The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL MUMTAAZ F4 AKIDAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-39185534, 2021-06-27 10:19:24

AKIDAH

MODUL MUMTAAZ F4 AKIDAH

1|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKPB

AKIDAH [2 markah]

PELAJARAN 10 : AL MUNTAQIM DAN AL JABBAR

1. Apakah maksud Al Muntaqim
Maksud Al Muntaqim ialah Allah SWT maha pembalas dengan
menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.

2. Apakah maksud Al Jabbar. [2 markah]

Maksud Al Jabbar ialah Allah SWT maha berkuasa secara mutlak untuk
melakukan segala kehendaknya.

3. Nyatakan dalil nakli Al Muntaqim [4 markah]

‫َ ِ َ ۡ َ َ ِ َ َ ِ ِ ۡ ُ َ ِ ُ َن‬

Maka kalaulah kami wafatkan engkau, sesungguhnya kami tetap akan
menyeksa mereka.
[Surah Al Zuhruf, 43: ayat 41]

4. Nyatakan dalil nakli Al Jabbar [4 markah]

(ُ ِ )ۡ ُ ۡ&‫ٱ‬ ُ ٰ*َ +&‫و ُس ٱ‬#ُ $ۡ ‫ِ ُ ٱ‬%َ ۡ&‫ُ َ ٱ‬ ِ‫َ ٰ َ' إ‬ ِ‫إ‬3:َ ۡ ٓ َ‫ٱ‬ ‫ٱ ِي‬ "ُ ‫ٱ‬ َُ
‫ َن‬.ُ /ِ ۡ ُ 0 1َ ِ"‫ٰ َ( ٱ‬2َ 3ۡ 4ُ ۚ7ُ ِّ 8َ َ ۡ&‫ُر ٱ‬ ;ُ <;ِ =َ $ۡ ‫ٱ‬ (ُ ِ >ۡ َ ُ ۡ&‫ٱ‬
ُ

Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia. Yang menguasai [seluruh
alam], yang maha suci, yang maha sejahtera, yang maha melimpahkan
keamanan, yang maha memelihara keselamatan, yang maha perkasa,
yang memiliki segala keagungan. Maha suci Allah daripada apa yang
mereka sekutukan.
[Surah Al Hasyr, 59: ayat 23]

5 Jelaskan dua kefahaman mengenai nama Allah S.W.T al Mutaqqim [4 markah]

Dua kefahaman mengenai nama Allah S.W.T al Mutaqqim:
F1 Allah SWT memberikan pembalasan dengan seksaan neraka
terhadap orang yang menolak peringatan Al Quran.
F2 Allah SWT memberikan pembalasan terhadap golongan yang
menentang agamanya setelah diutuskan rasul dan diberi keterangan
yang jelas.
F3 Allah SWT menimpakan azab dalam peristiwa Al Dukhan iaitu
kaum Quraisy ditimpa dengan kemarau Panjang sehingga debu seperti
asap menutupi mereka kerana mereka menolak dakwah Rasulullah
SAW.

2|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKPB

6 Jelaskan dua kefahaman mengenai nama Allah S.W.T al Jabbar [4 markah]

Dua kefahaman mengenai nama Allah S.W.T al Jabbar:
F1 Allah SWT memiliki dan menguasai seluruh alam. Semua makhluk
berada dalam pemerintahan Allah SWT.
F2 Allah SWT tidak boleh dipersoalkan perbuatannya. Setiap perbuatan
Allah SWT mengandunngi hikmah yang tersembunyi.
F3 Manusia wajib bersifat merendah diri kerana Allah akan
mencampakkan makhluknya yang bersikap takbur dan bongkak
kedalam neraka Jahannam.

7 Jelaskan dua kesan memahami nama Allah S.W.T al Jabbar [4 markah]
Dua kesan memahami nama Allah S.W.T al Jabbar:
F1 Menjadikan diri lebih bersyukur dan reda dengan ketentuan Allah
SWT.
F2 Meletakkan segala pengharapan dan pertolongan daripada Allah
SWT sahaja.

8 Mengapakah manusia tidak layak memiliki sifat al Jabbar?

Manusia tidak layak memiliki sifat al Jabbar kerana :
F1 Manusia diciptakan sebagai hamba kepada Allah AWT.
F2 Manusia memiliki banyak kekurangan dan kelemahan.

9. HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG BOLEH MERASA ANGKUH
KERANA DIALAH YANG BERKUASA DI ATAS SEGALA
SESUATU.

Mengapakah manusia tidak boleh memiliki sifat al Jabbar.Huraikan
hujah anda dengan bernas.
CONTOH JAWAPAN
Pada pendapat saya manusia diciptakan sebagai hamba Allah SWT.Hal
ini kerana manusia memiliki banyak kelemahan dan
kekurangan.Kesannya manusia perlu bersyukur denga napa jua nikmat
yang Allah kurniakan dan tidak bersikap sombong. Oleh itu kita
sebagai manusia tidak berhak memiliki sifat al Jabbar.

