The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majalah Peradaban Globalisasi & Peradaban Majmuk

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izyanzahirah0, 2022-04-22 08:42:23

Majalah Peradaban Globalisasi & Peradaban Majmuk

Majalah Peradaban Globalisasi & Peradaban Majmuk

jilid 34 | april 2022

Peradaban Globalisasi & Peradaban
Majmuk

malaysiaku gemilang. sayang malaysia

DI DALAM ISU INI RM 25.00

KESAN
GLOBALISASI

PEMBENTUKAN
MASYARAKAT YANG
MAJMUK

KESAN PERADABAN DI
MALYSIA

Isi

Kandungan

1. PERADABAN MAJMUK - 7. FAKTOR DAN KESAN
PENGENALAN GLOBALISASI -
GLOBALISASI & KONSEP
2. FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN
PERADABAN MASYARAKAT 8. FAKTOR-FAKTOR
MAJMUK GLOBALISASI

3. KESAN PERADABAN 9. KEBAIKAN GLOBALISASI
MASYARAKAT DI MALAYSIA
- SOSIAL 10. KEBURUKAN GLOBALISASI

4. KESAN PERADABAN 11. CADANGAN
MASYARAKAT DI
MALAYSIA- EKONOMI 12. KESIMPULAN

5. KESAN PERADABAN 13. RUJUKAN
MASYARAKAT DI
MALAYSIA- POLITIK

6. MUTIARA KATA PERDANA
MENTERI

NAMA & NO MATRIK : MAS ADILA BT MUHAMMED (17DHF21F2002)
MMUUHHAAMMMMAADD SSHHAAZFIWQAHNABDIINF BMIONHMDUHHAAMMRAADN ((1177DDHHFF2211FF22000064))
NIZOYOARNLZEAEHBIIRNATHI MBIANTTZI AAIBKD RAHMAN ((1177DDHHFF2211FF22000180))

TAJUK: PERADABAN GLOBALISASI & PERADABAN MAJMUK

KELAS : DHF 1A

GROUP 1

KOS : MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

NAMA PENSYARAH : PUAN NURUL AMALIA BINTI RUSLAN

Peradaban Majmuk

PENGENALAN
Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia adalah hasil gabungan atau percampuran daripada
beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu.
Peradaban melayu menjadi teras kepada peradaban majmuk di Malaysia. Akhirnya, peradaban
ini disambut oleh peradaban globalisasi yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban
tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks. Pembinaan peradaban yang
beridentitikan Malaysia bermula dengan Kemerdekaan 1957 melalui usaha mewujudkan Negara
dan Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan
satu kewarganegaraan. Negara mula mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem
birokrasi negara, pelan pembangunan lima tahun dan lain-lain. Dalam usaha membina
peradaban Malaysia sangat mencabar dan perlu dibahaskan.

PG | 1

FAKTOR-FAKTOR
PEMBENTUKKAN
PERADABAN MASYARAKAT
MAJMUK

A)Dasar British F) Pertumbuhan Perusahan Getah Dan Biji Timah
British menggalakkan kemasukkan buruh india dan Perkembangan perusahaan getah dan biji timah di tanah
cina untuk kepentingan perkembangan sektor
peladangan dan perlombongan. melayu menimbulkan keperluaan terhadap tenaga buruh yang
Kehadiran mereka telah mewujudkan masyarakat ramai. Permintaan yang tinggi terhadap getah dan biji timah
majmuk di tanah melayu. bagi menghasilkan pelbagai jenis barangan serta
perkembangan Revolusi industri di Eropah menyebabkan pihak
B)Kawasan Penempatan Yang Berbeza inggeris telah memajukan sector getah dan biji timah
kawasan penempatan yang berbeza seperti orang cina melambung tinggi di pasaran dunia.Pembesar Melayu pula
tinggal di lombong-lombong biji timah yang telah menemui banyak kawasan lombong timah yang
kemudiannya berkembang menjadi bandar. menyebabkan mereka tidak lagi bergantung sepenuhnya pada
Orang india tinggal di kawasan ladang getah yang orang melayu yang melombong secara sambilan.Untuk
terkecil daripada orang cina dan melayu. mendapatkan hasil yang banyak dan lumayan,pembesar
Orang melayu pula kekal di kampung-kampung, di Melayu telah mendorong kemasukkan pelombong cina dan
luar bandar dan bandar-bandar mengikuti tradisi berpuas hati dengan mengutip komisen dan
perkampungan masing-masing, cukai.Perkembangan ini telah mendorong dan menjadi factor
penarik orang cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
C)Agama
Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan PG | 2
rumah ibadat yang berbeza.
Mereka juga membina rumah ibadat di kawasan
penempatan masing-masing.

