The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peribahasa yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 serta tambahan peribahasa yang lain.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muallimah Khairiah@MK, 2020-04-22 19:01:28

NOTA PERIBAHASA TAHAP 2 (2018)

Peribahasa yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 serta tambahan peribahasa yang lain.

NOTA KECIL
PERIBAHASA

MELAYU
TAHUN 4, 5 DAN 6

NAMA:
_____________________________
KELAS:
____________________________

2018

(SKAH/2018) 1

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN
APA ITU PERIBAHASA? 3
PERIBAHASA TAHUN 4
4
- Simpulan Bahasa 5
- Perumpamaan 6
6
- Pepatah 6
- Bidalan
- Kata-kata Hikmat 7
PERIBAHASA TAHUN 5 8
- Simpulan Bahasa 10
- Perumpamaan 10
- Pepatah 11
- Bidalan
- Kata-kata Hikmat 11
PERIBAHASA TAHUN 6 12
- Simpulan Bahasa 14
- Perumpamaan 16
- Pepatah 17
- Bidalan 17
- Kata-kata Hikmat 17
Bandingan Semacam 17
Slogan
Peribahasa sama maksud

Prakata
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang”
Nota Kecil Peribahasa Melayu ini dibukukan khas bagi memudahkan murid-murid Sri
Al-Amin Bangi menguasai dan memahami makna peribahasa yang terdapat dalam
buku teks Bahasa Melayu. Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu
murid-murid meningkatkan kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Sesungguhnya Allah akan mendatangkan kefahaman kepada mereka yang

berusaha untuk memahaminya. Insya-Allah.

-Siti Khairiah Abu Hassan, (SKAH/2018) 2

Panitia Bahasa Melayu 2018-

Simpulan Bahasa APA ITU
PERIBAHASA?
*Biasanya terdiri
daripada dua patah
kata yang membawa
maksud yang tepat
dan padat.

Perumpamaan Kumpulan kata
yang tetap
*Susunan kata yang susunannya dan
paling indah dan mempunyai
kemas serta maksud tertentu.
mempunyai maksud
yang tersirat. Bandingan Semacam

*Dimulai dengan kata *Ungkapan yang
bagai, ibarat, laksana, menggambarkan
seperti dan umpama. perlakuan (sifat
seseorang) atau benda
Pepatah secara bandingan.

*Berangkap dan terdapat Kata Hikmat
kata yang berulang.
*Terbit daripada ayat-ayat
*Menyatakan sesuatu suci dalam kitab atau
penegasan, falsafah atau daripada percakapan serta
pengajaran yang ingin penulisan seseorang yang
disampaikan. dihormati dan terbilang.

Bidalan *Kata-kata tersebut
mengandungi falsafah atau
*Mempunyai maksud tersirat di pengajaran yang berguna
sebalik susunan kata. sebagai panduan hidup.

*Tidak mengandungi sesuatu
kata yang tertentu seperti
perumpamaan.

