SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |1 VISI Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang MISI Merealisasikan aspirasi pendidikan kebangsaan dan kehendak masyarakat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dengan memberikan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu BUTIRAN MURID Nama : .................................................................................... Jantina : .................................................................................... Tarikh Lahir : .................................................................................... Alamat Tempat Tinggal : .................................................................................... .................................................................................... .................................................................................... No.Telefon Rumah : .................................................................................... Nama Bapa : .................................................................................... Pekerjaan : .................................................................................... No.Telefon : .................................................................................... Nama Ibu : .................................................................................... Pekerjaan : .................................................................................... No.Telefon : ....................................................................................
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |2 MAKLUMAT Buku Peraturan Sekolah Kebangsaan Nitar 1 mengandungi panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah ini. Setiap murid dan ibu/bapa/penjaga dikehendaki memahami isi kandungan buku ini supaya ianya dapat dipatuhi. Panduan dan peraturan yang difahami dan dipatuhi dapat membentuk sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran yang cemerlang dan harmonis serta membentuk insan yang berakhlak mulia dan berdisiplin. Murid hendaklah membawa buku ini pada setiap hari persekolahan dan dijaga dengan cermat. Jika hilang, hendaklah diganti dengan buku yang baru dengan serta merta. AKUAN MURID Saya telah membaca dan memahami isi kandungan buku Peraturan Sekolah Kebangsaan Nitar 1 ini. Saya akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan demi kebaikan diri saya sendiri, sekolah, masyarakat dan negara. Saya juga memahami bahawa saya akan dikenakan tindakan sekiranya saya melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan sebagaimana yang terkandung di dalam buku ini. .................................................. Tandatangan Murid AKUAN IBU / BAPA / PENJAGA MURID Saya telah membaca dan memahami isi kandungan buku Peraturan Sekolah Kebangsaan Nitar 1 ini. Saya telah membantu anak saya memahami isi kandungan buku ini dan bersedia membimbing anak saya demi kebaikan diri, sekolah, masyarakat dan negara. Saya juga memahami bahawa anak saya akan dikenakan tindakan sekiranya anak saya melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan sebagaimana yang terkandung di dalam buku ini. .................................................. Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga Murid
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |3 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. LAGU SEKOLAH : Kami berjanji akan berusaha, Mencapai cita mulia, Membela nusa dan juga bangsa Menuju era jaya Bersatu hati bekerjasama Seia juga sekata, . Tekun berusaha setiap masa, Maruah diri dijaga, Menuju wawasan kita, Ikrar kami semua, Dengan semangat waja, Rela berkorban jiwa, Kami bersatu menimba ilmu, Bersatu di bawah bumbungMu, Sekolah kami SKN Satu, Maju dan terus maju, Sekolah kami SKN Satu, Maju dan terus maju.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |4 IKRAR MURID Kami, murid-murid Sekolah Kebangsaan Nitar 1 dengan penuh kesedaran berikrar bahawa kami akan; • Belajar bersungguh-sungguh • Meningkatkan prestasi sekolah • Menjaga nama baik sekolah • Aktif dalam kegiatan sekolah • Menghormati ibu, bapa, guru-guru dan rakan-rakan Sesungguhnya inilah ikrar kami selama kami belajar di sekolah ini.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |5 PERATURAN SEKOLAH KEBANGSAAN NITAR 1 A. PERATURAN 1. MASA PERSEKOLAHAN 1.1 Sidang Pagi 1.1.1 Ahad : 7.30 Pagi hingga 1.00 Petang 1.1.2 Isnin : 7.30 Pagi hingga 1.00 Petang 1.1.3 Selasa : 7.30 Pagi hingga 1.00 Petang 1.1.4 Rabu : 7.30 Pagi hingga 1.00 Petang 1.1.5 Khamis : 7.30 Pagi hingga 1.00 Petang Tahap 1 ( Tahun 1,2 & 3) pulang pada 12.30 Tengahari Tahap 2 ( Tahun 4,5 & 6) pulang pada 1.00 Petang 2. PERHIMPUNAN 2.1 Setiap murid mesti hadir dan beratur mengikut kelas pada setiap Perhimpunan Harian – Jam 7.30 pagi, Ahad hingga Khamis. 2.2 Setiap murid mesti hadir dan beratur mengikut kelas dalam setiap Perhimpunan Mingguan (Ahad) – Jam 7.30 pagi. 2.3 Semasa lagu Kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah dinyanyikan, murid dikehendaki berdiri tegak dan nyanyi bersama. 2.4 Murid dilarang bercakap / bising / makan / mengganggu sepanjang masa dalam perhimpunan. 2.5 Murid tidak boleh keluar dari barisan perhimpunan tanpa kebenaran guru. 2.6 Murid hendaklah mendengar dengan teliti dan mencatat fakta penting yang disampaikan sepanjang perhimpunan di dalam buku catatan perhimpunan / buku panduan ini. 2.7 Kebersihan tapak perhimpunan adalah tanggungjawab murid.