The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL MUMTAAZ F4 SIRAH DAN TOKOH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-39185534, 2021-06-27 10:38:36

SIRAH DAN TOKOH

MODUL MUMTAAZ F4 SIRAH DAN TOKOH

1|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKRPB

SIRAH [2 markah]

PELAJARAN 18 : KHULAFA AL RASYIDIN

1. Senaraikan khalifah yang menerejui Kerajaan Khulafa al Rasyidin
Khalifah yang menerjui Kerajaan Khulafa al Rasyidin ialah:
F1 : Saidina Abu Bakar as-Siddiq
F2 : Saidina Umar bin Khattab
F3 : Saidina Uthman bin Affan
F4 : Saidina Ali bin Abi Talib

2. Nyatakan ciri-ciri kepimpinan Khalifah Abu Bakar al Siddiq [4 markah]

Ciri-ciri kepimpinan Khalifah Abu Bakar al Siddiq :
F1 : Tegas : Tegas dalam memerangi golongan murtad dan nabi palsu.
F2 : Setia dengan arahan Rasulullah : Meneruskan Tindakan Rasulullah
untuk menghantar Usamah bin Zaid sebagai panglima tentera Islam
kepada Kerajaan Ghassan.
F3 : Mengamalkan syura : Mengambil kira pandangan sahabat dalam
menentukan strategi peperangan menentang tentera Rom.
F4 : Berpandangan jauh :Mengarahkan Zaib bin Thabit menghimpun Al
quran.

3. Jelaskan contoh kecekapan Khalifah Umar bin al Khattab sebagai [4 markah]
pemimpin negara

Contoh kecekapan Khalifah Umar bin al Khattab sebagai pemimpin
negara
F1 : Beliau seorang yang adil dengan cara memastikan kebajikan rakyat
terpelihara dengan meninjau sendiri keadaan rakyatnya termasuk
menyamar sebagai rakyat biasa
F2 : Beliau merupakan seorang yang tegas yang telah menggantikan
kepimpinan Khalid al-Walid sebagai panglima angkatan tentera Islam
dengan Abu Ubaidah al-Jarrah semasa Perang Yamamah
F3 : Beliau seorang yang berpandangan jauh dan bersedia untuk ditegur
oleh Rasulullah
F4 : Khalifah Umar al-Khattab merupakan seorang yang cekap
membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian pentadbiran di
bawah kuasa seorang gabenor yang cekap seperti Muawiyah bin Abu

2|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKRPB

Sufian dan Amru bin al-As

4. Nyatakan ciri-ciri kepimpinan Khalifah Uthman bin Affan [4 markah]

Ciri-ciri kepimpinan Khalifah Uthman bin Affan:
F1 : Berpandangan jauh : menubuhkan jawatankuasa khas pembukuan
Al Quran diketuai oleh Saidina Zaid bin Thabit menggunakan lahjah
Quraisy.
F2 : Berfikiran terbuka : Melonggarkan syarat pengguaan harta Baitul
Mal

F3 : Prihatin : Menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahanan
negara dan membesarkan masjid Nabawi.
F4 : Inovatif : Menubuhkan Angkatan laut islam sehingga meluaskan
empayar Islam di Syam dan Mesir.

5. Jelaskan dua bukti yang menujukkan Khalifah Uthman bin Affan [4 markah]
seorang yang berfikiran terbuka.

Dua bukti yang menujukkan Khalifah Uthman bin Affan seorang yang
berfikiran terbuka.

F1 : Melonggarkan syarat pengguaan harta Baitul Mal

F2 : Membenarkan sahabat keluar daei Kota Madinah

6. Nyatakan ciri-ciri kepimpinan Khalifah Ali bin Abi Talib. [4 markah]
Ciri-ciri kepimpinan Khalifah Ali bin Abi Talib :

F1 Tegas : Memecat berberapa gabenor yang dilantik oleh Khalifah
Uthman seperti Saidina Muawiyah.

F2 Berilmu : Memiliki ketinggian ilmu dalam pelbagai bidang sehingga
dilantik sebagai hakim di Yaman

.F3 Berpandangan Jauh : Menangguhkan hukuman qisas terhadap
pembunuhan Khalifah Uthman kerana keadaan negara huru-hara.

F4 Berani : Menyertai hampir kesemua peperangan seperti Perang
Badar dan sanggup menerima jawatan khalifah walaupun mengetahui
beban yang bakal dihadapi.

3|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKRPB

7. Jelaskan usaha yang dilakukan oleh Khulafa al Rasyidin dalam bidang [4 markah]
agama.

Usaha yang dilakukan oleh Khulafa al Rasyidin dalam bidang agama :

F1 Berjaya memerangi golongan murtad , nabi palsu dan golongan
enggan bayar zakat.

F2 Menyebarkan dakwah islam hingga diwilayah Mesir Parsi dan Rom

8. Jelaskan usaha yang dilakukan oleh Khulafa al Rasyidin dalam bidang [4 markah]
politik .

Usaha yang dilakukan oleh Khulafa al Rasyidin dalam bidang politik :

F1 Pembukaan wilayah baru disebahagian wilayah Iraq dan Syam.

F2 Menubuhkan Majlis Syura Jabatan Tentera Jabatan Polis Jabatan
Percukaian dan Jabatan Perbendaharan Negara.

F3 Berjaya mematahkan pemberontakan dan penakluk serta meluaskan
kuasa wilayah Islam.

