PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN
TAJUK: SUKAN DAN PERPADUAN
KUMPULAN: 3
PENSYARAH:EN MOHD HISHAM BIN MD SAID
SESI:2022/2023
NAMA AHLI KUMPULAN
NAMA PELAJAR NOMBOR PENDAFTARAN
ADAM IRSYAD 06DET21F1035
AZRI AZIB 06DET21F1041
ALIF HAKIMI 06DET21F1020
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA
1. PENGHARGAAN
2. PENGENALAN
3. TOPIK:1.0 SUKAN MALAYSIA
:1.1 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
:1.2 CONTOH-CONTOH SUKAN
:1.3 PERANAN SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM
:1.4 FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
4. KESIMPULAN
PENGHARGAAN
• Selamat sejahtera.Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah berkatnya yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
• Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami,Puan Faridah kerana telah banyak
membantu dalam memberi sokongan dan panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali. Beliau juga telah
berjaya menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang diajukan dengan jelas sekali.
• Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang tidak pernah leju memberi kerjasama sepanjang
proses penghasilan efolio ini. Walaupun kami terdiri daripada pelbagai bangsa,namun itu tidak mematahkan sikap Kerjasama antara sepasukan.
Tidak lupa juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala pertolongan yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai cabaran.
Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami.
• Akhir sekali,saya ingin mengucapakn sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses membuat folio ini
secara langsung dan secara tidak langsung
PENGENALAN
• Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum.Biarpun
berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang
bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya
bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat
berpihak kepada pasukan Harimau Malaya.
• Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar Harimau Malaya dapat menang.
Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-sama.Sukan dapat menyatukan
rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan
pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.
• Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa
cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara.
TOPIK 1.0 SUKAN MALAYSIA
• Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan
menyemarakan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.Penyertaan aktiviti sukan
tidak terhad kepada kaum tertentu kerana ianya membuka peluang seluas-luasnya bagi
mereka yang berminat.Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan
mengadakan termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali pada peringat
awal.Kemudian SUKMA mula diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan
antara negeri.Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain
ataupun penonton.
• Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan dibawah anjuran
Majlis Sukan Negara Malaysia ,Majlis-Majlis Sukan Negeri,Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Malaysia(MSSM),Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis
Diraja Malaysia.Seterusnya,Sukan ini juga merupakan kejohanan "beraneka sukan"
(Multisport Competition) dan berkonsepkan "Mini Sukan Olimpik" di Malaysia yang
melibatkan atlet remaja.
• Seterusnya,sukan Malaysia diadakan secara dwi tahunan,kemudian diadakan
setiap tahun untuk mencungkin bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah
bagi menggalakan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan
1.1 PERANAN SUKAN DARI SEGI
PERPADUAN
• Sukan sebagai alat perpaduan dan
antarabangsa Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan kaum.
• Aktiviti sukan dapat mengeratkan
hubungan silaturahim antara satu sama lain
• Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang
untuk bekerjasama dan saling memahami
antara kaum.
• Mewujudkan hubungan diplomatik antara
sesebuah negara dengan negara lain
1.2 CONTOH-CONTOH
SUKAN
1) BOLA SEPAK
2) BADMINTON
3) BOLA JARING
4) OLAHRAGA
5) RAGBI
6)BOLA BALING
1.3 PERANAN SUKAN Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda
DALAM
pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran
MENYATUPADUKAN sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini
PERPADUAN KAUM termasuklah Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan
olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang
kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'. Begitu juga dengan
pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia
negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk
sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang
Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa
James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin
dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi
ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam
liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan
akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum
walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman
politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan
menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan
tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun
mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus
berbeza.
Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia
melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala
Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih
terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan
aktiviti sukan negara. Perpaduan dalam negara
yang rencam menjadi indikator penting agar
sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat
'penghubung' keseluruhan warganya. Sukan
sebagai alat perpaduan harus diketengahkan
dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan
termasuk sekolah dan kawasan penempatan.
Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung,
daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa
mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi
gah sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang
satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu
pencapaian di peringkat antarabangsa banyak
bergantung kepada organisasi dan bukan semata-
mata atlet yang terlibat.
Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat;
tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi
sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai
benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan
merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat
'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga
dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas
kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik.
Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik
terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi
penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta
'semangat satu negara, satu matlamat'.
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi
cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi
keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam
memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi
sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik
yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam
mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan
dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.
Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk
mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan
kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi
Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan Negara
menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan dan
tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-
persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan,
institusi-institusi pengajian serta badan dan individu yang terlibat
dengan sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar
pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan
pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat
secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat
antarabangsa.
Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi
program-program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi.
Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan
negara. Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan
penggalakan yang sama penting dengan sektor sosial yang lain bagi
mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan dan
kestabilan yang berterusan. Sukan mampu menggalakkan
pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi,
persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang
berterusan. Sukan memberi peluang dan ruang untuk
mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang
bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara.
Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek
kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat
dan negara.
1.4 FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN
DALAM PERPADUAN
Ds. aihpsiearhinpgoksaittiifn, dkievsieddua,rsaunkdanirimdeannybuemrdbaaynagskaeinpga,dpaepneinmgbkeantatnukan
tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa
senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan
penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks.
Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan
jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap
kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat
kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.
Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada
pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan
ketahanan dan daya saing; dan peningkatan kecemerlangan dan
imej negara.
Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor
ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan,
bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan,
pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang
berkaitan
KESIMPULAN
• Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu,
dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti
Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota
badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai
tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
•
• Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang
kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal
menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan
perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia
meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.
•