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |6 2.8 Semasa bersurai murid beredar menuju ke kelas masing-masing dengan teratur dan kemas serta melalui pemeriksaan guru / pengawas. Murid dikehendaki mematuhi arahan guru / pengawas semasa pemeriksaan dilakukan. 3. KEHADIRAN (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1995) 3.1 Semua murid mesti hadir ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan kecuali atas sebab yang munasabah. 3.2 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab dianggap sebagai melanggar peraturan sekolah. 3.3 Murid yang tidak hadir kerana sakit, mesti menyerahkan surat doktor atau surat keterangan cuti sakit daripada ibu/bapa/penjaga dengan segera. Surat daripada ibu / bapa / penjaga mesti menggunakan kertas surat dan sampul surat yang sesuai. Surat yang menggunakan kertas buku latihan tidak akan dilayan. Murid yang memberi surat doktor yang palsu atau memalsukan tandatangan ibu / bapa / penjaga akan dikenakan tindakan tatatertib. 3.4 Murid yang tidak hadir tanpa sebab dianggap ponteng dan boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk buang sekolah. Murid wajib memberi nombor telefon rumah dan pejabat ibu / bapa / penjaga kepada Guru Kelas pada minggu pertama persekolahan. Jika tiada, nombor telefon saudara atau jiran mesti diberi untuk dihubungi jika berlaku kecemasan. 3.5 Murid mesti memberitahu guru kelas sebarang pertukaran alamat surat-menyurat dan nombor telefon dengan segera. 3.6 Garis panduan tindakan displin murid ponteng adalah seperti berikut: 3.6.1 Surat Amaran 1 - tidak hadir 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau 10 hari berselang tanpa kenyataan daripada ibu / bapa / penjaga. 3.6.2 Surat Amaran 2 - 10 hari berturut-turut atau 20 hari berselang tanpa kenyataan daripada ibu/bapa/penjaga. 3.6.3 Amaran Ketiga -17 hari berturut turut atau 40 hari berselang tanpa kenyataan daripada ibu / bapa / penjaga.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |7 3.6.4 Buang Sekolah - 31 hari berturut turut atau 60 hari berselang tanpa kenyataan daripada ibu / bapa / penjaga. Catatan : Semua surat amaran akan diuruskan oleh guru kelas atau dengan pengetahuan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan guru kelas mestilah menelefon ibu / bapa / penjaga setiap kali surat amaran dikeluarkan. 4. KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH 4.1 Sepanjang waktu persekolahan, murid-murid TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasan sekolah kecuali apabila; 4.1.2 Ibu bapa atau penjaga datang menjemput. 4.1.3 Dihantar oleh guru ke klinik, ke hospital atau balik ke rumah atau ke tempat tertentu dengan izin guru besar. 4.2 Semua murid dibenarkan balik mengikut ketetapan yang dibuat oleh pihak sekolah jika tiada aktiviti lain. 5. PONTENG KELAS 5.1 Murid-murid yang hadir ke sekolah tetapi tidak berada di dalam kawasan kelas, makmal, bengkel atau tempat yang sewajarnya dianggap telah ponteng kelas dan tindakan yang sewajar akan diambil oleh pihak sekolah. 5.2 Murid-murid dilarang meninggalkan kelas, kecuali dengan kebenaran guru dan memakai pas KEBENARAN KELUAR KELAS (1 lelaki dan 1 perempuan). 5.3 Hanya seorang murid sahaja dibenarkan keluar kelas dalam satu masa(satu pas seorang murid). 5.4 Murid yang dibenarkan keluar kelas tidak dibenarkan membuat pertemuan dengan murid lain (berkumpul melebihi 2 orang). 6. PAKAIAN DI SEKOLAH 6.1 Murid mesti memakai pakaian seragam sekolah semasa di dalam kawasan sekolah, mengikuti rombongan sekolah atau mewakili sekolah kecuali dengan kebenaran daripada guru besar. Ini termasuk pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |8 6.2 Baju-T sekolah boleh dipakai untuk menjalani aktiviti kokurikulum pada luar waktu sekolah seperti bergotongroyong, permainan dan aktiviti seumpamanya. 6.3 Murid wajib sentiasa berpakaian sopan, tertib, bersih dan beradab di sekolah, termasuk ketika menghadiri kelas tambahan, konsert atau berurusan di sekolah.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |9 PERINCIAN KEDUDUKAN LOGO DAN TANDA NAMA PADA BAJU ATAU TUDUNG MURID
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |10
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |11 6.4 Pakaian murid-murid lelaki 6.4.1 Seluar panjang berwarna biru kehitam-hitaman (dark blue) 6.4.2 Kemeja putih berlengan pendek jenis kain kapas, lengan baju 1 – 3 cm dari siku. 6.4.3 Kemeja putih berkolar tiada lisu di depan dan belakang. 6.4.4 Murid bukan pengawas / pengawas pusat sumber tidak dibenarkan memakai baju berlengan panjang. 6.4.5 Singlet putih / baju dalam berwarna putih sahaja yang boleh dipakai dalam baju kemeja(pastikan lengan baju dalam tidak melebihi lengan baju kemeja) 6.4.6 Poket butang berwarna tidak dibenarkan. 6.4.7 Poket lebih tidak dibenarkan. 6.4.8 Mesti dijahit lencana dan tag nama. 6.4.9 Ukuran seluar kaki 8-9 inci / tidak melebihi ½ tapak kaki (kaki seluar lebih lebar tidak dibenarkan). 6.4.10 Paras buku lali (singkat atau terlalu labuh) tidak dibenarkan. 6.4.11 Kaki seluar mestilah dilipat ke dalam dan berjahit. 6.4.12 Kaki seluar yang senteng dan ketat tidak dibenarkan. 6.4.13 Seluar terlalu kembang dan lisu-lisu yang banyak tidak dibenarkan. 6.4.14 Poket pada bahagian peha tidak dibenarkan. 6.4.15 Poket / kocek belakang berpelapik atau kocek tampal tidak dibenarkan. 