The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-42066265, 2022-06-12 02:02:37

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SMAF 2022

PIBG SMAF

SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI,

YAN KECHIL, 06900 YAN, KEDAH

MESYUARAT AGUNG
PIBG SMAF
KALI KE -15

TARIKH: 16 JUN 2022 (KHAMIS)
JAM: 2.00 PETANG

TEMPAT: DEWAN ASRAMA SMA FAUZI

DIRASMIKAN OLEH:

YANG BERHORMAT USTAZ SABRI BIN AZIT
AHLI PARL1IMEN JERAI

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL PERKARA
1. SEKAPUR SIRIH DARIPADA YDP PIBG SMA FAUZI 3
2. SEULAS PINANG DARIPADA TUAN PENGETUA SMA FAUZI 4
3. ORGANISASI PIBG SESI 2019-2021 5
4. NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMA FAUZI KE-15 SESI 2019/21 6
5. JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 7
6. TENTATIF PROGRAM 8
7. AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15
8. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14 9
9. LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2019/2020 PIBG SMAF
10. AKTIVITI TAHUNAN PIBG BERSAMA SEKOLAH TAHUN 2021 10-14
12. PENYATA KEWANGAN PIBG SMA FAUZI BERAKHIR 31 DISEMBER 15 - 17

2021 16
13. PEMBENTANGAN USUL/CADANGAN 18
14. KAKITANGAN AKADEMIK & SOKONGAN SESI 2022
15. HAL EHWAL PELAJAR TAHUN 2022 19
16. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 2022 20
17. CATATAN
18. SEKALUNG PENGHARGAAN 21

22

23

24

2

SEKAPUR SIREH DARIPADA

YDP PIBG SMAF

Marilah kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
kita dapat sama-sama berada dalam majlis yang gemilang ini. Semoga dengan kerjasama yang
diberikan akan membawa kebaikan bukan sahaja kepada anak-anak kita bahkan kepada agama yang
kita cintai iaitu Islam.

Tuan/puan,

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan sekolah di bawah
pengendalian Tuan Pengetua Al-Fadhil Ustaz Hj Ahmad Shazali bin Hj Ahmed Pauzi kerana telah banyak
mengorbankan masa dan tenaga bukan sahaja mengajar bahkan mendidik anak-anak kita agar
menjadi anak yang soleh dan solehah.

Ibu /bapa /waris yang dihormati,

Marilah kita gunakan peluang ini untuk sama-sama menyumbang idea mahupun tenaga yang
tidak berbelah bahagi agar sekolah ini akan menjadi peneraju kepada sekolah SABK yang lain. Saya
yakin dengan semangat yang tuan/puan tunjukkan, kita akan dapat mencapai harapan yang diimpikan,
disamping dapat mencurahkan tenaga untuk agama Allah ini. Walau bagaimanapun, masih ada ruang
yang dapat kita perbaiki supaya menjadi lebih sempurna dan mencapai kejayaan yang berterusan.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah pada anak-anak kita yang telah
berjaya dalam peperiksaan pada tahun 2020. Semoga anak-anak akan menjadi ‘CONTOH’ kepada
masyarakat walau ke mana anak-anak akan pergi selepas ini. Bagi yang kurang cemerlang, usaha lagi.
Terima kasih juga ingin saya rakamkan pada semua AJK PIBG Sesi 2019/2021 kerana telah menjalankan
amanah ini sebaik mungkin.

Akhir kata saya bagi pihak AJK PIBG dan bagi pihak diri saya memohon maaf jika selama kami
berkhidmat terdapat kesalahan yang tidak disedari .

Sekian, salam hormat dari saya.
YUSOF BIN ABDULLAH
YANG DIPERTUA PIBG,
SMA FAUZI

3

SEULAS PINANG DARIPADA
TUAN PENGETUA SMA FAUZI

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Semesta alam, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W, Nabi yang memberi tunjuk ajar kepada semua. Saya mengambil kesempatan pada
ruang ini dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG kali yang ke-14 ini. Khususnya kepada semua ibu bapa yang sudi melapangkan masa untuk
hadir bersama-sama.

Di samping itu, tidak lupa juga terima kasih saya daripada warga SMA Fauzi ditujukan khas
kepada YDP PIBG dan semua AJK PIBG Sesi 2019/2021 yang telah bekerja keras serta memberi sokongan
tenaga dan masa sehingga segala program dan aktiviti yang telah dianjurkan berjaya dilaksanakan
dengan jayanya.

