The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hareenath007, 2021-12-03 04:03:54

E-FOLIO 3

E-FOLIO 3

MPU 23012

PENGHAYATAN DAN ETIKA PERADABAN

PERANAN KEMENTERIAN PERPADUAN
NEGARA DALAM MEMPERKASAKAN
INTEGRASI NASIONAL

(terangkan latar belakang/sejarah
penubuhan Kementerian Perpaduan
Negara, dan kepentingan kementerian ini

pada hari ini).

PENSYARAH : DR CHAN SUET FONG

MUHAMMAD AMIR MUAZZIM BIN JOHARI
(15DAD19F1060)

HERINAD A/L KAVUTHAMAN (15DAD19F1063)

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
TAJUK 4
5
1 .0 PENGENALAN KEMENTERIAN DAN PERPADUAN NEGARA 6
1.1 SEJARAH PENUBUHAN KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA 7
1.2 AGENSI DAN JABATAN 8
1.3 VISI & MISI DAN MOTO 9
1.4 KETUA PENGARAH KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
2.0 KRONOLOGI PENUBUHAN KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA 10
2.1 13 MEI 1969 11

2.1.1 Rusuhan Kaum 12
2.1.2 Krisis Intergrasi
2.2 MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN) 13
2.2.1 Jabatan perpaduan negara dan 1 julai 1970
2.3 PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN 14-15
2.3.1 Jabatan Perpaduan Negara Dan 1990-2004 16-18
2.4 MAJLIS PENASIHAT PERPADUAN NEGARA 19
2.4.1Jabatan Perpaduan Negara 20
2.5 JABATAN PERDANA MENTERI 21
2.5.1 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 22
2.5.2 Peranan JPNIN 23-24
2.6 KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA 2020 26
3 .0 KEPENTINGAN KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA PADA HARI INI 27
3.1 CARTA ORGANISASI 28
3.2 SEJARAH
3.3 OBJEKTIF 29
3.4 PATRIOTISME DAN DEMOKRASI
3.5 IDENTITI NASIONAL 30
3.6 EKOSISTEM PERPADUAN
4.0 KESIMPULAN

5.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN KEMENTERIAN DAN
PERPADUAN NEGARA

Kementerian perpaduan negara malaysia merupakan salah satu
kementerian di bawah kerajaan malaysia yang terbentuk selepas
porfolio perpaduan nasional dikeluarkan daripada jabatan perdana
menteri malaysia. Portfolio ini diperkenalkan pada 1 julai 1969
dengan penubuhan jabatan perpaduan negara di bawah jabatan
perdana menteri. Kementerian ini diketuai oleh seorang menteri dan
timbalan menteri.

4

1.1 SEJARAH PENUBUHAN
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

•Pada i Julai 1969, Jabatan perpaduan Negara mula ditubuhkan di
bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai tindak balas daripada
perisitwa 13 Mei yang berlaku di Malaysia. Pada 1972, portfolio
ini dinamakan Kementerian Perpaduan Negara.
•Pada tahun 1980, portfolio ini diserap semula di bawah Jabatan
Perdana Menteri sehingga tahun 1990.
•Selepas pilihan raya umum Malaysia 1990,
•Kementerian Perpaduan Negara Dan Masyarakat pula
ditubuhkan sehingga tahun 2004.
•Pada tahun 2004, portfolio ini digabungkan dalam Kementerian
kebudayaan menjadi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan,
Kesenian dan warisan.
•Selepas pertukaran Perdana Menteri pada tahun 2009, portfolio
perpaduan diserap semula ke dalam Jabatan Perdana Menteri.
•Selepas kemelut Malaysia 2020, portfolio ini sekali lagi
dijadikan sebuah kementerian penuh, iaitu Kementerian
Perpaduan Negara.

