahun • Memberi jawapan kepada permohonan
bagi setiap komoditi yang tidak berjaya dalam tempoh tiga
dengan persatuan (3) hari selepas keputusan dibuat Pihak
industri komoditi dan Berkuasa Pelesenan Biobahan Api.
NGO
ii. Peringkat Pegawai : KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 15
• Enam (6) sesi
konsultasi dengan
industri.

6. MISI PERDAGANGAN 
Menganjurkan misi galakan
pasaran dan perdagangan

SKIM
PENSIJILAN
KAYU
MALAYSIA

Skim Pensijilan Hutan Nasional iaitu
Malaysian Timber Certification Scheme
(MTCS) merupakan satu skim sukarela yang
menyediakan penilaian bebas untuk Pensijilan
Pengurusan Hutan dan Rantaian Jagaan bagi
memastikan pengurusan hutan asli dan ladang
hutan yang mampan di Malaysia. MTCS yang
dilaksanakan oleh MTCC sejak 2001 bertujuan
untuk:

(i) Menggalakkan amalan pengurusan hutan
secara mampan di Malaysia melalui
pensijilan pengurusan hutan; dan

(ii) Memudahcara pengeluaran dan
pengeksportan produk kayu bersijil
yang memenuhi keperluan pasaran
antarabangsa.

2018

21PENSIJILAN

UNIT PENGURUSAN HUTAN
4.59 juta hektar

359 PENSIJILAN
RANTAIAN JAGAAN
syarikat

16 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

PROGRAM TURUN PADANG

10 Julai 18
Lawatan Kerja ke Stesen Penyelidikan

Sg. Sari, Kuala Nerang, Kedah

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 17

15 Ogos 18
Program Sayangi Komoditi
Sek. Men. Selancar

18 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

18 Sept 18
Lawatan YB Menteri

ke Hartalega
Holdings Bhd. Sepang

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 19

22 Sept 18
Lawatan Kerja
YB Menteri
ke Sime Darby
Plantation

20 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

24 Okt 18
Program Sayangi Komoditi

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 21



PENCAPAIAN
SEKTOR KOMODITI

KOMODITI SAWIT DAN SAGO

CERTIFIED SUSTAINABLE PALM OIL (CSPO) FORUM 2018

Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) telah menganjurkan Certified Sustainable Palm Oil (CSPO)
Forum 2018 yang bertemakan ‘Moving Forward with MSPO Time Line of 2019’ pada 6 Disember 2018 bertempat
di Le Meridien, Putrajaya. Forum ini telah dirasmikan oleh YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama. CSPO Forum ini
adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh MPOCC bagi memaklumkan kepada industri sawit maklumat-maklumat
terkini mengenai status dan hala-tuju pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) serta platform untuk
berkongsi isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan pensijilan MSPO.
Forum selama setengah hari ini meliputi pembentangan lima (5) kertas kerja berkaitan kemajuan pensijilan MSPO,
cabaran pensijilan MSPO di sektor perladangan, isu pelaksanaan pensijilan MSPO di negeri Sabah dan Sarawak
dan isu pelaksanaan pensijilan MSPO bagi pekebun kecil. Ini juga diikuti dengan perbincangan panel yang terdiri
daripada agensi pelaksana dan persatuan sawit. Forum ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 276 orang
yang terdiri daripada pelbagai pemegang taruh berkaitan sawit.

24 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

JELAJAH MALAYSIAN SUSTAINABLE PALM OIL (MSPO) 2018

Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia
(MPOCC) telah menganjurkan Siri Jelajah
Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)
bermula pertengahan tahun 2018 di seluruh
negara. Siri Jelajah MSPO ini adalah bertujuan
untuk memberi kesedaran kepentingan MSPO
dan juga memberi tunjuk ajar langkah-langkah
serta keperluan dalam mendapatkan pensijilan
MSPO. Penyertaan siri Jelajah MSPO ini
dibuka kepada semua pengusaha sawit
termasuk pekebun kecil dan pengilang sawit di
seluruh negara.
Dari bulan Julai hingga Disember 2018,
sebanyak 15 siri Jelajah MSPO telah
dianjurkan di Perak, Pahang, Terengganu,
Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan,
Johor, Sabah dan Sarawak. Siri Jelajah
MSPO ini telah mendapat penyertaan yang
menggalakan dari semua pengusaha sawit di
Malaysia.

