SADN1033
NATIONHOOD
KEPELBAGAIAN
GAYA HIDUP
PENDUDUK MALAYSIA
PERPADUAN
WAMRANLAA-Y
WSAIARNI
BANGNSAEGARA
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA (L)
SESI 2022/2023(A212)
TUGASAN 1:
E-MAJALAH
TEMA: WARNA-WARNI MALAYSIA
DISEDIAKAN UNTUK:
EN MOHAMAD ISMANDI BIN WASLI
DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN 1
1) PREMA A/P RAVI (275595)
2) NAZWAN ADHA BIN MOHAMAD NAZAR (285217)
3) NUR FARAHANA NABILA BINTI JIMI ROSTAM (285820)
4) RAJA MUHAMMAD SYAKIR ZUFAYRI BIN RAJA HAMDAN (287082)
5) FAIQAH ATIFAH BINTI AHMAD FUAD (287842)
6) BALQISH NURALIAH BINTI RAMLEY (290328)
ISI KANDUNGAN
01) PENGENALAN 1-3
1
DEFINISI NEGARA & BANGSA 2
KONSEP KEPELBAGAIAN KEBUDAYAAN 3
ASAS PERPADUAN
02) PERAYAAN 4-9
5-6
HARI RAYA AIDILFITRI
PERAYAAN DEEPAVALI 7-8
TAHUN BARU CINA 9
03) MAKANAN 10-19
11-14
MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
- Nasi Lemak 12
- Lemang 13
- Tapai Pulut 14
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA 15-17
- Thosai 15
- Nasi Daun Pisang 16
- Muruku 17
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA 18-19
- Yee Sang & Tang Yuan 19
04) KEPELBAGAIAN KEPERCAYAAN 20-27
21
AGAMA ISLAM (Konsep) 22
- Keunikan
23
AGAMA KRISTIAN (Konsep) 24
- Keunikan 25
26
AGAMA HINDU (Konsep)
- Keunikan 28-30
05) KEPENTINGAN MEMELIHARA
KEHARMONIAN HUBUNGAN
PELBAGAI KAUM
06) KESIMPULAN & RUMUSAN 31
07) RUJUKAN 32
08) LAMPIRAN 33-34
DEFINISI NEGARA & BANGSA
BANGSA NEGARA Negara didefinisikan sebagai wilayah kewujudan
kumpulan manusia yang mendiami sesuatu kawasan
di mana wujud suatu unit politik yang memiliki
tanggungjawab, kedaulatan dan kuasa untuk
menjalankan pentadbiran sendiri. Menurut K.
Ramanthan, konsep negara ialah sekumpulan
manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang
tetap berada di bawah penyelengaraan kerajaan dan
tidak tertakluk kepada kuasa luar. BERSATU
TEGUH
BERCERAI
ROBOH
Manakala konsep bangsa merupakan satu kelompok
manusia yang mempunyai persamaan seperti
keturunan serta menetap di sesuatu Kawasan atau
tempat. Bangsa juga dikenali sebagai kaum yang
membawa maksud kumpulan manusia yang
memiliki ciri-ciri budaya yang tersendiri. Oleh itu,
bangsa dalam erti kata lain ialah manusia yang hidup
dalam sesebuah negara yang terdiri daripada
kumpulan besar yang ahlinya mempunyai
kepercayaan terikat atas asas perkongsian identiti
sebagai suatu kumpulan manusia atau masyarakat
yang terikat dengan persamaan hubungan sejarah,
1 kebudayaan dan nenek moyang yang sama.
Kebudayaan merupakan satu gaya hidup yang KEPELBAGAIAN
menjadi amalan kaum tertentu dan meliputi sistem
sosial, agama, adat resam dan moral. Terdapat
hubung kait antara budaya dengan kehidupan
masyarakat pelbagai bangsa dan kepercayaan.
Namun begitu, wujudnya perbezaan antara budaya
satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.
Berdasarkan Kamus Dewan (2007), budaya
ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan
fikiran, akal budi (cara fikiran), dan berkelakuan.
KEBUDAYAAN Di samping itu, budaya turut didefiniskan sebagai
satu cara yang menjadi amalan serta gaya hidup
dalam kehidupan bermasyarakat kini. Dalam erti
kata lain, budaya dikatakan sebagai suatu gaya
hidup yang diamalkan sesebuah masyarakat sama
ada dari segi nilai kepercayaan, pemikiran, dan
pandangan. Secara jelas dapat dilihat bahawa
budaya dikatakan sebagai warisan sosial manusia,
cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang
boleh diwarisi. 2
Perpaduan merupakan satu toleransi
serta penyatuan yang ditunjukkan oleh
sesebuah masyarakat yang terdiri
daripada kumpulan etnik yang berbeza
serta memiliki budaya yang berbeza
namun perbezaan ini tidak menghalang
ke arah membentuk keharmonian hidup
bersama.
Asas perpaduan juga memiliki unsur
politik yang menjurus kepada satu
keadaan di mana sebuah masyarakat itu
sehaluan dan bekerjasama untuk
mencapai matlamat bersama.
