The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ASPEK-ASPEK YANG MEMECAHBELAHKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DAN CARA MENGHINDARINYA (MPU 21032) (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraisyahsiti222, 2022-04-24 02:44:12

ASPEK-ASPEK YANG MEMECAHBELAHKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DAN CARA MENGHINDARINYA (MPU 21032) (1)

ASPEK-ASPEK YANG MEMECAHBELAHKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DAN CARA MENGHINDARINYA (MPU 21032) (1)

SITI NORAISYAH BINTI HUSSAIN NUR ARIFA NADIRAH BINIT ABDULLAH
17DAS21F2012 17DAS21F2011

NUR RASMIRA BINTI ROSLI
17DAS21F2008

NUR FATIN KARMILA BINTI ZAIDI SHAZREENA ATIQAH BINTI ALI
17DAS21F2010 17DAS21F2009

ISI KANDUNG

• PENDAHULUAN
• FAKTOR PENGUKUHAN PERPADUAN KAUM
• CABARAN YANG MERINTANGI USAHA KE ARAH PERPADUAN KAUM
• LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN MASALAH HUBUNGAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM
• SENSITIVITI AGAMA DALAM MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA
• CARA-CARA MENGHINDARI PERPECAHAN MASYARAKAT BERBILNG KAUM
• KESIMPULAN

PENDAHULUAN

• PERASAAN CINTA, SAYANGKAN NEGARA DAN PERASAAN INGIN MEMBEBASKAN NEGARA DARIPADA SEBARANG

PENJAJAHAN ADALAH SATU SEMANGAT NASIONALISME. OLEH ITU, SEMANGAT NASIONALISME YANG MENDALAM
TANPA MENGIRA KAUM, AGAMA DAN WARNA KULIT TELAH DAPAT DIPUPUK MENERUSI PERPADUAN KAUM.
BERDASARKAN SENARIO HARI INI, SIFAT TANGGUNGJAWAB HARUSLAH WUJUD DALAM KALANGAN RAKYAT
MALAYSIA DENGAN MENERIMA DENGAN MINDA YANG TERBUKA SEGALA ADAT RESAM DAN BUDAYA YANG
DIAMALKAN OLEH AGAMA MASING-MASING AGAR PENINDASAN YANG BERLAKU DI AFRIKA, INDONESIA DAN
THAILAND DAPAT DIBENDUNG. BUDAYA MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA HENDAKLAH
DIPRAKTIKKAN DALAM DIRI ANAK-ANAK SEJAK KECIL LAGI DALAM MEMBENTUK DAN MENANAM SEMANGAT
PERPADUAN. SEBAGAI CONTOH DI SEKOLAH, LAGU KEBANGSAAN DINYANYIKAN DAN RUKUN NEGARA DIHAYATI
SEBAGAI IKRAR UNTUK MENDISIPLINKAN DIRI. MAKA DENGAN DEMIKIAN, MEREKA AKAN MENYEDARI AKAN
KEPENTINGAN BERSATU PADU SALING HORMAT-MENGHORMATI.

FAKTOR PENGUKUHAN
PERPADUAN KAUM

• KEBELAKANGAN INI,ISU PERPADUAN KAUM SELALU DIBINCANGKAN UMUM MENGETAHUI BAHAWA
ISU INI SEMAKIN HARI SEMAKIN SERIUS DIBINCANGKAN SEBELUM NASI MENJADI BUBUR
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMBINCANGKAN USAHA UNTUK MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM

• SESUNGGUHNYA,USAHA UNTUK MEMPEKUKUHKAN PERPADUAN KAUM ADALAH SETIAP KAUM PERLU
MELIBATKAN DIRI DALAM SETIAP AKTVITI GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN
PERSEKITARAN TEMPAT KEDIAMAN.

• SELAIN ITU, RUKUN TETANGGA DIANGGOTAI OLEH RAKYAT PELBAGAI KAUM DEMI MENJAGA
KESELAMATAN TEMPAT TINGGAL.

• SETERUSNYA,USAHA UNTUK MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN KAUM ADALAH DENGAN

MENGADAKAN SAMBUTAN BAGI MAJLISYANG MEMBABITKAN SEMUA KAUM.HAL INI
KERANA SAMBUTAN SEBEGINI DAPAT MENGERATKAN SILATURRAHIM SESAMA KAUM
SEPERTI MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI.

