The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unitkualiti fact, 2019-07-26 11:00:11

LAPORAN AKNC 2019 FAKULTI PERAKAUNAN

LAPORAN AKNC 2019 FAKULTI PERAKAUNAN

analisa SWOT, analisa pencapaian inisiatif tahun sebelumnya dan analisa pencapaian
Penunjuk Prestasi Utama (KPI) Fakulti. Di peringkat ini juga para peserta terlibat
menjajarkan perancangan Fakulti kepada perancangan di peringkat Negara dan UiTM.
Perancangan strategik ini seterusnya melibatkan pemurnian OS dan penetapan tema
bagi tahun 2018 bagi memandu perangkaan draf inisiatif tahun 2018 dan mengenal
pasti ketua OS. Langkah awal dan penyediaan draf ini dilaksanakan semasa Pra
Bengkel di Fakulti bagi memanfaatkan Bengkel Perancangan Strategik dengan
sepenuhnya. Peringkat perancangan seterusnya ialah penetapan keutamaan
(prioritizing) inisiatif, mengenal pasti keperluan bajet dan kemungkinan risiko bagi
inisiatif 2018. Di sini juga inisiatif tersebut dijajarkan dengan KPI berkaitan.

Gambarajah 2.1: Rumusan Proses Perancangan Strategik FPN

Gambarajah 2.2: Perincian Proses Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan
dan Penambahbaikan Inisiatif Strategik

Bagi langkah pelaksanaan, Unit Perancangan Strategik (UPS) FPN menjadi
penyelia dan pemudahcara dalam pelaksaanaan inisiatif yang telah dikenalpasti
manakala ketua OS merupakan pegawai bertanggungjawab dalam pelaksanaan
inisiatif. Pihak Fakulti juga telah melantik Pengurus Pemantauan Perancangan
Strategik bagi membantu UPS dalam memudahcara, dan memantau pelaksanaan
dan pencapaian inisiatif. Gambarajah 2.2 memperincikan proses perancangan,
pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan inisiatif inisiatif strategik.

10

2.3 OBJEKTIF STRATEGIK JI&K FPN
Daripada sebelas OS yang dihasilkan, tiga OS seperti Gambarajah 2.3 telah

dikenalpasti sebagai OS berkaitan dengan JI&K. Tiga OS ini telah diletakkan di bawah
tanggungjawab tiga bahagian utama FPN iaitu HEA, HEP dan RICAEN. Tujuan ketiga-
tiga OS adalah seperti berikut:

Gambarajah 2.3: Objektif Strategik JI&K
Bagi tujuan memastikan tiga OS dapat dicapai, tiga projek utama telah
dikenalpasti iaitu #UNITED-AS-ONE, #B’dazzled, dan #FACTpreneur. Tiga projek ini
diletakkan di bawah tanggungjawab tiga bahagian utama FPN iaitu HEA, HEP dan
RICAEN. Setiap bahagian akan bekerjasama di dalam memastikan inisiatif strategik di
bawah seliaan mereka dilaksanakan dengan sempurna.

11

Gambarajah 2.4: OS Dan Inisiatif Strategik Terpilih Berserta Bahagian Dan
Pusat Bertanggungjawab

2.4 INISIATIF STRATEGIK JI&K

Usaha jaringan melalui projek kolaborasi dan kerjasama mampu membantu
memanfaatkan bakat di FPN terutamanya pelajar supaya menjadi Graduan Kalis Masa
Depan. Dengan mengaplikasikan Model ‘Quadruple Helix’ ICAN, UiTM seperti di
gambarajah 2.1, jaringan ini telah berupaya memantapkan hubungan antara FPN,
pihak berkepentingan dan pemegang taruh. Untuk tujuan ini, berbagai inisiatif strategik
di bawah tiga projek utama yang dinamakan sebagai #UNITED-AS ONE, #B’dazzled
and #FACTpreneur telah dilaksanakan. Perincian projek tersebut adalah seperti
berikut:

Projek 1: #UNITED-AS-ONE bertujuan melestarikan pengiktirafan badan
profesional selari dengan OS3. Projek ini menggambarkan FPN dan industri adalah
satu pasukan dalam menghasilkan FACT Global Accountant menerusi FACT
Education Framework yang menjadi asas pembentukan kurikulum yang mendapat
pengiktirafan badan profesional dan industri. Antara badan profesional yang
mengadakan kolaborasi dengan FPN termasuk CIMA, ACCA, ICAEW, MIA dan
MICPA. Projek ini juga membentuk satu kerjasama yang padu antara FPN dengan
industri termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membuka laluan
baru ke program profesional selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000
akauntan profesional menjelang 2030. Tiga inisiatif utama telah dijalankan iaitu B-
Platinum, B-Pro dan B-Prime. Gambarajah 2.4 melakarkan perincian inisiatif
tersebut.

Projek 2: #B’dazzled merupakan projek yang dijalankan oleh FPN dalam
usaha untuk melahirkan graduan dinamik dan beretika serta memenuhi kehendak
industri, masyarakat dan global, selaras dengan OS5. Projek ini memfokuskan kepada
kerjasama bersama industri dan badan profesional dalam menerapkan ciri-ciri
FACT Global Accountants, khususnya “values & professionalism, skepticism dan
entrepreneurial” untuk memastikan graduan yang terhasil mampu berdaya saing
dalam industri. Proses penerapan ini melibatkan penglibatan aktif pihak industri dan

12

badan profesional bersama pelajar secara langsung bagi memberi pengalaman
berinteraksi bersama dunia industri berkaitan. Untuk tujuan tersebut, 3 inisiatif utama
telah dijalankan iaitu 1) IQ-Warrior, 2) Smart-Champ dan, 3) Student-preneur dengan
aktiviti seperti di Gambarajah 2.5.

Projek 3: #FACTpreneur merupakan projek yang memberi fokus kepada para
pensyarah melalui keterlibatan mereka dari segi sumbangan kepakaran dan
kolaborasi bersama industri, masyarakat dan agensi kerajaan. Projek ini juga
dapat memberi peluang kepada FPN menyumbang kepakaran, pengetahuan, serta
pemikiran inovatif dan kreatif kepada pihak berkepentingan. Antara aktiviti yang
dilaksanakan ialah seperti di Gambarajah 2.6.

Gambarajah 2.5: Inisiatif Di bawah Projek #UNITED-AS-ONE

13

Gambarajah 2.6:Inisiatif Di bawah Projek #B’dazzled
14

Gambarajah 2.7: Inisiatif Di bawah Projek #FACTpreneur
2.5 PEMANTAUAN INISIATIF STRATEGIK

Inisiatif strategik yang telah dikenal pasti, memerlukan pemantauan yang teliti
15

untuk memastikan sasaran perancangan strategik tercapai. Fakulti perlu mengenal
pasti dan mengurus risiko yang dihadapi dan sentiasa berusaha membuat
penambahbaikan keatas inisiatif yang di rancang. Proses ini akan dihuraikan secara
terperinci pada perenggan berikutnya.

Bagi memastikan objektif dan inisiatif strategik dapat dilaksanakan dengan
jayanya, FPN telah merangka pelan pemantauan yang sistematik bagi memantau dan
menilai status pelaksanaan tiga inisiatif utama. Proses pemantauan ini merangkumi
lima bahagian iaitu (i) Pemantauan berdasarkan pencapaian KPI CSPI (menerusi
analisa pencapaian bagi setiap suku tahun); (ii) Pemantauan pencapaian OS di
mesyuarat MKSP (menerusi analisa pencapaian bagi setiap suku tahun); (iii)
Pemantauan pencapaian OS di mesyuarat MPE (menerusi analisa pencapaian bagi
setiap suku tahun); (iv) Pemantauan pelaksanaan inisiatif strategik berdasarkan
laporan aktiviti; (v) Pelaporan hasil pemantauan kepada pengurusan eksekutif dan
warga FPN. Pemantauan dijalankan oleh Pengurus Pemantauan Perancangan
Strategik dan UPS dengan menyediakan laporan keseluruhan bagi status pelaksanaan
inisiatif strategik Fakulti.

2.6 RISIKO DAN PELAN PENGURUSAN RISIKO

FPN telah mengurus risiko dengan mengenal pasti kategori risiko, tahap risiko
dan pelan tindakan yang berkaitan dengan pencapaian OS JI&K. Rujuk Gambarajah
2.8.

Kategori Risiko Kekangan Kekangan Kesediaan tenaga
Tahap Risiko peruntukan penglibatan Alumni, pengajar dan
kewangan Staf, NGO, GLC dan kepakaran

Risiko Tinggi komuniti Risiko Rendah

Risiko
Sederhana

Pelan Tindakan Mendapatkan Penubuhan Latihan,
tajaan dari pihak Persatuan seminar dan
Alumni (UiTM
luar Accounting konferens
Alumni- UAA)

Gambarajah 2.8: Contoh Pengurusan Risiko PS JI&K

2.7 AMALAN PEMBUDAYAAN

Kepimpinan Kanan FPN sentiasa menyeru agar warga fakulti menghayati dan
membudayakan IQRA’ Culture yang telah dibangunkan dalam menunaikan tugas-
tugas yang telah di amanahkan. Ini bertujuan untuk terus menyemarakkan budaya

kecemerlangan pendidikan tinggi selaras dengan sasaran strategik UiTM dalam

bidang pengajaran dan pembelajaran (P&P), pencapaian akademik, penyelidikan dan

inovasi, jaringan industri, pembangunan keusahawanan, kepimpinan serta

pemerkasaan tadbir urus.
Model IQRA’ Culture di FPN dipromosi kepada warga fakulti melalui poster-

poster yang ditampal di dalam setiap kelas, bilik pentadbiran, dan di sepanjang koridor

di FPN. Staf akademik dan pentadbiran di FPN juga selalu diingatkan berkenaan
budaya IQRA’ Culture di dalam mesyuarat dan aktiviti sepanjang tahun. Selain itu,
budaya IQRA’ Culture turut disebarluas kepada fakulti lain dan pelawat melalui
poster mega yang dipaparkan di FPN seperti di Lampiran 4.

