The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by June Rahman, 2021-09-28 01:59:15

AMALAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

HT-014-2:2011-C07/P(1/8)

Keywords: KEK

MODUL KVS PASTRI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SMK SERI ISKANDAR

TOPIC : IDENTIFY CAKES PREPARATION REQUIREMENTS

SUB TOPIC :
i. Safety, health and hygiene practices guidelines such as;
 OSHA
 Environmental Quality Act 1974(Act127)
 Halal productcompliance
 HACCP
 GMP

NOTA
HT-014-2:2011-C07/P(1/8)

Disediakan oleh,
JUNAIDA BINTI ABDUL RAHMAN

j

PENGENALAN KEPADA PANDUAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN AMALAN
KEBERSIHAN

GMP

OSHA Sijil / Akta HACCP
MESTI berkenaan
Keselamatan, AKTA
Kesihatan dan KUALITI
Kebersihan
ALAM
SEKELILING

HALAL

Sijil atau akta berkaitan keselamatan, kesihatan dan kebersihan di Malaysia

j

Garis panduan sijil / akta dalam penyediaan makanan.

1. OSHA - Occupational Safety and Health Act

a. Adalah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 yang
bertanggungjawab terhadap kesihatan dan keselamatan pekerja ketika bekerja.

b. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP), Kementerian Sumber Manusia.

c. Falsafah dan prinsip akta adalah tanggungjawab memastikan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja terletak di atas mereka yang bekerja (pekerja) dengan
bahayatersebut dan mereka yang mewujudkan bahaya tersebut (majikan).

d. Ia melibatkan peraturan kendiri (self-regulation), perundingan (consultation) dan
kerjasama (cooperation)

e. Terdapat beberapa organisasi OSHA di dalam Malaysia,
i. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JKKP
ii. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, CIDB
iii. Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO
iv. Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, NIOSH

f.Tujuan akta adalah untuk :
i. Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang
sedang bekerja.
ii. Melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang-orang yang
sedang bekerja).
iii. Menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan
fisiologidan psikologi orang-orang yang sedang bekerja.
iv. Mengadakan suatu sistem perundangan yang berasaskan kepada peraturan-
peraturan dan tata amalan industri disamping peruntukan akta.

g. Kewajipan am pekerja,
i. Memberi perhatian munasabah terhadap keselamatan dan kesihatan
dirinya dan orang lain semasa menjalankan aktiviti.
ii. Memberi kerjasama sama ada kepada majikan atau orang lain dalam hal
berkaitan dengan pematuhan terhadap AKKP 1994
iii. Memakai peralatan perlindungan diri yang dibekalkan oleh majikan
iv. Mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan kesihatan seperti
yang dikehendaki di bawah AKKP 1994 dan peraturan-peraturannya.

j

2. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)

a. Undang-undang yang berkaitan dengan pencegahan, penghapusan, kawalan
pencemaran dan membaiki alam sekitar dengan mematuhi piawaian kerajaan.

b. Akta ini adalah untuk mengawal selia pencegahan, penghapusan, pengawalan
pencemaran serta melindungi dan membaiki kualiti alam sekeliling.

c. Ditadbir oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

3. HACCP - Hazard Analysis and Critical Control Point atau Analisis Mudarat
danTitik Kawalan Kritikal

a. HACCP ialah sistem yang berperanan untuk mengenalpasti, menilai dan mengawal
bahaya yang signifikan kepada keselamatan makanan.

b. Sistem ini memastikan makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan dan tidak
menyebabkan bahaya (sakit atau keracunan).

c. Objektif Skim Pensijilan HACCP adalah untuk memberikan pengiktirafan rasmi
kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem HACCP
bagi produk makanan mereka.

d. Proses pensijilan melibatkan audit kecukupan, pematuhan dan pemantauan oleh
juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM),
Kementerian Kesihatan Malaysia.

e. Sistem HACCP boleh diaplikasi secara menyeluruh dalam rantaian makan bermula
dari penternak, peladang, pengilang dan seterusnya kepada perkhidmatan makanan
untuk memastikan keselamatan makanan.

f. HACCP bergantung kepada komitmen pihak pengurusan sesebuah syarikat dan
juga sistem sokongan yang kukuh seperti pelaksanaan Amalan Pengilangan
Baik/ Good Manufacturing Practice (GMP), Amalan Kebersihan Baik / Good
Hygiene Practice (GHP) dan beberapa kod amalan yang lain.

j

Garis Panduan Kebersihan Diri (Good Hygiene Practices)

a. Kebersihan Diri
i. Untuk mengelakkan kemungkinan berlaku pencemaran pada makanan, mereka
yang berhubung terus dengan makanan perlu mengekalkan kebersihan
individu pada tahap yang tinggi.
ii. Mereka mesti berkelakuan dan bekerja dalam keadaan yang telah ditetapkan.
iii. Pengendali makanan mesti mengikuti Kursus Pengendalian Makanan Malaysia.

