PENDIDIKAN ISLAM MPU 13012 STE 2B NAMA AHLI : MUHAMAD AQIL BIN AB RAHIM (C01STE22F029) MUHAMMAD SYAHMIL EIMAN BIN KAMALRUZAMAN (C01STE22F007) WAN AMIRUL HAFIZ WAN FAZLI (C01STE22F030) MUHAMMAD SYAFEEQ IMAN BIN MOHD ZAINI (C01STE22F016)
PENGERTIAN TASAWWUR ISLAM • Tasawwur bermaksud suatu gambaran atau tanggapan akal atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara. Perkataan ini berasal dari kalimah Arab yang memberi beberapa maksud: • Suatu tanggapan terhadap rupa sesuatu yang dapat dikhayalkan. • Cuba memberi gambaran terhadap sesuatu. • Memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu.
CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM 1. RABBANIYYAH • Dari segi bahasa: Ketuhanan • Dari segi istilah: Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang terdapat dalam Islam bersumberkan wahyu Allah S.W.T. dan hadis. • Ia bukan hasil pemikiran manusia. • Manusia perlu melaksanakannya dalam kehidupan mereka. • Manusia tiada hak untuk mencampur urusan ketuhanan seperti penentuan hukum haram, halal, dosa, pahala, nilai buruk, baik, jahat dan sebagainya. • Manusia dalam hal ini hanyalah untuk mengkaji dan mengenal pasti hukum Allah dalam sesuatu perkara. • Sesungguhnya kami telah turunkan kepada kamu kitab (Al-Quran) dengan kebenaran, maka taatlah kepada Allah dengan penuh keikhlasan kepada-Nya, ingatlah bahawa agama yang bersih (benar) itu adalah milik Allah (Surah al-ZUmar: 2-3).
PRINSIP RABBANIYYAH • Islam adalah agama yang diwahyukan Allah bukan ciptaan manusia. • Islam dan seluruh makhluk merupakan hak kepunyaan Allah. • Islam bersih daripada sebarang kekurangan, kejahilan dan dorongan hawa nafsu. • Allah sebagai pemberi peraturan hidup.
CARA MEMILIKI SIFAT RABBANIYYAH • Percaya dan yakin dengan rukun Islam. • Mengerjakan segala perintah Allah S.W.T. • Berjihad dengan nyawa, harta benda dan fikiran. • Bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan Allah.
2. SYUMULIYYAH • Dari segi bahasa: Menyeluruh • Dari segi istillah: Agama Islam yang di bawa oleh Nabi MUhammad SAW lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat. • Allah S.W.T memiliki segala sifat kesempurnaan dan pengetahuan.Semua aspek kehidupan manusia dijelaskan dan diberikan panduan oleh Allah S.W.T dalam wahyu-Nya. • Islam mempunyai peraturan hidup yang serba lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia. • Segi kepercayaan, pemikiran, akhlak, ekonomi, politik, sosial, perundangan, pendidikan, alam sekitar, kesihatan dan lain-lain. • Perjalanan hidup manusia akan berterusan manakala wahyu al-Quran dan al-Hadith pula terhenti dengan kewafatan Rasulullah S.A.W. • Dan kami turunkan ke atas engkau kitab (al-Quran) sebagai prnjelasan bagi semua perkara. Surah al-Nahl: 89).
PRINSIP SYUMULIYYAH • Kesempurnaan hanya milik Allah SWT berbanding manusia yang bersifat lemah. • Islam tidak terikat dengan masa, tempat dan ruang tertentu tetapi semua manusia terikat dengan masa, ruang dan keadaan seperti rasa lapar, dahaga, sakit dan sebagainya. • Manusia di bekalkan dengan akal dan syariat yang lengkap sesuai dengan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. • Semua makhluk terikat dengan SUNATULLAH, peraturan Allah S.W.T dan kemahuan Allah S.W.T seperti takdir dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak dari azali lagi.