5

1.2 AGENSI DAN
JABATAN

•Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi
Nasional (JPNIN)
•Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)

6

1.3 VISI & MISI KEMENTERIAN
PERPADUAN NEGARA DALAM
MEMPERKASAKAN INTEGRASI NASIONAL

Visi
Pemacu Perpaduan Negara Ke Arah
Kemakmuran Bersama Menjelang 2030

Misi
Mempertingkat Dan Memperkukuh

Kesepaduan Sosial Masyarakat
Malaysia Melalui Usaha Penyatupaduan
Berteraskan Perlembagaan Persekutuan

Dan Rukun Negara Secara Inklusif

Moto
"BERSATU KITA MAJU"

1.4 KETUA PENGARAH

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

• Syed Zainal Abidin Bin S.A.M Jamalulail (1 Julai 1974 - 1

Julai 1975)

• Y. Mulia Raja Zainal bin Yazid ( 1 ogos 1976 )

• C.V. Bavanadan

• (1 Disember 1983 - 1 Disember 1987

• Jawhar Bin Hassan
• (1 April 1988 - 1 Mei 1990)
• Dato' Zahari Bin Abdul Rashid
• Y. Mulia Raja Zainal Bin Zahid (1 Ogos 1976)
• Dato' Wan Abdul Wahid Wan Hassan (16 Jun 1990 - 16

Jun 1992)
• Abdul Rashid Bin Abdullah (16 Jun 1992 - 16 Sept 1993)

• Wan Yacob Bin Hasan
• (1 Mei 1996 - 1 Mac 2000)

• Zakaria Bin Ahmad
• (1 Dis 1993 - 30 Mac 1996)

• Hajah Ainon Kuntom
• (1 M ac 2000 - 31 Mei 2001)
• Dato' Dosmy Bin Hj. Ibrahim (1 Nov 2003 - 6 Okt 2005)
• Dato' Azman Amin Bin Hassan (6 Okt 2005 - 11 Mei

2014)
• Dato' Gandesan A/L Letchumanan (12 Mei 2014 - 26

Januari 2017)

• Datuk Baharin Bin Idris
• (15 Feb 2017 - 14 Feb 2020)
• Datuk Hisamudin Bin Mohd Sujak (4 Mac 2020 - 4 Jan

2021) 8

2.0 KRONOLOGI PENUBUHAN
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

2.1 13 MEI 1969

2.1.1 Rusuhan kaum
2.1.2 Krisis integrasi

2.2 MAJILS GERAKAN NEGARA (MAGERAN)
2.2.1 Jabatan Perpaduan Negara diwujudkan dan
1 julai 1970

2.3 PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN
2.3.1 Jabatan Perpaduan Negara dan
1990-2004

2.4 MAJLIS PENASIHAT PERPADUAN NEGARA
2.4.1 Jabatan Perpaduan Negara

2.5 JABATAN PERDANA MENTERI
2.5.1 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional
2.5.1 Peranan JPNIN

2.6 KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
2.6.1 2020

9

2.1 13 MEI 1963
2.1.2 RUSUHAN KAUM

• Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 ialah 1969 merupakan tahun biasa yang bermula
pada hari Rabu. Ia berlangsung dari 11 Syawal 1388 hingga 21 Syawal 1389.Selain
itu, Rusuhan (Jawi: ‫)نهوسور‬ialah satu bentuk gangguan sivil yang terdiri daripada
kumpulan yang tidak teratur dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak
melakukan keganasan, laku musnah atau jenayah lain.

• Sementara seseorang individu mungkin cuba memimpin atau mengawal rusuhan,
rusuhan selalunya kucar-kacir dan tidak teratur.

• Berikutnya, Rusuhan kaum" merujuk kepada rusuhan di mana ketegangan hubungan
kaum dan etnik menjadi faktor utama. Antara rusuhan kaum terkenal
di Malaysia ialah Peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur pada tahun 1969 dan Peristiwa
Kampung Medan di Petaling Jaya,Selangor pada tahun 2001. Terdapat juga rusuhan
yang disalah anggap sebagai rusuhan kaum sedangkan bukan
di Malaysia antaranya rusuhan

• Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada 12 Julai 2015 dan rusuhan Kuil Sri Maha
Mariamman pada 26 November hingga 27 November 2018 dan mempunyai kaitan
yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969” merupakan satu titik hitam
dalam sejarah negara Malaysia. Peristiwa 13 Mei ini berkait rapat dengan pilihan raya
umum pada tahun 1969. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya
serta ahli-ahli politik terutamanyadaripada parti pembangkang, telah membangkitkan
soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang
Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan
perasaan perkauman dan syak wasangka dan bertambah buruk selepas Parti Perikatan
(UMNO- MCA-MIC) telah mengalamikekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya
1969 di mana Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

