Seuntai Kata
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt kerana
dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama meraikan Majlis Graduasi
MRSM 2020 secara maya.
Dengan rasa bangga saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang
dianugerahkan Sijil Graduasi MRSM kerana anda telah berjaya memenuhi syarat-syarat graduasi
MRSM. Ucapan syabas dan tahniah juga kepada guru-guru yang gigih berusaha tanpa jemu dalam
memastikan kecemerlangan pelajar. Syabas dan terima kasih turut diucapkan kepada Badan
Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (Muafakat) dan warga MARA seluruhnya yang begitu
komited dalam apa jua perkara.
Penubuhan MRSM sejak tahun 1972 sehingga kini memberi sumbangan yang besar kepada
negara dalam mencipta modal insan melalui pewujudan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)
yang begitu komprehensif. Hasilnya, kita telah berjaya melahirkan seramai 178,756 orang alumni
MRSM. Pada hari ini, ada di antara mereka telah pun menjadi tokoh negara, ahli perniagaan
berjaya, ahli korporat terkenal, jurutera, doktor, dan pelbagai lagi kejayaan yang mereka capai.
Justeru, penerapan Sistem pendidikan MRSM yang berteraskan kepada subjek Sains, Teknologi,
Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) amat signifikan dan relevan bagi memenuhi pasaran industri
dunia yang seiring dengan agenda pembangunan negara kita. Kita seharusnya bergerak sering
mengikut perubahan teknologi yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa bagi
memperluas akses kemudahan kepada kita semua untuk melakukan apa jua sebarang
pembangunan dan kemajuan negara.
Bermula daripada anak-anak ini lah kita perlu mendidik dan menerapkan nilai-nilai penting dalam
aspek akademik dan sahsiah mereka melalui keberkesanan sistem pendidikan MRSM iaitu STEM dan
juga program-program kepimpinan serta kerohanian bagi mencorakkan pemikiran mereka agar
kelak menjadi insan yang berwibawa dan cemerlang.
Sememangnya itu adalah hasrat MARA bagi mewujudkan sebuah anak-anak komuniti Bumiputera
yang terdiri daripada golongan cerdik pandai, intelektual, dan menceburi dalam apa jua bidang
profesional yang akhirnya memberi sumbangan besar terhadap sumber tenaga kerja dan
meningkatkan lagi prestij Malaysia di peringkat dunia.
Saya juga difahamkan bahawa seramai 8,106 orang calon daripada 53 buah MRSM bakal
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 22 Februari 2021. Perkara ini adalah
cabaran besar buat guru-guru dan ibu bapa pelajar bagi memastikan para pelajar bersedia
menghadapi SPM di saat kita dilanda wabak pandemik COVID-19 ini. Namun, ia bukanlah suatu
penghalang buat guru dan pelajar untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara
online bagi memastikan anak-anak pelajar terus mendapat input pembelajaran.
Sehubungan itu, saya juga ingin berpesan kepada semua anak-anak pelajar MRSM di seluruh
Malaysia, anda adalah harapan bangsa, agama dan negara. Manfaatkanlah masa muda ini dengan
terus menimba ilmu dan mencipta pelbagai kejayaan-kejayaan kerana anda lah generasi pemimpin
negara Malaysia.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Graduasi MRSM pada kali ini
dengan norma yang baharu khususnya kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA, juga
kepada ibu bapa, guru-guru dan semua warga MRSM.
Selamat Maju Jaya kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar SPM. Kejayaan
pasti milik anda!
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Majlis Graduasi Maktab Rendah Sains
MARA 2020.
Sekian, terima kasih.
YB DATO’ HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD DUN
Pengerusi MARA
Secangkir Bicara
SALUTASI SEWAJARNYA
Asal rebung buluh dilentur,
Di dalam hutan elok berteman,
Semangat MARA tak pernah luntur,
Biar bertahun ditelan zaman.
Menuntut ilmu bekalan kekal, meneguh pendirian menajam akal,
menuntut ilmu perelok diri, disantun orang serata negeri, menuntut
ilmu rela berkorban, nama disanjung tertulis di coretan, menuntut
ilmu ikhlas berteman, budi disebut sepanjang zaman.
