The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-42066265, 2021-10-24 10:45:40

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 TERKINI

SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI,


YAN KECHIL, 06900 YAN, KEDAH











MESYUARAT AGUNG








PIBG KALI KE -14










27 OKTOBER 2021 (RABU)


9.00 PAGI


MEDIUM GOOGLE MEET

SMA FAUZI



DIRASMIKAN OLEH:


TUAN HAJI MUKHTAR BIN MANSOR B.C.K P.K





Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

Kuala Muda Yan (KMY)


1

ISI KANDUNGAN




BIL PERKARA MUKA SURAT
1. SEKAPUR SIRIH DARIPADA YDP PIBG SMA FAUZI 3


2. SEULAS PINANG DARIPADA TUAN PENGETUA SMA 4
FAUZI


3. ORGANISASI PIBG SESI 2019-2021 5

4. NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMA FAUZI KE-14 6
SESI 2019/21


5. JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG 7
KALI KE-13


6. TENTATIF PROGRAM 8

7. AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14 9


8. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 10-16

9. LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2019/2020 PIBG SMAF 17


10. AKTIVITI TAHUNAN PIBG BERSAMA SEKOLAH TAHUN 2020 18
11. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG BERSAMA 19
SEKOLAH TAHUN 2021
12. PENYATA KEWANGAN PIBG SMA FAUZI BERAKHIR 31 20
DISEMBER 2020
13. PEMBENTANGAN USUL/CADANGAN 21

14. KAKITANGAN AKADEMIK & SOKONGAN SESI 2021 22

15. HAL EHWAL PELAJAR TAHUN 2021 23


16. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 2021 24


17. SEKALUNG PENGHARGAAN 25

18. CATATAN 26






2

SEKAPUR SIRIH DARIPADA

YDP PIBG SMAF



Marilah kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya

kita dapat sama-sama berada dalam majlis yang gemilang ini. Semoga dengan kerjasama yang

diberikan akan membawa kebaikan bukan sahaja kepada anak-anak kita bahkan kepada agama yang
kita cintai iaitu Islam.


Tuan/puan,

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan sekolah di bawah

pengendalian Tuan Pengetua Al-Fadhil Ustaz Hj Ahmad Shazali bin Hj Ahmed Pauzi kerana telah banyak
mengorbankan masa dan tenaga bukan sahaja mengajar bahkan mendidik anak-anak kita agar

menjadi anak yang soleh dan solehah.

Ibu /bapa /waris yang dihormati,


Marilah kita gunakan peluang ini untuk sama-sama menyumbang idea mahupun tenaga yang
tidak berbelah bahagi agar sekolah ini akan menjadi peneraju kepada sekolah SABK yang lain. Saya

yakin dengan semangat yang tuan/puan tunjukkan, kita akan dapat mencapai harapan yang diimpikan,
disamping dapat mencurahkan tenaga untuk agama Allah ini. Walau bagaimanapun, masih ada ruang

yang dapat kita perbaiki supaya menjadi lebih sempurna dan mencapai kejayaan yang berterusan.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah pada anak-anak kita yang telah

berjaya dalam peperiksaan pada tahun 2020. Semoga anak-anak akan menjadi ‘CONTOH’ kepada
masyarakat walau ke mana anak-anak akan pergi selepas ini. Bagi yang kurang cemerlang, usaha lagi.

Terima kasih juga ingin saya rakamkan pada semua AJK PIBG Sesi 2019/2021 kerana telah menjalankan
amanah ini sebaik mungkin.


Akhir kata saya bagi pihak AJK PIBG dan bagi pihak diri saya memohon maaf jika selama kami
berkhidmat terdapat kesalahan yang tidak disedari .


Sekian, salam hormat dari saya.