• Perarakan yang diadakan oleh pihak pembangkang untuk meraikan kemenangan
dengan melaung-laungkan sentimen perkauman merupakan pencetus kepada
permulaan serang-menyerang antara dua pihak. Kaum Cina dan Melayu
kemudiannya saling bertindak balas untuk membunuh antara satu sama lain. Rusuhan
besar terjadi menyebabkan perintah darurat dikeluarkan dan semua orang tidak boleh
keluar dari rumah.Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera
dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala
Lumpur.

10

2.1 13 MEI 1969

2.1.2 KRISIS INTEGRASI

• Dua kaum terbesar di Persekutuan Tanah Melayu, Cina dan
Melayu, pada masa itu berusaha membunuh dan mengambil
nyawa masing-masing dan sebagai akibat daripada kejadian
tersebut, Singapura mengambil keputusan untuk keluar
daripada pentadbiran Malaysia.

• Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan
dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di
Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula
disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang
terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi
agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap
agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan
secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut
agama lain. Antara dua kaum terbesar di Persekutuan Tanah
Melayu, Bangsa Cina dan Melayu, pada masa itu berusaha
membunuh dan mengambil nyawa masing-masing dan
sebagai akibat daripada kejadian tersebut, Singapura
mengambil keputusan untuk keluar daripada pentadbiran
Malaysia. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa
13 Mei 1969 berlaku.

11

2.2 MAGERAN

• MAGERAN ditubuhkan setelah Kerajaan Perikatan mengisytiharkan DARURAT
berikutan Peristiwa 13 Mei 1969. MEGERAN telah diketuai oleh YAB Tun Abdul
Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Majlis ini diberi kuasa
penuh mentadbir sementara Negara dan bertanggungjawab membuat penyiasatan
dan mengambil tindakan mengatasi permasaalahan yang timbul sehingga
menyebabkan berlakunya keganasan dan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

2.2.1 JABATAN PERPADUAN NEGARA

• Jabatan Perpaduan Negara Ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membantu kerajaan
menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan Negara.Peristiwa rusuhan
kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya
usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan
serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia.
Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan.

• Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah
diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan
masyarakat di negara ini pada waktu itu. Pada 1 Julai 1969 Jabatan Negara dibawah
perintah MAGERAN telah diwujukan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan
semula perpaduan masyarakat di negara kita.

12

2.3 PERPADUAN NEGARA DAN
PEMBANGUNAN

2.3.1 Jabatan Perpaduan Negara dan
1990-2004

Tahun 1990 Pada 27 Oktober 1990, Jabatan Perpaduan Negara
telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat. Tahun 2004 Pada 27 Mac 2004,
Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan semula di bawah
Jabatan Perdana Menteri dan dinamakan Jabatan Perpaduan
Negara & Integrasi Nasional.

• Jabatan serta agensi di bawahnya.
• Bahagian ini berfungsi dengan tiga (3) Seksyen

seperti berikut:
• Seksyen Kolaborasi Strategik
• Seksyen Kesepaduan Sosial
• Seksyen Naziran

13

2.5.1 JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN
INTEGRASI NASIONAL

Pada 20 januari 2020 mesyuarat Jemaah Menteri telah
memutuskan YB Datuk hajah IIanni Binti dato’Haji isahak
sebagai Penyelaras Khas bagi membantu kerajaan
mempromosikan persefahaman dan keharmonian diantara
agama di Malaysia demi meneruskan usaha menjalin
perhubungan dan menjaga keamanan serta kestabilan
sosial.JPNIN diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri

• Antara langkah dan usaha yang telah diambil oleh pihak
kerajaan dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi di
Malaysia ialah dengan menubuhkan Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969
yang dahulunya lebih dikenali sebagai Jabatan Perpaduan
Negara. Jabatan ini merupakan sebuah agensi di bawah
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
(KPKKW).

