MEMPERKASA KOMODITI KE ARAH PEMBANGUNAN YANG MAMPAN
T A H U N A N M P I C
L A P O R A N
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
No. 15, Tingkat 6-13, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan www.mpic.gov.my
Persekutuan, 62654 PUTRAJAYA www.facebook.com/MPICMalaysia
twitter.com/mpic_tweets
Tel 03-8000 8000
Faks 03-8880 3482
Isi Kandungan
Perutusan YB Menteri ______________________________________________________________________ 1
2015 Sepintas Lalu
Pencapaian Sektor Komoditi 2015 ________________________________________________________ 3
Pelan Transformasi ___________________________________________________________________ 6
Peruntukan dan Perbelanjaan ___________________________________________________________ 8
Pencapaian Sektor Komoditi
Industri Sawit _______________________________________________________________________ 12
Industri Getah _______________________________________________________________________ 25
Industri Kayu Kayan __________________________________________________________________ 30
Industri Koko _______________________________________________________________________ 35
Industri Lada ________________________________________________________________________ 39
Industri Kenaf _______________________________________________________________________ 43
Kerjasama Antarabangsa
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ____________________________________________________ 45
Misi Ekonomi dan Teknikal _____________________________________________________________ 51
Persidangan dan Mesyuarat Antarabangsa ________________________________________________ 52
Key Performance Indicator (KPI)
National Key Economic Area (NKEA) ____________________________________________________ 61
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
Agenda Pemerkasaan Bumiputera ______________________________________________________ 67
Pemerkasaan Pekebun Kecil dan Usahawan Kecil dan Sederhana
Statistik Pekebun Kecil Tahun 2015 ______________________________________________________ 71
Program dan Insentif Bagi Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil ___________________________ 73
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) __________________________________________________ 84
MPIC Bersama Rakyat
Program Hello Komoditi _______________________________________________________________ 88
Persidangan Pekebun Kecil Dan Usahawan Komoditi Kebangsaan (NSCEC) 2015 ________________ 90
Lawatan Kerja dan Aktiviti Sepanjang Tahun _______________________________________________ 91
Anugerah dan Pengiktirafan
Dalam Negara ______________________________________________________________________ 97
Luar Negara ________________________________________________________________________ 99
Outlook 2016
Cabaran 2016 ______________________________________________________________________ 102
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) ______________________________________________ 103
Semakan Semula Dasar Komoditi Negara _______________________________________________ 104
Libat Urus Dalam dan Luar Negara _____________________________________________________ 105
Pengurusan Tertinggi _____________________________________________________________________ 107
Mantan Pengurusan Tertinggi _______________________________________________________________ 108
01
Perutusan YB Menteri
Industri komoditi negara yang berorientasikan eksport banyak bergantung kepada faktor
penawaran dan permintaan serta pertumbuhan ekonomi dunia. Kedua-dua faktor ini
mempengaruhi pergerakan harga komoditi di pasaran tempatan dan antarabangsa. Berikutan itu,
sektor komoditi negara tidak terkecuali daripada menerima kesan akibat ketidaktentuan ekonomi
global. MPIC sentiasa komited dan proaktif dalam melaksanakan program-program ke arah
memperkukuh harga komoditi dan seterusnya memastikan sektor ini terus kekal sebagai salah
satu penyumbang utama pembangunan negara.
Usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh MPIC nyata telah memberikan impak positif kepada
ekonomi negara. Pada tahun 2015, sektor komoditi menjadi penyumbang eksport kedua terbesar
negara selepas elektrik dan elektronik dengan nilai sebanyak RM117.1 bilion atau 15% daripada
keseluruhan eksport barangan Malaysia. Selain itu, sektor komoditi juga menyumbang sebanyak
8.3% atau RM88.1 bilion kepada KDNK 2015.
Bagi memastikan sektor komoditi negara terus mampan dan berdaya saing di masa hadapan,
MPIC telah melaksanakan kajian semula ke atas Dasar Komoditi Negara (DKN)
dengan memberi tumpuan kepada strategi peningkatan produktiviti dan
penghasilan lebih banyak produk-produk bernilai tambah baharu. Saya yakin
usaha-usaha yang akan dilaksanakan oleh MPIC melalui DKN dapat
melonjakkan kecemerlangan sektor komoditi negara ke tahap yang lebih baik
daripada prestasi tahun-tahun sebelumnya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua warga MPIC, Agensi dan Majlis atas semangat serta
usaha gigih dalam memajukan sektor komoditi. Saya percaya, dengan
komitmen dan sokongan daripada semua pihak, sektor komoditi akan
terus mencatatkan prestasi yang kukuh di tahun-tahun akan datang
dan kekal sebagai salah satu penyumbang utama kepada
pembangunan ekonomi negara khususnya dalam mencapai status
negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
17 Mei 2016
02
2015 SEPINTAS LALU
03
Pencapaian Sektor Komoditi 2015
Perbandingan Nilai Eksport Sektor Utama (RM Bilion)
Prestasi
Eksport 479.25
Komoditi
Petroleum & Gas
Nilai eksport sektor
komoditi ialah Elektrik & Elektronik
RM117.1 bilion atau
15% daripada
jumlah eksport 277.92
barangan di
Malaysia. 201.33
188.09
Nilai imbangan 148.61
dagangan terbesar 117.10 115.20
iaitu sebanyak
RM85.6 bilion. 72.89 85.59 76.59
31.51 42.32
Eksport Import Jumlah Dagangan Imbangan Dagangan
Nilai Eksport Mengikut Pecahan Komoditi
Getah
RM25.16 bilion
Kayu Kayan
RM21.71 bilion
RM117.1 bil Koko
RM5.03 bilion
Tembakau
RM1.47 bilion
Lada
Sawit RM0.51 bilion
RM63.22 bilion
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
04
Kesatuan Eropah
RM17.6 bil China
15% RM15.0 bil
Rakan Dagangan Utama 13%
Malaysia Dalam
Sektor Komoditi
Amerika Syarikat
RM12.9 bil
11%
India
Lain-lain RM11.2 bil
RM48.3 bil 10%
41%
Jepun
RM8.8 bil
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Korea Selatan 7%
RM3.2 bil
3%
KDNK pada
harga malar
2010
Menyumbang
RM88.05 bilion atau
8.3% kepada KDNK
negara.
Penyumbang
terbesar adalah
subsektor sawit
dengan aktiviti di
peringkat huluan
menyumbang
46.9% kepada
sektor pertanian
manakala hiliran
pula 4.1% kepada
sektor pembuatan.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
05
Keluasan Pecahan Guna Tanah di Malaysia (Hektar)
Tanaman
Lain-lain Tanaman
Pertanian
Jumlah keluasan
tanaman komoditi 4,125,983
adalah seluas 6.81
juta hektar.