PELAJARAN 11 : PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN [2 markah]

1. Nyatakan dua cara iman sesorang boleh terbatal
Cara iman seseorang boleh terbatal ialah:
F1 Iktiqad
F2 Perkataan

3|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKPB

F3 Perbuatan

2. Jelaskan dua faktor seseorang itu melakukan perbuatan yang [4 markah]
membatalkan iman.
Faktor seseorang itu melakukan perbuatan yang membatalkan iman

ialah:

F1. Khurafat

Mengamalkan kepercayaan dan melakukan perbuatan karut yang

bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat islam.

F2. Sihir

Mengamalkan ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui

pertolongan jin atau syaitan bertujuan memudaratkan dan mengelirukan

manusia.

F3. Munafik

Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran.

3. Jelaskan dua kesan melakukan perkara yang membatalkan iman [4 markah]

Kesan melakukan perkara yang membatalkan iman ialah:

F1 Rosak segala amalan soleh dan ibadah yang dilakukan.

F2 Tidak diampunkan dosanya oleh Allah SWT sekiranya tidak

bertaubat dan kembali kepada islam.

F3 Diharamkan memasuki syurga, sebaliknya akan kekal dalam

neraka.

F4 Hilang hak terhadap harta pusaka yang ditinggalkan oleh keluarga

muslim.

4. Nyatakan dua contoh iman boleh terbatal melalui iktikad [4 markah]
Contoh iman boleh terbatal melalui iktikad ialah:

F1. Al-Uluhiyyah

Mengingkari kewujudan Allah SWT sebagai pencipta (Al-Khaliq).

F2.An-Nubuwwah

Mengingkari kenabian dan kerasulan salah seorang atau semua nabi dan

rasul.

F3. Al-Ghaibiyyat

Mengingkari hari kiamat atau peristiwa yang berlaku di mahsyar dan

pembalasan syurga dan neraka.

F4. As-Syariah

Mengingkari rukun islam atau satu daripadanya.

5. Jelaskan dua syarat terbatal iman seseorang [4 markah]
4|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKPB

Syarat terbatal iman seseorang ialah:
F1 Mengetahui perkara yang dilakukan membawa diri kepada kufur.
F2 Mengingkari perkara asas dalam islam seperti perkara yang
berkaitan dengan rukun iman dan rukun islam.
F3 Melakukan perkara yang jelas membawa diri kepada kufur.
F4 Melakukan sesuatu perkata dengan sengaja dan pilihan sendiri tanpa
sebarang paksaan.

6. Jelaskan dua cara menjauhi perkara yang membatalkan iman [4 markah]
Cara menjauhi perkara yang membatalkan iman ialah:

F1. Ilmu

Mendalami ilmu aqidah islam supaya dapat mendalami batas-batas iman

dan kufur.

F2. Sahabat

Bersahabat dengan orang soleh yang dapat membimbing diri kepada

kebaikan.

F3. Amal

Melakukan amalan soleh yang boleh mengukuhkan keimanan dan

keyakinan kepada Allah SWT dan rasul.

F4. Doa

Berdoa dan memohon petunjuk Allah SWT agar sentiasa istiqamah di

atas agama islam.

7. RAKAN ANDA TERDIRI DARIPADA BERBAGAI KAUM
MEREKA MENGAMALKAN BERBAGAI KEPERCAYAAN DAN

AGAMA

Huraikan bagaimanakah anda memelihara iman dalam situasi di atas [4 markah]

CONTOH JAWAPAN

Saya akan sentiasa berdoa kepada Allah SWT dan tidak
meninggalkan amalan fardhu serta amalan sunat.Hal ini kerana,apabila
kita berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa istiqamah di atas agama
islam dan melakukan perintah-Nya kita dapat mengukuhkan dan
mempelihara iman.Kesannya, diri kita terhindar daripada mengamalkan
kepercayaan dan agama selain daripada agama islam.Oleh itu, kita
mestilah sentiasa berdoa dan memperbanyakkan amal ibadah untuk
mengukuhkan iman.

5|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKPB

PELAJARAN 12 : HINDARI AJARAN SESAT

1. Apakah maksud ajaran sesat. [2 markah]

Ajaran sesat ialah ajaran yang didakwa sebagai ajaran islam, sedangkan

hakikatnya yang bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.

