Majlis Persaraan TENUNAN KASIH, SULAMAN BUDI 17 MEI 2024 JUMAAT DEWAN PROFESOR 17 MEI 2024 JUMAAT DEWAN PROFESOR TN HJ ISMAIL BIN KOSMAN
Ketibaan VIP yang dirai Guru-guru dan semua Warga SMK Ungku Aziz berkumpul di Dewan Profesor. Para Pesara di sambut dengan perbarisan kawad kaki Unit Beruniform Pemeriksaan perbarisan tabik hormat Persembahan silat Yang dirai masuk ke dewan Ucapan Pembuka Majlis oleh Pengerusi Majlis Bacaan Doa Ucapan Ketua Murid SUA Ucapan Pengerusi KGS Ucapan Pengetua Tayangan Video Ucapan yang dirai Persembahan sajak Penyampaian Hadiah Persembahan nyanyian solo & duet Acara potong Kek “ Clock Out” Majlis Tamat : Sesi Fotografi Yang dirai ke kantin untuk jamuan Aturcara Majlis 8.00 pagi : 8.30 pagi : 9.00 pagi : 11.00 pagi :
YDP PIBG Bismillahirrahmanirrahim. Yang diraikan Tuan Haji Ismail bin Kosman serta ahli keluarga, Yang berusaha, Encik Mohd Sueib bin Ismail, Pengetua SMK Ungku Aziz, Barisan Penolong Kanan, barisan guru kanan mata pelajaran, Pegawai Pejabat Pelajaran daerah Sabak Bernam, guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG, barisan kepimpinan murid, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Subur siantan tepian kali, Tempat teduhan panas cahaya, Lapangan perguruan ditinggal pergi, Tetapkan Tuan guru selamanya. Para tetamu, guru dan murid sekalian, Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya selaku Yang Dipertua PIBG SMK Ungku Aziz untuk mencoretkan kata-kata perpisahan dalam majlis persaraan ini. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Tuan Haji Ismail bin Kosman sudah tentu meninggalkan momen-momen indah yang akan terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Di SMK Ungku Aziz ini, Tuan telah membimbing murid-murid dengan sepenuh jiwa dan raga. Di sini juga, Tuan bertungkus-lumus bagi memastikan pencapaian anak didik dalam peperiksaan utama negara, khususnya Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM cemerlang saban tahun, di samping melaksanakan tugas lain yang diamanahkan dengan jayanya. Bagi pihak PIBG, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala bakti, pengorbanan dan susah payah yang dilalui semata-mata untuk menyumbang terhadap pendidikan generasi muda Malaysia sebagai modal insan terbilang. Akhir sekali, terimalah serangkap pantun daripada saya. Lebat berbunga si pohon kenanga, Tempat berhinggap rerama dan lebah, Syukuri nikmat sanjungan jasa, Sayang terungkap penuh hikmah. Sekian, terima kasih. EN. ABDUL SAMAD BIN DAWOOD Yang Dipertua PIBG SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam. Tinta
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam SUA di hati. Yang diraikan Tuan Haji Ismail bin Kosman serta ahli keluarga, Yang berusaha, Encik Mohd Sueib bin Ismail, Pengetua SMK Ungku Aziz, Barisan Penolong Kanan, barisan guru kanan mata pelajaran, Yang Dipertua PIBG SMK Ungku Aziz, guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG, barisan kepimpinan murid, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Jutaan terima kasih saya ucapkan atas penghormatan dan kesempatan ini untuk saya menukilkan sepatah dua kata dalam majlis meraikan persaraan Tuan Haji Ismail bin Kosman, seorang tokoh guru SMK Ungku Aziz yang amat kita kagumi, sayangi dan sanjungi. SMK Ungku Aziz sememangnya