Tanaman komoditi Kawasan Berhutan Keluasan
adalah 62.3% 18,273,201 Tanah Sago
daripada jumlah Komoditi Pertanian Sawit Getah 50,333
keseluruhan 10,935,170 5,642,943 1,078,630
keluasan tanaman 6,809,187 Koko
pertanian di 18,150
Malaysia yang Lain-lain Lada
dianggarkan seluas Penggunaan Tanah
10.94 juta hektar 14,759,099 16,333
dan 20.6% daripada
jumlah keluasan Kenaf
tanah di Malaysia. 2,798
Keluasan Tanah di Malaysia
33,032,300
Trend Harga Bulanan Komoditi Utama
RM/Tan Bagi Tempoh 2014 hingga 2015 RM/Tan
Harga 10,000 50,000
Tahunan 9,000 45,000
Kesemua harga
komoditi utama 8,000 40,000
kecuali lada 7,000
merekodkan 35,000
penurunan 6,000
berikutan 30,000
kelembapan 5,000
ekonomi global
semasa yang 4,0 00 25,000
mempengaruhi
permintaan 3,000 20,000
terhadap barangan
berasaskan 2,000 15,000
komoditi.
1,000 10,000
2014 2015
Minyak Sawit Mentah Getah Asli (SMR 20) Biji Koko (Raub)
Biji Koko (Tawau) Lada Hitam Lada Putih
06
Pelan Transformasi
MPIC dalam usaha untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam kekal relevan
dan memenuhi ekspektasi rakyat turut melaksanakan inisiatif transformasi melalui beberapa
program Pelan Transformasi MPIC.
HELLO KOMODITI
07
INTER MINISTRY AGENCY ATTACHMENT (IMAA)
08
Peruntukan dan Perbelanjaan
Secara keseluruhannya, prestasi Perbelanjaan MPIC pada tahun 2015 ialah
99.7% iaitu RM1.576 bilion daripada RM1.581 bilion peruntukan yang
Prestasi
Perbelanjaan diluluskan.
n
Prestasi Belanja Mengurus
perbelanjaan Prestasi perbelanjaan mengurus ialah 99.6% iaitu sebanyak RM1.16 bilion
mengurus dan
pembangunan pada daripada RM1.17 bilion.
tahun 2015 adalah
lebih tinggi
berbanding tahun
2014 yang masing- Pemberian &
masing mencapai Kenaan Tetap Emolumen
99.3% dan 97.8%. 95.9% 1.6%
Perkhidmatan
& Bekalan
2.6%
Aset
0.0%
Belanja Pembangunan
99.99% atau RM415.19 juta daripada peruntukan belanja pembangunan
sebanyak RM415.21 juta telah dibelanjakan.
LGM
2.1%
Pecahan MTIB MPB
Peruntukan 29.1% 3.3%
Pembangunan MPOB
Mengikut Agensi 3.5%
NKEA LKTN
6.5%
27.9% LKM
8.1%
Pejabat MPIC
19.5%
09
Projek Pembangunan Di Bawah RMKe-10
Sebanyak 45 projek dan program pembangunan telah diluluskan di bawah Rolling Plan Ke-
empat (RP4) Tahun 2015, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe10) yang mana status
pelaksanaan projek adalah seperti berikut:
Bil Peruntukan Perbelanjaan JANM Perbelanjaan
Agensi
Projek 2015 2015 Sebenar 2015
Pejabat MPIC 6 80,760,000 80,747,927 99.99% 80,747,927 99.99%
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 3 14,560,000 14,560,000 100% 14,560,000 100%
(MPOB)
Lembaga Getah Malaysia (LGM) 6 8,550,000 8,550,000 100% 8,550,000 100%
Lembaga Perindustrian Kayu 4 121,000,000 121,000,000 100% 121,000,000 100%
Malaysia (MTIB)
Lembaga Koko Malaysia (LKM) 12 33,456,000 33,456,000 100% 33,456,000 100%
Lembaga Tembakau Dan Kenaf 3 27,000,000 27,000,000 100% 27,000,000 100%
Negara (LKTN)
Lembaga Lada Malaysia (MPB) 7 13,880,000 13,880,000 100% 13,880,000 100%
NKEA 4 116,000,000 116,000,000 100% 116,000,000 100%
JUMLAH 45 415,206,000 415,193,927 99.99% 415,193,927 99.99%
Penilaian Inspektorat
Laporan penemuan prestasi perbelanjaan oleh pihak ICU, JPM telah menunjukkan bahawa
MPIC telah mencapai tahap sangat baik dengan memperoleh markah sebanyak 96.59%.
Pencapaian ini telah membolehkan MPIC mendapat kedudukan pertama daripada semua
Kementerian.
10
Sebanyak empat program/ projek pembangunan di bawah RMKe-10 yang
dikategorikan sebagai Siap Sepenuhnya (SS) telah dibentangkan di Mesyuarat
Penilaian Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome (JKPO) ICU, JPM pada tahun 2015.
Outcome
Pencapaian (%)
Kesemua projek Siling
yang Agensi Perbelanjaan
dibentangkan Tajuk Projek Pelaksana Peruntukan (RM) Pematuhan Outcome
telah mencapai (RM) Metodologi Projek
outcome yang Laporan
dikategorikan
sebagai
Significantly Pembinaan
Exceed Target Kemudahan dan Johor
(ST) dengan Infrastruktur di Corporation 66,000,000 66,000,000 79.0 91.1
pencapaian Industri Berkelompok (JCorp)
keseluruhan Minyak Sawit (POIC)
sebanyak 88.3% Tanjung Langsat
dan telah
mendapat Pembangunan
kedudukan ke-5 Kapasiti Bahagian
daripada 24 Lembaga Koko
Kementerian. Pemindahan Malaysia (LKM) 2,000,000 1,996,770 79.2 81.3
Teknologi kepada
Pertanian
Pembangunan Industri Lembaga Lada
Lada - Kawasan Baru Malaysia (MPB) 34,680,000 34,449,763 74.6 89.0
dan Selenggara
Lembaga Minyak
Pusat Teknologi Sawit Malaysia 18,000,000 17,247,077 91.3 91.9
Oleokimia
(MPOB)
11
PENCAPAIAN
SEKTOR KOMODITI
12
Industri Sawit
1.1 Prestasi Industri Pada Tahun 2015
Pada tahun 2015, purata harga minyak sawit mentah (CPO) adalah pada paras RM2,153.50 se
tan iaitu penurunan 9.6% berbanding RM2,383.50 se tan yang dicatatkan pada tahun 2014.
Penurunan harga CPO adalah selari dengan kelemahan harga minyak sayuran dunia seperti
minyak kacang soya (SBO) dan minyak sesawi (RSO), di mana masing-masing telah
mencatatkan penurunan sebanyak 16.7% dan 14.5% kepada USD757 se tan dan USD775 se
tan.