Buat bangsal di Pulau Daik,
Menahan taut sambil mengilau,
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau.
Perjalanan menuju menara bukanlah mudah, harus cekal berhati tabah. Biar hujung negeri, biar
seberang laut, di MARA tempat kalian berpaut. Di sini peluang terhampar, buat orang mahu
dicabar, di sini IPMA menawan, buat pakar dan para ilmuan, melahir usahawan juga negarawan,
pemikul teras perjuangan.
Pantai lagikan berubah, inikan pula hati manusia. Jangan lemas bila dipuji, jangan tenggelam
dibadai keji. Biar diri dipandang rendah, asalkan ilmu terus meninggi, biar rintangan harus diredah,
asalkan selesa kemudian hari. Wahai penghafaz kalam Tuhan, janganlah lalai terbuat dosa, wahai
anak MARA sekalian, tingkatkan kualiti akhlak diperkasa. Biar seantero dikhabar berita, anak
MRSM bukan biasa, arkitek doktor atau jurutera, mukmin profesional yang di bahu kanan agama,
di bahu kirinya kerjaya.
Janganlah lupa, selagi mengalir darah merah, selagi itu tertakluknya kita, akan janji pada
ayahanda bonda, jasa guru sang waja perwira serta sumpah setia kepada MARA. Jadilah orang
mengenang jasa, pada jasad yang membela, pada tubuh menjadi pelita, juga agensi yang
memayung bangsa, menjunjung amanah mulia.
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Pulanglah kalian membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.
Melarik halus papan di Jawa,
Tersergam kukuh di gerbang batu,
Adat bertemu terpisah jua,
Moga ketemu di lain waktu.
Sekian.
YBHG. DATO' AZHAR BIN ABDUL MANAF
Ketua Pengarah MARA
Sekilas Bicara
Bismillahir Rahmanir Rahim. Asalamualaikum Warahmahtulahi
Wabarakatuh.
Para graduan MRSM SPM 2020 dan warga pendidik yang dikasihi serta
para ibu bapa yang dihormati, syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah
S.W.T dan dengan limpah dan kurnianya, kita diberi kesempatan untuk
bersama-sama pada hari ini bagi menjayakan Majlis Graduasi MRSM
2020.
Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya melalui sistem
pendidikan MRSM sehingga layak bergraduasi. Dalam keadaan pandemik yang melanda dan
perubahan norma yang berlaku sejak awal tahun 2020, anak-anak pelajar telah melalui perubahan
dalam sistem pendidikan yang tidak dijangka-jangka. Kaedah belajar secara bersemuka yang
dianggap perkara biasa menjadi satu perkara yang sangat mahal dan dirindui apabila kaedah PdP
berubah kepada sistem pembelajaran Home Based Learning. Syabas kepada anak-anak pelajar
MRSM tingkatan 5 2020 yang cekal dan sabar melaluinya. Dari SPMRSM yang tertangguh
bersambung dengan ulangkaji bersemuka dan online, anak-anak semua melaluinya dengan tekun
sekali, Alhamdulillah dan syabas anak-anak.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada warga pendidik dan para ibu bapa serta seluruh
warga maktab atas keprihatinan dan sokongan padu yang diberikan bagi merialisasikan
pencapaian pelajar. Pelbagai perlaksanaan program berteraskan sistem pendidikan MRSM yang
memberi manfaat penuh kepada pelajar bagi memberi sokongan dan suntikan semangat untuk
terus maju kehadapan sehingga berjaya di peringkat pengajian tinggi kelak.
Anak-anak pelajar, pastikan anak-anak nyatakan secara lisan ucapan penghargaan ini kepada
semua guru dan ibu bapa yang telah memastikan anak-anak terus bersemangat. Kini para gurulah
antara petugas barisan hadapan dalam sektor pendidikan bagi menggalas tanggungjawab mereka
memastikan anak-anak pelajar MRSM terus konsisten meraih pencapaian cemerlang dalam
akademik.
Saya doakan semoga tahun 2021 menjadikan warga pendidik dan pelajar MRSM terus cekal, tabah
dan gigih menghadapi cabaran semasa. Tahniah dan sekalung penghargaan sekali lagi buat para
pelajar, ibu bapa dan warga pendidik.