Mengambil kira konteks negara yang
mempunyai kepelbagaian budaya maka
konsep perpaduan yang ditekankan
ialah “Perpaduan dalam Kepelbagaian”.
3
Negara Malaysia melambangkan sebuah negara yang 4
terdapat kepelbagaian dari segi, budaya, perayaan,
makanan dan kepercayaan. Negara Malaysia yang
mempunyai masyarakat berbilang kaum terutamanya
Melayu, Cina dan India ini menjadikan sesebuah negara
unik dan berkepelbagaian. Dengan adanya kepelbagaian
kaum di negara Malaysia ini, kita dapat melihat
perayaan yang disambut oleh setiap kaum, variasi adat,
serta keunikan budaya dalam suatu kaum. Bermacam-
macam perayaan disambut di Malaysia pada setiap
tahun. Justeru, hal ini menunjukkan bahawa
masayarakat Malaysia hidup dalam suasana yang
harmoni di samping mempunyai berbilang bangsa tidak
kira kepercayaan dan rona kulit. Kepelbagaian perayaan
ini memperlihatkan keunikan Malaysia, serta nilai-nilai
perayaan itu tersendiri dan secara tidak langsung
menjadi satu tarikan pelancong luar atau dalam negara.
Bagi penganut agama Islam yang majoritinya terdiri
daripada masyarakat Melayu, perayaan utama yang
akan dirayakan pada setiap tahun adalah Hari Raya
Aidilfitri. Manakala bagi masyarakat yang menganut
agama Hindu di Malaysia, di mana majoritinya adalah
berbangsa India, antara perayaan utama yang mereka
sambut adalah perayaan Deepavali. Selain itu, bangsa
Cina yang majoritinya terdiri daripada penganut agama
Buddha, antara sambutan perayaan yang disambut pada
setiap tahun adalah Tahun Baru Cina.
HARI RAYA AIDILFITRI
Disambut oleh umat Umat Islam akan
Islam pada 1 Syawal berpakaian baharu dan
setelah selesai menjalani menunaikan solat sunat
ibadah puasa selama
satu bulan di bulan AidilFitri secara
berjemaah di surau atau
Ramadan
masjid
Kanak-kanak akan
bersalaman dengan Bayaran zakat fitrah
kedua ibu bapa serta ahli bertujuan menyucikan
keluarga lain untuk
memohon ampun dan umat Islam yang
maaf antara satu sama berpuasa daripada
perbuatan yang tidak
lain
berfaedah
Persiapan awal seperti
menghias rumah, Tetamu yang datang
berkunjung akan
membuat kuih raya dan disajikan dengan
membuat tempahan baju hidangan tradisi
raya akan dilakukan sambutan perayaan ini
sebelum menjelang 1 seperti ketupat, lemang
Syawal dan rendang
Kanak-kanak akan diberi Rumah terbuka dapat
duit raya yang dianggap mengeratkan hubungan
sebagai satu sedekah, sesama masyarakat
seiring dengan Malaysia dalam
mewujudkan
menyambut hari raya
kebahagiaan dalam bersama-sama
menyambut perayaan ini
5
HARI RAYA AIDILFITRI
Antara persiapan sebelum
menyambut Hari Raya Aidilfitri
adalah seperti memasak rendang,
membakar lemang, merebus
ketupat dan lain-lain
Kemeriahan sambutan raya dengan
kanak-kanak yang teruja bermain
bunga api
Memakai pakaian baharu untuk
menyambut kemeriahan 1 Syawal.
Amalan bersalaman antara satu
sama lain untuk memohon maaf di
pagi raya
Pemberian duit raya ini selain
dianggap sedekah dimana
merupakan ibadah yang besar
pahalanya, ia juga satu amalan
yang membuka pintu rezeki serta
membawa kegembiraan kepada
umat islam di hari perayaan
Antara juadah yang sering
dihidangkan semasa sambutan Hari
Raya Aidilfitri adalah lontong,
rendang, nasi himpit dan kuah
kacang, pulut kuning, sate, lemang
dan serunding
6
Disambut oleh masyarakat beragama Hindu pada bulan 'Aippasi', iaitu pada akhir
Oktober atau awal November
Deepavali sinonim dengan pesta cahaya. Ia juga berasal daripada perkataan
'Deepam' dan 'Vali' yang bermaksud sebarisan pelita
Memakai sedikit minyak di kepala dan mandi sebagai tanda menyucikan tubuh
dan bersembahyang di kuil-kuil atau rumah. Seterusnya mereka akan
berkunjung ke rumah saudara mara
Hiasan 'rangoli' diperbuat daripada beras yang diwarnakan akan diletakkan di
hadapan rumah bagi menyambut tetamu
Antara makanan tradisi perayaan Deepavali adalah thosai, muruku dan manisan
laddu
Manisan melambangkan identiti masyarakat India dan sering dijadikan sebagai
acara pembuka suatu majlis. Mengikut kepercayaan mereka, manisan mampu
membawa keseronokan, kegembiraan, positiviti, dan kesejahteraan