Trend Harga, Pengeluaran dan Penutupan Stok CPO
Tan Pada Tahun 2015 RM/Tan
3,500,000 2,400
3,000,000 2,300
2,500,000
2,200
2,000,000
2,100
1,500,000
1,000,000 2,000
500,000 1,900
0 1,800
Pengeluaran CPO Penutupan Stok CPO Purata Harga CPO
13
Komoditi sawit adalah penyumbang utama dengan nilai eksport sebanyak RM63.2 bilion atau
54% daripada keseluruhan eksport produk-produk komoditi. Walau bagaimanapun, nilai ini
mencatatkan penurunan sebanyak 4.3% berbanding RM66.1 bilion yang direkodkan pada tahun
sebelumnya.
NILAI EKSPORT PRODUK-PRODUK SAWIT (RM Juta)
%
Produk 2014 2015
Perubahan
Palm Oil 42,809.40 40,141.74 (6.23)
Palm Kernel Oil 4,112.94 4,028.24 (2.06)
Palm-based Oleochemical 14,853.79 14,858.71 0.03
Other Palm-based Products 3,097.21 3,301.28 6.59
Palm Kernel Cake 1,199.40 885.39 (26.18)
Jumlah 66,072.74 63,215.37 (4.32)
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
( ) bermaksud penurunan
Penurunan nilai eksport pada tahun 2015 adalah berikutan prestasi eksport ke negara-negara
pengimport utama seperti China, Pakistan dan Amerika Syarikat yang mencatatkan penurunan
masing-masing sebanyak 15.3%, 18.8% dan 17.4%.
3.5%
Amerika Syarikat Pasaran Eksport Utama
3.8% RM1.42 bil Minyak Sawit
Pakistan
RM1.53 bil Lain-lain
14% RM18.1 bil
Kesatuan Eropah
RM5.64 bil
20%
India
13.4% RM8.03 bil
China
RM5.38 bil
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
14
1.2 Pasaran Minyak Sawit Dunia
Indonesia merupakan pesaing utama Malaysia dalam pengeluaran dan pengeksportan minyak
sawit. Berbanding Malaysia, Indonesia telah menghasilkan sebanyak 33.6 juta tan minyak sawit
dan mengeksport sebanyak 25.9 juta tan minyak sawit.
Sumber: Oil World Annual (2007 - 2015) & Oil World Weekly (11 December 2015)
1.3 Kemampanan Industri Sawit
Minyak sawit merupakan salah satu daripada 17 minyak
sayuran utama yang diperdagangkan di pasaran
antarabangsa. Secara perbandingan, sawit merupakan
tanaman yang paling produktif berbanding dengan minyak
sayuran yang lain bagi setiap hektar tanaman. Oleh itu, bagi
memastikan daya saing industri sawit, Kementerian telah
dan akan meneruskan pelbagai usaha ke arah memastikan
kemampanan industri sawit seperti berikut:
15
Pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)
Jenis Pensijilan MSPO RSPO
Estet
Syarikat yang telah mendapat pensijilan 10 16
(termasuk kilang-kilang
Premis yang telah mendapat pensijilan 42 sawit)
Jumlah kawasan yang telah mendapat
pensijilan (hektar) 130,097.36 1,514,007
Pekebun Kecil
Premis yang telah mendapat pensijilan 7 3
Jumlah kawasan yang telah mendapat 5,197.86 809.92
pensijilan (hektar)
Kilang-kilang
Premis yang telah mendapat pensijilan 15 -
CSPO yang telah mendapat pensijilan
(tan) 428,946.24 5,532,572
Isirung sawit (Palm Kernel-PK) yang telah 90,242.74 1,352,308
mendapat pensijilan (tan)
Sumber: MPOB
16
Kelompok Penanam Sawit Mampan
Kelompok Minyak Sawit Mampan (Sustainable Palm Oil Cluster - SPOC) merupakan program
yang dibangunkan oleh MPOB khusus untuk pekebun kecil persendirian. Dua komponen utama
ialah:
melaksanakan Pensijilan Kebun Pekebun Kecil (PKPK)
menubuhkan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM).
Objektif SPOC adalah untuk memastikan pekebun kecil sawit mengeluarkan hasil sawit secara
mampan. Di bawah program SPOC, pekebun-pekebun kecil dikelompokkan mengikut kawasan
yang diketuai oleh pekebun kecil dan dibantu secara langsung oleh Pegawai TUNAS MPOB.
Pada masa ini terdapat beberapa jenis pensijilan yang dijalankan ke atas kebun pekebun kecil
di Malaysia seperti berikut:
Good Agricultural Practice (GAP)
Code of Practice (CoP)
Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)
Roundtable for Sustainable Palm Oil (RSPO)
Pencapaian Bagi Tempoh Januari hingga Disember 2015
17
Kemajuan SPOC sehingga Disember 2015
Bil SPOC Bil. Pekebun Kecil Keluasan (Ha)
1 SPOC Kuala Langat, Selangor 2,135 2,133
2 SPOC Kuala Selangor, Selangor 2,683 5,173
3 SPOC Jasin, Melaka 912 3,824
4 SPOC Teluk Intan, Perak 5,317 12,723
5 SPOC Batang Padang, Perak 1,245 4,676
6 SPOC Selama, Perak 1,378 4,425
7 SPOC Kluang, Johor 13,161 47,313
8 SPOC Kulaijaya, Johor 1,055 4,069
9 SPOC Yong Peng, Johor 460 1,567
10 SPOC Bera, Pahang 2,350 9,350
11 SPOC Temerloh, Pahang 1,185 6,001
12 SPOC Maran, Pahang 870 4,048
13 SPOC Besut, Terengganu 281 465
14 SPOC Beluran, Sabah 4,701 26,917
15 SPOC Keningau, Sabah 1,132 6,939
16 SPOC Tongod, Sabah 1,434 6,924
17 SPOC Tawau, Sabah 1,644 11,202
18 SPOC Kunak, Sabah 910 8,205
19 SPOC Kinabatangan, Sabah 3,648 22,104
20 SPOC Tungku, Sabah 3,196 26,141
21 SPOC Saratok, Sarawak 5,857 14,502
22 SPOC Serian, Sarawak 375 2,100
23 SPOC Selangau, Sarawak 531 2,944
24 SPOC Asajaya, Sarawak 230 400
25 SPOC Meradong, Sarawak 496 3,161
26 SPOC Belaga, Sarawak 511 1,191
27 SPOC Bakong, Sarawak 1,500 5,417
28 SPOC Limbang, Sarawak 1,070 2,467
29 SPOC Long Lama, Sarawak 2,014 8,434
30 SPOC Lawas, Sarawak 274 1,699
31 SPOC Hilir Perak, Perak 39 116
32 SPOC Telupid, Sabah 88 455
Jumlah 62,682 257,085
Sumber: MPOB
18
Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM)
Penubuhan KPS Mini sebagai satu strategi untuk mempercepatkan pencapaian matlamat SPOC
iaitu bagi memastikan pengeluaran hasil sawit secara mampan. Sehingga kini, terdapat 30
KPSM telah ditubuhkan di seluruh Malaysia dengan 13 daripadanya di Semenanjung, 7 di Sabah
dan 10 di Sarawak.