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 25

MISI EKONOMI TEKNIKAL DAN PROMOSI SAWIT TAHUN 2018

Misi Ekonomi Dan Promosi Sawit Ke Kesatuan Eropah Dan Switzerland,
28 September - 6 Oktober 2018

YB Menteri Industri Utama mengetuai Misi Ekonomi dan Promosi Sawit ke Kesatuan Eropah dan Switzerland dari
28 September hingga 6 Oktober 2018. Delegasi YB Menteri disertai oleh dua orang pegawai kanan Kementerian
Industri Utama dan pegawai pakar daripada FRIM serta wakil-wakil daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC).
Semasa lawatan rasmi YB Menteri ke Bern, Switzerland, mesyuarat dua hala dengan Menteri Switzerland iaitu
Johann Schneider Ammann, Federal Councillor & Head of the Federal Department of Economic Affairs, Education
and Research, Switzerland telah diadakan. Mesyuarat dua hala berkenaan antara lain, bertujuan membincangkan
kempen dan usul Ahli-ahli Parlimen Switzerland untuk mengecualikan minyak sawit daripada rundingan perdagangan
Perjanjian Perkongsian Ekonomi antara Malaysia dengan European Free Trade Association (MEEPA). Selain itu,
YB Menteri juga telah mengadakan perjumpaan dengan lebih kurang 200 orang diaspora Malaysia di Switzerland
untuk memaklumkan mengenai dasar-dasar terkini Kerajaan khususnya di bawah Kementerian Industri Utama.
Satu perjumpaan Meja Bulat Minyak Sawit juga telah diadakan dengan industri minyak dan lelemak di Switzerland
dan melibatkan beberapa badan bukan Kerajaan (NGO) di Switzerland seperti Bruno Mansor Fund dan SwissAid.

YB Menteri Industri Utama semasa di Bern, Switzerland

26 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

Semasa di Geneva, YB Menteri telah mengadakan
perbincangan bersama Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia
ke World Trade Organisation (WTO) dan United Nations di
Geneva, Switzerland serta Director of Trade and Environment,
WTO mengenai isu-isu berkaitan sawit di bawah WTO dan
langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Malaysia
dalam menghadapi cabaran-cabaran perdagangan tersebut.
Perjumpaan juga telah diadakan dengan badan pensijilan
antarabangsa iaitu International Sustainability and Carbon
Certification (ISCC) di Jerman untuk memperkukuhkan
lagi Pensijilan MSPO dan mendapatkan pengiktirafan
antarabangsa.

YB Menteri Industri Utama bersama Johann
Schneider-Ammann, Federal Councillor
semasa di Bern, Switzerland

YB Menteri Industri Utama bersama delegasi semasa berada di Geneva, Switzerland

Sementara itu, semasa di Madrid, Sepanyol, YB Menteri telah menghadiri Persidangan European Palm Oil
Conference 2018 (EPOC), anjuran European Palm Oil Alliance (EPOA). Persidangan ini telah dihadiri lebih kurang
240 orang peserta yang terdiri daripada pihak industri, kerajaan dan bukan kerajaan di EU dan negara-negara
pengeluar minyak sawit dunia. YB Menteri melalui ucap tamanya telah memaklumkan mengenai sumbangan

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 27

minyak sawit mampan Malaysia kepada pencapaian United Nations Sustainable Development Goals (UN SDGs)
serta aplikasi minyak sawit mampan dalam industri makanan dunia. Selain itu, YB Menteri Industri Utama juga telah
meluangkan masa untuk bertemu dengan Spanish Sustainable Palm Oil Alliance (SPOA), Kesatuan Pengimport
Biodiesel Sepanyol serta NGO di Sepanyol. Pertemuan dua hala dengan Menteri Perdagangan Indonesia yang turut
menghadiri Persidangan EPOC juga telah diadakan untuk membincangkan mengenai keputusan trilog European
Union Renewable Energy Directive II (EU RED II) di EU dan kempen anti minyak sawit. Selain itu, YB Menteri
Industri Utama juga telah mengadakan lawatan ke REPSOL iaitu syarikat tenaga global bersatu di Madrid.