2. Nyatakan dua ciri ajaran sesat dari aspek akidah [4 markah]

Dua ciri ajaran sesat dari aspek akidah ialah:
F1 Mengaku menjadi nabi atau rasul
F2 Mendakwa diri atau gurunya sebagai imam al-Mahdi
F3 Mendakwa gurunya dapat menebus dosa
F4 Memuja makhluk untuk mendapat sesuatu kelebihan
F5 Mempercayai semua agama benar dan menuju ke syurga
F6 Menolak ilmu ghaib seperti malaikat dan jin

3. Jelaskan dua faktor yang mendorong sesorang mengamalkan ajaran [4 markah]
sesat

Dua faktor yang mendorong seseorang mengamalkan ajaran sesat ialah:
F1 Mudah terpengaruh dengan rakan sebaya
F2 Tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang agama Islam
F3 Tidak berpegang kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah
F4 Menurut hawa nafsu walaupun mengetahui tentang ayat-ayat Tuhan

4. Nyatakan dua ciri ajaran sesat dari aspek ibadah [4 markah]

Dua ciri ajaran sesat dari aspek ibadah ialah:
F1 Menolak kewajiban ibadah fardhu
F2 Beribadah dengan hanya berzikir bagi menggantikan solat
F3 Menunaikan ibadah haji di tempat yang dianggap suci selain Mekah
Al- Mukarramah
F4 Menghalalkan perzinaan atas nama nikah

5. Jelaskan dua kesan melakukan ajaran sesat terhadap kemasyarakatan [4 markah]
Dua kesan melakukan ajaran sesat terhadap kemasyarakatan ialah:
F1 Membentuk individu masyarakat yang bersifat progresif dan kasar
F2 Memutuskan hubungan silaturrahim dan persaudaraan Islam

6. Jelaskan dua cara menjauhi ajaran sesat. [4 markah]
6|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKPB

Dua cara menjauhi ajaran sesat ialah:
F1 Ilmu
Mempelajari akidah yang sebenar berdasarkan manhaj Ahli Sunnah Wal
Jamaah
F2 Sahabat
Hindarkan diri daripada bergaul dengan orang yang dicurigai ilmu dan
amalannya
F3 Amal
Memastikan amalan yang dilakukan benar mengikut panduan Al-Quran
dan Sunnah
F4 Kajian
Mencari maklumat daripada sumber yang sahih supaya tidak
terpengaruh dengan ajaran sesat
F5 Doa
Berdoa memohon petunjuk agar sentiasa berada di jalan yang benar
F6 Taubat
Bertaubat kepada Allah atas keterlanjutan mengikuti dan beramal
dengan ajaran sesat

7. Nyatakan dua ciri ajaran sesat dari aspek akhlak [4 markah]

Dua ciri ajaran sesat dari aspek akhlak ialah:
F1 Mengejek , merendah-rendahkan dan mempersendakan sahabat nabi
F2 Bersikap taasub dengan ajaran guru sehingga menganggap hanya
kumpulannya yang benar
F3 Memperkecil amalan masyarakat berdasarkan Sunnah Rasulallah
sebaliknya berbangga dengan amalan bertentangan dengan agama Islam

8. Jelaskan dua kesan kepada sesorang yang terlibat dengan ajaran sesat [4 markah]

Dua kesan kepada seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat ialah:
F1 Agama
-Melemahkan iman dan merosakkan akidah
-Menjatuhkan imej umat islam

F2 Ekonomi
-Melahirkan individu yang pasif dan malas
-Membelanjakan wang kepada perkara yang tidak berfaedah

7|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKPB

F3 Politik
-Mengugut menggugat kestabilan politik akibat tindakan keganasan
-Mewujudkan suasana politik yang tidak harmoni akibat taasub kepada
pemimpin kumpulan

F4 Kemasyarakatan
-Membentuk individu masyarakat yang bersifat progresif dan kasar
-Memutuskan hubungan silaturrahim dan persaudaraan Islam

9 Ajaran sesat merupakan ancaman kepada masyarakat Islam di negara [4 markah]
kita .Kemunculan ajaran sesat boleh mendatangkan akibat buruk seperti
berlaku keganasan dan permusuhan yang boleh menggugat keamanan
negara.
Huraikan langkah untuk membendung ajaran sesat yang terdapat di
negara kita .
CONTOH JAWAPAN:
Pada pendapat saya, langkah untuk membendung ajaran sesat yang
terdapat di negara kita ialah dengan mengadakan program pemulihan
akidah kepada mereka yang menyimpang daripada ajaran Islam. Hal ini
kerana kita dapat memastikan umat islam dapat mempelajari dan
mengetahui ajaran Islam sebenar yang mengikuti Al-Quran dan Sunnah.
Kesannya, kita dapat mengurangkan jumlah umat Islam yang
mengikuti ajaran sesat. Oleh itu, kita mestilah menjadi umat Islam
yang sentiasa mengejar cinta Allah agar hidup diredhai dan diberkati
oleh Allah.

8|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKPB

9|PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKPB


Click to View FlipBook Version