Objektif utama penubuhan KPSM adalah untuk menyatukan pekebun kecil supaya berupaya
menjalankan aktiviti untuk kebaikan bersama seperti:
meningkatkan pengeluaran dan kualiti buah tandan segar (BTS)
pembelian input secara berkelompok untuk mengurangkan kos
penjualan BTS berkelompok bagi mendapatkan harga yang tinggi dan meningkatkan
pendapatan ahli
Kemajuan KPSM sehingga 31 Disember 2015
Bil Pekebun Luas Bilangan
Bil Negeri KPSM
Kecil (ha) Ahli
1 Daerah Saratok 5,857 14,502 530
2 Daerah Serian 375 2,100 124
3 Daerah Selangau Sibu 531 2,944 200
4 Daerah Asajaya 230 400 44
5 Daerah Meradong Sarikei 496 3,161 69
Sarawak
6 Daerah Belaga 511 1,191 335
7 Bakong Marudi 1,500 5,417 105
8 Daerah Limbang 1,070 2,467 135
9 Long Lama Marudi 2,014 8,434 199
10 Daerah Lawas 274 1,699 101
Jumlah Sarawak 12,858 42,315 1,842
11 Daerah Beluran 4,701 26,917 69
12 Sabah Daerah Keningau 1,132 6,939 128
13 Daerah Tongod 1,434 6,924 325
19
Bil Pekebun Luas Bilangan
Bil Negeri KPSM
Kecil (ha) Ahli
14 Daerah Kunak 910 8,205 69
15 Daerah Kinabatangan 3,648 22,104 177
16 Daerah Tawau 1,644 11,202 89
17 Daerah Tungku 3,196 26,141 78
Jumlah Sabah 16,665 108,432 935
18 Daerah Kluang 13,161 47,313 38
19 Johor Daerah Kulaijaya 1,055 4,069 24
20 Yong Peng Utara 460 1,567 88
Jumlah Johor 14,676 52,949 150
21 Temerloh 1,185 6,001 64
22 Pahang Daerah Bera 2,350 9,350 70
23 Daerah Maran 870 4,048 48
Jumlah Pahang 4,405 19,399 182
24 Terengganu Daerah Besut 281 465 61
Jumlah Terengganu 281 465 61
Mukim Tanjung 12 1 & 2 Kuala
25 2,135 2,133 47
Selangor Langat
26 Daerah Kuala Selangor 2,683 5,173 35
Jumlah Selangor 4,818 7,306 82
27 Melaka Daerah Jasin 912 3,824 77
Jumlah Melaka 912 3,824 77
28 Teluk Intan 5,317 12,723 101
29 Perak Batang Padang Selatan 1,245 4,676 38
30 Daerah Selama 1,378 4,425 58
Jumlah Perak 7,940 21,824 197
Jumlah Keseluruhan 62,555 256,514 3,526
Sumber: MPOB
20
Kemajuan Projek Jualan BTS Berkelompok Ahli KPSM sehingga 31 Disember 2015
Jumlah
Bil Pekebun Luas Nilai
Bil Negeri KPSM Jualan
Kecil (ha) (RM)
(Tan)
1 Daerah Saratok 5,857 14,502 9,884.83 3,878,915.29
2 Daerah Serian 375 2,100 5,472.56 2,117,326.10
Daerah Selangau
3 Sarawak 531 2,944 402.71 149,072.15
Sibu
4 Daerah Belaga 511 1,191 2,874.23 1,053,931.57
5 Daerah Lawas 274 1,699 211.82 68,282.65
6 Daerah Beluran 4,701 26,917 193.25 77,065.26
7 Daerah Keningau 1,132 6,939 2,286.81 865,167.09
Sabah
8 Daerah Tongod 1,434 6,924 36.30 14,811.58
9 Daerah Tawau 1,644 11,202 3,844.61 997,443.74
10 Daerah Kluang 13,161 47,313 225.62 96,534.89
Johor
11 Yong Peng Utara 460 1,567 2,043.65 972,420.98
12 Daerah Bera 2,350 9,350 3,431.91 1,285,707.39
Pahang
13 Temerloh 1,185 6,001 7,702.54 3,470,705.22
14 Teluk Intan 5,317 12,723 528.27 183,317.10
Perak
15 Daerah Selama 1,378 4,425 191.26 81,901.25
Jumlah Keseluruhan 40,310 155,797 39,330.37 15,312,602.26
Sumber: MPOB
21
1.4 Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Sehingga tahun 2015, sejumlah 586 teknologi telah dihasilkan oleh MPOB
untuk kegunaan industri sawit. Daripada jumlah tersebut, 177 teknologi iaitu
30.2% telah dikomersilkan. Kadar pengkomersilan teknologi MPOB adalah
antara yang tertinggi di Malaysia. Pada 2015, sebanyak 23 teknologi telah
dihasilkan dan 3 daripadanya telah dikomersilkan.
Bilangan Pengkomersilan Teknologi (TOT) MPOB Sehingga 2015
Kluster Bilangan Teknologi
Perladangan 24
Biojisim 12
Perlindungan Tumbuhan 12
Klonal dan Bioteknologi Tumbuhan 15
Makanan 20
Oleokimia 34
Tenaga Hijau 5
Pengilangan dan Pemprosesan 12
Jentera Perladangan 16
Fitonutrient 6
Peralatan Makmal dan Perkhidmatan 18
Makanan ternakan 3
Jumlah 177
Sumber: MPOB
22
1.5 Biobahan Api
Dasar Biobahan Api Negara (DBN 2006) telah dilancarkan pada tahun 2006 bagi
mengembangkan potensi penggunaan biobahan api berasaskan sawit berlandaskan 5 teras
berikut:
23
Program B7
Program B10
MPIC dan MPOB telah mengadakan beberapa siri perbincangan/konsultasi dengan pihak-pihak
berkepentingan dalam sektor automotif termasuk Japan Automobile Manufacturers Association
(JAMA) dan Malaysian Automotive Association (MAA), Federation of Malaysia Manufacturers
(FMM) untuk meneliti kesesuaian penggunaan B10 dalam sektor berkenaan.