Buat warga ibu bapa/waris semua, marilah sama-sama kita berusaha dalam menyediakan
suasana pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Mudah-mudahan segala yang diharapkan
dipermudah dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Akhirnya marilah sama-sama kita warga PIBG SMAF dan
warga SMAF bertekad untuk sama-sama berusaha dengan ikhlas demi kejayaan anak-anak kita dan
sekolah, di samping memartabatkan agama , bangsa dan negara. Wallahualam….
Sekian, salam hormat dari saya.

HJ AHMAD SHAZALI BIN HJ AHMED PAUZI
PENGETUA,
SMA FAUZI YAN KECHIL

4

O P SRGANISASI IBG ESI 2019-2021

PENASIHAT
Pengetua

Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan HEM

Penolong Kanan Kokurikulum

YANG DIPERTUA
Yusof bin Abdullah

TIMBALAN YANG DIPERTUA
Ozair bin Saidin

SETIAUSAHA
Mohd akmaluddin bin Yahaya

AJK WARIS BENDAHARI AJK GURU
Bazilah binti Ahmad
Ghazali bin Omar Harun bin Said
Nor Zamri bin Hj Idris PEMERIKSA KIRA- Nur Ummirah binti Shaari
KIRA
Rosli bin Omar Norhana binti Harun
Pathuddin bin Mohamad Nasrul Junaidi Shukriah binti Shafie
(Guru)#pindah
Nadzilah binti Mohd

5

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI

06900 YAN, KEDAH DARUL AMAN

TEL: 011-65736166 FAX: 04-4655486

Email: [email protected]

PIBG SMAF 015 (01) 05/2022
TARIKH: 19 MEI 2022

‫لسالم عليكم ورحمة ا وبركاته‬
Tuan/Puan,
Semua Waris Pelajar,
SMA Fauzi, Yan Kechil,
06900 Yan Kedah.

Tuan / Puan,
Notis Mesyuarat Agung PIBG SMA Fauzi ke-15 Sesi 2019/21
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah telah menetapkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMAF ke-14 sesi 2019/21 akan

diadakan pada

Tarikh : 16 JUN 2022

Hari : KHAMIS

Masa : 2.00 PETANG

Tempat : DEWAN ASRAMA SMAF

Perasmi : YANG BERHORMAT USTAZ SABRI BIN AZIT(AHLI PARLIMEN JERAI)

3. Sehubungan dengan itu tuan/puan diwajibkan hadir ke mesyuarat tersebut demi kepentingan
pendidikan bersama anak-anak tuan/puan.

Kerjasama dari pihak tuan/puan pihak sekolah dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

............................................................
(MOHD AKMALUDDIN BIN YAHAYA)
Pemangku Setiausaha PIBG Sesi 2019/2021
Sekolah Menengah Agama Fauzi

s.k: 1) PPD KMY
2) YDP PIBG SMAF

6

J Kawatankuasa erja

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15

7

PTentatif rogram

2.00 petang : Pendaftaran ibubapa / penjaga

2.30 petang : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan doa

: Ucapan Tuan Pengetua

: Ucapan Yang Dipertua PIBG

: Ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-15

YANG BERHORMAT USTAZ SABRI BIN AZIT
(AHLI PARLIMEN JERAI)

3.00 petang : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15
dimulakan

5.30 petang : Pembubaran AJK PIBG 2019/2021 dan
Pelantikan AJK PIBG 2022/2024

8

Agenda Mesyuarat Agung

PIBG Kali Ke-15

.

 Ucapan YDP PIBG
o En Yusof bin Abdullah

 Ucapan Penasihat
o Tn. Hj. Ahmad Shazali bin Hj. Ahmed Pauzi

 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-14

 Membentang aktiviti Tahunan PIBG
 Membentang dan menerima Laporan Kewangan

berakhir pada 31 Disember 2021
 Membahaskan dan Membincangkan Usul
 Pembubaran AJK PIBG 2019/2021 dan

Pelantikan AJK PIBG 2022/2024
 Ucapan penangguhan
 Bersurai

9

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI

06900 YAN, KEDAH DARUL AMAN

TEL: 011-65736166 FAX: 04-4655486

Email: [email protected]

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14
SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI

Tarikh : 27 OKTOBER 2022
Hari : RABU
Masa : 10.00 PAGI
Tempat : Bilik Seminar SMAF (aplikasi google meet)
Kehadiran : Ibu bapa dan Guru (106 orang)

I. Ucapan aluan Pengerusi (En Yusof Bin Abdullah)

1. Tuan YDP mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa dan guru ke Mesyuarat Agung PIBG pada
kali ini.

2. Tuan YDP merakamkan ucapan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru yang hadir seramai
106 orang.

3. Mesyuarat kali ini terpaksa diadakan secara dalam talian (google meet) berikutan dengan
pandemik yang melanda.

4. Tuan YDP mewakili pihak PIBG amat mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas usaha
dan kerja keras dalam menjalankan pelbagai aktiviti khususnya untuk pelajar walaupun terpaksa
berdepan dengan dugaan dalam tempoh yang sukar ini.

