The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Liberalisme dalam islam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Najmi Sahadi, 2023-12-28 05:16:16

Liberalisme

Liberalisme dalam islam

ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA UNIVERSITIY KUALA LUMPUR MALAYSIAN SPANISH ISNTITUTE MPU3332 LIBERALISMEDANCABARANNYATERHADAP KEFAHAMANDANAMALANISLAMDIMALAYSIA


KANDUNGAN DI DALAM SLIDE INI 1.0 2.0 Pendahuluan Definisi Liberalisme 3.0 Sejarah Liberalisme 4.0 Faktor Penyebaran Liberalisme 5.0 6.0 7.0 8.0 Ciri-Ciri Liberalisme Kesan Liberalisme Kepada Umat Islam Kesimpulan Bibliografi


BBT - 54221223051 MUHAMMAD NAJMI BIN SAHADI AHMAD FITRI BIN AMIRUL EZUAN BIN BASRI JAMALUDIN BBT - 54221223097 BBT - 54221223003 AHLI KUMPULAN BBT- 54221223080 MUHAMMAD AIMAN BIN SHAFIEE


BETA AE - 54215223096 MUHAMAD THAUFIQ BIN SHAHIDAN MUHAMMAD FAUZAN BIN AZAHAR MUHAMMAD FAKHRUL AIMAN BIN MUHAMMAD FAUZI BBT - 54221223015 BBT - 54221223087 AHLI KUMPULAN


Ideologi merujuk pada kumpulan gagasan, nilai, keyakinan, dan prinsip yang membentuk landasan filosofis atau pandangan dunia yang dipegang oleh suatu kelompok atau individu. Ideologi seringkali menjadi panduan dalam menentukan tujuan politik, sosial, ekonomi, dan budaya. Melalui ideologi, orang atau kelompok dapat memahami dan mengartikan dunia serta menyusun rencana atau tindakan berdasarkan prinsip-prinsip yang mereka anut. 1.0 PENDAHULUAN Ideologi liberalisme merupakan suatu pandangan politik dan sosial yang menekankan pada kebebasan individu, kesetaraan hak, perlindungan hukum, pasar bebas, serta keterbatasan campur tangan pemerintah dalam urusan peribadi dan ekonomi. Liberalisme mengutamakan hak-hak individu, seperti kebebasan berpendapat, beragama, berusaha, serta meyakini bahawa setiap individu memiliki hak untuk mengembangkan potensi mereka tanpa halangan yang tidak sah dari pihak lain atau pemerintah. Golongan yang menyamakan Islam dengan ideologi-ideologi ciptaan manusia, ibarat orang yang menganggap manusia dan beruk adalah makhluk yang serupa. Kesimpulan gopoh tersebut terbina atas tanggapan bahawa antara manusia dan beruk kelihatan ada persamaannya secara zahir. Adapun ideologi-ideologi ciptaan manusia, mengandungi unsur melampaui batas yang melanggari hak sesama manusia sama ada secara terang atau secara halus dan disamping soal tanggungjawab bersama. Dari sudut yang lain, sudah pastilah berbeza antara ajaran wahyu dan idea manusia yang tabiatnya berlatarkan konflik lalu melahirkan percubaant demi percubaan. Disebabkan itu, ideologiideologi ciptaan manusia sering mengalami evolusi dan sangat terdedah memunculkan antithesis yang radikal. Selalu sahaja berlaku, dalam rangka ingin mendapatkan sesuatu kehendak yang diingini, manusia menceroboh hak pihak lain pula.


Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara. 2.0 DEFINISI LIBERALISME


Liberalisme bermula semasa Zaman Pencerahan di Eropa pada abad ke-17 dan ke-18. Pada tempoh ini, muncul perubahan penting dalam pemikiran sosial dan politik yang membentuk asas ideologi liberal. Beberapa elemen utama dalam huraian asal usul liberalisme melibatkan: 3.0 SEJARAH LIBERALISME 1. Pencerahan dan Pemikiran Falsafah: Abad Pencerahan adalah zaman di mana gagasan falsafah dan sains memainkan peranan utama dalam pemikiran masyarakat Eropa. Tokoh-tokoh seperti John Locke, Baron de Montesquieu, dan Voltaire dianggap sebagai pengasas utama ideologi liberal. Locke, sebagai contoh, dalam karya beliau "Two Treatises of Government," menekankan hak semulajadi, hak kebebasan dan harta benda, serta gagasan kontrak sosial sebagai asas pemerintahan yang sah. 2. Kritik terhadap Monarki Absolut: Pemikir Pencerahan menentang konsep monarki absolut yang menganggap raja mempunyai hak ilahi untuk memerintah tanpa sekatan. Mereka mencadangkan pemikiran bahawa kuasa kerajaan harus dibatasi dan terdapat perluasan kuasa yang memisahkan kekuasaan untuk mengelakkan penyalahgunaan. 3. Hak Asasi Manusia dan Kebebasan Individu: Pemikir liberal menekankan hak asasi manusia sebagai hak yang melekat dan tidak boleh dicabut. Ini merangkumi hak seperti kebebasan bersuara, beragama, berkumpul, dan hak atas harta benda peribadi. 4. Demokrasi Representatif: Ideologi liberal menyokong gagasan demokrasi representatif, di mana rakyat memilih wakil-wakil untuk membuat keputusan politik. Ini dianggap sebagai cara untuk menjalankan pemerintahan yang lebih responsif dan mengawal kuasa pusat. 5. Pasar Bebas dan Ekonomi Liberal: Liberalisme tidak hanya terhad kepada prinsip-prinsip politik, tetapi juga mempengaruhi pandangan terhadap ekonomi. Gagasan pasaran bebas dan ekonomi liberal berkembang sejajar dengan kepercayaan bahawa kebebasan ekonomi dan persaingan akan membawa kecekapan dan kesejahteraan.


1) Idea Liberalisme Terus Berkembang Idea dan pendekatan liberalisme bukanlah sesuatu yang baharu dalam masyarakat di Malaysia. Meskipun liberalisme dilihat aktif sekitar tahun 1970an, sebenarnya idea dan pendekatan liberalisme mula masuk apabila Tanah Melayu dijajah penjajah Portugis, di ikuti Belanda, British dan Jepun. Sebelum era penjajahan, negeri-negeri Melayu menggunakan bentuk pemerintahan beraja yang merupakan pengaplikasian sistem khalifah dalam kalangan negara-negara Islam. Pada masa kini, pengkaji mendapati bahawa idea liberalisme terus berkembang dengan pelbagai polemik-polemik baharu yang diperjuangkan oleh beberapa kelompok dan inidividu dalam masyarakat. Malah lebih banyak gerakan yang muncul sama ada daripada individu mahupun badan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan-pertubuhan baru yang mendukung idea liberalisme. Gerakan-gerakan ini membawa kepada ancaman pemikiran khususnya terhadap masyarakat Islam di Malaysia. Dengan perkembangan teknologi dunia tanpa sempadan pada masa kini, masyarakat pada masa kini dihidangkan dengan pelbagai penulisan, wacana, video mahupun risalah-risalah yang menonjolkan ideaidea pemikiran baharu. Hal ini berkait dengan penguatkuasaan terhadap kelompok Islam liberal di Malaysia. 4.0 FAKTOR PENYEBARAN LIBERALISME Berdasarkan kepada perbincangan yang telah dikemukakan dari dapatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek yang boleh diberikan penjelasan yang merujuk kepada perkembangan liberalisme di Malaysia. Pengkaji berpendapat bahawa hasil dari sorotan awal liberalisme ini seperti berikut;


2) Tiada sekatan undang-undang atau akta secara langsung menghalang perkembangan golongan ini. Dari analisis pengkaji, salah satu mengapa kesukaran membendung liberalisme di Malaysia adalah kerana kerana tiada akta langsung yang membolehkan penyebaran idea liberalisme ini dihalang di Malaysia. Berbeza dengan kumpulan ajaran sesat, di mana setiap negeri dan perlembagaan persekutuan Malaysia. Sebagai contoh, majoriti akta agama negeri mempunyai bidang kuasa untuk mengharamkan ajaran sesat. Walau bagaimanapun, ia berbeza bagi membendung idea liberalisme di mana kelompok liberalisme berselindung di sebalik kumpulan kumpulan Islam yang lain. Ini sukar untuk dibendung kerana idea liberalisme ini kebanyakannya disebarkan secara halus sama ada melalui penulisan, wacana, mahupun media. Ini berbeza dengan ajaran sesat di mana jelas berkenaan kesesatan akidah kepercayaan mahupun amalan yang memudahkan jawatankuasa fatwa mengharamkan sesuatu kumpulan ajaran sesat. Malah, kumpulan dan individu yang mendukung idea liberalisme berselindung di sebalik gerakan Islam yang berpengaruh, parti politik, mahupun pemerintah. Tambahan lagi, kelompok liberalisme ini sering melaungkan mereka bersuara atas sebab hak kebebasan asasi seperti yang telah dianjurkan dalam perkara lima hingga 13 perlembagaan persekutuan Malaysia.


3) Golongan Liberalisme yang mendapat sokongan pemerintah dan parti politik. Perbincangan yang boleh diusulkan hasil dari kajian ini adalah terdapat juga individu dan kelompok yang mendapat sokongan dari pemerintah dan parti-parti politik. Seperti yang telah dibincangkan dalam gerakan liberalisme semasa, pengkaji mengkaji dua contoh sampel gerakan liberalisme yang masyarakat akan idea liberalisme dalam masyarakat. Sebagai contoh, SIS semenjak dari awal penubuhannya merupakan salah satu gerakan yang memperjuangkan feminisme Islam. Malah, idea-idea feminisme Islam ini diambil daripada barat. Salah seorang pengasas gerakan SIS adalah anak kepada bekas seorang Perdana Menteri. Malah, ada programprogram yang dianjurkan SIS mendapat sokongan dari pihak kerajaan, parti politik dan NGO yang lain. Contoh kedua adalah gerakan G25. Seperti yang telah dibincangkan dalam sub topik yang sama, kumpulan G25 telah mencabar dan mencadangkan supaya JAKIM dimansuhkan dan telah mencadangkan hukuman khalwat dan beberapa undang-undang Islam lain disemak semula. Ini jelas menonjolkan idea-idea liberalisme dalam gerakan G25. Walaubagaimanapun, tiada tindakan tegas oleh pihak yang berautoriti terhadap gerakan G25 oleh kerana G25 dibentuk oleh bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan individuindividu yang berpengaruh dalam masyarakat. Pengkaji juga mendapati mereka yang mendukung idea liberalisme juga terdiri dari golongan masyarakat elit.


4) Idea Liberalisme membawa implikasi besar kepada masyarakat. Perbincangan terakhir yang ingin difokuskan oleh pengkaji adalah implikasi pemikiran liberalisme kepada masyarakat khususnya masyarakat muslim di Malaysia. Pada masa kini, kita dapat lihat pelbagai ilmu atau informasi mengenai ilmu Islam banyak dikongsikan pada masa kini. Malah, masyarakat lebih mudah untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu Islam sama ada dalam bentuk e-book, artikel, video, risalah dan seumpamanya melalui atas talian sahaja. Malah tidak dapat dinafikan, dalam satu sudut, perkongsian maklumat yang banyak melalui perkembangan teknologi masa kini adalah perkara yang baik. Walaubagaimanapun, yang membawa kepada masalah dalam masyarakat adalah apabila terdapat terlalu banyak maklumat berkenaan Islam dalam media pada masa kini. Oleh kerana ledakan maklumat masa kini, tidak kesemua maklumat termasuk maklumat mengenai ilmu berkenaan agama Islam tidak ditapis. Hal ini boleh mempengaruhi pemikiran dan cara fikir masyarakat muslim di Malaysia dan akan lebih memudahkan lagi tersebarnya pemikiran liberalisme di Malaysia


