The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazuraema, 2022-03-27 01:32:50

program keceriaan sekolah ts25

program keceriaan sekolah ts25

SMK FELCRA BUKIT KEPONG
PETI SURAT 4, 85300 LABIS, JOHOR

PROGRAM KECERIAAN
TRANSFORMASI SEKOLAH TS25

(FASA 1)

ANJURAN:
JAWATANKUASA KECERIAAN TS25

ANJURAN

1.0 PENGENALAN

Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di
negara kita.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
4. Komitmen komuniti yang padu.

Justeru, sebagai salah satu usaha untuk mencapai objektif TS25, pihak sekolah
telah merangka pelbagai program bagi mewujudkan Kawasan sekolah yang ceria
dan indah. Sekolah merupakan institusi Pendidikan yang dapat membangunkan
insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran
sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada
warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti
kurikulum,kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran
didalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

2.0 RASIONAL

Keceriaan dan keindahan merupakan aspek yang penting dalam sesebuah
sekolah. Oleh itu, program keceriaan ini dijalankan dengan hasrat untuk menjadikan
sekolah sebagai organisasi Pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran
yang ceria dan kondusif. Persekitaran yang ceria dan kondusif ini akan merangsang
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3.0 MATLAMAT

3.1 Memberikan impak keceriaan dan keindahan kepada Kawasan persekitaran
sekolah untuk menarik minat murid-murid hadir ke sekolah.

3.2 Mewujudkan kawasan sekolah yang selesa dan lebih kondusif hingga
mendorong sikap dan motivasi positif pembelajaran dalam kalangan pelajar.

3.3 Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan untuk sekolah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menjadikan Kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang
ceria,bersih dan selesa.

4.2 Menunjukkan komitmen yang tinggi kea rah kecemerlangan, akauntabiliti
dan integriti dalam melaksanakan tugas.

4.3 Merancang dan melaksanakan program yang dipersetujui oleh pihak
sekolah untuk merealisasikan Program TS25.

4.4 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan
secara berterusan.

5.0 ANJURAN
Jawatankuasa Keceriaan TS25

6.0 PELAKSANAAN
Tahun 2021 hingga tahun 2025

7.0 TEMPAT
Sekitar Kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Tn Hj Razak Bin Johar ( Pengetua)

Pengerusi : Pn Zaimon Binti Ismail (GPK Kurikulum)

Naib Pengerusi : Pn Nora Binti Separi (GPK Hal Ehwal Murid)

: Tn Hj Zahid Bin Abd Wahab (GPK Kokurikulum)

Penyelaras : Pn Nadeha Binti Iskandar

Setiausaha : En Mohd Shukri Bin Saliman

AJK : En Mohd Nizam bin Ma’arof (Ketua)

: En Abdul Aziz Bin Mad Ludin

: En Mohd Helmi Riza Bin Mohd Zin

: En Muhammad Mustaqim Bin Mohd Yusof

: En Mahbib Bin Jamal

: En Mohd Faiz Bin Mohd Taib

: Pn Ema Norazura Binti Suliman

: Pn Misnon Binti Alias

: Pn Noraini Binti Khalil

: Cik Siti Fatimah Binti Zulkifli

9.0 CADANGAN AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

AKTIVITI CADANGAN PELAKSANAAN

Projek keceriaan infrastruktur sekolah • Mengecat bangunan.

• Dinding bermaklumat.

• Papan tanda kelas dan bilik-bilik khas

• Papan kenyataan di tempat laluan.

Keceriaan bilik guru, pusat sumber, • Melengkapkan papan kenyataan/

surau,kantin,kelas dan bilik-bilik khas bermaklumat.

• Menceriakan dan membersihkan

bilik.

• Menyediakan keperluan lengkap

dalam bilik.

Keceriaan lanskap sekolah • Menanam pokok-pokok bunga

hiasan.

• Mengecat dan menyusun pasu-pasu

bunga.

Mercu tanda sekolah • Mencipta mercu tanda sekolah.

• Memasang mercu tanda sekolah.

Loggia SMKFBK • Mengecat dan mengumulkan

maklumat.

• Memasang papan maklumat

berkaitan sejarah sekolah dan lain-

lain.

Kelas Abad ke 21 • Mengecat,menceriakan dan susun

atur peralatan di dalam kelas.

• Melengkapkan papan kenyataan.

Sudut Kemenjadian Murid • Mengecat dan membuat rangka

pada dinding.

• Mengumpul dan menampal

maklumat kemenjadian murid/guru

10.0 DOKUMENTASI

BANGUNAN
PENTADBIRAN

SUDUT PPDA

KELAS ABAD 21

SURAU

MENANAM BUNGA

PAPAN TANDA
KELAS/BILIK KHAS

Papan tanda ts25
sekolah

11.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
dikemukakan untuk merealisasikan sekolah TS25. Sesungguhnya kejayaan Program
Keceriaan TS25 peringkat sekolah yang dirancang ini bergantung kepada sikap serta
komitmen yang positif daripada semua pihak yang terlibat. Konsep kemuafakatan
menjadi tunjang kea rah kejayaan program ini. Semoga semua perancangan yang
diatur bagi fasa-fasa seterusnya berjalan lancar dan berjaya dilaksanakan.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version