The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PIBG SKLJ, 2025-03-13 11:37:58

Kem Perkasa PLAN SKLJ (Sept 2024)

Kem Perkasa PLAN SKLJ (Sept 2024)

Keywords: PLAN

PLaN adalah singkatan kepada Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah. Program membantu murid menguasai 3M (Menulis, Membaca, Mengira). Maksud Literasi – kemampuan membaca dan menulis. Maksud Numerasi - kemampuan untuk memahami dan mengaplikasikan konsep bilangan dan operasi hitung dalam kehidupan sehari-hari. K2P (Kem Perkasa PLaN) akan dijalankan sebanyak 4 sesi dalam tempoh 3 bulan di sekolah. Fokus adalah kepada murid pemulihan.


SINAR HARIAN NURUL HUDA HUSAIN dan MOHAMMAD KHAIRIL ASHRAF MOHD KHALID 09 Nov 2021 12:20 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) untuk memastikan murid sekolah rendah menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan tiga dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Matematik. Timbalan Menteri I, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pelaksanaan PLaN adalah sebagai program sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menyeluruh untuk membantu memantapkan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). "Bermula September 2021 juga, KPM telah melaksanakan Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU). Salah satu aspek yang diberi penekanan dalam program ini ialah pemugaran literasi dan numerasi. "Penekanan juga diberikan kepada penglibatan ibu bapa dalam menyokong pelaksanaan PdP. Program ini dirangka bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi melalui PdP secara bersemuka atau PdPR yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid untuk mengikuti pembelajaran seterusnya,” katanya ketika waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Selasa. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPSBatang Lupar) yang mahu tahu apakah langkah diambil serta pemantauan KPM bagi memastikan murid yang tidak dapat mengikuti kaedah pembelajaran secara dalam talian khususnya murid tahap satu untuk menguasai kemahiran 3M dengan lebih baik. Tambahnya, pada masa ini, murid tahap satu yang dikenal pasti berdepan dengan masalah itu dibekalkan dengan Modul Asas Literasi dan Modul Asas Numerasi bagi mempertingkatkan penguasaan 3M mereka. Jelasnya, berkaitan pemantauan, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilaksanakan bagi mengumpul data perkembangan pembelajaran murid yang direkodkan dari semasa ke semasa. "KPM yakin langkah strategik yang dilaksanakan ini dapat memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi,” katanya. SINAR HARIAN


Gambar-gambar sekitar Kem Perkasa PLaN SK Long Jaafar 7 September 2024 Sesi 1 Murid Tahun 3 Cikgu Juaini sedang berkomunikasi dalam Bahasa English dengan muridmurid


Cikgu Hizatul bersama murid-murid dalam sesi Bahasa English.


Murid-murid sedang memberi fokus kepada penerangan Cikgu Intan


Aktiviti latihan matematik bersama cikgu Juaini. Murid-murid diberi kemahiran asas nombor.


Keseluruhan murid Tahun 3 yang terlibat untuk Kem Perkasa PLaN.


Semoga Kem Perkasa Plan (K2P) yang dilaksanakan dapat membantu murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Insyallah. -PIBG SKLJ 2024-


Click to View FlipBook Version