D) Pendidikan Dan Persekolahan
Pendidikan yang berbeza mengikut suku kaum
Contoh

-pendidikan untuk orang cina, india dan melayu hanya
untuk kaum mereka sahaja dimana mereka membawa
buku dan gurunya dari negara masing-masing.

E)Sosio Budaya
Setiap kaum mengamalkan cara hidup yang berbeza .
Contoh
bagi cina dan india, mereka mengekalkan amalan
sosio budaya mereka seperti pakaian,Bahasa dan
budaya.
masyarakat cina,india dan melayu hidup sebagai
sebuah masyarakat sendiri kerana wujud sebagai
sebuah masyarakat sendiri kerana wujud pertubuhan
di petempatan masing-masing yang kegiatannya
sesuatu kaum.

KESAN PERADABAN MASYARAKAT
DI MALAYSIA

SOSIAL

Apakah yang dimaksudkan dengan sosial? Dari sudut negara malaysia,sosial dapat dilihat daripada
pembaharuan aspek seperti dalam bidang pendidikan,tempat tinggal,hubungan dan sebagainya.
Semasa zaman penjajahan,setiap kaum telah dipisahkan mengikut tempat tinggal di mana bandar
,dan orang india di kawasan ladang.keadaan ini berlarutan sehingga kini di mana kebanyakan
masyarakat cina masih lagi tinggal di bandar-bandar besar,serta sedikit masyarakat melayu dan
india.kebanyakan masyarakat melayu masih lagi tinggal di kawasan bandar kecil dan luar bandar.

Pemisahan juga dapat disaksikan dengan penubuhan sekolah mengikut kaum dan menggunakan
Bahasa ibunda masing-masing.Dasar pendidiksn negara sebelum merdeka mewujudkan 5 jenis
sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain,iaitu sekolah inggeris,Melayu,Cina,India
dan agama.Dalam hal ini, orang melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu, orang
Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina dan begitu juga bagi orang india.

Amat malang lagi semua buku teks dan guru-guru juga dibawa dari negara asal mereka.Dengan kata
lain segala kurikulum sekolah berkenaan adalah berkiblatkan negara asal masing-masing.Sejak tahun
1946,British sedar satu system pendidikan yang bercorak kebangsaan harus diwujudkan bagi
menyatukan masyarakat yang berbilang kaum.Selepas merdeka, usaha mewujudkan satu system
pendidikan kebangsaan diteruskan.Dasar pendidikan kini lebih bertujuan membentuk perpaduan di
kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.Satu dasar pendidikan yang lebih
baik adalah penting bagi membentuk negara yang stabil,bersatu-padu dan progresif.Ini dimulakan
dengan pengenalan penyata Barnes (1950), Laporan Fenn-Wuu (1951), Ordinan pelajaran (1952),
Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960) dan Akta Pelajaran (1961) semua ini adalah untuk
memperkenalkan satu pendidikan yang akan menyatupadukan kaun di negara ini. Sehingga kini
telah terdapat perkembangan yang sihat di mana system pendidikan negara ini telah Berjaya
menyerapkan elemen perpaduan kaum walaupun masih wujud sekolah sekolah jenis kebangsaan.