YUSOF BIN ABDULLAH

YANG DIPERTUA PIBG,
SMA FAUZI




3

SEULAS PINANG DARIPADA

TUAN PENGETUA SMA FAUZI






Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Semesta alam, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W, Nabi yang memberi tunjuk ajar kepada semua. Saya mengambil kesempatan pada

ruang ini dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG kali yang ke-14 ini. Khususnya kepada semua ibu bapa yang sudi melapangkan masa untuk

hadir bersama-sama.

Di samping itu, tidak lupa juga terima kasih saya daripada warga SMA Fauzi ditujukan khas

kepada YDP PIBG dan semua AJK PIBG Sesi 2019/2021 yang telah bekerja keras serta memberi sokongan
tenaga dan masa sehingga segala program dan aktiviti yang telah dianjurkan berjaya dilaksanakan

dengan jayanya.

Buat warga ibu bapa/waris semua, marilah sama-sama kita berusaha dalam menyediakan

suasana pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Mudah-mudahan segala yang diharapkan
dipermudah dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Akhirnya marilah sama-sama kita warga PIBG SMAF dan

warga SMAF bertekad untuk sama-sama berusaha dengan ikhlas demi kejayaan anak-anak kita dan

sekolah, di samping memartabatkan agama , bangsa dan negara. Wallahualam….

Sekian, salam hormat dari saya.





HJ AHMAD SHAZALI BIN HJ AHMED PAUZI
PENGETUA,

SMA FAUZI YAN KECHIL






















4

ORGANISASI PIBG SESI 2019-2021






PENASIHAT
Pengetua

Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan HEM

Penolong Kanan Kokurikulum

Penolong Kanan Tingkatan 6








YANG DIPERTUA
Yusof bin Abdullah





TIMBALAN YANG DIPERTUA
Ozair bin Saidin





SETIAUSAHA
Aini Haslina binti Hj Abdul Hamid






BENDAHARI
Bazilah binti Ahmad



AJK WARIS AJK GURU
Ghazali bin Omar PEMERIKSA KIRA-KIRA Akmaluddin bin Yahya

Nor Zamri bin Hj Idris Harun bin Said
Nasrul Junaidi bin
Rosli bin Omar Jaafar (Guru) Nur Ummirah binti Shaari
Pathuddin bin Mohamad Nadzilah binti Mohd Norhana binti Harun
Hafizah binti Omar Pahari (Waris) Shukriah binti Shafie

Zamrudah binti Zainuddin




5

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI
06900 YAN, KEDAH DARUL AMAN
TEL: 011-65736166 FAX: 04-4655486
Email: [email protected]
PIBG SMAF 001 (01) 01/2020
TARIKH: 19 JANUARI 2020
هتاكربو ا ةمحرو مكيلع ملاسل
Tuan/Puan,
Semua Waris Pelajar,
SMA Fauzi, Yan Kechil,
06900 Yan Kedah.


Tuan / Puan,
Notis Mesyuarat Agung PIBG SMA Fauzi ke-14 Sesi 2019/21
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


2. Pihak sekolah telah menetapkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMAF ke-14 sesi 2019/21 akan
diadakan pada
Tarikh : 27 OKTOBER 2021 / 20 RABIULAAWAL 1443H
Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : APLIKASI GOOGLE MEET
Perasmi : TUAN HAJI MUKHTAR BIN MANSOR B.C.K P.K
(Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah ,PPD/Kuala Muda Yan)


3. Sehubungan dengan itu tuan/puan diwajibkan hadir ke mesyuarat tersebut demi kepentingan
pendidikan bersama anak-anak tuan/puan.


Kerjasama dari pihak tuan/puan pihak sekolah dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
Yang menjalankan amanah,





............................................................
(MOHD AKMALUDDIN BIN YAHAYA)
Pemangku Setiausaha PIBG Sesi 2019/2021
Sekolah Menengah Agama Fauzi


s.k: 1) PPD KMY
2) YDP PIBG SMAF



6

Jawatankuasa Kerja


Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14















Solahiyah Binti Khidir























































7

Tentatif Program





8.30 pagi : Pendaftaran ibubapa / penjaga

Masuk ke dalam link google meet




9.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis



: Bacaan doa




: Ucapan Tuan Pengetua




: Ucapan Yang Dipertua PIBG



: Ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke-14

TUAN HAJI MUKHTAR BIN MANSOR B.C.K P.K

Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)






10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-14

dimulakan
























8

Agenda Mesyuarat Agung


PIBG Kali Ke-14





.