6.4.16 Kelangkang seluar yang sesuai dan menutupi pusat. Tidak terlalu pendek di bawah pusat. 6.4.17 Seluar londeh tidak dibenarkan. 6.5 Pakaian Murid Perempuan 6.5.1 Blouse putih, pinafore turquoise berwarna biru gelap (dark blue) yang labuhnya hendaklah melepasi lutut. 6.5.2 Baju kurung teluk belanga dan kain sarung “A” line atau bersusun di sebelah kiri. Baju kurung mestilah sentiasa di butang.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |12 6.5.3 Murid perempuan juga dikehendaki memakai anak baju (camisole) hingga ke paras pinggang. 6.5.4 Baju kemeja berwarna putih, lengan pendek, berkolar dan tiada lisu di depan dan di belakang. 6.5.5 Baju kurung berwarna putih, labuh sampai ke paras lutut, berlengan panjang dan mesti di letak butang atau kerongsang. 6.5.6 Murid-murid perempuan Islam dibenarkan memakai tudung / mini telekung dengan syarat tudung itu berwarna putih berbentuk 3 segi 2 sama dan kain lembut polister. Ukuran tudung adalah seperti berikut; a. Dari sisi - di bawah paras bahu. b. Dari depan hujung -di bawah paras pusat. c. Dari belakang hujung -di bawah paras pinggang. 6.5.7 Bahagian kepala mesti dilipat. 6.5.8 Tiada hiasan tepi tudung- contoh, renda atau sulaman. 6.5.9 Anak tudung berwarna putih untuk hari persekolahan. 6.5.10 Anak tudung berwarna hitam untuk aktiviti sekolah/ kokurikulum/Pendidikan Jasmani Kesihatan. 6.5.11 Tidak boleh menggunakan plastik penggeras tudung style Waheeda / Bienda. 6.6 Kasut 6.6.1 Kasut kanvas hitam. 6.6.2 Tinggi tidak melebihi paras buku lali(Jenis ‘high cut’). 6.6.3 Murid dilarang memakai selipar terompah, boot, high-cut atau kasut kanvas high cut. 6.6.4 Kasut kulit / kasut sukan dilarang sama sekali walaupun berwarna hitam/gelap. 6.6.5 Tali kasut tidak boleh dililit tetapi mesti diikat dengan kemas. 6.6.6 Tali kasut mestilah berwarna hitam sahaja. 6.7 Stoking 6.7.1 Berwarna hitam berukuran 20cm dari tapak. 6.7.2 Tidak bercorak atau mempunyai hiasan / belang-belang. 6.7.3 Ukuran menutupi atas bukulali.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |13 6.8 Lencana 6.8.1 Lencana nama murid hendaklah disematkan di sebelah kiri dada kemeja / blouse/ baju kurung/ baju Melayu. 6.8.2 Murid perempuan yang memakai mini telekung dikehendaki menyematkan lencana di sebelah kiri mini telekung.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |14 Pakaian dan gaya pemakaian yang tidak dibenarkan 6.8.3 Lencana tidak boleh di warnakan atau diconteng. 6.8.4 Mesti dijahit menggunakan benang putih. 6.8.5 Tidak dibenarkan tampal sahaja. 6.8.6 Lencana yang lusuh / kabur / tidak jelas perlulah diganti baru.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |15 6.9 Tanda nama 6.9.1 Dilekatkan di tudung atau baju kurung/ pinafore/ kemeja. 6.9.2 Dijahit menggunakan benang putih. 6.9.3 Kedudukan di atas pada lencana sekolah. 6.9.4 Murid yang memakai tudung juga dikehendaki menjahit tanda nama di atas tudung. 6.9.5 Mestilah mengikut warna yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk setiap darjah. 6.9.6 Tanda nama yang lusuh / kabur / tidak jelas perlu diganti. 6.9.7 Murid yang tiada tanda nama akan dikenakan tindakan disiplin. 6.9.8 Murid-murid dilarang; a. Memakai tag nama murid lain. b. Menconteng / merosakkan tag nama. c. Mengubah huruf dan angka pada tag nama. 6.10 Tali leher 6.10.1 Tali leher wajib dipakai sepanjang hari berada di sekolah kecuali murid perempuan yang memakai baju kurung. 6.10.2 Mesti diikat kemas panjang sehingga paras pusat. 6.10.3 Tali leher tidak boleh diikat pendek/ kontot – hujung tali leher mestilah mencapai bahagian atas kepala tali pinggang. 6.10.4 Tidak boleh menggunakan tali leher selain tali leher sekolah. 6.10.5 Bahagian bawah tali leher mestilah dibiarkan tajam. 6.10.6 Murid dilarang menconteng, melukis gambar pada tali leher. 6.10.7 Tali leher yang diconteng / dilukis / kabur / lusuh perlu diganti baru.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |16 6.11 Tali pinggang 6.11.1 Tali pinggang hendaklah berwarna hitam atau hijau tua. 6.11.2 Lebar tali pinggang ialah 1.5cm hingga 3cm. 6.11.3 Murid tidak di benarkan memakai tali pinggang yang berkepala besar / lebih 2 inci. 6.11.4 Tali pinggang berwarna putih dan lain-lain warna tidak dibenarkan. 6.11.5 Tali pinggang yang tidak mematuhi syarat akan dirampas. 7. KEKEMASAN DIRI 7.1 Murid-murid mesti menjaga kekemasan diri pada sepanjang masa sama ada semasa di dalam kawasan sekolah, mengikuti rombongan sekolah atau mewakili sekolah di luar sekolah. Ini termasuk pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah. 7.2 Murid-murid dilarang memakai hiasan yang tidak dibenarkan. 7.3 Rambut 7.3.1 Semua murid: a. Rambut tidak boleh dikerinting atau diwarnakan / celup. b. Rambut berfesyen tidak dibenarkan. Murid tidak dibenarkan menyimpan `ekor rambut’ - jenis rempit. c. Rambut yang berjuntai ke hadapan di dahi hendaklah tidak melebihi paras kening. 7.3.2 Murid-murid lelaki; a. Semua murid lelaki hendaklah berambut pendek,kemas dan tidak mencecah kolar baju . b. Tidak dibenarkan mengkeriting atau mewarna rambut c. Murid lelaki tidak dibenarkan membotakkan rambut atau menyimpan gaya rambut jenis skin-cut atau skin-head. d. Murid lelaki berketurunan Sikh dibenarkan menyimpan rambut panjang dan berturban. Warna turban ialah hitam atau biru tua e. Rambut belakang tidak melebihi garisan bawah cuping telinga / menyentuh kolar baju / 1 – 2cm di atas kolar baju.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |17 f. Rambut sebelah sisi tidak menutup kedua-dua paras cuping telinga sebelah atas atau sebahagiannya. g. Side burn / pelipis tidak boleh melebihi garisan tengah hidung / setengah anak telinga. h. Rambut ke depan tidak menutup bahagian garisan tengah dahi / tidak mencecah bulu kening apabila ditarik. i. Rambut di atas atau bahagian tengah kepala tidak melibihi 6 cm panjang. j. Murid dilarang sama sekali berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’,berekor,rempit, ’skinhead’ dan diwarnakan, trojan Fesyen rambut yang dibenarkan Fesyen rambut yang tidak dibenarkan Contoh gambarajah rambut pelajar lelaki mengikut SP Ikhtisas 2/76