• Tujuan utama kerajaan menubuhkan jabatan ini adalah untuk
memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat
dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan
berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

• JPNIN juga mempunyai visi untuk menjadi sebuah agensi

kerajaan yang unggul dalam melahirkan bangsa Malaysia

yang bersatu padu, berwawasan dan berdaya maju. Misi

jabatan ini pula ialah untuk memupuk kefahaman dan

semangat muhibah melalui jaringan dan interaksi sosial ke

arah pembentukan Bangsa Malaysia yang bersatu padu dan

beridentiti nasional. Moto bagi jabatan ini pula ialah
“Bersatu Kita maju”.
14

2.5.1 JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN
INTEGRASI NASIONAL

• Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional juga berperanan
untuk mengukuhkan perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,
menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan ke arah pembentukan suatu
bangsa Malaysia yang bersatu padu.

• Selain itu, JPNIN juga berfungsi untuk mencegah konflik antara
kaum, masyarakat dan wilayah serta memantau, mengesan dan
menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat. Peranan lain
yang turut dijalankan oleh JPNIN ialah menyelaraskan program dan
aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pihak-
pihak lain, dan yang paling utama adalah berusaha merapatkan
masyarakat daripada semua negeri di Malaysia khususnya di antara
Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

• Sesungguhnya, kebijaksanaan pihak kerajaan dalam usaha
melicinkan matlamatnya untuk memupuk perpaduan dan integrasi
dalam negara kita dengan menubuhkan sebuah jabatan khas untuk
menguruskan usaha ini adalah merupakan suatu langkah yang
terbaik. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional ternyata telah berjaya memainkan peranannya.

• Pelan tindakan kerajaan yang seterusnya ialah dengan melancarkan
satu program pembangunan bersepadu dan menyeluruh iaitu
dengan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuan
utamanya adalah untuk membentuk perpaduan negara.

• Dua langkah telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu

yang pertamanya ialah untuk mengurang dan seterusnya membasmi

kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan

peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa

mengira kaum. Langkah kedua pula ialah dengan mempercepatkan

proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki dan

memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat

mengurang dan setarusnya menghapuskan pengenalan kaum

mengikut fungsi-fungsi ekonomi. 15

2.5.2 PERANAN JPNIN

• Meningkatkan usaha mengukuhkan Perpaduan Negara
dan
Integrasi Nasional.

• Memperkasa hal ehwal perhubungan dan pembangunan
komuniti.

• Mengukuhkan hal ehwal pendidikan awal kanak-kanak
bagi Taska dan Tabika Perpaduan.

• Meningkatkan usaha penghayatan dan pembudayaan
Rukun Negara.

• Menjadi rujukan dalam bidang perpaduan melalui
penyelidikan.

16

2.5.2 PERANAN JPNIN

• Memberi perkhidmatan mediasi secara
sukarela kepada pihak yang memerlukan.

• Menenteramkan ketegangan antara pihak-
pihak yang bertelagah serta memulihkan
perhubungan di antara mereka.

• Membantu mencari penyelesaian yang boleh
diterima oleh pihak yang bertelagah bagi
memelihara keharmonian masyarakat.

• Menjalankan mediasi secara profesional, adil
dan ikhlas tanpa mengharapkan
imbuhan/balasan.

• Sentiasa berusaha mempertingkatkan
kemahiran mediasi melalui latihan dan
perkongsian pengalaman secara berterusan.

17

2.5.2 PERANAN JPNIN

mediator komuniti
*memelihara keharmonian negara.
*memainkan peranan penting dalam menyelesaikan
masalah atau konflik antara pihak yang bertelagah,
memulihkan hubungan antara mereka serta membantu
mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh pihak-

pihak berkenaan.

