The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-42066265, 2023-08-15 08:46:16

KERTAS KERJA PROGRAM HARI KEUSAHAWANAN DAN KOKURIKULUM SMAF TAHUN 2023

HARI KEUSAHAWANAN DAN KOKURIKULUM

1 KERTAS KERJA HARIKEUSAHAWANAN DAN KOKURIKULUM TARIKH 08 & 09 SEPTEMBER 2023 TEMPAT DATARAN SMA FAUZI ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SMA FAUZI YAN KEDAH


2 1.0 Pengenalan Hari Keusahawanan dan Kokurikulum merupakan satu acara tahunan yang diadakan bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran (PDPC) dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan. Beberapa gerai jualan yang akan diuruskan oleh guru-guru dari beberapa unit yang mengadakan jualan seperti nasi ayam, makanan ringan, buah-buahan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan juga bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada murid yang terlibat tetapi juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. 2.0 Rasional Hari keusahawanan dan kokurikulum ini bertujuan untuk membentuk perpaduan, kerjasama dan kesefahaman dalam sekumpulan masyarakat, berkumpul dan menjalankan aktiviti secara bersama-sama. Semakin kerap masyarakat itu bekerjasama, semakin eratlah hubungan dan persefahaman di antara mereka. Oleh itu, aktiviti yang dijalankan merupakan salah satu akvtiviti yang dapat membentuk murid menjadi insan yang bertolak ansur, tolong- menolong, peka dan sebagainya. Aktiviti ini juga dapat membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. 3.0 Objektif Matlamat Hari Keusahawanan dan Kokurikulum pada tahun ini adalah bertujuan bagi mencapai sasaran: 3.1 Menanam sifat bekerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam kalangan murid, guru, ibu bapa dan masyarakat. 3.2 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan dalam kalangan murid. 3.3 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid-murid dalam usaha melahirkan Budaya Sekolah yang unggul. 3.4 Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. 3.5 Menggalakkan sikap positif dalam diri murid di samping memastikan komunikasi antara murid dan masyarakat berjalan dengan lancar dan berkesan.


3 4.0 Anjuran Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Agama Fauzi, Yan Kedah. 5.0 Tarikh Program ini akan diadakan pada 8 dan 9 September 2023 (Jumaat dan Sabtu) 6.0 Tempat Program ini akan diadakan di SMA Fauzi Yan Kedah 7.0 Sasaran Program ini mensasarkan murid-murid, guru-guru, kakitangan SMA Fauzi dan masyarakat setempat yang berhampiran daerah Yan, Kedah. 8.0 Wang Kokurikulum (BKK) Sumber Kewangan Kewangan Jualan Kupon dan Peruntukan Kokurikulum Sekolah. 9.0 Jadual Kerja Pelaksanaan Program BIL AKTIVITI TINDAKAN CATATAN 1 Menyediakan kertas kerja program Hari Keusahawanan dan Kokurikulum Setiausaha Program 2 Menghantar kertas kerja program kepada PK Kokuriukulum dan Pengetua untuk diluluskan. Setiausaha Program 3 Mengeluarkan notis pemberitahuan Mesyuarat Bil 1/2023 kepada AJK Program Setiausaha Program 4 Mengadakan mesyuarat Bil 1/2023 dan Pengetua mengagihkan kewangan kepada guru yang menguruskan gerai-gerai yang terlibat. Pengetua PK Kokurikulum Setiausaha Program 5 Mengedarkan minit mesyuarat Bil 1/2023 kepada AJK yang terlibat. Setiausaha Program 6 Pelaksanaan Program Hari Keusahawanan dan Kokurikulum SMA Fauzi Setiausaha Program