Selain daripada IQRA’ Culture, amalan pembentangan pencapaian OS FPN

16

dan KPI CSPI juga dilakukan secara berkala di dalam Mesyuarat Pentadbir Akademik.
Pencapaian ini kemudiannya diwar-warkan kepada seluruh warga fakulti di Mesyuarat
Akademik yang dijadualkan. Ini bertujuan untuk memastikan seluruh warga FPN
mengetahui pencapaian semasa FPN. Jika pencapaian semasa didapati tidak
mencapai sasaran yang di tetapkan, tindakan susulan atau penambahbaikan akan
diambil untuk memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai. FPN selalu
memastikan sumber di fakulti digerakkan secara cekap dan berkesan dalam
memastikan sasaran dan KPI yang ditetapkan dapat dicapai. Untuk memastikan
kejayaan tersebut, FPN memerlukan sokongan yang padu dan jitu daripada semua
warga fakulti termasuklah dalam kalangan kepimpinan kanan, staf akademik dan juga
staf pentadbiran.
2.8 INOVASI PENAMBAHBAIKAN PERANCANGAN STRATEGIK

Pada tahun 2018, FPN telah mewujudkan jawatan Pengurus Pemantauan
Perancangan Strategik di Fakulti. Jawatan ini bertujuan untuk melancarkan lagi
proses pemantauan dan rancangan penambahbaikan (jika perlu) terhadap sasaran
strategik FPN. ‘FACT Strategy Scorecard’ telah digunakan untuk memudahkan
proses penilaian dan pengukuran prestasi keseluruhan fakulti. Gambarajah 2.9
merupakan contoh ‘FACT Strategy Scorecard’ yang dilaksanakan pada tahun 2018.

Gambarajah 2.9: FACT Strategy Scorecard
2.9 RUMUSAN

Perancangan strategic yang mantap dan pemantauan pelaksanaan serta
penilaian terhadap projek dan inisiatif strategik adalah penting bagi memastikan FPN
menepati hala tuju PS RMK11 UiTM di samping memastikan pencapaian hasil dan
impak yang dapat merealisasikan transformasi UiTM secara keseluruhannya.
Pencapaian OS dan KPI dapat membawa FPN mencapai visi, misi dan objektif yang
ditetapkan dan seterusnya dapat melahirkan graduan yang bersifat “FACT Global
Accountant”. Proses pengukuran prestasi bagi menilai pelaksanaan dan pencapaian
PS dilakukan secara berterusan dan berkala. Menerusi usaha pemantauan dan
pengukuran bersistematik, pencapaian sasaran OS dan KPI FPN dapat
direalisasikan dan seterusnya melonjakan kualiti hasil kerja secara holistik.

17



KRITERIA 3
TUMPUAN KEPADA PELANGGAN

3.1 PENGENALAN
Pelanggan merupakan pihak yang akan memperolehi manfaat daripada inisiatif

JI&K yang dilaksanakan. Pelbagai kaedah digunakan dalam mengenalpasti pelanggan
yang terlibat dan memastikan keperluan serta ganjaran pelanggan dapat dipenuhi
dengan sebaik mungkin. Maklumbalas daripada pihak pelanggan dialu-alukan untuk
membolehkan proses penambahbaikan dapat dilaksanakan di FPN.

3.2 PELANGGAN BAGI JARINGAN INDUSTRI DAN KEUSAHAWANAN
Pelanggan dikenalpasti melalui dua kaedah iaitu berdasarkan keperluan

penglibatan pihak berkaitan terhadap program pengajian atau permohonan kolaborasi
diterima daripada pihak berkaitan bagi mendokong tiga projek utama JI&K. Dua
kategori pelanggan yang dikenalpasti adalah terdiri daripada pelanggan dalaman iaitu
pelajar; dan pelanggan luaran iaitu badan profesional, industri dan komuniti
perakaunan. Gambarajah 3.1 memperincikan kategori pelanggan yang terlibat.

Gambarajah 3.1: Kategori Pelanggan
Pelanggan yang dikenalpasti terlibat dalam menjayakan objektif setiap projek
dikenalpasti dan dibincangkan di dalam mesyuarat di peringkat fakulti seperti
mesyuarat pengurusan eksekutif, mesyuarat pentadbiran dan mesyuarat pentadbir
akademik. Gambarajah 3.2 memperincikan penglibatan pelanggan bagi setiap projek
dan manfaat utama yang diperolehi oleh mereka.

18

Gambarajah 3.2: Penglibatan Pelanggan Pada Setiap Projek Dan Manfaat
3.3 PENGUMPULAN DAN PENYIMPANAN DATA PELANGGAN

Bagi tujuan rujukan dan penambahbaikan, FPN sentiasa memastikan data
pelanggan dikumpul dan disimpan dengan baik. Secara amnya, data pelanggan
disimpan dengan baik di bahagian RICAEN dan Hal Ehwal Pelajar seperti gambarajah
3.3.

Data yang disimpan termasuklah salinan surat jemputan, maklumat pegawai
untuk dihubungi, maklumbalas program serta laporan aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan.

Gambarajah 3.3: Kaedah Pengumpulan Data Pelanggan
3.4 PENGLIBATAN PELANGGAN DAN KEBAIKAN YANG DIPEROLEHI

Penglibatan pelanggan adalah penting dalam menjayakan inisiatif yang
dirancang. Untuk tujuan tersebut pelbagai kaedah penglibatan pelanggan telah
dilaksanakan di dalam 3 projek utama JI&K. Hasil daripada penglibatan aktif pelajar,
pelbagai manfaat telah dikecapi seperti di gambarajah 3.4:

Gambarajah 3.4: Manfaat Yang Diperolehi Daripada 3 Projek Yang Melibatkan
Pelajar

Manakala, manfaat yang diperolehi oleh pelanggan luaran dengan penglibatan
3 projek di bawah JI&K dapat diringkaskan seperti gambarajah 3.5.

19

Gambarajah 3.5: Manfaat Yang Diperolehi Daripada 3 Projek Yang
Melibatkan Pelanggan Luar

3.5 KEPERLUAN PELANGGAN
FPN mengutamakan dan mementingkan kepuasan hati pelanggan. Ianya akan

tercapai hanya sekiranya keperluan mereka dipenuhi. Lazimnya, FPN mengenalpasti
keperluan pelanggan melalui maklumat yang diperolehi sama ada secara langsung
mahu pun tidak langsung. Sebagai contoh, keperluan setiap pelanggan akan
dikenalpasti berdasarkan maklumbalas dan aduan yang diterima. Usaha
mengenalpasti keperluan dan kepuasan pelanggan ini dibuat dan dianalisa dari
semasa ke semasa. Sehingga kini, pelbagai kaedah digunakan untuk mengumpul
maklumat keperluan pelanggan seperti di Gambarajah 3.6.

Gambarajah 3.6: Kaedah Pengumpulan Maklumat Keperluan Pelanggan

20

Gambarajah 3.7: Maklumbalas Pelanggan dan Tindakan Diambil FPN
Antara maklumbalas yang diterima dan tindakan yang sewajarnya ditunjukkan

di dalam Gambarajah 3.7.

3.6 PEMANTAUAN, PENGURUSAN RISIKO DAN PENAMBAHBAIKAN.

Semestinya bagi setiap projek, akan terdapat risiko-risiko yang mungkin
menghalang penglibatan pelanggan. Gambarajah 3.8 dibawah menyatakan risiko yang
boleh menjejaskan penglibatan pelanggan serta perancangan yang diambil oleh pihak
fakulti untuk mengatasi risiko tersebut:

Kategori Risiko Sukar Mendapatkan Kurang Penyertaan Tidak menepati
Tahap Risiko Penajaan Luar Pelajar protokol atau
kehendak
Pelan Tindakan Risiko Tinggi Risiko perundangan
Sederhana Risiko Rendah

Mempelbagaikan Makluman awal Makluman awal
sumber kewangan tentang program tentang

dan kupon program dan
aktiviti jam latihan
diberikan

Gambarajah 3.8: Pengurusan Risiko Bagi Tumpuan Kepada Pelanggan

21

3.7 AMALAN PEMBUDAYAAN

Melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar sebagai
pelanggan utama FPN, beberapa amalan pembudayaan telah berjaya diterapkan.
Perlaksanaan “Hari Korporat” pada setiap hari isnin
memerlukan pelajar lelaki memakai tali leher atau baju batik
dan pelajar perempuan pula dikehendaki memakai baju
kurung. Amalan berterusan sepanjang pembelajaran di FPN
telah berjaya mendidik para pelajar mengenai etika
pemakaian yang sesuai yang boleh dipraktikkan semasa
memasuki alam pekerjaan atau berkecimpung dengan
keusahawan jika memulakan perniagaan sendiri kelak. Tidak kira apapun pilihan
kerjaya, adalah penting untuk pelajar memahami etika pemakaian yang sesuai dengan
persekitaran dan ketika berhubung dengan pelanggan.
Mereka sentiasa perlu berketerampilan profesional dan
bersedia dengan segala cabaran.

Selain itu, ketika
menyertai aktiviti yang dianjurkan
oleh FPN, mereka secara tidak
langsung dididik untuk menepati
masa serta menghormati orang
lain terutamanya ketika
menghadiri majlis melibatkan
jemputan industri. Di samping itu
juga, penglibatan pelajar di dalam
aktiviti keusahawanan berjaya
menerapkan ciri-ciri budaya
keusahawanan yang baik seperti
ikhlas, jujur, berbudi bahasa dan amanah.

3.8 INOVASI DAN PENAMBAHBAIKAN

Inovasi konsep TAF hasil daripada kolaborasi di antara SALIHIN dan UiTM
telah diperkenalkan dan diaplikasikan untuk tujuan membawa budaya korporat di FPN.
Berdasarkan Gambarajah 3.9, konsep TAF melibatkan empat pihak iaitu Firma
Perakaunan Salihin (SALIHIN) yang bertindak sebagai konsultan utama, pensyarah
sebagai konsultan bersekutu, pelajar sebagai pelatih dan pelanggan-pelanggan dari
entiti perniagaan.

TAF Salihin–UiTM memberikan pendedahan dalam empat dimensi iaitu
penyediaan akaun yang lengkap, penggunaan perisian perakaunan (SPS),
pengauditan serta percukaian, Pihak SALIHIN berperanan memberikan khidmat
nasihat serta tunjuk ajar di dalam pelaksanaan kerja-kerja perakaunan, penggunaan
perisian perakaunan, pengauditan serta percukaian.

