The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BROSUR PELANCARAN NILAM PUSAT SUMBER SKSK 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norliza Saharan, 2021-05-02 19:55:25

BROSUR PELANCARAN NILAM PUSAT SUMBER SKSK 2021

BROSUR PELANCARAN NILAM PUSAT SUMBER SKSK 2021

SK SUNGAI KARANG
26100, KUANTAN

PAHANG, DARUL MAKUR

TARIKH: 3 MEI 2021
TEMPAT: SECARA DALAM TALIAN

DISEDIAKAN OLEH: PN NORLIZA BINTI SAHARAN
PENYELARAS PUSAT SUMBER SK SUNGAI KARANG

TEKS UCAPAN PERASMI

Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas izinnya kita dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis
Pelancaran Nilam, Kempen Galakan Membaca dan IQ NILAM Pusat Sumber SK Sungai Karang. Matlamat utama ‘NILAM atau Nadi Imu Amalan Membaca’
adalah untuk membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar. Hasrat yang begitu tinggi agar matlamat program NILAM dapat
membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah yang seterusnya akan melahirkan pelajar-pelajar yang suka membaca dan cintakan ilmu.
Jadi, saya amat berharap semua pelajar dapat memahami objektif program ini. Seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dirancang
oleh Pusat Sumber.

Sifat suka membaca adalah satu amalan mulia yang seharusnya dijadikan budaya seumur hidup. Membaca adalah langkah untuk menimba ilmu
pengetahuan, memperkayakan maklumat dan kebolehan dalam pelbagai bidang. Membaca juga boleh mendidik diri sendiri ke arah yang lebih baik dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, ilmu pengetahuan dan maklumat yang pelbagai, membolehkan kita mempertingkatkan
taraf hidup dan mampu berdaya saing serta bergerak maju dalam dunia kini yang semakin mencabar dan berteknologi tinggi.

Semoga warga SK Sungai Karang akan terus mara ke hadapan dan berjiwa kental dalam menghadapi transformasi Pendidikan. Sebelum mengakkhiri
ucapan, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua warga SK Sungai Karang dan ahli jawatankuasa yang berjaya menjalankan program ini. Teruskanlah
keazaman anda untuk meningkatkan minat dalam membaca.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya dengan sukacita dan bangganya merasmikan Majlis Pelancaran Nilam, Kempen Galakan Membaca dan IQ
NILAM SK Sungai Karang. Sekian, terima kasih.

Sekian, Wassalam.

HAJI SHAHRIN BIN ABDUL MANAN
GURU BESAR
SK SUNGAI KARANG

TEKS UCAPAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM)

Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk Bersama-sama pada pagi ini bagi menjayakan Majlis Pencaran Nilam ,
Kempen Galakan Membaca dan IQ NILAM Pusat Sumber SK Sungai Karang bagi tahun 2021. Jadi, semua sekolah
diminta membuat pelancaran di peringkat sekolah.

Tahun lepas, di samping menggunakan kad Nilam, kita juga menggunakan e-NILAM untuk merekodkan bacaan.
Tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia membina semula Sistem IQ-NILAM untuk memudahkan pihak sekolah terutama
guru kelas, Guru Perpustakaan & Media dan Penyelaras NILAM untuk memantau perekodan bahan bacaan murid.
Setakat hari ini Sistem IQ-NILAM ini masih dalam penyelenggaraan dan guru-guru masih belum dapat melihat perekodan
NILAM di dalam sIstem tetapi murid-murid sudah boleh mengisinya.

Guru-guru akan dimaklumkan oleh pihak Pusat Sumber apabila sIstem ini sudah selesai diselenggara supaya kita
semua dapat melihat bilangan buku yang diisi oleh murid-murid. Semoga sistem ini dapat meningkatkan kelancaran
pelaksanaan Program NILAM di sekolah dan seterusnya melestarikan budaya membaca dalam kalangan murid. Saya
berharap semua murid SKSK bersama-sama merekodkan bacaan di dalam Sistem IQ-NILAM ini sekurang-kurangnya satu
bahan sehari untuk meninggikan data Nilam sekolah kita.

Sekian, terima kasih.

NORLIZA BINTI SAHARAN
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
SK SUNGAI KARANG.

SK SUNGAI KARANG
26100, KUANTAN, PAHANG

PELANCARAN NILAM DAN KEMPEN
GALAKAN MEMBACA
Iq nilam

TARIKH : 3 MEI 2021
TEMPAT : DALAM TALIAN ONLINE

Dirasmikan oleh :
Encik SHAHRIN BIN ABD MANAN

(Guru Besar SK Sungai Karang)

LAGU NILAM

Membaca dan belajar amalan mulia Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah wawasan anda Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita

NILAM program membaca memberikan semangat Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Membaca dengan jaya budaya kita Amalan membaca menjana minda bestari

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita NILAM NILAM anugerah NILAM
Ganjaran yang diberi tidak terhingga Menerangi jalan suram

Jadikanlah rakan pembaca juga capai jauhari NILAM NILAM anugerah NILAM
Pembaca yang bestari anugerah diberi Idaman pembaca jaya

NILAM NILA anugerah NILAM Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Menerangjalan suram Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita

NILAM NILAM anugerah NILAM Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Idaman pembaca jaya Amalan membaca menjana minda bestari (2 kali)

NILAM

AJK PELAKSANA Penyelaras Program

Penasihat Pn. Norliza binti Saharan

En. Shahrin bin Abd Manan Setiausaha

Pengerusi Pn.Wan Norhayati binti Wan Abd Rani

Puan Zarina bt Abdul Karim AJK Siaraya

Naib Pengerusi I Tn Sayed Hasrul Izwan bin
Tn Sayed Hashim (K)
Puan Ghuzni bt Hashim
AJK Dokumentasi
Naib Pengerusi II
Cik Nur Fara Ayuni bt Abdul Raffar (K)
Encik Mohd Azizi bin Moh Ali Pn Juraidah bt Mohd Noor

Naib Pengerusi III AJK Pelancaran

Puan Umi Kalsom bt Adon Pn. Norfiza bt Omar (K)
Pn Rohaya binti Derahman

Program Nilam merupakan satu program tahunan Memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini
bertujuan mendekatkan murid-murid dengan Pusat Semua murid tahun 1 – tahun 6 dan warga sekolah
Sumber Sekolah di samping memupuk dan membina SK Sungai Karang
tabiat membaca sepanjang hayat dalam kalangan
murid-murid.

Program Kempen Galakan Membaca pula
merupakan aktiviti yang dijalankan sempena Program
Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030 yang mana
ianya dilaksanakan untuk mengukuhkan budaya
membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui
pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan
dalam kalangan murid.

•Membina dan mengukuh budaya membaca di kalangan pelajar.

•Menanam sikap menghargai dan cintakan buku.

•Mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui
pelbagai aktiviti.

•Pembelajaran secara didik hibur di luar kelas melalui aktiviti –aktiviti yang
berkaitan dengan pembacaan.

bil Aktiviti
1. Resensi buku – digital (Mei – September)
2. Literasi Maklumat ( sepanjang tahun secara berkala)
3. Kuiz – digital jenis bahan bacaan dalam IQ NILAM - Mei
4. Nilam terbaik – perekodan bacaan paling banyak
5. Jom baca – rakan pembaca – Tahap 1
6. PSS mini info hunt – di rumah (digital PSS di rumah)
7. Kuiz pameran bertema secara digital (secara berkala)


Click to View FlipBook Version