b. Status kesihatan
i. Orang yang disyaki atau mengidap atau pembawa sebarang penyakit tidak
dibenarkan memasuki mana-mana kawasan pemprosesan makanan.
ii. Orang yang dijangkiti hendaklah memaklumkan penyakit atau tanda-tanda
penyakit tersebut kepada pihak pengurusan untuk pemeriksaan perubatan.
iii. Wajib dimaklumkan kepada pihak pengurusan supaya sebarang keperluan untuk
pemeriksaan perubatan atau kemungkinan untuk dikeluarkan daripada
mengendalikan makanan boleh dipertimbangkan, termasuk:
 Kekuningan
 Cirit-birit
 Muntah

4. HALAL - Pematuhan Makanan Halal

a. Halal berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan
oleh undang-undang Islam.

b. Orang Islam dibenarkan memakan sesuatu makanan itu jika makanan, bahan atau
peralatan tersebut :
i. Bukan terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari
binatang yang dilarang oleh Undang-undang Islam untuk orang Islam
memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Undang-undang Islam
ii. Tidak mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut undang-
undang Islam.
iii. Tidak disedia, diproses, tersentuh, disentuh atau dikilang dengan menggunakan
apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut undang-undang
Islam.

c. Setiap syarikat yang memohon Sijil Pengesahan Halal hendaklah memastikan
sumber ramuan adalah halal dan memilih pembekal atau sub-kontraktor yang
membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai Sijil Pengesahan Halal.

d. Setiap syarikat hendaklah memastikan prosedur halal dipatuhi dalam aspek
seperti yang digariskan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

j

e. Ini adalah bagi mematuhi undang-undang Islam di Malaysia atau pihak
berkuasa yang telah disahkan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM).

5. MeSTI - Skim Pensijilan Makanan selamat Tanggungjawab Industri

a. “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)” adalah satu skim yang
dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia
(SK1M).

b. Penambahbaikan bagi memudahkan enterpris makanan terutamanya pihak Enterpris
Kecil dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang
diperuntukkan dibawah Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

c. Melalui pensijilan MeSTI, pihak pengusaha makanan akan dibimbing bagi
membangun dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan sebelum
pensijilan diberikan.

d. Di bawah program jaminan keselamatan makanan ini, pihak pengusaha perlu
membangunkan satu sistem amalan yang terancang dan didokumentasikan
berserta rekod-rekod kawalan.

e. Antara elemen-elemen utama di dalam program jaminan keselamatan makanan yang
efektif adalah kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkesanan (traceability).

f. Skim ini juga diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan lain di mana ia menjadi
keperluan kepada Penjenamaan 1Malaysia Best oleh Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pensijilan Halal Malaysia oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri.

g. Dikawal selia oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian
Kesihatan Malaysia.

6. GMP – Good Manufacturing Practice

a. Skim Pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) ialah langkah-langkah
universal yang diperkenalkan untuk mengawal operasi sesebuah premis makanan
bagi membolehkan penghasilan makanan yang selamat.

b. Objektif Skim Pensijilan GMP ini adalah untuk memberi pengiktirafan rasmi
kepada premis makanan yang telah berjaya melaksana dan mengamalkan semua
kriteria skim pensijilan GMP.

j

c. Dengan pengiktirafan GMP, sesebuah syarikat berupaya menjamin mutu
kualiti barangan keluaran sentiasa konsisten pada tahap yang tinggi.

d. GMP menekankan agar segala proses yang dilakukan di kilang adalah
bersistematik dan mempunyai prosedur operasi yang didokumenkan

e. Antara prosedur yang ada kebiasaannya dilaksanakan dalam sesebuah syarikat
atau kilang termasuklah Prosedur Kawalan Bahan Mentah, Kawalan Serangga,
Pengurusan Sisa Buangan, Penyelenggaraan, Kebersihan dan lain-lain lagi.

f. Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) juga telah memperkenalkan skim
pensijilan GMP yang mana ianya terbuka untuk semua jenis pengusaha
premis makanan samaada pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan
pengedaran makanan.

g. Proses pensijilan melibatkan audit kecukupan, pematuhan dan pemantauan
oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(BKKM).

h. Tempoh sah laku pensijilan GMP adalah selama tiga (3) tahun. Audit
pemantauan akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia secara
berkala ke atas premis terbabit.

j

Akta / Sijil Dikeluarkan / Dikawal selia Logo
OSHA Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
Occupational Safety and Kementerian Sumber Manusia.
Health Act

Akta Keselamatan dan Jabatan Alam Sekitar,
Kesihatan Pekerjaan Kementerian Sumber Asli dan
Akta Kualiti Alam Sekeliling Alam Sekitar

HACCP Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,Kementerian Kesihatan
Hazard Analysis and Critical Malaysia
Control Poin

Analisis Mudarat danTitik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
KawalanKritikal (JAKIM).
Pematuhan Makanan Halal

MeSTI Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan, Kementerian Kesihatan
Makanan Selamat Malaysia.
Tanggungjawab Industri
Bahagian Keselamatan dan Kualiti
GMP Makanan, Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Good Manufacturing
Practice

Skim Pensijilan Amalan
Pengilangan Yang Baik,

j


Click to View FlipBook Version