CIRI-CIRI PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL Pemikiran Islam Liberal yang bercelaru dan membimbangkan ini mula menjalar masuk dalam masyarakatIslam kesan dari pengaruh cara berfikir ala barat . Mereka terpengaruh dengan impian dan seruan yang meyakinibahawa corak kehidupan barat adalah sebagai contoh yang terbaik dalam segenap lapangan kehidupan. Segala pemikiran, keputusan dan sistem yang diamalkan oleh barat perlu diutamakan. Pemikiran mereka terus ditanam dengandoktrin yang mengatakan bahawa sekiranya umat Islam inginmencapai kemajuan seperti barat maka pemikiran umat Islam perlu diubah. Lantas mereka melontarkan buah pemikiranmereka sebagai pembaharuan dalam Islam walaupun pada hakikatnya sangat menyimpang dari kebenaran. Diantara ciri - ciri pemikiran Islam Liberal ini ialah: 5.0 CIRI-CIRI LIBERALISME


.1. Bersifat Sekularisme Pemikiran Islam Liberal berasaskan kepada pemikiran rasionalisme dan sekularisme sehingga menafikan kesempurnaan Islam ini. Pemikiran ini jelas dipengaruhi oleh gagasan pemikiran sekular, sehingga melontar pandangan bahawa agama Islam hanyalah sebagai tuntunan pelaksanaan ibadah sahaja, bukan untuk menguruskan dan pentadbirkan dunia ini. Pemikiran mereka secara terang-terangan mendakwa bahawa syariat Islam tidak lagi sesuai dan ditolak untuk mengatur kehidupan manusia hari ini .Agama Islam disingkirkan dari sebahagian besar kehidupan dan dilihat semata-mata melibatkan ibadah ritual sahaja. Bahkan agama dianggap sebagai rantai pengikat yang membelenggu kebebasan dalam kehidupan. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menjelaskan bahawa pemikiran liberal ini mendukung doktrin untuk memisahkan urusan keagamaan dari kehidupan manusia bahkan percaya dan yakin bahawa kebebasan dalam bertindak adalah satu perkara asasi bagi setiap manusia yang tidak boleh diganggu gugat. Bahkan mereka turut mendakwa dan berpegang kepada prinsip “tiada paksaan dalam beragama” yang membawa kepada hak kebebasan bertindak yang kononnya sebagaimana dianjurkan oleh al-Quran.


2 . Penolakan Terhadap Perundangan Islam Penolakan terhadap undang-undang Islam lahir secaraberani dalam pemikiran Islam Liberal apabila dengan lantangmenimbulkan polimik idea yang sangat janggal denganmenimbulkan persoalan “Kalau Allah itu Maha Adil atau kalauIslam itu adil, mengapakah ada undangundang dan polisipolisi yang dibuat atas nama Islam tetapi mencetuskanketidakadilan?”(Jabatan Agama Islam Selangor, 2011). Mereka merasakan ada kepincangan yang berlaku dalamIslam lalu mula mencari penyelesaian dengan manhaj yang tersendiri dan terkeluar dari disiplin ilmu sehingga membawakepada pencemaran terhadap kesucian Islam itu sendiri. Seolah-olah mahu membela Islam tetapi akhirnya seperti “Si tikus membaiki labu”. Mereka yang berfikiran Islam liberal lantang mengkritikpelaksanaan hukum syariat dengan pelbagai hujah senadadengan pandangan orientalis yang menganggap hukumantersebut zalim dan tidak selari dengan peradaban moden. Pelaksanaannya tidak langsung tidak memberi keadilanmalah menindas kaum wanita . Hujah inilah sering kali digembar gemburkan seolah-olah syariat Islam itu sangat prejudis terhadap wanita sekalipun jelas sekali syariat Islam itu membela dan memuliakan wanita. Terdidik denganpropaganda barat akhirnya membawa mereka untukmenampilkan syariat Islam sebagai anti keadilan. Kesan darifahaman sebegini mengakibatkan perundangan Islam dilihatsebagai tidak bertoleransi, keras dan sentiasa bersifatmenghukum serta mendakwa sudah tidak sesuai dan relevanlagi dengan realiti pemodenan dan perkembangan kehidupanmanusia hari ini. Tanpa disedari oleh mereka bahawapandangan dan pemikiran sebegini menjauhkan lagi merekadari agama Islam bahkan secara terang-terangan sebenarnyatelah menolak perundangan Islam itu sendiri yang termaktubdalam al-Quran dan hadis.