• MEWUJUDKAN PERSEFAHAMAN DALAM KALANGANRAKYAT BERBILANG KAUM.HAL INI

DEMIKIAN KERANA,PERSEFAHAMAN PENTING UNTUK MENJADI NEGARDA AMAN DAN
DAMAI.CONTOHNYA, SETIAP KAUM PERLU MENGAMALKAN PRINSIP-PRINSIP GAGASAN
1 MALAYSIA SEKIRANYA HAL INI DILAKUKAN PASTILAH AKAN MENYATUKAN SEMUA
KAUM.

• CABARAN PERTAMA ADALAH DARI SEGI POLITIK NEGARA.

PERBEZAAN PARTI POLITIK DI MALAYSIA YANG BERASASKAN
PERKAUMAN TELAH MENYUKARKAN PERPADUAN KAUM . DUNIA
POLITIK SEMEMANGNYA PENUH DENGAN KONTROVESI DIMANA
TERDAPAT PELBAGAI INDIVIDU YANG MEMPUNYAI TUJUAN DAN
KEPENTINGAN BERBEZA . HASILNYA , MASIH TERDAPAT
PEMIMPIN YANG KURANG BIJAK DENGAN MENGHARAPKAN
SENTIMEN PERKAUMAN DAPAT MEMANCING PERHATIAN RAKYAT
TETAPI SEBALIKNYA HANYA INGIN MELINDUNGI KEPENTINGAN
DIRI SENDIRI. OLEH ITU BAGI MENGGERAKKAN NEGARA KE
ARAH KEMAJUAN YANG BEDIRI SAMA TINGGI DAN DUDUK SAMA
RENDAH DENGAN NEGARA MAJU YANG LAIN , AHLI POLITIK
PERLU BERSIKAP TERBUKA DAN MATANG . POLITIK
SEPATUTNYA MEMBELA NASIB KESULURUHAN RAKYAT BUKANNYA
MENGIKUT KEPENTINGAN BAGI MANA-MANA PIHAK.

TIDAK DAPAT DINAFIKAN LAGI BAHAWA FAHAMAN PARTI
POLITIK MERUPAKAN SALAH SATU CABARAN UNTUK MENGEJALKAN
PERPADUAN KAUM DI NEGARA INI. SEKIRANYA RAKYAT DAN
PARA PEMIMPIN NEGARA DAPAT MENGATASI CABARAN INI ,
PASTI PERPADUAN KAUM ANTARA DALAM NEGARA AKAN MENJADI
LEBIH ERAT

DI SAMPING ITU , DOMINISASI SESEBUAH KAUN CINA - PERLOMBONGAN INDIA – MENOREH GETAH
DALAM SESUATU BIDANG EKONOMI JUGA TELAH
MEWUJUDKAN JURANG EKONOMI ANTARA PERKAUMAN . MELAYU - PETANI
CABARAN INI TELAH PUN TIMBUL SEJAK ZAMAN
PENJAJAHAN BRITISH LAGI DIMANA KAUM MELAYU
MENJADI PETANI DAN , KAUM INDIA DILETAKKAN
DI LADANG GETAH DAN KAUM CINA BEKERJA
SEBAGAI PEDAGANG DAN MELAKUKAN PERLOMBONGAN.
SETELAH KEMERDEKAAN DICAPAI, BERLAKU
PERUBAHAN DI MANA SETIAP KAUM MENDAPAT
PELUANG PENDIDIKAN DAN MAMPU BERJAYA
SEKIRANYAA BERUSAHA DENGAN BETUL.

NAMUN BEGITU , AKIBAT DASAR PENJAJAH DAHULU , KESANNYA MASIH DAPAT DILIHAT
SAMPAILAH SEKARANG DIMANA SEKTOR PERNIAGAAN DAPAT DIDOMINASI OLEH KAUM
CINA DAN KEBANYAKKAN ORANG INDIA MASIH TINGGAL DI LADANG . RENTETAN
SENARIO INI TELAH MENYEBABKAN INTERAKSI SOSIAL DI ANTARA MEREKA TERBATAS.
KESANNYA , PERASAAN PRASANGKA DAN PERKAUMAN AKAN MENJADI SEMAKIN KUAT DAN
MENEBAL DI ANTARA SESAMA KAUM DAN MENYUKARKAN PROSES PERPADUAN.