PG | 3

EKONOMI

Kedudukan ekonomi di Tanah Melayu telah mengalami perubahan yang besar sejak kedatangan British. Keadaan ekonomi
dalam zaman penjajahan menunjukkan ketidakadilan dalam kedudukan ekonomi. Dasar pecah dan perintah British telah
menyebabkan ada dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu berasa ketinggalan dan terpinggir dari arus kemajuan dan
pembangunan. Dasar ini telah membahagikan penduduk Tanah Melayu berdasarkan fungsi mereka dalam bidang ekonomi.
Kesan dari dasar tersebut, jurang ekonomi antara kaum semakin melebar dan besar. Situasi ini dapat dilihat dari segi
penglibatan dan taraf hidup orang Melayu dalam bidang ekonomi di Tanah Melayu jauh ketinggalan jika dibandingkan
dengan kaum lain khususnya kaum Cina adalah lebih kukuh berbanding kaum-kaum lain.19 Hal ini demikian kerana British
telah menggalakkan kemasukan imigran dari luar, khususnya Cina dan India yang terlibat secara aktif dalam bidang ekonomi,
terutamanya di sektor perlombongan, perniagaan dan perdagangan dan Melayu dikekalkan dalam status ekonomi tradisional.
Selepas kemerdekaan pun, pada tahun 1980-an perbezaan jurang kemiskinan antara kaum masih timbul walaupun kerajaan
telah memberi tumpuan dalam aspek pembangunan desa dan projek mega di bandar. Namun, masalah kemiskinan masih
tidak dapat diatasi. Atas sebab jurang ekonomi menyebabkan tercetusnya pergaduhan di Kampung Medan, Selangor pada
tahun 2001 antara orang Melayu dan India yang menunjukkan pengurusan kumpulan miskin dan pinggiran bandar harus
diberikan perhatian.20 Sehingga kini, jurang ekonomi masih wujud dan inilah yang menyebabkan timbulnya rasa perbezaan
setiap kaum yang ketinggalan dan mundur dari segi pembangunan, kemiskinan, peminggiran dan ketidaksamarataan.
Misalnya kejadian pergaduhan di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1997 menunjukkan masalah etnik dari sudut
ekonom.

Selain itu, walaupun Malaysia merupakan negara yang sedang pesat membangun, masih wujud fenomena yang ketara dalam
pembangunan negara. Terdapat identifikasi di antara bandar yang diduduki oleh kaum bukan bumiputera lebih maju
berbanding luar bandar yang didiami oleh kaum bumiputera. Beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah
dan Sarawak masih memperlihatkan gejala kemiskinan yang tinggi.22 Strategi pembangunan negara haruslah diseimbangkan
agar kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan dibasmi dalam usaha mencapai integrasi nasional dan pembinaan nasion.

PG | 4

POLITIK

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan dengan pilihan raya yang diadakan secara tetap sejak kemerdekaan sehingga
sekarang. Amalan demokrasi yang diamalkan dalam sistem politik negara kita membolehkan
pelbagai parti politik memainkan peranan masing-masing dalam usaha mendapatkan kuasa dan
memerintah negara, mahupun sebagai pembangkang di dewan negara dan negeri. Walau
bagaimanapun, parti-parti politik yang terbentuk di Malaysia ini dibentuk berasaskan kepentingan
kaum.
Pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu, menerusi dasar pecah dan perintah telah
memisahkan kaum-kaum ini dari segi penglibatan di Tanah Melayu. Sememangnya implikasi dari
dasar yang diperkenalkan mempengaruhi corak kegiatan politik dalam setiap kaum selepas
kemerdekaan. Selain itu, hal yang menjadi faktor dalam perkara ini adalah dari segi pemusatan kuasa.
Seperti yang dinyatakan, pembentukan parti-parti politik di Malaysia adalah berasaskan kaum, baik di
pihak pemerintah mahupun pembangkang. Sejak kemerdekaan lagi, Parti Barisan Nasional (BN)
ataupun dulunya lebih dikenali sebagai Parti Perikatan telah mendominasi struktur pentadbiran dan
pemerintahan negara.