(SKAH/2018) 3

PERIBAHASA TAHUN 4

SIMPULAN BAHASA

BIL. SIMPULAN BAHASA MAKNA

1 Ada gaya Ada ciri-ciri yang memperlihatkan
kebolehannya

2 Ada jalan Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu
perkara

3 Ayam tambatan Orang yang banyak pengalaman dan
menjadi harapan

4 Bahasa istana Ragam bahasa istana

5 Bahasa pasar Bahasa Melayu yang tidak betul ragam
tatabahasanya

6 Berat sebelah Tidak adil

7 Beri muka Memanjakan secara berlebihan

8 Buah hati Kekasih, orang yang dicintai

9 Campur tangan Terlibat dalam urusan orang lain

10 Cari jalan Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara

11 Dalam tangan Sesuatu yang pasti akan dimiliki

12 Darah daging Anak dan saudara-mara dari keturunan
sendiri

13 Durian runtuh Mendapat keuntungan dengan tidak
disangka-sangka

14 Harga diri Maruah, kehormatan diri

15 Ikat perut Mengurangkan makan kerana kemiskinan

16 Isi hati Perasaan atau apa-apa yang terfikir

17 Jejak langkah Mencontohi perbuatan seseorang

18 Juling air Juling sedikit

19 Lepas tangan Tidak bertanggungjawab atas sesuatu
yang telah dilakukan

20 Makan hati Berasa sedih yang teramat sangat
sehingga merosakkan diri sendiri

21 Naik angin, naik darah Terlalu marah

22 Nyawa-nyawa ikan Hampir-hampir mati, nazak

23 Pasang telinga Mendengar dengan teliti

24 Pekak badak Pura-pura tidak dengar

25 Putih tulang Mati

26 Putih mata Kecewa kerana harapan tidak tercapai

27 Serkap jarang Tuduhan yang dibuat tanpa usul periksa

28 Telinga nipis Orang yang lekas marah

(SKAH/2018) 4

29 Titik peluh Hasil usaha sendiri
30 Tahi lalat Bintik hitam pada pakaian atau badan
31 Murah hati Tidak segan memberi sedekah, pemurah
32 Orang berada Orang yang berharta

PERUMPAMAAN

BIL. PERUMPAMAAN MAKNA

1 Bagai bertepuk Cinta tidak berbalas
sebelah tangan

2 Bagai bulan jatuh ke Mendapat untung yang besar
riba

3 Bagai dihiris sembilu Sangat sedih

4 Bagai duri dalam Sesuatu yang tidak menyenangkan hati
daging

5 Bagai itik pulang Berjalan sangat lambat dan berlenggang-
petang lenggok

6 Bagai kumbang putus Terlepas daripada kesengsaraan
tali

7 Bagai mencurah air ke Tidak mahu mendengar nasihat atau

daun keladi ajaran orang

8 Bagai menatang Memelihara anak dengan penuh kasih
minyak yang penuh sayang

9 Bagai murai tercabut Orang yang suka bercakap banyak
ekor

10 Bagai tikus membaiki Orang yang cuba membaiki sesuatu yang
labu tidak diketahui dan tambah merosakkan

11 Bagai melepaskan Menolong orang yang tidak tahu
anjing tersepit membalas jasa

12 Seperti cincin dengan Jodoh yang sesuai benar
permata

13 Seperti kaca jatuh ke Hati yang hancur kerana amat
batu berdukacita

14 Seperti kacang Orang yang tidak tahu mengenang budi
lupakan kulit

15 Seperti kera mendapat Mendapat sesuatu yang tidak dapat

bunga dipergunakan

16 Seperti pinang dibelah Sama cantik dan sama padan
dua

17 Seperti rusa masuk Tercengang kehairanan
kampung

(SKAH/2018) 5

PEPATAH

BIL. PEPATAH MAKNA

1 Berani kerana benar, Berani kerana berada di pihak yang benar
takut kerana salah

Kalau ada kemahuan, maka ada jalan

2 Hendak seribu daya untuk melakukannya. Sebaliknya jika hati
tak hendak seribu dalih tidak mahu, maka ada saja alasan untuk

tidak melakukan sesuatu.

Di mana ada Seseorang yang bersungguh-sungguh

3 kemahuan, di situ ada untuk mencapai apa-apa yang dihajati,

jalan akhirnya akan tercapai juga.

BIDALAN

BIL. BIDALAN MAKNA

1 Indah khabar dari rupa Perkhabaran tentang sesuatu perkara
yang dilebih-lebihkan

2 Nasi sudah menjadi Perbuatan yang telah terlanjur dan tidak
bubur dapat ditarik kembali

3 Ukur baju di badan Melakukan sesuatu hendaklah mengikut
sendiri kemampuan sendiri

4 Sediakan payung Berjaga-jaga sebelum ketibaan sesuatu
sebelum hujan bencana

5 Masuk telinga kanan, Nasihat atau pelajaran yang tidak
keluar telinga kiri dimasukkan ke dalam ingatan

KATA-KATA HIKMAT

BIL. KATA HIKMAT MAKNA

1 Masa itu emas Masa sangat berharga

2 Ilmu pelita hidup Ilmu pengetahuan sangat penting dalam
kehidupan

MARI KITA PELAJARI
LEBIH BANYAK LAGI

PERIBAHASA!