5. Segala sumbangan dan kerjasama pihak sekolah amatlah pihak PIBG hargai dan hanya Allah
sahaja dapat menilai dan membalas pengorbanan ini.

10

6. Tuan YDP menekankan kepada pihak ibu bapa agar dapat membantu dan memberi sokongan
kepada pihak sekolah terutamanya kepada guru dalam menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PDPR) dalam musim pandemik ini.

7. Tuan YDP memaklumkan mengenai kejayaan anak-anak pelajar dari segi akademik, kokurikulum
dan sahsiah dalam Tahun 2020.

II. Ucapan aluan Penasihat (Tn Hj Ahmad Shazali bin Hj Ahmed Fauzi)

1. Tn. Hj. Ahmad Shazali mengucapkan rasa syukur dan terima kasih atas kehadiran Ahli

Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2021 dan semua waris.

2. Tn. Hj. Ahmad Shazali selaku penasihat PIBG menyatakan bahawa tahun ini sepatutnya adalah

tahun terakhir bagi barisan anggota PIBG semasa, tetapi memandangkan keadaan yang tidak

mengizinkan / pandemik dan PKP ,setelah berbincang dengan wakil-wakil PIBG dan menetapkan

bahawa pemilihan baharu barisan PIBG tahun 2019/2021 ditangguhkan dan akan dilaksanakan

pada mesyuarat 2022 yang akan datang.

3. Tn. Hj. Ahmad Shazali mengajak sidang mesyuarat bersama-sama menghadiahkan Surah Al-

Fatihah dan doa kepada Al-Marhum Ustaz Nasrizam Bin Nasir yang telah kembali ke

Rahmatullah pada September 2021 yang lepas. Beliau memaklumkan bahawa Al-Marhum

merupakan salah seorang tenaga pengajar SMAF yang telah lama berkhidmat di SMAF sejak

zaman Sekolah Agama Rakyat lagi.

4. Maklumat berkaitan enrolmen SMAF yang terkini Tahun 2021.

a) Tenaga kerja SMAF

a. Guru : 32 orang

b. Staf : 9 orang

c. Warden : 5 orang

b) Bilangan pelajar

a. Tingkatan 1 : 76 orang

b. Tingkatan 2 : 73 orang

c. Tingkatan 3 : 79 orang

d. Tingkatan 4 : 55 orang

e. Tingkatan 5 : 67 orang

f. Tingkatan 6 : 23 orang

g. Jumlah Pelajar : 373 orang

11

III. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

1. Cikgu Mohd Akmaluddin bin Yahaya selaku Pemangku Setiausaha membentangkan minit
mesyuarat yang lalu.

Cadangan disahkan : Pn. Aisyah Binti Ghazali

Disokong : En. Muhammad Nazri Bin Ismail

IV. Perkara Berbangkit

a) Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pengusaha bas sekolah, Tuan haji Fadhil telah meninggal
dunia dan sekarang dipangku oleh anak perempuannya,Siti Sarah. Al-Marhum sebelumnya telah
berbincang kepada pihak pengurusan sekolah dan telah membuat permohonan rasmi untuk
dinaikkan tambang bas daripada 0.80 sen kepada RM1 / seorang pelajar asrama.
- Oleh itu, pihak sekolah telah berbincang dan bersetuju untuk menaikkan bayaran tambang
daripada 0.80 sen kepada RM1/seorang.

V. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2021

a) Penyata kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2021 dibentangkan oleh Bendahari PIBG,

iaitu Cik Bazilah Binti Ahmad.

