The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elyacyc, 2022-06-12 09:39:07

KAJIAN NOVEL TINGKATAN 4 & 5, 4 ZON DI MALAYSIA

assessment bm

Keywords: novel tingkatan 4 ,novel tingkatan 5,jendela menghadap jalan,tirani,songket berbenang emas,leftenan adnan,pantai kasih,di sebalik dinara,bimasakti menari,silir daksina

SINOPSIS KESELURUHAN.

Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di
Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Beliau yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut
akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Nurul Hafsa
mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa
kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang
bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’
atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut.
Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa
membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga
orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik
mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh
musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan
abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa
dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa
dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan
Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari
Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan
perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan
berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman
berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran
bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri
Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat
Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’

Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut,
Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua
Nurul Hafsa.

SINOPSIS MENGIKUT BAB.

Bab 1

Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan
murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai
cerap tersebutuntuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa
sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar
jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap
tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah
yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah
menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan
memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan
pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-
bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat
melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan
menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan
penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

Bab 2

Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun

merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama

Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul
Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan
Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung

tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham
dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi
melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua
muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad
Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang
diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau
tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh
anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun
dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

Bab 3

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-
kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-
kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana,

Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-
kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan
tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia
nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan
melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah
khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka
menunggu kehadiran tetamu yang

sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu

jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana
bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk
melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat

kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia
begitu kecewa kerana kawasan

persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul
hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam
satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

Bab 4

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka,
Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsa tentang
hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan

daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah
Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan
Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh

John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap
kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan
skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini
berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya

lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang

dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun
gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.

Bab 5

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu

kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung

tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik.
Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau
dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar
pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas
dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik
untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah
apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan
khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi.
Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan
membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi
penyambung silaturahim mereka berdua.

Bab 6

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya
dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah
memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.
Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung
kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang
sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai
Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat

bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada
dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati
Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia

bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus
berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain.

Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan “lelaki kelip-kelip”. Lelaki
tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-
kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada
awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati
adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia

untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 7

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan

berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai
di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang

membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian
kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati

kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa
mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul
Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika
bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar
di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang
memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia
yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung
Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua

ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin
berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya

lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan
petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang semuanya membawa ancaman kepada

populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip
mempunyai tempat untuk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi

kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon
maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

Bab 8

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman

dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu

model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya
adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut,
Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar

bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting
yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan
Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

Bab 9

Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk menyokong
rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap secara

industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan
kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah
membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir

perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya

selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.

Bab 10

Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya.

Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam

bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang
tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah
bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan
mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun
akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan
rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-

kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan
Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat

antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke
rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat
kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

Bab 11

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan

pendayung, bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul
Hafsa dan Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit
mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala

dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan
kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx
tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan
kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam

itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham
ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan
meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad
Taufik.

Bab 12

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel

penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A, raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai
membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai
daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan
Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.
Bab 13
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann
Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea
projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana
hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-
lampu daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya
mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila
Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami.
Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat pembentangan
terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan
orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan
memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek
tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.
Bab 14
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk
memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul
Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek
tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya
dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan
pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang
sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir

pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan
mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan
dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak
dapat melaksanakan projek tersebut.

Bab 15

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya

sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.

Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan
Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka

meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.

Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

Bab 16

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat

Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.

Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan

keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau

hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang

semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari

kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan

seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin

mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan

perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat
bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

Bab 17

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar

memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu,
Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar

bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut
adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek
kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan

Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 18

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,

Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika

meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di

tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang
lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung

dengan kain gelap.

Bab 19

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke

Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik

kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di

stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri
Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan

terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke

tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia

diarahkan masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat

dan dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang

perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa

ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat

melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

Bab 20

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana
tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai

sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka
masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh
mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang

diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur kerana

Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau
bersabar, berdoa dan menyerahkan segalanya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik
disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

Bab 21

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik
tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana

kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan
ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga
Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar
tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang
penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah
ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah
diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas
tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

Bab 22

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali

kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan

ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya

anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi

pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya

terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang
disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau
Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri

yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis

kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

NOVEL : SILIR DAKSINA
RINGKASAN.

Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah
Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa
Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi
telah menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat
Haiqal untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya.
Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia
kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang yang
rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis oleh ayahnya didalam
manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.
Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga
adalah guru yang aktif menulis sehingga mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan
kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau telah meninggalkan keluarganya di Terengganu
dan berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu diwariskan kepada Haiqal.

BIODATA PENULIS.

NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam,
Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat,
sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau

lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992. Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau
meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada

tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu
Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia. Nizar Parman mula menulis pada
tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong untuk menulis setelah membaca dan
mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan penulis tersohor tanah air semasa
menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan meminjam buku di perpustakaan. Bermula
dengan membaca karya hebat seperti Konserto Terakhir, Rimba Harapan, Seorang Tua di Kaki
Gunung, Daerah Zeni, dan Senjakala, beliau mula terfikir, sampai bilakah harus membaca
karya orang lain? Lantaran pertanyaan itu, beliau mula memberanikan diri menulis puisi dan
kemudiannya cerpen. Karyanya berupa cerpen, puisi, dan rencana tersiar dalam pelbagai
media, seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Dewan Siswa, Dewan
Pelajar, Pelita Bahasa, Mingguan Wanita dan URTV. Beliau juga menulis novel. Isu dan tema
yang ingin disampaikan dan menjadi keutamaan dalam karya beliau ialah kisah kehidupan
masyarakat di luar bandar dan marhaen. Baginya, kelompok ini cukup penting untuk
mengimbangi sosiobudaya masyarakat di negara kita.

KULIT DEPAN & BELAKANG NOVEL.

SINOPSIS KESELURUHAN.

Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah
Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa
Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi
telah menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat
Haiqal untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya.
Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia
kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang yang
rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis oleh ayahnya didalam
manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.
Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga
adalah guru yang aktif menulis sehingga mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan
kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau telah meninggalkan keluarganya di Terengganu
dan berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu diwariskan kepada Haiqal. Adakah haiqal
mampu melaksanakan hasrat ayahnya kerana manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia
yang perlu dihuraikan?

SINOPSIS MENGIKUT BAB.

Bab 1

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah
Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika.
Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya
tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.

Bab 2

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan
pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal
memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-

siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba
ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba
bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah.
Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada
Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

Bab 3

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya
teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman
yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan
pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun
berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim
mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika
itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar
setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang
bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin
bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani
penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah
ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim
rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di
kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil
peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan
Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar.
Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim
muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana
keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan
besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke
Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu
dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku
mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah

dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam
pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik
guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak
apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah
Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku
menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya
mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku
tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.

Bab 4

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-
lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu
uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali
dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar
buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal
memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang
dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan
apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu
makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa
ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal
memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami
kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis
yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang
memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan
pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan
dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan
Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

Bab 5

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula
terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal

tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya
menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal
tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu
Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan
hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan
hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal
terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh
tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal
sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid
ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus
tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap
biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

Bab 6

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara diam-diam.

Bab 7

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan
ibunya.

Bab 8

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal
diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah

ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.
Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

Bab 9

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong
memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

Bab 10

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.

Bab 11

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal
banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil
upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya
Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu
bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana
kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah
menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

Bab 12

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan
balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang
kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal
seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil
daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di
situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.
Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya
merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab
menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

Bab 13

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung
Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar.
Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

Bab 14

Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

Bab 15

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

Bab 16

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai
Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan
seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

5 KEKUATAN NOVEL.

5 kekuatan yang terdapat di dalam novel ini ialah keharmonian antara kaum Melayu dan Cina
dan mengagumi ketabahan watak protoganis novel ini yang berani mengejar impiannya didalam
bidang seni.Penulisan penulis yang bahasanya senang difahami dan prosa beliau amat mudah,
ringkas serta sesuai untuk pelbagai golongan pembaca, tidak kira tua atau muda.

5 KELEMAHAN NOVEL.

5 kelemahan novel ini ialah jalan cerita yang agak lapuk dan boleh di dapati di dalam drama
melayu kini. Tidak mempunyai idea asal yang tersendiri.

5 PENAMBAHBAIKAN NOVEL.

5 penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap novel ini ialah tiada yang menarik dalam
novel ini melainkan adat dan kebudayaan di Johor dan suasana masyarakat majmuk yang
negara kita sangat sanjungi. Saya lebih sukakan novel Di Sebalik Dinara malangnya.


Click to View FlipBook Version