YB Menteri Industri Utama semasa di European Palm Oil Conference (EPOC) 2018,
Hotel Puerta America, Madrid, Spain

Manakala di Brussels, Belgium pula, YB Menteri telah mengadakan mesyuarat dua hala bersama Mr. Karmenu
Vella, Commissioner for Environment, Maritime Affairs and Fisheries; Mr. Pietras Jaroslaw, Director-General
for Environment, Education, Transport and Energy, Council of The European Union dan Mr Gunnar Wiegand,
Managing Director for Asia and the Pacific of the European External Action Services. Mesyuarat ini diadakan bagi
membincangkan mengenai kesan pelaksanaan perundangan EU RED II dan rangka kerja perkiraan Indirect Land
Use Change (ILUC) terhadap industri sawit Malaysia.

28 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

YB Menteri Industri Utama bersama delegasi semasa di Brussles, Belgium
KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 29

SIXTEENTH SENIOR OFFICIAL MEETING (SOM16) AND THE
FIFTH MINISTERIAL MEETING (MM5) OF THE COUNCIL OF PALM
OIL PRODUCING COUNTRIES (CPOPC),
7-8 NOVEMBER 2018, NYATOH DAN MARRIOTT HOTEL

Sixteenth Senior Official Meeting (SOM16) and the Fifth Ministerial Meeting (MM5) of the Council of Palm Oil
Producing Countries (CPOPC) telah diadakan di Putrajaya pada 7 hingga 8 November 2018. Mesyuarat Menteri
dipengerusikan bersama oleh YB Menteri Industri Utama dan YB Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Republik
Indonesia Encik Darmin Nasution, manakala Mesyuarat Peringkat Pegawai Kanan dipengerusikan bersama oleh
Ketua Setiausaha MPI dan Timbalan Menteri Koordinator Bidang Makanan dan Pertanian, Kementerian Penyelaras
Hal Ehwal Ekonomi Republik Indonesia. Kedua-dua Mesyuarat ini turut disertai oleh pegawai-pegawai MPI, wakil
Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Majlis Minyak Sawit Malaysia dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit. Selain daripada
itu wakil Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut hadir ke kedua-
dua Mesyuarat ini. Pada mesyuarat ke-5 Peringkat Menteri CPOPC, Colombia telah diterima sebagai ahli ketiga
CPOPC.

Penyampaian cenderahati YB Menteri Industri Utama kepada Menteri Koordinator Perekonomian Republik
Indonesia

30 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

Sidang media sempena mesyuarat ke 5 Peringkat Menteri CPOPC di Hotel Marriott Putrajaya

Bergambar kenangan delegasi Malaysia bersama delegasi Indonesia
KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 31

MISI EKONOMI TEKNIKAL DAN PROMOSI SAWIT

Pada tahun 2018, beberapa Misi Ekonomi, Teknikal dan Promosi Sawit telah diadakan di beberapa buah negara
terpilih termasuk Republik Rakyat China, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Misi yang telah diadakan ini
berjaya mencapai objektif iaitu mempromosi dan mengukuhkan eksport minyak sawit serta memantapkan hubungan
perniagaan negara-negara tersebut dengan Malaysia.

Misi Ekonomi Dan Promosi Sawit, Getah Dan Kayu-Kayan Ke Republik Rakyat
China, 17 – 24 Ogos 2018

YB Menteri Industri Utama telah menyertai Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri ke Republik Rakyat China (RRC)
pada 17 hingga 21 Ogos 2018 diikuti Misi Ekonomi dan Promosi Sawit, Getah dan Kayu Kayan ke Republik Rakyat
China pada 21 hingga 24 Ogos 2018. Misi diadakan bertujuan untuk memperkukuh eksport komoditi dan produk
berasaskan sawit, getah dan kayu-kayan Malaysia memandangkan RRC menyediakan potensi pasaran yang luas.
Semasa lawatan rasmi tersebut, YAB Perdana Menteri dan Premier Li Keqiang telah menyaksikan pemeteraian dua
Memorandum Persefahaman (MoU) iaitu MoU antara Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Hainan State Farms
Bureau and Hainan State Farms Investments Holding Group Co. Ltd. dan MoU antara Universiti Tsinghua dan
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Hasil Misi Ekonomi, Promosi Sawit, Getah dan Kayu-kayan ke RRC
tersebut telah berjaya memperkukuhkan pasaran minyak sawit dan produk-produk sawit, getah dan kayu-kayan
Malaysia di RRC serta mengeratkan lagi hubungan dua hala sedia ada dan membolehkan sektor swasta Malaysia
menerokai peluang-peluang pelaburan di samping memperkukuhkan jaringan perdagangan.