Cadangan diterima : Pn. Salma Binti Zakaria

Disokong : Pn. Azma Murni

12

VI. Lantikan AJK Sesi 2019/2021 Jawatan
YDP
a) Senarai nama AJK PIBG Sesi 2019/2021 :
Bil Nama Timb YDP
1. En. Yusof bin Abdullah Setiausaha
2. En. Ozair bin Saidin Bendahari
3. Pn. Aini Haslina binti Hj Abdul Hamid *(sambung pengajian) AJK Guru
4. Cik Bazilah binti Ahmad * AJK Guru
5. En. Akmaluddin bin Yahya * (pemangku setiausaha) AJK Guru (Pindah)
6. En. Harun bin Said * AJK Guru
7. En. Mohammad Syamim bin Nazir * AJK Guru
8. Cik Nur Ummirah binti Shaari * AJK Guru
9. Pn. Norhana binti Harun * AJK Waris
10. Pn. Shukriah binti Shafie * AJK Waris
11. En. Ghazali bin Omar AJK Waris
12. En. Nor Zamri bin Hj Idris AJK Waris
13. Pn. Zamrudah binti Zainuddin AJK Waris
14. Pn. Hafizah binti Omar AJK Waris
15. En. Pathuddin bin Mohamad Juru Audit Guru
16. En. Rosli bin Omar Juru Audit Waris
17. En. Nasrul Junaidi bin Jaafar * (pindah)
18. Pn. Nadzilah binti Mohd Pahari (Lantikan AJK PIBG)
(*) : Lantikan Sekolah

VII. Usul dan Cadangan AJK PIBG
TIADA

VIII. Hal-Hal Lain

a) TuanYDP PIBG meminta agar ibu bapa lebih aktif menyokong segala program yang dijalankan
oleh pihak sekolah.

b) Tn Hj Ahmad Shazali memaklumkan agar pihak waris menyemak segala aktiviti sekolah
sepanjang tahun dan mengharapkan keterlibatan aktif daripada pihak waris dalam menjayakan
segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

c) Tn Hj Ahmad Shazali memaklumkan bahawa sekolah akan dibuka semula dalam masa terdekat
(menunggu arahan daripada pihak KPM) untuk Tingkatan Lima dan STAM. Tambahan pula
Peperiksaan Percubaan SPM yang semakin hampir dan akan dilaksanakan pada bulan November
2021

13

d) Ustaz Rusdi Ishak akan memaklumkan dan menghantar maklumat kepada waris berkenaan
maklumat terkini dari semasa ke semasa.

IX. Penutup

a) Tn Hj Ahmad Shazali mengucapkan ribuan terima kasih kepada waris kerana memberi
kerjasama kepada pihak sekolah dalam melaksanakan PDPR di rumah.

b) Tn Hj Ahmad Shazali juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada waris dan guru dalam
menjayakan Mesyuarat Agong PIBG Kali ke-14.

c) TuanYDP PIBG juga meminta kerjasama semua waris supaya mengambil berat tentang akademik
dan sahsiah anak-anak pelajar agar mendapat kejayaan serta bersama-sama memikirkan cadangan
untuk menambahkan dana PIBG.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

..................................................... .......................................................... ......................................

(MOHD AKMALUDDIN BIN YAHAYA) (AHMAD SHAZALI B. AHMED PAUZI) (YUSOF BINABDULLAH)
Yang Dipertua PIBG
Pemangku Setiausaha PIBG Penasihat PIBG Sesi 2019/2021

Sesi 2019/2021 Sesi 2019/2021

14

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
2019/2021 PIBG SMAF

15

KEHADIRAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA / : HADIR MESYUARAT
* : TIDAK HADIR (BERSEBAB)

BIL NAMA 12 3
Tn. Hj. Ahmad Shazali Bin Hj Ahmed Pauzi
1 (PENGETUA) ///

2 En. Yusof Bin Abdullah // /
(YDP PIBG)

3 En. Ozair bin Saidin // /
(TIMB YDP)
4 Pn. Aini Haslina binti Hj Abdul Hamid
// /
(SETIAUSAHA)
5 Cik Bazilah binti Ahmad // /

(BENDAHARI)
6 En. Akmaluddin bin Yahya
(AJK GURU) ** *

7 En.Harun bin Said */ *
(AJK GURU)
8 En. Mohammad Syamim bin Nazir
(AJK GURU) */ *

9 Cik Nur Ummirah binti Shaari ** *

(AJK GURU) ** *
10 Pn. Norhana binti Harun

(AJK GURU) // *
11 Pn. Shukriah binti Shafie

(AJK GURU) // /
12 En. Ghazali bin Omar

(AJK WARIS)
13 En. Nor Zamri bin Hj Idris
(AJK WARIS) // /

14 Pn. Zamrudah binti Zainuddin // /
(AJK WARIS) // *
// /
15 Pn. Hafizah binti Omar /* /
(AJK WARIS)

16 En. Pathuddin bin Mohamad
(AJK WARIS)

17 En. Rosli bin Omar
(AJK WARIS)

.