Rukun Tetangga
* menjalankan aktiviti bagi meningkatkan dan
mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, keharmonian
dan kualiti hidup dalam kalangan masyarakat.
*menerima maklumat mengenai konflik masyarakat
*menyediakan pengantaraan dalam masyarakat

18

2.6 KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
2020

• 1 Julai 1969 - Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (Jabatan
Perdana Menteri)

• 1972 - Kementerian Perpaduan Negara
• 1980 - Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara (Jabatan

Perdana Menteri)
• 1983 - Jabatan Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)
• 1990 - Jabatan Perpaduan Negara (Kementerian Perpaduan Negara

dan Pembangunan Masyarakat)
• 2004 - Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Jabatan

Perdana Menteri)
• 2008 - Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional

(Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan)
• April 2009 - Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional

(Jabatan Perdana Menteri)
• (2020 - Sekarang) - Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi

Nasional (Kementerian Perpaduan Negara)

19

3.0

KEPENTINGAN KEMENTERIAN

PERPADUAN NEGARA PADA HARI INI

CARTA SEJARAH
ORGANISASI

OBJEKTIF 20

Tiga (3) teras perpaduan
• Patriotisme dan Demokrasi
• Ekosistem Perpaduan
• Identiti Nasional

3.1 CARTA ORGANISASI

21

KEPENTINGAN KEMENTERIAN PERPADUAN
NEGARA PADA HARI INI

3.2 SEJARAH

• Kementerian Perpaduan Negara telah melaksanakan suatu pelan
tindakan perpaduan negara ianya adalah pelan pertama
kementerian perpaduan negara merangka yang memupuk,
mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat
melalui konsep “Perpaduan Dalam Kepelbagaian” untuk
melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.
HALIMAH berkata pelan ini telah dibangunkan berteraskan
kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Bagi
mencapai matlamat dasar ini telah melibatkan pihak kerajaan,
bukan badan kerajaan, pemikir, pakar perpaduan dan lain- lain
menjayakan rangka dasar ini.

• Dasar Perpaduan Negara ialah usaha gigih Kementerian Perpaduan
Negara bagi mencapai cita-cita perpaduan yang kukuh dalam
kalangan masyarakat majmuk di negara kita.

• Dasar Perpaduan Negara (DPN) merupakan dasar payung yang
melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuh dan
memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat. Konsep Perpaduan
Dalam Kepelbagaian digunakan untuk melestarikan keharmonian
masyarakat majmuk di negara ini. Dasar ini menetapkan hala tuju
perpaduan negara dan bertindak sebagai pemangkin bagi
pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu,
harmoni dan makmur. DPN merupakan dasar pertama negara
yang khusus kepada pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional.

22

KEPENTINGAN KEMENTERIAN PERPADUAN
NEGARA PADA HARI INI

3.3 OBJEKTIF

• Antara objektif-objektif untuk menjayakan Dasar
Perpaduan Negara(DPN) adalah seperti berikut:-

• DPN mempunyai tiga (3) objektif yang ingin dicapai iaitu:
1. Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional

berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara;
2. Membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri,
patriotik, prihatin, toleransi, saling menghormati dan
bertanggungjawab; dan
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan
mengamalkan perpaduan.

23

KEPENTINGAN KEMENTERIAN PERPADUAN
NEGARA PADA HARI INI

3.3OBJEKTIF

• Bagi mencapai objektif-objektif yang dinyatakan, DPN telah menggariskan tiga (3) teras perpaduan yang
disokong oleh 12 strategi sebagai usaha untuk memupuk, mengukuh serta memelihara perpaduan dalam
kalangan rakyat dan mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

• Tiga (3) teras perpaduan tersebut adalah :
a. Patriotisme dan Demokrasi

i. Meningkatkan literasi, pemahaman dan penghayatan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
sebagai asas amalan hidup;

ii. Meningkatkan pemahaman dan penghayatan Sejarah Malaysia; dan
iii. Memperkukuhkan Integrasi Nasional.
b. Identiti Nasional
i. Mengukuhkan peranan bahasa sebagai medium integrasi perpaduan;
ii. Mengukuhkan kefahaman agama, budaya dan adat resam pelbagai etnik; dan
iii. Membentuk masyarakat berkeperibadian tinggi, berintegriti dan berakhlak mulia.
c. Ekosistem Perpaduan
i. Memantapkan keberkesanan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran sosial dalam masyarakat;
ii. Mengekalkan, membina dan mengukuhkan tapak integrasi perpaduan;
iii. Memperkasakan jentera perpaduan melalui kerjasama strategik;
iv. Memantapkan dan memperkasakan institusi keluarga dan komuniti;
v. Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang serta keberkesanan mekanisme pemantauan; dan
vi. Memperkukuh peranan pemimpin sebagai pemangkin perpaduan.