berpanjangan
7
Memakai pakaian tradisi hari
perayaan Deepavali iaitu Kurta
dan Sari
Kepercayaan penganut agama Hindu tentang
menghidupkan pelita adalah kecerahan
mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi
kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan
kebijaksanaan mengatasi kejahilan
Memakai sedikit minyak bijan di kepala
yang dilakukan oleh orang lebih dewasa
seperti ibu atau bapa, sebagai tanda
menyucikan tubuh
'Rangoli' iaitu hiasan lantai diperbuat
daripada beras yang diwarnakan ini
diletakkan di hadapan rumah sebagai
menyambut tetamu yang datang berkunjung
Antara makanan tradisi semasa perayaan
Deepavali adalah vada, idhili, thosai dan
muruku
Kudapan dan manisan yang sering dihidangkan 8
semasa perayaa Deepavali. Antaranya adalah
kuih rawa urundai, kuih paal guva, kuih jillebhi
dan laddu. Manisan juga dianggap sebagai
acara pembuka suatu hari perayaan atau majlis
kerana ia mampu membawa keseronokan dan
kegembiraan
Perayaan ini disambut secara besar
besaran oleh masyarakat Cina sebagai
menyambut kedatangan tahun baru
Jamuan makan besar bersama ahli
keluarga yang membawa tuah kepada
mereka serta dapat mengeratkan
hubungan antara satu sama lain
Setiap menu membawa makna yang
berbeza seperti udang yang membawa
keriangan manakala ikan membawa
kemewahan dan rezeki
Jamuan yee sang bersama keluarga
atau rakan-rakan memeriahkan lagi
malam tahun baru. Limau mandarin
menjadi simbolik kemewahan dan
kesejahteraan
Perayaan ini mengamalkan budaya
memberi angpao kepada kanak-kanak
dan bagi yang belum berkahwin kerana
pemberian angpao membawa makna
keberkatan dan kesejahteraan
berpanjangan
Persembahan tarian naga dan singa di
kedai-kedai dan rumah ke rumah untuk
memberi berkat kepada mereka yang
menyambut Tahun Baru Cina
9
TRMAADKIASINOANNAL
Makanan
Tradisional
Makanan tradisional amat popular
dalam masyarakat Malaysia kita yang
kaya dengan adat resam dan budaya.
Malaysia mempunyai pelbagai jenis
makanan tradisional berasaskan kaum.
Makanan basah dan makanan kering
adalah dua jenis makanan tradisional.
Nasi lemak, Tosai, dan Yong Tau Foo
antaranya. Juga Dodol, Karipap, dan
Muruku adalah nama kuih-muih
tersebut. Hidangan tradisional ini
semakin popular di seluruh dunia.
Masakan tradisional boleh
dibandingkan dengan dek hujan atau
dek panas. Pelbagai usaha sedang
dilakukan di negara kita untuk
memajukan industri makanan
tradisional.
10
MAKANAN Makanan
TRADISIONAL tradisional,
K A U M M E L A Y U makanan kita!
Orang Melayu biasanya SANTAP
memperkenalkan
makanan tradisional
yang dihidangkan
sebagai santapan
mte
atajlmisupsearkmaahwadinaadni,
kenduri kesyukuran
atau jamuan harian
keluarga. Jenis
masakan seperti tapai
ubi dan ubi kayu.
Makanan tradisional Ini
kebanyakannya disukai
oleh orang yang lebih
tua kerana nenek
moyang kita pernah
menanam ubi kayu
sebagai makanan utama
mereka.
11
MAKANAN
TRADISIONAL
NLAESMI AK
Nasi lemak merupakan makanan
kesukaan rakyat Malaysia
terutama ketika waktu sarapan
pagi. Nasi lemak adalah nasi
yang dimasak menggunakan
campuran nasi dan santan,
untuk menghasilkan lemak dan
juga daun pandan ditambah
ketika proses pengukusan nasi
untuk menambah aromanya.
Secara tradisinya, nasi lemak
dihidang melalui cara dibungkus
dengan daun pisang, kacang
goreng, ikan bilis, ditambah
hirisan timun, telur rebus, dan
sambal (sos pedas) sebagai inti.
Tambahan lagi, untuk
menjadikan nasi lemak
berkhasiat, nasi lemak juga
didatangkan dengan pelbagai
hidangan lain seperti ikan,
ayam, sotong, kerang, air tumis
bengkung (kangkung), sayur
jeruk (acar), daging rendang
atau paru-paru lembu.
12
LEMANG E-MAJALAH
"Apabila di
hidangkan
bersama
kuah rendang
pasti
menambah
selera"
Lemang kebiasaanya ada
ketika Sambutan Hari Raya
LEMANG sahaja. Hampir semua rakyat
Kaum Melayu dari pelbagai etnik di Malaysia
Lemang dihasilkan dengan cara gemar akan makanan
beras pulut dicampurkan dengan
santan. Selepas itu, beras pulut tradisional ini. Lemang telah
yang telah bercampur dengan
santan akan dibakar dalam buluh dikenali sebagai hidangan
menggunakan daun pisang.