kehilangan salah seorang anggota pentadbiran yang sangat komited dalam menggalas amanah sejati dan berjaya untuk menjalankan segala tugas keguruan dengan cemerlang. Di samping senyuman yang manis beliau sangat mudah didekati serta selalu menyuntik motivasi dan sokongan kepada warga SMK Ungku Aziz untuk terus memacu kejayaan, khususnya dalam bidang Kokurikulum yang berada di bawah tanggungjawab beliau. Tanggal 17 Mei 2024, ternoktahlah khidmat beliau selaku warga pendidik dalam sektor kerajaan secara rasmi. Namun begitu, sekali dipanggil Cikgu, gelaran tersebut akan berkekalan hingga akhir hayat. Sebagai wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, saya mendoakan agar Tuan Haji Ismail bin Kosman dikurniakan kesihatan yang terbaik, dilimpahkan dan dimurahkan rezeki, ditetapkan iman serta berbahagia dalam menjalani kehidupan baharu sebagai pesara. Tidak perlu lagi mengejar waktu untuk mengetip kad kehadiran ke sekolah, sebaliknya memanfaatkan masa yang berharga ini bersama-sama keluarga yang tercinta. Walau bagaimanapun, saya yakin bahawa ikatan serta ukhuwah antara Tuan dengan warga SMK Ungku Aziz akan terus berpanjangan sampai bila-bila. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Sampai di sini ucapan yang ingin saya sampaikan. Sekian, terima kasih. TN HJ YUSAINI BIN SALLEH Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SABAK BERNAM Tinta
Alhamdulillah syukur ke atas Allah SWT atas nikmat dan kurnia-Nya. Setelah hampir 34 tahun saya menabur bakti dalam bidang pendidikan, kini tiba masanya saya “terpaksa” menoktahkan bakti saya. Suka duka pahit maung semasa melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi, dilaksanakan semampu mungkin. Hal tersebut akan menjadi kenangan abadi dalam kehidupan saya yang mendatang. Hari ni tanggal 17/5/2024 bersamaan 8 Zulkaedah 1445 merupakan hari terakhir khidmat saya sebagai seorang guru. Saya amat bersyukur kerana pihak PPD Sabak Bernam telah menempatkan saya di SMK Ungku Aziz apabila saya bertukar daripada SMJKC Seg Hwa, Segamat, Johor pada 1 Disember 1995. SUA merupakan antara sekolah menengah terbaik di Sabak Bernam. Saya berdoa semoga SUA akan terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pihak Pengurusan, guru-guru, staff dan murid-murid SUA adalah yang terbaik di bawah pentadbiran Cikgu Mohd Sueib Bin Ismail bersama PK-PK & GKMP. Sepanjang tempoh 29 tahun saya menabur bakti di SUA, sudah tentu banyak kesilapan dan kekurangan di sana sini semasa melaksanakan tugas sebagai guru biasa (1995-2004), PK Petang (2005-2017) dan juga PK Kokurikulum (2018-2024). Jadi saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekurangan yang saya lakukan sepanjang tempoh tersebut. Bak kata pujangga, “ Nobody Perpect!-Everyone makes mistakes. But some mistakes will teach you great lessons and make you perfect”. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih khas saya tujukan kepada SU & Penolong SU Kokurikulum, SU Sukan, Penyelaras-penyelaras Unit Kokurikulum, Ketua-Ketua guru penasihat unit Uniform, Sukan & Permainan, dan Persatuan Akademik, Ketua-Ketua guru rumah sukan, dan semua warga SUA. Juga tidak ketinggalan AJK Pelaksana Sambutan Persaraan saya yang diketuai Ustaz Abdul Latif. Tanpa anda semua aktiviti kokurikulum tidak dapat dilaksanakan. Saya akhiri kalam dengan satu ungkapan kata-kata, “ Ketika tiba saat perpisahan, janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan seperti gunung yang kita nampak lebih agung apabila melihat dari padang dan daratan…” Akhir kata, Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Insya-Allah kita berjumpa lagi. Sekian, Terima Kasih. ْي ُكْم َوَرْحَم ُة ِهللا َوَب َرَكاُتُه الَّس َالُم َعَل Tn. Hj. Ismail bin Kosman Tinta