24

Patriotisme Ekosistem
dan Perpaduan

Demokrasi

Tiga (3) teras
perpaduan

Identiti
Nasional

25

KEPENTINGAN KEMENTERIAN PERPADUAN
NEGARA PADA HARI INI

3.4 PATRIOTISME DAN DEMOKRASI

• TERAS PERPADUAN 01 -PATRIOTISME DAN DEMOKRASI

1. Meningkatkan literasi, pemahaman dan penghayatan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara

• sebagai asas amalan hidup

➢ Satu mekanisme yang utuh perlu diwujudkan di peringkat sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) bagi menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotism dalamkalangan pelajar dan
mahasiswa.

➢ Meningkatkan kesedaran dan mempraktikan prinsip- prinsip Rukun Negara dalam kehidupan
seharian sebagai usaha melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, berwawasan,
bermaruah dan beretika.

➢ Peningkatan tahap kecelikan demokrasi berasaskan kefahaman Perlembagaan Persekutuan dan
penghayatan Rukun Negara akan membentuk rakyat Malaysia yang matang dalam berpolitik dan
menyuarakan pandangan.

1. Meningkatkan pemahaman dan penghayatan Sejarah Malaysia
➢ Pendidikan dan perkongsian sejarah Malaysia yang seimbang, seperti sejarah penubuhan

Malaysia, kemerdekaan serta Perjanjian Malaysia 1963 berupaya untuk meningkatkan jati diri
dan semangat patriotism di samping melindungi hak setiap rakyat.

1. Memperkukuhkan Integrasi Nasional
➢ Merapatkan jurang perbezaan dan menggalakkan proses integrasi di setiap wilayah dan negeri

serta antara pelbagai etnik perlu dipertingkatkan bagi mengukuhkan perpaduan negara dan
integrasi nasional.
➢ Jurang anatara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dari aspek pembangunan dan
kebolehcapaian serta akses kepada kebajikan perlu diselesaikan Bersama.
➢ Perpaduan dan integrasi nasional yang mantap memerlukan kekuatan hubungan masyarkat yang
berpakskan toleransi dan persefahaman yang tinggi yang akhirnya akan membentuk rakyat
Malaysia yang bersatu padu.

26

KEPENTINGAN KEMENTERIAN PERPADUAN
NEGARA PADA HARI INI

3.5 IDENTITI NASIONAL

• TERAS PERPADUAN 02 -Identiti Nasional

2. Mengukuhkan peranan bahasa sebagai medium integrasi perpaduan
➢ Penguasaan Bahasa Melayu perlu ditekankan sejak di pereingkat Pendidikan awal kanak- kanak

lagi dan diteruskan di semua peringkat meliputi sekolah rendah, menengah, malah sebagai
subjek wajib di IPT.
➢ Bagi megukuhkan integrasi dalam kalangan pelbagai etnik, usaha serta galakan mempelajari
Bahasa etnik tempatan yang berbeza perlu dipertingkatkan bagi menggalakkan interaksi antara
pelbagai etnik.

1. Mengukuhkan kefahaman agama, budaya dan adat resam pelbagai etnik
➢ Memupuk dan menigkatkan kefahaman masyarakat terhadap agama-agama yang berbeza dapat

membentuk dan membuka ruang interaksi yang lebih luas antara masyarakat yang mempunyai
pegangan agama yang berbeza.
➢ Institusi Pendidikan berperanan dalam menyediakan suasana yang kondusif, menggalakan
percampuran serta meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya dan adat resam dalam
kalangan pelajar
➢ Sektor swasta dan penubuhan bukan Kerajaan (NGO) juga memainkan peranan penting bagi
mengetengahkan, mempromosikan serta mengutamakan kepelbagaian budaya.

1. Membentuk masyarakat berkeperibadian tinggi, berintegriti dan berakhlak mulia.
➢ Pembentukan masyarakat yang berkeperibadian tinggi, berintegriti dan berakhlak mulia

memerlukan usaha berterusan bagi memastikan terbinanya sebuah negara bangsa yang cakna,
bertanggungjawab dan mempertahankan kedaulatan negara, tidak kira di mana mereka berada.