(SKAH/2018) 6

PERIBAHASA TAHUN 5

SIMPULAN BAHASA

BIL. SIMPULAN BAHASA MAKNA

1 Air muka Rupa muka yang membayangkan sesuatu
perasaan

2 Alim-alim kucing Pura-pura baik

3 Angkat muka Tidak malu, tidak takut

4 Atas pagar Tidak menyebelahi mana-mana pihak

5 Bau-bau bacang Hubungan kekeluargaan yang jauh

6 Berpaling tadah Khianat

7 Berpeluk tubuh Malas bekerja atau berusaha

8 Bertikam lidah Bertengkar, berdebat

9 Besar hati Bangga, gembira

10 Bulat hati Teguh pendirian, sungguh-sungguh

11 Bunga dedap Orang yang cantik tetapi tidak berbudi
bahasa

12 Buruk makan Gelojoh

13 Buruk siku Meminta kembali barang yang telah
diberikan

14 Duit kopi Bayaran tidak rasmi kepada
seseorang/rasuah

15 Duit pecah Duit syiling

16 Gila-gila bahasa Kurang sihat atau tidak panjang fikiran

17 Gulung tikar Menutup perniagaan kerana mengalami
kerugian (muflis)

18 Halwa telinga Sesuatu yang baik didengar

19 Harga pokok Harga jualan mengikut modal yang
dikeluarkan

20 Hangat-hangat tahi Membuat sesuatu separuh jalan
ayam

21 Hentam keromo Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan

22 Hilang akal Gila

23 Jauh hati Merajuk

24 Kacang hantu Orang yang jahat dan suka mengganggu
kawan

25 Kata putus Ketentuan yang terakhir

26 Kepala angin Perangai yang tidak stabil

(SKAH/2018) 7

27 Kera sumbang Orang yang takut atau tidak gemar
bergaul dengan orang lain

28 Kerang busuk Tersengih-sengih tanpa sebab

29 Kutu embun Orang yang suka merayau-rayau pada
malam hari

30 Lidah bercabang/lidah Percakapan yang tidak boleh dipercayai

biawak kerana selalu berubah-ubah

31 Lintah darat Peniaga yang mengambil keuntungan
yang terlalu tinggi

32 Lupa daratan Berbuat sesuatu yang melampaui batas

33 Makan angkat Orang yang suka dipuji

34 Makan diri Berkeadaan sedih yang teramat sangat
sehingga merosakkan diri sendiri

35 Makan suap Menerima sogokan atau rasuah

36 Menambat hati Memikat atau menarik hati

37 Menara gading Pusat pengajian tinggi (universiti)

38 Otak cair Pandai, cerdik

39 Penyapu baharu Pekerja baharu yang rajin

40 Perang mulut Bertengkar dengan suara yang kuat

41 Pisau cukur Perempuan yang suka mengikis kekayaan
lelaki

42 Rambang mata Tidak tahu hendak membuat pilihan

43 Sampah masyarakat Orang yang tidak berguna

44 Senyum kambing Senyum mengejek

45 Sepak kertas Tidak mempunyai pekerjaan, penganggur

46 Tahi minyak Cerewet

47 Tanda harga Label harga barangan

PERUMPAMAAN

BIL. PERUMPAMAAN MAKNA

1 Seperti abu di atas Kedudukan atau pekerjaan yang tidak
tunggul tetap, bila-bila sahaja dapat dipecat

2 Bagai anjing buruk Orang yang dibenci masyarakat
kepala

3 Bagai aur dengan Hidup bermuafakat dan tolong-menolong
tebing

4 Bagai berumah di tepi Selalu ada kekhuatiran dan resah gelisah
tebing

5 Bagai bumi dengan Sangat berbeza
langit

(SKAH/2018) 8

Bagai enau dalam

6 belukar, melepaskan Tidak semuafakat dalam perbincangan

pucuk masing-masing

7 Haruan makan anak Berlaku sumbang dengan ahli keluarga
sendiri

8 Bagai berkain tiga Berada dalam keadaan yang serba tidak
hasta cukup

9 Seperti pahat dengan Orang yang hanya bekerja apabila
penukul diperintah

10 Bagai keli kena ketuk Bersungut-sungut dengan tiada tentu
hujung pangkal

11 Bagai kucing Orang yang kebingungan dan tidak tentu
kehilangan anak arah

12 Bagai mendukung Melakukan sesuatu yang menyusahkan diri
biawak hidup sendiri

13 Seperti sirih pulang ke Sesuatu yang kena pada tempatnya
gagang

14 Seperti telur di hujung Orang yang dalam keadaan amat
tanduk sulit/sukar

15 Bagaimana acuan Anak menurut baka ibu bapanya, sesuatu
begitulah kuihnya itu menurut asalnya

Bagaimana bunyi Menyesuaikan ikut keadaan, patuh pada
16 gendang begitulah segala perintah