Melalui konsep ini, TAF Salihin-UiTM menyediakan suasana pembelajaran dan
latihan dalam industri melalui kehidupan pekerjaan sebenar kepada pensyarah dan
pelajar perakaunan. Justeru ia akan meningkatkan kualiti graduan perakaunan dari
aspek kecekapan dan ilmu. Mereka juga lebih bersedia untuk memasuki alam
pekerjaan.

22

Gambarajah 3.9: Konsep TAF

3.9 RUMUSAN

Penglibatan FPN bersama pelajar, badan profesional, industri dan komuniti
perakaunan secara menyeluruh di dalam projek-projek FPN telah berjaya
menghasilkan manfaat kepada semua pihak. Ini sekaligus telah melonjakkan
reputasi dan membuahkan kejayaan kepada FPN pada tahun 2018 di peringkat
nasional dan antarabangsa selaras dengan misi UiTM sebagai Universiti berteraskan
JI&K. Ianya juga menjadikan FPN sebagai pusat rujukan untuk mendapatkan khidmat
kepakaran dan sebagai penandaarasan oleh industri dan komuniti perakaunan.

23





KRITERIA 4
PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN

4.1 PENGENALAN
Pencapaian perlaksanaan inisiatif strategik diukur dari masa ke semasa bagi

menjamin objektif strategik JI&K dapat dicapai dengan jayanya. Untuk tujuan tersebut, KPI
antarabangsa, kebangsaan, universiti dan fakulti dijadikan kayu pengukur utama bagi
menentukan tahap pencapaian FPN. Pelbagai data yang bersesuaian dikumpul secara
berkala bagi tujuan penilaian dan analisa. Seterusnya, hasil analisa akan digunakan untuk
tindakan pembetulan dan penambahbaikan berterusan.
4.2 ITEM UKURAN, DATA DAN KEKERAPAN ANALISA DATA

Pelbagai item ukuran digunakan untuk mengukur pencapaian objektif strategik JI&K.
Item ukuran yang digunakan adalah berdasarkan KPI Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
iaitu MyRA Score, KPI universiti yang ditentukan oleh pihak CSPI dan KPI objektif kualiti
FPN. Disamping itu, KPI di peringkat antarabangsa juga digunakan bagi tujuan mendapat
pengiktirafan peringkat dunia seperti platinum status daripada badan profesional
antarabangsa dan juga QS Ranking oleh badan pengiktirafan antarabangsa.

Gambarajah 4.1, 4.2 dan 4.3 menunjukkan sumber ukuran, peringkat, item ukuran,
data yang digunakan dan kekerapan analisa data bagi pengukuran prestasi OS 3, OS 5 dan
OS 8 JI&K.

Gambarajah 4.1: Sumber ukuran, peringkat, item ukuran, data bagi pengukuran
prestasi OS 3

24

Gambarajah 4.2: Sumber ukuran, peringkat, item ukuran, data bagi pengukuran
prestasi OS 5

Gambarajah 4.3: Sumber ukuran, peringkat, item ukuran, data bagi pengukuran
prestasi OS 8
25

4.3 PEMANTAUAN PENCAPAIAN

Pemantauan pencapaian dilaksanakan secara berkala dan berperingkat
mengikut kekerapan analisa data yang telah ditetapkan. Proses pemantauan item
ukuran dimulakan oleh pegawai bertanggungjawab yang terdiri daripada koordinator,
penyelaras, penasihat dan AJK yang dilantik dengan menyediakan laporan status
pencapaian program dibawah seliaan masing masing. Dengan menggunakan data
yang terkumpul, perbandingan dibuat di antara pencapaian semasa dengan
pencapaian pada semester yang lepas dan juga penetapan pencapaian semasa.

Analisa pencapaian seterusnya disemak oleh ketua bahagian yang terdiri
daripada Timbalan Dekan dan Timbalan Pendaftar Kanan bagi mengenalpasti
kelemahan untuk tujuan penambahbaikan. Antara mekanisma penambahbaikan
termasuk melantik pegawai bertanggungjawab untuk membuat pemantauan lanjutan
dan penyediaan pelaporan status pencapaian. Pelaporan status pencapaian yang
disediakan ini akan dibentangkan oleh ketua bahagian kepada kepimpinan tertinggi
iaitu dekan fakulti dalam saluran pelaporan tertentu seperti mesyuarat JAF, MKSP dan
MPE bagi tujuan pemantauan pencapaian, dan seterusnya membincangkan tindakan
penambahbaikan prestasi bagi keseluruhan fakulti.

Pemantauan pencapaian juga dilakukan oleh unit kualiti dan unit perancangan
strategik FPN. Pada tahun 2018, FPN telah mewujudkan satu jawatan baru dengan
melantik Profesor Madya Dr. Norhayati Mohamed sebagai Pengurus Pemantau
Perancangan Strategik Fakulti untuk tujuan berkenaan. Mesyuarat bersama Pengurus
Pemantau Perancangan Strategik Fakulti dengan ketua-ketua jabatan telah
dilaksanakan sebanyak lima kali bagi tempoh 2018.

Laporan pencapaian objektif kualiti, dapatan audit dalam dan status
pencapaian sasaran CSPI turut dibentangkan bagi mengesahkan semakan terhadap
perlaksanaan dan pencapaian fakulti. Secara keseluruhan, dengan terlaksananya
pemantauan pencapaian dan penambaikan prestasi yang sistematik di FPN dapat
membantu pencapaian KPI KPT, KPI universiti, dan KPI fakulti dengan lebih efektif.
Secara tidak langsung, pencapaian dalam bidang tumpuan adalah lebih berkesan.

4.4 PENGURUSAN RISIKO DAN PENAMBAHBAIKAN

Pengukuran, analisa dan pengurusan pengetahuan boleh terjejas dengan
terdapatnya risiko. Kegagalan untuk menangani risiko akan menjejaskan fokus
terhadap pencapaian KPI yang ditetapkan. Gambarajah 4.4 melaporkan jenis-jenis
risiko dan perancangan yang digunapakai untuk mengatasi risiko tersebut.

Kategori Risiko Data tidak lengkap Kelewatan Pencapaian tidak
Tahap Risiko menyediakan menepati KPI
Risiko Tinggi laporan lengkap
Pelan Tindakan Risiko
Penyediaan Risiko Sederhana
laporan secara Sederhana
berkala oleh staf Pemantauan
(Pembudayaan Pembentangan berterusan serta
pengumpulan data) laporan sebagai
penerapan
agenda di budaya
mesyuarat JAF,
MPA dan MKSP penganalisaan
data

Gambarajah 4.4: Pengurusan Risiko Bagi Pengukuran dan Analisis Data
26

4.5 AMALAN PEMBUDAYAAN

FPN berusaha menerapkan budaya kemaskini data – #FACTupdate di
kalangan warga FPN. Bagi tujuan ini, FPN telah memaksimumkan penggunaan email
rasmi UiTM dan Kumpulan WhatsApp Fakulti dimana peringatan untuk megemaskini
maklumat didalam sistem PRISMA, i’CONS dan CSPI disampaikan secara berkala.
Peringatan secara berkala akan dikeluarkan oleh pejabat RICAEN dan juga
penyelaras unit perancangan strategik. Pejabat RICAEN juga menyediakan kerani
yang dapat membantu pengumpulan data yang diperlukan. Beberapa siri klinik
pengumpulan data juga dibuat bagi membantu pensyarah memasukkan data ke dalam
sistem seperti berikut:

4.6 INOVASI

4.6.1 Inovasi 1: FACT3

Selaras dengan aspirasi KPT bagi memantapkan nilai keusahawanan di
kalangan staf dan pelajar, FPN mengambil langkah dalam menginovasikan aktiviti
keusahawanan melalui FACT3. FACT3 adalah ‘online mall’ dan kerjasama ini
melibatkan FPN dan Alumni melalui syarikat FACT3 Sdn Bhd. Ia dipantau selia oleh
bahagian jaringan industri dan keusahawanan. FACT3 dapat membantu FPN dalam
mengukur sejauh mana penglibatan staf dan pelajar dalam aktiviti keusahawanan.
Sebelum adanya FACT3, penglibatan staf dan pelajar dalam aktiviti keusahawanan
tidak direkod di mana-mana dan telah menyukarkan proses pengukuran dijalankan.
Namun, memandangkan online mall ini baru sahaja diwujudkan pada penghujung
tahun 2018, dan projek ini masih di peringkat pelaksanaan, proses pengukuran
penglibatan warga FPN hanya boleh dilihat dan dianalisa pada masa yang akan
datang. Gambarajah 4.5 menunjukkan logo dan paparan skrin laman sesawang
FACT3:

Gambarajah 4.5: FACT3

27

4.6.2 Inovasi 2: Senarai Semak MyRA dan CSPI FACT 2018
Bagi memudahkan pengukuran pencapaian KPI KPT (MyRA) dan KPI universiti

(CSPI), pihak FPN mengambil inisiatif untuk menyediakan satu borang ringkas yang
digunakan oleh staf dalam proses penyediaan LNPT (Gambarajah 4.6 dan Lampiran
5). Borang ini dirangka berdasarkan struktur pelaporan MyRA dan CSPI. Penggunaan
borang ini telah memudahkan penyediaan pelaporan MyRA dan CSPI tahunan FPN.

Gambarajah 4.6: Senarai Semak MyRA dan CSPI FACT 2018
4.7 RUMUSAN

Pengurusan data dan pengetahuan yang baik akan dapat melonjakkan
pencapaian FPN. Secara keseluruhannya, FPN berjaya menguruskan data dengan
berkesan dan bersistematik. Rekod pencapaian dapat dicapai dengan mudah bagi
tujuan rujukan dan perkongsian pengetahuan. Ini dapat melancarkan operasi dan
pengurusan FPN dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti.

