The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORBAHIYAH BINTI BAHAROM Moe, 2021-01-29 23:52:11

BUKU NOTA SEJARAH

BUKU NOTA SEJARAH

BUKU NOTA SEJARAH
TAHUN 4

Muka surat 1 dan 2
digunakan untuk indeks

Indeks Buku Nota Sejarah

Bil Tarikh Tajuk Catatan

BUKU NOTA SEJARAH
TAHUN 4

Muka surat 3
mula menulis nota

Tajuk : Pengertian Sejarah

Herodotus
Sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan
manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya

Ibn Khaldun
Sejarah membicarakan peradaban manusia dan
perubahan yang berlaku.

Edward Hallett Carr
Sejarah ialah satu proses interaksi antara masa kini
dengan masa lampau.

Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Sejarah merujuk peristiwa yang pernah atau sudah
berlaku.

Dr. Muhd Yusof Bin Ibrahim
Sejarah merupakan catatan atau rekod sesuatu
peristiwa yang berlaku pada masa lalu.

Tajuk : Sumber Sejarah
1 Sumber sejarah memberikan maklumat yang tepat

tentang sesuatu peristiwa yang berlaku.

2 Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu :
• Sumber primer
• Sumber sekunder

3 Sumber primer dikenali sebagai sumber pertama.
Ia berada dalam bentuk asal dan belum diolah

4 Sumber sekunder ialah penulisan yang dihasilkan
daripada sumber asal.

Sumber
Primer

Fosil Manuskrip Artifak

Tinggalan Tulisan tangan Hasil ciptaan
tumbuhan seperti Hikayat manusia seperti
atau haiwan Hang Tuah dan
yang terawet Sulalatus Salatin tembikar,
senjata dan duit

syiling

Buku Sumber Risalah
Sekunder

Majalah dan
Surat khabar

Tajuk : Kaedah Penyelidikan Sejarah

Kaedah Penyelidikan
Sejarah

Kajian Kajian Lisan Kajian
Arkeologi Bertulis

Kajian Merupakan proses mendapatkan
Arkeologi maklumat daripada bahan
tinggalan sejarah.

Kajian Merupakan proses mendapatkan
Lisan maklumat melalui temubual.

Kajian Merupakan proses
Bertulis mendapatkan maklumat
daripada tulisan dan lakaran.


Click to View FlipBook Version