tarinya

17 Seperti api dalam Perbuatan jahat yang tersembunyi
sekam

18 Seperti ayam berak Rupa pucat kerana menghidap penyakit
kapur

19 Seperti ayam patuk Menghukum anak bukan untuk menyeksa
anaknya tetapi untuk memperbaiki kelakuan anak
itu

20 Seperti gergaji dua Mencari keuntungan daripada kedua-dua
mata belah pihak

21 Seperti ikan dalam Keadaan bersesak-sesak dalam sesuatu
belat tempat

22 Seperti kerbau dicucuk Orang bodoh yang selalu menurut
hidung kemahuan orang lain

BUAT BAIK
KEPADA IBU

BAPA.

(SKAH/2018) 9

PEPATAH

BIL. PEPATAH MAKNA

1 Biar putih tulang, Lebih baik mati daripada menanggung
jangan putih mata malu

2 Buang yang keruh Buang yang jahat ambil yang baik
ambil yang jernih

3 Bukit sama didaki, Persahabatan yang sangat akrab;
lurah sama dituruni mengharungi kesenangan dan kesusahan
bersama-sama

Bulat air kerana

4 pembetung, bulat Kata sepakat yang dicapai dalam
manusia kerana perbincangan

muafakat

5 Kais pagi makan pagi, Orang miskin yang harus bekerja setiap
kais petang makan masa
petang

Yang bulat tidak

6 datang bergolek, yang Sesuatu benda tidak akan datang tanpa

pipih tidak datang usaha

melayang

7 Tak lapuk dek hujan, Adat yang tidak berubah; sesuatu yang
tak lekang dek panas tetap utuh

8 Yang lama dikelek, Adat yang lama tetap diamalkan di

yang baharu didukung samping budaya hidup yang baru

BIL. BIDALAN BIDALAN

1 Alah bisa tegal biasa MAKNA
Kerja yang sukar, jika selalu dilakukan akan
2 Berpantang maut menjadi mudah
sebelum ajal Tidak akan mati atau meninggal dunia
sebelum ajalnya tiba
Buat baik berpada- Berbuat baik biarlah berbalas dan
perbuatan jahat hendaklah dihindarkan
3 pada, buat jahat sama sekali

jangan sekali Membuat kerja sekali gus

4 Sambil menyelam Tekun dan sabar akan berjaya
minum air
Zahir serupa tetapi perangai lain-lain
5 Sedikit-sedikit lama-
lama jadi bukit (SKAH/2018) 10

6 Rambut sama hitam,
hati lain-lain

KATA-KATA HIKMAT

BIL. KATA HIKMAT MAKNA

1 Biar lambat asal Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah
selamat dengan berhati-hati

2 Membaca jambatan Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan
ilmu melalui pembacaan

3 Muafakat membawa Sesuatu kerja yang dilakukan dengan
berkat persetujuan bersama akan menghasilkan
sesuatu yang baik

MARI MEMBACA!