Ketua Pengarah MPOB menandatangani MOU dengan Naib Presiden Tsinghua University disaksikan
YAB Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri China di Dewan Besar Rakyat, Beijing pada 20 Ogos 2018

32 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

Sime Darby Plantation Berhad menandatangani MOU dengan COFCO Corporation pada 21 Ogos 2018
di Beijing China untuk meningkatkan aktiviti hiliran minyak sawit yang melibatkan pelaburan dan perdagangan

Bergambar kenangan bersama YAB PM semasa Lawatan Rasmi YAB PM ke China sebelum YB Menteri MPI
meneruskan Misi Ekonomi dan Promosi Sawit, Getah dan Kayu Kayan ke Republik Rakyat China
pada 21 hingga 24 Ogos 2018
KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 33

Misi Ekonomi, Promosi Dan Pelaburan Sawit Ke Republik Rakyat China,
21 - 23 Oktober 2018 Dan Amerika Syarikat, 24 - 28 Oktober 2018

YB Menteri telah mengetuai Misi Ekonomi, Promosi Dan Pelaburan Sawit ke Republik Rakyat China (RRC) dan
Amerika Syarikat pada 21 hingga 28 Oktober 2018. YB Menteri juga telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama
dan merasmikan Palm Oil Trade Fair and Seminar (POTS) Nanjing 2018. Hasil Misi Ekonomi, Promosi dan Pelaburan
Sawit ke RRC dan Amerika Syarikat telah membuka peluang kepada Malaysia untuk memperkukuhkan pasaran
minyak sawit dan produk-produk sawit Malaysia di RRC dan Amerika Syarikat. Misi ini turut mengeratkan lagi
hubungan dua hala sedia ada dan membolehkan sektor swasta Malaysia menerokai peluang-peluang pelaburan di
samping memperkukuhkan jaringan perdagangan.

YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama merasmikan Seminar Perdagangan Minyak Sawit Malaysia-China
(POTS China) 2018 di Nanjing, China pada 23 Oktober 2018

34 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

YB Menteri menyampaikan ucapannya sebagai Tetamu Kehormat semasa program
dengan Chef Martin Yan pada 25 Oktober 2018 di San Francisco

Acara perasmian sebuah program siri televisyen bertajuk
Evening with Martin Yan Taste of Malaysia : A Celebration Banquet.

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 35



BIOBAHAN
API

BIOBAHAN API

1.0 PENGENALAN Akta Industri Biobahan Api Malaysia (Akta 666)
Pada tahun 2006, Dasar Biobahan Api Negara (DBN yang merupakan instrumen perundangan bagi
2006) telah dilancarkan bagi mengembangkan menyelaraskan pelesenan serta mengawalselia
potensi penggunaan biobahan api berasaskan sawit industri biobahan api negara mulai 1 Ogos 2008.
berlandaskan lima (5) teras utama berikut:
Di samping memangkin kemampanan industri
biobahan api biobahan api tanah air, DBN 2006 dan Akta 666
adalah manifestasi iltizam negara yang telah
untuk sektor pengangkutan dizahirkan semasa Conferences of the Parties Ke-15
di United Nation Framework Convention on Climate
biobahan api Change (UNFCCC) di Copenhagen, Denmark pada
tahun 2009, iaitu pengurangan sehingga 40% intensiti
untuk perindustrian pelepasan berasaskan GDP menjelang tahun 2020.