Nama : Ismail Bin Kosman Tarikh Lahir : 19/05/1964 Tempat Lahir : Batu 4, Kg Panchang Bedena, Sg. Besar, Selangor MAKLUMAT DIRI ANAK-ANAK 1. Nur Zarina Binti Ismail (35tahun) - Akauntan - Manager, General Ledger 2. Nur Ain Binti Ismail (34tahun) - Insurance 3. Nur Nabila Binti Ismail (30tahun) - Customer Services 4. Muhammad Hisyam Bin Ismail (26tahun) - HR 5. Anis Qistina Binti Ismail (24tahun) - Masih belajar di UNIKL MAKLUMAT KELUARGA Nama ayah : Hj Kosman Bin Hj Shahar Nama Ibu : Hjh Masilah Binti Hj Nor Adik beradik : 4 orang (anak ke-2) Nama Isteri : Anidah Binti Muhiddin MENANTU 1. Muhammad Faiz Bin Zamry (35tahun) - Jurutera Minyak 2. Nor Hazwan Bin Halim (34tahun) - Insurance 3. Fatin Izaty Binti Abd Raof (26tahun) - Penyelidik PETRONAS
SEJARAH PERKHIDMATAN Tarikh Lantikan Pertama : 01/07/1990 Tarikh Lantikan Kedua : 01/07/1991 Tarikh Sah Jawatan : 1/7/1991 Gred Jawatan Hakiki : DG 48 Kenaikan DG 44 KUP : 14/01/2004 Kenaikan DG 48 KUP : 14/01/2012 Kenaikan DG 48 HAKIKI : 01/07/2015 Kenaikan DG 52 KUP : 14/01/2018 Kenaikan DG 54 KUP : 14/01/ 2021 CUCU 1. Sek. Keb. Panchang Bedena - Darjah 1-6 (1971-1976) 2. Sek. Men. Sains Selangor, KL-Ting 1-5 (1977-1982) 3. Sekolah Alam Shah, KL- Ting 6 (1982-1983) 4. Universiti Kebangsaan Malaysia – B.A HONS (1984-1988) 5. Universiti Kebangsaan Malaysia – DIP ED (1990) SEJARAH PENDIDIKAN 1. Noah Aidan Bin Nor Hazwan 2. Noah Hadif Bin Nor Hazwan
ANUGERAH YANG DITERIMA 1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2002, 2012 & 2018) 2. Guru Inovatif Sabak Bernam (2012) 3. Gaji Melintang - PTK 4,4 (2008) TUGAS DI PERINGKAT DAERAH/NEGERI/KEBANGSAAN YANG BERKAITAN 1. Ketua Jurulatih Utama Pengajian Am Sabak Bernam (1996-2016) 2. Ketua Jurulatih Utama Pengajian Am Selangor (2000-2016) 3. Penggubal Soalan Pengajian Am - MPM (1998-2016) 4. Pentaksir Soalan Pengajian Am - MPM (2000-2016) 5. Penggubal Soalan PTK (Guru) – MPM (2002-2010) 6. Pentaksir Soalan PTK (Guru) – MPM (2002 -2010) 7. Penyelia Kawasan SPM (2005-2010, 2020) 8. Penyelia Kawasan STPM (2011-2019) 9. Penyelia Kawasan MUET (2020-2023) 10. Penyelia Kawasan Peperiksaan PTK (Guru) - (2004-2010) 11. Ketua Kumpulan Pemeriksa Pengajian Am - MPM (1999-2009) 12. Timbalan Ketua Pemeriksa Pengajian Am - MPM (2010-2016) PENGALAMAN MENGAJAR 1. SMJKC Seg Hwa, Segamat, Johor (03/06/1990- 30/11/1995) 2. SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor (1/12/1995-19/5/2024) 3. Guru Akademik Biasa (1990-2005) 4. PK Petang SMKUA (01/7/2005–31/10/2018) 5. PK Kokurikulum SMKUA (01/11/2018–18/5/2024)