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |18 / durian / ceracak atau apa sahaja fesyen yang tidak menggambarkan imej seorang murid. k. Murid juga dilarang memakai gel dan membentuk rambut seperti ‘trojan, ceracak, durian dan seumpamanya. l. Murid tidak dibenarkan mengukir apa-apa perkataan atau bentuk pada rambut / kepala. 7.3.3 Murid-murid perempuan; a. Murid yang tidak bertudung atau bukan Islam dinasihatkan berambut hingga mencecah bahu sahaja. Jika berambut panjang menyentuh atau melebihi paras bahu,diwajibkan mengikat rambut. b. Cara mengikat rambut adalah seperti ekor kuda (pony tail) dengan reben berwarna hitam atau biru tua. c. Mewarnakan rambut tidak dibenarkan sama sekali walaupun menggunakan inai. d. Murid perempuan dilarang berambut pendek yang menyerupai lelaki. e. Murid hanya di benarkan menggunakan getah rambut,sepit rambut dan cekak rambut berwarna biru gelap dan hitam sahaja. f. Reben besar dan klip rambut berwarna-warni tidak dibenarkan. g. Murid perempuan Islam yang mewarnakan rambut mestilah menghitamkan semula, jika tidak murid tersebut diwajibkan memakai tudung / mini telekung. h. Murid perempuan bukan Islam yang mewarnakan rambut mestilah menghitamkannya, jika tidak akan diarah pulang (ibu / bapa / penjaga terpaksa mengambilnya di sekolah) 7.4 Kuku 7.4.1 Kuku hendaklah pendek dan bersih. 7.4.2 Semua murid dilarang berkuku panjang. Sekiranya mempunyai kuku panjang pihak sekolah berhak memotongnya pendek. 7.4.3 Murid dilarang mewarnakan kuku / mengecat kuku walaupun dengan menggunakan inai.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |19 7.4.4 Murid yang ingkar dengan arahan memotong kuku akan dikenakan tindakan disiplin. 7.5 Kening 7.5.1 Murid tidak dibenarkan mencukur,mencabut atau melakar tatoo bulu kening. 7.5.2 Murid juga dilarang mencukur/mencabut/mengunting semua jenis bulu di kawasan muka kecuali misai/kumis dan janggut. 7.5.3 Murid dilarang menggunakan celak aneka atau mascara atau apa saja alat solek. 7.5.4 Murid dilarang memakai subang pada kening 7.6 Barang kemas / hiasan 7.6.1 Semua murid dilarang memakai atau membawa gelang, rantai, cincin, rantai kaki dan barang-barang kemas lain. 7.6.2 Murid lelaki tidak dibenarkan memakai subang dan anting-anting. 7.6.3 Murid perempuan hanya dibenarkan memakai sepasang subang berbentuk kecil, tidak berfesyen dan tidak ditahtakan sebarang jenis batu. Jika berbentuk cincin, diameternya tidak boleh melebihi 1.2 cm. 7.6.4 Murid tidak dibenarkan memakai jam tangan yang terlalu besar atau berfesyen keterlaluan. 7.6.5 Murid dilarang memakai tatu atau jenis corak lain dengan pelekat dan seumpamanya pada mana-mana bahagian tubuh badan. 7.6.6 Barang hiasan untuk beg seperti `soft toys’ loceng dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa ke sekolah. 8. KELAS / BILIK DARJAH 8.1 Selepas diambil kedatangan di tapak perhimpunan, murid beratur dan kembali ke kelas masing-masing. 8.2 Murid mesti berdiri dan mengucapkan selamat kepada guru yang masuk ke kelas. Sekiranya guru besar atau guru-guru yang lain datang melawat kelas, murid mesti berbuat demikian juga.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |20 8.3 Murid sentiasa membawa buku teks, buku latihan, buku kerja, kerja kursus, alat tulis yang sesuai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran. 8.4 Murid yang tidak dibenarkan membaca bahan bacaan yang tidak ada kaitan dengan pelajaran. Sebarang bentuk majalah / buku seperti komik atau yang bukan ilmiah akan dirampas. Murid mesti sentiasa bersedia mengikuti pelajaran latihan bertulis yang diberikan oleh guru mesti disiapkan dan dihantar pada masa yang ditetapkan. 8.5 Murid mesti menyoal atau menjawab soalan secara bersopan santun dan menghormati guru. 8.6 Jadual bertugas, jadual waktu serta pelan tempat duduk di dalam kelas disediakan oleh Ketua Kelas. Tempat duduk murid tidak boleh ditukar tanpa keizinan Guru Kelas. 8.7 Murid sentiasa berdisiplin sama ada ketika guru berada di dalam kelas atau tidak. 8.8 Murid hendaklah menghormati Ketua Kelas dan murid lain. 8.9 Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kelas. 8.10 Murid hendaklah menjaga kemudahan di dalam kelas. Ketua Kelas bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda kelas kepada Guru Kelas dengan segera. 8.11 Murid tidak dibenarkan makan / minum atau membawa makanan / minuman ke dalam bilik darjah kecuali bekal untuk waktu rehat. Makanan ringan seperti kuaci, gula-gula dan kek (hari jadi,dan lain-lain)adalah dilarang. 8.12 Buku teks murid dan barang persendirian tidak dibenarkan disimpan di dalam laci meja atau almari kelas yang disediakan. 