Kejayaan para pelajar bergelar graduan MRSM menunjukkan anda sangat komitet untuk
menguasai ilmu dalam keadaan apa sekali pun. Semoga pilihan kursus atau bidang pengajian di
peringkat tertiary anak-anak adalah bidang yang anak-anak minati secara mendalam untuk
dijadikan kerjaya kelak. Saya pasti anak-anak graduan lepasan MRSM akan berjaya menjadi insan
yang memberi mafaat kepada agama, bangsa dan negara.
Selamat Maju Jaya!
Sekian,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
WAN AINIZAH BINTI ARIFFIN
Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA
Tinta Bicara
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana mengurniakan nikmat
kesihatan dan kejayaan kepada para graduan MRSM Johor Bahru
khasnya dalam satu Majlis Graduasi gilang gemilang kali ke-8.
Sememangnya kejayaan para graduan hari ini menjadi satu inspirasi
kepada pelajar-pelajar lain dalam menempa kejayaan lebih gemilang
kelak.
Matlamat menghasilkan pelajar yang seimbang dari segenap sudut dari segi emosi, rohani
dan intelek diharap dapat memacu kecemerlangan dalam SPM 2020. Sesungguhnya, hari ini ialah
hari esok yang kita risaukan semalam. Kejayaan disulami pengorbanan dan semangat tanpa putus
asa menjamin kecemerlangan hidup para graduan dalam mendepani cabaran kini yang kian
mencabar. Hanya bekalan ilmu di dada menjadi perisai utuh mengharungi segala dugaan masa
hadapan.
Sesungguhnya, kejayaan para graduan hari ini tidak akan bererti tanpa pengorbanan insan
bergelar ibu bapa dan guru yang menjadi watak penting memanusiakan manusia. Insan mulia ini
tidak jemu menyokong, mendidik dan membimbing para graduan menjadi insan hebat yang bakal
memimpin negara suatu masa nanti. Sekalung tahniah buat para guru yang komited dan berkorban
masa serta tenaga mencurah ilmu mendidik anak bangsa. Kerjasama semua pihak tanpa berbelah
bagi diharap dapat menjadikan matlamat JOBA no.1 satu realiti. Dengarlah wahai anakku sayang,
barang siapa belum pernah merasakan pahitnya mencari ilmu walau sesaat, dia akan menelan
rasa kehinaan sepanjang hidupnya.
Akhirulkalam, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Graduasi pada tahun ini. Sekian,
terima kasih.
JASMIN BIN ABD SHUKOR
Pengetua MRSM Johor Bahru
Atur Cara Majlis
10.30 pagi : Perarakan masuk Ahli Senat
: Bacaan Doa
: Ucapan Pengarah Bahagian Pendidikan MARA
(rakaman)
: Ucapan Ketua Pengarah MARA (rakaman)
: Ucapan Pengerusi MARA (rakaman)
: Pengisytiharan Graduasi oleh Pengetua MRSM Johor
Bahru