9. Jelaskan usaha yang dilakukan oleh Khulafa al Rasyidin dalam bidang [4 markah]
ekonomi.

Usaha yang dilakukan oleh Khalifah Khulafa al Rasyidin dalam bidang

ekonomi.:

F1 : Memperkenalkan pelbagai cukai baharu seperti cukai jizyah dan

kharaj

F2 : Memajukan sistem pengairan dan saliran melalui pembinaan

terusan Amirul Mukminin di Mesir dan Empangan Abu Musa di Basrah

F3 : Mengemaskini institusi Baitulmal dan meneroka tanah baharu dan

meneroka tanah baharu untuk memperbanyak hasil pertanian.

F4 Meneruskan kutipan Jizyah yang dikenakan terhadap Golongan

Zi’mi.

10. Jelaskan usaha yang dilakukan oleh Khulafa al Rasyidin dalam bidang [4 markah]
sosial

Usaha yang dilakukan oleh Khulafa al Rasyidin dalam bidang sosial

F1 : Mengasaskan Takwim Islam sebagai asas permulaan pengiraan

tahun Hijrah

F2 : Memperkenalkan undang-undang pentadbiran tanah untuk

menghormati hak sosial dan menjaga kebajikan rakyat

F3 : Membina kemudahan awam seperti tali air untuk kemudahan

4|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKRPB

pertanian

11. Jelaskan usaha yang dilakukan oleh Khulafa al Rasyidin dalam bidang [4 markah]
ketenteraan . [4 markah]
[4 markah]
Usaha yang dilakukan oleh Khulafa al Rasyidin dalam bidang
ketenteraan :

F1 Meneruskan pembebasan negeri diwilayah Iraq.

F2 Membuka Baitul Muqadis Palastin dan Mesir.

F3 Menubuhkan Angkatan tentera laut yang pertama bagi tujuan
keselamatan dan peluasan kuasa.

12. Jelaskan usaha yang dilakukan oleh Khulafa al Rasyidin dalam bidang
pendidikan .

Usaha yang dilakukan oleh Khulafa al Rasyidin dalam bidang
pendidikan :

F1 Mengumpul dan menulis semula naskah Al Quran susulan 70 orang
penghafal al Quran syahid dalam Peperangan Yamamah.

F2 Menubuhkan sekolah iaitu Al Kuttab yang dikhususkan untuk
kanak-kanak.

F3. Menyelaraskan bacaan ( qiraat ) dan penulisan mashaf Al Quran
menggunakan Lahjah Quraisy.

13. Terangkan iktibar daripada pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin kepada
umat Islam.

Iktibar daripada pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin kepada umat
Islam.:
F1 : Kita hendaklah mencontohi kepimpinan khalifah dengan
mengutamakan segi kesejahteraan agama , rakyat dan negara
F2 : Kita hendaklah menggiatkan usaha dakwah agar kebenaran Islam
dapat disebarkan
F3 : Kita hendaklah menyumbangkan kepakaran untuk pembangunan
dan kemajuan negara
F4 : Kita hendaklah menyokong kegiatan ekonomi umat Islam supaya
umat Islam dihormati.
F5 Kita hendaklah mengukuhkan perpaduan umat islam dengan
memelihara hak antara satu sama lain.
F6 Kita hendaklah mengamalkan akhlak yang terpuji agar menjadi
contoh teladan yang baik.

14. Kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat merupakan focus utama [4 markah]
sesorang pemimpin apabila dipilih untuk menerajui sesebuah negara .

5|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKRPB

Huraikan pendapat anda bagaimana mencontohi kepimpinan Khulafa al
Rasyidin kearah membentuk negara yang maju dan sejahtera

CONTOH JAWAPAN
Pada pendapat saya pemimpin mestilah bersikap tegas terhadap
rakyatnya Hal ini kerana apabila rakyat telah dipimpin oleh pemimpin
yang tegas , mereka akan lebih patuh terhadap setiap tindakan dan
undang-undang yang telah diaturkan oleh pemimpin.Kesannya undang
undang sesebuah negara akan dapat ditegakkan dan dipatuhi oleh
rakyatnya.Oleh itu , pemimpin yang bersikap tegas mampu mendidik
rakyatnya untuk menjadi lebih prihatin dan bertanggungjawab atas
negara mereka jika mereka mampu mencapai kemanan dan kedamaian.

PELAJARAN 19 : KERAJAAN UMAIYAH

1. Kerajaan Umaiyyah tertubuh selepas pemerintahan Khulafa al Rasyidin [2 markah]
.Jelaskan secara ringkas sejarah Kerajaan Umaiyyah.
Sejarah ringkas Kerajaan Umaiyah ialah:
F1 Pengasas Kerajaan Umaiyah ialah Muawiyah Bin Abi Sufian
F2 Tempoh memerintah adalah selama 41 Hijrah sehingga 132 Hijrah
F3 Meliputi sebahagian besar benua Afrika,asia dan Eropah
F4 Bilangan Khalifah : 14 orang.
F5 Khalifah Pertama : Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
F6 Khalifah Terakhir : Khalifah Marwan bin Muhammad.
F7 Pusat Pemerintahan : Damsyik Syria.