 Ucapan YDP PIBG

o En Yusof bin Abdullah

 Ucapan Penasihat

o Hj Ahmad Shazali bin Hj Ahmed Pauzi

 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat


Agung PIBG Kali Ke-13

 Membentang aktiviti Tahunan PIBG

 Membentang dan menerima Laporan Kewangan

berakhir pada 31 Disember 2020

 Membahaskan dan Membincangkan Usul


 Ucapan penangguhan

 Bersurai




























9

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI
06900 YAN. KEDAH DARUL AMAN
TEL: 011-65736166 FAX: 04-4655486
Email: [email protected]









MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13

SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI






Tarikh : 6 Februari 2020 bersamaan 12 Jamadilakhir 1441H
Hari : Khamis

Masa : 3.50 petang

Tempat : Dewan Makan Asrama SMA Fauzi, Yan Kechil, 06900 Yan, Kedah

Kehadiran : Ibu bapa dan Guru (83 orang)





I. Ucapan aluan Pengerusi (En Yusof Bin Abdullah)


1. YDP mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa dan guru ke Mesyuarat Agung PIBG pada kali
ini.
2. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru yang hadir seramai 83

orang.
3. Beliau memaklumkan mengenai kejayaan anak-anak pelajar dari segi akademik, kokurikulum dan

sahsiah dalam meneruskan kehidupan sebagai khalifah Allah SWT yang sempurna.


II. Ucapan aluan Penasihat (Tn Hj Ahmad Shazali Bin Hj Ahmed Fauzi)



4. Tuan Pengetua mengucapkan rasa syukur dan terima kasih atas kehadiran Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2021.


10

5. Tn Hj Ahmad Shazali selaku penasihat PIBG menyatakan bahawa setiap AJK yang baru dilantik
perlu memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam membantu pihak sekolah merealisasikan

misi dan visi sekolah ke arah yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
6. Maklumat berkaitan enrolmen SMAF yang terkini Tahun 2020.
a) Tenaga kerja SMAF

a. Guru : 31 orang
b. Staf : 9 orang

c. Warden : 6 orang
b) Bilangan pelajar
a. Tingkatan 1 : 72 orang
b. Tingkatan 2 : 78 orang

c. Tingkatan 3 : 76 orang
d. Tingkatan 4 : 62 orang

e. Tingkatan 5 : 57 orang
f. Tingkatan 6 : 44 orang
g. Jumlah Pelajar : 389 orang




III. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu



7. Pn. Aini Haslina Binti Hj Abdul Hamid selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat
yang lalu.

Cadangan disahkan : En. Hasrul Nizam Bin Abdul Kadir
Disokong : En. Suhaimi Bin Mansor



IV. Perkara Berbangkit



8. Encik Nazmi menyoal pihak pengurusan PIBG berkenaan dengan bantuan dana daripada kerajaan
kepada PIBG SMA Fauzi.
- YDP menjawab bahawa SMA Fauzi hanyalah sekolah bantuan kerajaan dan bukanlah

sekolah kerajaan sepenuhnya. Jadi tiada bantuan dana untuk PIBG SMA Fauzi.
9. Encik Azam Bin Mohd Isa meminta agar penyata baki akaun PIBG diberikan secara terperinci

agar tidak timbul kekeliruan.
- Sudah diambil tindakan dalam mesyuarat yang lepas. Tindakan:YDP dan Bendahari



11

10. Encik Mohd Helmi Bin Shaari menyoal berkenaan hal yuran PIBG yang tertunggak. Beliau
meminta senarai nama yang tidak membayar yuran.