PG | 5

PG | 6

Faktor dan kesan
Globalisasi

GLOBALISASI

·Globalisasi bermaksud satu proses membebaskan diri daripada KONSEP GLOBALISASI
sekatan politik dan moral.
·Ia bermakna pasaran terbuka dan proses kearah dunia tanpa ·Merujuk kepada sempadan
sempadan. ekonomi negara-negara di dunia
· Peluang dan kebebasan melabur bagi negara-negara yang yang semakin runtuh dan seluruh
sudah membangun. dunia menjadi satu unit yg bolrh
·Bagi negara-negara yang sedang membangun globalisasi dihubungkan dengan cepat,
bermaksud peluang menarik pelaburan asing. mudah, pantas dan rapat.
· Globalisasi maksud peluang mendapatkan sumber asli dengan · Globalisasi juga dikenali sebagai
harga berpatutan, tenaga kerja dengan kos rendah dan proses dunia tanpa sempadan.
pengeluaran dengan kemampuan yang tinggi ·Kecanggihan teknologi
· Ia juga bermaksud proses memaju dan berkongsi informasi, menjadikan segala urus niaga
pengetahuan dan teknologi menjadi cepat dan mudah.
·Proses globalisasi memperkembangan budaya, pelancongan dan · Pada masa ini globalisasi
gaya hidup yang sama. bergerak dari negara maju ke
· Globalisasi juga satu proses mencari kerjasama dan negara dunia ketiga atau negara
bermuafakat mengatasi masalah politik antarabangsa. sedang membangun.
·Globalisasi boleh menegakkan sistem demokrasi dan
hakmanusia, kezaliman pemerintah dan keganasan terhadap PG | 7
rakyat.
·Proses globalisasi boleh membenteras masalah kemiskinan,
gejala sosial, penyakit-penyakit dan mengatasi gejala
malapetaka apabila ianya berlaku.

Kemajuan Ekonomi. PG | 8
Kemajuan Segi
Budaya.
Kemajuan Segi
Bahasa.
Kemajuan
Perhubungan dan
Komunikasi.
Kemajuan Sistem
Pengangkutan.
Kemajuan Teknologi.
Kemajuan
Insfraktruktur.
Dasar Kerajaan.
Kecekapan Institusi.
Kewangan
Antarabangsa
Menjalankan urus
niaga.
Peningkatan barang-
barang di pasaran.

FAKTOR-
FAKTOR
GLOBALISASI

KEBAIKAN GLOBALISASI

a)Meningkatkan aliran perdagangan dalam b) Pemindahan teknologi bertambah pesat.
negara. Pengusaha akan sentiasa meningkatkan R*D
dan meningkatkan daya saing untuk
Aliran perdagangan antara negara akan bersaing menguasai pasaran.
Malaysia akan mendapat faedah melalui
menyebabkan ekonomi negara meningkat. pelaburan pusat, penyelidikan baharu,
penggunaan teknologi dan inovasi baharu.
Negara terbabit akan menikmati faedah

daripada penghapusan sekatan

perdagangan dan dasar cukai lebih rendah.

Defisit perdagangan akan mengecil dan ini

membolehkan pendapatan negara

meningkat kesan daripada kerjasama

perdagangan yang lebih rapat.

c )Globalisasi mewujudkan persefahaman d) Ekonomi
sejagat. Wujudnya permintaan terhadap buruh
mahir, buruh separuh mahir dan buruh
Sistem komunikasi yang menghubungkan kurang mahir serta dapat menggalakan
seluruh dunia memudahkan interaksi serta persaingan, perluasan pasaran dan
pertukaran pengetahuan, pengamalan budaya peningkatan kualiti produk.
dan dapat bergerak dengan bebas. Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga
telah meningkat pelaburan mereka ke
Menjalin hubungan erat dengan negara lain seluruh dunia seperti Syarikat Telekom
dan dapat mengurangkan salah faham Malaysia Berkad, Maybank dan Petronas.
contohnya, peristiwa yang berlaku di seluruh
dunia dapat diketahui dengan serta-merta agar
membolehkan bantuan diberikan dengan
segera.

e ) Sosial PG | 9
Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan
adanya internet. Pendidikan jarak jauh dapat
dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau
di luar negeri. Pendidikan bertaraf dunia dapat
diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi.
Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia
contohnya dalam bidang perubatan.
Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu
pengetahuan yang luas.

KEBURUKAN GLOBALISASI

a)Penguasaan ekonomi negara oleh Syarikat b) Globalisasi menyebabkan pencemaran
Multinasional (MNC). budaya.