27

KEPENTINGAN KEMENTERIAN PERPADUAN
NEGARA PADA HARI INI

3.6 EKOSISTEM PERPADUAN

• TERAS PERPADUAN 03- Ekosistem Perpaduan

• 3.0 Memantapkan keberkesanan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran sosial dalam masyarakat

➢ Terdapat dua (2) aspek di bawah strategi ini iaitu penggunaan platform media secara beretika serta pengukuhan
komunikasi dari segi penyampaian yang lebih efektif dalam menyebarkan maklumat yang sahih.

➢ Kepesatan pembangunan dan teknologi media hendaklah selari dengan usaha- usaha pengawalan dan Pendidikan
pengamalan media secara bertanggungjawab bagi memastikan perkara in digunakan secara beretika dan tidak diambil
kesempatan bagi tujuan mecahbelahkan perpaduan.

➢ Mengambil manfaat kelebihan media sosial sebagai medium penyebar maklumat tepat, Kerajaan, pengamal media, sector
swasta dan masyarakat sivil perlu memainkan peranan masing-masing selaku ejen perpaduan secara kreatif dan
berkesan.

➢ Pengukuhan mekanisme pelaksana dan jentera perpaduan melalui pemantapan system tadbir urus yang inkslusif di
pelbagai peringkat sehingga ke akar umbi.

➢ Dalam masa yang sama, Kerjasama dan usaha yang lebih bersepadu antara agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri di peringkat pusat, negeri dan daerah perlu diperkasakan.

1. Memantapkan dan memperkasakan institusi keluarga dan komuniti

➢ Pengukuhan institusi keluarga amat penting dalam pembentukan sahsiah individu yang merupakan unit asas
pembentukan sebuah masyarkat yang maju dan mampan.

1. Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang serta keberkesanan mekanisme pemantauan

➢ Pentadbiran negara yang berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang telah menjamin hak kebebasan rakyat
sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

1. Memperkukuh peranan pemimpin sebagai pemangkin perpaduan.
➢ Semua peringkat kepimpinan bermula dari peringkat Persekutuan, negeri, daerah sehingga peringkat akar umbi serta

pemimpin dalam sesebuah organisasi perlu menjadi teladan dan contoh terbaik kepada rakyat dan komuniti

28

4.0 KESIMPULAN

Kementerian Perpaduan Negara akan melaksanakan Dasar
Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan
Negara 2021-2030 dengan kerjasama semua pihak bagi memastikan
strategi yang disusun dengan jayanya untuk mencapai matlamatnya
iaitu untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan negara.
• Sebagai sebuah negara yang memilik keunikan, perpaduan ialah

agenda utama agar kelangsungan pembangunan negara terjamin.
Perpaduan bukan sesuatu yang statik dan boleh dicapai secara
mutlak tetapi perlu dipupuk, dipeliahara dan diperkukuhkan secara
beterusan. Perpaduan memerlukan komitmen penuh oleh semua
pihak, iaitu agensi Kerajaan, swasta, masyarakat sivil dan rakyat
kesuluruhannya.
• Penekanan dan pendekatan yang diambil dalam pelaksanaan dasar
ini selaras dengan dasar dan aspirasi Kerajaan bagi membina
sebuah negara yang maju, aman, Makmur, berintegriti dan Bersatu
padu serta diiktiraf di peringkat global.

29

5.0 RUJUKAN

• https://www.jpnin.gov.my/ms/info-
jpnin/profil#sejarahjpnin

• https://www.perpaduan.gov.my/index.php/en/8-
korporat/7-fungsi-%20%20bahagian

• https://prezi.com/m3gnbltxubqj/matlamat-dan-
peranan-jabatan-perpaduannegara-dan-
integrasi-n/

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_
Perpaduan_Negara_Malaysia

• https://www.coursehero.com/file/p2i298k/Jab
atan-Perpaduan-Negara-Ditubuhkan-pada-
tahun-1969-untuk-membantu-kerajaan/

• https://www.openlearning.com/content/5900
17b5cc50f84bf7cf1cbc/

30


Click to View FlipBook Version