11.50 pagi : Penyampaian Sijil Graduasi Kelas Pertama
: Penyampaian Sijil Graduasi Kelas Dua Atas
: Penyampaian Sijil Graduasi Kelas Dua Bawah
: Persembahan
: Penyampaian Anugerah Khas Pelajar
: Perarakan keluar Ahli Senat
: Majlis bersurai
Penerima Anugerah
SIJIL PENGHARGAAN BWP
ANUGERAH TERBAIK KOKURIKULUM
ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN
ANUGERAH TERBAIK AKADEMIK
ANUGERAH EMAS
Senarai Graduan
KELAS PERTAMA ( TPNG 3.50 - 4.00 )
1 ANIS FARHANA BINTI ABU SUPIAN 31 DAMIA IZORA BINTI RADZUAN
2 NURAISHAH MAISARAH BINTI NORAZAM 32 NURUL HANA BINTI MOHD SAPIAN
3 MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD FAIZAL 33 SYARIFAH NUR FIRZANAH BT SYED KHARULAZMI
4 IMAN INSYIRAH BINTI SHAH RIZAL 34 AHMAD IHSAN BIN ISMAIL FAHMI
5 INTAN NURNAZIHAH BINTI ABDUL ZAHID 35 NUR DAYANA NAJLA BINTI MOHAMMAD NAZLI
6 MADIHAH BINTI AHMAD JAIS 36 AFIQAH NADZIRAH BINTI SUHADI
7 NAIM BIN SALMAN 37 FAZLIN NUR HAZIRAH BINTI HARON
8 NUR FAIZ HAZIQAH BINTI RUSLI 38 MUHAMMAD AMEER FAKHRY BIN MASAKUSH
9 SYAZA LIYANA BINTI SAID 39 AINA AFRINA BINTI ALSETDEK
10 ALIFF NAJMI BIN HAZZIDI 40 AQILAH BINTI ABD.RAHMAN
11 MAHESH SHAN A/L SUBRAMANI 41 MUHAMMAD AZRAL BIN ZAKARIA
12 FATHIHAH ADELINE BINTI MOHD FADZIL 42 FATIN SYAZWANI BINTI NOR RAHMAN
13 SARRAH IZZNISA BINTI MOHD NIZAM 43 WAN NUR SYAFIQAH BINTI WAN AZMI
14 FARAH ADIBA BINTI TALIB 44 AMAL KHAIREEN BINTI MD KHAIR
15 MUHAMMAD NUR AIMAN BIN KHAIROL AFANDI 45 AN NUR FAZLINDYANA BT A.RAHIM
16 NUR SYAZLIANA BINTI A.AZIZ 46 NURUL HIDAYAH BINTI MD TAIB
17 DANIA HAZIRAH BT SHAHARUDDIN 47 SITI ATHIRAH BINTI MA`AROF
18 DANIA NURDINI BINTI AZMI 48 ELYZA AMI DANIELYA BINTI MOHD HAIRELY
19 SHANIS FARIHAH BINTI ROS AZIZI 49 NURUL NADIA BINTI MISTI
20 MUHAMMAD BORHAN BIN KHAIRUL AZHAR 50 SUFI NABIHAH NAJIHAH BINTI SULAIMAN
21 IZZAIDA NURINA IZZAD 51 EVIANA ZETTY BINTI AZILLAH
22 NURUL HANANI BINTI ROSSLI 52 MOHAMAD HANIF NAIM BIN ZAINUDDIN
23 ANDRIYA BINTI YUZNI JAMZURI 53 NURLIYANA NADIA BINTI BANGSAWAN
24 DIYA AUNI BINTI MOHD RAZID 54 QISTINA ATHIRAH BINTI ABDUL MALEK
25 MUHAMMAD HAZMI BIN NORDIN 55 AFIQAH NUR AQILAH BINTI MOHD SHAHIZAN
26 MUHAMMAD YAZID ZIDANE BIN AMIR 56 FARISHA ANIS NASUHA BINTI AZMAN
27 NUR ADRIANA BINTI HELMI 57 NUR AMIRAH HAZIRAH BINTI NOORAJLA
28 NUR NAJWA AYDA BINTI SAHREN 58 ALISHA BINTI OMAR
29 PUTRI INSYIRAH BINTI WAN ZIN 59 AMIRUL SYAHID BIN RAHMAN
30 NORRASYIQAH BT HAMDAN RASAN TAWANI 60 AHMAD AIMAN RUSYAIDI BIN KAMARUZAMAN
AHMAD
Senarai Graduan
KELAS PERTAMA ( TPNG 3.50 - 4.00 )