.3. Penolakan Terhadap Autoriti Keagamaan Pemikiran aliran Islam Liberal membahagikan wahyukepada dua ketagori iaitu wahyu bertulis dan wahyu tidakbertulis. Wahyu bertulis adalah alQuran hanyalah sebagi tekssemata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia, melalui pengolahan akal yang waras mampu menghidupkanteks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks dan suasanazaman. Maka dengan itu al-Quran adalah sesuatu yang hanya bersifat menerangkan tujuan-tujuan agama manakalaakal manusia yang menyesuaikannya selari dengan kontekszaman. Aliran Islam Liberal tidak lagi mahu terikat denganpandangan-pandangan ulama silam agar diselarikan dengankeadaan semasa. Mereka beranggapan bahawa ilmu-ilmuIslam seperti usul tafsir, usul fiqh, usul hadis, al-Jarh wa al-Ta’dil dan sebagainya yang selama ini merupakan sesuatuyang beku di dalam disiplin ilmu-ilmu Islam. Mereka melontarkan pandangan bahawa para mujtahid tidak sunyidaripada pelbagai kecacatan dan kesalahan . Oleh itupemikiran aliran Islam liberal tidak langsung menghormatiilmu-ilmu di atas dan jauh sekali daripada mengikat dalamtafsiran mereka bagi membuka ruang agar setiap orang bolehmemberikan pandangan. Jika setiap orang boleh mengutarakan pendapat dalam soalagama dan tanpa adanya kriteria dan syarat tertentu kepadapara ilmuan dalam berpendapat maka sudah tentupenyelewengan dengan mudah akan menyerap masuk dalamkefahaman Islam. Kerana itulah autoriti sangat penting dalamilmu pengetahuan bagi menjamin kebenaran sesuatupendapat .


4. Kebebasan Mentafsirkan Teks Al-Quran Setelah mereka melaungkan konsep kebenaran adalah sesuatu bersifat relatif maka sewenang-wenangnya mereka penafsirkan teks al-Quran berdasarkan pemikiran liberal mereka. Di dalam satu tulisan yang diketengahkan sebagai panduan para aktivis Jaringan Islam Liberal berjudul ‘Al-Quran Edisi Kritis’ karya Taufik Adnan Amal memberi gambaran bahawa masih ada persoalan tentang kesahihan teks dalam al-Quran . Aliran pemikiran liberal ini beranggapan perlunya proses pemantapan teks al-Quran untuk dinilai semula. Idea ini sangat disenangi oleh musuh Islam kerana ia sebahagiandari misi percaturan mereka bagi meruntuh tembok keyakinan umat Islam terhadap al-Quran. Malah agenda untuk menimbulkan keraguan terhadap kandungan al-Quran telah lama dilakukan secara serius oleh kalangan orientalis seperti karya karangan Samuel M. Zwemmer dan Abraham Geiger. Kini pengaruh ini telah turut meresap dalam kelompok pemikir Islam liberal. Kelompok pemikir Islam Liberal berpendapat tujuansebenar yg dituntut oleh al-Quran adalah menjatuhkan hukuman kepada pencuri. Bentuk hukuman boleh berubah kepada hukuman penjara selari dengan peradaban manusia. Demikian manhaj ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Qur’an yang dipegang oleh aliran pemikiran Islam liberal atas alasan untuk memajukan umat Islam. Manhaj ini juga merekaguna pakai terhadap semua hukum-hukum al-Quran termasuk perkara ibadah, sehingga apa yang dipraktikkan pada zaman Rasulullah s.a.w tidak semestinya perlu dipraktikkan dalambentuk yang sama pada zaman kini. Bahkan kepada umat Islam yang berpegang kepada dasar ayat bahawa pencuri yang sabit kesalahan dipotong tanganya, aliran pemikir anIslam Liberal menyindir mereka sebagai “para penyembah teks” semata-mata. Mereka menyakini bahawa pemikiran rasional dalam menghuraikan teks-teks keislaman mampu menjadikan Islam terus relevan dan boleh bertahan pada setiap zaman dan suasana. Mereka mendakwa penolakan terhadap pemikiran rasioanal adalah satu ancaman ke atas Islam dan boleh membawa kepada ke belakang dan tidak sesuai lagi dipraktikkan. Sedangkan jika ditinjau kepada penafsiran yang dilakukan oleh Ibnu Kathir dalam memberi penafsiran kepadaayat ini menjelaskan bahawa telah disepakati bahawa bentuk hukuman ke atas pencuri adalah dipotong tangannya. Perbahasan ulama dalam menjelaskan hukuman ini hanya berkisar tentang nisbah nilai harga barang yang dicuri sehingga boleh disabitkan hukuman tersebut dan tidak wujud langsung khilaf dalam bentuk hukuman tersebut.