Proses memasak dengan kaedah istimewa sejak tahun 1864.
sebegini dengan menggunakan
buluh merupakan cara masakan Makanan tradisional ini
tradisi di Malaysia.
kebiasaanya juga turut
dihidangkan bersama rendang
atau serunding.
13
T APPUAL IU T
Makanan Tradisional Melayu
Tapai dikenali sebagai sejenis
makanan berasaskan pulut.
Tapai dikelaskan kepada dua
jenis iaitu tapai pulut dan tapai
ubi. Tapai pulut biasanya lebih
popular daripada tapai ubi. Hal
ini dikatakan demikian kerana,
bahan-bahan dalam tapai tidak
sukar diperolehi. Proses
pembuatan Tapai pulut
memerlukan penggunaan pulut,
yis, dan sedikit gula. Bahan-
bahan ini perlu digabungkan
dengan teliti. Kemudian ia akan
dibungkus dalam bahagian
kecil dengan daun tapai. Walau
bagaimanapun, untuk
mendapati daun tapai agak
sukar kerana daun ini semakin
berkurangan, dan kini terdapat
tapai yang dibungkus
menggunakan daun pisang.
Rasa tapai yang menggunakan
daun pisang agak berbeza
daripada tapai yang dibalut
menggunakan daun tapai.
14
MAKANAN
TRADISIONAL
KAUM INDIA
THOSAI Tahukah anda?
Tosai ini juga turut dikenali dengan Di Malaysia yang memiliki pelbagai warna-warni
budaya ini tidak ketinggalan juga makanan
banyak lagi nama lain. Tosai juga tradisional daripada kaum India. Makanan
tradisional India di Malaysia turut menjadi
dieja dosa, dhosha, dose, dosay, antara hidunagan yang memiliki ciri-ciri dan rasa
yang tersendiri di mana masakan tradisional ini
dosai, chakuli dan thosai. Tosai dihasilkan dengan gabungan pelbagai rempah
melalui pelbagai hidangan seperti karidan
memiliki dalam banyak perisa, proses penghasilannya menggunakan minyak
sayuran yang menghasilkan rasa yang pelabgai
antaranya tosai telur, tosai cili, tosai daripada campuran rempah ratus. Makanan
tradisional india ini apabila dihias atau dimakan
bawang, dan lain-lain. Rakyat dengan pelbagai jenis kuah rempah, ia dikatakan
unik.
Malaysia, khususnya India,
menikmati hidangan tradisional ini.
Makanan tradisional Tosia di
Malaysia sebenarnya berasal dari
India yang telah di bawa oleh orang
india yang di bawa ke Tanah Melayu
ketika zaman penjajahan British.
Tosai biasanya dimakan ketika
sarapan pagi namun ada juga ia
dihidangkan ketika makan malam.
15
Makanan Tradisional India
NASI DAUN
P I S A N
G
India juga
Masakan
disajikan di atas daun
pisang, yang dianggap
memberi kesan yang baik
serta melancarkan proses
penghadaman perut
selepas makan. Nasi daun
pisang akan dihidangkan
dengan pelbagai jenis
sayur-sayuran, kari daging
atau ikan, jeruk, dan
papadam. Oleh kerana nasi
daun pisang ini merupakan
makanan untuk vegetarian
India dan dimakan dengan
menggunakan tangan,
hidangan ini biasanya
hanya dihidangkan dengan
kuah kari dan tanpa
daging.
16
MURUKKU
Murukku adalah hidangan India yang
popular. Murukku telah menawan hati ramai
penduduk Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Murukku ialah snek lazat
yang rangup, mudah dibuat serta murah.
Murukku dihasilakan daripada bahan-bahan
seperti tepung kacang tosai atau urad dhal
dan tepung beras, dan rasa berbeza mengikut
kipas, seperti versi asli atau pedas dengan
serbuk cili. Murukku biasanya berbentuk
bulat atau halus. Murukku dibuat dengan
acuan khas, seperti cara menekan tepung
yang diuli atau kaedah putaran.
17
MAKANAN
TRADISIONAL
KAUM CINA
Info!
KUIH Makanan tradisional
BULAN kaum cina ini dikenali
sebagai kuih bulan yang
Mooncake ialah kek Cina yang popular kebiasaanya ada ketika
sambutan Pesta Kuih
semasa Festival Pertengahan Musim Bulan, yang diadakan
pada hari kelima belas
Luruh. Menurut legenda Cina, kuih bulan lunar kelapan. Kuih
bulan ini adalah kuih
bulan adalah kuih yang dilarang ketat manis dengan inti seperti
kacang merah atau telur
dan dikenakan hukuman kejam
masin. Di Malaysia
semasa pemerintahan Suku Mongol terdapat yang halal dan
boleh dimakan oleh orang
(Dinasti Yuan) di China. Undang-
Melayu Islam serta
undang itu dianggap tidak munasabah muslim yang lain.
dikenakan ke atas orang Cina untuk
menghalang sesiapa daripada
mencabar kuasa mereka. Akibatnya,
orang Cina Suku Ming bersetuju untuk
tunjuk perasaan.