PENGHARGAAN YANG PERNAH DITERIMA 1. Jurulatih Utama Pengajian Am – Majlis Peperiksaan Malaysia (2012) 2. Panel Pembinaan Modul Pengajian Am – KPM & MPM (22-24/04/2014) 3. Panel Pembinaan Modul Pengajian Am – KPM & MPM (25-27/06/2014) 4. Panel Pembinaan Modul Pengajian Am – KPM & MPM (15-17/10/2014) 5. Pemeriksa Kertas Sejarah SPM (2022) 6. Sekolah-sekolah yang menjemput Teknik Menjawab Pengajian Am Negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Maktab Sabah. KERTAS KERJA YANG PERNAH DIBENTANGKAN DALAM SEMINAR Membentangkan sukatan baharu STPM mata pelajaran Pengajian Am peringkat Negeri Selangor - Hotel Crystal Crown, Pelabuhan Klang (9-10/04/2012) KURSUS/ SEMINAR YANG DIHADIRI 1. Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah – Hotel Empress Sepang (13-16/02/2012) 2. Kursus Sistem Pentaksiran Baharu STPM Pengajian Am – Hotel Pearl International KL (16-18/3/2012) 3. Kursus Audit dalam sistem SPSK – Hotel Permaisuri Port Dickson (2-4/4/2012) 4. Kursus PBS Pengajian Am 900/4 Peringkat Kebangsaan (MPM) – Hotel Summit USJ (1-3/12/2012) 5. Bengkel Bookmark-Based Instrument Evaluation& ANGGORFF – Hotel Royal Kuala Lumpur (14-16/12/2012) KEGIATAN DAN SUMBANGAN LUAR YANG PERNAH DIBUAT 1. Buku Rujukan & Model Pengajian Am STPM (2000-2015) 2. Modul Pengajian Am – MPM & KPM (2014) 3. Modul Pengajian Am – JPNS (2002)
Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Penasihat Program 1 Penasihat Program 2 Penyelaras Persaraan Penyelaras Jamuan Persaraan Setiausaha Pen. Setiausaha 1 Pen. Setiausaha 2 Bendahari 1 Bendahari 2 : En Mohd Sueib bin Ismail Pengetua SMK Ungku Aziz : Tn Hj Mastor bin Selamat Penolong Kanan Pentadbiran : Tn Hj Azman bin Hamzah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Pn Azliza binti Awang Penolong Kanan Pendidikan Khas : En Abd Latif bin Muhammad GKMP Kemanusiaan : En Azman bin Selamat GKMP Sains dan Matematik : En. Izhan Ariff bin Khasbullah : Pn. Nurul Hafiza binti Kamal Ngarifin : Cik Nabilah binti Kadri : En. Muhammad Iqbal bin Iskandar : Pn Noor Haslina binti Ithnin : Pn Nur Syahirah binti Panut : En. Rausyan Syarul bin Othman Jawatankuasa Induk
Pengurus Protokol Dr. Nazri bin Abu Bakar (K) Zam Luqman bin Misran @ Misiran Pengacara Majlis Syarizan Azrine binti Sabudin (K) Nor Hannan binti Sapuwan Bacaan doa Abd Latif bin Muhammad (K) Pengurus pentas Rahimah Binti Mahmod (K) Hafiza binti Abdullah Persembahan Persembahan 1 (silat) Sauffe Syaifful Bin Yaacob Persembahan 2 (sajak) Dr. Nazri bin Abu Bakar Persembahan 3 (nyanyian) En. Hisyam bin Ablah Sahir Penyambut tetamu Semua barisan pentadbir Hjh Noor Faizah Azlina binti Mahbud Maisarah Binti Amir Sambutan Fauziah binti Hadith (K) 3 orang wakil murid Hadiah Faezah binti Che Wil (K) Hafiza binti Abdullah Nur Syawanie Nabilah binti Ismail Nor ‘Ainuza @ Khairiah bt Tarmiji Hidaya binti Latif Norshela Aini binti Ahmad Noraliza binti Mohd Yunus 5 orang murid perempuan Persiapan pentas dan backdrop Wan Ramiza binti Wan Abd. Rashid (K) Hjh Noor Faizah Azlina binti Mahbud Joshua Kumar a/l A Gopalan Zanariah binti Jamaluddin Rafi’ah binti Abd Rani @ Abd Ghani Anis Zakirah binti Abdul Rani Mudiha binti Muhammad Wong Ming Zheng Nor Syazana binti Mat Isa Siti Hajar binti Zulkafli Asmaa Fatihah binti Ismail Jemputan Mohammad bin Ismail (K) Roslam bin Juhari Disiplin Mohd Suhardi bin Abd Rahman (K) Muhammad Abu Naim bin Ab Jalil Tan Mei Chen Brema a/p Balan Pengawas sekolah Jawatankuasa Pelaksana Floor Manager Muhammad Iqbal bin Iskandar (K) Noor Hisham bin Mustapha Nor Farhana binti Othman Perarakan masuk dewan Nattrah binti Salehat (K) Nor Sa’adah binti Abu Naim