4 12.0 Jawatankuasa Induk Program Penasihat : Tuan Haji Ahmad Shazali bin Haji Ahmed Pauzi (Pengetua SMAF) Pengerusi : Ustaz Ahmad Busthomi bin Muslim (PK Kokurikulum SMAF) Naib Pengerusi 1 : Puan Hajah Nazhatulsima binti Abdullah (PK Pentadbiran SMAF) Naib Pengerusi 2 : Tuan Haji Mohd Rusdi bin Ishak @ Hassan (PK HEM SMAF) Pengarah Program : Encik Akmaluddin bin Yahaya Setiausaha program: Puan Shamimi binti Subri Bendahari : Ustazah Nursuhaila binti Md Ali Jawatankuasa Kerja Program BIL JAWATAN KUASA NAMA PERINCIAN TUGAS 1 Sambutan Pentadbir - Ustaz Thalal bin Mustafa - Ustaz Rosli bin Talib Menyambut tetamu 2 PA Sistem En. Mohammad Afif bin Abdul Aziz Menyediakan PA sistem yang akan digunakan sepanjang program 3 Tayangan Filem / Video 1. Ustaz Mohd Fitri bin Md Isa 2. Ustaz Muhammad Naaim bin Ahmad Shauki Mengadakan tayangan video 4 Juru havoc / Pengacara 1. PERTINAM - Menjadi juru hebah semasa jualan gerai berlangsung. - Memilih lagu-lagu yang sesuai sepanjang program. 7 Mengeluarkan notis pemberitahuan mesyuarat Bil. 2/2023 kepada AJK program. Setiausaha Program 8 Mengadakan mesyuarat Bil. 2 /2023 Post-mortem kekuatan dan kelemahan Pengetua PK Kokurikulum Setiausaha Program Guru-guru


5 5 Penyediaan kupon 1. Puan Syahirah binti Rasidi 2. GURU PRAKTIKAL -Menyediakan kupon jualan - Menjual sepanjang program 6 Hebahan / Promosi 1. Puan Yusniza binti Yusof 2. Ustazah Shukriah binti Shafie - Mempromosikan Hari Keusahawanan dan Kokurikulum. -Mengedarkan brosur kepada sekolah-sekolah berdekatan 7 Persediaan Tempat 1. Ustaz Ahmad Farhan bin Halim 2. En. Mohammad Faisal bin Hj. Abdul Hamid 3. Ustaz Muhammad bin Hashim 4. Encik Abdul A’ala bin Hamid - Menyediakan tapak-tapak gerai dan mencabut undian tapak - Mengemas dan menyusun dewan bagi slot nasyid 8 Pameran 1. Ustaz Rusli bin Mahmud 2. Ustazah Fatin Afiqah binti Mat Husin 3. Puan Norhana binti Harun - Menyediakan tapak-tapak pameran 9 Kebersihan / Peralatan 1. Ustaz Muhamad Radzuan bin Ahmad 2. PERTINAM 3. PENGAWAS - Memastikan kawasan sekolah bersih dan kemas sepanjang dan selepas program. 10 Keselamatan / Lalu Lintas 1. Pengawal Keselamatan 2. RELA 3. POLIS -Memastikan kenderaan luar tidak dibenarkan masuk. - Memastikan waris meletakkan kenderaan di luar kawasan sekolah. 11 Brosur En. Ahmad Farhan bin Ramli Menyediakan brosur untuk guru dan pempamer 12 Dokumentasi Cik Bazilah binti Ahmad -Menyediakan dokumentasi 13 Fotografi Saudara Farhan bin Ahmad Shirozi - Mengambil gambar sepanjang program berlangsung.


6 14 Banner/Flyers 1. Puan Nor Ashikin binti Ramli 2. Cik Siti Nadiah binti Che Dan Menyedia dan menempah banner dan flyers 15 Sumbangan / Penaja 1. Ustazah Nursuhaila binti Md Ali 2. Puan Rosina binti Mat Jana - Menyediakan surat-surat sumbangan 16 Cabutan Bertuah / Cenderahati / Pertandingan Mewarna 1. Cik Adilah binti Pozi 2. Cik Sakinah binti Yahaya 3. Ustazah Haziah binti Ishak @ Hassan (VIP & Pempamer) -Menguruskan hadiah / hamper untuk pertandingan mewarna / cabutan bertuah. -Menguruskan cenderahati VIP dan pempamer. 17. Permainan PSP4/ Permainan Dart 1. En. Imran bin Mohd Saat 2. En. Saifuldin bin Khalid Menyediakan tempat dan memastikan permainan berjalan lancar. 18. Pertandingan mewarna (Taska & Tadika) 1. Puan Nur Ummirah binti Shaari 2. Cik Bazilah binti Ahmad -Memastikan pertandingan berjalan lancar. 19. Pengacara Majlis Perasmian 1. Puan Solahiyah binti Mohd Khidir - Menyediakan teks majlis - Mengacara majlis 20. Sijil 1. Puan Azila binti Abdul Karim - Menyediakan sijil perasmi - Menyediakan sijil pempamer 21. Makanan -Pempamer (Bungkus) - VIP (Buffet) 1. Puan Shahrul Hapizah binti Omar 2. Puan Yusni bin AB Zubir - Memastikan makanan dapat diserahkan kepada pempamer. - Menyediakan makanan kepada tetamu VIP