Pada suatu malam, ketika bulan penuh 18
muncul, mereka menghasilkan kek
bulan secara besar-besaran dengan
arahan yang menerangkan cara
memberontak yang tertulis di tengah-
tengah. Sehingga kini masyarakat Cina
meraikan acara ini setiap tahun. Kuih
bulan pula mempunyai tradisi iaitu
Kuih ini dihasilkan sebagai pemberian
kepada dewa dapur menurut
kepercayaan masyarakat cina.
SYAENEG
Yee sang ialah hidangan
tradisional yang utama semasa
perayaan orang cina dan
hidangan mewah sebelum
perayaan. Menurut sejarah,
hidangan ini timbul akibat sisa
makanan seperti keropok,
lobak merah, lemon balm,
halia, dan sebagainya selepas
sambutan Tahun Baru Cina.
Tidak mahu membazir makanan,
mereka menggabungkannya Terdapat juga pencuci mulut yang
dikenali sebagai Tang Yuan . Pencuci
dengan perasa seperti lada mulut ini ialah salah satu hidangan
hitam, sos plam, dan lada putih. penting ketika perayaan, selain
Tahun Baru Cina yang mewakili
Tidak ketinggalan juga kesempurnaan dan keharmonian
keluarga. Semasa musim sejuk, orang
penggunaan bersama minyak Cina menyambut perayaan Tang
Yuan, yang dikenali sebagai 'Dhong
untuk menambah rasa. Zhi' dalam kalendar Cina. Dahulu,
apabila musim sejuk muncul ini
Akibatnya, masyarakat
mempunyai hidangan istimewa
yang dianggap membawa
keharmonian, kekayaan, dan
tuah.
bermakna semua orang akan
berhenti Bertani
serta menyambut
perayaan denga
n ahli keluarga,
supaya mana-mana ahli keluarga
yang merantau atau bekerja di
bandar dapat pulang ke pangkuan
keluarga di kampung. Tang yuan ini
proses penghasilannya adalah
daripada tepung pulut dan akan
digabungkan dengan sedikit air agar
TANG menjadi pejal serta lembik dan dapat
dibentuk menjadi bebola, yang
YUAN kemudiannya akan direbus dan
dihidangkan dengan air manis
berperisa halia.
19
Di Malaysia terdapat pelbagai bilangan kaum sehingga
wujudnya pelbagai agama dan budaya mengikut kaum
yang tersendiri. Peratus tertinggi agama yang ada di
Malaysia merupakan agama Islam selebihnya terdiri
daripada agama-agama yang lain. Agama yang ramai
penganutnya selain agama Islam adalah Budha, Hindu
dan Kristian. Setiap agama mempunyai prinsip dan
ajaran yang tersendiri.
Di Malaysia, agama rasmi merupakan agama Islam tetapi
tidak menghalang agama lain untuk menganut agama
mereka yang tersendiri. Walaupun di Malaysia
mempunyai kepelbagaian agama tetapi tetap wujud
keharmonian antara agama dan menimbulkan sikap
saling hormat-menghormati antara kaum.
20
Agama Islam dikenali juga sebagai
Agama Samawi yang telah terkandung
di dalam al-quran manakala Nabi
A G A M Aterakhir bagi umat Islam adalah Nabi
Muhammad SAW dan tiada lagi ISLAM
kelahiran Nabi selepas Baginda
Rasulullah SAW. . Dari segi perkataan,
Islam bermaksud “Penyerahan” iaitu
menyerahkan diri sepenuhnya kepada
Allah SWT. Umat Islam perlu patuh
segala suruhan Allah SWT dan
meninggalkan segala larangan-Nya.
Tambahan lagi, penganut agama Islam
digelar muslim yang bermaksud
“Seseorang yang tunduk’.
Semua muslim mempercayai bahawa Allah itu yang satu dan
Maha Esa. Agama Islam mula berkembang setelah ajaran
Islam mula dibawa oleh Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Nuh,
Nabi Isa dan Nabi Muhammad. Kitab suci Al-Quran dan Hadis
menjadi panduan dan rujukan bagi umat Islam yang tidak
akan berubah dan kekal sehingga akhir zaman.
21
1 ISLAM
Sumber dan ajaran Islam
berpaksikan wahyu yang
diturunkan kepada para Rasul
yang dipilih oleh Allah untuk
menyebarkan wahyu yang telah
terkandung didalam Al-Quran dan
Sunnah. Oleh itu, ajaran yang
diturunkan kepada umat Islam
kekal dan tidak berubah.
2
Umat Islam meletakkan Rukun
Iman dan Rukun Islam sebagai
paksi kehidupan mereka dan
perlu dipercayai tanpa
mempunyai keraguan.
3
Kiblat bagi umat Islam adalah
Kaabah iaitu yang terletak di
Masjidil Haram, Mekah. Kiblat ini
tidak berubah dan menjadikan
petunjuk arah bagi umat Islam
melakukan ibadah.