Pelesenan Biobahan Api
Kategori Pelesenan Biobahan Api oleh MPIC bertujuan untuk mengawalselia
Lesen
perjalanan industri biobahan api negara, sebagaimana yang diperuntukkan
dalam Akta 666.
Pengeluaran
Perdagangan Status Permohonan Lesen Biobahan Api Tahun 2015
Perkhidmatan Status Permohonan Bilangan
Pengangkutan Baru 19
Pembaharuan Lesen 42
Jumlah Diluluskan 61
Sumber: Bahagian Biobahan Api, MPIC
24
Penguatkuasaan Bestari Pelesenan Biobahan Api
Dilaksanakan ke atas syarikat-syarikat yang telah memohon lesen dan yang berlesen bagi
aktiviti mengadun, mengeksport, menyimpan dan mengangkut biobahan api atau biobahan
api yang diadunkan dengan bahan api lain
Tujuan penguatkuasaan bestari ini untuk memastikan pematuhan industri ke atas Akta
Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666)
Butiran Penguatkuasaan Bestari Tahun 2015
Bil Negeri Depoh Premis Jumlah
1 Pulau Pinang 5 - 5
2 Pahang 2 - 2
3 Johor Baharu - 3 3
4 Sabah 8 - 8
5 Sarawak 4 - 4
6 Selangor - 2 2
7 Negeri Sembilan 1 - 1
8 Terengganu 1 - 1
9 W.P. Labuan 2 - 2
10 Perak 1 - 1
Jumlah 25 5 30
Sumber: Bahagian Biobahan Api, MPIC
25
Industri Getah
1.1 Prestasi Industri Pada Tahun 2015
Pada tahun 2015, purata harga getah asli bagi gred Standard Malaysian
Harga Rubber (SMR) 20 telah jatuh ke paras RM5.21 sekilogram, penurunan 8.7%
Tertinggi
Terendah berbanding RM5.53 sekilogram pada tahun 2014. Kemerosotan harga getah
ini berpunca antara lain daripada pengaruh sentimen negatif di pasaran
Harga tertinggi akibat laporan mengenai peningkatan lebihan simpanan getah di Thailand
getah asli SMR20
adalah pada paras dan China.
RM17.17 yang
direkodkan pada 18
Februari 2011 Trend Harga Harian Getah Asli SMR 20 Bagi Tempoh
manakala harga 2005 hingga 2015 (RM/Kg)
terendah adalah 18.00
pada paras RM3.96
yang direkodkan 16.00
pada 15 Disember 14.00
2008
12.00
10.00
8.00
6.00
4.00
2.00
26
Pada tahun 2015, jumlah nilai eksport getah asli dan produk-produk getah adalah sebanyak
RM25.2 bilion, peningkatan 6.6% berbanding RM23.6 bilion pada tahun 2014. Kesan daripada
penurunan nilai Ringgit berbanding Dollar US, eksport sarung tangan getah yang mewakili
52.1% daripada jumlah eksport keseluruhan sektor getah mencatatkan peningkatan sebanyak
22.4% kepada RM13.1 bilion berbanding RM10.7 bilion yang direkodkan pada tahun 2014.
Walau bagaimanapun, nilai eksport getah asli mengalami penurunan sebanyak 12% kepada
RM4 bilion berbanding RM4.5 bilion pada tahun 2014 berikutan kejatuhan harga getah asli.
27
Nilai Eksport Produk-Produk Getah (RM juta)
%
Jenis Produk 2014 2015
Perubahan
Natural Rubber 4,543.69 4,000.21 (11.96)
Tyre 982.83 1,116.54 13.60
Inner Tubes 15.13 16.29 7.64
Latex Goods 12,197.19 14,634.88 19.99
Rubber Gloves 10,701.84 13,096.99 22.38
Other Latex 1,495.35 1,537.88 2.84
Products
Footwear 315.14 376.90 19.60
Industrial Rubber 594.82 727.74 22.35
Goods
General Rubber Goods 1,069.22 1,109.43 3.76
Other Rubber 3,889.77 3,180.11 (18.24)
Jumlah 23,607.79 25,162.09 6.58
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
( ) bermaksud penurunan
Eksport Sarung Tangan Getah
4% Ke Negara-negara
Brazil Pengimport Utama
5% RM476.03 juta
United Kingdom Lain-lain
RM630.38 juta RM5.7 bilion
6%
Jepun
RM799.19 juta
34%
7% Amerika Syarikat
Jerman RM4.5 bilion
RM988.74 juta
Sumber: LGM
28
1.2 Pasaran Getah Dunia
Selain Malaysia, 10 buah negara pengeluar utama getah asli dunia lain menganggotai
Association of Natural Rubber Producing Countries (ANRPC). Objektif utama ANRPC adalah
untuk:
menyelaras pengeluaran dan pemasaran getah asli
menggalakkan kerjasama teknikal antara negara-negara ahli
melaksanakan usaha-usaha penstabilan harga getah di pasaran dunia
Sumber: ANRPC
Nota: Tiada pengeluaran getah asli oleh Singapura
29
1.3 Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Bil. Produk Aktiviti Pada Tahun 2015
1 Produk-produk Penggunaan Ekoprena untuk menghasilkan tayar
bernilai tinggi seperti mesra alam dan telepak tayar bagi kegunaan tyre
getah termaju retreading adalah pada peringkat pengkomersilan
Ekoprena dan dan pemindahan teknologi kepada pengeluar tayar
Pureprena dan tayar celupan di dalam dan luar negara
2 Memorandum of Agreement (MoA) telah
ditandatangani di bawah projek NKEA Getah untuk
Pengkomersilan Ekoprena dan Pureprena masing-
masing pada 14 Ogos dan 30 Disember 2015.
MoA untuk Retread Tyre dan Engineering Product
telah ditandatangani pada 12 Jun 2015.
2 Penggunaan getah Menggunakan getah beku sebagai bahan
dalam penurapan campuran asfalt untuk turapan jalan dalam usaha
jalan meningkatkan penggunaan domestiknya, sekaligus
membantu menstabilkan pengeluaran getah
Satu MoA mengenai Research Collaboration on
Cuplump Modified Asphalt (CMA) in Road Pavement
Construction telah ditandatangani antara Jabatan
Kerja Raya dan LGM pada 24 Jun 2015.
Terdapat dua projek yang telah siap dibina,
membabitkan turapan getah menggunakan getah
beku sebagai bahan campuran asfalt iaitu di Tampin,
Negeri Sembilan dan Kota Tinggi di Johor
3 Kaedah analisis Masih di peringkat pembangunan dan penilaian
teknologi infrared industri
bagi menentukan
Kandungan Getah
Kering (KGK) Kaedah ini mampu menentukan kadar KGK bagi
getah bekuan dalam tempoh kurang dari 45 saat.
Kaedah penentuan KGK ini dapat memastikan
pekebun mendapat harga yang lebih baik di
peringkat ladang.