- Encik Ghazali menyatakan bahawa yuran tertunggak semakin berkurangan berikutan sistem
yang digunapakai untuk mengutip yuran lebih sistematik. Hampir RM10,000.00 yuran
tertunggak masih belum diterima. Namun begitu, jumlah tersebut semakin berkurangan

berbanding tahun-tahun sebelumnya.
- YDP menyatakan bahawa banyak program untuk para pelajar terpaksa dibatalkan berikutan

kekurangan dana untuk menjalankan program.
- En Ghazali memaklukan isu ini akan diambil tindakan dan akan dibincangkan semula selepas
tempoh PKP.
Tindakan:YDP dan

Bendahari
11. Guru yang telah berpindah iaitu En. Mohammad Syamim bin Nazir, masih belum ada pengganti.

Tindakan:YDP dan Penasihat


V. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2019



12. Penyata kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2019 dibentangkan oleh Bendahari PIBG,

iaitu Cik Bazilah Binti Ahmad.
Cadangan diterima : Pn. Fauziah Binti Abdul Hamid
Disokong : En. Mohd Azam Bin Md Isa



13. Encik Nazmi menyoal pihak pengurusan PIBG berkenaan dengan bantuan dana daripada kerajaan
kepada PIBG SMA Fauzi.

- YDP menjawab bahawa SMA Fauzi hanyalah sekolah bantuan kerajaan dan bukanlah
sekolah kerajaan sepenuhnya. Jadi tiada bantuan dana untuk PIBG SMA Fauzi.



14. Encik Azam Bin Mohd Isa meminta agar penyata baki akaun PIBG diberikan secara terperinci
agar tidak timbul kekeliruan.

Tindakan:YDP dan Bendahari











12

VI. Lantikan AJK Sesi 2019/2021



15. Senarai nama AJK PIBG Sesi 2019/2021 :
Bil Nama Jawatan
1. En. Yusof bin Abdullah YDP
2. En. Ozair bin Saidin Timb YDP
3. Pn. Aini Haslina binti Hj Abdul Hamid * Setiausaha
4. Cik Bazilah binti Ahmad * Bendahari
5. En. Akmaluddin bin Yahya * AJK Guru
6. En. Harun bin Said * AJK Guru
7. En. Mohammad Syamim bin Nazir * AJK Guru (Pindah)
8. Cik Nur Ummirah binti Shaari * AJK Guru
9. Pn. Norhana binti Harun * AJK Guru
10. Pn. Shukriah binti Shafie * AJK Guru
11. En. Ghazali bin Omar AJK Waris
12. En. Nor Zamri bin Hj Idris AJK Waris
13. Pn. Zamrudah binti Zainuddin AJK Waris
14. Pn. Hafizah binti Omar AJK Waris
15. En. Pathuddin bin Mohamad AJK Waris
16. En. Rosli bin Omar AJK Waris
17. En. Nasrul Junaidi bin Jaafar * Juru Audit Guru
18. Pn. Nadzilah binti Mohd Pahari (Lantikan AJK PIBG) Juru Audit Waris
(*) : Lantikan Sekolah


VII. Usul dan Cadangan AJK PIBG



16. Waris (En Shahrin bin Jamaluddin) menyatakan kawasan parkir untuk waris yang datang ke
asrama agak sempit.

- Pihak sekolah akan berbincang dan memanjangkan perkara ini.
- Masih dalam proses diambil tindakan seterusnya.
Tindakan:Pengetua

17. Waris (Pn. Suriati binti Salleh) mohon pihak sekolah menyediakan pengangkutan ke Stesen KTM
Gurun.

- YDP memaklumkan bahawa bilangan pelajar untuk ke stesen KTM Gurun agak sedikit dan
tidak berkeperluan untuk pengangkutan bas.
Tindakan:YDP







13

18. Waris (En. Zahari bin Bahazin) mencadangkan kutipan sumbangan daripada waris untuk
memasang jaring di semua tingkap asrama bagi mengatasi masalah serangga ‘Charlie’.