KEUNIKKAN
AGAMA
ISLAM Agama Islam merupakan agama 4
terbesar di dunia dan mempunyai
pengikut yang paling ramai
melebihi agama-agama yang lain.
Bagi umat Islam yang banyak
5 melakukan kebaikan dan sentiasa
mengingati Allah SWT akan
mendapat pahala dan dijamin
masuk ke dalam syurga. 22
KRISTIAN AGAMA
KRISTIAN
Agama Kristian merupakan
monotheis iaitu
agama
penganut Kristian mengikuti
ajaran-ajaran Jesus Christ dari
Nazaret. Namun begitu, nama
lain bagi Jesus adalah Al-Masih.
Di dalam Kristianiti telah
wujud pelbagai kepercayaan,
cara sembahyang tradisi
memegang
agama yang
kepada adat resam. Agama
Kristian mempunyai beberapa
aliran yang dibentuk 2000
tahun lama iaitu Ortodoks,
Protestan, Katolik Roma dan
Anglikanisme.
Aliran ini mempunyai pelbagai
mazhab dan kepercayaan
mengikut aliran masing-
masing. Boleh dikatakan
kebudayaan Barat merupakan
kesamaan dengan budaya
Kristian kerana sebahagian
besar penganut Kristian
adalah Dunia Barat.
Sebilangan besar kawasan
Eropah terdiri daripada
penganut Kristian cumanya
mempunyai perbezaan dalam
aliran. Kitab suci bagi agama
Kristian adalah Bibel yang
menjadi panduan terhadap
23 kehidupan mereka.
KEUNIKKAN
AGAMA
KRISTIAN
Penganut agama Kristian
menganggap bahawa agama
Kristian mengajar tentang kasih
sayang sesama umat manusia
terhadap Tuhan.
Di dalam agama Kristian di larang
untuk berpoligami kerana
bimbang akan penyakit datang
kepada pasangan barunya.
Penganut Kristian menganggap 24
bahawa taraf kehidupan
agama Kristian lebih tinggi di
taraf dunia.
Agama Kristian mempunyai
ritual yang sederhana dan
simple kerana mereka
berpendapat bahawa orang
Kristian perlu efektif dalam
bekerja jadi tidak perlu
memikirkan jam untuk
melakukan ritual
Kebanyakkan negara yang
memeluk agama Kristian
membuat keputusan terhadap
dunia sehingga berjaya seperti
Amerika Syarikat.
Info! AGAMA HINDU
Perkataan Hindu berasal daripada
perkataan Shindu yang membawa
maksud “Abadi”. Pada mulanya
perkataan Hindu berasal daripada
perkataan Shindu dan mula berubah
kerana Orang Persia yang terletak
berdekatan dengan India Purba
menyebut “S” sebagai “H”.
Demikianlah, kaum India mula
menyebut Hindu bukan Shindu yang
kekal sehingga kini. Agama Hindu
mempunyai ciri yang tersendiri yang
dianggap oleh penganutnya kerana
tiada manusia pun yang mengakui diri
mereka sebagai pengasas agama
Hindu.
Hal ini kerana golongan Rishi telah
menganggap kebenaran yang ditemui
adalah secara abadi kerana kebenaran
ini memang sudah wujud dengan
sendirinya. Oleh itu jelaslah bahawa
pendapat mereka, setiap manusia
memerlukan Tuhan dalam diri setiap
manusia untuk bergantung maka
sebab itulah agama Hindu tidak
memerlukan pengasas agama mereka.
25
Rig Veda merupakan buku tertua
yang wujud didunia iaitu teks kuno
yang ditulis dalam bahasa Sanskrit.
1Buku ini telah dicatatkan 1500 tahun
dan disebabkan itu agama Hindu
dikatakan agama tertua di dunia.
Agama Hindu mempercayai bahawa
Tuhan boleh dilihat dalam pelbagai
bentuk sebanyak dewa dewi dan
2mempercayai bahawa sebahagian
besar Brahman hidup di dalam
setiap alam semesta.
Agama Hindu tidak mempunyai
pengasas seperti agama Kristian
3mempunyai Jesus dan Agama Islam
mempunyai Nabi Muhammad SAW
dan Buddha untuk Buddhism.
KEUNIKKAN
AGAMA
HINDU Agama Hindu menggalakkan
4 penganutnya memakan vegetarian
kerana jika penganutnya memakan
daging dengan sengaja, mereka
akan menyebabkan kemudaratan
kepada haiwan tersebut.
5 Agama Hindu merupakan agama
yang ketiga terbesar didunia
selepas Islam dan Kristian.
26
Di Malaysia, walaupun Walaupun didalam
mempunyai pelbagai agama perlembagaan Malaysia
dan budaya tetapi setiap telah menetapkan
agama rasmi untuk
Malaysia adalah agama
agaammaanmdeamn hiliahrmunotnuiktahnipdaup
Islam tetapi semua
agama menerimanya
diskriminasi atau rasis
antara agama dengan agama dan bebas menganut
yang lain. Setiap agama agama masing-masing
mengajar penganutnya yang menyebabkan
untuk melakukan kebaikan wujud toleransi dan
terhadap orang lain dan keharmonian antara
agama lain. masyarakat walaupun
Oleh sebab itu, di Malaysia berbeza agama.
jarang sekali berlaku
pergaduhan besar antara
berlainan agama malah
saling hormat menghormati
dan saling bantu membantu
ketika di dalam kesusahan.