61 ARRIESHA UZMA BT ZOLKEFLI 72 AMIRA FATHIN AQISHA BINTI MUHAMMAD HANIF
62 FARHAN BIN KAMAL 73 NUR IRSHA BINTI SHAHIDAN
63 INTAN ZULAIKHA BT AZMAN 74 NURUL FATIN SYAZALIYANA KHAIRUL ANUAR
64 MOHAMAD SYAHID BIN MOHD YASIN 75 LUQMAN HAIQAL BIN TUBARI
65 THIRUMUGAN A/L GANESAN 76 MUHAMMAD NABIL AFIF BIN ZAM JEFRI
66 ELLIS SYAQIRA BINTI ZULKIFLI 77 NURAISYAH SOFEA BINTI ARIFFIN
67 NUR AFIQAH BINTI ZULKEFLEE 78 NURSYAZUWANA BINTI MELI
68 NUR`AIN BALQISH BINTI SAIFUL IMRAN 79 PUTERI IZZAH INSYIRAH BINTI HAIRUDIN
69 NASRIN BATRISYIA BT MD NASIR 80 MUHAMMAD QUSAIRI BIN MOHD JOHAR
70 NURUL BATRISYIA BINTI MOHD RAIZAL 81 NURIN NAJWA BINTI MOHD NOOR
71 SYARIFAH HUMAIRA IZZATI BT SYED PUTERA 82 ZAKWAN BIN MOHD DZAHER
KELAS DUA ATAS ( TPNG 3.00 - 3.49 )
1 HASLIKA YUHANIS BINTI ZULKEPLI 21 MARINAH AFIQAH BT MOHD BADRUL HISHAM
2 SYAFIQA SUHAILI BINTI SANUSI 22 NUR BATRISYIA ALIAH BINTI MOHD FADZALI
3 NUR AISYAH BINTI AMIRUDIN 23 NURUL ASHIKIN BINTI ROHMADI
4 NUR FATIN BINTI SHARUDIN 24 FAQIHUL HALIM BIN AHMAD AERDDY
5 FATIN NUR KHALISAH BINTI MAHADZIR 25 HANISHA BINTI HAIRUDDIN
6 HANA NADHIRAH BINTI SAFARUDIN 26 MUHAMMAD SYAZWAN BIN NOR AZIZI
7 DANIA BINTI NURUL HAFIZ 27 HAZIRA BINTI HAZLAN
8 DEVASENA A/L P ANANDHAN 28 AISHAH SOFIYAH BINTI ZAID
9 NUR ADIBAH HANUM BINTI MOHD FAUZI 29 FAATIN NAJIHA BINTI JHARI
10 NUREEN FATIHAH BINTI YUSOFF 30 WAN ATHIRAH SOFEA BT WAN HASSAN
11 MUHAMMAD MIRZA BIN AMIRUN NIZA 31 FATHIN REDHAA BINTI MASRI
12 ALYA FARISAH BINTI MOHAMAD FAIRUZ 32 FATIN SHAFRINAZ BINTI ROSLEN
13 BATRISYIA SAFIYYAH BINTI FAUZI 33 NUR QASRINA BINTI JALILI
14 NUR SABRINA HAZIQAH BINTI ABDULLAH 34 SYAFIQAH AYUNI BTE NURULHIZAM
15 AQMA UMAIROL BIN MOHD HARUN 35 MUHAMMAD RAFI`UDDIN BIN AMINUDDIN
16 MOHAMAD HANIF BIN MOHD RADZUAN 36 NUR AFIF HAKIMI BIN NORHIDAYAT
17 MOHAMAD SYAKIR IMAN BIN HARIZA 37 NUR JEHA BINTI NOOR AZIZAN
18 ATHIRAH AMIRA BINTI AZMAN 38 AISYAH BINTI ABDUL WAHAB
19 ANIS HANNANI BT HAMEDI 39 FARIS HAKIMI BIN FAIRUZ
20 INTAN HUMAIRA BINTI MOHAMMAD FYAIZUL 40 BATRISIYA BINTI SHAHRUL ANWAR
Senarai Graduan
KELAS DUA ATAS ( TPNG 3.00 - 3.49 )
41 MOHAMAD IKTISHAM BIN MOHAMAD ROZAIMI 64 MUHAMMAD NAJMI RASHIDI BIN MOHD TAUFIK
42 FILZAH ASILAH BINTI ABDUL AZIZ
43 INSYIRAH AHMAD MASHURI 65 SITI NAJWA BINTI YUSOFF
44 INTAN IZZATI BTE REZAL
45 NABILA MAISARA BINTI KHAIRUL ZURAIN 66 INFITAH ZAREEQ ALIA BINTI MOHD FAISAL
46 NUR AMIRA BINTI BADRUL HISHAM
47 NUR ELISSA SOFEA BINTI ROSLI 67 MOHAMAD SHAAMEL ARSHAD BIN MOHAMED