16

A T P BKTIVITI AHUNAN IBG ERSAMA
TSEKOLAH AHUN 2021

BIL AKTIVITI / PROGRAM TARIKH

1 Jaya Waris 1 31/1/2020
2 Kejohanan Sukan dan Olahraga 9-10/2/2020
3 Pelancaran SUMUR 10/3/2020
4 Jaya Waris 2
5 Program Qiamullail Perdana 2/4/2020
6 Mesyuarat Agung PIBG 13/2/2020
7 Majlis Apresiasi Cemerlang 6/2/2020
26/3/2020
8 Hari Keusahawanan dan Kokurikulum
9 Majlis Sambutan Hari Guru 15/4/2020
10 Program Ihya’ Ramadhan 16/5/2020
11 Majlis Berbuka Puasa 21/4/2020
12 Khatam Al-Quran Ramadhan 20/5/2020
13 Majlis Hari Raya Aidil Fitri 21/5/2020
14 Jaya Waris 3 11/6/2020
15 Perkhemahan Perdana 18/6/2020
16 Sumbangan kebajikan 26/6/2020
17 Program Bacaan Al Quran (setiap hari) Sekiranya ada
18 Program Mentor Mentee Sepanjang tahun
19 Program Guru Penyayang Sepanjang tahun
20 Asas Fil Arabiah/Program Peningkatan Akademik Sepanjang tahun
21 Perkhidmatan Dobi Sepanjang tahun
22 Perkhidmatan Bas Sepanjang tahun
Sepanjang tahun

17

*********************************
PENYATA KEWANGAN PIBG
SMA FAUZI

BERAKHIR 31 DISEMBER 2021
********************************

18

Pembentangan
Usul/Cadangan

19

Kakitangan Akademik & Sokongan

Sesi 2022

Pengetua : Hj Ahmad Shazali bin Hj Ahmed Pauzi
PK Pentadbiran : Pn Hjh Nazhatulshima binti Abdullah
PK HEM : Hj Mohd Rusdi bin Ishak@Hassan
PK KOKO : En Ahmad Busthomi bin Muslim
PK Dini : Hj Ahmad Shirozi bin Abdullah

GURU
32 orang – 19 Lelaki, 13 Perempuan

AKP
9 orang – 1 Lelaki, 8 Perempuan

WARDEN
6 orang – 3 Lelaki, 3 Perempuan

UNIT KEBERSIHAN
3 orang – 2 Lelaki, 1 Perempuan

PENGAWAL KESELAMATAN
8 orang – 6 Lelaki, 2 Perempuan

20

HAL EHWAL PELAJAR
TAHUN 2022

JUMLAH PELAJAR MENGIKUT KELAS

TINGKATAN 1 - 71 ORANG
TINGKATAN 2 - 73 ORANG
TINGKATAN 3 - 79 ORANG
TINGKATAN 4 - 55 ORANG
TINGKATAN 5 - 67 ORANG
TINGKATAN 6 - 23 ORANG

JUMLAH KESELURUHAN : 373 ORANG

21

P KERANCANGAN PROGRAM ECEMERLANGAN
A TKADEMIK AHUN 2022

1. Program Jaya Waris (3 kali)
2. Kelas Peningkatan Akademik (Kelas Tambahan

selepas waktu PdP)
3. Program Peningkatan Prestasi Akademik (PPPA)
4. Program Intensif Bahasa Arab Nahu dan Sorof

Tingkatan 1 dan 2
5. Program Perkampungan Ilmu Sempena Cuti

Sekolah (SPM)
6. Seminar Teknik Menjawab (SMA/SPM/STAM)

7. Ceramah Motivasi/Pembangunan Diri 21/22

22

CATATAN

………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………...

23

SEKALUNG PENGHARGAAN

UCAPAN TERIMA KASIH YANG
TIDAK TERHINGGA DIRAKAMKAN KHAS KEPADA

YANG BERHORMAT USTAZ SABRI BIN AZIT
(AHLI PARLIMEN JERAI)

ENCIK YUSOF BIN ABDULLAH (YDP PIBG)
SEMUA AJK PIBG SESI 2019/2021

PENGETUA
SEMUA PENOLONG KANAN
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15
SEMUA GURU SMA FAUZI & IBUBAPA
SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG
DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15
Semoga segala usaha kita mendapat Rahmat
dan Keberkatan daripada Allah S.W.T

24


Click to View FlipBook Version