The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Budaya buli di sekolah dan IPT semakin berleluasa. Bincangkan impak buli dari segi mental dan fizikal kepada seseorang individu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bathmarooban, 2022-06-10 05:45:32

Budaya buli di sekolah dan IPT semakin berleluasa. Bincangkan impak buli dari segi mental dan fizikal kepada seseorang individu.

Budaya buli di sekolah dan IPT semakin berleluasa. Bincangkan impak buli dari segi mental dan fizikal kepada seseorang individu.

1

E-FOLIO
KOD KURSUS:MPU23142 PENDIDIKAN MORAL

Budaya buli di sekolah dan IPT semakin berleluasa.
Bincangkan impak buli dari segi mental dan fizikal kepada seseorang individu

BATHMAROOBAN A/L THANGAMUTHU LUVEENAN A/L SEGAR
17DDT21F1039 17DDT21F1076

SEMESTER 2
KELAS: DDT2B
NAMA PENSYARAH:PUAN ASMA BINTI IBRAHIM

2

INDEKS

BIL PERKARA MUKA SURAT
1. PENGHARGAAN 3
2. PENGENALAN 4
3. DEFINISI 5
4. JENIS-JENIS BULI 6-8
5. FAKTOR BUDAYA BULI DI SEKOLAH DAN IPT
SEMAKIN BERLELUASA 9-13
6. KESAN IMPAK BULI DARI SEGI MENTAL DAN
FIZIKAL KEPADA SESEORANG INDIVIDU. 14
7. LANGKAH UNTUK MENGATASI BUDAYA BULI
8. KESIMPULAN 15-16
9. LAMPIRAN 17
10. RUJUKAN 18
19

3

PENGHARGAAN

Tugasan ini akhirnya telah diselesaikan dengan jayanya. Kami berterima kasih
kepada pensyarah kami laitu Puan asma binti ibrahim,bagi subjek nilai masyarakat
Malaysia atas pemberian nasihat dan peluang untuk membuat E-folio. Tidak
dilupakan juga ahli kumpulan iaitu Bathmarooban dan luveenan yang terlibat
dalam proses pelaksanaan tugasan tersebut. Jasa mereka yang sudi meluangkan
masa, menyumbang tenaga untuk menyiapkan bahagian tugasan masing-masing
dan perkongsian idea yang amat dihargai. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu
bapa dan rakan-rakan yang member sokongan dan buah fikiran sepanjang tempo
pelaksanaan tugasan tersebut. Sekian, terima kasih.

4

PENGENALAN

Kajian yang sistematik tentang perlakuan buli di sekolah sebenarnya telah bermula
sejak akhir tahun 1970-an oleh Dan Olweus. Beliau yang telah membuat beberapa
sir kajian terhadap tingkah laku buli di sekolah-sekolah di Negara Scandinavia dan
seterusnya kajian-kajian tentang perlakuan buli ini mula disebarkan ke serata dunia
(Olweus, 1978). Tingkah laku buli mula dikenal pasti sebagai satu masalah bear di
Amerika Syarikat (Dodge et al., 1990), juga di Australia (Rigby dan Slee, 1993), di
Jepun dan di Britain Kajian-kajian tentang tingkah laku buli ini sebenarnya adalah
untuk menyebarkan ilmu pengetahuan tentang perlakuan buli kepada golongan
sasaran dan masyarakat bagi mencegah perlakuan buli daripada terus berleluasa.

Sementara itu, kes buli dalam kalangan murid sekolah di negara ini merupakan
satu kejadian yang sering berlaku di sekolah. Akhir-akhir ini kejadian berkenaan
menjadi semakin serius. Kejadian buli yang berlaku bukan setakat mencederakan
mencederakan manga tetapi sehingga mengakibatkan kepada kematian murid.
Terdapat juga kes-kes buli yang berlaku dirakam dengan menggunakan telefon
pintar dan dan telah dimuatnaikkan ke alam siber menerusi laman sosial. Kejadian
ini telah menggemparkan seluruh negara dan menyebabkan ibu bapa merasa
bimbang tentang keselamatan anak mereka semasa berada di sekolah dan
khususnya di asrama.

5

DEFINISI

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau
maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung,
menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.
Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik
serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh
mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

6

JENIS-JENIS BULI
Buli boleh dikelaskan kepada empat jenis.
Buli fizikal, buli lisan dan buli berkaitan hubungan adalah yang paling lazim di sekolah rendah
dan pembulian siber adalah lebih biasa di IPT daripada di sekolah rendah dan sekolah
menengah.