7 14.0 Tentatif Program BIL HARI MASA AKTIVITI 1 JUMAAT 08 September 2023 08. 30 pagi Gerai jualan beroperasi 09.00 pagi - 5 petang Pameran / Memanah/ Tayangan Filem / Permainan PSP4 / Teka Kacang dalam botol / Teka Muka Surat Buku/ Cabutan Bertuah 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Ceramah Hukuman Sebat daripada Jabatan Penjara Malaysia, Sungai Petani, Kedah. 03.00 - 05.00 petang Pertunjukan persembahan kebombaan oleh BOMBA Yan, Kedah. 09.00 - 10.30 malam Persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid INTEAM 2 SABTU 09 September 2023 08.30 pagi Gerai jualan beroperasi 09.00 pagi Pameran / Mini Zoo / Memanah/ Tayangan Filem / Permainan PSP4 / Teka Kacang dalam botol / Teka Muka Surat Buku/ Cabutan Bertuah 10.00 pagi Perasmian oleh Yang Berbahagia Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah. AMK. BCK. Tuan Pegawai Daerah Yan, Kedah Darul Aman. - Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir - Penyampaian cenderahati kepada pempamer - Penyampaian hadiah pertandingan mewarna tadika 10.20 - 10.45 pagi Persembahan silat oleh adik Putri Auni Nazmina binti Nazeri dan team Harimau Perang, Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia. 10.45 pagi - 12.30 tengahari Sesi Santai bersama Ezzany Nizarif, “Belajar dan Kerjaya”. 12.30 tengahari Penyampaian hadiah teka kacang dalam botol / teka jumlah bilangan muka surat buku /cabutan bertuah


8 15.0 ANGGARAN BELANJAWAN BIL PERKARA JUMLAH (RM) 1. Bantuan Kokurikulum Sekolah 2000.00 2. PIBG 1500.00 3. JPS 500.00 4. Penjualan Kupon - Pelajar 318 orang X RM10 - Guru & AKP 40 orang X RM20 3980.00 5 Sumbangan luar 3520.00 JUMLAH KESELURUHAN RM11,500.00 PERBELANJAAN BIL PERKARA JUMLAH (RM) 1. Silat Team Harimau Perang 300.00 2. Slot “Kerjaya Santai” 1500.00 3. Cenderahati Perasmi 100.00 4. Cenderahati pameran 30 x RM15 450.00 5. Minuman dan makanan (200 orang x RM10) 2000.00 6. Hadiah Pertandingan Mewarna Tempat Pertama : RM 30 x1 Tempat Kedua : RM 20 x 1 Tempat Ketiga : RM 15 x 1 Saguhati : RM10 x 17 orang 235.00 7. Hadiah Teka Kacang 30.00 8. Hadiah Teka Muka Surat 30.00 9. Cabutan Bertuah 100.00 10. Sijil Pameran 100.00 11. Gerai Jualan Tercantik 5 x RM40 200.00 12. Banner 400.00 13. Brosur / Pamplet 300.00


