The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

- NUR ALISYA SYAURAH BINTI SALAHUDIN SUFIAN
- PENGENALAN KURIKULUM PAKK (PAKK1094)
- DR.ROHANI BINTI HUSAINI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur alisya, 2024-03-18 09:33:12

Perincikan Kurikulum TASKA dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

- NUR ALISYA SYAURAH BINTI SALAHUDIN SUFIAN
- PENGENALAN KURIKULUM PAKK (PAKK1094)
- DR.ROHANI BINTI HUSAINI

PENTAKSIRAN BERTERUSAN PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK1094) Nama : NUR ALISYA SYAURAH BINTI SALAHUDIN SUFIAN No Matrik : P23201534 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2023 Kumpulan/Unit : PT1S2.12 Nama Pensyarah : DR. ROHANI BINTI HUSAINI


KURIKULUM TASKA DAN PRASEKOLAH (KSPK) PAKK1094


PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa dan tenaga yang mencukupi untuk menyiapkan tugasan yang telah diusahakan selama ini. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk melaksanakan tugasan bagi kod subjek PAKK1094 iaitu Pengenalan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak bermula dari pengenalan sehingga rumusan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kepada pensyarah saya, Dr. Rohani binti Husaini kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga sangat bersyukur kerana telah memberikan bimbingan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Semua ilmu yang diberikan sangat berguna bagi membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, saya berharap tugasan saya ini dapat memuaskan semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung. Saya juga ingin memohon maaf jika ada berlaku kesilapan atau kesalahan dalam tugasan ini dan berusaha untuk memperbaiki di masa hadapan.


01 02 03 ISI KANDUNGAN 04 05 06 07 Pengenalan Latar belakang Matlamat Kerangka konseptual Bidang/ Tunjang Rumusan Rujukan


PENGENALAN Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia merujuk kepada program-program yng disediakan untuk kanak-kanak sejak lahir hingga mereka berumur lapan tahun termasuklah jagaan di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah atau sekolah rendah (Nor Fauzian Kassim dan Fauziah Hanim Abdul Jalal, 2015). Kurikulum merupakan semua pengalaman yang berlaku di sekolah serta merupakan bentuk penulisan yang dirancang untuk pembelajaran. Dengan itu, terdapat beberapa kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang berbeza di Malaysia iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan kurikulum Program Asuhan dan Didikan Awal kepada kanak-kanak (PERMATA).


Latar Belakang Kurikulum PERMATA menyediakan program asuhan dan didikan awal untuk kanakkanak berumur 0-4 tahun manakala KSPK pula menyediakan pengalaman pembelajaran untuk kanakkanan berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih. Sehubungan itu, KSPK dan kurikulum PERMATA mempunyai hasrat yang sama iaitu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Antara Hasrat yang ingin dicapai ialah mengembangkan kanakkanak dari sudut jasmani, emosi, Rohani,intelektual dan sosial (JERIS). Hal ini bersesuaian dengan FPK iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis. Selain itu, Kurikulum PERMATA menggunakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 iaitu Akta 308 yang merupakan akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan tamantaman asuhan kanak-kanak. Malah, KSPK pula menggunakan Akta Pendidikan 1996 iaitu Akta 550 yang merupakan akta yang digubal bagi mengadakan peruntukan pendidikan dan perkaraperkara yang berkaitan. .


MATLAMAT Umum mengetahui, matlamat kurikulum PERMATA Negara ialah menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti untuk melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Malahan matlamat KSPK pula ialah menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Selain itu, objektif utama kurikulum PERMATA Negara ialah membimbing kanak-kanak menguasai Kemahiran awal berbahasa, berkomunikasi dan literasi dalam Bahasa Melayu, Bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris sejajar dengan objektif KSPK yang ingin menerapkan kepada kanak-kanak untuk menggunakan Bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.


Seterusnya, objektif bagi kurikulum PERMATA adalah membina emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak untuk melahirkan individu yang bersahsiah mulia,tenang, ceria, bersopan santun, penyayang dan berempati serta adil dalam menyayangi dan menghargai alam sekitar melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dari aspek emosi. Di samping itu, membina Kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanakkanak serta keupayaan mereka menumpukan perhatian dalam objektif kurikulum PERMATA untuk meneruskan objektif KSPK dalam mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. MATLAMAT


KERANGKA KONSEPTUAL Secara umumnya, kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah dibekalkan dengan enam model kerangka konseptual yang saling berhubung bagi memastikan pembelajaran bermakna secara berterusan dan mendorong kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Selain itu, model konseptual kurikulum PERMATA bagi perkembangan fizikal dan psikomotor kanak-kanak akan menekankan keupayaan kanak-kanak untuk menerok, mencuba , menjalankan eksperimen, berinteraksi dengan rakan-rakan dan orang dewasa secara bebas. Antara model konseptual kurikulum PERMATA ialah model perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian yang menekankan untuk kanak-kanak membina Kemahiran sosial, merangsanga minda dan meningkatkan minat ingin tahu yang tinggi serta membina sosioemosi yang ceria dan seimbang. Hal ini kerana dalam kerangka KSPK juga dapat memupuk kanak-kanak dalam konsep keterampilan diri bagi mewujudkan pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri kanak-kanak melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum bagi menggalakkan kanak-kanak untuk bersosial.