2. Namakan empat orang khalifah Kerajaan Umaiyyah yang terkenal [4 markah]

Empat orang khalifah Kerajaan Umaiyah yang terkenal ialah:
F1 Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian : 41H – 60H ( 19 T 9 B )
F2 Khalifah Abdul Malik bin Marwan : 65H- 86H ( 21 T )
F3 Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik : 86H- 96H ( 9 T 7 B )
F4 Khalifah Umar bin Abdul Aziz : 99H – 101H ( 2 T 5 B )

3, Senaraikan tahap pemerintahan Kerajaan Umaiyyah . [4 markah]
Tahap pemerintahan Kerajaan Umaiyyah :
F1 Tahap pertama berpusat di Damsyik ( 41H – 132H ) menggunakan
gelaran Khalifah.
F2 Tahap kedua berpusat Di Cordova ( 138H – 422H ) menggunakan

6|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKRPB

gelaran Amir dan Khalifah

4. Senaraikan sumbangan Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian kepada [4 markah]

Kerajaan Umaiyyah.

Sumbangan Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian kepada Kerajaan

Umaiyyah.

F1 Menjadikan Damsyik sebagai pusat pemerintahan islam yang

terkenal.

F2 Mewujudkan perkhidmatan pos berkuda ( Dewan Al Barid ).

F3 Memperkenalkan cop mohor rasmi kerajaan umaiyah sebagai tanda

rasmi sesebuah kerajaan.

F4 Menubuhkan Jabatan Setiausaha Jabatan Cukai dan Jabatan Urusan

Awan.

F5 Memperkenalkan Armada Laut.

5. Senaraikan sumbangan Khalifah Abdul Malik bin Marwan kepada [4 markah]
Kerajaan Umaiyyah. [4 markah]
Sumbangan Khalifah Abdul Malik bin Marwan kepada Kerajaan [4 markah]
Umaiyyah :
F1.Menetapkan Bahasa arab sebagai Bahasa rasmi dalam urusan
pentadbiran negara.
F2 Mencetak mata wang dinar islam pertama bertulisan arab.
F3 Menaik taraf perkhidmatan pos dan system pengangkutan awan.
F4 Menubuhkan Dewan Al Jundi untuk menguruskan pertahanan
negara.
F5 Mengarahkan pembinaan Qubatul Saqrq di Baitul Maqdis.

6. Senaraikan sumbangan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik kepada
Kerajaan Umaiyyah.
Sumbangan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik kepada Kerajaan
Umaiyyah.:
F1 Pembukaan wilayah baru seperti Andalus dan India.
F2 Memperbaik dan mencantikkan seni bina Masjid Nabawi.
F3 Membina banyak masjid seperti Masjid Umawi di Damsyik.
F4 Memberikan kepada rakyat yang berkeperluan khas.
F5 Mengalakkan pembinaan bangunan baru bercirikan seni bina Islam.
F6 Memperbaik jalan raya menuju ke negeri Hijaz bagi memudahkan
perjalanan Jamah Haji.

7. Senaraikan sumbangan Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada Kerajaan

7|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKRPB

Umaiyyah.

Sumbangan Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada Kerajaan
Umaiyyah.:

F1 Mengecualikan bayaran cukai Jizyah terhadap kafir Zi’mi
menyebabkan ramai memeluk Islam.

F2 Mengeluarkan arahan kepada Syihab Al Zuhri supaya membukukan
hadis Rasulullah.

F3 Membina rumah transit untuk para pedagang.
F4 Menaiktaraf kemudah untuk rakyat seperti Hospital ,jambatan ,perigi

jalan raya .
F5 Mengasaskan Dewan Penasihat yang dianggotai oleh para ulamak

utk menasihati khalifah.

8. Jelaskan faktor kegemilangan Kerajaan Umaiyyah . [4 markah]

Faktor kegemilangan Kerajaan Umaiyah:

F1 Agama:
 Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menyemarakkan aktiviti
keilmuan seperti pengajian Al-Quran dan pembukuan hadis
 Khalifah Al Walid menaiak taraf dan membina masjid.

F2 Politik:
 Berjaya meluaskan wilayah islam di Rom,China,India,Afrika
Utara dan Eropah
 Pemilihan Damsyik sebagai pusat pemerintahan oleh Khalifah
Muawiyah.
 Perlantikan gabenor yang berwibawa berjaya menghapuskan
pemberontakan.

F3 Pendidikan;
 Menjadikan masjid dan istana sebagai pusat pengembangan ilmu
pengetahuan.
 Galakkan dari khalifah agar rakyat menguasai pelbagai ilmu.

F4 Ketenteraan:
 Pasukan angkatan tentera yang berdisiplin dan bersemangat
jihad dalam mempertahankan agama dan negara.
 Kemudahan pengkalan tentera dan kapal perang yang dilengkapi
peralatan yang canggih.
 Adaptasi strategi peperangan dengan meniru corak Gerakan
Parsi.

F5 Sosial

8|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKRPB

 Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan
yang memerlukan.

 Hubungan era tantara rakyat dengan pemerintah.
F6 Ekonomi

 Pengurusan Baitulmal yang cekap sehingga hasil pendapatan
negara melebihi keperluan

 Kerajaan Berjaya memunafaatkan hasil pertanian dan
perdagangan untuk pembanguan negara.

9. Jelaskan sebab kemerosotan Kerajaan Umaiyyah dari aspek politik. [4 markah]
[4 markah]
Sebab kemerosotan Kerajaan Umaiyyah dari aspek politik :
F1 Sistem lantikan khalifah secara monarki menimbulkan perebutan
kuasa dan persaingan dalam anggota keluarga.
F2 Pemberontakan oleh puak Syiah dan Khawarij serta golongan yang
tidak berpuas hati dengan penubuhan Kerajaan Umaiyyah
10. Jelaskan sebab kemerosotan Kerajaan Umaiyah dari aspek sosial.