48 NURUL NAZATUL AZWA BINTI MOHD IZAN AZLAN
49 BALQIS UMAIRAH BINTI MOHD NAZRI
50 MUHAMMAD KHAIRUL AQIF BIN MOHAMAD RAZIF 68 ZADANISH JAFNI BIN MOHD ZAKIR
51 NURSYAHMINA BINTI MOSDY
52 IRFAN AZIZI BIN AZIZUL 69 ABDUL AZIM BIN ABU BAKAR
53 AZZA BUSSAINA BT MOHD SHAKIR
54 SYAMIEL DANIAL BIN SYAHRUL NIZAR 70 NADIAH BT MD YUSOFF
55 MUHAMMAD EMIR EMRAN BIN MAIRUDDIN
56 NUR ALIA BT RAHIMI 71 AINI FARHANAH BTE ABAS
57 NURADDLINA SOFEA BINTI AWALLUDIN
58 NURAQILAH BINTI NIZAM 72 KAMARIAH AYUNI BINTI JAMIL
59 ALIAH ANISAH BINTI APISZAL
60 SYED FEHR JAMALULLAIL BIN SYED MUZAFAR J 73 NURSHABILA HANIS BINTI ABDUL RAZAK
61 MUHAMMAD AZRIEL SHAH BIN SURIA
62 NUR FAIZATY EMYLIA BINTI AMY HEARRYANTOO 74 NUR IFFAH IZYANI BINTI ZAZALI
63 SITI DARWEENA BT MOHAMAD YUSZAINI
75 MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD ALI KHAN
76 MUHAMMAD HAZEEQ BIN HAMZAH
77 NUR MAHIRAH BINTI IBRAHIM
78 FARAH NAJIHAH BINTI SUHAIMI
79 MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ BIN MOHD EFFENDY
80 MUHAMMAD SYAFIQ BIN ISHAK
81 ABU DZARR BIN ROZAMLISH
82 IRDINA FARHANA BINTI NASIR
83 NURFARAH NABIHA BINTI AHMAD RASDAN
84 NURFARISHA AMIRA BINTI FAUZI
85 NOOR AINA ADRIANA BT ABDUL RAZAK
86 NAJIHA BINTI MOHD TAHIR
KELAS DUA BAWAH ( 2.00 - 2.99 )
1 MUHAMAD DANISH ADAM BIN MD NASRI 9 SARA CAMELIA BINTI MOHD SAID
10 NASREEN QISTINA BT MOHAMED NIZAM
2 AMYLISA AZWINA BT ABD AZID 11 NGO IRENE NATASHA BINTI ABDUL HAKIM
12 AMIR HAKIMI BIN ZOLKEPLI
3 MUHAMAD ARIF FAUZI BIN MOHAMAD ALWI 13 MUHAMMAD AFIQ BIN SAWAL
14 AZRULAMRI BIN ZAMIR
4 SALEENA SAFEEIA BINTI SEZALI 15 AIMAN BIN HUSNANI
16 AMMAR HAZIQ BIN AHMAD DZAKI
5 MUHAMMAD AMRI BIN MOHD HASRI
6 NURUL BATRISYIA BINTI RAMLAN
7 NURUL NADHIRAH BINTI DAUD
8 PUTRA MUHAMMAD NUR AIMAN BIN MOHD
TUAH
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Penyelaras Peralatan & Persiapan Tempat / Logistik
Cik. Norah Binti Hassan @ Haron En. Muhammad Khairuddin Bin Zaidi (K)
En. Mohd Zalix Bin Abd Karim (K)
Bendahari Siti Hajar Binti Adam
Pn. Suriya Binti Baharuddin Nurul Idayu Binti Abdu Rahman
Mohd Khairul Nizam Bin Wakiman
Setiausaha Siti Aisyah Binti Jamien
Pn. Nurdalila Binti Pasro Radzi Zakaria Bin Mohamed
Azmal Rahim Bin Ahmad Zubaidi
Pengurusan Istiadat / Protokol Mohamed Fazlee Bin Jamaluddin
Pn. Noor Sabrina Binti Abu Bakar (K) Ali Iqbal Bin Roslani
Pn. Hamidah Binti Md Zin (K) Nurmahani Binti Mohamed
Farawahida Binti Awang Nik Mohd Padlulah Bin Mat Salleh
Muhammad Faisal Bin Adnan Muhammad Shafie Bin Shahadan