BIDANG/TUNJANG Kurikulum PERMATA dan KSPK dibina berasaskan enam bidang/tunjang yang saling berkait dan sejajar untuk membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik . Berdasarkan daripada KSPK ini merupakan rentetan daripada model PERMATA. Melalui kurikulum PERMATA, kurikulum ini mempunyai enam bidang yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak. Enam bidang yang perlu mereka kuasai ini dapat mencapai apabila kanak-kanak melalui pengalaman empat elemen yang terdapat dalam kurikulum PERMATA iaitu pemakanan seimbang, keselematan kanak-kanak, penjagaan dan latihan diri serta amalan pengasuh. Menurut Azhar Hj. Wahid dan Zawawi Jahya (2009), pendidikan seseorang insan itu akan terdidik dengan sifat-sifat kemanusiaannya dan umumnya ialah perubahan ke arah menjadi insan yang baik dan harmonis.


Bidang perkembangan bahasa, komunikasi, literasi awal dan tunjang komunikasi Dalam kurikulum PERMATA, kanak-kanak pada usia 3-4 tahun sudah memperoleh percakapan yang jelas dan dapat mengambil bahagian dalam komunikasi yang aktif mengikut tunjang komunikasi dalam KSPK. Bidang perkembangan bahasa ini akan digunakan oleh kanak-kanak dalam prasekolah untuk mereka berbahasa secara lisan atau bukan lisan semasa berinteraksi. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga akan dapat memberi respon dengan bertatasusila apabila mereka mempunyai bidang perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal yang mendalam terhadap kefahaman untuk menjawab soalan dan bahan rangsangan yang diberikan.


Bidang perkembangan awal matematik dan pemikiran logik serta tunjang sains dan teknologi Kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan mempunyai pengetahuan yang sama terhadap sains dan matematik awal. Melalui kurikulum PERMATA, kanak-kanak dapat menguasai pra-nombor dan awal nombor manakala bagi KSPK pula kanak-kanak dapat membuat pengukuran menggunakan unit bukan piawai, memadan bilangan objek dengan simbol nombor yang digunakan dan dapat menghasilkan pola nombor mengikut kreativiti sendiri dengan pengenalan pranombor dalam kurikulum PERMATA.


Bidang perkembangan fizikal dan psikomotor dan perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan Melalui kurikulum PERMATA, elemen penjagaan dan kesihatan diri dapat merangkumi KSPK dengan penjagaan kesihatan kanak-kanak. Dengan ini, kanak-kanak dapat menggunakan motor halus mereka untuk meneroka persekitaran sekolah dan meneroka pelbagai aktiviti yang terdapat dalam KSPK yang melibatkan motor halus murid. Oleh hal demikian, perkembangan psikomotor kanak-kanak dapat selari dengan kurikulum PERMATA dan KSPK kerana kedua-duanya menggunakan Aktiviti meneroka, mencuba dan menjalankan eksperimen dengan menggunakan kemahiran psikomotor. Ianya juga dapat menggunakan elemen kurikulum PERMATA untuk penjagaan dan latihan urus diri yang sejajar dengan KSPK melalui mempraktikkan diri dengan cara-cara menjaga kebersihan dari pelbagai aspek.


RUMUSAN Kesimpulannya, Kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah suatu modul yang digubal sebagai panduan kepada guru untuk memnuhi tuntutan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan penting dalam memastikan penyediaan awal kanak-kanak sebelum mereka memasuki alam sekolah rendah secara efektif di Malaysia. Walaupun kedua-dua kurikulum ini mempunyai perbezaan yang ketara namun kurikulum ini bermatlamat ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Namun begitu, kurikulum ini sememangnya memberikan peluang pengalaman yang sama dalam pembelajaran awal yang berkualiti.


Rujukan Ghani, R. B. A., & Nor, M. M. (2020). FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) DI MALAYSIA. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 8(4), 35–49. https://ijie.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/26841/12299 01 02 03 Ikwan Lubis SE, M. M., Lubis, M. A., Taib, S. H., MAg, D. K., Zakaria, I., Nor, M. Y. M., Ismail, M. A., Abdul Rahman S. E., A., & Abdullah, W. A. A. W. (2021). DASAR FALSAFAH DAN POLISI PENDIDIKAN BERSEPADU: PENGALAMAN MALAYSIA. ASEAN COMPARATIVE EDUCATION RESEARCH JOURNAL on ISLAM and CIVILIZATION (ACER-J). EISSN2600-769X, 4(1), 1–19. https://spaj.ukm.my/acerj/index.php/acer-j/article/view/70/70 Maghfiroh, S., & Eliza, D. (2021). Perkembangan Bahasa Anak Usia 3 Tahun. Journal of Education Research, 2(3), 89–92. https://doi.org/10.37985/jer.v2i3.54


Rujukan Kurikulum Permata Negara. (2013). Asuhan dan Didikan Awal Kanakkanak 0-4 tahun. Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA). Jabatan Perdana Menteri 04 05 06 Binti Kassim, N. F., & binti Abdul Jalal, F. H. (2015). KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN MODUL PENDIDIKAN AKHLAK : ISU DAN CABARAN MASA KINI. Researchgate.net. https://www.researchgate.net/profile/NorKassim/publication/303381860_KURIKULUM_PENDIDIKAN_AWAL_KANAKKANAK_DAN_MODUL_PENDIDIKAN_AKHLAK_ISU_DAN_CABARAN_MASA_KINI/links/573f3d0e08 ae9f741b321b36/KURIKULUM-PENDIDIKAN-AWAL-KANAK-KANAK-DAN-MODUL-PENDIDIKANAKHLAK-ISU-DAN-CABARAN-MASA-KINI.pdf Bahagian Pembangunan Kurikulum (2017). Pendidikan Prasekolah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Semakan 2017. Kementerian Pendidikan Malaysia.


Click to View FlipBook Version