- YDP akan pertimbangkan dan akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dengan cara
mendapatkan kos perbelanjaan yang berpatutan untuk pemasangan jaring.
- Sudah selesai dan telah diambil tindakan.

Tindakan:YDP
-

19. Waris (Pn. Nadzilah binti Mohd Pahari) pohon melantik pengawal untuk lalu lintas di asrama.
- YDP akan panjangkan hal ini kepada pihak sekolah.
- Sudah selesai dan telah diambil tindakan.

Tindakan:YDP dan Pengetua



20. Waris (En. Nazri Bin Ismail) bertanya mengenai perkara ini dalam Mesyuarat Agung kali ke-13 ini.
- Tn. Pengetua memberi cadangan supaya para pelajar membawa bagasi ke sekolah pada
pagi hari mereka akan pulang ke kampung dan para waris boleh menjemput anak-anak

terus di sekolah selepas tamat persekolahan. Hanya pelajar Tingkatan Lima sahaja perlu
dijemput di asrama.

- Sudah selesai dan telah diambil tindakan.
Tindakan: Pengetua



21. Waris (Nor Hisam bin Abd Majid) mencadangkan majalah sekolah dijual untuk satu keluarga, satu
majalah.
- Tuan Pengetua bersetuju.

- Sudah selesai dan telah diambil tindakan. Tindakan: Pengetua


22. PIBG menyarankan agar pihak asrama membuka kiosk PIBG di asrama.

- YDP akan berbincang dengan pihak sekolah.
Tindakan:YDP

23. Pengusaha bas meminta kenaikan tambang bas dinaikkan daripada RM150.00 kepada RM155.00.
- Permintaan akan dibincangkan dengan pihak asrama sekolah.
- Isu ini akan terus diambil tindakan dan berjalan pada tahun 2021.

Tindakan:YDP dan Pengetua
24. Pihak asrama memohon kos gunting rambut untuk pelajar asrama lelaki dimasukkan sekali dalam

yuran PIBG sebanyak RM12.00 (4 kali setahun).

14

- Disokong sebulat suara.
25. Ustaz Shirozi Bin Abdullah mencadangkan agar pihak waris mengemukakan satu cadangan untuk

persetujuan dan membenarkan pihak sekolah memohon surat rasmi daripada JPN bagi
mendapatkan kelulusan JPN dalam memohon kebenaran untuk kutipan yuran PIBG bagi Tahun
2020.

- En. Nazri Bin Ismail mencadangkan agar sumbangan RM 60.00 dapat dikutip daripada waris
melalui surat kelulusan JPN.

- Disokong oleh : En. Zulhelmi Bin Ismail
- Sudah selesai dan telah diambil tindakan.
26. En. Nazri Bin Ismail menimbulkan persoalan berkenaan penggunaan telefon bimbit dalam

kalangan pelajar kerana terdapat pelajar yang menggunakan telefon di asrama dan menjejaskan
kesihatan mata.

- PK HEM menjawab bahawa penggunaan telefon bimbit di asrama adalah dilarang dan tidak
dibenarkan sama sekali kecuali ada kelonggaran bagi pelajar-pelajar Tingkatan Lima. Ini
kerana pelajar Tingkatan Lima perlu menggunakan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran
dan ulangkaji. Selain itu, sekiranya pelajar perlu membawa telefon ke asrama atas alasan

rumah yang jauh dan memudahkan urusan balik ke kampung, mereka perlu menyerahkan
telefon bimbit tersebut kepada warden dan boleh mengambilnya kembali pada hari pelepasan.

PK HEM juga meminta agar ibu bapa memantau anak-anak supaya tidak membawa telefon
ke asrama.
- Perkara ini sudah diambil tindakan. Telefon bimbit dibenarkan tetapi perlu serahkan kepada

warden asrama untuk simpanan dan diserahkan semula apabila waktu pulang.