8.13 Murid yang ingin keluar dari kelas untuk sesuatu urusan murid seperti ke tandas atau berjumpa guru mesti mendapatkan keizinan daripada guru dan menggunakan kad pas keluar (berwarna kuning) yang ditandatangani oleh guru mata pelajaran berkenaan. 8.14 Murid hendaklah keluar dari kelas pada waktu rehat kecuali murid yang bertugas membersihkan kelas. 8.15 Murid hanya dibenarkan ke tandas mengikut masa yang telah ditetapkan dan tindakan akan diambil sekiranya murid keluar diluar waktu tersebut tanpa sebab yang munasabah.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |21 8.16 Murid yang tidak sihat dan perlu berehat di dalam kelas atau di Bilik Kaunseling atau di bilik rawatan atau di bilik guru, mesti mendapat surat izin daripada Guru Besar atau Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Penolong Kanan Petang. Murid tidak dibenarkan tidur / ’berehat’ semasa guru mengajar. 8.17 Murid yang ingin balik awal sebab sakit dikehendaki mendapatkan kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Untuk sebab-sebab lain, ibu / bapa / penjaga dikehendaki datang ke sekolah menyatakan sebab-sebabnya. Ibu atau bapa hendaklah mengisi borang kebenaran keluar di pejabat. 9. MURID DI BILIK KHAS / DI LUAR KELAS 9.1 Pada waktu pelajaran Sains (jika menggunakan Makmal Sains) Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup, Komputer atau Pendidikan Seni, semua murid dikehendaki tinggalkan bilik darjah dan menuju ke bilik khas dengan langkah yang cepat dan senyap. 9.2 Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam Pusat Sumber, makmal, bengkel, Bilik Komputer, bilik Pendidikan Seni tanpa kebenaran guru. 9.3 Murid mesti beratur semasa pergi ke bilik khas atau semasa balik ke bilik darjah sendiri. Murid tidak dibenarkan singgah di tandas, kantin, kelas lain atau tempat-tempat lain. 10. WAKTU REHAT 10.1 Murid tidak dibenarkan keluar awal untuk waktu rehat kecuali Pengawas dan murid yang mendapat kebenaran. 10.2 Murid hanya dibenarkan makan di kantin sekolah. Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan sekolah. 10.3 Makanan dari kantin tidak dibenarkan dibawa ke dalam bilik darjah. 10.4 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rehat. 10.5 Murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada waktu rehat kecuali murid yang bertugas.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |22 10.6 Murid tidak dibenarkan membeli apa-apa pun daripada penjaja di luar kawasan sekolah. 10.7 Murid wajib makan dan minum dengan sopan di kantin dan menjaga kebersihan. 10.8 Peraturan membeli makanan / minuman dan peraturan selepas makan mesti dipatuhi. 10.9 Murid dikehendaki mematuhi masa rehat mengikut aliran seperti yang telah ditetapkan. 11. SELEPAS WAKTU SEKOLAH 11.1 Murid yang tidak terlibat dalam gerak kerja kokurikulum, bertugas atau tiada urusan sekolah lain hendaklah balik ke rumah selepas waktu persekolahan. Murid tidak dibenarkan merayau-rayau di kawasan sekolah atau di tempat lain. 11.2 Murid yang hendak belajar atau berbincang tentang pelajaran, boleh berbuat demikian di perpustakaan. 12. GERAK KERJA KOKURIKULUM / SUKAN 12.1 Semua murid wajib mengambil bahagian dalam gerak kerja kokurikulum. 12.2 Semua gerak kerja kokurikulum dijalankan di bawah penyeliaan guru penasihat. Murid dilarang menjalankan aktiviti kokurikulum di dalam kelas tanpa kebenaran. 12.3 Segala kegiatan persatuan / kelab sekolah yang diadakan di luar sekolah atau pada luar waktu yang ditetapkan, mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah dan ibu / bapa / penjaga terlebih dahulu. 12.4 Murid mesti mematuhi perlembagaan kelab / persatuan / persatuan yang telah disahkan oleh pihak sekolah. 13. TATATERTIB PERGAULAN 13.1 Murid mesti sentiasa bersopan santun, berkerjasama dan bertimbang rasa terhadap guru, staf sokongan sekolah, pelawat sekolah dan murid lain. Murid tidak dibenarkan menggunakan bahasa yang kasar dan tidak bersopan. 13.2 Murid memberi ucapan selamat jika berjumpa dengan guru, staf sokongan sekolah atau pelawat sekolah.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |23 13.3 Murid mesti memberi kerjasama serta mematuhi arahan Pengawas. 13.4 Murid hanya boleh menggunakan Bahasa Melayu, atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Mandarin atau Bahasa Tamil dalam pertuturan di sekolah. Loghat tidak boleh digunakan di dalam sekolah. 13.5 Segala bentuk penipuan, perjudian dan peniruan tidak dibenarkan. 13.6 Murid tidak dibenarkan memaparkan dan mengedarkan sebarang jenis iklan, promosi, gambar, pengumuman, notis atau poster tanpa kebenaran pihak sekolah. 13.7 Murid tidak boleh menimbulkan hasutan dan perkara yang sensitif yang boleh mewujudkan suasana tidak harmonis di sekolah. 13.8 Murid dilarang berniaga di dalam kawasan sekolah. 13.9 Murid tidak boleh menyertai kegiatan kongsi gelap / pertubuhan tanpa pendaftaran atau kebenaran sekolah. 13.10 Murid hendaklah sentiasa memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran. 13.11 Murid juga dikehendaki menyertai aktiviti sekolah dengan giat dan bertanggungjawab. 13.12 Murid tidak dibenarkan berjumpa dengan murid lain / murid sidang lain semasa pelajaran dijalankan kecuali dengan kebenaran sekolah. 13.13 Murid dilarang mengutip wang daripada murid lain tanpa pengetahuan dan kebenaran guru. Urusan jual beli antara murid di sekolah tidak dibenarkan. 