The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ustazah Nadirah, 2022-02-06 13:30:43

ADAB TAHUN 5

Adab Tahun 5

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5
BIDANG ADAB







Berjual Beli Dengan Berhemah

Menyatakan Pengertian Jual Beli dengan
tepat selepas mendengar penerangan guru.
Membaca Dalil Naqli serta Hukum Jual Beli
dengan betul selepas aktiviti meyusun kad
Menyenaraikan 5/7 Adab Penjual dan 6/8
Adab Pembeli dalam kehidupan dengan
betul selepas aktiviti.



Bagaimanakah
cara untuk
menjadi pembeli
dan penjual yang
berhemah?

Jual Beli

Jual beli ialah akad pemilikan harta yang memberikan
kesan pemberian pemilikan secara kekal terhadap objek
harta atau manfaat.

Dalil

….Pada hal Allah SWT telah menghalalkan jual beli
dan mengharamkan riba….

(Surah al-Baqarah 2:275)

✓ Jual beli adalah HARUS
✓ selagi memenuhi syarat- syarat jual beli yang ditetapkan
✓ serta tidak melibatkan perkara-perkara yang diharamkan

dalam Islam.



1

Mesra dan mudah senyum.

2

Jujur, berterus terang serta tidak menipu
dalam timbangan dan sukatan.

3
Menjual barang yang halal dan
berkualiti serta tidak menjual barang yang haram
seperti arak, dadah atau sesuatu yang mengandungi
unsur daripada babi.

4

Mengucapkan terima kasih setelah selesai urusan
jual beli

5

Sabar dan bertolak ansur dengan pelanggan.

6

Tidak memonopoli barang untuk dijual dengan
harga yang tinggi dan hanya mengambil
keuntungan pada kadar yang sepatutnya..

7

Mengelakkan elemen riba.

1
Berkomunikasi secara baik.

2

Tidak membeli barang yang haram seperti arak,
dadah atau sesuatu yang mengandungi unsur

daripada babi.

3
Menyenangkan urusan penjual.

4

Tenang dan tidak banyak kerenah.

5

Sabar menunggu giliran ketika membeli.

6

Berterima kasih setelah selesai urusan jual beli.

7

Mengelak pembaziran.

8

Bertimbang rasa, terutama ketika kekurangan stok
barangan.



RUMUSAN

Memelihara adab
ketika berjual beli
dapat memuaskan hati
semua pihak dan
memudahkan urusan.


Click to View FlipBook Version