VIII. Hal-Hal Lain



27. Kutipan bayaran buku tahlil diteruskan untuk bulan Ramadhan (1 buku RM50.00).
28. YDP PIBG meminta agar ibu bapa lebih aktif menyokong segala program yang dijalankan oleh
pihak sekolah.

29. Waris meminta agar pihak sekolah memastikan makanan yang dijual di luar asrama adalah bersih
dan halal.
- Pengetua akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah dan akan

memaklumkan hasil perbincangan tersebut semasa program Jaya Waris.




15

30. Pengetua memaklumkan agar pihak waris menyemak segala aktiviti sekolah sepanjang tahun dan
mengharapkan keterlibatan aktif daripada pihak waris dalam menjayakan segala program yang

dianjurkan oleh pihak sekolah.
IX. Penutup



31. YDP mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan mengharapkan mesyuarat yang akan
datang lebih ramai yang dapat menghadirkan diri.

32. YDP juga meminta kerjasama semua waris supaya mengambil berat tentang akademik dan sahsiah
anak-anak pelajar agar mendapat kejayaan serta bersama-sama memikirkan cadangan untuk
menambahkan dana PIBG.
33. En. Nazri Bin Ismail mengucapkan tahniah di atas komitmen semua guru yang bertungkus-lumus

membantu dalam pembelajaran anak-anak.



Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.50 petang.








Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,










..................................................... .......................................................... ......................................

(MOHD AKMALUDDIN BIN YAHAYA) (AHMAD SHAZALI B. AHMED PAUZI) (YUSOF BINABDULLAH)
Pemangku Setiausaha PIBG Penasihat PIBG Yang Dipertua PIBG
Sesi 2019/2021 Sesi 2019/2021 Sesi 2019/2021





















16

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2019/2020 PIBG SMAF

KEHADIRAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA / : HADIR MESYUARAT
* : TIDAK HADIR (BERSEBAB)
BIL NAMA 1 2 3
Tn. Hj. Ahmad Shazali Bin Hj Ahmed Pauzi
1 (PENGETUA) / / /
Pn. Hjh. Nazhatulshima binti Abdullah
2 (PK KURIKULUM) / * *
Tn. Hj. Mohd Rusdi Bin Ishak @ Hassan
3 (PK HEM) * / /
En. Ahmad Busthomi Bin Muslim
4 (PK KOKURIKULUM) * / /
Tn. Hj. Ahmad Shirozi Bin Abdullah
5 (PK DINI) * * *

En. Yusof Bin Abdullah
6 (YDP PIBG) / / /
En. Ozair bin Saidin
7 (TIMB YDP) / / /

8 Pn. Aini Haslina binti Hj Abdul Hamid
(SETIAUSAHA) / / /
9 Cik Bazilah binti Ahmad
(BENDAHARI) / / /
10 En. Akmaluddin bin Yahya
(AJK GURU) * * *
11 En.Harun bin Said
(AJK GURU) * / *
12 En. Mohammad Syamim bin Nazir
(AJK GURU) * / *
13 Cik Nur Ummirah binti Shaari
(AJK GURU) * * *
14 Pn. Norhana binti Harun
(AJK GURU) * * *
15 Pn. Shukriah binti Shafie
(AJK GURU) / / *
16 En. Ghazali bin Omar
(AJK WARIS) / / /
17 En. Nor Zamri bin Hj Idris
(AJK WARIS) / / /
18 Pn. Zamrudah binti Zainuddin (AJK WARIS)
/ / /
19 Pn. Hafizah binti Omar (AJK WARIS)
/ / *
20 En. Pathuddin bin Mohamad (AJK WARIS) /
. / /
21 En. Rosli bin Omar (AJK WARIS) / * /




17

PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG



BERSAMA SEKOLAH TAHUN 2020






BIL AKTIVITI / PROGRAM TARIKH

1 Jaya Waris 1 31/1/2020
2 Kejohanan Sukan dan Olahraga 9-10/2/2020
3 Pelancaran SUMUR 10/3/2020

4 Jaya Waris 2 2/4/2020
5 Program Qiamullail Perdana 13/2/2020
6 Mesyuarat Agung PIBG 6/2/2020
7 Majlis Apresiasi Cemerlang 26/3/2020
8 Hari Keusahawanan dan Kokurikulum 15/4/2020