14. PENGGUNAAN KEMUDAHAN SEKOLAH 14.1 Tanpa kebenaran, murid tidak dibenarkan memasuki pejabat, pejabat guru besar, Bilik Guru, Pusat Sumber, makmal, dewan dan bilik khas lain. Peraturan bilik-bilik khas hendaklah dipatuhi. 14.2 Tanpa kebenaran, murid tidak boleh memasuki bilik darjah lain. Murid yang memasuki kelas lain tanpa kebenaran / semasa ketiadaan orang lain di dalam bilik darjah itu boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana menceroboh. 14.3 Murid mesti sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |24 14.4 Murid hendaklah cermat menggunakan kerusi dan meja, air / elektrik, tidak merosakkan kolam ikan, tapak taman bunga, tidak mengotor / merosakkan tandas, atau menyalahgunakan alat pemadam api. 14.5 Murid bertanggungjawab menjaga dan menggunakan harta benda sekolah dengan cermat. Kemudahan di sekolah seperti padang bola, internet, siaraya dan komputer hanya boleh digunakan jika ada kebenaran pihak sekolah. 14.6 Meja, kerusi dan sebarang harta benda sekolah tidak boleh dialihkan dari satu bilik / dewan ke tempat lain tanpa kebenaran sekolah. 14.7 Murid tidak dibenarkan menggunakan tandas guru. 15. MURID YANG MEMBAWA KENDERAAN KE SEKOLAH 15.1 Murid dilarang membawa motosikal tanpa lesen ke sekolah. Jika ada yang berbuat demikian, pihak sekolah tidak membenarkan motosikal tersebut diletakkan di dalam kawasan sekolah. 15.2 Murid yang membawa basikal yang tiba di sekolah lewat dikehendaki meletakkan basikal di tempat lain yang dikhaskan. 15.3 Murid tidak dibenarkan menunggang basikal di dalam kawasan sekolah termasuk pada hujung minggu atau hari cuti sekolah. 15.4 Murid hendaklah menjaga ketenteraman dan bertimbang rasa terhadap kenderaan murid lain ketika mengeluarkan kenderan sendiri semasa hendak balik. 15.5 Murid yang membawa membawa basikal masuk ke kawasan sekolah selepas jam 7.00 pagi dikehendaki menolak kenderaan tersebut ke tempat yang dikhaskan. B. JENIS-JENIS KESALAHAN YANG BERAT 1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga. 2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. 3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar tembakau. 4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebaran benda yang memabukkan/mengkhayalkan.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |25 5. Mengancam atau memukul guru besar, guru, pengawas atau murid yang lain. 6. Melanggar peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pelajaran. 7. Merosakkan harta benda kerajaan, sekolah, guru atau murid lain. 8. Menentang tindakan tatatertib yang dikenakan oleh guru atau guru besar. 9. Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan. 10. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru / pengawas / murid. 11. Biadap terhadap guru / pengawas / murid. 12. Memeras ugut guru / pengawas / murid. 13. Membawa,menggunakan senjata atau alat merbahaya. 14. Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain. 15. Mencuri, merompak,memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 16. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 17. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pitarakaman dan multimedia terlarang. 18. Membabitkan diri dalam kumpulan haram. 19. Mencabul kehormatan guru/murid. 20. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabi’i. 21. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan. 22. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. 23. Mengintai murid lelaki / perempuan. 24. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. 25. Merosakkan harta benda sekolah/guru. 26. Membawa atau menggunakan bahan letupan. 27. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 28. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |26 atau merusuh. 29. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan- bahan multimedia. 30. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian. 31. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia. 32. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah,Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. 33. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut) selama 60 hari dalam satu tahun sesi persekolahan. 34. Menggangu/menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yg menjalankan tugas. 35. Membawa masuk tetamu dari luar kawasan sekolah tanpa kebenaran. 36. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 37. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 38. Melakukan hubungan yang mencurigakan. 39. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini; `Biadap’ termasuk menjeling, menunjukkan muka marah, menggunakan suara yang keras / kuat dan menunjukkan gerakan tangan yang tidak sopan terhadap seseorang. 40. Memiliki,menjual,menyimpan dan membawa rokok, rokok elektronik atau vape ke sekolah. C. JENIS-JENIS KESALAHAN / SALAH LAKU SEDERHANA 1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali. 2. Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. 3. Keluar dr kawasan sekolah tanpa kebenaran. 4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/peperiksaan. 5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |27 6. Tidak menghormati lagu-lagu/ bendera/ jata sekolah, negeri dan kebangsaan. 7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skinhead atau berwarna. 8. Menconteng pada harta benda sekolah. 9. Memakai pakaian barang kemas keterlaluan seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan daripada satu pada satu cuping telinga. 