pembangunan teknologi 2.0 PELAKSANAAN PROGRAM B5

biobahan api Mesyuarat Ke-8 Jawatankuasa Kabinet mengenai
Daya Saing Minyak Sawit (Cabinet Committee on
biobahan api Competitiveness of Palm Oil – CCPO) pada 12 Januari
2010 telah memutuskan bahawa program mandatori
untuk tujuan eksport B5 (adunan 5% biodiesel sawit dengan 95% diesel
petroleum) dilaksanakan bagi sektor bersubsidi di
biobahan api Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan
dan Melaka bermula Jun 2011 secara berfasa.
untuk alam sekitar yang
lebih bersih. Sektor bersubsidi merangkumi perikanan, fleet
card dan tangki skid bagi pengangkutan darat telah
Dasar ini menjadi pelengkap kepada dasar-dasar menggunapakai B5 sepenuhnya mulai 20 Februari
berkaitan tenaga boleh baharu lain kerajaan 2012. Hasrat Kerajaan adalah untuk mencapai
seperti Dasar Kepelbagaian Lima Bahan Api (Five- penggunaan biodiesel sawit sebanyak 500,000
Fuel Diversification Policy) dan Dasar Teknologi tan setahun melalui pelaksanaan Program B5
Hijau Negara. Objektif utama dasar ini ialah untuk merangkumi kedua-dua sektor bersubsidi dan tidak
memanfaatkan sumber tenaga yang mesra alam, bersubsidi (industri dan janakuasa).
mampan dan mengurangkan kebergantungan
kepada bahan bakar fosil. Seluruh sektor bersubsidi di Wilayah Selatan (Johor)
Untuk memperkukuh pelaksanaan DBN 2006, telah menyertai Program B5 mulai 22 Julai 2013.
Kerajaan pada tahun 2007 telah menggubal Perjalanan Program B5 bagi Semenanjung Malaysia
telah disempurnakan pada Mac 2014 dengan
pelaksanaannya di Wilayah Timur yang meliputi
Pahang, Terengganu dan Kelantan serta di Wilayah
Utara yang meliputi Perak, Kedah, Pulau Pinang dan
Perlis.

38 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM B7 Kabinet telah bersetuju supaya Program B7 yang
sebelum ini dilaksanakan di sektor pengangkutan
Setelah meneliti dan memperhalusi hasil konsultasi (runcit, perikanan dan sektor lain yang diberi subsidi)
yang dijalankan dengan pihak-pihak berkepentingan dipertingkat kepada Program B10 mulai 1 Disember
berhubung B7, MPI dan MPOB mendapati bahawa 2018 secara berfasa dan pelaksanaan mandatori
tidak timbul halangan yang ketara dalam pelaksanaan mulai 1 Februari 2019 di seluruh negara; dan supaya
Program B7. Sehubungan itu, Kerajaan pada 17 Program B7 dilaksanakan di sektor industri secara
Oktober 2014 telah bersetuju supaya Program B5 mandatori mulai 1 Julai 2019 di seluruh negara.
ditingkatkan kepada B7 secara berfasa melibatkan
sektor bersubsidi. Pelaksanaannya telah dimulakan
di Semenanjung pada November 2014 dan diikuti
dengan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan
Labuan mulai Disember 2014. Pelaksanaan
Program B7 bagi sektor bersubsidi akan membantu
meningkatkan keperluan biodiesel sawit sebanyak
576,000 tan setahun.

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM B10 DI
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN
PROGRAM B7 DI SEKTOR INDUSTRI

Bagi pelaksanaan Program B10 di sektor
pengangkutan, MPI dan MPOB telah mengadakan
beberapa siri perbincangan/konsultasi dengan pihak-
pihak berkepentingan dalam sektor automotif termasuk
Japan Automobile Manufacturers Association (JAMA)
dan Malaysian Automotive Association (MAA),
Federation of Malaysia Manufacturers (FMM),
Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional
Berhad (TNB) untuk meneliti kesesuaian penggunaan
B10 dalam sektor berkenaan. Susulan itu, YBM
pada 27 Mei 2016 telah membentangkan di Kabinet
cadangan untuk meningkatkan program B7 ke B10
di mana Kabinet telah bersetuju dengan cadangan
pengurangan GHG melalui program B10. Walau
bagaimanapun, program B10 terpaksa ditangguhkan
buat masa itu berikutan terdapat perbezaan ketara
antara harga minyak fosil dan minyak sawit mentah.