PERIBAHASA TAHUN 6

SIMPULAN BAHASA

BIL. SIMPULAN BAHASA MAKNA

1 Ada akal Cara menyelesaikan sesuatu masalah

Melaga-lagakan seseorang atau

2 Adu domba kumpulan dengan seseorang atau

kumpulan lain

3 Air tangan Hasil kerja seseorang (biasanya berkaitan
masakan)

4 Akal kancil Orang yang pandai tipu muslihat

Orang yang termasuk dalam sesuatu

5 Anak buah keluarga atau dalam sesuatu pasukan
yang terletak di bawah tanggungjawab

seseorang

6 Anak bujang Anak yang belum berkahwin

7 Anak dagang Orang asing yang datang ke sesuatu
tempat

8 Anak didik Seseorang yang dididik atau dilatih supaya
mahir dalam sesuatu bidang

9 Anak jati Seseorang yang dilahirkan dan dibesarkan

(SKAH/2018) 11

10 Anak tunggal di sesuatu tempat
Satu-satunya anak dalam sesebuah
11 Angkat diri keluarga
Orang yang sombong dan suka meninggi
12 Asam garam diri
13 Atas angin Pengalaman hidup
14 Bangkai bernyawa Negara-negara Barat
15 Berhati walang Orang yang tidak berguna
Khuatir
16 Bidan terjun Menggantikan tugas orang lain dengan
tiba-tiba
17 Bintang terang Orang yang bernasib baik
Nampak bodoh tetapi sebenarnya tidak
18 Bodoh sepat mudah ditipu
Bongkok sedikit
19 Bongkok sabut Terlalu bongkok kerana tua
Pendapat
20 Bongkok udang Hasil tulisan atau karya
Insaf atau sedar
21 Buah fikiran Mendedahkan atau menceritakan hal
keburukan seseorang kepada orang lain
22 Buah pena Sudah sepakat
Anak yang membawa tuah
23 Buka mata Suka mencuri
Berkahwin dengan adik atau kakak isteri
24 Buka tembelang / setelah isteri meninggal dunia
pecah tembelang Hilang pertimbangan kerana terlalu
marah; lupa diri kerana terpengaruh oleh
25 Bulat kata wang dan harta
Bahagian tepi laut, sungai, tasik
26 Cahaya hidup Menerima dengan senang hati
Memeras atau menindas orang
27 Cepat tangan Menuntut bela atas sesuatu kejadian
Orang tua yang berkelakuan seperti orang
28 Ganti tikar muda
Orang yang sangat istimewa
29 Gelap mata Berasa tersinggung
Sangat banyak
30 Gigi air Berlari dengan pantas kerana takut
31 Hati terbuka Perasaan lega
32 Hisap darah
33 Hutang darah (SKAH/2018) 12

34 Ibu keladi

35 Intan terpilih
36 Kecil hati
37 Keliling pinggang
38 Langkah seribu
39 Lapang dada

40 Lipas kudung Membuat sesuatu kerja dengan pantas
41 Mata petai Tidak dapat melihat dengan betul
Suatu kecelakaan atau musibah yang
42 Malang tidak berbau datang mendadak secara tiba-tiba
Merajuk
43 Membawa diri Usaha yang sungguh-sungguh
44 Memerah keringat Memberi sumbangan atau perkhidmatan
45 Menabur bakti Memberikan bantuan
46 Menghulur tangan Percakapan perkara yang tidak
berfaedah
47 Omong kosong Mendengar dengan teliti
Tempat jual beli barang yang melanggar
48 Pasang telinga undang-undang cara haram
Perselisihan faham yang tidak dapat
49 Pasar gelap didamaikan lagi
Hilang tempat bergantung
50 Patah arang Berasa pening sedikit
Orang yang dikasihi atau disayangi
51 Patah kandar Retak halus dan banyak
52 Pening-pening lalat Mualaf
53 Permata hati Tiada sanak saudara
54 Retak seribu Menjadi miskin (hanya pakaian di badan)
55 Saudara baru Tanah yang sedikit dan tidak luas
56 Sebatang kara Tidak tidur semalaman
57 Sehelai sepinggang Orang yang membuat pekerjaan tidak
58 Sekangkang kera baik untuk orang lain
59 Sengkang mata Negeri tempat seseorang dilahirkan
Sudah hilang kepercayaan
60 Tali barut Tidak mempedulikan cakap orang lain
Timbul perasaan dalam hati
61 Tanah air Anggota badan
62 Tawar hati
63 Tebal telinga
64 Tergerak hati
65 Tulang empat kerat

PERUMPAMAAN

BIL. PERUMPAMAAN MAKNA

1 Bagai Si Kudung Berasa gembira mendapat sesuatu tetapi
mendapat cincin tidak dapat merasai nikmatnya

2 Seperti bulan dipagar Gadis jelita yang dikelilingi perawan-
bintang perawan cantik

3 Bagai ayam disambar Orang yang hilang dengan tiba-tiba dan
helang tidak diketahui khabar beritanya

(SKAH/2018) 13

4 Bagai cicak makan Beroleh malu dalam sesuatu majlis kerana
kapur kesalahannya

5 Bagai air titik ke batu Kesukaran memberi pengajaran kepada
orang yang degil

6 Bagai pelita kehabisan Orang yang telah hilang serinya
minyak

7 Bagai bunyi perian Suara yang tidak merdu
pecah

8 Seperti bertih digoreng Bunyi berdetus-detusan

9 Bagai Belanda minta Diberi sedikit lalu hendak minta banyak
tanah

10 Seperti duduk dalam Sangat gelisah
duri

11 Seperti embun di Kasih sayang yang mudah hilang
hujung rumput

12 Seperti gunting makan Membalas dendam atau berbuat sesuatu
di hujung dengan diam-diam atau perlahan-lahan
tetapi berhasil