SEKOLAH TAMIL SEKOLAH MELAYU

SEKOLAH CINA

CABARAN YANG SETERUSNYA ADALAH DARI SEGI SOSIAL GOLONGAN MUDA DIMANA SISTEM
PENDIDIKAN YANG DIASINGKAN MENGIKUT KAUM TELAH WUJUD DAN MENINGGALKAN KESAN
YANG KURANG BAIK . PENGENALAN SISTEM SEKOLAH VERNAKULAR YANG MENGIKUT KAUM
TELAH MENJADIKAN HUBUNGAN SEMAKIN RENGGANG. MUTAKHIR INI, MASIH RAMAI RAKYAT
YANG MERUPAKAN WARGANEGRAA MALAYSIA TIDAK FASIH UNTUK BERTUTUR DALM BAHASA
KEBANGSAAN IAITU BAHASA MELAYU. BAHASA MERUPAKAN ELEMEN UTAMA UNTUK KITA
BERKOMUNIKASI DI ANTARA SATU SAMA LAIN , SEKIRANYA KITA TIDAK FASIH UNTUK
BERBAHASA , BAGAIMANA UNTUK KITA BERKOMUNIKASI DAN MEMAHAMI INDIVIDU LAIN YANG
BERBEZA PENDAPAT DENGAN KITA. JIKA MASYARAKAT MAJMUK MELIBATKAN DIRI DALAM
KEGIATAN SOSIAL TERUTAMANYA PENDIDIKAN DAN BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK MAKA AKAN
TIMBUL SIFAT KETERBUKAAN , PERSEFAHAMAN DAN TOLERANSI ANTARA SATU SAMA

LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN MASALAH
HUBUNGAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM.

MENJADIKAN AKTIVITI SUKAN SEBAGAI AGEN PENGERAT HUBUNGAN

ANTARA ETNIK

NEGARA KITA TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM BIDANG SUKAN. CONTOHNYA SUKAN SKUASY,
BADMINTON, BOLA SEPAK DAN SEBAGAINYA. PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT DAN KAUM TELAH
MENUNJUKKAN SEMANGAT PATRIOTIK DENGAN BERSATU MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA AHLI-AHLI
SUKAN NEGARA DAN JUGA PESERTA-PESERTA YANG TERLIBAT. KEMENANGAN SAMA-SAMA DIRAIKAN DAN
KEKALAHAN TURUT SAMA DIRASAI. INI MENUNJUKKAN KEJAYAAN AKTIVITI SUKAN DAN PERMAINAN
DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN DALAM MENYATUPADUKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG.

• USAHA KERAJAAN MENCAPAI PERPADUAN MELALUI KO-KURIKULUM DI PERINGKAT

SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH DAN PENGAJIAN TINGGI MENAMPAKKAN HASIL
YANG POSITIF. MELALUI AKTIVITI KO-KURIKULUM SEPERTI AKTIVITI KEBUDAYAAN,
KESENIAAN DAN SUKAN, IANYA MENAMPAKKAN SEMANGAT PERPADUAN YANG POSITIF
DIANTARA PELAJAR-PELAJAR PELBAGAI KAUM. AKTIVITI SEBEGINI BOLEH MERAPATKAN
HUBUNGAN DAN MEMBANGKITKAN SEMANGAT TOLONG-MENOLONG, SEMANGAT SETIAKAWAN
DAN SALING PERCAYA-MEMPERCAYAI DI ANTARA PELAJAR-PELAJAR PELBAGAI KAUM
YANG TERLIBAT. PENGLIBATAN PELAJAR SECARA AKTIF DALAM BIDANG KO-KURIKULUM
AKAN MELAHIRKAN INDIVIDU PELAJAR YANG BERFIKIRAN TERBUKA DAN MATANG DALAM
PERHUBUNGAN DAN BERSOSIAL.

 PENERAPAN KEWUJUDAN PELBAGAI ETNIK DALAM SUBJEK PSV

DALAM SUBJEK PENDIDIKAN SENI, MURID-MURID DIDIDIK SUPAYA MEMINATI SENI DARI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
LAGI. MELALUI KESENIAN, MURID-MURID DIAJAR TENTANG KEBUDAYAAN DAN KESENIAN PELBAGAI BANGSA DI
MALAYSIA. PENDIDIKAN KESENIAN INI AKAN MEMBUKA DAN MEMATANGKAN MINDA MURID-MURID. MEREKA BOLEH
MENERIMA DAN AKAN MENGHORMATI BUDAYA ORANG LAIN. MINAT YANG DISEMAI DARI PERINGKAT AWAL LAGI AKAN
MELAHIRKAN INSAN-INSAN SENI DALAM PELBAGAI BIDANG SEPERTI SENI LAKONAN, SENI TARIAN, NYANYIAN, SENI
LUKIS DAN SEBAGAINYA.