Jawatankuasa Pelaksana Jamuan Marihan binti Mohammad @ Mohd. Othman (K) Roslinda binti Kashim Muzammirul Aida binti Md Mustaffa Safiah binti Arshad Nurul Sahida binti Abd Manap Nor Azlina binti Jamalludin Siti Zaleha binti Matar Buku program Adreen Azmeen binti Ab Wahab (K) Norhezrina binti Muhammat Hamzan Nik Fara Wahida binti Aziz @ Satar Banner dan bunting Nor Asyafa binti Md. Fautzie (K) Noriza binti Bakri Nazri bin Mat Din Mohamad Ikmal bin Yusak Persiapan dewan (sebelum) Azizi bin Ahmad (K) Sheikh Mohd Hafiz bin Sheikh Ahmad Hj Borhanuddin bin Shafie Mohd Zulkhairi bin Mohamad Zaki Mohd Izzat bin Mohd Salleh Abdul Halim bin Ismail Muhammad Izwan bin Zulkifli Tamil Selvam a/l Superamani Persiapan dewan (selepas) Hj Mohd Kamal bin Ibrahim (K) Mohammad Nurul Firdaus bin Zainal Abidin Mohd. Fathur Rahman bin Kharie Norizal bin Mohd Salleh 15 orang murid asrama Kek persaraan Siti Izaura binti Ahmad Kushairi (K) Tayangan multimedia dan peralatan ICT Palanisamy a/l Joseph (K) Nurul Amalina binti Mohd Multazam Khair Kenderaan Mohd. Zamri bin Muhammad Nayan Perbarisan Unit Beruniform Abd Razak bin Yahya (K) Rafidah binti Ismail Naymatullah bin Abdul Ghani @ Shamsudin Khairuman bin Mohamed Jais Muhamad Firdaus bin Munsarikh Jamil Azmie bin Hendon Hj Zulkifli bin Josti Md. Azman bin Parmin Chitra A/P Pavadai @Krishnan Hjh Suraida binti Salim Hias kenderaan Nor Samsiah binti Salbani (K) Muntazila binti Miswan Rafidah binti Mohd Sayuti Irwanni binti Mohamed Noh Norazilawati binti Anuar Nor Laila binti Abd. Aziz Khadijah binti Sulaiman Noraliza binti Mohd Yunus
Jawatankuasa Pelaksana Clock-out Siti Norsahda binti Ismail (K) Syazwani binti Ahmad Norasikin binti Jainuri Nurul Hamizah binti Jelani Norazwa binti Said Adui Penyedia teks ucapan Mohd Amin bin Basri (K) Dokumentasi Hjh Zaliha binti Mohd. Din (K) Siti Hajar binti Saini Tajaan dan Sumbangan Siti Salmiah binti Omar (K) Fatin binti Jamadi Ucapan wakil murid Annurul Aqilah binti Ayuza Azmi (K) Siaraya Rausyan Syarul bin Othman (K) Sauffe Syaifful Bin Yaacob Fotografi Nor Ifizah binti Mohd Saidi (K) 3 orang murid Kelab Fotografi Hadiah pesara Adlin Juliana binti Jaafar (K) Salwa binti Ishak
Kenangan Bersama
Sekalung Penghargaan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Persaraan Tn Hj Ismail bin Kosman merakamkan ucapan terima kasih kepada : 1. Tn Hj Yusaini bin Salleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam 2. Encik Abdul Samad bin Dawood Yang Dipertua PIBG SUA 3. Encik Mohd Nazid bin Saleh Naib Yang Dipertua PIBG SUA 4. Yang Setia Tuan Inspektor Mohd Saiful Zahir bin Hamid Pegawai perhubungan sekolah, IPD Sabak Bernam 5. Yang Setia Tuan Sarjan Khairul Hafizi bin Che Hassan Pegawai perhubungan sekolah, IPD Sabak Bernam 6. Encik Mohd Sueib bin Ismail Pengetua SMK Ungku Aziz 7. Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Ungku Aziz 8. Penolong-Penolong Kanan, SMK Ungku Aziz 9. Guru Kanan Mata Pelajaran, SMK Ungku Aziz 10. Guru-Guru SMK Ungku Aziz 11. Semua Anggota Kakitangan Pelaksana, SMK Ungku Aziz 12. Ibu Bapa Pelajar SMK Ungku Aziz Individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis persaraan ini. “ TENUNAN KASIH, SULAMAN BUDI ” Terima kasih.
AUTOGRAF AJK Buku Program : Adreen Azmeen | Hezrina | Nik Fara