30
Industri Kayu Kayan
Industri kayu-kayan negara merupakan salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Industri ini kekal berpotensi untuk terus dikembangkan lagi memandangkan
Malaysia mempunyai sumber asli dari hutan tropika yang bernilai tinggi, memenuhi keperluan
pasaran dan diurus secara mampan.
Dasar Perindustrian Kayu Negara (NATIP) terus memberikan panduan kepada industri ini dalam
meniti cabaran mendatang serta menetapkan hala tuju pembangunan pada masa hadapan.
NATIP juga telah menyasarkan peralihan struktur dari satu industri yang tertumpu kepada
pengeluaran produk huluan kepada perusahaan yang menitik beratkan pengeluaran produk
hiliran bernilai tambah pada nisbah 60:40.
1.1 Prestasi Eksport Bagi Tahun 2015
Nilai eksport produk kayu kayan pada tahun 2015 adalah sebanyak RM22.1 bilion, peningkatan
6.5% berbanding RM20.8 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya.
Nilai Eksport Produk Kayu Kayan (RM juta)
%
Jenis Produk 2014 2015
Perubahan
Saw Logs 2,071.64 2,023.54 (2.3)
Sawn Timber 2,650.94 3,175.13 19.8
Fibreboard 1,053.44 1,133.35 7.6
Plywood 5,195.15 4,689.55 (9.7)
Mouldings 720.70 831.98 15.4
Veneer Sheet 305.67 351.75 15.1
Builder’s Joinery & 1,003.30 1,118.34 11.5
Carpentry
Wooden & Rattan Furniture 6,542.62 7,474.87 14.2
Others 811.79 908.40 11.9
Jumlah 20,355.24 21,706.93 6.6
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
( ) bermaksud penurunan
31
Perabot kayu dan rotan merupakan penyumbang terbesar dengan nilai eksport sebanyak RM7.5
bilion atau 34.4% dari jumlah eksport keseluruhan produk kayu kayan. Berbanding tahun 2014,
ianya telah mencatatkan peningkatan sebanyak 14.3%.
Peningkatan ini adalah berikutan peningkatan eksport ke beberapa negara utama seperti
Amerika Syarikat berikutan pertumbuhan projek perumahan di negara berkenaan pada akhir
2015 sekaligus menyebabkan pertambahan permintaan terhadap perabot.
5.0% Pasaran Eksport Utama
United Kingdom Perabot Kayu dan Rotan
Lain-lain
RM0.38 bil RM2.98 bil
5.6%
Singapura
RM0.42 bil
7.1% 33.6%
Australia Amerika Syarikat
RM2.5 bil
RM0.53 bil
8.8%
Jepun Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
RM0.66 bil
1.2 Program Pembangunan Ladang Hutan
Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) telah bermula pada tahun 2005 di mana ianya
adalah salah satu langkah untuk memastikan bekalan bahan mentah mencukupi bagi industri
hiliran berasaskan kayu. Program yang diterajui oleh MPIC ini dilaksanakan secara bersama
antara Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan syarikat milik MTIB, Forest Plantation
Sdn. Bhd. (FPDSB).
32
Pencapaian Program PPLH pada 2015
Sehingga 2015, terdapat sebanyak 61 perjanjian pinjaman PPLH yang terdiri daripada
syarikat/agensi/koperasi telah diluluskan. Jumlah keseluruhan kawasan ladang hutan yang telah
diluluskan pula ialah 123,427 hektar dan nilai pinjaman berjumlah RM939.6 juta.
Jumlah Pinjaman Mengikut Skim PPLH
Jumlah Keluasan Nilai Pinjaman
Skim PPLH
Perjanjian (Hektar) (RM)
Kecil 7 245.14 2,544,880
Sederhana 28 33,631.95 322,411,500
Besar 26 89,550.00 614,620,000
Jumlah 61 123,427.09 939,576,380
Sehingga 31 Sumber: MTIB
Disember 2015,
seluas 106,460
hektar atau 86.2% Bagi tahun 2015, sasaran yang ditetapkan bagi keluasan tanaman ladang
daripada hutan adalah 15,000 hektar setahun. Dalam hal ini, seluas 17,121.88 hektar
keseluruhan
kawasan ladang ladang hutan telah berjaya dibangunkan iaitu 4.15% melebihi sasaran.
hutan yang telah
diluluskan telah Selain PPLH, Kerajaan juga menyediakan dana pinjaman untuk
berjaya ditanam.
pembangunan tapak semaian bagi spesies ladang hutan. Pada tahun 2015,
seluas 177.22 hektar tapak semaian telah diluluskan yang melibatkan dana
pinjaman sebanyak RM20.5 juta.
33
Isu dan cabaran berkaitan PPLH
Pembangunan ladang hutan perlu mematuhi sebarang dasar perhutanan sedia ada termasuk
Pelan Induk Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS). Dalam hal ini, MPIC telah memastikan
supaya kawasan perladangan hutan yang diluluskan selepas dasar CFS dikuatkuasakan, tidak
bertindih dengan kawasan yang telah ditetapkan sebagai CFS.
CFS melibatkan 4 kompleks hutan utama iaitu:
Banjaran Titiwangsa – Banjaran Bintang – Banjaran Nakawan
Taman Negara – Banjaran Timur
Tanah Lembap Pahang Tenggara, Tasik Chini dan Tasik Bera
Taman Negara Endau Rompin – Rezab Hidupan Liar Kluang
1.3 Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS)
MTCC memulakan operasi pada tahun 1999 sebagai satu organisasi bebas bagi melaksanakan
skim pensijilan kayu nasional di Malaysia, iaitu MTCS. Pelaksanaan MTCS secara sukarela
(voluntary) mempunyai dua tujuan utama iaitu:
Terdapat dua kategori pensijilan dianugerahkan kepada Unit Pengurusan Hutan (FMU) di
Malaysia iaitu Sijil Pengurusan Hutan (Hutan Asli) dan Sijil Pengurusan Hutan (Ladang Hutan).
34
Di samping itu, di bawah MTCS, sijil Chain of Custody juga dianugerahkan kepada syarikat
pengeluar atau pengeksport kayu bagi produk kayu yang dihasilkan dengan menggunakan kayu
balak yang diperoleh daripada FMU bersijil.
35
Industri Koko
1.1 Prestasi Industri Pada Tahun 2015
Harga biji koko di Raub dan Tawau masing-masing merekodkan penurunan
Harga Tertinggi sebanyak 6.5% dan 5.9% kepada RM7,956 se tan dan RM8,029 se tan.
Terendah
Trend Harga Harian Biji Koko Bagi Tempoh 2005
Harga harian hingga 2015 (RM/tan)
tertinggi adalah
pada paras 11,000
RM10,802 se tan
yang direkodkan 10,000
pada 4 Mac 2011
manakala harga 9,000
terendah pula
adalah pada paras
RM4,640 se tan 8,000
yang dicatatkan
pada 15 November 7,000
2005.