27
Kepentingan memelihara
keharmonian hubungan
pelbagai kaum melalui
kepelbagaian gaya hidup
di Malaysia
Keharmonian perpaduan yang wujud dalam suasana
masyarakat pelbagai kaum di negara kita haruslah
dipelihara bagi menjamin kemakmuran negara serta
mengekalkan kesepakatan perpaduan yang telahpun kita
perolehi sehingga ke hari ini. Perkara ini amat penting
untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini
berlaku seperti konflik antara kaum yang pernah terjadi
yang mana merupakan salah satu daripada sejarah hitam
yang pernah berlaku di Malaysia pada 13 Mei 1969, ketika
itu ramai yang terkorban dalam peristiwa berdarah
tersebut. Oleh yang demikian, demi menghindari insiden
sebegini berulang lagi di negara kita, perpaduan sesama
kaum menjadi tunjang utama untuk menjamin masa
depan yang lebih cerah.
28
Antara kepentingan memelihara keharmonian hubungan pelbagai
kaum adalah dapat membentuk sebuah masyarakat yang saling
menghormati antara satu sama lain. Sifat ini mudah dibentuk
sekiranya ibu bapa atau penjaga memainkan peranan sebagai contoh
teladan yang baik terhadap kanak-kanak lingkungan bawah umur.
Hal ini demikian kerana, setiap perbuatan yang dilakukan oleh orang
dewasa dapat diaptasi dengan pantas oleh generasi muda. Pepatah
mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya, yang
bermaksud pendidikan awal yang diberi kepada anak-anak biarlah
sejak mereka masih kecil. Jika dapat diterapkan dengan baik, pasti
sifat-sifat negatif serta buruk seperti hasad dengki dan khianat akan
hilang apabila majoriti masyarakat mempunyai sifat saling
memahami serta hormat antara satu sama lain yang diajar dan
diterapkan sejak kanak-kanak lagi.
Seterusnya, keharmonian ini juga perlu dipelihara bagi melahirkan
perasaan cinta akan negara dan rela serta sanggup berjuang dan
melakukan pengorbanan demi negara. Kekukuhan perpaduan dalam
kalangan masyarakat majmuk negara juga sudah pasti dapat
meningkatkan keamanan tanah air daripada ancaman dalam dan
luar. Rakyat yang berjiwa nasionalisme akan mengembangkan
kekuatan untuk mempertahankan negara ini daripada campur
tangan kuasa luar di samping memelihara kedaulatan negara dan
memelihara kemerdekaan negara pada masa yang akan datang.
29
Selain itu, melalui pemeliharaan keharmonian hubungan
pelbagai kaum juga dapat menarik minat para pelancong asing
untuk datang ke Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka
amat tertarik dengan kepelbagaian gaya hidup masyarakat
pelbagai etnik di negara ini. Terdapat macam-macam keunikan
budaya yang dapat ditunjukkan oleh setiap kaum, seperti
kepelbagaian makanan, perayaan, dan tempat ibadat untuk
pelancong luar negara lihat dan nikmati. Perkara inilah yang
menarik pelancong dari seluruh pelusuk dunia seperti dari
Timur Tengah dan Eropah datang ke Malaysia untuk mengenali
tentang budaya pelbagai kaum di negara ini. Oleh yang
demikian, perpaduan masyarakat majmuk pelbagai etnik yang
kukuh di negara kita pasti dapat menarik ramai pelancong
asing datang ke sini.
Di samping itu juga, perpaduan kaum juga dapat
mengukuhkan ekonomi negara. Sememangnya, tidak
dinafikan antara sebab utama pelabur asing berani melabur
di sesebuah negara adalah disebabkan oleh keadaan politik
yang stabil dan dasar pembangunan ekonomi kerajaan yang
mesra pelaburan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
tidak ingin mengambil risiko apabila kemungkinan modal
pelaburan yang telah di dilakukan sesebuah negara tidak akan
mendatangkan hasil yang positif akibat masalah-masalah yang
berlaku dalam sesebuah negara. Apabila pelabur telah tertarik
untuk melabur dalam negara Malaysia, maka akan
menyumbang kepada kesan positif di mana modal yang
dilaburkan mampu meningkatkan pendapatan negara dan
mewujudkan begitu banyak peluang pekerjaan yang baru
kepada rakyat tempatan. Namun perkara ini hanya berlaku
kerana para pelabur asing ini berani melabur di sini
melihatkan kepada kekukuhan politik negara hasil daripada
masyarakat yang bersama mengekalkan keharmonian serta
bersatu padu tanpa berlaku konflik. Maka jelaslah perpaduan
kaum dapat mengukuhkan ekonomi negara.