Seperti harimau Orang yang menyembunyikan
13 menyembunyikan kelebihannya

kukunya

14 Seperti katak disimbah Orang yang terkulat atau berdiam diri
air

15 Seperti langit dengan Banyak sekali bezanya
bumi

16 Seperti melukut di tepi Tidak dianggap penting
gantang

17 Seperti mentimun Orang yang lemah melawan orang yang
dengan durian kuat tidak akan menang

18 Seperti pacat Sehabis makan di rumah orang lalu pergi
kekenyangan

19 Seperti pungguk Di alam percintaan
rindukan bulan

20 Seperti rumput di tepi Hidup dalam kemiskinan
jalan

21 Seperti tikus jatuh ke Suka dan senang sekali
beras

22 Seperti api dalam Perbuatan jahat atau dendam yang
sekam tersembunyi

23 Bagai hempedu lekat Perhubungan, persahabatan atau ikatan
di hati perkahwinan yang erat

(SKAH/2018) 14

24 Bagai menghitung bulu Melakukan pekerjaan yang sia-sia
kambing

25 Seperti tikus jatuh ke Suka dan senang sekali
beras

26 Seperti ular kena palu Keadaan yang bengkang-bengkok

PEPATAH

BIL. PEPATAH MAKNA

1 Jauh di mata dekat di Walaupun berjauhan, namun di dalam
hati hati terasa begitu dekat, iaitu sentiasa
diingati

2 Jauhari juga mengenal Hanya orang yang bijak yang mengetahui

manikam tentang keelokan sesuatu atau ilmu

3 Sebab nila setitik, rosak Kerana kejahatan yang sedikit, semua

susu sebelanga kebaikan dilupakan

Sebab pulut santan Percakapan yang kasar akhirnya akan
4 binasa, sebab mulut membahayakan diri sendiri

badan binasa

Sepandai-pandai tupai Walau sepandai manapun seseorang itu

5 melompat, akhirnya dalam pekerjaannya, ada kalanya dia

jatuh ke tanah jua akan membuat kesilapan atau kesalahan

Untung sabut timbul, Jika nasib baik akan mendapat kejayaan,

6 untung batu jika nasib malang akan mendapat

tenggelam kerugian

Berakit-rakit ke hulu, Bersusah payah dahulu supaya senang
7 berenang-renang ke kemudian

tepian

Walaupun ada Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada

8 umpan, belum tentu persediaan yang cukup tetapi belum tentu

ada ikan akan berhasil dengan baik

Yang dikejar tak Keuntungan yang diharap tidak didapati
9 dapat, yang dan yang telah ada lesap pula

dikendong berciciran

10 Yang merah itu saga, Yang paling penting dalam diri seseorang
yang kurik itu kundi adalah hatinya bukan keelokan wajahnya

Hujan emas di negeri Walau bagaimanapun kelebihan yang

11 orang, hujan batu di ada di negeri orang, tetap negara sendiri

negeri sendiri lebih baik

12 Harimau mati Insan yang banyak berbakti dan membuat
meninggalkan belang, jasa akan sentiasa dikenang

(SKAH/2018) 15

manusia mati

meninggalkan nama

13 Di mana bumi dipijak, Menurut adat atau peraturan di tempat
di situ langit dijunjung yang kita diami atau tinggal

Alang-alang Berbuat sesuatu hendaklah dengan
14 berdakwat biarlah bersungguh-sungguh