Mohd Nazri Bin Dzohari
Salawati Binti Suboh Maklumat Graduan / Sijil
Siti Sarah Binti Abd Rahim Pn. Zamzana Binti Yatiman (K)
Amirulhamza Bin Hamdan Khatijah Binti Mohd Jesa
Fasli Maswani Binti Marzuki Rosdiana Binti Sarju
Buku Program & Dokumentasi ICT & Fotografi
Pn. Siti Aisyah Binti Perman (K) En. Azizul Bin Othman (K)
Cik. Noridah Binti Bahrin (K) En. Syed Zul Helmi Bin Syed Amran (K)
Ida Rahayu Binti Mohamad Izhar Norazlina Binti Abdul Latif
Juleiyana Binti Abd Talib Mohd Saiful Bahri Bin Embok Wellah
Hakimah Binti Ahmad Sabri Mohd Noor Akmal Bin A. Hamid
Ida Suhartika Binti Ibrahim Muhammad Fazwan Bin Mohd Yusoff
Aimie Shazliza Binti Ishak Nurul Nadia Binti Khamshah
Mohd Fuad Bin Abu Talib Nor Hakim Bin Suliman
Mohd Abdul Muhaimin Bin Zainol
Pengurusan Graduan
En. Hashidee Bin Hashim (K) Juruacara
Pn. Normazida Binti Ab Lah (K) Pn. Hadariah Binti Sanusi (K)
Masni Binti Manap Pn. Norhasrini Binti Che Hassan (K)
Nur Rashidah Binti Ruhizat Nur Sofeana Binti Nasir
Muhammad Naqib Bin Mohamad Bajuri Norsalam Bin Abu Bakar
Akhimullah Bin Abdullah Arif Zakwan Bin Ash'ari
Zuridah Binti Dris Nor Hasliana Binti Mohamad
Amiza Syafira Bt Abu Hafinas Binti Arshad
Herda Suzana Binti Zainal Abidin Anees Sulthanah Binti Shaik Mohamed
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Hadiah & Cenderamata Backdrop, Bunting, Siaraya Seranta &
Pn. Fadhilah Najat Binti Mohamad (K) Persembahan Pelajar
Sharifah Rahima Binti Syed Omar En. Ameer Amirul Bin A Rahman (K)
Radin Noraisah Binti Radin Roslan En. Muhamad Hanafi Bin Yusop (K)
Syamiza Bt Jamil Muhamad Mahyudin Bin Abd Rahim
Nur Hidayah Binti A.Rahim Mohd Amirruddin Bin Basri
Hazwani Binti Salikon Azhar Bin Zawawi
Norlina Binti Hamidon Muhammad Afiq Bin Mohd Sahidi
Nazira Binti Ibrahim Hakim Naimullah Bin Zairul Nizam
Nur Azurin Binti Zainal Shafie Bin Abd Reh Sedek
Zuhaili Bin A.Halim
Hiasan Dewan / Pentas
Pn. Axfar Hanis Binti Hashim (K) Jubah
Abdul Muthalib Bin Abdull Rahim @ Azman Pn. Noormarzilahani Binti Jamak (K)
Mohamad Fakrul Razi Bin Zailani Roslinda Binti Mohamed
Mohd Sufian Bin Zaini Rafizah Binti Mohd Nasoha
Muhammad Faizal Bin Miskon Mohammad Shahril Bin Abdul Rahman
Edyani Binti Shafie Siti Maryam Binti Mohd Hadi Munir
Norhaidah Binti Mualif Mohd Nur Aziz Bin Labintah
Norli Haizun Binti Norakbar Safni Alhabshi Bt Sapari
Siti Rohaizat Binti Md Jamil
Ucapan sekalung tahniah kepada graduan
MRSM JOHOR BAHRU
Semoga mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan SPM