Sebab kemerosotan Kerajaan Umaiyah dari aspek sosial ialah:
F1 Sikap taasub antara kabilah utara dan selatan sehingga mencetuskan
perpecahan dan gerakan sulit untuk menumbangkan kerajaan
F2 Sikap diskriminasi sebahagian khalifah terhadap golongan mawali
Seperti bangsa parsi dan barbar dalam pemilihan jawatan gabenor

11. Jelaskan sebab kemerosotan Kerajaan Umaiyah dari aspek akhlak . [4 markah]
Sebab kemerosotan Kerajaan Umaiyah dari aspek akhlak : [2 markah]
F1 Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros dalam [4 markah]
perbelanjaan hingga timbul rasa tidak puas hati dikalangan rakyat.
F2 Keruntuhan moral dalam kalangan khalifah kerana cenderung
kepada hiburan dan kekejaman.

12. Siapakah golongan mawali.
Golongan mawali.ialah :
Orang bukan arab yang memeluk agama islam dan memiliki
keistemewaan yang sama orang arab muslim tetapi dikehendaki
membayar cukai tambahan .

13. Terangkan dua iktibar yang diperoleh daripada pemerintahan Kerajaan
Umaiyah.

Dua iktibar yang diperoleh daripada pemerintahan Kerajaan Umaiyah:
F1 Kita mestilah memartabatkan Al-Quran dan al sunnah dalam urusan

9|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKRPB

kepimpinan agar syariat islam dapat ditegakkan
F2 Kita hendaklah menjaga hubungan baik antara pemimpin dengan
rakyat agar hidup harmoni
F3 Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia yang ada pada khalifah
islam seperti zuhud tegas berilmu dan bijaksana.
F4 Kita hendaklah menjaga kebajikan sesame rakan agar mengeratkan
kasih saying.
F5 Kita hendaklah memiliki semangat jihad yang tinggi dalam
mempertahankan kedaulatan negara.

14 Senaraikan peringkat jihad dalam islam. [4 markah]

Peringkat jihad dalam islam : [4 markah]
F1 Jihad memperbaiki diri.
F2 Jihad melawan syaitan
F3 Jihad melawan kafir harbi dan munafik.
F4 Jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran
15. Kepimpinan Umar bin Abdul Aziz telah berjaya mencapai
kecermelangan yang membanggakan islan sehingga kehari ini..
Huraikan cara anda mencontohi kepimpinan tokoh di atas.

CONTOH JAWAPAN
Cara saya mencontohi sifat pemimpin Umar bin Abdul Aziz yang adil
dan saksama.Hal ini dengan cara membuat keputusan yang adil dalam
setiap pekerjaan tanpa mengabaikan mana-mana pihak .Kesannya akan
mendapat kepercayaan orang ramai dan keredhaan Allah swt kerana
mengamalkan sikap yang mulia .Oleh itu kita mestilah mempunyai
sikap yang adil dan saksama sebagai seorang pemimpin agar hidup
diberkati oleh allah dan mendapat kejayaan di dalam hidup

PELAJARAN 20 : KERAJAAN ABBASIYAH

1. Kerajaan Abbasiyah tertubuh selepas pemerintahan Kerajaan [4 markah]
Umaiyah.Jelaskan secara ringkas sejarah kerajaan Bani Abbasyiah

Sejarah kerajaan Bani Abbasyiah ialah :
F1 Ditubuhkan sempena nama bapa saudara Rasulullah iaitu Al Abbas
bin Abdul Mutalib
F2 Diasaskan oleh Abu Al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali
10 | P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S M K R P B

As-saffah

F3 Tempoh pemerintahan selama 524 tahun iaitu bermula tahun 132H-

656H

F4 Bilangan khalifah serama 37 orang

F5 Khalifah pertama : Khalifah Abu Al Abbas Abdullah bin

Muhammad bin Ali As-Saffah

F6 Khalifah terakhir : Abu Ismail Muhammad Al Muktasim bin Harun

Al Rasyid

F7 Pusat pemerintahan : Baghdad Iraq.

2. Senaraikan empat orang khalifah yang terkenal bagi Kerajaan [4 markah]

Abbasiyah

Empat orang khalifah yang terkenal bagi Kerajaan Abbasiyah ialah :

F1 Abu Al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali As-Saffah ( 132H-
136H ) 4 Tahun 9 Bulan .

F2 Abu Jaafar Abdullah Muhammad bin Ali Al Mansur ( 136H-158H )
22 Tahun

F3 Harun Al-Rasyid bin Muhammad Al Mahdi bin Al Mansur bin Al-
Abbas. ( 170H – 192H ) 23 Tahun.

F4 Al Makmun bin Harun Al Rashid bin Muhammad Al Mahdi (
198H-218H ) 20 Tahun.

3 Senaraikan sumbangan Khalifah Abu Al-Abbas Abdullah bin [4 markah]

Muhammad bin Ali As-Saffah kepada Kerajaan Abbasiyah

Sumbangan Khalifah Abu Al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali

As-Saffah kepada Kerajaan Abbasiyah :

F1 Mengasaskan Kerajaan Abbasiyah

F2 Mengembalikan keamanan dengan mematikan serangan luar dari

Parsi dan Byzantin.

