The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SOP PENGURUSAN PENGOPERASIAN PEMBUKAAN PRASEKOLAH 3.0 SK TUMPAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sktumpat.pkhem, 2021-10-29 19:34:52

SOP PENGURUSAN PENGOPERASIAN PEMBUKAAN PRASEKOLAH 3.0 SK TUMPAT

SOP PENGURUSAN PENGOPERASIAN PEMBUKAAN PRASEKOLAH 3.0 SK TUMPAT

Keywords: SOP PRASEKOLAH 3.0 SK TUMPAT

SK TUMPAT ,16200 TUMPAT, KELANTAN



SOP NORMA BAHARU - MAKLUMAN KEPADA
IBU BAPA PRASEKOLAH

Assalamualaikum

Berikut merupakan NORMA BAHARU yang perlu murid-murid PRASEKOLAH SK TUMPAT patuhi dan
amalkan apabila kembali ke sekolah pada 31/10/2021, AHAD.

INFO UMUM PERSEKOLAHAN

1. Pastikan murid-murid sihat - tiada gejala seperti batuk, selesema demam dan sesak nafas (Jika
terdapat simptom tersebut, ibu bapa dinasihatkan tidak membawa anak ke sekolah)

2. Murid-murid digalakkan memakai pelitup muka (mask) yang bersesuaian.

3. Waktu persekolahan adalah seperti berikut :

Prasekolah : 7.45 am hingga 12.00 tengah hari pada setiap hari Ahad – Khamis

* BERGANTUNG KEPADA JADUAL TERKINI. PERUBAHAN AKAN DIBERITAHU DARI SEMASA KE
SEMASA

4. Ibu bapa dikehendaki menghantar anak-anak ke sekolah sebelum jam 7.40 pagi kerana sesi
pembelajaran akan bermula jam 7.45 pagi. Harap dapat tepati masa.

5. Ibu bapa diharap dapat mengemukakan surat rasmi sekiranya murid tidak dapat hadir ke
sekolah.

6. Murid dibenarkan tidak memakai pakaian seragam sekolah tetapi mestilah SOPAN dan KEMAS.

SILA RUJUK VIDEO ETIKA PEMAKAIAN MURID YANG DIEDARKAN

SEMASA TIBA DI SEKOLAH
1. Semua murid dikehendaki masuk ikut PAGAR 1 pada waktu pagi (7.00 am - 7.40 am) Sesi
pembelajaran akan bermula tepat jam 7.45 pagi.

2. Saringan suhu akan diambil di stesen suhu di hadapan kantin sekolah lama oleh guru yang
bertugas. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas selagi saringan suhu tidak dilakukan.

3. Jika suhu murid melebihi 37.5c , murid akan diminta pulang dan mendapatkan rawatan di klinik
atau Ujian Kendiri Covid akan dijalankan di Bilik Isolasi.

4. Selepas suhu diambil dan normal, murid dikehendaki bergerak dalam jarak 1m mengikut arah
anak panah (mengikut arah laluan yang telah ditetapkan) dan berjalan ke kelas masing-masing.

SEMASA DI DALAM KELAS

1. Setiap tempat duduk murid telah dilabelkan dan murid dikehendaki duduk di tempat yang telah
ditetapkan. (mengikut penjarakan 1m).

SEMASA BALIK-TAMAT WAKTU PERSEKOLAHAN (PENYURAIAN MURID)
1. Murid akan keluar dari kelas secara berperingkat dan penjarakan serta kawalan murid akan diurus
oleh guru dan pembantu PRASEKOLAH (dalam barisan ) . Pastikan murid-murid pelitup muka dipakai
ketika waktu balik. Murid-murid akan berkumpul di kantin lama.

2. Murid-murid yang diambil oleh ibu bapa akan menggunakan PAGAR 1 semasa waktu balik.

PAGAR 1 ( UTAMA)
3. Diharap ibu bapa/penjaga dapat menjemput anak-anak PRASEKOLAH SKT pulang tepat pada
WAKTUNYA iaitu pada jam 12.00 tengah hari
4. Ibu bapa wajib memakai pelitup muka ketika menunggu anak-anak balik dan mematuhi SOP yang
telah ditetapkan.

PAGAR 1

6. Jadual balik murid-murid Prasekolah

Hari Tahun Masa Pagar
Ahad-Khamis Prasekolah 12.00 tengah hari Pagar 1

Murid akan keluar dari kelas masing-masing senggang 5 minit bagi kelas PRABESTARI dan
PRAGEMILANG.
PEMATUHAN-PEMATUHAN LAIN NORMA BAHARU DI SKT
1. Murid-murid diminta agar menjaga kebersihan dan keselamatan masing-masing.
2. Aktiviti membasuh tangan dengan betul dan kerap amat digalakkan.
3. Begitu juga penggunaan hand sanitizer.

4 Tempat-tempat basuh tangga sementara telah diwujudkan di tepi kelas dan diharapkan murid-
murid dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin


Click to View FlipBook Version