9 Majlis Sambutan Hari Guru 16/5/2020
10 Program Ihya’ Ramadhan 21/4/2020
11 Majlis Berbuka Puasa 20/5/2020

12 Khatam Al-Quran Ramadhan 21/5/2020
13 Majlis Hari Raya Aidil Fitri 11/6/2020
14 Jaya Waris 3 18/6/2020
15 Perkhemahan Perdana 26/6/2020
16 Sumbangan kebajikan Sekiranya ada

17 Program Bacaan Al Quran (setiap hari) Sepanjang tahun
18 Program Mentor Mentee Sepanjang tahun
19 Program Guru Penyayang Sepanjang tahun

20 Asas Fil Arabiah/Program Peningkatan Akademik Sepanjang tahun
21 Perkhidmatan Dobi Sepanjang tahun
22 Perkhidmatan Bas Sepanjang tahun



















18

PENYATA KEWANGAN PIBG SMA



FAUZI




BERAKHIR 31 DISEMBER 2020




































19

20

Pembentangan



Usul/Cadangan











































21

Kakitangan Akademik & Sokongan


Sesi 2021






Pengetua : Hj Ahmad Shazali bin Hj Ahmed Pauzi

PK Pentadbiran : Pn Hjh Nazhatulshima binti Abdullah

PK HEM : Hj Mohd Rusdi bin Ishak@Hassan

PK KOKO : En Ahmad Busthomi bin Muslim

PK Dini : Hj Ahmad Shirozi bin Abdullah




GURU

31 orang – 18 Lelaki, 13 Perempuan




AKP

9 orang – 2 Lelaki, 7 Perempuan




WARDEN

6 orang – 3 Lelaki, 3 Perempuan




UNIT KEBERSIHAN

3 orang – 2 Lelaki, 1 Perempuan




PENGAWAL KESELAMATAN

8 orang – 6 Lelaki, 2 Perempuan





22

HAL EHWAL PELAJAR




TAHUN 2021











JUMLAH PELAJAR MENGIKUT KELAS





TINGKATAN 1 - 72 ORANG

TINGKATAN 2 - 78 ORANG


TINGKATAN 3 - 75 ORANG

TINGKATAN 4 - 69 ORANG


TINGKATAN 5 - 51 ORANG

TINGKATAN 6 - 22 ORANG







JUMLAH KESELURUHAN : 367 ORANG

























23

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK




TAHUN 2021






1. Program Jaya Waris (3 kali)



2. Kelas Peningkatan Akademik (Kelas

Tambahan selepas waktu PdP)






3. Program Peningkatan Prestasi Akademik

(PPPA)





4. Program Intensif Bahasa Arab Nahu dan


Sorof Tingkatan 1 dan 2




5. Program Perkampungan Ilmu Sempena Cuti


Sekolah (SPM)





6. Seminar Teknik Menjawab (PT3/SMA/SPM)



7. Ceramah Motivasi/Pembangunan Diri











24

SEKALUNG PENGHARGAAN











UCAPAN TERIMA KASIH YANG


TIDAK TERHINGGA DIRAKAMKAN KHAS KEPADA




TUAN HAJI MUKHTAR BIN MANSOR B.C.K P.K(PERASMI)




ENCIK YUSOF BIN ABDULLAH (YDP PIBG)


SEMUA AJK PIBG SESI 2019/2021



PENGETUA



SEMUA PENOLONG KANAN


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14


SEMUA GURU SMA FAUZI & IBUBAPA


SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG


DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14








Semoga segala usaha kita mendapat Rahmat



dan Keberkatan daripada Allah S.W.T




25

CATATAN
















































26


Click to View FlipBook Version