Perbincangan dan sesi konsultasi telah diadakan
sepanjang 2018. Susulan itu, YBM pada 9 November
2018 telah membentangkan di Kabinet cadangan
untuk meningkatkan Program B7 kepada B10 di mana

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 39

5.0 AKTIVITI / PERBINCANGAN / KONSULTASI / LAWATAN KERJA PELAKSANAAN
PROGRAM B10/B20 TAHUN 2018

Perbincangan dan sesi konsultansi yang telah berlangsung sepanjang 2018 adalah seperti berikut:

Jadual: Aktiviti / Perbincangan / Konsultasi Pelaksanaan Program B10/B20 Tahun 2018

BIL TARIKH AKTIVITI / PERBINCANGAN / KONSULTASI LOKASI

1. 5 Januari Bengkel Kajian Enjin Diesel Menggunakan Adunan Biodiesel MAI, Cyberjaya
2018 Sawit bersama Pengedar/Pengeluar Kenderaan Diesel
(Original Equipment Manufacturer – OEM) Bil. 1/2018

Sesi Konsultasi bersama Pengedar/Pengeluar Kenderaan

2. 30 Januari Diesel Komersial dan Syarikat-syarikat Pengangkutan MPOB Bangi, Selangor
2018 Berhubung Pelaksanaan Program B10 (Adunan 10%

Biodiesel Sawit dengan 90% Diesel Petroleum di Malaysia

Bengkel Kajian Enjin Diesel Menggunakan Adunan Biodiesel

3. 5 Mac 2018 Sawit bersama Pengedar/Pengeluar Kenderaan Diesel MAI, Cyberjaya

(Original Equipment Manufacturer – OEM) Bil. 2/2018

4. 1 Ogos 2018 Sesi Konsultasi Pelaksanaan Program B10 di Sektor Bilik Mesyuarat
Pengangkutan Nyatoh, MPI

5. 5 September Bengkel Persediaan Pelaksanaan Program Biodiesel B10 di MPOB Bangi, Selangor

2018 Sektor Pengangkutan dan B5 di Sektor Industri

6. 13 September Pelancaran Inisiatif FGV-MPOB Dalam Menerajui Felda Transport
Services Sdn Bhd, Port
2018 Penggunaan B10 Klang

7. 14 September Sesi Perkongsian Pengalaman Pelaksanaan Program Bilik Mesyuarat YB
Menteri, MPI
2018 Biodiesel Indonesia oleh Wilmar

8. 31 Oktober Pelaksanaan Program Percubaan B20 oleh MPKJ Dewan Seri Cempaka
2018 MPKJ, Saujana Impian

9. 26 November Sidang Media Pelaksanaan B10 Diesel oleh YB Puan Teresa Hotel Majestic, Kuala

2018 Kok Lumpur

10. 11 Disember Pelancaran Program B10 di Sektor Pengangkutan oleh YAB Dataran Putra,
Putrajaya
2018 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

40 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

BIL TARIKH AKTIVITI / PERBINCANGAN / KONSULTASI LOKASI
Menara DBKL 1, Kuala
11. 18 Disember Pelaksanaan Program B10 dan Pelaksanaan Program Lumpur

2018 Percubaan B20 oleh DBKL RTM, Kuala Lumpur

12. 12 Disember Temu Ramah berkaitan Program B10 di Selamat Pagi

2018 Malaysia (TV1)

5.1 AKTIVITI PENGUJIAN KEBERKESANAN MINYAK B10/B20 DAN LAWATAN KERJA

Sepanjang 2018, aktiviti-aktiviti pengujian B10/B20 dan lawatan kerja telah dijalankan dengan kerjasama pelbagai
pihak dan turut melibatkan pengurusan tertinggi kementerian. Antaranya:

Bengkel Persediaan Pelaksanaan Program
Biodiesel B10 di Sektor Pengangkutan dan B5
di Sektor Industri
Tarikh : 5 September 2018
Penglibatan : MPI, MPOB dan lain-lain pihak
berkepentingan

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 41

Pelancaran Inisiatif FGV-MPOB Dalam Menerajui Penggunaan B10
Tarikh : 13 September 2018
Penglibatan : YB Menteri Industri Utama, Ketua Pengarah MPOB dan Pengerusi FGV

42 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

Pelaksanaan Program Percubaan B20
oleh MPKJ
Tarikh
: 31 Oktober 2018
Penglibatan
: YB Menteri Industri Utama, Ketua
Pengarah MPOB dan YDP MPKJ