INSAN-INSAN SENI YANG MEMAHAMI KEBUDAYAAN DAN SENSITIVITI BANGSA LAIN AKAN MELAHIRKAN
KARYA-KARYA YANG BERCORAK PERPADUAN. MELALUI KARYA-KARYA SEBEGINI, IA AKAN MEMBANTU MEMBUKA MINDA
INDIVIDU LAIN KE ARAH KECEMERLANGAN PERPADUAN. SEBAGAI CONTOHNYA SEORANG PENGARAH FILEM MENGHASILKAN
FILEM YANG BERCORAK PATRIOTIK AKAN MEMBERI KESAN YANG POSITIF DAN PRASANGKA BAIK DI KALANGAN
PENONTON.

PERKAHWINAN CAMPUR

PERKAHWINAN BERLAINAN BANGSA BUKAN LAGI MENJADI PERKARA BARU BAHKAN KEBANYAKKANNYA DIRESTUI OLEH
KELUARGA KEDUA-DUA PIHAK. SENARIO INI BANYAK BERLAKU DI NEGERI SABAH YANG MANA BILANGAN ETNIKNYA
BERJUMLAH 42 ETNIK. JIKA PADA SUATU MASA DAHULU PERKAHWINAN SEBEGINI BOLEH MENIMBULKAN
PERSENGKETAAN ANTARA KEDUA-DUA ETNIK, TETAPI PADA MASA KINI IANYA SUDAH MENJADI KEBIASAAN HASIL
DARIPADA SIFAT TOLAK ANSUR DAN MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN.

PELBAGAI KEBUDAYAAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA MULA DIFAHAMI DAN DITERIMA
OLEH KAUM LAIN SELAGI IANYA TIDAK MENYEBABKAN KEHILANGAN IDENTITI ASAL KAUM. SEBAGAI CONTOH,
BUDAYA BERTUKAR-TUKAR MAKANAN DI KALANGAN JIRAN, SAMBUTAN PERAYAAN BERSAMA-SAMA, PEMBERIAN DUIT
RAYA DAN SEBAGAINYA

SENSITIVITI AGAMA DALAM HUBUNGAN MASYARAKAT PELBAGAI
KAUM DI MALAYSIA

• KEPELBAGAIAN AGAMA,PERBEZAAN,BAHASA,PENGKHUSUSAN EKONOMI,SENI BINA KEDIAMAN,HALA

TUJU POLITIK DAN SEBAGAINYA.

• MERUPAKAN LAMBANG PENGENALAN KEPELBAGAIAN KUMPULAN ETNIK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA.
• MENGIKUT PANDANGAN FURNIVALL(1948),KONSEP MASYARAKAT MAJMUK MERUJUK KEPADA

MASYARAKAT YANG DICIRIKAN DENGAN PERPECAHAN TETAPI DALAM MASYARAKAT MAJMUK
PERBEZAAN YANG WUJUD DARI SEGI RAS DAN ETNIK ITU SELARI DENGAN PERBEZAAN EKONOMI
SEHINGGA KETEGANGAN DAN KETIDAKSTABILAN LEBIH MUDAH BERLAKU.BELIAU MENJELASKAN
BAHAWA MEREKA BERGAUL TETAPI TIDAK BERGABUNG DENGAN SETIAP KUMPULAN BERPEGANG
KEPADA AGAMA,BUDAYA,BAHASA,IDEA DAN CARA HIDUPNYA SENDIRI.

• WALAUPUN SEJARAH ISLAM TELAH MEMBUKTIKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

TENTANG PERGAULAN DAN PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA YANG MELARANG
PERSENGKETAAN ANTARA ISLAM DAN BUKAN ISLAM,NAMUN MASIH MENUNJUKKAN SATU
SUASANA HUBUNGAN YANG TIDAK BAIK DALAM MASYARAKAT.

• ISLAM SANGAT KOMITED DAN MENGHORMATI KEPERCAYAAN AGAMA LAIN DAN JELAS

DIBUKTIKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN AGAMA YAHUDI.