F3 Menstabilkan keamanan dalam negara dengan mematikan

pemberontakan oleh golongan Syiah dan Kawarijh.

4. Senaraikan sumbangan Khalifah Abu Jaafar Abdullah Muhammad bin [4 markah]
Ali Al Mansur kepada Kerajaan Abbasiyah
Sumbangan Khalifah Abu Jaafar Abdullah Muhammad bin Ali Al

Mansur kepada Kerajaan Abbasiyah ialah :

F1 Memindahkan ousat pentadbiran dari Damsyik ke Baghdad.

F2 Menaik taraf system cukai.

F3 Membina system pengairan dan saliran.

F4 Membina Masjid Al Syarqiah sebagai pusat aktiviti dakwah

11 | P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S M K R P B

F5 Membina hospital di Baghdad. [4 markah]
F6 Memperkukuh kekuasaan terhadap wilayah Byzantin.
5. Senaraikan empat sumbangan Khalifah Harun al Rasyid kepada
Kerajaan Abbasiyah.
Empat sumbangan Khalifah Harun al Rasyid kepada Kerajaan
Abbasiyah ialah :

F1 Memperkemas sistem percukaian Islam bepandukan kitab Al-Kharaj

F2 Mewujudkan jawatan ketua hakim negara (Qadhi al-Qudhat )

F3 Membina Baitul Hikmah (Perpustakaan Agong )

F4 Membina kemudahan awam seperti farmasi dan pusat pengajian

6. Nyatakan sumbangan Khalifah Abu Jaafar Abdullah al Makmum bin [4 markah]
Harun al Rasyid dalam bidang Pendidikan .
Sumbangan Khalifah Abu Jaafar Abdullah al Makmum bin Harun al
Rasyid dalam bidang Pendidikan ialah :
F1 Mempergiat usaha penterjemahan karya daripada bahasa asing
seperti Yunani dna Rom ke dalam bahasa Arab
F2 Menjadikan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan Negara
F3 Membina balai cerap sebagai pusat penyelidikan ilmu.
F4 Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang.

7. Jelaskan faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah dari aspek agama . [4 markah]

Faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah dari aspek agama:

F1 Galakan khalifah yang memberikan peruntukan khas melalui Baitul

Mal untuk para ulamak menjalankan aktiviti dakwah.

F2 Semangat jihad yang tinggi dalam menguasai pelbagai bidang ilmu.

F3 Peranan institusi Pendidikan seperti masjid dan istana khalifah.

8. Jelaskan faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah dari aspek politik. [4 markah]

Faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah dari aspek politik :

F1 Kebijaksaan khalifah Abu Jaafar al Mansor menjadikan Baghdad

sebagai Pusat Pemerintahan.

F2 Pemberontakan dan perbalahan dari golongan Syiah di Baghdad dan

golongan utara dan selatan Berjaya dihapuskan.

F3 Kestabilan politik mendorong kerajaan memajukan negara .

9. Jelaskan faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah dari aspek ekonomi. [4 markah]

Faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah dari aspek ekonomi :

12 | P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S M K R P B

F1 Kedudukan Baghdad ditengah-tengah lalauan perdagangan timur dan

barat.

F2 Sektor pertanian,perindustrian dan perdagangan Berjaya

mendominasi pasaran antarabangsa.

F3 Khalifah membina empangan ,pusat perniagaan dan rumah api

sebagai prasarana pertanian dan perdagangan.

F4 Sumber dan pengurusan Baitul Mal yang sistematik.

10. Jelaskan faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah dari aspek sosial. [4 markah]

Faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah dari aspek sosial:

F1 Layanan yang adil daripada khalifah.

F2 Kebebasan mengamalkan agama mewujudkan suasana harmoni.

F3 Orang bukan islam berpeluang memegang jawatan utama dalam

pentadbiran.

11. Jelaskan faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah dari aspek [4 markah]

ketenteraan .

Faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah dari aspek ketenteraan :

F1 Strategi peperangan yang mantap .

F2 Inovasi peralatan perang yang moden dan canggih.

F3 Keperihatinan pemimpin menjaga kebajikan tentera.

F4 Dasar keterbukaan keanggotaan tentera kepada orang bukan arab

seperti Parsi dan Turki.

12. Jelaskan faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah dari aspek [4 markah]
Pendidikan .
Faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah dari aspek Pendidikan :
F1 Aktiviti penterjemahan bahasa asing kedalam bahasa arab.
F2 Perkembangan pelbagai bidang ilmu melahirkan ramai sarjana.
F3 Galakan khalifah seperti Khalifah Al Makmum dengan memberikan
biasiswa kepada pelajar cemerlang.
F4 Kemudahan institusi pendidikan seperti masjid dan istana khalifah.

13. Jelaskan faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiyah dari aspek politik . [4 markah]
Faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiyah dari aspek politik :
F1 Campurtangan pegawai berbangsa parsi dan turki dalam
pemerintahan.
F2 Perebutan kuasa antara khalifah seperti Al Muntasir dan Al

13 | P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S M K R P B

Muktazir. [4 markah]
F3 Perpecahan beberapa wilayah sehingga memberi peluang kepada
pemberontakan.
14 Jelaskan faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiyah dari aspek sosial .
Faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiyah dari aspek sosial :
F1 Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentadbiran khalifah.
F2 Pemberontakan dalam kalangan Syiah dan Khawarijh.