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 43

Pelancaran Program B10 di Sektor Pengangkutan
Tarikh : 11 Disember 2018
Penglibatan : YAB Perdana Menteri

Rajah 1 : Gambar Aktiviti-aktiviti Program B10/B20 Tahun 2018

44 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

6.0 PELESENAN BIOBAHAN API

Bagi mengawalselia perjalanan industri biobahan api negara, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta 666,
MPI telah dipertanggungjawabkan untuk memproses 4 kategori permohonan lesen biobahan api iaitu pengeluaran,
perdagangan, perkhidmatan dan pengangkutan yang lengkap untuk pertimbangan Jawatankuasa Pelesenan
Biobahan Api MPI. Jawatankuasa yang dijadualkan untuk bersidang 3 kali setahun (setiap 4 bulan) telah memproses
sebanyak 22 permohonan baru lesen biobahan api, 56 permohonan pembaharuan lesen biobahan api dan 12
permohonan pertukaran butiran di dalam lesen biobahan api sepanjang tahun 2018.

Jadual: Permohonan Lesen Biobahan Api Yang Diluluskan Tahun 2018

Jenis Permohonan Yang Diluluskan Bilangan
Baru 17
46
Pembaharuan Lesen 4
Tukar Butiran (Ubah Nama Syarikat, Tukar Alamat) Dan Pindah Milik 67

Jumlah Diperakukan Jawatankuasa Pelesenan

7.0 NAZIRAN PENGUATKUASAAN DAN PELESENAN BIOBAHAN API

Pada tahun 2018, aktiviti naziran penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh Pegawai-pegawai Penguatkuasa Unit
Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Bahagian Biobahan Api, MPI ke atas syarikat-syarikat yang telah memiliki lesen
untuk menjalankan aktiviti di bawah 4 kategori lesen biobahan api iaitu pengeluaran, perdagangan, perkhidmatan
dan pengangkutan.

Lesen diperlukan oleh industri bagi menjalankan aktiviti memulakan pembinaan loji, mengeluar biobahan api,
mengadun, mengeksport, mengimport, mengangkut, menyimpan dan mengukur bahan biobahan api serta yang
bahan berkaitan dengan biobahan api yang telah dikeluarkan oleh Unit Pelesenan, Bahagian Biobahan Api, MPI.

Tujuan naziran penguatkuasaan dilaksanakan adalah bagi memastikan pematuhan oleh syarikat–syarikat yang
terlibat dengan industri dan memberi khidmat nasihat berkaitan Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta
666) serta peraturan – peraturan subsidiari di bawahnya.

Sebanyak 67 premis industri telah terlibat di dalam program Naziran Penguatkuasaan yang diilaksanakan meliputi
Zon Tengah, Zon Selatan serta Zon Utara sebagaimana ditunjukkan di dalam jadual seperti berikut :

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 45

Jadual : Butiran Naziran Penguatkuasaan dan Perlesenan Tahun 2018

ZON BIL. NEGERI JUMLAH PREMIS
1
1 Kuala Lumpur 27
ZON TENGAH 1
15
2 Selangor 2
5
ZON SELATAN 1 Melaka 3
3 Johor 6
5
1 Pulau Pinang 2
ZON UTARA 67

2 Perak

1 Terengganu
ZON TIMUR

2 Pahang

ZON BORNEO 1 Sabah
2 Labuan

JUMLAH KESELURUHAN

Sepanjang naziran penguatkuasaan dijalankan, makluman berhubung cadangan perlaksanaan Peraturan –
Peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pengkompaunan Kesalahan) di bawah Akta Industri Biobahan Api
Malaysia 2007 (Akta 666) turut disampaikan kepada industri sebagai langkah pengumuman.

8.0 PENGAMBILAN SAMPEL

Aktiviti pengambilan sampel juga telah dijalankan oleh Pegawai-pegawai Penguatkuasa Unit Penguatkuasaan dan
Pendakwaan, Bahagian Biobahan Api, MPI. Sampel yang adalah meliputi Palm Methyl Ester, diesel dan campuran
Palm Methyl Ester dengan Diesel.