3. WAQI’IYYAH • Dari segi bahasa: Realiti • Dari segi bahasa: Praktikal dan mampu di amalkan oleh semua golongan manusia. • Dalam menetapkan sesuatu hukum atau peraturan, islam sentiasa mengambil kira realiti semasa, setempat dan adat yang di amalkan. • Islam tidak membebankan manusia dengan hukuman yang tidak realistik sehingga manusa tidak mampu menunaikannya. • Misalnya, Islam tidak memerintahkan manusia untuk beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan kerja-kerja harian untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Malah kerja-kerja harian ini jika dilakukan dengan betul dan memenuhi syarat-syaratnya, turut dianggap sebagai ibadat dan pelakunya di beri pahala yang banyak. • Dan Allah melebihkan sesetengah daripada kamu ke atas yang lain (dari segi anugerah) rezeki. (Surah al-Nahl: 71)
PRINSIP WAQI’IYYAH • Ajaran Islam praktikal dan bukan utopia (khayalan). • Islam mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan manusia. • Islam menyumbang kepada dalam pemikiran positif. • Islam menekankan kesederhaan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
4. ‘ALAMIYYAH • Dari segi bahasa: Sejagat • Dari segi istilah: Agama yang sesuai bagi semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman. • Semua manusia tanpa mengira bahasa, warna kulit dan bangsa mempunyai kedudukan yang sama di sisi Allah S.W.T. • Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Sesungguhnya yang terlebih mulia daripada kalangan kamu ialah yang paling bertakwa,(Surah al-Hujurat: 13)
PRINSIP ‘ALAMIYYAH • Islam memuliakan manusia. • Nilai keadilan manusia bersifat sejagat. • Islam menjaminkan hak asasi manusia.
5. MURUNAH • Dari segi bahasa: Anjal • Dari segi istilah: Boleh berubah mengikut kesesuaian, namun masih tetap pada prinsip asasnya. • Sebagai contoh, solat adalah wajib dan perlu dilaksanakan mengikut ketetapan rukun.Walaubagaimanapun, jamak dan qasar dibenarkan dalam solat sekiranya sesorang itu bermusafir.Ini terbukti bahawa hukum islam tidak statik, sebaliknya bersifat anjal dan fleksibel dengan memberi keutamaan kepada keselesaan penganutnya.
PRINSIP MURUNAH • Islam agama yang mudah seperti memberi rukhsah dalam pelaksanaan ibadat. • Pelaksanaan mengikut kemampuan dan keadaan contohnya ibadatsolat secara jamak dan qasar.
6. TAWAZUN • Dari segi bahasa: Keseimbangan • Dari segi istilah: Suatu sikap seseorang untuk memilih titik yang seimbang atau adil dalam menghadapi suatu persoalan. • Ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua aspek kehidupan manusia dari segi individu dan masyarakat, rohhani dan jasmani, kebendaan dan kerohanian serta dunia dan akhirat.
HUBUNGAN IMAN, ISLAM DAN IHSAN • Hubungan iman, islam dan ihsan bagaikan segitiga sama sisi. Hubungan antara sisi yang satu dengan sisi yang lainnya sangat erat. Jadi orang yang taqwa ibarat segitiga sama sisi, yang sisi-sisinya adalah iman,islam dan ihsan. Segitiga tersebut tidak akan terbentuk jika ketiga sisinya tidak saling mengait. • Iman itu membentuk jiwa dan watak manusia menjadi kuat dan positif, yang diwujudkan dalam bentuk perbuatan dan tingkah laku akhlakiah manusia sehari-hari adalah didasari/diwarnai oleh apa yang dipercayainya. Kalau kepercayaannya benar dan baik pula perbuatannya, dan begitu pula sebaliknya.
• Dalam Al-Quran, iman itu selalu dikaitkan dengan amal perbuatan baik sebagai syarat bahawa iman yang disempurnakan dengan amal baik berupa pelaksanaan rukun-rukun Islam, akan menyebabkan manusia hidup berbahagia di dunia dan di akhiratnya. • Disamping adanya hubungan antara iman, islam dan ihsan juga terdapat perbezaan antara ketiganya sekaligus merupakan ciri masingmasing. Iman lebih menekankan pada segi keyakinan didalam hati, islam merupakan sikap untuk berbuat atau beramal. Sedangkan ihsan merupakan pernyataan dalam bentuk tindakan nyata. Ihsan merupakan ukuran nipis tebalnya iman dan islam seseorang.
SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM 1. AL-QURAN • Kitab suci ajaran Islam • Al-Quran adalah sumber utama yang berada ditingkatyang paling atas dari segi heirarki sumber pengambilam hukum. • Himpunan firman atau kata-kata Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril A.S untuk diajarkan kepada umatnya bagi dijadikan panduan hidup mereka didunia. • Membaca dikira Ibadat • "Alif, Lam, Mim, Demikianlah kitab Al-Quran itu yang tidak lagi keraguan padanya, ia menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman."(Surah al-Baqarah: 1) • Jaminan Allah-keaslian Al-Quran terjamin • Mukjizat kerasulan • Isi kandungan Al-Quran
2. HADIS • Sumber heirarki kedua • Definisi: segala apa yang datang daripada Nabi Muhammad S.A.W dari segi perkataan, perbuatan dan pengakuan atau takrir • "Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka jauhilah". (surah al-Hasyr: 7) • Hadis-mengutuskan Muaz ke Yaman
PERANAN HADIS • Menyokong hukum dalam Al-Quran-hukum menderhaka • Menjelaskan hukum yang kurang jelas-solat • Menerangkan hukum yang tidak terdapat dalam Al-Quran-larangan memadukan anak saudara dan ibu saudara, hukuman penzina muhsan
3. IJMAK ULAMAK • Kesepakatan para ulamak mujtahid sam ada dalam bentuk I'tiqad, kata-kata atau perbuatan untuk mengeluarkan hukum dalam sesuatu perkara yang berlaku lepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. • Hasil ijtihad para ulamak mujtahidin • Mujtahid-mempunyai kebolehan mengeluarkan hukum syarak daripada dalil yang terperinci dan mestilah dilakukan oleh umat Nabi Muhammad.
RUKUN IJMAK ULAMAK • Semua ulamak mujtahid sepakat mengenai hukum syarak terhadap masalah yang berkaitan. • Wujudnya sejumlah ulamak mujtahid pada masa berlakunya sesuatu masalah atau perkara. • Sepakat semua ulamak mujtahid mengenai hkum terbabit. • Sepakat ulamak-ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat masing-masing secara tegas, samada berupa perkataan atau perbuatan, baik secara bersendirian atau secara berkumpulan.
HUJJAH PENERIMAAN ULAMAK • Kesepakatan para ulamak adalah kebenaran yang diakui Allah. • Al-Baqarah: 143 • Hadis: • Maksud: "Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara yang salah". • Maksud: "Apa-apa yang menurut Islam itu baik, maka ia juga baik di sisi Allah...".
4. QIYAS • Definisi: • Bandingkan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam Al-QUran atau hadis atau ijmak. • Dengan masalah yang telah dijelaskan hukumnya di dalam salah satu daripada dalil tersebut. • Kerana ada persamaan pada illah hukumnya.
RUKUN QIYAS • Sumber asal hukum • Al-Quran, Hadis, Ijmak.Arak sabit hukumnya berdasarkan Al-Quran. • Hukum Asal • Hukum yang ditetapkan atau dijelaskan dalam Al-Quran, Hadis dan Ijmak.Hukum arak haram. • Perkara/masalah baru • Tidak dinyatakan hukumnya dalam Al-Quran, Hadis, Ijmak. Contohnya todi, dadah, awain, whisky dan lain-lain seumpamanya. • Illah/Illat/Sebab • Sifat yang menyebabkan lahir hukum asla yang sama dengan hukum furu' atau baru.Contohnya: Sifat mabuk pada arak.
PENGERTIAN AKIDAH • Akidah dari segi bahasa bermaksud simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan kuat. • Akidah dari sudut istilah ilah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah samada akidah yang betul atau sebaliknya. • Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah S.W.T dan sifat-sifat kesempurnaaNya. • Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah S.W.T. • Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada Al-Quran dan As-Sunnah.
CIRI-CIRI AKIDAH YANG SAHIH • Percaya kepada Allah, malaikat rasul-rasulNya, kitab-kitab Nya, hari akhirat, qadha' dan qadar yang menjadi rukun iman. • Aqidah yang berlandaskan dalil-dalil syariah dari Al-Quran dan Al-Sunnah yang menjadi asas agama Islam. • Amal ibadat seseorang itu hanyasah dan diterima Allah adalah ibadat yang terbit dan datang dari aqidah yang sahih. • Amal ibadat yang bukan terbit dari aqidah yang sahih adalah sia-sia sahaja, iaitu tidak mendapat apa-apa balasan daripada Allah. • Ciri-ciri aqidah yang sahih adalah mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu Maha Esa dan tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah. • Sesuatu amalan dan ibadat yang diterima Allah ialah amalan dan ibadat yang di kerjakan semata-mata kerana Allah secara khudhu, rughbah, ruhbah, hunnulillah, tazallul dan ikhlas.