• PELBAGAI INISIATIF YANG DIAMBIL PIHAK KERAJAAN DENGAN MELAKSANAKAN

BANYAK PROGRAM DAN KEMPEN INTEGRASI ANTARA KAUM DALAM RANGKA
MEMINIMUMKAN JURANG KEPELBAGAIAN ANTARA KAUM.

SENSITIVITI AGAMA YANG DIBANGKITKAN DALAM MASYARAKAT
• SENSITIVITI AGAMA YANG DIBANGKITKAN DALAM MASYARAKAT PADA MASA KINI AMAT DIBIMBANGI

OLEH SEMUA KAUM KERANA KONFLIK ATAU ISU-ISU YANG MENYENTUH KESUCIAN AGAMA TERUTAMA
AGAMA ISLAM BOLEH MENDATANGKAN PERBALAHAN ANTARA MEREKA.

• PERKARA 3 DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA MEGGARISKAN BAHAWA AGAMA RASMI NEGARA MALAYSIA

ADALAH ISLAM

• NAMUN,PENGANUT AGAMA YANG LAIN DIBENARKAN UNTUK MENGAMALKAN AJARAN AGAMA MASING-MASING

DALAM KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN.

• SELAIN ITU,PERKARA 11 JUGA MENYATAKAN BAHAWA SETIAP WARGANEGARA ADALAH BEBAS MENGANUT

DAN MENGAMALKAN AGAMA MASING-MASING.

• SEHARUSNYA DENGAN WUJUDNYA PERKARA 3 DAN PERKARA 11,KONFLIK ANTARA PENGANUT BERLAINAN

AGAMA TIDAK AKAN BERLAKU DALAM MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM DI MALAYSIA,.

• NAMUN,WALAUPUN TELAH DIGARISKAN DALAM PERLEMBAGAAN,KONFLIK

ANTARA AGAMA TURUT BERLAKU DALAM MASYARAKAT TIDAK KIRA ISU
YANG DIBAWA OLEH PENGANUT BUKAN ISLAM MAHUPUN PENGANUT ISLAM
SEKALIPUN.

CARA CARA MENGHINDARI PECAHAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM

• 1.DIDIKAN IBU BAPA
• MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA MERUPAKAN PERIBAHASA MELAYU YANG SERING

KALI DIGUNAKAN APABILA MELIBATKAN IBU BAPA. IBU BAPA MERUPAKAN ORANG PERTAMA
YANG PALING AWAL MENDEKATI ANAK-ANAK.DISEBABKAN ITU, FIKIRAN DAN KELAKUAN
ANAK-ANAK DIPENGARUHI OLEH SIKAP IBU BAPA MEREKA. SEBAGAI CONTOH, ANAK-ANAK
MEREKA AKAN DIDEDAHKAN TENTANG KEWUJUDAN ISU-ISU KAUM SEJAK MEREKA KECIL
LAGI.

• TERDAPAT SEGELINTIR IBU BAPA DI MALAYSIA INI MASIH MEMPUNYAI TANGGAPAN YANG

SALAH TERHADAP ISU-ISU PERKAUMAN, JADI MEREKA CENDERUNG UNTUK MEMBERI FAKTA
YANG TERPESONG YANG AKAN MEMPENGARUHI ANAK-ANAK TERHADAP BANGSA-BANGSA DAN
KAUM-KAUM YANG LAIN DI MALAYSIA

• OLEH ITU, HAL INI MENYEBABKAN PERPADUAN DAN PERSEPAKATAN ANTARA KAUM DAN BANGSA SUKAR DICAPAI. IBU

BAPA PERLULAH MENUNJUKKAN KEIKHLASAN KITA DALAM MENJALIN HUBUNGAN DENGAN SESIAPA PUN TERUTAMA
DENGAN JIRAN TETANGGA DAN ANGGOTA MASYARAKAT YANG BERBEZA WARNA KULIT, KEBUDAYAAN DAN AGAMA DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN.APABILA IBU BAPA MENGAMALKANNYA, JUSTERU DAPAT MENUNJUKKAN IMPAK YANG POSITIF
TERHADAP ANAK-ANAK KERANA IBU BAPA MERUPAKAN ‘ROLE MODEL’ MEREKA KETIKA MEREKA MASIH KECIL.