Sampel ini diambil bertujuan untuk membuat penilaian berdasarkan kepada ketulenan Palm Methyl Ester dan
peratusan campuran Palm Methyl Ester dengan diesel iaitu sebanyak 7 peratus (7%) sebagaimana yang ditetapkan
dalam Peraturan-peraturan Industri Biobahan Api (Peraturan Adunan dan Penggunaan Mandatori) 2014. Semua
sampel ini telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.

Sebanyak 35 sampel telah diambil pada tahun 2018 seperti jadual berikut:

46 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

Jadual : Butiran Pengambilan Sampel Tahun 2018

NEGERI SAMPEL JUMLAH
BIODIESEL
PALM METHYL ESTER DIESEL 11
3 4
Pahang 6 2 1 5
0 2
Terengganu 1 2 0 3
0 10
Perak 4 1 9 35
13
Pulau Pinang 1 1

Johor 3 0

Selangor 0 1

JUMLAH 15 7

9.0 PENYERTAAN SEMINAR / PERSIDANGAN

Sepanjang tahun 2018, MPI telah menyertai beberapa Seminar/Persidangan peringkat Nasional dan Antarabangsa.

Jadual: Butiran Penyertaan Seminar / Persidangan Tahun 2018 Tarikh Tempat
Bil. Seminar / Persidangan

1. 2nd Seminar of the ROK-ASEAN Cooperation Project: IP 27 Februari – Jakarta,
Policy Sharing for Biofuel Commercialization 1 Mac 2018 Indonesia

2. 36th ASEAN Senior Officials’ Meeting on Energy (36th SOME) 23 – 27 Julai 2018 Singapura
dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan

3. Evening Forum on Biodiesel Targets in Malaysian Transport 27 Ogos 2018 Shangri-La Hotel,
and Bioenergy Sectors oleh MPOC Kuala Lumpur

36th ASEAN Ministers on Energy Meeting (AMEM) dan 25 Oktober – Singapura
4. mesyuarat-mesyuarat berkaitan & Singapore International 2 November 2018

Energy Week (SIEW)

5. 5th Global Biodiesel Focus 2018 3 - 4 Disember Jakarta,
2018 Indonesia

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 47

BAHAGIAN PEMBANGUNAN
INDUSTRI GETAH DAN
JATROPHA (GET)

PRESTASI KOMODITI 2018

Rajah 1:
Prestasi Industri Getah 2018

Prestasi Industri Getah Tahun 2018 menunjukkan
Terhadap GDP Pertanian 2018 (RM Juta) aktiviti komoditi getah masih
menyumbang kepada KDNK
Huluran 0.5% negara walaupun terdapat
penyusutan di sektor huluan
Hiliran 0.7% getah sebanyak 17.6%
berbanding tahun 2017. Di
2018, Sumber : DOSM sektor hiliran pula, berlaku
peningkatan sebanyak 5.4%
8,205Hiliran berbanding tahun 2017.
Secara keseluruhannya,
2017, komoditi getah telah
menyumbang sebanyak
7,781Hiliran 1.2% daripada keseluruhan
7.3% sumbangan sektor
2017, pertanian terhadap KDNK
negara.
6,968Huluran

2018,

5,744Huluran

Harga pasaran getah asli di peringkat antarabangsa:

• Harga purata getah asli merekodkan penurunan sebanyak 22.7% ke paras RM5.44 sekilogram (se kg) pada
tahun 2018 berbanding RM7.04 se kg pada tahun 2017.

• Harga getah untuk gred Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 Free On Board (FOB) mencatatkan paras
tertinggi sepanjang tahun 2018 iaitu RM6.03 se kg pada 16 Januari 2018.

Harga pasaran getah asli di peringkat antarabangsa pada tahun 2018 menunjukkan penurunan berbanding yang
dicatatkan pada tahun 2017 hasil daripada kejatuhan Ringgit berbanding Dollar Amerika. Ketegangan hubungan
perdagangan antarabangsa antara China dan USA juga turut mempengaruhi pasaran getah dunia. Lambakan stok
di gudang Chingdao, China menambah lagi faktor kejatuhan harga getah. Kejatuhan harga getah menjadi faktor
penurunan pengeluaran getah Malaysia sehingga menunjukkan perbezaan sebanyak 18.48 % atau 136, 850 tan.

48 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018


Click to View FlipBook Version