Akhir sekali, perpaduan kaum dalam masyarakat Malaysia juga dapat meningkatkan imej
negara di mata dunia. Tidak dinafikan negara kini berada di peta masyarakat antarabangsa
hasil usaha berterusan kerajaan membina negara yang disegani dunia. Kepimpinan bekas
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed adalah perintis dalam meletakkan Malaysia
setanding dengan negara maju yang lain. Kebolehannya dalam usia lanjut menjadikan
Malaysia negara dunia ketiga sebagai contoh dan seseorang yang boleh bangkit membela
nasib mereka dari di pentas dunia. Selain kepimpinan negara, Malaysia juga terkenal di
persada antarabangsa dengan kestabilan masyarakat yang wujud di negara kita. Sebagai
bukti, pertubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Malaysia
sebagai negara kesembilan paling aman di dunia, menurut kajian yang dijalankan oleh
badan bebas yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Ini jelas menunjukkan pengiktirafan
ini disebabkan masyarakat Malaysia hidup bersatu padu sehingga keadaan negara menjadi
aman dan harmoni. 30
Secara umumnya, Kebersamaan dan
kesatuan adalah sentimen penting yang
perlu ada oleh pelbagai lapisan
masyarakat di negara kita ini bagi
mempelbagaikan lagi corak hidup dalam
KESIMPULAN kepelbagaian etnik. Dr Mahathir pernah
&
berkata bahawa selemah lemah manusia
RUMUSAN
sekalipun, jika bersatupadu akan dapat
menggoncang dunia. Jelas disini
perpaduan perlu diterapkan dalam
kalangan rakyat di Malaysia. Sedia
maklum bahawa dengan kepelbagaian
budaya dan persefahaman yang ketara di
Malaysia maka kebersamaan antara etnik
perlu dikuatkan lagi antara satu sama
lain kerana kesannya amat besar.
Natijahnya, Budaya di Malaysia perlu dikekakalkan
demi kesinambungan tamadun kita. Hal ini dikatakan
kerana dapat mengekalkan lagi keharmonian dan
kemamana negara. Dalam pada itu, Kebebasan untuk
setiap bangsa seperti bangsa melayu, india dan cina
bagi mengekalkan kepercayaan, kebudayaan, atau
adat masing masing mestilah tidak dikekang bagi
menjamin kesejahteraan negara. Sesungguhnya
perpaduan adalah suatu anugerah dan nikmat yang
perlu digunakan sebaik mungkin oleh semua lapisan
masyarakat <3.
31
RUJUKAN KENEGARAAN
Mohamad (2020). Konsep negara bangsa di malaysia.
[online] Academia.edu. Capaian dari :
https://www.academia.edu/9933345/Konsep_negara_ban
gsa_di_malaysia [Dicapai pada 9 Jun. 2022].
DEFINISI, D. (2022). [online] Encyclopedia-titanica.com.
Capaian dari : https://ms.encyclopedia-
titanica.com/significado-de-diversidad-cultural [Dicapai
pada 9 Jun. 2022].
Yong Hong Lee (2020). Definisi Perpaduan. [online] Academia.edu. Capaian
dari : https://www.academia.edu/7846740/Definisi_Perpaduan [Dicapai pada 9
Jun. 2022].
Mahmud, F. (2015, November 1). Perayaan Di Malaysia. Firdaus Mahmud -
Academia.Edu dari
https://www.academia.edu/17578768/Perayaan_Di_Malaysia
Van Wijnen, B. (n.d.). Perayaan-perayaan di Malaysia dari
https://www.malaysiasite.nl/festivalsms.htm
Alex Waltner, (2021 Jun 6)- uniqueness about Hinduism dari
https://www.swedishnomad.com/facts-about-hinduism/
Krisrtian, 2021 Ogos 29, WIikipedia Bahasa Melayu dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kristian
Rizan Hassan (2016, Januari 31). Perpaduan kekalkan keharmonian antara
kaum dari https://belia.org.my/wp/2016/01/31/perpaduan-kekalkan-
keharmonian-antara-kaum/
Sayuti Ab Ghani and Yasin, R. (2016). Kepelbagaian Budaya Di Malaysia:
Analisis Dari Perspektif Islam. [online] ResearchGate. Dicapai dari:
https://www.researchgate.net/publication/319271624_Kepelbagaian_Budaya_
Di_Malaysia_Analisis_Dari_Perspektif_Islam [Dicapai pada 9 Jun. 2022].
Astroawani.com. (2022). [online] Dicapai dari:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kepelbagaian-asas-budaya-
nasional-218298 [Dicapai pada 9 Jun. 2022].
32
LAMPIRAN
https://youtu.be/Uhs1qQBfURI
Dokumentari Perpaduan di Malaysia
https://youtu.be/PMPUzX90Phs
Unik ke makanan Malaysia?
33
LAMPIRAN
https://youtu.be/Wt_HV_6sRUA
RETROSPEKTIF: KEHIDUPAN BERAGAMA DI MALAYSIA
https://youtu.be/q1XqJwM1EJc
"PERPADUAN"
34