28



KRITERIA 5

TUMPUAN KEPADA SUMBER MANUSIA

5.1 PENGENALAN

Umum mengetahui bahawa sumber manusia adalah elemen yang penting di
dalam sesuatu organisasi. Bagi FPN, warga kerjanya merupakan nadi penggerak
untuk setiap inisiatif strategik bagi mencapai KPI tahunan yang telah ditetapkan. Setiap
staf akademik dan pentadbiran berusaha untuk menggembleng dan mengoptimakan
kepakaran dan pengalaman ke arah kejayaan FPN. Selain daripada memberikan
tumpuan utama kepada perluasan pengetahuan kepada para pelajar, FPN juga fokus
untuk melestarikan aspek jaringan industri dan keusahawanan. Oleh yang demikian,
FPN telah melaksanakan pelbagai kaedah berkesan untuk memastikan warga fakulti
bersama-sama memacu tenaga demi menjadikan FPN sebagai fakulti yang gemilang.
Selain itu juga, pemantauan dan pengurusan risiko yang baik perlu di buat bagi
memastikan objektif perlaksanaan tidak tersasar. FPN juga berusaha untuk memupuk
semangat dan kerjasama di kalangan staf melalui usaha penambahbaikan serta
menerapkan pembudayaan amalan yang baik.

5.2 PENGLIBATAN SUMBER MANUSIA DAN PENGOPTIMAAN KEPAKARAN

FPN menekankan penglibatan semua kakitangannya, samada daripada pihak
akademik mahupun pentadbiran dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.
Aspirasi ini disokong melalui penglibatan kepakaran dan pengalaman staf menerusi
pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan samada secara langsung atau sebaliknya.
Pendekatan yang digunakan untuk mengenalpasti staf bersesuaian dengan kepakaran
dan pengalaman adalah melalui inisiatif pembentukan FACT SPV. Kluster-kluster yang
diwujudkan di bawah FACT SPV adalah mengikut bidang-bidang kepakaran tertentu
(Lampiran 6) bertujuan untuk mengkoordinasi aktiviti-aktiviti berkaitan penyelidikan
dan konsultansi di kalangan staf akademik FPN. Kepakaran setiap staf akademik juga
dapat dioptimumkan dengan sebaiknya. Penglibatan staf berkepakaran dapat dilihat
melalui pelantikan sebagai penceramah, fasilitator, ahli jawatankuasa dan lain-lain di
bawah inisiatif strategik JI&K.

Terdapat juga di kalangan mereka yang menyumbang tenaga dan wang ringgit
secara sukarela bagi menjayakan inisiatif-inisiatif strategik tersebut. Gandingan
mantap di kalangan ahli akademik dan staf pentadbiran dalam setiap aktiviti yang
dijalankan dapat mewujudkan suasana budaya kerja yang harmoni, cemerlang dan
berkualiti. Gabungan kerjasama yang komited ini telah menghasilkan kejayaan dalam
setiap penganjuran aktiviti samada peringkat fakulti, kampus, universiti dan juga pihak
luar seperti dari industri dan badan profesional. FPN juga menggalakkan staf
meningkatkan kepakaran mereka dengan menghantar staf bagi menjalani latihan.
Sebagai contoh, lima orang pensyarah di fakulti yang berjaya memperolehi
pengiktirafan sebagai “A Star Certified Tutor”. Pengiktirafan ini telah membolehkan
FPN mengendalikan program A Star di UiTM. Gambarajah 5.1 menunjukkan
penglibatan sumber manusia secara menyeluruh dalam 3 projek #UNITED-AS-ONE,
#B’dazzled, dan #FACTpreneur dalam menjayakan inisiatif strategik JI&K.

29

Gambarajah 5.1: Penglibatan Sumber Manusia

5.3 PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN KEPADA SUMBER MANUSIA

FPN mengambil pendekatan dinamik dalam pengurusan sumber manusia
dalam membantu warga fakulti melakukan transformasi ke arah perkhidmatan yang
cemerlang. Sehubungan itu, pengurusan prestasi, pengiktirafan dan ganjaran dalam
pengurusan sumber manusia terus dilaksanakan untuk memotivasikan warga fakulti.
Ini mampu mempamerkan prestasi staf yang tinggi dengan mewujudkan ekspektasi
terhadap penilaian keberhasilan, penetapan akauntabiliti, penyediaan ganjaran dan
pengiktirafan. Matlamat ini hanya boleh dicapai sekiranya ganjaran dan penghargaan
diberi kepada pencapaian prestasi yang sejajar dengan pencapaian visi dan misi FPN.
Berikut merupakan antara penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan FPN kepada
sumber manusia.

Penghargaan dan pemberitahuan sebarang aktiviti atau kejayaan untuk
makluman warga FPN di mana FPN mempunyai saluran penyebaran informasi yang
sangat efisyen. Sebarang aktiviti atau kejayaan boleh disalurkan terus untuk
makluman warga FPN menerusi unit Komunikasi Korporat atau melalui medium
WhatsApp Akademik FACT. Hanya unit Komukasi Korporat mempunyai capaian dan
boleh menyalurkan sebarang informasi ke dalam facebook FPN. Ianya boleh dicapai
dialamat https://www.facebook.com/www.fpn.uitm.edu.my/

Pelbagai aktiviti seharian dan
kejayaan warga FPN telah dikongsi di
dalam facebook tersebut. Secara tidak
langsung warga FPN merasa bangga
apabila aktiviti dan kejayaan mereka
dirakam dan dikongsi dan membantu
ketampakan sumber manusia FPN
dikalangan warga UiTM dan pelayar
internet secara amnya.

30

Disamping itu, pihak pengurusan FPN juga membudayakan amalan meraikan
warga FPN yang telah mendapat kenaikan pangkat, bersara, mendapat perkhidmatan
cemerlang, jamuan Hari Raya, mendapat cahaya mata pertama, perkahwinan dan
sebagainya di dalam majlis jamuan dan keraian anjuran Kelab Kebajikan Staf FPN.
Ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan Staf FPN terdiri daripada warga FPN yang dilantik
oleh pihak pengurusan untuk tempoh tertentu. Selain itu, majlis keraian yang
dianjurkan bertujuan mengeratkan silaturrahim sesama staf. Pihak industri dan alumni
juga dijemput agar dapat menjalinkan hubungan yang baik bersama dengan warga
FPN.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) juga adalah penghargaan
berbentuk ganjaran, pengiktirafan dan pujian kepada individu yang mempamerkan
prestasi cemerlang pada setiap tahun. Senarai penuh penerima APC untuk tahun 2018
boleh merujuk Lampiran 7.

31

5.4 PERSEKITARAN KERJA DAN SISTEM KERJA YANG KONDUSIF.

FPN menekankan persekitaran dan sistem kerja yang kondusif bagi membantu
proses pembangunan pelajar. Suasana pembelajaran yang selesa secara tidak
langsung membantu kelancaran tugas di fakulti, di samping meningkatkan lagi
semangat untuk bekerja dan belajar di kalangan staf dan pelajar, memupuk tingkah
laku yang positif dan mengeratkan silaturrahim antara warga fakulti. Antara tindakan
yang diambil bagi memastikan persekitaran kerja dan sistem kerja yang kondusif
adalah:

1. Menyediakan bilik kecemerlangan yang luas,
selesa dan berhawa dingin untuk kegunaan staf
serta tempat penganjuran aktiviti-aktiviti fakulti.

2.Bilik kuliah dilengkapi dengan alat bantuan
mengajar seperti LCD, papan putih, komputer, meja,
kerusi dan penghawa dingin. Tong sampah yang
mencukupi juga disediakan bagi menjamin
kebersihan persekitaran kerja.

3. Bilik Ind-E-Zone (Industry Engagement Zone)
adalah merupakan sumbangan daripada pihak
Talent Corporation Malaysia Berhad. Bilik ini
luas, selesa dan berhawa dingin serta
dilengkapi dengan alatan, perabot dan
kelengkapan yang mencukupi untuk aktiviti
santai atau formal yang melibatkan pelajar, pensyarah serta pihak
jemputan luar contohnya dari industri, alumni dan lain-lain.

Menganjurkan program Team Building yang
melibatkan semua staf bagi menjamin hubungan
baik antara staf akademik dan staf pentadbiran di
Avillion Admiral Cove, Port Dickson pada 7 - 9
Februari 2018

4. Mewujudkan medium aduan maklumbalas bagi
fasiliti kelas (QR Code) untuk tindakan oleh staf
dan pemantauan berterusan supaya aktiviti
JI&Kmemberi kepuasan hati kepada staf, pelajar
dan organisasi luar.

5. Mengadakan kerjasama dengan pihak ACCA (UK),
CIMA (UK), dan CPA (Australia) untuk membiayai yuran
pengajian bagi staf akademik yang mahu mengambil
peperiksaan program Profesional Perakaunan ACCA
(UK), CIMA (UK), dan CPA (Australia).

32

5.5 PEMANTAUAN

Pihak pentadbiran telah mewujudkan database template yang bertujuan untuk
merekod penglibatan staf di dalam aktiviti yang telah dianjurkan. Melalui kaedah
tersebut, penglibatan staf dapat dipantau dan dikemaskini bagi memastikan setiap staf
diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penganjuran aktiviti di fakulti dan juga pihak
luar. Melalui kaedah ini juga, pihak pengurusan FPN dapat mengenalpasti pensyarah
yang mendapat lantikan dari pihak luar. Lantikan ini merupakan jaringan dengan
industri serta pihak luar yang lain dan ia berpontensi untuk menjalinkan kolaborasi
serta kerjasama pada masa akan datang.