• Ciri-ciri akidah yang sahih juga tidak bertolak ansur dalam penghayatan akidah yang berlandaskan AlQuran dan As-Sunnah supaya orang-orang yang beriman dan Islam tetap di atas dasar tauhid. • Sikap tidak bertlak ansur dalam penghayatan akidah yang sahih merupakan suatu ketegasan dalam mempertahankan agama Islam dan akidah sahih itu. • Rasulullah S.A.W dengan kekuatan akidahnya secara berterus terang dan berani menentang dan menolak cadangan kafir Quraisy dan kaum Musyrikin yang mengajak Baginda menyembah berhala mereka. • Akidah yang sahih adalah akidah yang berlandaskan "Al-Quran dan AL-Sunnah" yang diistilahkan "akidah ahli al sunnah wal jamaah" iaitu iktikad yang mengikut iktikad Nabi Muhammad S.A.W dan kumpulan orang ramai.
KEPENTINGAN BELAJAR ILMU AKIDAH • Memantapkan keimanan dan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah Taala. • Dapat mengenal ajaran yang merosakkan akidah. • Menjaga iman supaya selamat di dunia dan di akhirat. • Mempertahankan akidah daripada dirosakkan atau diselewengkan. • Menolak fahaman yang menyesatkan dan segera kembali kepada pegangan yang berlandaskan AlQuran dan As-Sunnah. • Supaya terhindar daripada ajaran-ajaran sesat yang akan merosakkan akidah seseorang terhadap allah S.W.T. • Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya.
PERKARA-PERKARA YANG MEMANTAPKAN AKIDAH LISAN • Bercakap benar • Berdoa • Nasihat menasihati • Berzikir, bertahlil, bertasbih dan berselawat • Membaca dan memahami Al-Quran dan hadis nabi PERBUATAN • Menunaikan ibadat fardhu dan sunat • Menolong golongan yang memerlukan bantuan • Beradab span dalam pergaulan • Menuntut ilmu yang berfaedah • Melakukan kerja yang baik dan halal.
HATI • Sentiasa mengingati Allah • Yakin dengan pertolongan Allah • IKhlas melakukan ibadah • Sangka baik terhadap Allah • Bertawakal kepada Allah
PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIDAH LISAN • Menghina Islam seperti mencla Allah, Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. • Mengubah hukum dengan perkataan seperti menolak kewajipan solat fardhu dan menutup aurat. • Bersumpah dengan selain nama Allah seperti demi bulan atau matahari. • Menyanyi lagu-lagu yang bertentangan dengan akidah. • Mengubah ayat Al-Quran atau Hadis Rasulullah S.A.W. PERBUATAN • Menyembah selain daripada Allah seperti pokok dan syaitan. • Memakai lambang mana-mana agama seperti salib atau tatu • Menghina Al-Quran seperti mengoyak, memijak atau mencampak
HATI • Menyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendiri • Beriktikad bahawa pencipta alam ini sama seperti makhluk lain • Ragu-ragu dengan rukun iman, rukun islam, syariat atau hukum-hukum islam • Berniat keluar daripada Islam
PENUTUP Secara keseluruhannya, konsep asas Islam mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa shaja yang ingin mengamalkan secara istiqamah (berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep asas Islam yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.
SENARAI RUJUKAN 1. https://coggle.it/diagram/XxukvcZTxu1di6en/t/ciri-ciri-dankeistimewaan-islam-dalam-tasawwur 2. https://www.slideshare.net/wanbk/bab-2-sumber-hukum-islam 3. http://drhalimi.blogspot.com/2013/12/ciri-ciri-aqidah-yang-sah.html 4. https://prezi.com/weu3ztjitkx3/kepentingan-mempelajari-ilmu-akidah/ 5. https://anyflip.com/gacri/xxun/basic
TERIMA KASIH