The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliakhalija.dibf1012, 2021-10-27 04:12:44

TUGASAN SUKAN-PERMAINAN TRADISIONAL-MPU24011-BATU SEREMBAN

Permainan Tradisional Batu Seremban

Keywords: #assingment #sukan

BATU SEREMBAN

Kumpulan 3

1. 23DIB21F1068 FATIN NUR ALYSHA BINTI SHAHADAN
2. 23DIB21F1012 SITI ALIA KHALIJA BINTI MOHD AZLAN
3. 23DBS21F1010 YEE HAO WEI
4. 23DBS21F1041 LAU CHUN YIN

0

Kandungan

1.0 Pengenalan Batu Seremban

…………………………………………………………………………………………………… 2

2.0 Sistem Bermain

…………………………………………………………………………………………………... 2

3.0 Cara Bermain

…………………………………………………………………………………………………… 3

4.0 Peraturan Permainan

…………………………………………………………………………………………………… 5

5.0 Cara Memanaskan Badan

……………………………………………………………………………………………………6

6.0 Penutup

…………………………………………………………………………………………………… 7
1

Pengenalan Batu Seremban

Batu Seremban merupakan salah satu daripada

permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-
kanak pada masa dahulu. Batu Seremban juga dikenali
sebagai permainan Selambut atau Serembat.

Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan
kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang
atau lebih.

Permainan ini kebiasaannya dimainkan menggunakan batu dan ia dikenali sebagai
'Buah´. Namun, buah yang digunakan tidak tetap kerana ada kanak-kanak yang
menggunakan guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau
ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat.

Biasanya jumlah buah digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini
sebanyak tujuh atau lima biji. Kebiasaannya, batu seremban ini dimainkan
menggunakan tujuh biji objek-objek.

Sistem Bermain Batu Seremban

Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam
rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan
yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara

begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.
Permainan batu seremban sering dimainkan oleh kanak-
kanak perempuan, dan adakalanya kanak-kanak lelaki juga
tidak ketinggalan bermain permainan ini.

2

Cara Bermain Batu Seremban

• Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.
Permulaan permainan pemain akan menggunakan sebiji buah yang
dinamakan Buah Satu sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi yang
dinamakan Buah Tujuh.

Buah Satu:

• Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara
satu sama lain.

• Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
• Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
• Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Buah Dua:

• Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
• Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
• Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:

• Buah tiga ada sedikit perbezaan.
• Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
• Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:

• Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
• Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai

dengan serentak.

Buah Lima:

• Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
• Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas

lantai dengan serentak.
• Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah

yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja
yang akan disambut.

3

Buah Enam:

• Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.
• Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
• Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan

buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:

• Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
• Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
• Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
• Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
• Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
• Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Timbang:

• Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk
mendapat mata.

• Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.
• Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.
• Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.
• Tangkap batu seremban yang ada di tangan

❖ Batu yang dapat ditangkap = 1 mata
❖ Batu yang dijatuhkan = 0 mata
❖ Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan

bermula dengan Batu Satu.

4

Peraturan Bermain

1. Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh
menyentuh mana-mana buah yang berhampiran.

2. Pemain hendaklah menyambut buah yang
dilambung sebelum buah itu jatuh ke lantai.

3. Tiap kalli satu-satu tahap semua dikumpulkan dan diserahkan ke
peringkat lain.

4. Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu
kesilapan atau kesalahan telah dilakukan.

5. Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung
permainannya di peringkat ia telah melakukan kesilapan.

5

MENERANGKAN LANGKAH-LANGKAH
MEMANASKAN BADAN

• Memanaskan otot-otot yang akan
digunakan terlebih dahulu seperti kaki
dengan berjoging selamat 5-10 minit
contonya untuk aktiviti berbasikal

• Dengan melakukan regangan badan seperti tangan dan kaki. Dilakukan
dengan perlahan agar tidak mencederakan otot-otot badan.Lakukan
regangan tersebut selama 20- 40 saat.

• Melakukan senaman khusus untuk memanaskan badan dengan
menggunakan tenaga badan contohnya aktiviti menendang bola dan
melontar barang atau benda seperti aktiviti melontar peluru.

6

Penutup

Adalah diharapkan permainan tradisional ini dapat membantu guru
mengenalpasti dengan lebih jelas permainana-permainan yang sesuai untuk
tahap perkembangan murid di prasekolah. Selain itu ianya juga berhasrat
untuk menghidupkan semula permainan tradisional dan merealisasikan

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menonjolkan dalam seni warisan dan
budaya bangsa. Apabila permainan tradisional digunakan, matlamat kukrikulum
prasekolah kebangsaan untuk melahirkan murid yang seimbang daripada segi
intelek jasmani, emosi dan rohani akan tercapai. Aktiviti permainan bakal
melahirkan insan yang holistic dan menghargai warisan budaya.

Melalui permainan yang diberi, murid akan didedahkan dengan pelbagai
pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi menyediakan murid ke dalam
persekolahan formal.

7


Click to View FlipBook Version