• SELAIN DARIPADA ITU, JIKA KITA MENERUSKAN AMALAN SIKAP KEKITAAN, KITA SEMUA DAPAT MEWUJUDKAN SATU

SUASANA HIDUP YANG BAIK DAN DAPAT MENGUNTUNGKAN KITA SEMUA DI SAMPING DAPAT MEMELIHARA SOAL
KESELAMATAN HIDUP SETEMPAT YANG TERDIRI DENGAN PELBAGAI KAUM DAN BUDAYA. INI JUGA DAPAT MENJADIKAN
SATU CONTOH YANG BAIK KEPADA GENERASI MUDA AKAN DATANG DAN MEREKA JUGA AKAN TERDORONG UNTUK

MENGAMALKANNYA.

• SISTEM PENDIDIKAN

• SISTEM PENDIDIKAN JUGA DAPAT MEMAINKAN PERANAN YANG BERKESAN UNTUK MENJAMIN KEAMANAN SESEBUAH

NEGARA YANG MEMPUNYAI PELBAGAI GOLONGAN ETNIK, KAUM DAN BUDAYA. SISTEM PENDIDIKAN INI BOLEH
MENJADI SATU MEDIUM SOSIALISASI BAGI MEMUPUK KEPERIBADIAN DAN KESEDARAN SEMUA DI KALANGAN
RAKYAT NEGARA-NEGARA YANG TERLIBAT.

• SISTEM PENDIDIKAN JUGALAH YANG MENJADIKAN SESEBUAH NEGARA ITU DAPAT MELAHIRKAN SATU GENERASI

YANG MENGHORMATI SATU SAMA LAIN, PERPADUAN HARMONI DAN PERSEFAHAMAN ANTARA GOLONGAN ETNIK,
BUDAYA DAN KAUM.BUDAYA PEMIKIRAN DAN SIKAP PERKAUMAN INI DAPAT DIKIKIS DAN JUGA DIHAPUSKAN DI
KALANGAN PARA PELAJAR DENGAN PENDIDIKAN YANG BERKESAN. MELALUI PENDIDIKAN JUGA, PENGENALAN
IDENTITI KAUM MENGIKUT JENIS PEKERJAAN DAPAT DIHILANGKAN.SEBAGAI CONTOH, KERAJAAN PERLU
MEMIKIRKAN SATU CARA DI MANA MEREKA DAPAT MELETAKKAN PELAJAR-PELAJAR DARIPADA PELBAGAI KAUM
DISATU SEKOLAH SUPAYA MATLAMAT UNTUK MENYATUKAN DAN MENGINTEGRASIKAN KAUM DAPAT DICAPAI.

• JUSTERU, IA JUGA DAPAT MENGUBAH PERSEPSI GENERASI MUDA DAN MENGHAPUSKAN ISU PERKAUMAN.SELAIN

DARIPADA ITU, MALAYSIA JUGA BOLEH MENCAPAI PERPADUAN DAN KESEPAKATAN KAUM MELALUI KO-
KURIKULUM DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH, MENENGAH MAHUPUN PENGAJIAN TINGGI. SEBAGAI CONTOH,
AKTIVITI-AKTIVITI KO-KURIKULUM SEPERTI AKTIVITI KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN JUGA SUKAN DAPAT
DILAKUKAN BAGI MENAMPAKKAN HASIL YANG LEBIH POSITIF. TAMBAHAN JUGA, IA JUGA MEMBANTU LAGI
UNTUK MERAPATKAN UKHUWAH DI ANTARA PELAJAR-PELAJAR YANG BERLAINAN KAUM DAN BANGSA.

• AKTIVITI-AKTIVITI YANG SEBEGINI BOLEH JUGA MEMBANGKITKAN SEMANGAT TOLONG-MENOLONG DAN SETIA

KAWAN SERTA SALING PERCAYA ANTARA SATU SAMA LAIN DI ANTARA PELAJAR-PELAJAR PELBAGAI KAUM DAN
BUDAYA YANG TERLIBAT.PENGLIBATAN PELAJAR SECARA TERBUKA DAN AKTIF DALAM BIDANG KO-KURIKULUM
INI AKAN MELAHIRKAN INDIVIDU YANG BERFIKIRAN TERBUKA DAN MATANG DALAM PERGAULAN, PERHUBUNGAN
DAN BERSOSIAL ANTARA PELAJAR BERLAINAN KAUM.