6,000
5,000
4,000
KOKO RAUB KOKO TAWAU
Sumber: LKM
36
Pada tahun 2015, eksport koko dan produk berasaskan koko adalah sebanyak RM5.03 bilion,
peningkatan 4.9% berbanding RM4.8 bilion yang direkodkan pada tahun 2014.
Nilai Eksport Produk-Produk Koko (RM ‘000)
Produk 2014 2015 % Perubahan
Cocoa Beans 958,859 881,512 (8.1)
Cocoa Shell 953 637 (33.2)
Cocoa Butter 2,046,320 2,168,127 6.0
Cocoa Paste Not Defatted 362,053 411,859 13.8
Cocoa Paste, Wholley or 56,170 74,011 31.8
Partly Defatted
Cocoa Powder 945,928 1,021,780 8.0
Chocolate 425,538 471,060 10.7
Jumlah 4,795,821 5,028,986 4.9
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
( ) bermaksud penurunan
Eksport lemak koko merupakan penyumbang utama kepada keseluruhan eksport produk-produk
koko iaitu sebanyak 43.1% atau RM2.2 bilion dan merekodkan peningkatan sebanyak 6%
berikutan kenaikan harga nilai seunit kepada RM23,134 se tan berbanding RM19,913 se tan
pada tahun 2014.
Negara-Negara Pengimport Utama Lemak Koko Malaysia
37
Nilai import keseluruhan pada tahun 2015 adalah sebanyak RM4.2 bilion, penurunan sebanyak
1.3% berbanding tahun 2014 iaitu RM4.3 bilion. Nilai import biji koko adalah 63.6% atau RM2.7
bilion daripada keseluruhan import produk-produk berasaskan koko.
1.2 Pasaran Koko Dunia
Bagi tempoh 2014/15, pengeluaran biji koko dunia dianggarkan menurun sebanyak 3.9% kepada
4.2 juta tan berikutan keadaan cuaca kering yang menjejaskan pengeluaran di beberapa negara
pengeluar utama di Afrika Barat. Pengisaran biji koko dunia turut menurun sebanyak 4.5%
kepada 4.1 juta tan sekaligus mengakibatkan lebihan pengeluaran sebanyak 36 ribu tan.
Prospek Negara Pengeluar Biji Koko Utama Dunia 2014/15
ICCO meramalkan Cote d’Ivoire 43%
ekonomi koko dunia
pada tahun 2015/16
mengalami defisit
pengeluaran Ghana 18%
sebanyak 96 ribu
tan metrik berikutan
penurunan Indonesia 8%
pengeluaran di Cote
d’Ivoire akibat cuaca
kering. Harga biji
koko Q1/2016 Ecuador 6%
diramalkan terus
berada pada paras
RM8,000 - RM9,000
se tan. Cameroon 6%
Brazil 5% Sumber : ICCO, Vol. XLI No. 4, Cocoa Year 2014/15
Jumlah Pengeluaran Dunia: 4,201 (‘000 tan)
38
1.3 Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah menjalankan 75 projek R&D termasuk 2 projek dengan
kerjasama agensi antarabangsa. Antara kejayaan utama adalah mengadakan perjanjian
penyerahan hak pengkomersilan dua harta intelek (IP) produk penjagaan diri berasaskan koko
(Gel Toothpaste dan Oral Rinse).
AKTIVITI-AKTIVITI R&D UTAMA LEMBAGA KOKO MALAYSIA
Pembangunan
Bahan Peningkatan
Produktiviti
Tanaman
Pengurusan Pengurusan
Perosak Koko Penyakit Koko
Sistem
Biometri
Pembangunan Penambahbaikan Kejuruteraan
Kualiti Biji Koko
Produk dan Produk Koko Proses
Bioteknologi
Agro-bioteknologi Industri
39
Industri Lada
1.1 Industri Lada Pada Tahun 2015
Berbanding degan komoditi lain, purata harga tahunan lada hitam dan putih adalah stabil dan
tertinggi yang pernah direkodkan iaitu masing-masing pada paras RM28,031 dan RM43,784 se
tan. Ini adalah berikutan kelembapan aktiviti dalam pasaran tempatan yang dipengaruhi oleh
kekurangan bekalan lada. Pasaran yang lembap dipengaruhi oleh aktiviti pembelian secara
berhati-hati.
Trend Harga Harian Lada
Bagi Tempoh 2005 hingga 2015 (RM/Tan)
Harga Tertinggi
Terendah
84,000
Harga lada hitam 74,000
dan putih masing-
masing pada paras 64,000
RM30,000 dan
RM50,000 se tan 54,000
yang direkodkan
pada 3 September 44,000
2015 adalah yang
tertinggi pernah 34,000
dicatatkan dalam
sejarah industri lada 24,000
di Malaysia.
14,000
4,000
Lada Hitam Lada Putih
Sumber: MPB
40
Pada tahun 2015, jumlah eksport lada adalah sebanyak RM513.9 juta di mana Jepun merupakan
destinasi eksport utama iaitu sebanyak 24.3% atau RM151.1 juta. Selain itu, nilai eksport ini
adalah peningkatan sebanyak 27% daripada RM404.6 juta yang direkodkan pada tahun 2014
dan tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah industri lada Malaysia.
Nilai Eksport Lada (RM ‘000)
%
Produk 2014 2015
Perubahan
Black Pepper 300,551.87 376,851.19 25.4
White Pepper 103,395.07 136,121.89 31.7
Green Pepper 633.98 901.53 42.2
Jumlah 404,580.91 513,874.60 27.0
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
41
1.2 International Pepper Community (IPC)
Keanggotaan
IPC Berdasarkan laporan daripada IPC, jumlah pengeluaran lada dari negara-
negara pengeluar utama yang direkodkan pada tahun 2015 adalah sebanyak
Ditubuhkan pada 407,158 tan, peningkatan 13.3% berbanding 359,403 tan yang direkodkan
1972 dan dianggotai pada tahun 2014.
oleh negara-negara
pengeluar utama
lada dunia seperti Walaupun terdapat peningkatan dalam pengeluaran dan stok lada yang dibawa
Brazil, India,
Indonesia, Malaysia, ke hadapan, masih terdapat kekurangan bekalan lada dunia sebanyak 32,124
Sri Lanka dan tan di pasaran global yang disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap
Vietnam sebagai lada dunia pada tahun 2015 yang dianggarkan sebanyak 439,282 tan,
ahli tetap manakala
Papua New Guinea peningkatan 3.5% berbanding 424,283 tan pada tahun sebelumnya.
sebagai ahli
bersekutu.