15. Jelaskan faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiyah dari aspek ekonomi . [4 markah]

Faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiyah dari aspek ekonomi :

F1 Rusuhan dan pemberontakan menyebabkan pedagang luar tidak

dating ke Baghdad.

F2 Sektor pertanian merosot kerana system pengairan tidak dapat

dibaiki.

16. Jelaskan faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiyah dari aspek ketenteraan [4 markah]
.
Faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiyah dari aspek ketenteraan :

F1 Pertahanan ketenteraan yang lemah memudahkan serangan pihak

musuh seperti orang Geogia dan Armenia.

F2 Serangan tentera Monggol( Halago Khan ) telah meruntuhkan

kekuatan kerajaan Abbasiyah.

17. Terangkan dua ikhtibar daripada pemerintahan Kerajaan Abbasiyah [4 markah]

kepada umat Islam.

Ikhtibar daripada pemerintahan Kerajaan Abbasiyah kepada umat Islam

ialah :

F1 Kita hendaklah memilih pemimpin yang beribawa untuk menerajui

kepimpinan supaya urusan pentadbiran berjalan lancar

F2 Kita hendaklah mengeratkan perpaduan antara kaum agar

keharmonian terelihara.

F3 Kita hendaklah mencontohi dan mempratikkan ciri-ciri kepimpian

islam dalam pentadbiran agar menjadi contoh ikutan terbaik.

F4 Kita hendaklah memantapkan sumber yang ada dengan bijak agar

mampu bersaing diperingkat global.

F5 Kita hendaklah memiliki perasan cinta akan negara agar amal sayang

negara dalam diri.

F6 Kita hendaklah merapatkan perpaduan antara kaum agar

kerharmonian terpelihara.

14 | P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S M K R P B

18. Siapakah khalifah yang menjadikan Baghdad sebagai pusat tumpuan [2 markah]
perdagangan keilmuan dan kebudayaan

Khalifah yang menjadikan Baghdad sebagai pusat tumpuan
perdagangan keilmuan dan kebudayaan ialah :
F1 Khalifah Harun Al-Rasyid bin Muhammad Al Mahdi bin Al Mansur
bin Al-Abbas

19. Apakah maksud Baitul Hikmah

Maksud Baitul Hikmah :

Perpustakaan terulung yang menempatkan terjemahan pelbagai karya

asing seperti bahasa Yunani ,Parsi ,Cina dan India kedalam bahasa arab.

Baitul Hikmah terletak di Baghdad Iraq dan Darul Hikmah terletak di

Kaherah Mesir.

20. PERANAN GENERASI MASA KINI AMAT PENTING DALAM [4 markah]
MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM ,SEBAGAIMANA
YANG TELAH DICAPAI OLEH KERAJAAN ABBASIYAH .

Berikan hujjah anda cara situasi diatas dapat direalisasikan.
CONTOH JAWAPAN
Pada pendapat saya generasi masa kini perlu diberi ilmu kepimpinan
islam kepimpinan negara.Hal ini kerana mereka adalah pelapis
kepimpinan masa depan negara .Kesannya negara akan harmoni dan
stabil.Oleh itu pendidikan untuk menjadi pemimpin yang hebat perlu
diberikan bagi mengembalikan kegemilangan islam.

PELAJARAN 21 : KEUNGGULAN TOKOH EMPAT MAZHAB [2 markah]

IMAM ABU HANIFAH

1. Nyatakan riwayat hidup Al- Imam Abu Hanifah.

F1 Nama penuh : An-Nuqman bin Tsabit Al-Khufi
F2 Tarikh lahir : 80 Hijrah di kufah
F3 Tarikh wafat : 150 Hijrah
F4 Kuniyah : Abu Hanifah
Guru yang tersohor :
F5 Hammad bin Abi Sulaiman
F6 Ata’ bin Yasar
F7 Amru bin Dinar

15 | P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S M K R P B

2. Nyatakan sifat peribadi al- Imam Abu Hanifah [4 markah]

Sifat peribadi al-Imam Abu Hanifah ialah :
F1 Sangat memuliakan ilmu pengetahuan
F2 Kuat beribadah seperti sentiasa melakukan qiamullail , berpuasa

sunat , selalu khatam al-quran
F3 Seorang yang pemurah dan penyayang
F4 Tidak terpengaruh dengan tawaran pangkat dan kedudukan

3. Senaraikan tokoh mazhab Hanafi . [4 markah]

Tokoh-tokoh Mazhab Hanafi ialah :
F1 Abu Al-Hassan al-Karkhi
F2 Alaudin Al-Kasani
F3 Ibnu Abidin
F4 Muhammad al-Sarkhasi
F5 Jamaludin al-Zaila’ie

4. Nyatakan kesungguhan Imam Abu Hanifah dalam menuntut ilmu. [4 markah]

Mendalami Ilmu Feqah kerana berpendapat bahawa ilmu Feqah
memerlukan kemahiran dan pertimbangan akal yang mendalam dalam
menguasai sesuatu hukum dengan baik

5. Senaraikan sumbangan Iman Abu Hanifah [4 markah]
i ) Hasil karya
F1 Al-Faraid
F2 Al-Fiqhul Akhbar
F3 Al Alimu wa al-Muta’allim

ii) Mengasaskan mazhab berdasar :
F1 Fatwa Para Sahabat (Aqwal Al-Sahabat)
F2 Kias
F3 Istihsan
F4 Ijmak
F5 Uruf
iii) Murid terkenal
F1 Abu Yusuf
F2 Muhammad bin al-Hassan al-Shaibani
F3 Zufar bin Huzail

16 | P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S M K R P B

6. Imam Abu Hanifah adalah seorang tokoh mazhab feqah yang masyhur. [4 markah]
Beliau tidak terpengaruh dengan tawaran pangkat dan kedudukan yang
telah ditawarkan kepadanya.