KERAJAAN PERLU HARUS MEMAIKAN TUGAS PENTING UNTUK MENGERAKKAN RAKYAT KE ARAH
PERPADUAN YANG JITU

• SEBAGAI JENTERA PENTABIRAN NEGARA KERAJAAN PERLULAH BERUSAHA MENERAPKA GAGASAN SATU

MALAYSIA DALAM KALANGAN RAKYAT.KERAJAAN HARUSLAH MENGANJURKAN PELBAGAI KEMPEN UNTUK
MENYEMARAKKAN SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT.ANTARANYA IALAH PAMERAN
KEBUDAYAAN DAN WARISAN MASYARAKAT MALAYSIA . LANGKAH INI DATA MENYEMAIKAN
PERSEFAHAMAN DALAM KALANGAN RAKYAT BERBILANG KAUM KERANA MEREKA DAPAT MENGENALI DAN
MENGHAYATI BUDAYA KAUM LAIN DENGAN LEBIH LANJUT.

• KEMPEN*CINTAILAH BAHASA KITA* PRUALAH DIGIATKAN DENGAN LEBIH CERGAS LAGI UNTUK

MEMARTABATKAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN,IAITU BAHASA MELAYU . HALI INI ADALAH
KERANA BAHASA KEBANGSAAN MERUPAKAN WAHANA PENTING YANG DAPAT MEMUDAHKAN KOMUNIKASI
ANTARA RAKYAT

• KERAJAAN TURUT MEMGAMBIL LANGKAH MENGANJURKAN PROGRAM INTEGRASI

NASIONAL DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH.PROGRAM TERSEBUT SEBERNARNYE
BERTUJUAN UNTUK MENERAPAKN SEMANGAT BERSATUPADU DALAM DIRI BAKAL
PENERAJU NEGARA .

• SECARA AM , USAHA USAHA YANG TELAH DILAKUKAKAN PIHAK KERAJAAN PERLU

DIMANFAATKAN OLEH RAKYAT DAN BUKANYA “ SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA”
AGAR PERPADUA DAN INTEGRASI NASIONADAPAT DIWUJUDKAN.

PENUTUP • JIKA KITA SEMUA BERGANDING BAHU MENGGUNAKAN KONSEP PEPATAH IBARAT KE BUKIT SAMA DIDAKI,

KE LURAH SAMA DITURUNI, DENGAN IZIN TUHAN PERKARA INI DAPAT DIJAYAKAN DENGAN CEMERLANG
DAN DIREALISASIKAN LEBIH AWAL DARIPADA SANGKAAN KITA. DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM
RAKYAT MAAYSIA, KONSEP 1MALAYSIA YANG DIPERKENALKAN OLEH PERDANA MENTERI KITA
SEMEMANGNYA SANGAT BERBALOI. SUDAH TERANG LAGIKAN BERSULUH, TERDAPAT BANYAK MANFAAT DAN
KEPENTINGAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA DALAM USAHA PEMUPUKAN PERPADUAN KAUM. JANGKAAN
PADA MASA HADAPAN SUDAH TENTU TIDAK DAPAT KITA RAMAL KERANA SEMUA ITU TERLETAK PADA
KEKUASAAN TUHAN YANG ESA. OLEH ITU, DALAM BERHADAPAN DENGAN MASA HADAPAN YANG
MENJANJIKAN PELBAGAI CABARAN DI LUAR JANGKAUAN KITA, KITA MESTILAH MENYEDIAKAN PAYUNG
SEBELUM HUJAN SUPAYA KITA TIDAK DITIMPA MALANG YANG TIDAK DIDUGA SEPERTI KATA PEPATAH
SUDAH TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH. ELEMEN BERTOLAK ANSUR SEPATUTNYA DIPRAKTIKKAN
SUPAYA IMPIAN UNTUK MEMPUNYAI MASA DEPAN YANG GEMILANG DAN TERBILANG DAPAT DIBINA.
INTIHANYA, SEMANGAT PERPADUAN DI NEGARA KITA HENDAKLAH DIPERTAHANKAN OLEH SEMUA RAKYAT
DEMI NEGARA YANG TERCINTA DAN DAPAT MENYAMBUT OBJEKTIF NEGARA IMPIAN.

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version
Previous Book
BUKU PROGRAM KHATAM QURAN & PENUTUPAN IHYA' RAMADAN 2022
Next Book
SINAR HARIAN 24 APRIL 2022 AHAD