Gambarajah 5.2: Database Template
Pemantauan juga dibuat berdasarkan rekod jam latihan yang diperolehi
daripada sistem staf portal. Peringatan mesra akan dikeluarkan oleh Timbalan
Pendaftar Kanan sekiranya sasaran jam latihan tidak tercapai.
5.6 PENGURUSAN RISIKO & PENAMBAHBAIKAN

Selain daripada pemantauan, pengurusan risiko juga merupakan salah satu
aspek pengurusan yang perlu diberi perhatian demi memastikan kualiti kepuasan hati
sumber manusia dapat diatasi dengan sistematik. Selaras dengan itu, adalah menjadi
keutamaan FPN untuk memastikan penambahbaikan dan pemantapan sistem
pengurusan risiko yang berkesan dalam mendepani isu-isu sumber manusia yang
terlibat dalam aspek JI&K. Justeru itu, ia dapat menepati matlamat fakulti bagi
meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan. Jika ada terdapat
sebarang ketidakpuasan hati serta aduan daripada kalangan warga FPN mengenai
persekitaran dan system kerja, pihak pengurusan akan mengambil pendekatan untuk
bertindak dengan pantas terhadap makluman yang diterima. Risiko berkaitan sumber
manusia dan persekitaran dan sistem kerja yang telah dikenal pasti oleh FPN dan
pelan tindakannya adalah seperti di Gambarajah 5.3 di bawah:

33

Kategori Risiko Kekangan masa bagi Kekangan komitmen Kesediaan tenaga
Tahap Risiko pengajar dan
penglibatan staf staf kepakaran

Risiko Risiko Rendah
Sederhana
Risiko Rendah

Pelan Tindakan Hebahan awal Ceramah Konsep mentor
tentang aktiviti Grooming for mentee dalam
yang dijalankan
Promotion penglibatan
dengan pihak

industri

Gambarajah 5.3: Pengurusan Risiko Bagi Sumber Manusia
Jika ada terdapat sebarang ketidakpuasan hati serta aduan daripada kalangan
warga FPN mengenai persekitaran dan sistem kerja, pihak pengurusan akan
mengambil pendekatan untuk bertindak dengan pantas terhadap makluman yang
diterima. Contohnya, jika ada peralatan bantu mengajar seperti projektor di dalam
kelas rosak, pensyarah boleh menghubungi terus staf sokongan untuk tindakan
segera. Staf sokongan akan memberikan projektor gantian untuk digunakan. Peralatan
yang rosak akan segera dihantar untuk tujuan pembaikpulihan. Pihak pengurusan
pentadbiran telah memberikan respon yang baik untuk setiap mklumbalas yang
diterima.

5.7 AMALAN PEMBUDAYAAN

Kerjasama yang terhasil melalui JI&K antara FPN bersama badan-badan
kerajaan dan bukan kerajaan seperti badan korporat, badan profesional, komuniti dan
masyarakat setempat serta universiti tempatan dan luar negara telah menghasilkan
budaya perkongsian ilmu. Budaya perkongsian ilmu ini telah memberi impak yang
besar kepada warga FPN. Antaranya adalah dari segi penyelidikan, inovasi, kepakaran
dan keusahawanan. Dari segi penyelidikan, wujudnya peluang kolaborasi di peringkat
nasional dan antarabangsa melalui penganjuran konferensi. Produk inovasi yang
dihasilkan oleh warga fakulti juga telah mendapat pengiktirafan dari pihak luar,
terutamanya di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Ketampakan kepakaran
warga FPN juga dapat dilihat di mana ramai di antara mereka dijemput untuk menjadi
pakar rujuk, pakar runding, penceramah, tenaga pengajar oleh pihak luar.

Selain warga FPN dijemput keluar untuk berkongsi ilmu, ada juga lawatan oleh
pihak luar ke FPN, bagi menjalankan penandaarasan untuk amalan terbaik.
Sebagai contoh, lawatan oleh Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak bagi melihat dan
membuat penandaarasan ke atas proses penyelidikan dan inovasi FPN. Lawatan juga
turut dibuat oleh Kolej Matrikulasi Melaka sebagai pendedahan kepada
persekitaran dan program yang ditawarkan FPN.

Semua ini memberi impak tinggi kepada Fakulti khususnya dan UiTM amnya.
Proses tranformasi keilmuan dan idea-idea inovatif berjaya meningkatkan ketampakan
serta kredibiliti fakulti di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Budaya
perkongsian ilmu telah menjadi asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang
berkesan kerana ia membantu fakulti dalam:

1. Mengkoordinasikan aktiviti JI&K dan membina budaya kerja dan nilai
bersama yang cemerlang.

2. Mewujudkan kerjasama strategik dan jaringan industri di antara institusi
kerajaan, swasta dan universiti luar melalui MoU atau MoA.
34

5.8 INOVASI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Bagi memastikan keterlibatan warga fakulti di dalam pelbagai aktiviti bidang
kepakaran termasuk aktiviti JI&K
di tahap yang optimum, inovasi
FACT HR Central diwujudkan
yang merupakan pangkalan data
sumber manusia warga FPN.
Pangkalan data ini dibuat secara
on-line iaitu menggunakan padlet
dan mengandungi semua
maklumat staf dan pelbagai jenis
borang termasuk borang
menghadiri aktiviti dan program
jaringan industri di luar fakulti.

Gambarajah 5.4: FACT HR Central
Penggunaan platform padlet ini secara tidak langsung mengurangkan
kebergantungan staf akademik kepada staf pentadbiran untuk segala pengurusan
rekod sumber manusia, di mana segala borang dan maklumat boleh dicapai di dalam
satu platform sahaja.
5.9 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, pengurusan sumber manusia FPN telah berjaya
mengurus tadbir staf akademik dan pentadbiran dengan baik. Pengurusan yang
sistematik dari perlaksanakan kaedah berkesan, pemantauan yang berkala,
pengurusan risiko yang baik, penambahbaikan berterusan serta menerapkan
pembudayaan amalan terbaik telah berjaya memastikan warga fakulti bersama-
sama memacu tenaga demi menjadikan FPN sebagai fakulti yang gemilang dan pada
masa yang sama dapat memastikan objektif perlaksanaan tidak tersasar.

35



KRITERIA 6

TUMPUAN KEPADA OPERASI

6.1 PENGENALAN

Dalam memastikan FPN sentiasa memberikan kualiti perkhidmatan yang cekap,
sistematik dan efisyen, FPN sentiasa memastikan operasi jaringan industri dijalankan
mengikut prosedur operasi yang ditetapkan. Ini bagi memastikan setiap aktiviti dan kerja
yang dijalankan menepati kualiti perkhidmatan yang bermutu dan menghasilkan output kerja
yang memuaskan dan sejajar dengan objektif fakulti perakaunan.

6.2 PROSES UTAMA MENYOKONG PELAKSANAAN OBJEKTIF STRATEGIK

FPN telah mengenalpasti 3 proses utama yang menyokong kepada pencapaian
objektif strategik dan perlaksanaan inisiatif strategik JI&K. Proses utama ini adalah
berdasarkan kepada prosedur operasi Jaringan Industri FPN. Bagi memastikan
keberkesanan proses ini, beberapa KPI telah ditetapkan seperti yang ditunjukkan di
gambarajah 6.1. Proses ini dikawal selia oleh pegawai bertanggungjawab (PIC) yang
dilantik yang terdiri daripada Koordinator RICAEN dan Koordinator HEP. Aktiviti aktiviti
utama di dalam proses tersebut akan sentiasa diukur pencapaiannya dan penambahbaikan
proses dibuat dari semasa ke semasa.

KPI Proses Kolaborasi dengan Pihak Luar

•Masa yang diambil untuk menandatangani MoA/MoU
•Tempoh perlaksanaan projek MoA/MoU
•Pelaporan aktiviti MoU/MoA pada setiap 6 bulan

KPI Proses Menjalankan Aktiviti Pelajar Bersama Industr

•Menerima kertas kerja yang lengkap
•Kelulusan dalam tempoh 1 minggu
•Kehadiran pelajar 100% Tidak bertindih dengan waktu kelas/ujian
•Laporan dihantar dalam masa 2 minggu selepas program
•Laporan mestilah lengkap beserta borang kepuasan hati pelanggan

KPI Proses Perkongsian Kepakaran

•Lantikan academia dibuat sewaktu semester berlangsung
•Perkongsian pengetahuan 2 minggu selepas perkongsian kepakaran
dibuat

Gambarajah 6.1: Proses Utama dalam Prosedur Jaringan Industri FPN

6.2.1 PDCA Proses Kolaborasi Dengan Pihak Luar

Perlaksanaan 3 projek utama JI&K yang ditetapkan melibatkan kolaborasi dengan
pihak luar seperti berikut:

1. Projek #UNITED-AS-ONE merupakan kolaborasi bersama badan profesional
seperti ACCA, CIMA dan MICPA, badan pentauliahan seperti Malaysian Institute of
Accountant (MIA), Malaysian Qualification Agency (MQA), badan berkanun seperti Lembaga

36

Hasil Dalam Negara, Institut Integriti Malaysia, pihak perbankan seperti Bank Negara
Malaysia dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak industri lain yang
merupakan komuniti perakaunan;

2. Projek #B’dazzled melibatkan kerjasama menjalankan aktiviti pelajar
bersama pihak industri seperti firma audit bersaiz besar seperti Price Waterhouse Coopers
(PWC), Deloitte, Earnst & Young (EY), KPMG dan BDO Malaysia, pihak alumni yang
mempunyai syarikat perakaunan dan bukan perakaunan, dan Jabatan Kastam Diraja
Malaysia.

3. Projek #X-PRENEUR yang merupakan projek jaringan kerjasama bersama
pelbagai pihak seperti firma audit Salihin Chartered Accountant, Institut Perakaunan Negara
(IPN), Kementerian Kerja Raya, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Chartered Tax Institute
of Malaysia (CTIM) dan Malaysian Association of Taxation Accountants (MATA).

Keberkesanan dan kecekapan proses ini amat dijaga kerana sebarang kelemahan
memberikan pandangan negatif di kaca mata pihak luar kepada Fakulti dan UiTM secara
keseluruhannya.

Berikut adalah model Plan Do Check, Action (PDCA) bagi proses tersebut:

Gambarajah 6.2: Model PDCA Proses Kolaborasi dengan Pihak Luar
Contoh secara terperinci dibuat bagi Projek Kolaborasi di antara FPN dan Institut
Perakaunan Negara (IPN) di mana pihak FPN merupakan Tuition Provider kepada program
Professional Pathway Akauntan Sektor Awam (P). Program ini diwujudkan bagi memastikan
penjawat awam mempunyai pengetahuan dan kelayakan dalam ilmu
perakaunan. Sebutharga dibuat oleh pihak IPN bagi mendapatkan anggaran bayaran bagi
khidmat kolaborasi tersebut. Pihak FPN akan mengeluarkan invois untuk tujuan pembayaran
pada setiap semester pengajaran. Jawatankuasa Pelaksana diwujudkan bagi melantik
pengarah projek dan menentukan pensyarah yang sesuai untuk menjadi tenaga pengajar
kursus tersebut (D). Projek ini juga didaftarkan dengan sistem konsultansi integrasi UiTM
atau iCONS. Untuk tujuan pemantauan, mesyuarat sebelum dan selepas berakhirnya
semester dibuat di antara pihak IPN dan FPN di samping melihat kepada prestasi keputusan
peperiksaan penjawat awam yang terlibat melalui penilaian berterusan dari pensyarah (C).
Seterusnya, penambahbaikan berterusan turut dibuat melalui penilaian ke atas
penyampaian kuliah, pemilihan tenaga pengajar dan struktur program atau projek tersebut
bagi membantu memastikan kelangsungan dan kejayaan projek mencapai objektif yang
telah ditetapkan (A)

37

6.2.2 PDCA Proses Menjalankan Aktiviti Pelajar Bersama Industri

Seterusnya, prosedur jaringan industri FPN turut melibatkan proses menjalankan
aktiviti pelajar yang dikhususkan kepada Projek #B’dazzled. Projek ini memfokuskan ke
arah melahirkan graduan bercirikan industri. Elemen dan aktiviti keusahawanan turut
diterapkan dalam pelaksanaan aktiviti pelajar tersebut. Antara contoh inisiatif di bawah
proses ini adalah syarahan industri secara langsung di dalam silibus pembelajaran, guest
lecture daripada firma audit terkenal dan syarikat multinasional, program mock interview dan
juga modul bagi finishing school.

