MODUL KVS PASTRI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SMK SERI ISKANDAR
TOPIC : PRODUCE CAKES PREPARATION ACTIVITIES REPORT
SUB TOPIC :
i. Flow of reporting line
ii. Cakes preparation reporting format
iii. Method of reporting cakes as verbal, checklist, written
iv. Procedure of reporting cakes preparation activities
NOTA
HT-014-2:2011-C07/P(8/8)
Disediakan oleh,
JUNAIDA BINTI ABDUL RAHMAN
j
LAPORAN AKTIVITI PENYEDIAAN KEK
Penyediaan laporan akan dapat memantau kecekapan dan perkembangan sesuatu
operasi. Ini penting untuk memastikan fasa perancangan dapat dikawal dengan
sistematik
a. Chef yang bertanggungjawab dalam sesuatu jabatan mestilah mengagihkan
tugasan yang spesifik kepada pekerja mengikut bidang tugas mereka.
b. Pekerja mestilah melaporkan semua persiapan dan aktiviti akhir sesuatu tugas
kepada chef yang bertanggungjawab.
c. Pekerja mestilah bertanggungjawab terhadap semua produk yang telah
dihasilkan.
d. Setiap produk mestilah dilakukan sehingga selesai mengikut senarai semak.
e. Sebarang masalah atau isu berbangkit mestilah dimaklumkan kepada chef yang
bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.
Carta alir penyediaan kek
Mengarahkan pekerja Sedia dan
menyediakan kek hasilkan kek
Pelatih / Pekerja
Chef
Hidangan
kek
Laporkan kepada chef untuk semakan akhir dan dokumentasi
j
Kaedah melaporakan aktiviti penyediaan kek
1. Lisan
- Arahan diberikan secara lisan / bercakap / verbal
2. Senarai semak
- Satu senarai bertulis yang mengandungi senarai tugasan.
- Merupakan dokumen yang digunakan dan dijadikan panduan untuk menilai
aktiviti serta hasil kerja.
- Ia juga berperanan untuk merekod kompetensi / kecekapan pekerja yang
menghasilkan produk
- Selalunya ia mengandungi butiran seperti jenis item, tarikh, nama pekerja,
masa, tempat dan nama penilai. Selain itu ia mempunyai ruangan butiran
terima atau tidak terima.
- Senarai semak perlu diserahkan kepada chef bertugas untuk dinilai.
Format laporan semakan penyediaan kek
j
3. Bertulis
- Satu dokumen atau bentuk arahan aktiviti yang telah disenaraikan dengan
tersusun dan diprogramkan.
- Contoh : Resepi standard, memo dan nota
Borang resepi (laporan bertulis)
j
Prosedur aktiviti penyediaan kek
Tujuan laporan :
a. Menyemak item yang digunakan pada hari tersebut
b. Menyemak bilangan hasil produk pada hari tersebut
c. Menyemak dan memastikan baki produk dalam stok sedia ada dengan mudah
d. Menyemak tarikh luput produk dan stok
e. Menghantar laporan kepada pegawai bertugas atau chef bertugas untuk
disemak dan disahkan
f. Apabila telah disahkan, pegawai bertugas atau chef akan menurunkan
tanda tangan mereka
Contoh laporan :
LAPORAN PENGELUARAN PRODUK
Outlet :
j