10. Kesalahan lain yang difikir termasuk dalam kategori ini. D. JENIS-JENIS KESALAHAN / SALAH LAKU RINGAN 1. Menyimpan misai, janggut dan jambang. 2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu. 3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. 4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpakebenaran. 5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran. 6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran. 7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. 8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran. 9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas. 10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam tangan. 11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran. 12. Makan dan minum dalam bilik darjah. 13. Melakukan pembaziran elektrik/air. 14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap. 15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerjarumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain) 16. Datang lewat ke sekolah. 17. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal. 18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain. 19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |28 20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran. 21. Tidak membuat gerakkerja yang ditugaskan. 22. Mengganggu kawasan. 23. Mengganggu guru. 24. Lewat masuk kelas. 25. Mengotorkan kelas. 26. Tidak duduk setempat. 27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. LAMPIRAN CONTOH-CONTOH BARANG LARANGAN Semua jenis Hand Set Gelang Daun terup Sikat
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |29 Jenis kasut dan fesyen rambut yang tidak dibenarkan Kuku panjang Kuku berwarna Rambut disapu gel Rambut panjang hingga kening Rambut panjang hingga ke kolar baju Rambut panjang tidak diikat Tidak dibenarkan bertindik bagi murid lelaki dan bagi murid perempuan tidak melebihi satu lubang
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |30 BARANG-BARANGAN LARANGAN DI SEKOLAH Bil Senarai Barangan 1 Pemadam cecair / Liquid Paper 2 Pen marker 3 CD, VCD, DVD dan pita Kaset (Isi kandungannya lucah atau tidak) 4 “Gold Dust”, “ SilverDust” tepung, telur, beg plastik berisi air 5 Gunting (hujung tajam), pisau potong, pembaris besi, pemutar skru, pemotong, playar, spana, pengetip kuku. Senjata atau alat berbahaya seperti kerambit, buku lima, pemutar skru dan lain-lain 6 Gambar lucah, video lucah, memory card lucah, buku komik lucah, majalah lucah 7 Majalah Hiburan /Komik kartun walaupun isi kandungan tidak lucah / bahan cetakan yang tidak sesuai seperti komik, majalah hiburan, majalah fesyen, poster / kalendar / lencana artis, buku lagu, gambar foto, katalog, bahan lucah, buku kisah cinta remaja / dewasa, cerita seram berlebihan dan seumpamanya. 8 Dadah, pil khayal, rokok, mancis, “lighter” 9 Daun terup, batu seremban, dan barang-barang permainan. 10 Sapu tangan besar (keys), “hair band” (selain daripada warna hitam, coklat, putih dan biru ) 11 Getah / Kain Pengikat kepala. 12 Alat-alat solek seperti gincu, “eye shadow”, bedak, minyak wangi, deodran, cermin muka dan losen 13 Barang–barang kemas / hiasan seperti gelang, rantai, kalung, cincin, (Bukan emas atau perak ) 14 Brooch baju kurung yang besar lebih daripada duit syiling 10 sen. 15 Gelang getah, gelang plastik, gelang suasa dan lain-lain
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |31 yang tidak berkaitan dengan amalan agama. 16 Tali pinggang berkepala besar melebihi 2 inci, tali pinggang berwarna / putih / berfesyen (selain hitam dan coklat) 17 Subang, anting-anting hanya sepasang (sepasang subang kecil untuk murid perempuan sahaja / murid lelaki tidak dibenarkan bersubang) tidak dibenarkan gunakan plastik/lidi/kayu untuk menutup lubang yang ditindik 18 Gula-gula getah (chewing gum) 19 Pemegang kunci bersaiz besar / rantai kunci bersaiz besar 20 Alatan / senjata berbahaya seperti buku lima, kapak kecil dan lain-lain. 21 Gambar diri berfokus keterlaluan / tidak sopan 22 Gambar/ Poster Artis/ Model 23 Kad poker / barangan untuk berjudi 24 Tanda-tanda/ lencana / label yang berunsur politik 25 Kad magic / kad pokemon / yoyo 26 Telur /Cat /Tepung 27 Minuman keras atau minuman yang boleh memabukkan 28 Dadah / pil-pil khayal / rokok / mancis / lighter/ vape 29 Bahan letupan / mercun / bunga api 30 Alat-alat elektronik seperti `game & watch’, `cyberpet’, pita video, cekera padat (CD), pita kaset, radio walkman, radio dan sebagainya.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |32 Barang-barang larangan yang dirampas dan dipulangkan melalui Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / dituntut olen murid dengan surat amaran Bil Senarai Barangan 1 Cermin mata hitam / gelap / bingkai yang berwarna selain gelap seperti merah,putih/ fancy 2 Topi / Kopiah / Kemeja “T” berwarna 3 Pakaian “T” berwarna / bergambar. 4 Stoking belang, kasut sukan / kasut kulit berjenama, selipar. 5 Bola sepak, bola keranjang, skateboard, scooter, roller blade. 6 Seluar berkaki lebar (lebih ½ daripada tapak kaki) dan berlambang tertentu contoh “playboy”. 7 Seluar berkaki kecil / sendat dan berlambang kumpulan / jenama tertentu contoh “playboy”. 8 Seluar poket tampal / poket lebih. 9 Baju singlet / baju “T” tanpa lengan. 10 Pakaian luar sekolah. 11 Tali pinggang yang tidak dibenarkan (berkepala besar dan berlogo dan berwarna selain hitam atau hijau). 12 Jaket / Sweater / Windbreaker.