Syarikat asing memiliki modal besar dan Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui
teknologi tinagi. internet dan televisyen satelit sehingga
langsung tidak ditapis oleh pihak berkenaan
Mereka mampu melakukan manipulasi dan menjadi dominan di dalam negara.
pasaran sehingga pesaing tempatan gulung Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis
tikar. hingga menyebabkan anak tempatan hilang
identiti diri dan runtuh akhlak dalam diri
Akhirnya pesaing tempatan akan dikuasai mereka.
MNC melalui penjualan syarikat kecil atau
penguasaan saham.

c )Kesukaran mengawal Aliran Modal Asing. d) Politik
Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-
Konsep pasaran bebas dalam globalisasi memberi kumpulan tertentu untuk menggulingkan kerajaan
kelebihan kepada pelabur luar selaku pemilik sedia ada seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq,
modal. Sudan, Mesir dan lain-lain atas alasan mereka
Kawalan yang sangat minimum sahaja boleh membangunkan senjata nuklear atau memberi
dikenakan ke atas mereka. latihan kepada kumpulan pengganas.
Jika pelabur memindahkan operasi pengeluaran Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh
ke negata lain, ekonomi negata akan terjejas. negara-negara maju terhadap musuh mereka.
Penggodaman sistem pertahanan untuk mencari
kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan
sesebuah negara.

PG | 10

cadangan

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini
tentang isu yang dibincangkan tersebut. Bagi cadangan yang boleh dicadangkan adalah kerajaan
Malaysia sebolehnya banyakkan kempen yang melibatkan pelbagai kaum dan bangsa kerana dengan
cara in mungkin boleh merapatkan hubungan dari kaum yang berlainan. Cadangan kedua pula,
kebanyakkan kawasan perumahan adanya kaum yang berlainan jadi komuniti kejiranan haruslah
mengadakan aktiviti kejiranan supaya kita tidak meminggirkan masyarakat lain bak kata pepatah lama
melayu Bersatu teguh, bercerai roboh. Dalam tak sedar dengan cara ini dapat merapatkan perpaduan
sesama kaum atau berlainan kaum. Di sekolah juga boleh mewujudkan masyarakat majmuk dengan
adanya aktiviti atau acara kebangsaan dan sebagainya. Masyarakat juga kena memainkan peranan juga
dan tunjukkan perkara positif terhadap golongan muda. Dalam tak sedar, ini mampu menguatkan lagi
perpaduan antara kaum dan masyarakat di Malaysia. Dengan cadangan dan idea ini, ia mungkin dapat
menyatukan kaum dan bangsa dalam tak sedar.

PG | 11

kesimpulan

Sebagai ulasannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan
migran daripada luar.Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu.Oleh
itu,wujud masyarakat berbilang kaum ras,etnik dan bangsa di Malaysia. Gelombang globalisasi
kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh
besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban. Demi menjamin proses
pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh
Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas,

PG | 12

Rujukan

https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/download/504/346/1035
https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-
malaysia/
https://prezi.com/lwjzfr67_qp4/faktor-kewujudan-masyarakat-majmuk-di-malaysia-dan-
kesannya/
https://stpmesei.blogspot.com/2015/12/kesan-baik-dan-kesan-buruk-globalisasi.html
file:///C:/Users/izyan/Downloads/mohd.azri,+Journal+manager,+Kinabalu19_C4.pdf
https://core.ac.uk/download/pdf/11490259.pdf

PG | 13

Penulis :
Mas Adila Bt Muhammed
Muhammad Syazwan Bin Mohd Hamran

Suntingan Oleh :
Muhammad Shafiq Hadif Bin Muhamad
Norlee Binti Mat Zaik
Izyan Zahirah Bt Abd Rahman

Diterbitkan oleh
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sg Lang, 45100 Sg. Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-32806255
Fax : 02-235467890

Hak cipta 2022 - Politeknik Sultan Idris Shah

Cetakan Pertama : 2022

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan
menggunakan isi kandungan dan konsep buku ini
dalam apa-apa jua bentuk, cetakan, dan eloktronik
tanpa izin daripada puhak Politeknik Sultan Idris
Shah.


Click to View FlipBook Version