The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK ZON KENANGA 7, AMBANGAN HEIGHT, 08000 SUNGAI PETANI,KEDAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kurie1980, 2021-10-30 08:59:57

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 KU ANIS ALYA BT KU ADZRIE

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK ZON KENANGA 7, AMBANGAN HEIGHT, 08000 SUNGAI PETANI,KEDAH

Keywords: SISA DOMESTIK

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK ZON KENANGA
7, AMBANGAN HEIGHT, 08000 SUNGAI
PETANI,KEDAH

NAMA:
KU ANIS ALYA BINTI KU ADZRIE

TINGKATAN:
1 SAKINAH

GURU PENILAI:
CIKGU ASIAH BINTI ASMUNI

Perancangan kerja

Bil. Tarikh Aktiviti

1. 1/9/2021 Menerima tajuk tugasan Geografi daripada
Cikgu Asiah.Serta mendengar taklimat tentang
kerja lapangan daripada Cikgu Asiah,guru
Geografi 1 Sakinah.

2. 1/9/2021 Perbincangan bersama guru tentang:
i.Cara menyelesaikan kerja lapangan
ii.Apa itu sisa domestik
iii.Jenis - jenis sisa domestik

3. 6/9/2021 Mengumpul maklumat dari internet

4. 10/9/2021 Memproses data dan maklumat

5. 15/9/2021 Menulis laporan tentang sisa domestik

6. 20/9/2021 Menulis laporan hasil kajian

7. 30/10/2021 Melengkapkan

8. 31/10/2021 Menyerahkan tugasan kepada guru

Penghargaan:
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Asiah atas bimbingan
dalam menjalankan kerja lapangan.Terima kasih juga kepada rakan saya
iaitu Nisa Irdiena atas bantuan yang telah diberikan sepanjang kajian.Tidak
lupa juga,terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Nurul
Anissah dan Ku Adzrie atas sokongan dan penyediaan pelbagai
kemudahan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Pendahuluan:
Saya telah menjalankan kerja kursus Geologi .Tajuk kerja
lapangan saya ialah sisa domestik.Saya telah memilih Zon
Kenanga 7 Ambangan Height sebagai kawasan kajian saya
kerana kawasan tersebut ialah kawasan perumahan saya. Ia
dapat memudahkan kerja - kerja kajian saya.Tempoh kajian
saya ialah satu bulan.

Objekif kajian:

Objekti kajian saya ialah:

a.Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik di Zon Kenanga Ambangan
Height.

b.Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik Zon Kenanga Ambangan
Height.

c.Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa secara
bijaksana di Zon Kenanga Ambangan Height.

Kawasan kajian

Kawasan kajian saya ialah Zon Kenanga Ambangan Height.Ia terletak di
daerah Kuala Muda Negeri Kedah.Mukim kawasan ini ialah Bandar Amanjaya.
Jarak kawasan ini dari pusat bandarata Sungai Petani ialah 9.7km.Masa
perjalanan ke Pusat Bandaraya kira-kira 20 minit.Kawasan ini merupakan
kawasan pandang darat budaya.Pandang darat fizikal yang ada di sini
termasuk:tumbuh - tumbuhan semula jadi.Pandang darat budaya yang ada di
sini termasuk:petempatan,pengangkutan dan kegiatan ekonomi.

Kaedah

a.Pemerhatian

Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan kajian pada 10
September 2021.Jam 2.00 petang untuk mengkaji sisa
domestik.Tujuan saya mengumpulkan maklumat tentang kawasan
kajian adalah untuk memudahkan kerja - kerja mengkaji sisa
domestik di kawasan ini.Saya telah catatkan apa yang diperhatikan
dalam borang pemerhatian.

b.Rujukan
Saya melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang sisa domestik dengan
lebih mendalam.selain itu,saya juga telah merujuk kepada buku teks Geografi
tingkatan 1 untuk mendapatkan maklumat tentang kesan pembuangan dan langkah -
langkah mengurangkan sisa domestik secara bijaksana.

Hasil kajian

Jenis - jenis sisa domestik di kawasan Zon Kenanga 7 Ambangan Height, 08000
Sungai Petani,Kedah

Menurut Wikipedia,sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang
dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan,plastik,kertas dan bahan
logam terpakai.

Jenis-jenis sisa domestik di kawasan Zon Kenanga 7 Ambangan Height,08000 Sungai
Petani,Kedah

Menurut pemerhatian saya,sisa domestik yang terdapat di kawasan Zon Kenanga
Ambangan Height terdiri daripada bahan organik seperti sisa makanan,sisa kebun
dan kertas.Bahan - bahan organik ini dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan
yang menjadikannya boleh diuraikan dan dilupuskan.Bahan bukan organik pula agak
sukar untuk diuraikan dan dilupuskan kerana ia terhasil dari sumber mineral seperti
tin,plastik,besi buruk dan kaca.Sisa domestik di kawasan ini juga terdiri daripada sisa
pepejal seperti sisa makanan,plastik,kertas,logam,perabot dan lampin pakai buang
dan sisa cecair seperti minyak masak yang terpakai,dan kubahan.

Saya sungguh bangga dengan penduduk - penduduk di kawasan ini kerana mereka
telah berjaya menpraktikkan pengurusan bahan buangan dengan baik.Oleh itu,saya
mendapati bahawa tiada pencemaran yang berlaku di kawasan ini.Tetapi,terdapat
beberapa kesan buruk sekiranya penduduk kawasan ini tidak menguruskan bahan
buangan dengan baik.

Kesan pembuangan sisa domestik yang mungkin berlaku jika sisa domestik di
kawasan Zon Kenanga 7 Ambangan Height tidak diuruskan dengan baik

Pencemaran
Menurut buku teks Geografi tingkatan 1,kesan pembuangan sisa domestik di
kawasan ini yang tidak diuruskan dengan baik ialah pencemaran udara,air dan
bau.Pencemaran air akan berlaku disebabkan oleh pembuangan sampah sarap di
kawasan sumber air.Ia akan menjejaskan penggunaan air dalam kehidupan seharian
kita.Pencemaran udara pula berlaku kerana sisa domestik dibakar di tapak pelupusan
sampah yang boleh menyebabkan kepupusan flora dan fauna.

Wabak penyakit
Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat
penularan wabak penyakit boleh disebarkan oleh haiwan dan
serangga yang bahaya seperti tikus,lipas,nyamuk aedes dan
lalat.Sebagai contoh ,penyakit taun,demam denggi,malaria,zika dan
rotavirus.Penyakit - penyakit ini sangat bahaya dan boleh membawa
maut.

Banjir kilat
Hal ini berlaku kerana terdapat penduduk yang bersikap tidak
bertanggungjawab yang membuang sampah di dalam longkang,parit
dan sungai akan menyebabkan aliran air tersekat dan apabila hujan
lebat,jumlah air meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan
banjir kilat berlaku.

c.Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa
secara bijaksana di Zon Kenanga 7.

i.Amalan 3R
Amalan 3R iaitu reuse(guna semula),reduse(kurangkan) dan
recycle(kitar semula).Amalan 3R ini penting agar sisa domestik dapat
dikurangkan.Kerajaan telah menyediakan beberapa kemudahan
untuk menguruskan bahan kitar semula.Contoh:Tong kitar semula.Di
taman ini juga terdapat tong kitar semula yang terletak berdekatan
dengan pintu pagar 1(GATE 1) dan pintu pagar 2(GATE 2).

ii.Gotong - royong
Gotong - royong membersihkan kawasan perumahan adalah cara
yang sangat berkesan untuk mengurangkan sisa domestik .Selain
itu,ia juga dapat mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga.

iii.Penyediaan Pusat Pengumpulan Minyak Masak Terpakai
Pusat ini bertujuan untuk mengumpul minyak masak terpakai agar
penduduk tidak membuang nya ke dalam singki yang ternyata akan
menyebabkan pencemaran.

RUMUSAN
Setelah menjalankan kerja lapangan,saya telah menemui dan
mengetahui sisa domestik dijumpai di kawasan Zon Kenanga 7,08000
Sungai Petani,Kedah ialah sisa makanan,minyak masak
terpakai,plastik,kertas,logam dan lampin pakai buang.Saya juga
mengetahui bahawa kesan pembuangan yang akan berlaku jika ia
tidak diurus dengan baik termasuk pencemaran,wabak penyakit dan
banjir kilat.Langkah - langkah pengurusan sisa domestik yang
bijaksana ialah amalan 3R,gotong royong dan penyediaan pusat
pengumpulan minyak masak terpakai.Dengan itu,saya berharap
kesan pembuangan sisa domestik dapat dielakkan di kawasan Zon
Kenanga 7,08000 Sungai Petani,Kedah.

RUJUKAN
Buku teks
Hisyam Azman bin Ibrahim dan Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad,2017.Geografi
Tingkatan 1.Kuala Lumpur: ERA VISI SDN. BHD.
Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik


Click to View FlipBook Version