Model PDCA di bawah merumuskan proses menjalankan aktiviti pelajar yang
menjurus kepada bidang tumpuan:

Gambarajah 6.3: Model PDCA bagi Proses Menjalankan Aktiviti Pelajar
Manakala bagi aktiviti keusahawanan, inisiatif Social Entrepreneurship
Bookkeeping Peniaga Pasar Tani dipilih untuk melihat kepada proses PDCA inisiatif
tersebut secara keseluruhan. Projek ini adalah kerjasama MASMED UiTM Shah Alam dan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) selepas melihat kepada kajian rintis
pengurusan rekod perakaunan peniaga di Pasar Tani Puncak Alam (P). Untuk tujuan projek,
beberapa orang pelajar dikenal pasti dan dilantik sebagai Junior Consultant, Pensyarah
merangkap Fasilitator, dan Peniaga Pasar Tani sebagai Peserta yang diberikan bimbingan.
Pelaksanaan dibuat dengan menganjurkan 2 bengkel asas perakaunan kepada peserta
terlibat (D). Pemantauan dibuat oleh fasilitator secara one-to-one dan berkumpulan
sepanjang sesi rundingan bagi tujuan pembentangan rekod perakaunan yang telah
dihasilkan oleh pelajar (C). Maklum balas pihak terlibat seperti para peniaga sebagai
peserta, pelajar sebagai Junior Consultant, pensyarah dan juga penganjur bersama seperti
MASMED dan FAMA turut diambil dan dianalisa untuk tujuan penambahbaikan (A).

6.2.3 PDCA Proses Perkongsian Kepakaran

Bagi memastikan perkongsian kepakaran menghasilkan output yang baik kepada
FPN dan pihak industri (win-win situation), beberapa proses telah diwujudkan. Sebelum
proses perkongsian kepakaran dilaksanakan, proses kolaborasi bersama pihak luar
dijalankan terlebih dahulu diikuti oleh proses perkongsian kepakaran. Berikut adalah contoh
proses PDCA perkongsian kepakaran yang dibuat bersama SALIHIN iaitu inisiatif dibawah
projek #FACTpreneur.

38

Gambarajah 6.4: Model PDCA bagi Contoh Inisiatif Proses Perkongsian Kepakaran
6.3 HASIL JANGKAAN TERHADAP PELAKSANAAN OBJEKTIF DAN INISIATIF

STRATEGIK
Melalui 3 proses utama yang terlibat dalam prosedur jaringan industri FPN,
pendekatan model PDCA di atas dijangka dapat melonjakkan hasil seperti di dalam
gambarajah 6.5 berikut:

Gambarajah 6.5: Hasil Jangkaan Pelaksanaan Objektif dan Inisiatif Strategik

39

6.4 RISIKO DAN PELAN TINDAKAN

Kategori Risiko Sukar Mendapatkan Permohonan Tidak Tidak menepati
Tahap Risiko Rakan Kolaborasi Lengkap protokol atau
kehendak
Risiko rendah Risiko Rendah perundangan

Risiko Rendah

Pelan Tindakan Meningkatkan Kertas kerja Mengikuti garis
ketampakan disemak oleh panduan yang
telah ditetapkan
FPN Penasihat
Aktiviti

Gambarajah 6.6: Risiko dan Pelan Tindakan bagi Tumpuan Operasi
6.5 AMALAN PEMBUDAYAAN

Dalam mendukung amanat Naib Canselor UiTM untuk membudayakan perbelanjaan
berkhemah, FPN telah mengaplikasikan konsep jimat dan jana dalam aspek pengurusan
kewangannya. FPN melalui proses yang terlibat dalam aktiviti JI&K telah mengambil langkah
proaktif dan seiring dengan kehendak universiti dan negara dengan membudayakan inisiatif
ke arah kelestarian kewangan. Beberapa contoh inisiatif utama (Gambarajah 6.6) dapat
dilihat bukan sahaja telah membantu menjana pendapatan kepada pihak FPN, malah
memberi pulangan pelaburan yang positif kepada kedua-dua pihak; FPN dan pihak industri.

Gambarajah 6.7: Penerapan budaya kelestarian kewangan
Penerapan budaya kelestarian kewangan ini juga selaras dengan Pelan Tindakan
Keusahawanan Institut Pendidikan Tinggi dan Bidang Keutamaan FPN 2019 seperti di dalam
Lampiran 6.1.

40

6.6 INOVASI PENGURUSAN OPERASI
FPN sentiasa menitik beratkan aspek penambahbaikan dan pembaharuan untuk

memastikan kualiti yang terbaik dalam aspek pengurusan operasi. FPN melalui
inisiatif Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) telah mewujudkan FACT K-Ecosystem
sebagai inovasi kepada proses perkongsian kepakaran. Inisiatif yang bermula pada
penghujung 2017, dan dilaksanakan pada tahun 2018 sehingga kini ini merupakan
pembangunan kurikulum jurusan perakaunan dari pelajar peringkat matrikulasi yang
berteraskan silibus ACCA. Perkongsian kepakaran bagi inisiatif ini melibatkan pihak seperti
berikut:

Pensyarah bahagian Matrikulasi melalui siri latihan dan pemantauan bagi
memantapkan pengajaran berteraskan profesional.

Pelajar kolej matrikulasi melalui perkongsian cara pembelajaran dan motivasi, teknik
menjawab peperiksaan dan pelaksanaan kelas intensif

Inisiatif ini juga berjaya mewujudkan komunikasi yang baik bukan sahaja di antara
pihak FPN dan Bahagian Matrikulasi, malah pihak yang lebih besar iaitu badan profesional
ACCA dan Kementerian Pendidikan Malaysia umumnya.
6.7 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, operasi jaringan industri FPN adalah mengikut prosedur
operasi yang telah ditetapkan, malah sentiasa ditambah baik pelaksanaannya dari semasa
ke semasa. Setiap proses yang terlibat dapat diaplikasikan kepada pelaksanaan inisiatif
yang berkaitan. Ini bagi memastikan adanya integrasi di antara prosedur operasi dengan
praktis sebenar di FPN. Kerjasama dan sokongan yang berterusan di antara pihak industri,
komuniti perakaunan dan FPN adalah penting untuk memastikan jalinan kerjasama ini kekal
relevan. Ini menjamin kelangsungan operasi FPN di tahap yang cemerlang.

41





KRITERIA 7
HASIL

7.1 PENGENALAN

Kewibawaan kepimpinan kanan dalam memacu visi FPN dapat dilihat daripada
jalinan kerjasama yang erat diantara warga FPN. Di samping itu jaringan erat bersama
pihak luar seperti badan profesional dan pihak industri menghasilkan banyak kejayaan
gemilang pada tahun 2018 seperti dirumuskan di dalam hasil perlaksanaan starategik,
tumpuan pelanggan, tumpuan sumber manusia, operasi dan kewangan.

7.2 HASIL PELAKSANAAN STRATEGI

7.2.1 Pencapaian Objektif dan Inisiatif Strategik

Pencapaian OS JI&K dapat diukur melalui hasil pelaksanaan tiga projek utama
seperti berikut:

OS3: #UNITED-AS-ONE

Kejayaan projek #UNITED-AS-ONE dapat dilihat melalui tiga inisiatif iaitu B-

Platinum, B-Pro dan B-Prime.

B-Platinum adalah inisiatif yang mengeksploitasikan jaringan FPN dengan

badan profesional untuk mendapat pengiktiran yang berterusan dari badan

profesional antarabangsa seperti CIMA dan ACCA. Inisiatif ini merupakan strategi

untuk mendapat kerjasama dari badan professional dalam menyediakan akses kepada

FPN bagi mendapatkan bahan pembelajaran yang berkualiti dan latihan

berterusan kepada pensyarah. Disamping itu, jaringan yang ukuh dengan ACCA

melayakkan FPN mendapat tajaan ACCA menerusi ‘Commercial Relationship

Agreement’ untuk tujuan promosi dan pembangunan akademik fakulti. Gabungan

pensyarah yang terlatih dan bahan pengajaran yang berkualiti akan meningkatkan

pencapaian pelajar .Hasilnya, kadar lulus kursus ACCA di FPN berjaya meletakkan

fakulti sebagai satu-satunya universiti awam yang menawarkan program ACCA

berstatus platinum sejak tahun 2010. Lampiran 9 memaparkan sijil FPN sebagai

‘ACCA Approved Platinum Provider’.

Selain ‘ACCA Approved Tuition Provider’, FPN

juga adalah satu-satunya universiti awam di

Malaysia yang diiktiraf sebagai “CIMA Global

Learning Premium Partners” eperti yang

terdapat pada Gambarajah 7.1. Ini bermakna

kepakaran para pensyarah FPN diiktiraf

sepenuhnya oleh CIMA. Status tersebut

memberi manfaat kepada pensyarah FPN,

dimana CIMA secara berterusan melatih

mereka menerusi bengkel pengajaran dan Gambarajah 7.1: CIMAGlobal

menjawab soalan peperiksaan CIMA. Learning Premium Partners

42

39% 43 Sokongan berterusan oleh badan
12.5 professional tersebut dalam melatih
3.76 pensyarah dapat meningkatkan prestasi
Percentage pelajar program dalaman FPN, dimana
Dec-17 Jun-18 Dec-18 peratus pelajar sarjana muda FPN yang
bergraduat dengan kelas pertama
melepasi KPI 5%. Gambarajah 7.2
merekodkan tren peratus pelajar
bergraduat dengan kelas pertama.