9 14. PA Sistem 300.00 15. Bayaran Nasyid INTEAM 5000.00 16. Sumbangan anak-anak yatim dan fakir 1000.00 16. Kontigensi 355.00 JUMLAH KESELURUHAN RM11,500.00 17.0 Penutup Pihak kami amat mengharapkan semoga program dapat ini dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang seiring dengan Falsafah Pendidikan Malaysia, Selain dari itu, program ini juga diharap akan menjadi titik tolak kepada peningkatan integriti pelajar dan memberikan pengalaman yang berguna kepada guru-guru. Disediakan oleh, ….…………………………. (Puan Shamimi binti Subri) Setiausaha Program, Sekolah Menengah Agama Fauzi, Yan Kedah Disemak oleh, ….……………………………. (Ustaz Ahmad Busthomi bin Muslim) PK Kokurikulum, Sekolah Menengah Agama Fauzi, Yan Kedah Diluluskan oleh, ….…………………………….. (Tuan Haji Ahmad Shazali bin Haji Ahmed Pauzi) Pengetua Sekolah Menengah Agama Fauzi, Yan Kedah


10 A) SENARAI AGENSI YANG TERLIBAT DENGAN PAMERAN JUMAAT 08/09/23 1. KOLEJ KOMUNITI JERAI, GUAR CHEMPEDAK, KEDAH (BOOTH) 2. IBU PEJABAT POLIS DAERAH YAN, KEDAH (BOOTH NARKOTIK) 3. JABATAN PENJARA SUNGAI PETANI, KEDAH (BOOTH) + CERAMAH SEBAT 4. HELLO CORE, KUALA LUMPUR (BOOTH) 5. GENG BUKU, SUNGAI PETANI, KEDAH - PAMERAN BUKU (BOOTH) 6. ASASI - PAMERAN BUKU (BOOTH) 7. KEDAI EMAS SAHANA (BOOTH) 8. BANK AFFIN SUNGAI PETANI, KEDAH (BOOTH) 9. KLINIK PRIMAKASIH, TAMAN AWANA - KELAS 2 ABQORI 10. IBU PEJABAT BOMBA DAERAH YAN, KEDAH - DATARAN SMAF SABTU 09/09/23 1. AADK DAERAH YAN, KEDAH (BOOTH) 2. HELLO CORE, KUALA LUMPUR (BOOTH) 3. COMBI PUSAT KESIHATAN DAERAH GUAR CHEMPEDAK, KEDAH (BOOTH) 4. KEDAI EMAS SAHANA, GURUN, KEDAH (BOOTH) 5. BANK AFFIN SUNGAI PETANI, KEDAH (BOOTH) 6. TABUNG HAJI, ALOR SETAR, KEDAH (BOOTH) 7. MRTC ALOR SETAR, KEDAH (BOOTH) 8. JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) ALOR SETAR, KEDAH- K1 9. UNIT DERMA DARAH HOSPITAL YAN, KEDAH - KANTIN 10. KLINIK PRIMA KASIH, TAMAN AWANA - KELAS 2 ABQORI B) INDUSTRI KECIL SEDERHANA 1. PERUSAHAAN ROTI SERI, ALOR SETAR, KEDAH - DEPAN KANTIN 2. PERUSAHAAN KICAP MUDIM ZAKARIA - DEPAN KANTIN C. PERSEMBAHAN/ PERTUNJUKKAN / MOTIVASI 1. NASYID KUMPULAN INTEAM - DEWAN (8/9/23 JUMAAT 9 -10.30 MLM) 2. PERTUNJUKAN SILAT HARIMAU PERANG- DATARAN SURAU (9/9/23 SABTU 10.30- 11.00 PG)


11 3. SESI SANTAI “BELAJAR DAN KERJAYA” BERSAMA EZZANY NIZARIF (9/9/23 SABTU 11PG - 12 TGHR 4. MINI ZOO YAN - KELAS 3 FATONAH (9/9/23 SABTU 9 PG - 5 PTG) D. PERMAINAN / TAYANGANSEPANJANG PROGRAM 1. TEKA KACANG DALAM BOTOL 2. TEKA MUKA SURAT BUKU 3. MEMANAH - KIOSK 4. DART - KELAS 1 ABQORI 5. PSP 4 - KELAS 1 FATONAH 6. TAYANGAN FILEM - KELAS 2 FATONAH 7. CABUTAN BERTUAH E. SEWA TAPAK 1. GERAI PELAJAR RM30 / 1 HARI 2. GERAI LUAR RM50 / 1 HARI F.PENJUALAN TIKET NASYID TIKET MASUK RM5 G. KUPON 1. PELAJAR MINIMA RM10 2. GURU & AKP MINIMA RM20


Click to View FlipBook Version