6.0 KESAN LIBERALISME KEPADA UMAT ISLAM 1) Menghalalkan yang haram Pendokong libralisme tidak segan silu menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Hal ini berlaku kerana pendokong liberalism taksub dengan budaya kehidupan barat dan artis artis barat. Oleh itu tindakan ini menyebabkan timbulnya kekeliruan dalam diri umat islam terutamanya anak muda zaman sekarang yang mudah terpedaya dengan keseronakkan dunia. 2) Normalisasikan hukum murtad Pendokong liberalism secara beraninya menyandarkandakwaan ini kepda nas al-Quran yang ditafsirkanmenurut selera mereka iaitu tiada paksaan dalam agama (surah al-aqarah: 256) mereka mendakwa kononnyapenganutnya untuk kekal dalam agama islam. Pendapatijmak keseluruhan tafsir menegaskan bahawa ayat inihanya terpakai kepada golongan bukan islam sahaja. Pemikiran ini akan memudahkan umat islam tepesongdari landasan sebenar terutamanya golongan yang jahiltentang islam. 3) Usaha dakwah akan sia sia Usaha dakwah juga sudah tidak relevan jika liberalisme ini tertanam dalam minda umat islam. Pendokongliberalisma lantang mengkritik pelaksanaan hukumsyariat dengan pelbagai hujah senada denganpandangan orientalis yng menganggap ini sebagai zalimdan tidak selari dengan peradaban moden. Oleh haldemikian usaha dakwah sukar diterima oleh masyarakatyang berpemikiran liberal.


4) Kebebasan mentafsir al-Quran Golongan ini mempunyai satu pandangan iaitu menggunakan rasional akal dalam mentafsir ayat ayatul-Quran. Dengan berpegang pada tema kebebasan golongan ini berusaha membuktikan kebebeasan sebenar yang dikehendaki oleh al-Quran berbeza dengan kebebasan yang telah dibahaskan oleh ulama-ulama terdahulu. Tindakan ini merendahkan martabat ulama ulama terdahulu dan menyababkan masyarakt yang jahil terpedaya dengan hujah hujah yang disampaikan oleh mereka yang bertentang dengan pandangan ulama. 5) Kekeliruan kepada umat islam Golongan ini menentukan hukum hakam agama berdasarkan akal pemikiran mereka sahaja. Bagaimanapun akal manusia terbatas setakat mana pendedahan dan pengalaman mereka, malah akal juga boleh dikalahkan dengan hawa nafsu dan kepentingan peribadi. Dengan pemikiran ini umat islam akanmelakukan mengikut hawa nafsu mereka sahaja berdasarkan pemikaran bebas mereka terhadap hukum agama. 6) Martabat islam akan tergugat Pemikiran bebas golongan ini menyebabkan orang jahil mengikut budaya barat seperti pegaulan bebas, makan makanan yang haram dan pakai pakaian yang tidak sopan. Tindakan ini menjatuhkan imej agama islam dan manjadikan agama islam di pandang serong oleh agama lain dan masyarakat yang jahil tentang agama islam.


Ideologi liberalisme mencakupi serangkaian prinsip fundamental, termasuk peningkatan kebebasan individu, perlindungan hak asasi manusia, dan gaya hidup bebas. Namun, ketika mengkaji konteksnya di Malaysia, penerapan idea-idea liberal menimbulkan tantangan yang signifikan terhadap pemahaman dan praktik Islam yang sudah mapan, yang merupakan prinsip utama dalam masyarakat Islam khususnya. Tantangan ini terlihat jelas melalui adanya pertentangan nilai antara prinsip liberal dan nilai-nilai Islam tradisional yang telah mendarah daging dalam budaya dan tradisi Malaysia. Salah satu perbezaan utama terletak pada kelainan matlamat antara peningkatan kebebasan pribadi yang dianut oleh liberalisme dan prinsipprinsip Islam yang mengedepankan berasaskan Al-quran dan As-sunnah. Penggabungan nilai-nilai liberal ke dalam masyarakat Islam berpotensi memberikan tekanan pada lembaga-lembaga Islam yang sudah mapan, sehingga memicu perdebatan seputar topik-topik kontroversial seperti hak-hak komunitas LGBTQ+ dan kesetaraan gender. Selain itu, terdapat kekhawatiran yang semakin besar mengenai potensi buruk liberalisme terhadap budaya dan identiti Islam yang sudah tertanam dalam masyarakat Malaysia. Pengenalan ideologi liberal mempunyai kapasitas untuk memicu perubahan dalam perspektif masyarakat, khususnya yang berkaitan dengan nilai-nilai tradisional yang mengakar, prinsip-prinsip moral, dan standar etika yang telah dianut secara luas dalam komunitas Islam. Kesimpulannya, perubahan pandangan masyarakat ini berpotensi menyebabkan ketidakseimbangan dan perselisihan dalam upaya kolektif mencapai kesejahteraan sosial dan keharmonisan masyarakat secara keseluruhan. Oleh hal yang demikian, sangat penting untuk menolak fahaman liberalisme untuk mengatasi kesulitan ini. Kuncinya terletak pada mencari kesamaan dan mendorong dialog antara berbagai fakta. Dengan mengadopsi sikap yang adil dan inklusif terhadap diskusi yang berkaitan dengan prinsip-prinsip kemasyarakatan, Malaysia dapat secara efektif mendorong kecelaruan sosial. Penting untuk mengakui dan menghormati keberagaman penduduk di negara ini dan memastikan bahwa keyakinan agama masing-masing tetap sekaligus mendorong hidup berdampingan secara harmoni. 7.0 KESIMPULAN


8.0BIBLIOGRAFI MOHDKAMIL,I.M,MOHDKHAMBALI@HAMBALI,K& WANRAMLI,W.A/ONLINEJOURNALOFRESEARCHIN ISLAMICSTUDIES9(2)(2022):61-72 WANISMAILWDAGANG* ,MOHDNASIRMASROOM, AHMADSYUKRANBAHARUDDIN,MOHDISMAILMUSTARI FAKULTITAMADUNISLAM,UNIVERSITITEKNOLOGI MALAYSIA,81310UTMJOHORBAHRU,JOHOR,MALAYSIA HTTPS://PRPM.DBP.GOV.MY/CARI1? KEYWORD=LIBERALISME&D=243192& HTTPS://MYREF.ORG.MY/2023/10/04/LIBERALISMEAGAMA-PEMIKIRAN-YANG-MEROSAKKAN-AKIDAH/ NOZICK,R.(1974).ANARCHY,STATE,ANDUTOPIA.INE. REGISJR.(ED.),GREATPOLITICALTHEORIES(PP.311-326). HOLT,RINEHARTANDWINSTON.


Click to View FlipBook Version