Pada pandangan anda, mengapakah Imam Abu Hanifah berbuat
demikian

CONTOH JAWAPAN

Pada pendapat Imam Abu Hanifah ialah seorang yang sangat tawaduk
dan merendah diri.Hal ini kerana beliau memiliki guru yang jauh lebih
muda daripada beliau , iaitu Imam Malik.Contohnya , beliau pernah
diminta oleh khalifah untuk menjadi hakim , tetapi menolak kerana
berasa dirinya tidak layak.Oleh itu , kita hendaklah mencontohi sifat
Imam Abu Hanifah yang sentiasa merendah diri dan tidak terpengaruh
dengan jawatan agar hidup diberkati oleh Allah SWT

IMAM MALIK [2 markah]
[4 markah]
1. Nyatakan riwayat hidup Imam Malik

F1 Nama penuh : Malik bin Anas Al Madani
F2 Tarikh lahir : 93 Hijrah di Madinah
F3 Tarikh wafat : 179 Hijrah
F4 Kuniyah : Abu Abdullah
Guru yang tersohor :
F5 Nafi Al-Madani
F6 Muhammad bin Syihab az-Zuhri
F7 Yahya bin Sa’id al-Ansori

2. Nyatakan sifat peribadi Imam Malik
Sifat peribadi Imam Malik ialah :
F1 Mencintai Rasulullah sehingga tidak sanggup menunggang kuda
dalam Kota Madinah kerana menghormati jasad Rasulullah yang
dimakamkan di sana
F2 Menghormati dan mencintai ilmu dengan berpegang teguh pada
prinsip murid mencari guru
F3 Memuliakan majlis pengajian hadis rasulullah dengan memakai
pakaian yang bersih dan wangi-wangian

17 | P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S M K R P B

F4 Sanggup berkorban harta demi menuntut ilmu

3. Senaraikan tokoh mazhab Maliki . [4 markah]

Tokoh-tokoh Mazhab Maliki ialah :
F1 Ibnu Rushd
F2 Al-Imam Al-Qurtubi
F3 Abu Bakar Ibnu Al-Arabi
F4 Ibnu Abdul Bar
F5 Al-Syeikh Al Dusuki

4. Nyatakan kesungguhan Imam Malik dalam menuntut ilmu. [4 markah]
Sanggup berpanas terik dan menahan kesejukan demi menuntut ilmu
kerana berpegang pada prinsip iaitu seseorang itu tidak akan sampai
kepada apa apa yang dihajati daripada ilmunya sehingga dia benar-
benar sanggup berkorban dalam apa jua keadaan

5. Senaraikan sumbangan Iman Malik [4 markah]
i) Hasil karya
F1 Al Muattok

ii) Mengasaskan mazhab berdasar :
F1 Amalan penduduk Madinah
F2 Qias
F3 Masalih al-Mursalah

iii) Murid terkenal
F1 Al-Imam As-Syafi’I
F2 Abdullah bin Abdul Hakam
F3 Abdul Rahman bin Qasim

6. Senaraikan iktibar daripada keagungan tokoh [4 markah]

F1 Sebagai umat Islam kita hendaklah mencontohi kegigihan dan
kesabaran Imam mazhab dalam menuntut ilmu sebagai bukti kecintaan
terhadap ilmu
F2 Kita hendaklah menghormati peribadi perbezaan pandangan antara
mazhab supaya masyarakat hidup harmoni

18 | P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S M K R P B

F3 Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajari supaya hidup
diberkati Allah
F4 Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki agar
dapat memberi manfaat kepada manusia sejagat
F5 Kita hendaklah berwaspada dalam meneliti sumber-sumber ilmu
agar tidak terpesong daripada Syariat Islam

IMAM SAFIE RAHIMAULLAH [2 markah]

1. Nyatakan riwayat hidup Imam Safie Rahimaullah .

F1 Nama penuh : Muhammad bin Idris Al-Syafi’I
F2 Tarikh lahir : 150 Hijrah di Ghazzah
F3 Tarikh wafat : 204 Hijrah
F4 Kuniyah : Abu Abdullah
Guru yang tersohor :
F5 Imam Malik bin Anas
F6 Sufian bin Uyainah
F7 Muslim Khalid Al-Zanji

2. Nyatakan sifat peribadi Imam Safie Rahimaullah [4 markah]

Sifat peribadi Imam Al-Syafi’I ialah :
F1 Sanggup tinggal bersama-sama dengan kaum Arab badwi demi
menguasai bahasa kesusasteraan dan kebudayaan Arab
F2 Sanggup bermusafir jauh demi kecintaan terhadap Ilmu
F3 Berani menegakkan kebenaran ketika difitnah oleh puak Syiah dan
ketika berdepan dengan khalifah Harun ar-Rashid
F4 Sangat pemurah kepada fakir miskin walaupun hidupnya sederhana
tinggi sifat warak dan kuat beribadah

3. Senaraikan tokoh mazhab Safie Rahimaullah . [4 markah]

Tokoh-tokoh mazhab Syafi’I ialah :
F1 Abu Ma’ali al-Juwaini
F2 Abu Hamid Al Ghazali
F3 Abu Ishaq Al Syairazi
F4 Yahya bin Sharfu an-Nawawi
F5 Ibnu Hajar al-Haitami

19 | P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S M K R P B

4. Nyatakan kesungguhan Imam Safie Rahimaullah dalam menuntut [4 markah]
ilmu.

Sanggup bermusafir jauh untuk berguru dengan ramai tokoh ilmuwan
yang terkemuka sehingga ke Madinah , Baghdad dan Mesir dalam masa
yang lama semata-mata kerana kecintaan terhadap ilmu

5. Senaraikan sumbangan Iman Safie Rahimahullah [4 markah]
I ) Hasil karya
F1 Al-Risalah
F2 Al-Umm
F3 Al-Musnad

ii) Mengasaskan mazhab berdasar :
F1 Ijmak
F2 Qias
F3 Istidlal
iii) Murid terkenal
F1 Ahmad bin Hanbal
F2 Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya al-Buwaiti
F3 Abu Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzni

6. Imam Syafie Rahimahullah seorang yang sangat pemurah kepada [4 markah]
fakir miskin walaupun hidupnya sederhana.

Sebagai seorang pelajar bagaimana anda mencontohi sifat tersebut di
sekolah

CONTOH JAWAPAN
Saya akan membantu rakan yang dalam kesusahan dengan mengajar
mereka dan meminjamkan buku rujukan Hal ini agar kita dapat
berkongsi ilmu sekaligus menambahkan lagi kefahaman mengenai ilmu
yang dipelajariKesannya , kita akan mendapat keputusan yang
cemerlang bersama-sama rakan tersebut dan dipandang tinggi oleh
masyarakatOleh itu , kita haruslah mencontohi sifat pemurah Imam
Syafie agar hidup diberkati oleh Allah SWT

IMAM AHMAD BIN HAMBAL RAHIMAHULLAH
20 | P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S M K R P B

1. Nyatakan riwayat hidup Imam Ahmad bin Hambal Rahimahullah . [2 markah]

F1 Nama penuh : Ahmad bin Muhammad bin Hambal
F2 Tarikh lahir : 164 Hijrah di Baghdad
F3 Tarikh wafat : 241 Hijrah
F4 Kuniyah : Abu Abdullah

Guru yang tersohor :
F5 Al Imam As-Syafie
F6 Abu Yusuf al Qadhi
F7 Hammad bin Khalid

2. Nyatakan sifat peribadi Imam Ahmad bin Hambal Rahimaullah [4 markah]

Sifat peribadi Imam Ahmad bin Hambal ialah :
F1 Sentiasa menuntut ilmu walaupun telah mendapat gelaran imam
yang masyhur
F2 Memiliki sifat pemaaf yang sangat tinggi
F3 Banyak membaca dan menghafaz al-quran sejak berusia sembilan
tahun kuat beribadah nawafil
F4 Sanggup dipenjarakan kerana mempertahankan akidah

3. Senaraikan tokoh mazhab Hambali [4 markah]

Tokoh-tokoh mazhab Hambali
F1 Ibnu Qudamah al-Maqdisi
F2 Abdul Halim Ibnu Taimiyyah
F3 Ibnu Qayyim al-Jauziyah
F4 Al-Qadhi Abu Ya’ala al-Farra’
F5 Abu Bakar Ghulam al-Hilal

4. Nyatakan kesungguhan Imam Ahmad bin Hambal Rahimaullah dalam [4 markah]
menuntut ilmu.

Beliau sanggup dipukul dan diseksa dalam penjara semasa
pemerintahan Khalifah Al-Makmun kerana bertegas dengan berpegang
teguh mempertahankan pendiriannya tentang Al-Quran bukan makhluk

5. Senaraikan sumbangan Iman Ahmad bin Hambal Rahimaullah [4 markah]
i ) Hasil karya

21 | P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S M K R P B

F1 Al-Musnad
F2 At-Tarikh
F3 Al-Illah

ii) Mengasaskan mazhab berdasar :
F1 Fatwa Sahabat
F2 Qias
F3 Istishab

iii) Murid terkenal
F1 Al-Imam Hasan bin Musa
F2 Imam Hambal bin Ishaq
F3 Al Walid bin Muslim

6. Imam mazhab memiliki ketinggian akhlak yang boleh dijadikan [4 markah]
contoh teladan .

Bagaimanakan anda dapat mencontohi mereka untuk menjadi murid
yang cemerlang didunia dan diakhirat.

CONTOH JAWAPAN
Saya akan membahagikan masa dengan baik untuk belajar dan
beribadah. Hal ini agar kita dapat menjadi pelajar yang seimbang dari
segi ilmu duniawi dan akhirat serta berdisiplin. Sebagai contoh , Imam
Syafie membahagikan masanya kepada 3 bahagian iaitu , 1/3 untuk
beribadah , 1/3 untuk menulis buku dan 1/3 untuk beristirehat.Oleh itu ,
kita hendaklah mempunyai akhlak yang tinggi serta berdisiplin agar
dapat menjadi murid yang cemerlang didunia dan akhirat.

22 | P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S M K R P B

23 | P A N I T I A P E N D I D I K A N I S L A M S M K R P B


Click to View FlipBook Version