1. BULI FIZIKAL
Ini adalah apa-apa buli yang melibatkan memukul, menendang, mencuri,
menyembunyikan atau merosakkan harta benda orang lain, atau memaksa mangsa buli
melakukan perkara-perkara yang tidak di ingini. Mangsa mungkin akan diejek, diseksa,
dan dipukul oleh rakan sekelas mereka. Buli fizikal hendaklah dihentikan dengan segera
kerana kadang-kadang ia berakhir dalam keadaan tragis seperti kecederaan parah atau
kematian.

7

2. BULI LISAN (PERCAKAPAN)
Ini adalah apa-apa buli yang di lakukan dengan percakapan seperti mengusik atau

menghina, menyebarkan khabar angin (fitnah), mengancam, dan mengejek orang lain.
Ini adalah jenis buli yang paling biasa berlaku.

8

BULI BERKAITAN HUBUNGAN

Ini adalah apa-apa buli yang dilakukan dengan niat untuk membuat seseorang berasa
terpinggir atau ditolak seperti dengan keengganan untuk bercakap dengan seseorang;
atau menggalakkan orang lain untuk membuli dalam beberapa cara. Buli berkaitan
hubungan adalah perkara biasa di kalangan belia, terutamanya kepada kanak-kanak
perempuan. Tidak seperti buli fizikal yang jelas, buli berkaitan hubungan tidak berlaku
terang-terangan dan boleh terus berlaku untuk jangka masa yang lama tanpa diketahui.

3. CYBER BULYING

Buli siber ialah buli melalui penggunaan teknologi seperti e-mel, mesej segera, laman
rangkaian sosial (seperti Facebook), mesej teks, dan telefon bimbit untuk mengganggu,
mengugut, memalukan atau menyasarkan orang lain. Ia boleh mengakibatkan
kesalahan undang-undang dan hukuman penjara jika ia memenuhi definisi gangguan
siber atau siber-hendap.

9
● STATISTIK KES BULI PADA TAHUN 2014 SEHINGGA 2020
FAKRTOR BUDAYA BULI DI SEKOLAH DAN IPT

10
● KURANGAN DIDIKAN AGAMA

11

Negara yang sedang pesat membangun menuntut rakyatnya bekerja keras untuk memenuhi
keperluan hidup. Dalam mengejar hal dunia, ibu bapa terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk
mendidik dan meluangkan masa untuk anak-anak. Bagi keluarga yang berpendapatan tinggi,
hal penjagaan anak diserahkan kepada pembantu rumah. Ibu bapa seharusnya sedar
penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak lebih berkesan jika dididik dari awal. Mereka
yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak mempunyai masa terluang untuk
berkomunikasi dan memahami anak-anak. Kelemahan institusi kekeluargaan menyebabkan
anak-anak dibiarkan bebas dan kurang permantauan daripada ibu bapa. Kesannya, ibu bapa
gagal memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak
mereka. Ada antara pelaku-pelaku kegiatan buli ini menganggap perbuatan mereka sekadar
hobi semata-mata. Ini menujukkan bahawa masyarakat yang semakin maju dan berpendidikan
tinggi tidak melahirkan insan yang berfikiran waras.
Majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang masalah emosi yang melampau-lampau.
Masalah yang timbul dalam keluarga ataupun kerja menyebabkan tekanan yang membebankan
seseorang individu. Akibat tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kekurangan
pengetahuan dalam menangani tekanan telah menyebabkan mereka hilang kawalan ke atas
emosi mereka. Seterusnya mereka akan bertindak membuli orang lain sebagai salah satu cara
bagi melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli turut mengaku bahawa mereka berasa gembira
dan puas hati selepas berbuat demikian.

PENGARUH RAKAN SEBAYA

12

Lazimnya, golongan pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik buruknya
sesuatu tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut-ikut akan perangai dan tindakan rakan
sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka kemungkinan besar akan terjebak
dengan gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk dengan sifat ego mereka
yang tidak mahu kalah setelah dicabar rakan sebaya. Rakan-rakan pula akan memprovokasi
individu tersebut sehingga tindakan pembuli di luar kewarasan otaknya.

PENGARUH MEDIA MASSA

13

Media massa kini juga telah menjadi pemangkin kepada budaya negatif ini. Pelbagai genre
filem dan drama bersiri luar negara yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan budaya
asing yang sememangnya kontras dengan budaya tempatan. Program-program yang diimport
dari negara-negara barat berunsurkan aksi-aksi ganas. Terdorong dengan perasaan ingin
mencuba aksi-aksi yang dipaparkan pelaku buli akan bertindak ke atas mangsanya tanpa
memikirkan padah yang bakal mereka perolehi.

KEKURANGAN PENGAWAS DAN DISIPLIN YANG LONGGAR DI SEKOLAH

14

Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli tentang disiplin
sekolah serta kelonggaran disiplin member peluan emas kepada para pelajar
untuk mengambil kesempatan dalam melakukan gejala sosial seperti gejala
membuli. Kelonggaran disiplin juga menyebabkan pelajar terutamanya pelajar
lelaki menunjukkan keberanian mereka dan mengambil peluang untuk
melakukan apa saja perkara secara bebas dan ini adalah disebabkan tiada
pihak yang mengambil peduli sehingga membawa masalah –masalah yang
tidak bermoral.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin
melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan
tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai
Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin
semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang
penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribhasa
Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’.

Jadi Ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan
anak mereka tidak terlibat. Kita juga perlu memikir nasib mangsa buli kerana
mereka bukan saja mendapat kecederaan fizikal malah turut menjejaskan
emosi. Usaha membanteras gejala buli perlu ditangani dengan segara bagi
melahirkan masyarakat yang harmoni dan sekaligus menjamin kesejahteraan
negara.

KESAN-KESAN BULI

15

Satu kesan buli yang ketara ialah mangsa buli akan berasa tertekan dan
malu.Hal ini kenara emosinya telah tercalar akibat perbuatan buli oleh
pemangsa.Justeru,mangsa buli akan berasa takut bersemuka dengan pembuli
mangsa buli mungkin akan tercicir daripada alam persekolahan.

Mangsa buli juga tidak akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.Gejala ini
berlaku akibat keyakinan dirinya telah diganggu oleh pemangsa buli .Oleh
sebab itu,mangsa buli akan berasa rendah diri.Akibat ketiadaan
keyakinandiri,mangsa buli akan mengalami kemurungan dan suka
menyendiri.Senario ini adalah mengheret mangsa buli menyertai kongsi gelap
untuk melindungi dirinya daripada kaki buli.

Seperkara lagi ,mangsa buli akan kerap tidak hadir ke sekolah.Justeru,ia
akan kehilangan minat untuk belajar.Lebih parah lagi , prestasi pelajaran
mangsa buli akan merosot secara mendadak.Jika ibu bapa tidak peka dengan
simptom simptom perubahan tingkah laku anaknya, maka anaknya akan mula
ponteng sekolah tanpa pengetahuan mereka

LANGKAH LANGKAH UNTUK MENGATASI BUDAYA BULI

16

Masalah membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak
menjadi barah yang akan merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu
gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar-pelajar malah ibu
bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa langkah yang boleh
diambil dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah.

lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal
kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik.
Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama
ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan
yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk
agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik
dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar
dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi

Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di
kalangan pelajar. Kuasa media massa dalam mempengaruhi minda pembaca
memang tidak dapat disangkal lagi. Banyak rencana-rencana yang dapat
memberi kesedaran kepada pembaca, khasnya pelajar sekolah boleh
disiarkan dalam media massa. Media elektronik pula boleh menyiarkan berita
keburukan buli kepada pelajar dan ibu bapa. Oleh itu, pihak media massa
mestilah sedar tanggungjawab sosial mereka untuk menangani masalah buli.

Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam
membendung gejala buli. Hal ini kerana apabila seseorang pelajar berada di
sekolah, mereka terikat dengan undang-undang dan peraturan sekolah.
Sebagai contoh pelajar perlu diingatkan tentang keburukan amalan buli
terhadap diri sendiri dan pihak lain. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan
amalan buli hendaklah segera diberi kaunseling dan pihak sekolah hendaklah
memanggil ibu bapa pelajar berkenaan. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah
tidak wajar menyembunyikan kes buli di kalangan pelajar daripada
pengetahuan pihak Jabatan Pelajaran agar dapat diambil tindakan.

Pelajar-pelajar pula perlu memillh kawan yang baik. Hal ini kerana, rakan
sebaya juga boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar. Pelajar

17

perlu diberi kesedaran tentang ciri-ciri rakan sebaya yang baik. Pelajar juga
perlu mengelakkan diri daripada berkawan dengan pelajar yang nakal dan
mempunyai tahap disiplin yang rendah.

KESIMPULAN

18

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin
melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan
tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai
Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin
semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang
penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata
peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu,
semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha
menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku
yang penuh dengan onak duriini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita
dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan
mengangkat martabat bangsa di persada dunia.

LAMPIRAN

19

RUJUKAN

20

1. Budaya Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah – Daily
Rakyat

2. Punca Gejala Buli Dan Langkah Untuk Mengatasinya
3. Langkah Menangani Gejala Buli
4. Bagan Indah: Punca-punca Dan Langkah-langkah

Mengatasi Kejadian Buli Dalam Kalangan Remaja


Click to View FlipBook Version