Pengeluaran Dan Penggunaan Lada Dunia
Lebihan /
Tahun Pengeluaran Penggunaan
Kekurangan
2014 359,403 424,283 (64,880)
2015 407,158 439,282 (32,124)
a
Nota: anggaran
a
Sumber: International Pepper Community (IPC)
1.3 Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Sepanjang tahun 2015, sebanyak 17 aktiviti R&D telah dijalankan oleh Lembaga Lada Malaysia
(MPB) merangkumi bidang-bidang seperti berikut:
biologi molekul
kultur tisu
pembiakan tumbuhan
kawalan penyakit dan perosak
agronomi
amalan pertanian baik
pembangunan makanan berasaskan makanan dan bukan makanan
42
No Projek Bidang
Development of Expressed Sequence Tag (EST) Database for
1. Molecular biology
Piper species
An assessment on yield and cuttings production of new pepper
2. GAP
cultivation methods (W and V configurations)
Cloning, characterization and expression studies of resistance
3. Biotech
genes in Piper species
Determination of the efficiency and efficacy of bio-chemical
4. fertilizer on the Soil, Yield and Growth Performance of Black GAP
Pepper (Piper nigrum L.)
Intervarietal cross to achieve high yielding pepper hybrid
5. Breeding
(Preliminary stage)
Feasibility study on propagation of pepper (Piper nigrum) root
6. GAP
for commercialization
Evaluation of Beauveria bassiana and Metarhizium anisopliae
7. biopesticide formulations against black pepper weevil, Crop Protection
Lophobaris piperis marshall
Development of microsatellite markers for black pepper
8. Tissue culture
(Piper nigrum L.)
Studying soil improvement through natural farming (NF) of black
9. GAP
pepper grown on marginal land in Sarawak
Biotechnology approach toward improving the yield of Piper
10. Biotech
nigrum
Induced mutagenesis in Piper nigrum cv. Kuching using gamma
11. Mutation breeding
rays and detection of DNA polymorphism through ISSR marker
Food product
12. Technology Transfer and Product Commercialization
development
Potential use of Piper nigrum extract and development of Non-food product
13.
pepper based product development
Optimizing starch content extraction method derived from Non-food product
14.
pepper waste development
Bioassay-guided isolation and identification of active wound Non-food product
15.
healing fraction from Piper nigrum L. berries extract development
The impact of organic fertilizer (Biojadi) application to black
16. Agronomy
pepper production in Johor pepper farms: a case study
17. Kenaf based composite post for pepper cultivation Agronomy
43
Industri Kenaf
Penanaman kenaf pada tahun 2015 adalah seluas 2,798 hektar, di mana 29.6% atau 829 hektar
daripadanya adalah di Pahang. Pengeluaran batang kering kenaf yang direkodkan adalah
sebanyak 11,602 tan, peningkatan sebanyak 53.2% berikutan permintaan domestik yang
meningkat.
PRESTASI INDUSTRI KENAF PADA TAHUN 2015
Sebanyak 18 kajian R&D bagi kenaf telah dijalankan sepanjang tahun 2015. Antara projek R&D
yang dilaksanakan antara lain seperti berikut:
pembangunan benih induk kenaf
pembangunan gred dan standard kenaf
pembangunan jentera penuaian
pembangunan produk tilam berasaskan kenaf
Usaha meningkatkan pasaran eksport kenaf melalui:
melaksanakan pemadanan perniagaan industri dengan agensi kerajaan bagi
mewujudkan captive market
kerjasama dua hala dengan pengeksport
menarik pelaburan dari negara luar untuk mewujudkan industri berasakan kenaf di
Malaysia
44
KERJASAMA
ANTARABANGSA
45
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)
Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) diketuai oleh Kementerian
Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) selaku ketua delegasi manakala
Kementerian atau Jabatan yang berkaitan turut terlibat sebagai wakil delegasi
Malaysia mengikut bidang-bidang tertentu. Penglibatan MPIC adalah dalam
kumpulan-kumpulan kerja adalah seperti berikut:
Trade in Goods (TIG) / Market Access (MA)
Merupakan kumpulan kerja yang membincangkan mengenai liberalisasi
perdagangan barangan, antara lain dari segi pengurangan/ penghapusan
duti import/ eksport dan Tariff Rate Quota, penghapusan halangan bukan
tarif dan subsidi
Rundingan di bawah TIG akan melibatkan dua bahagian iaitu jadual
pengurangan tarif dan teks perundangan
Peraturan Tempasal / Rules Of Origins (ROO)
Merupakan kumpulan kerja yang membincangkan penetapan peraturan
tempasal bagi sesuatu produk untuk membolehkan produk berkenaan
menerima pengurangan tarif di bawah FTA yang ditandatangani
Peraturan Tempasal bagi sesuatu produk boleh dikira sama ada melalui
kandungan bahan tempatan (Regional Value Content) atau perubahan
proses yang dikenal pasti melalui perubahan kod HS (Change in Tariff
Classification)
Rundingan di bawah ROO akan melibatkan dua bahagian iaitu Jadual
Product Specified Rules (PSR) dan teks perundangan
Alam Sekitar
Kumpulan kerja alam sekitar akan membincangkan mengenai jenis
kerjasama yang berhubung kait dengan perdagangan dan alam sekitar di
dalam Perjanjian FTA selain peranan perdagangan untuk membantu
memelihara dan meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung isu
alam sekitar
46
1.1 Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia – Turki (MTFTA)
Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turki (MTFTA) telah berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015
di mana ianya telah mula dirunding oleh kedua-dua negara semenjak tahun 2010 dan
ditandatangani pada tahun 2015. Antara kandungan MTFTA adalah seperti berikut:
Pengekalkan cukai eksport sedia ada yang dikenakan ke atas produk komoditi seperti
minyak sawit mentah, minyak isirung sawit mentah dan kayu balak
Penghapusan tariff serta merta ke atas
produk-produk komoditi terpilih dijangka
dapat memberi kelebihan kepada
pengeksport Malaysia berbanding dengan
negara-negara pesaing seperti Indonesia,
Vietnam dan Thailand.
47
ANTARA PRODUK-PRODUK YANG MENDAPAT PENGURANGAN DAN PENGHAPUSAN
CUKAI SERTA MERTA OLEH TURKI
48
1.2 Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)
Eksport ke Singapura
TPP 14.0% Australia
7.9%
Jumlah eksport ke Jepun Vietnam 7.2%
negara-negara TPP
adalah 29.6% 25.4% Kanada 3.2%
daripada jumlah Jumlah Eksport
eksport produk- New Zealand
produk komoditi RM34.7 bilion 1.9%
pada tahun 2015.
Mexico 1.6%
Chile 0.8%
Amerika Syarikat
37.3% Brunei 0.4%
Peru 0.4%