hitam

Berat mata Betapa berat kita melihat kesusahan atau

15 memandang, berat penderitaan seseorang, berat lagi apa-

lagi bahu memikul apa yang dialami oleh si penanggungnya

16 Peliharalah yang lama, Belajar sesuatu yang baru, namun tetap

pelajari yang baru mengekalkan yang lama

17 Ada gula ada semut Apabila ada sumber rezeki, akan
banyaklah orang berkumpul di situ

BIDALAN

BIL. BIDALAN MAKNA

1 Melentur buluh biarlah Melatih anak biarlah dari kecil
dari rebungnya

2 Beri betis hendak paha Diberi sedikit hendak lebih banyak

3 Berat sama dipikul, Tolong-menolong
ringan sama dijinjing

Ikut resmi padi,

4 semakin berisi semakin Semakin pandai, semakin merendah diri

tunduk

5 Ingat sebelum kena, Berhati-hati supaya tidak menyesal
jimat sebelum habis

Sehari selembar

6 benang, lama-lama Tekun dan usaha tentu berjaya

menjadi kain

Sesal dahulu

7 pendapatan, sesal Sebelum mengerjakan atau melakukan
kemudian tidak sesuatu hendaklah difikirkan habis-habisan

berguna

(SKAH/2018) 16

KATA-KATA HIKMAT

BIL. PEPATAH MAKNA

1 Bersatu kita teguh, Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi
bercerai kita roboh kuat sebaliknya kalau kita bercerai-berai
kita akan lemah

Otak yang cerdas ada Dengan kesihatan yang baik, seseorang

2 pada badan yang itu mampu mengemukakan fikiran yang

sihat bernas

3 Alah membeli menang Barang yang baik ataupun berkualiti
memakai memang mahal, tetapi dapat bertahan
lama

BANDINGAN SEMACAM

Adil seperti hakim Alim seperti ulama

Alun seperti ombak Aman seperti syurga

Anggun seperti ratu Angkuh seperti merak

Arif seperti pendeta Baik seperti Malaikat/Nabi

Bebas seperti burung Becok seperti murai

Berani seperti harimau/singa Berat seperti batu

Kaku seperti mayat Sabar seperti Nabi

Sibuk seperti lebah Zalim seperti Firaun

SLOGAN

Minda sihat, emosi stabil Pandu cermat, jiwa selamat

Perpaduan teras kejayaan Bahasa jiwa bangsa

Bangsa membaca bangsa berjaya Utamakan barangan buatan

Malaysia

PERIBAHASA YANG MEMPUNYAI SAMA MAKSUD

Seperti embun di hujung rumput
Seperti abu di atas tunggul

(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama atau kasih
sayang yang lekas hilang)

Menangguk dalam air keruh
Menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas

kesusahan orang lain)
(SKAH/2018) 17

Sarang tebuan jangan dijolok
Lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau, kelak buruk padahnya)

Bagai pinang dibelah dua
Bagai cincin dengan permata

Seperti cincin terlekat di jari
Tanduk bersendi gading

(padanan yang sesuai atau secocok)

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke

seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)

Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Burung terbang dipipiskan lada
Belum duduk sudah berlunjur

(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia
dilepaskan)

Seperti telur di hujung tanduk
Retak menanti belah

(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk
musnah)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
Bapa borek, anak rintik

(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkah laku bapanya)

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
Bagai mencurah air ke daun keladi
Bagai mencurah garam ke laut

(pesanan atau nasihat yang tidak dipedulikan atau tidak
memberi kesan kepada pendengar)

(SKAH/2018) 18

Genggam bara api, biar sampai jadi arang
Alang-alang mandi, biar basah

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh
sehingga mencapai kejayaan)

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Rambut sama hitam, hati lain-lain

(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)

Bagai isi dengan kuku
Bagai aur dengan tebing
Bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)

Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua
Air dicencang tak akan putus

(perbalahan antara adik-beradik tidak akan kekal lama, lama-
kelamaan akan berbaik-baik jua)

Seperti belut pulang ke lumpur
Seperti haruan pulang ke lubuk
Seperti sirih pulang ke gagang
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)

Bagai api dalam sekam
Seperti gunting dalam lipatan
Seperti musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa

disedari)

(SKAH/2018) 19

Membuka pekung di dada
Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri

sendiri)

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga

(disebabkan perbuatan seseorang, semua yang lain turut terkena
akibatnya

Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
Habis madu, sepah dibuang

(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang
lama tidak diperlukan lagi)

SYUKUR. SYUKUR
BANYAK KEPADA
PERIBAHASA ALLAH.
YANG KITA
PELAJARI.

(SKAH/2018) 20


Click to View FlipBook Version