Gambarajah 7.2: Tren Peratus

Gradua Kelas Pertama

Manakala untuk Prize Winner, FPN

telah berjaya mencapai KPI seorang Prize

Winner setiap tahun. Pada tahun 2018, pelajar
FPN Zaim Syahmi, ‘Prize Winner’ ACCA telah

mendapat markah tertinggi dunia untuk

subjek Foundation in Financial Management,

ACCA. Kejayaan tersebut berimpak besar dan akan melonjak ketampakan FPN di

persada dunia.

Hasilnya, FPN semakin dikenali dan dilantik sebagai penyedia tusyen

kepada Institut Perakaunan Negara (IPN) oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia

(JANM) sejak tahun 2012. Statistik peserta IPN yang lulus ACCA, CIMA dan CPA

(AUS) adalah seperti Gambarajah

ACCA 38 18 7.3.
CIMA Sementara itu, KPM juga
CPA (AUST)
berkolaborasi dengan FPN

menerusi Bahagian Matrikulasi

dan ACCA dalam mencipta

jurusan perakaunan profesional

(JPPro) di Matrikulasi. Pelajar
76 JPPro yang tamat dengan jaya nya

disasarkan sebagai ‘feeder’

kepada program ACCA di FPN.

Gambarajah 7.3: Graduan Profesional IPN Gambarajah 7.4 merekod
penawaran JPPro bagi tahun 2018

dan 2019, serta unjuran 2020. Kolaborasi ini penting sebagai saluran ‘feeder’ yang

Gambarajah 7.4: Gerak Alir Pengambilan JPPro dari
berkualiti dan tersedia bagi prograMmatprrikoufelasisoinkael FFPPNN. Justeru itu, peranan UiTM
amnya dan FPN khususnya memberi impak dan sumbangan besar bagi mencapai

43

sasaran 60,000 akauntan profesional terutamanya bumiputera menjelang tahun

2030.

Inisiatif B-Platinum ini juga merangka

strategi menggunakan jaringan dengan

badan profesional seperti ACCA dan

CIMA serta industri bagi mendapat input

untuk memantapkan kurikulum program

fakulti. Ianya penting bagi memastikan

program akademik yang ditawarkan

adalah selari dengan kehendak pasaran

tempatan dan global. Kewujudan Jabatan

Pengajian Profesional sebagai penyedia

tuisyen ACCA berstatus platinum sangat

membantu fakulti memantau silibus sarjana

muda dan sarjana bagi mengekalkan

pengecualian kredit yang diberi oleh badan

profesional hasil dari kurikulum yang

berkualiti. Hasil pemantauan yang dibuat Gambarajah 7.5: Data

oleh badan profesional ini, FPN berjaya Pengecualian Kredit Program
memperolehi pengecualian kredit maksima
untuk beberapa kursus seperti di FPN

Gambarajah 7.5.

Kerjasama itu juga dapat menghasilkan kurikulum yang berkualiti, seterusnya

melonjakkan FPN untuk tersenarai di

dalam QS Ranking (By Subject: Accounting

and Finance) dan terus mengekalkan

kedudukan untuk tempoh tiga tahun

berturut-turut. Ini menunjukkan fakulti dan

rakan industri sentiasa merencana strategi

terbaik dalam usaha untuk melonjakkan

kedudukan fakulti dan universiti di mata

dunia melalui pencapaian ranking yang

memuaskan. Pencapaian ranking yang baik

ini amatlah penting bagi menanam

keyakinan para industri terhadap kualiti

program dan graduan yang dilahirkan oleh

fakulti. Gambarajah 7.6 mendokumen

kedudukan fakulti di dalam QS Ranking bagi

tempoh tiga tahun.

Gambarajah 7.6: Kedudukan FPN di QS Ranking

44

Inisiatif B-Pro membentuk kerjasama dengan badan profesional
antarabangsa seperti CIMA dan ACCA bagi membuka empat laluan alternatif untuk
pelajar mendapatkan kelayakan profesional seperti di Gambarajah 7.7 berikut:

Gambarajah 7.7: Laluan Alternatif Kelayakan Profesional

15%

5 5.5 1236
4 4.5 1069

Enrolmen Program 1166
Profesional

BACC ke ACCA BACC ke CIMA

Laluan Alternatif (Tahun) 900 1000 1100 1200 1300
Laluan Sedia ada (Tahun) 2018 2017 2016

Gambarajah 7.8: Perbandingan Gambarajah 7.9: Tren
Tempoh Pengajian Enrolmen Pelajar Profesional

Laluan alternatif ini dilihat sebagai laluan pantas mendapatkan kelayakan
profesional. Hasil dari laluan ini, tempoh pengajian mendapatkan kelayakan
profesional dapat di singkatkan, seterusnya dapat mengurangkan kos kepada pelajar
dan UiTM. Gambarajah 7.8 membandingkan tempoh pengajian laluan alternatif ini
dengan laluan sedia ada. Tempoh yang lebih singkat dapat menjimatkan kos pelajar
seterusnya menggalakkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat profesional.
Gambarajah 7.9 merekod peratus enrolmen meningkat sebanyak 15.6% pada 2018
berbanding 2017.

45

OS5: #B’dazzled

OS5 yang dilaksanakan melalui inisiatif “IQ-Warrior”, “Smart-Champ” dan
“Student-Preneur” telah membantu fakulti mencapai pelbagai kejayaan sepanjang
tahun 2018 seperti berikut:

1) Kebolehpasaran Graduan

Keberkesanan pelaksanaan inisiatif strategik fakulti seperti “IQ-Warrior” dan
“Smart-Champ” yang melibatkan interaksi aktif antara wakil industri dan pelajar dapat
dizahirkan melalui kadar peratusan Kebolehpasaran Graduan (Graduate
Employability). Berikut merupakan peratusan kebolehpasaran para graduan dari
Fakulti Perakaunan bagi tahun 2016 hingga 2018.

2016 2017 2018

74
79
82

16.3 9.5

10 11.2

7.2 11

Bekerja Lanjut Belum
Pengajian bekerja

Gambarajah 7.10: Kadar Kebolehpasaran Graduan
Gambarajah di atas menunjukkan kadar graduan yang bekerja terus selepas
menamatkan pengajian dari 2016 hingga 2018 menurun sedikit. Ini adalah kerana,
kebanyakan dari graduan perakaunan akhir-akhir ini mula mempunyai kesedaran
untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat program Professional Perakaunan dan
Sarjana, hasil dari input yang diberi oleh industri dan badan professional melalui
program jaringan industri yang dijalankan. Atas dasar ini, terdapat peningkatan pada
kadar graduan yang melanjutkan pengajian pada 2017 dan 2018. Ini membuktikan
bahawa pihak majikan/industri memandang tinggi kebolehan graduan fakulti di mana
mereka terus diambil bekerja sebaik menamatkan pengajian mereka serta
menggalakan graduan untuk terus mendapatkan kelulusan program professional
selepas menamatkan pengajian. Peratusan yang tinggi ini membuktikan bahawa FPN
telah berjaya merangka program yang berkualiti dalam melahirkan para pelajar yang
kompeten dan berdaya saing.

46

2) Kemenangan Dalam Pertandingan

Bagi memastikan

para pelajar Fakulti

Perakaunan yang dilahirkan

memiliki ilmu dan skil yang

menyeluruh bersesuaian

dengan kehendak pihak

industri, pihak fakulti amat

menggalakkan dan

menyokong penglibatan

mereka di dalam

pertandingan yang menguji

minda dan kebolehan

mereka, menerusi inisiatif

“IQ-Warrior”. Atas faktor Gambarajah 7.11:Kemenangan Dalam Pertandingan
kekukuhan jaringan industri

antara Fakulti Perakaunan dan badan berkaitan perakaunan, termasuk firma

perakaunan, pelbagai program yang mengasah daya yang dianjurkan oleh pihak

berkenaan telah disertai oleh para pelajar Fakulti Perakaunan. Hasilnya, pelbagai

kejayaan telah dilakar oleh para pelajar dan penyertaan ini turut membantu

mengukuhkan lagi hubungan antara fakulti dan pihak luar. Kejayaan ini juga sekaligus

telah membantu menaikkan status Fakulti Perakaunan sebagai sebuah institusi unggul

di Malaysia.

3) Pelajar Bercirikan Usahawan

Seiring dengan objektif strategik fakulti untuk melahirkan graduan dinamik,

beretika dan memenuhi kehendak industri, masyarakat dan global, minda usahawan

juga amatlah penting untuk diterapkan dalam diri para pelajar. Justeru itu, pihak fakulti

telah menganjurkan kursus dan taklimat keusahawanan bagi menarik minat para

pelajar untuk menjadi usahawan. Usaha murni ini telah membuahkan hasil

memberangsangkan apabila terdapatnya peningkatan di dalam bilangan mahasiswa

yang menjadi usahawan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Berikut adalah jumlah usahawan yang telah dilahirkan untuk tempoh tiga tahun:

Peningkatan lebih seratus peratus ini membuktikan keberkesanan program

keusahawanan yang telah

dijalankan oleh pihak fakulti
menerusi inisiatif “student-preneur”.

Inisiatif ini melibatkan input yang

diterima menerusi jaringan industri

seperti daripada MASMED dan

FAMA. Ini memberikan lebih

semangat dan motivasi kepada

pihak fakulti untuk terus merangka

inisiatif yang terbaik bagi

mewujudkan lebih ramai usahawan

Gambarajah 7.12: Jumlah pelajar Fakulti berjaya di masa hadapan.

Perakaunan yang berdaftar dengan SSM Selain itu, peningkatan

memberangsangkan bagi

pertambahan bilangan pelajar

berdaftar dengan SSM juga

mengatasi KPI CSPI yang ditetapkan UiTM. Ini juga bermaksud Fakulti Perakaunan

telah berjaya menghasilkan lebih ramai usahawan berpotensi.

47

4) Graduan Bekerja di “Big 5” dan Syarikat Multinasional

Jaringan antara Fakulti Perakaunan dan Industri menerusi inisiatif “Smart-
Champ” telah berjaya meningkatkan jumlah graduan yang bekerja bersama syarikat

dan firma tersohor di Malaysia serta antarabangsa. Ini dapat dilihat antaranya melalui
program “Speed Interview” anjuran FPN melibatkan “Big 5 Accounting Firms” seperti

Deloitte, PwC, KPMG, Ernst & Young, BDO, dan juga pelbagai syarikat multinasional

(Maybank, Malaysian Arlines, IBM, Electrolux, Berjaya dan sebagainya) untuk

memberi peluang pekerjaan kepada pelajar tahun akhir pelajar pengajian profesional.
Keberkesanan inisiatif “Smart-Champ” ini dapat dilihat melalui kejayaan Graduan FPN

mendapat temuduga dan tawaran pekerjaan di firma tersebut sebelum graduat dari

UiTM.

Impak dari pelajar yang

Big 5 (PwC, EY, Deloite, KPMG, BDO) berjaya mendapat temuduga
Multinasional (MAS, RHB, dll.) bersama firma-firma ini adalah
ketampakan Fakulti di mata industri

178 dan ia memudahkan pelajar
136 150 mendapat keahlian penuh (full
membership) badan profesional

ACCA dan Malaysian Institute of

Accountants (MIA), disamping

35 46 54 memenuhi agenda nasional untuk
menghasilkal seramai 60,000

akauntan bertauliah.

2016 2017 2018

Gambarajah 7.13: Bilangan Pelajar
Tahun Akhir “Shortlisted” untuk

OS8: #FACTprenTeuermuduga

Keberkesanan OS 8 dapat

dilihat dengan perlaksanaan

inisiatif-inisiatif berikut yang mana

telah dirangkumkan di bawah

projek #FACTpreneur:

Gambarajah 7.14

menunjukkan ringkasan hasil

yang telah berjaya dicapai

dibawah objektif strategik 8 iaitu

Memperkasakan Jaringan

Bersama industri dan Majikan di

bawah inisiatif strategik.

Gambarajah 7.14: Ringkasan Hasil Objektif Strategik

8

a. Pencapaian CSPI

Untuk tempoh 3 tahun berturut-turut, Fakulti berjaya menunjukkan peningkatan
di dalam pencapaian CSPI iaitu 54% (2016), 71% (2017) dan 85% (2018) seperti yang
ditunjukkan dalam Gambarajah 7.15.

48

Pencapaian positif ini didorong oleh pelbagai faktor, antaranya, bilangan

Memorandum Persefahaman atau Memorandum Perjanjian (MoU/MoA) dengan

industri, bilangan jalinan program kerjasama

2018 85 dengan industri/komuniti dan juga bilangan

2017 71 program yang mendapat pengiktirafan badan-
badan profesional tempatan.

2016 54

0 50 100 Gambarajah 7.15: Pencapaian CSPI 2016-
2018

b. Pencapaian MyRA

Pada tahun 2018, FPN telah merekodkan peningkatan dari sudut bilangan
projek perundingan yang telah dilaksanakan bagi tempoh 3 tahun berturut-turut.
Seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 7.16, hasil yang dicapai berjaya melepasi
sasaran yang telah ditetapkan untuk tempoh 2016 sehingga 2018.

Gambarajah 7.16: Senarai Hasil Pencapaian Berbanding Sasaran Bagi

tempoh 2016 - 2018

Ini secara langsung turut

memberi impak kepada pencapaian PENCAPAIAN MYRA SCORE FPN 2016-2018
MyRA FPN pada tahun 2018 di mana, 67.21
Fakulti berjaya mencapai taraf 4

bintang bagi skor MyRA pada tahun

2018 dengan markah sebanyak 59.29
67.21 berbanding 59.29 markah yang
56.21

dicatatkan pada tahun 2017 seperti di

Gambarajah 7.17. Lebih

membanggakan, Fakulti juga berjaya 2016 2017 2018

mendapat tempat pertama di Gambarajah 7.17: Pencapaian MyRA
peringkat Gugusan Sains Sosial

UiTM bagi pencapaian MyRA 2018

seperti di Gambarajah 7.18.

49

Gambarajah 7.18: Pencapaian MyRA 2018 Mengikut Fakulti

7.2.2 Keberkesanan Pengurusan Risiko

Bagi memastikan FPN sentiasa relevan dan berdaya saing, FPN sentiasa
berusaha mengenalpasti risiko-risiko yang mungkin akan mengancam pencapaian
objektif strategik yang telah dirangka. Hasil dari pengenalpastian risiko-risiko
berkenaan membolehkan FPN sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan dengan
menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti pengurusan risiko supaya kesan negatif dari
risiko-risiko berkenaan dapat dan dikurangkan dan dihapuskan. Gambarajah 7.19
merumuskan antara risiko yang dikenalpasti dan pengurusan bagi setiap risiko.

Gambarajah 7.19: Risiko dan Pengurusan Risiko FPN

50

7.3 HASIL TUMPUAN PELANGGAN

7.3.1 Keberkesanan Penglibatan Pelanggan

Jaringan kerjasama yang kukuh telah memberi manafaat kepada semua
pelanggan yang terlibat menjayakan inisiatif JI&K yang terdiri daripada pelajar, badan
profesional dan pihak industri. Penglibatan pelajar di dalam inisiatif JI&K seperti
perkongsian pengalaman daripada tokoh-tokoh industri dan alumni berkaitan informasi
semasa dalam bidang perakaunan, kewangan, perniagaan dan keusahawanan telah
membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kejayaan ini memberi
manafaat kepada badan profesional dan pihak industri dalam menyumbangkan
sumber tenaga kerja berkualiti dan berkompetensi kepada mereka.

Penglibatan pelanggan di dalam 3 projek utama JI&K telah menghasilkan
kejayaan berikut:
Peningkatan pencapaian akademik pelajar
a) Peningkatan “Key Performance Indicator (KPI)” Peperiksaan bagi Pelajar

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan FPN

Impak positif dapat dilihat daripada peningkatan akademik pelajar FPN yang
menghasilkan 6 bintang pencapaian KPI HEA pada tahun 2018. Peningkatan
pencapaian KPI ini merupakan pencapaian yang semakin baik berbanding tahun
2016 dan 2019. Gambarajah 7.20 menunjukkan prestasi konsisten pencapaian
akademik pelajar FPN. Pelajar FPN juga merekodkan pencapaian peratusan

Gambarajah 7.20: Pencapaian KPI HEA Fakulti Perakaunan
tertinggi yang berjaya mendapatkan Anugerah ANC (14%), Anugerah Dekan (31%),
GOT (97%) dan 44% mendapat kelas pertama. Pencapaian pada semester Sept 2018-
Jan 2019 ini merupakan rekod terbaik berbanding dengan dua semester sebelumnya
seperti di Gambarajah 7.21. Perbandingan peratus pelajar bergraduat dan tamat
mengikut pelan pengajian di antara kampus cawangan (Gambarajah 7.22) telah
menunjukkan FPN berada ditangga ketiga (96%) selepas Kedah (100%) dan Melaka
(99%) pada tahun 2018.

Gambarajah 7.21: Anugerah ANC, Gambarajah 7.22: Peratus Bergraduat
GOT, AD dan Kelas pertama Mengikut Kampus

51

Pencapaian ini masih dianggap tinggi dan baik apabila melepasi sasaran yang
ditetapkan iaitu tahap 90%. Reputasi yang baik dicapai oleh pelajar FPN ini diakui
oleh pihak luar seperti yang dinyatakan di bahagian tahap kepuashati pihak luar.

b) Penganugerahan ‘Prize Winner’ bagi Pelajar Program Profesional

Pelajar di program profesional juga mendapat pengiktifaran dari badan
profesional seperti ACCA dan CIMA melalui penganugerahan “Prize Winner”.

Gambarajah 7.23 memaparkan trend jumlah anugerah yang diterima pelajar dari 2009
ke 2018. Pada tahun 2018, dua orang pelajar iaitu Faris Nazmi Bin Shafi’I dan

Muhammad Imran Azim Bin Azman, telah melakarkan kejayaan selaku penerima

anugerah markah tertinggi bagi peperiksaan F2 dan MCS dengan mengalahkan

pelajar dari beberapa kolej dan universiti lain di Malaysia.

Penganugerahan yang diterima 3.5 2010 2012 2014 2016 2018 2020
pelajar di peringkat nasional dan dunia 3
membantu melonjak nama FPN di
peringkat antarabangsa. Pengiktirafan 2.5
antarabangsa seperti ini membuktikan 2
keberkesanan penglibatan pelanggan di
dalam inisiatif JI&K. Jadual 7.3 1.5
mempamerkan senarai prize winner 1
semenjak tahun 2016 yang menjadi
kebanggaan FPN dan UiTM 0.5
0
2008

Jumlah

Gambarajah 7.23: Tren Penerimaan Anugerah “Prize Winner”

Jadual 7.1: Senarai Prize Winner FPN bagi Program Profesional

Nama Awards Peperiksaan
Jun 2016
Nurul Nabilah Abdul Jalil P2 (Pertama Malaysia, keenam Dunia) 2017
2018
Nor Syamira Arina P2 (Pertama Malaysia) 2018

Faris Nazmi Bin Shafi’i F2 (Pertama Malaysia)

Muhammad Imran Azim Bin Azman MCS (Pertama Malaysia)

c) Pengekalan “Platinum Status” oleh ACCA
Kejayaan mengekalkan status “Platinum” yang dianugerahkan oleh Badan

Profesional Perakaunan United Kingdom, iaitu Association of Chartered Certified
Accountants (ACCA) diperolehi bermula dari Jun 2010. FPN adalah satu-satunya
universiti awam yang memperolehi anugerah berprestij ini seperti di Jadual 7.3. Ini
meletakkan FPN terus unggul sebagai universiti awam terbaik dalam bidang
perakaunan semenjak dari tahun 2012. Lantas, UiTM menjadi satu satunya universiti
yang tersohor melahirkan akauntan Bumiputera yang paling ramai di Malaysia.
Anugerah platinum status ini juga telah membuka ruang kepada usahasama dengan
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menawarkan program
Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro).

Jadual 7.2: Senarai Penganugerahan Status Platinum Terkini oleh ACCA.

52


Click to View FlipBook Version