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |33 Barang-barang larangan yang dirampas dan dipulangkan dan ibu / bapa / penjaga dipanggil / diminta hadir untuk menuntutnya serta dikenakan surat amaran Bil Senarai Barangan 1 Barang-barang kemas / hiasan seperti gelang, rantai, kalung,cincin, (emas atau perak). 2 Subang, anting-anting (emas atau perak sahaja). 3 Telefon bimbit / handphone. 4 Perakam Video/ CD / DVD. 5 Kamera. 6 MP3 / MP4 / Walkman / pager. 7 Membawa teropong. 8 Permainan elektronik / digital. 9 Hands free kit. CARA TINDAKAN DISIPLIN DIAMBIL Bil Jenis Kesalahan Tindakan 1. Melakukan kesalahan ringan sebanyak tiga kali - Amaran 1 - Kaunseling 2. Melakukan kesalahan sederhana 1 kali - Amaran 1 - Kaunseling 3. Melakukan kesalahan sederhana 2 kali - Amaran 2 - Kaunseling - Ibu bapa dipanggil 4. Melakukan kesalahan sederhana 3 kali - Amaran 3 - Kaunseling - Ibu bapa dipanggil - Surat Perjanjian
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |34 CARA TINDAKAN TERHADAP SALAH LAKU MURID KESALAHAN/PERLAKUAN TINDAKAN DISIPLIN Membawa bahanbahan lucah ke sekolah Amaran / Panggil ibu / bapa / penjaga Mengintai murid-murid perempuan Amaran / Panggil ibu / bapa / penjaga Menggunakan kata dan perbuatan lucah Amaran / Panggil ibu / bapa / penjaga Melukis dan menulis kata-kata dan gambargambar lucah Amaran, Denda Berambut panjang / fesyen rambut keterlaluan dan bertentangan dengan peraturan sekolah Amaran / Kaunseling Berkuku panjang Amaran Bermisai dan berjangut Amaran Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah Amaran Skirt sekolah atas paras lutut Amaran Ba ju kurung tidak dikancing Amaran Seluar berfesyen / jeanscutting Amaran Tidak memakai tali leher Amaran Tidak memakai stoking Amaran Memakai pakaian luar ke sekolah Tidak dibenarkan masuk Memakai kemeja yang Baju dirampas
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |35 berwarna di dalam pakaian seragam sekolah Memakai jeket / sweater / wundbreaker Baju dirampas Memakai pakaian luar untuk kegiatan sekolah Tidak dibenarkan masuk Tidak masukkan kemeja Amaran Memakai barangbarang perhiasan yang dilarang ke sekolah Amaran Memakai barang kemas, rantai emas Dirampas dan panggil ibu / bapa / penjaga Memakai rantai agama tanpa kebenaran Dirampas Pengikat rambut berfesyen selain reben hitam dan putih Dirampas Memakai lebih daripada sepasang subang Dirampas Memakai subang berfesyen / besar / tidak sama Dirampas Lelaki memakai subang Dirampas Membawa barangbarang yang tidak dibenarkan Dirampas Semua jenis alatan yang tajam Dirampas Pemotong kuku Dirampas Kamera / Radio / Walkman / Pager / Telefon bimbit Dirampas Gambar diri berfokus Dirampas
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |36 keterlaluan / tidak bersopan Gambar / poster artis / model Dirampas Liquidpaper / Marker / Highlighter Dirampas Pakaian luar sekolah Dirampas Cermin mata hitam / teropong Dirampas Kosmetik / cermin/minyak wangi Dirampas Majalah Hiburan / Komik / Buku fiksyen yang dilarang Dirampas Pita video/ VCD / Kaset Dirampas Kad poker / barang untuk berjudi Dirampas Tanda-tanda / lencana / label yang berunsur politik Dirampas Kad magik, Kad Pokemon, Yoyo Dirampas Memakai selipar / sandal Dirampas Tidak memakai stoking putih / yang ditetapkan oleh sekolah Amaran Tidak memakai kasut kanvas putih / yang ditetapkan oleh sekolah Dirampas Kuku berwarna / bercat / berinai Amaran, Bersihkan Mewarnakan rambut Ibu bapa membawa anak pulang hingga dihitamkan
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |37 Berkeliaran / Merayau di kawasan sekolah Amaran Datang lewat ke sekolah Amaran / Denda / Panggil ibu / bapa / penjaga Lewat ke perhimpunan Amaran Makan di kantin diluar waktu rehat Amaran Tidur di dalam kelas Amaran / Panggil ibu / bapa / penjaga Bermain di dalam bilik darjah atau kaki lima Amaran Keluar kelas tanpa pas / Surat kebenaran Amaran Berada di kantin sebelum / selepas waktu rehat Amaran Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Hubungi ibu / bapa / penjaga Masuk ke kawasan sekolah tanpa urusan / kebenaran Diminta keluar Berkelakuan kasar terhadap guru Amaran / Panggil ibu / bapa / penjaga Berkelakuan kasar terhadap pengawas Amaran Berkelakuan kasar terhadap murid Amaran Berbahasa kesat / kasar Amaran Menyimpan rokok Amaran. Panggil ibu / bapa / penjaga Menghisap rokok Amaran. Panggil ibu / bapa / penjaga Mengganggu pengajaran dan pembelajaran Amaran. Tidak menghormati guru Amaran. Panggil ibu / bapa / penjaga
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |38 Tidak menghormati pengawas Amaran. Simpan / Edar minuman keras / Minuman yang memabukkan Amaran. Panggil ibu / bapa / penjaga Menyimpan pemetik api / mancis Amaran. Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama baik sekolah Amaran. Kaunseling. Merosakkan harta benda sekolah Amaran. Kaunseling. Merosakkan harta benda guru besar dan guru-guru Amaran. Kaunseling. Merosakkan harta benda kantin sekolah Amaran. Kaunseling. Merosakkan harta benda murid Amaran. Kaunseling. Melakukan pembaziran air atau elektrik Amaran. Kaunseling. Menyalahgunakan peralatan elektrik Amaran. Kaunseling. Mengotorkan kawasan/bangunan sekolah Amaran. Kaunseling. Mengotorkan kelas Amaran. Kaunseling. Menipu yang melibatkan wang Hubungi ibu / bapa / penjaga Menipu yang melibatkan kepercayaan Hubungi ibu / bapa / penjaga Meniru semasa ujian / peperiksaan Markah 0 / Ikut perkeliling sekolah
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |39 Memalsukan keterangan / rekod rasmi Hubungi ibu / bapa / penjaga Ponteng kelas Amaran Ponteng sekolah 3 hari berturut-turut / 10 hari tidak berturut-turut Amaran Pertama Ponteng sekolah 3 hari berturut-turut / 20 hari tidak berturut-turut Amaran Kedua Ponteng sekolah 17 hari berturut-turut / 40 hari tidak berturut-turut Amaran Ketiga Ponteng Perhimpunan Amaran Ponteng kegiatan luar bilik darjah / kokurikulum Amaran Ponteng ujian Amaran Ponteng peperiksaan Amaran Ponteng untuk ‘privatestudy’ / tuisyen Amaran bertulis. Hubungi ibu / bapa / penjaga
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |40 REKOD SALAH LAKU Tarikh Jenis Salah Laku Tandatangan Guru Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |41 Tarikh Jenis Salah Laku Tandatangan Guru Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |42 Tarikh Jenis Salah Laku Tandatangan Guru Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |43 Tarikh Jenis Salah Laku Tandatangan Guru Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |44 Tarikh Jenis Salah Laku Tandatangan Guru Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga
SK LKTP NITAR 1 Buku Peraturan Sekolah |45 Tarikh Jenis Salah Laku Tandatangan Guru Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga